Anda di halaman 1dari 34

PPPM 3163

PENGURUSAN KEWANGAN
ORGANISASI ISLAM
TAJUK:
PRINSIP-PRINSIP PERBANKAN ISLAM DI
PERBANKAN ISLAM MALAYSIA

PEMBENTANG:
NUR KAMILAH BINTI ALI (A138315)
HAFAWATI BINTI WAHAB (A138365)
NUR FATEHAH BINTI ZAKARIA (A135878)

PENGENALAN
Perbankan Islam merupakan suatu sistem yang menjalankan pelaksanaan
berdasarkan hukum Islam dan tidak membenarkan pembayaran dan penerimaan
faedah tetapi menggalakkan perkongsian keuntungan.
Bank-bank dan institusi institusi kewangan Islam dikehendaki mewujudkan atau
menubuhkan sebuah jawatankuasa penasihat Syariah untuk menasihatkan mereka
mengenai peraturan Syariah dan memastikan mereka mematuhinya.
Terdapat 10 prinsip perbankan Islam yang diamalkan perbankan Islam di Malaysia
yang mana ianya akan dibincangkan iaitu prinsip Wadiah, Mudharabah,
Musyarakah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil, Wakalah, Ijarah, Qard al-Hasan,
Bai al-Inah dan Hibah.

WADIAH
Kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai
amanah
Dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang
tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank.
Bank akan menjamin keselamatan barang yang di
simpan oleh pelanggannya.
Sekiranya berlaku kerosakan kepada barangan, pihak
yang menjaganya tidak diminta membayar gantirugi
kecuali ia disebabkan oleh kecuaiannya
Wadiah bentuk amanah(Yad al-Amanah) ini boleh berubah
menjadi bentuk jaminan(Yad al-Dhamamah) apabila
pemegang amanah barang atau wang menggunakannya
dengan syarat telah memperoleh kaizinan dari tuannya
seperti yang berlaku dalam industri kewangan.
Rukun wadiah ada 4 : Penyimpan, Orang yang menerima
simpanan, barang simpanan dan akad.
MUDHARABAH
Akad yang telah dikenal oleh umat Islam sejak zaman
nabi, bahkan dipraktikkan oleh bangsa Arab sebelum
turunnya agama Islam lagi.
Ketika Nabi Muhammad saw sebagai peniaga, beliau
menjalankan akad mudharabah dengan Siti Khadijah.
Oleh yang demikian, ditinjau dari segi hukum Islam, maka
mudharabah dibolehkan, baik menurut Al-Quran,
Sunnah dan Ijma
Rukun-rukun mudharabah yang harus ada
dalam akad mudharabah adalah mesti ada
pelaku iaitu pemilik modal, barang
mudharabah (modal dan kerja),
persetujuan kedua-dua belah pihak (ijab
dan qabul), dan nisbah keuntungan.

MUSYARAKAH
Berasal dari bahasa Arab yang diambil dari kata
syaraka yang bermaksud bersekutu, menyetujui.
Menurut istilah, musyarakah adalah akad
kerjasama antara dua pihak memberikan
kontribusi dana dengan kesepakatan bahawa
keuntungan dan risiko akan ditanggung bersama
sesuai dengan kesepakatan
(Lewis & Algoud) musyarakah sebagai sebuah bentuk
perkongsian dimana dua orang atau lebih
menggabungkan modal atau kerja mereka untuk
membahagi keuntungan, menikmati hak-hak dan
tanggungjawab yang sama.
Rukun musyarakah ada lima iaitu pemegang-pemegang
saham dan rakan-rakan kongsi, modal, projek, untung
dan sighah iaitu ijab dan qabul.
Murabahah
Salah satu skim fiqah yang paling diminati & digunakan oleh perbankan
Islam. Bermaksud penjualan barang tersebut ditambah keuntungan yang
disepakati.
Contohnya, seseorang membeli barang kemudian menjual semula dengan
mendapatkan keuntungan tertentu.
Nilai keuntungan tersebut dapat dinilaikan dengan nilai ringgit dan
sebagainya.
Oleh itu, murabahah adalah akad jual beli barang dengan menyatakan harga
pembelian barang dan keuntungan yang disetujui oleh
penjual dan pembeli.
Dalam definisi juga ada disebut keuntungan yang disepakati,
murabahah adalah penjual harus memberitahu pembeli
tentang harga pembelian barang dan menyatakan jumlah
keuntungan yang ditambah pada pembayaran tersebut.
Contohnya, si Fulan membeli unta 30 dinar, pembayaran yang
dikeluarkan 5 dinar, maka ketika menawarkan untanya, ia
mengatakan, saya jual unta ini 50 dinar, saya mengambil
keuntungan 15 dinar.
Para ulama berbeza pendapat tentang pembayaran apa sahaja yang
dapat dibebankan kepada harga jual barang tersebut.
ulama Mazhab Maliki membolehkan pembayaran yang berkait
dengan transaksi tersebut, namun memberikan nilai tambah pada
barang itu.
Ulama mazhab Hanafi juga membenarkan membebankan pembayaran
yang secara umum timbul dalam suatu transaksi jual beli, namun
mereka tidak membolehkan pembayaran yang memang semestinya
dilakukan oleh si penjual
Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa semua
pembayaran langsung ataupun tidak langsung dapat
dibebankan pada harga jualan selama pembayaran itu harus
dibayarkan kepada pihak ketiga dan akan menambah nilai
barang yang dijual.
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa keempat
mazhab membolehkan pembebanan pembayaran langsung
yang harus dibayarkan kepada pihak ketiga.
Keempat mazhab bersepakat tidak boleh
membebankan pembayaran langsung yang
berkaitan dengan pekerjaan yang memang
semestinya dilakukan penjual mahupun
pembayaran langsung yang berkaitan
dengan perkara-perkara bermanfaat.

BAI BITHAMAN AJIL
Dikenali sebagai jualan harga tertangguh.
Urus niaga ini melibatkan proses menjual sesuatu dengan
disegerakan penyerahan barang dan ditangguhkan
pembayarannya sehingga ke satu waktu atau tempoh
yang telah ditetapkan.
Satu kontrak perjanjian oleh pembiaya untuk membeli
harta yang dikehendaki oleh pelanggan tersebut
dengan harga pokok dan keuntungan.
aktiviti perniagaan jual beli tangguh yang diharuskan
sama seperti jual beli biasa.
Perbezaan antara jual beli tangguh dan jual beli biasa
dan harga jualan itu meningkat mengikut tempoh
masa penangguhan yang dikehendaki oleh pelanggan.
Asas bagi al-Bai Bithaman Ajil adalah merujuk
kepada hukum yang berdasarkan nas yang terkandung
dalam al-Quran surah Al-Baqarah(2) ayat 275
Rukun al- Bai Bithaman Ajil = rukun yang digunakan
dalam muamalah jual beli.
Terdapat tiga rukun jual beli dalam Islam iaitu yang
pertama dua pihak yang beraqad iaitu penjual dan
pembeli, yang kedua ilah dua aset barang yang
diaqadkan iaitu harta jualan dan harga bayaran dan
rukun yang ketiga ialah dua lafaz sighah aqad iaitu
ijab dan kabul.
WAKALAH
Mewakilkan suatu urusan kepada orang lain, pemberian amanah
dari seseorang kepada orang lain atas sesuatu pekerjaan agar
orang yang menggantikan melaksanakan pekerjaan tersebut.
juga bermaksud kekuasaan oleh seseorang kepada orang lain.
Al-wakalah dari segi bahasa bermaksud memelihara, menjaga,
menjamin dan mengganti.
Contohnya, apabila seorang mewakilkan seorang yang lain,
bererti orang yang menerima perwakilan itu tetap bertawakal
kepada Allah, ianya bermaksud menyerahkan urusannya kepada
Allah.
Dari segi pengertian syara pula, Wakalah ialah satu pihak
menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut
syara kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih
hidup.
Pelantikan seseorang mengambil tempat seseorang dan
mewakilinya bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya
seperti membuat perjanjian, memberi dan memungut hutang dan
lain-lain lagi semasa orang yang diwakili masih hidup.
Akad ini memberi kuasa kepada wakil atau agen menjalankan
sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.
Konsep Wakalah atau perwakilan adalah diharuskan mengikut
peruntukan yang digariskan oleh Islam dan ianya terpakai di dalam
pelbagai urusan kehidupan manusia sama ada yang menyentuh hak-hak
Allah ataupun yang berkaitan dengan hak-hak manusia.
Kewujudan konsep perwakilan sangat mustahak kepada manusia di mana
ianya sangat meluas dipraktikkan di dalam urusan seharian mereka.
Sebagai contohnya, pada hari ini, pelbagai aktiviti yang berlaku di dalam
urusan perdagangan yang melibatkan aktiviti pelaburan, penanaman
modal, pembelian saham, perniagaan dan tidak kurang juga
dalam aktiviti-aktiviti pemasaran
Rukun-rukun wakalah ada empat: Wakil, pihak yang
berwakil, perkara yang diwakili & kontrak(lafaz).
Jenis Wakalah pula ada dua iaitu yang pertama ialah
Wakalah Mutlaqah dan yang kedua ialah Wakalah
Muqayyadah.
Wakalah Mutlaqah tialah idak terikat dengan syarat tertentu
selain dari syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian.
Wakalah Muqayyadah iaitu diikat dengan syarat tertentu,
dihadkan masa atau keadaan.

QARD AL-HASAN
Merupakan pinjaman tanpa bunga yang diberikan untuk
tujuan kebaikan.
Peminjam hanya mengharapkan pembayaran balik sejumlah
pinjaman pokok.
Tetapi peminjam boleh memberi hadiah atau hibah kepada
pemberi pinjaman.
Penerima wang atau barang wajib mengembalikan pinjaman
atau membayar hutang pada masa atau tempoh
yang sesuai dengan perjanjian
Pemberi pinjaman dibenarkan untuk menerima kelebihan
pembayaran secara sukarela dari penerima pinjaman sebagai tanda
terima kasih.
Al-qard al-hassan gabungan dari dua kata, al-qard dan al-hassan.
al-qard berasal dari kata al-qatu yang bererti potongan iaitu harta
yang dibayarkan kepada muqtarid iaitu yang diajak qard,.
Dinamakan dengan qard karena pemilik memotong sebahagian
hartanya untuk diperdagangkan dan memperoleh sebahagian
keuntungannya.
Al-qard dari segi bahasa ialah sebahagian pinjaman atau
hutang, sedangkan al-hassan ertinya baik.
Apabila digabungkan al-qard al-hassan bererti pinjaman
yang baik.
Al-qard adalah suatu aqad perjanjian antara penghutang
dengan peminjam yang melakukan hutang dan piutang.
Rukun Qard al-Hasan ada empat : (1) Pemiutang,
(2)Tiada unsur paksaan, (3)berkemampuan untuk
membayar balik pinjaman yang dibuat,
(4)Sighah.
IJARAH
Memberi penyewa kesempatan untuk
mengambil pemanfaatan dari barang sewaan
untuk jangka waktu tertentu dengan membayar
upah yang sepatutnya telah dipersetujui
bersama atau akad pemindahan hak guna atas
barang melalui pembayaran upah sewa, tanpa
diikuti dengan pemindahan pemilikan barang
itu sendiri.
Ijarah juga berasal daripada perkataan Arab Al-ajr yang
membawa maksud upah atau ganjaran kepada apa yang
dilakukan.
Menurut istilah fuqah, ijarah ialah kontrak untuk
mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh
dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.
Ijarah juga bermaksud untuk menggunakan manfaat bagi
harta dari segi ciri fizikal seperti bangunan atau dari segi
pekerjaan seperti buruh.
Kontrak Ijarah mempunyai tiga rukun iaitu (1)dua pihak yang
berkontrak, (2)sighah, (3)perkhidmatan (manfaat) yang diberikan
sewa atau upah.
Terdapat dua jenis kontrak sewa iaitu sewa barangan dan sewa
jaminan.
Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan
yang diperoleh daripada barangan tertentu,.
Sewa jaminan pula ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan
yang diperoleh melalui jaminan pemilik.
BAI AL-INAH
Merupakan penjualan asset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh
dan seterusnya asset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara
tunai pada harga diskaun.
Dr Azizi Abu Bakar menyatakan didalam jurnal beliau bahawa al-Bai
merupakan satu kontrak penukaran harta dengan harta melalui prosedur
tertentu iaitu yang mengandungi penawaran dan penerimaan (ijab dan
qabul) yang mana ianya melibatkan pemberiaan dan penerimaan milik
serta mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak.
al-Inah diambil daripada perkataan al-Ain yang bermaksud al-Naqd iaitu
wang tunai.
diantara definisi atau takrifan yang masyhur bagi Bai al-Inah ialah satu
keadaan dimana seseorang yang berkehendakkan wang tunai datang kepada
seseorang yang lain untuk memohon pinjaman.
Sebagai Pemiutang pula enggan memberikan pinjaman kecuali beliau
mendapat keuntungan daripada pinjaman itu dan dalam masa yang sama
beliau menyedari bahawa keuntungan itu akan membawa kepada riba yang
mana ianya jelas diharamkan didalam Islam.
Hibah
Hibah merupakan sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai
balasan kepada pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima.
menurut penulisan Nasrul Hisyam Nor Muhamad di dalam Jurnal
beliau, Hibah merupakan perkataan Arab yang berasal daripada
kata kerja wahaba yang bermaksud tabarru atau pemberian
tanpa balasan.
Ibnu Manzur mentakrifkan hibah suatu pemberian yang bukan
untuk mendapatkan sebarang balasan dan
tidak juga mempunyai sebarang tujuan.

Perkataan Hibah sebenarnya telah diterima sebagai
perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa arab.
Dalam kamus dewan, hibah ataupun hibbah ditakrifkan
sebagai pemberian hak yakni harta secara sukarela
kepada orang lain dengan tujuan baik.
Secara umumnya prinsip hibah bukanlah satu prinsip
utama dalam pembangunan atau pembinaan produk
perbankan Islam.
Prinsip atau kontrak yang dianggap sebagai prinsip
utama dalam membentuk sesebuah produk perbankan
Islam adalah seperti kontrak-kontrak jual-beli (al-
Bai), sewaan (Ijarah), gadaian (al-rahn),
perkongsian atau bersekutu (Syarakah), perkongsian
untung rugi (mudharabah), dan simpanan (wadiah).
Manakala prinsip hibah hanya digunakan sebagai
suatu prinsip sampingan di dalam kontrak-kontrak
utama yang telah disebutkan tadi.
Oleh kerana matlamat utama perbankan Islam
adalah untuk menjalankan perniagaan yang
berorentasikan keuntungan, maka prinsip hibah
yang bersifat tabarru iaitu sumbangan atau
pemberian budi bicara daripada pihak bank adalah
merupakan sesuatu yang tidak diberi penekanan.
Namun prinsip ini tetap boleh dijadikan sebagai
satu prinsip sokongan kepada produk-produk yang
ditawarkan oleh perbankan Islam.
KESIMPULAN
Konsep dan objektif penubuhan perbankan Islam adalah
berlandaskan kepada dua faktor iaitu faktor agama dan faktor
keuntungan.
Berbeza dengan konsep perbankan konvensional yang mana
ianya hanya berdasarkan faktor keuntungan semata-semata.
Oleh yang demikian, sistem perbankan Islam yang
komprehensif bukan sahaja menumpukan aspek larangan riba
tetapi juga perlu meliputi aspek perundangan yang akan
menjadi asas untuk mencapai keadilan
dan kesaksamaan.

Sebagai kesimpulan, kepelbagaian bentuk kontrak-
kontrak atau prinsip-prinsip yang ada menunjukkan
keunikan system muamalat dalam Islam.
Setiap kepelbagaian bentuk kontrak atau prinsip
adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang
diperlukan oleh setiap manusia dalam kehidupan di
dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai