Anda di halaman 1dari 16

Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-

meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia
untuk memenuhi keperluan masing-masin berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t
melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia
adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :

ُ ‫شوا فِي َم َناك ِِب َها َو ُكلُوا ِمنْ ِر ْز ِق ِه َوإِلَ ْي ِه ال ُّن‬


‫شو ُر‬ ُ ‫ض َذلُوال َفا ْم‬
َ ْ‫ه َُو الَّذِي َج َع َل لَ ُك ُم األر‬

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan
makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di
bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) (Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam. Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki
menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan
kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam lah
menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut
KONSEP GADAIAN
Dalam konsep hutang gadai dalam Islam ialah membantu saudara
yang susah tetapi bergantung pada keadaan dari segi pengadaian
dan pinjaman. Mengikut syariat, tiada larangan dalam pengadaian
tetapi harus menjauhi riba dan jangan pula membebankan.
Pengadaian islam tidak membebankan kerana tiada riba atau bunga
keatasnya seperti pengadaian konvensional yang mana
mengenakan faedah dan bayaran yang ditetapkan.
PENGERTIAN GADAIAN
Dari segi bahasa :
•Menahan sesuatu
•Sebagaimana dalam ayat al-quran
“Tiap-tiap jiwa tertahan (untuk mempertanggungjawabkan) atas
apa yang dilakukannya (Surah al-Muddassthir [74]:38)
Dari segi istilah syarak :
•Sesuatu barangan yang bernilai yang dijadikan cagaran oleh
pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman wang atau hutang.
HUKUM GADAIAN DAN
DALILNYA
 Hukum gadaian adalah harus.
 Dalil daripada firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, Ayat 283.

‫ة‬
ٌ ‫ض‬
َ ‫مقْبُو‬ ٌ ‫جدُوا كَاتِبًا فَرِهَا‬
َ ‫ن‬ ْ َ ‫سفَرٍ وَل‬
ِ َ‫م ت‬ َ ‫م ع َلَى‬
ْ ُ ‫ن كُنْت‬
ْ ِ ‫وَإ‬
Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara tunai) sedang
kamu tidak mendapatkan seorang penulis, maka hendaklah ada barang
jaminan yang dipegang (oleh yang memberi hutang)

 Hadis Rasulullah SAW:


“Rasulullah SAW menggadaikan baju rantai kepada orang Yahudi di Madinah
dan
baginda mengambil daripadanya gandum untuk keluarganya”.
(Riwayat Anas bin Malik)
SEBAB DIHARUSKAN
SESEORANG MELAKUKAN
GADAIAN
i. Cara untuk membayar hutang.
ii. Cara mudah untuk mendapatkan wang tunai.
iii. Sebagai cagaran bagi mendapatkan modal dalam perniagaan.
iv. Untuk menampung keperluan yang mendesak terutamanya
wang.
RUKUN GADAIAN
1. Rukun gadaian :
• Penggadai.
• Pemegang gadai.
• Barang yang digadai.
• Lafaz ijab dan kabul.
• Barang yang diberi kepada penggadai (bayaran).
2. Syarat penggadai dan pemegang gadai :
• Akil dan baligh.
• Mampu mengurus hartanya.
• Melakukan gadaian dengan kehendak sendiri dan tidak dipaksa.
3. Syarat barang yang digadai :
• Harta kepunyaan penggadai.
• Harta yang sah untuk dijual beli.
4. Syarat bayaran yang diberi kepada penggadai :
• Mestilah hutang yang telah dimaklumi.
• Tidak sah jika menggadai benda yang wajib diganti seperti
barang yang
dirampas atau pinjaman.
SYARAT SAH GADAIAN
i. Barang yang digadai sah untuk dijual beli.
ii. Penggadai dan pemegang gadai mestilah akil dan baligh.
iii. Perjanjian gadaian tidak merugikan penggadai dan pemegang
gadai.
iv. Gadaian dibuat dengan kerelaan sendiri, tanpa ada sebarang
paksaan.
v. Barang kepunyaan sendiri (hak penggadai), tidak boleh
menggadai barang kepunyaan waris, anak yatim, dan orang gila.
PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN GADAIAN
1. Perkara-perkara yang membatal kontrak gadaian :
• Barang yang digadai telah rosak.
• Penggadai telah meninggal dunia.
• penggadai telah membayar semua hutangnya.
• barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah.
• Barang yang digadai telah diserahkan semula kepada penggadai.
• Barang yang digadai telah disewa, hibbah atau disedekahkan
kepada orang lain.
• Pemegang gadai telah membatalkan (fasakh) gadaian walaupun
tanpa
pengetahuan penggadai.
2. Hukum penggadai membatalkan kontrak gadaian adalah harus
atau dibolehkan
dengan syarat barangan gadaian belum diserahkan kepada
pemegang gadai.
3. Masalah barang gadaian rosak semasa dalam jagaan pemegang
gadai :
• Disengajagakan atau kerana kecuaiannya, maka wajib ganti.
• Tidak sengaja, maka tidak wajib diganti dan tidak mengurangkan
jumlah pinjaman.
4. Kuasa atau ke atas barang gadaian atau barang yang digadai itu
adalah masih
menjadi hak atau kepunyaan penggadai.
5. Hukum penggadai mengambil manfaat atau menggunakan
barang yang digadai
adalah harus/dibolehkan, tetapi dengan syarat :
6. Masalah syarat gadaian bahawa barangan yang digadai boleh
digunakan oleh
pemegang gadai adalah tidak sah gadaian kerana merugikan
penggadai,
7. Masalah syarat gadaian bahawa barangan yang digadai tidak
boleh dijual
apabila tamat tempoh adalah tidak sah kerana merugikan
pemegang gadai.
8. Hukum pemegang gadai mengambil manfaat atau menggunakan
barang gadaian
sebenarnya tidak dibenarkan kecuali mendapat izin penggadai.
HIKMAT GADAIAN
1. Hikmat diharuskan gadaian dalam Islam :
•Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang.
•Melahirkan sikap bekerjasama dan membantu sesama insan.
•Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi.
•Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
terutama wang.
•Membolehkan seseorang yang dalam kesempitan wang mendapatkan
duit dengan cara yang halal dan dibenarkan oleh syarak.
•Memberi dorongan kepada penghutang untuk menjelaskan hutangnya
bagi mendapatkan kembali barang yang digadai.
2. Peranan gadaian Islam bagi membantu memajukan ekonomi
orang Islam :
•Memudahkan seseorang untuk mendapatkan hutang sebagai
modal bagi memulakan
perniagaan.
•Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan
kembali wang telah dihutangkan.
•Merupakan satu perniagaan yang halal bagi individu atau syarikat
yang mempunyai modal.
PERBEZAAN ANTARA AMALAN GADAIAN
ISLAM DENGAN GADAIAN BUKAN ISLAM
Gadaian Islam Gadaian bukan Islam
Tujuan Tujuan
Menolong orang yang berada dalam Mendapatkan keuntungan disebalik
kesusahan. kesusahan orang lain.
Cara bayaran Cara bayaran
Nilai barang dan upah. Nilai barang dan faedah.
Kesan Kesan
Membantu meringankan kesusahan. Membebankan penggadai kerana
terpaksa membayar faedah dan juga
riba.

Anda mungkin juga menyukai