Anda di halaman 1dari 25

HALAL HARAM DALAM PERNIAGAAN EMAS

Prof Madya Dr Azman Mohd Noor1


Ketua Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Drazman.net
Pendahuluan
Sebenarnya masyarakat kita sudah biasa dan maklum dengan jual beli emas. Cuma apabila akhir
akhir ini muncul banyak jenis program ataupun pakej pakej jual beli yang menimbulkan pelbagai
persoalan. Jual beli emas ditambah pula dengan berbagai jenis skim pelaburan yang berkaitan
dengan emas berait rapat dengan riba. Kertas kerja ini akan membincangkan riba secara umum
dan secara khususnya riba dan isu isu Shariah pada jual beli emas dan pakej pakej yang berkaitan
dengannya.

Pengenalan
Semua suruhan dan larangan di dalam Shariah bertujuan untuk memberikan kebaikan dan
mengelakkan keburukan kepada manusia di dunia dan akhirat. Perkarang yang dibenarkan oleh
Shara terlalu banyak. Perkara yang dilarang adalah jauh lebih sedikit berbanding dengan yang
dibenarkan. Kaedah feqah menyebut;
Maksudnya: Hukum umum/asal pada semua perkara adalah harus sehingga ada dalil
melarangnya
Islam melarang riba, gharar, penipuan, perjudian dan mengambil harta orang lain dengan cara
yang batil.
Perbincangan berkenaan dengan jual beli emas berkait rapat dengan riba. Riba adalah di antara
dosa dosa yang besar. Melakukannya adalah seumpama memerangi Allah dan rasulnya. Oleh itu
perlu kita fahami apa dia riba dan bagaimana ia boleh berlaku.
Riba dari segi bahasa bermaksud bertambah. Dari segi Shara ia bermaksud pertambahan ke
atas bayaran hutang, atau pertukaran barang ribawi yang berkongsi illah yang sama sekiranya

BA Syariah Universiti Islam Madinah, MA Undang Undang Jenayah Islam UKM, MA Muamalah UIAM, PhD
Undang Undang Jenayah Islam Universiti of Edinburgh Scotland,United Kingdom, Timbalan Pengerusi, Ahli
Majlis Penasihat Shariah, Bank Al-Rajhi (Malaysia).

dilakukan pada kadar yang berlainan atau dengan penangguhan. Riba terbahagi kepada dua, riba
al-duyun dan riba al-buyu.
Riba Al Duyun
Riba yang biasa dikenali, bayaran lebih ke atas hutang atau kerana penangguhan bayaran. Allah
SWT dalam Al Quran mula mula sekali menyebut Riba yang ada kaitan dengan iaitu
berkenaan hutang piutang. Sebab itulah Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba
dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu
berjaya. [Surah Aali Imraan : 130]

Sifat utama riba ialah time value of money, penangguhan dan pertambahan nilai kerana
penangguhan bayaran. Jadi kaedah asalnya ialah dan . Tambah jumlah hutang dan
tambah tempoh. Lagi lama melabur lagi banyak.
Jadi,sifat Riba yang dominan ialah pertambahan nilai hutang yang berterusan .
Ada persoalan yang timbul adakah Riba yang bukan ( tidak kompaun) dibenarkan ?
Contohnya hutang RM1000 bayar balik RM1100 (tidak kompaun kecuali sedikit). Jawapannya
sama sahaja sama ada sedikit atau banyak,ia tetap haram.

Riba Al Buyu
Ramai daripada kalangan kita yang tidak mengenali secara dekat apa itu Riba Al Buyu. Ia
adalah riba di dalam jual beli atau pertukaran barangan ribawi. Ia juga dikenali sebagai riba alSunnah. Ini kerana ianya tidak disebut oleh Al-Quran tetapi disebut di dalam Sunnah. Terdapat
banyak hadis hadis yang sahih yang menerangkan bahawa berlakunya Riba terutamanya dalam
enam barangan ribawi sebagaimana yang disebut di dalam hadis hadis yang sahih apabila kita
tidak memenuhi syarat-syarat tertentu maka berlakulah Riba dalam jual beli/pertukaran barangan
tersebut.

Larangan Jual beli emas secara bertangguh kerana ia adalah riba al-buyu
Di antara hadith hadith Rasulullah yang sahih berkenaan dengan riba al-buyu ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Ubadah bin al- Samit seperti berikut:




:





Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma
dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara
tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah
pertukaran tunai. (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)
Hadith ini menjelaskaan hukum jual beli/pertukaran barang barang ribawi. Hadith di atas tidak
meletakkan apa apa sharat bagi jual beli barang barang biasa yang bukan ribawi seperti membeli
beras degan menggunakan matawang. Ia boleh dilakukan secara tunai, bayaran tangguh, atau
bayar dahulu terima kemudian.
Cuba perhatikan lafaz Sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hati kamu selama
mana ia adalah pertukaran secara tunai (lani/tangan degan tangan).

Riba al-Buyu berdasaran hadis di atas

Ulama bersepakat kalau emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, ada dua sharat yang perlu dipenuhi: 1. Pada nilai/sukatan yang sama. 2. Dilakukan
secara tunai.
Sekirannya berlainan jenis, tetapi illah yang sama seperti emas dengan perak, gandum dengan
garam, maka di sana ada satu syarat yang mesti dipatuhi iaitu mestilah dilakukan secara

tunai/lani. Maka boleh jual beli 100 gram emas dengan 2 kilo perak, satu kilo tamar dengan 2
kilo gandum dengan syarat ia dilakukan secara tunai/lani, bukan secara tangguh/ansuran.
Emas dalam bentuk Dinar pada zaman Rasulullah adalah pada harga 8 atau 10 atau 12 Dirham
perak. Harganya sentiasa berubah. Emas dijual beli atau ditukar dengan perak atau emas dinar
digunakan untuk membayar hutang yang diambil dalam dirham perak atau sebaliknya seperti
yang disebut di dalam hadith Abdullah ibn Umar dalam transaksi jual beli untanya dan bayaran
hutang dengan matawang yang berbeza (dinar emas vs dirham perak).
Ada yang mendakwa bahawa yang dilarang jual beli emas secara bertangguh ialah bagi
pertukaran emas dengan emas sahaja. Kepada mereka yang mendakwa sedemikian, adakah anda
inkar dengan dalil dalil lain yang melarang jual beli emas/perak dan matawang secara
bertangguh:


:

:
:

:




Maksudnya, kata Umar r.a (setelah melarang dua orang sahabat Nabi yang berjualbeli emas dan
perak tetapi salah seorang mereka ingin menangguh penyerahan peraknya), Sesungguhnya
Rasulullah saw telah berkata: (jual beli) perak dan emas adalah riba kecuali jika (mereka berkata)
nah ambil ini dan (seorang lagi berkata) nah ambil ini. ( bererti )

Sayyidina Umar berkata:


jangan jual emas dgn perak sedangkan salah satunya tiada di depan kamu dan satu lagi
disegerakan. Jika dia minta tangguh hingga dia masuk ke rumahnya maka jgn kamu beri
penangguhan padanya kerana aku takuti riba (terkena) pada kamu.
Imam Al-Nawawi menukilkan ijma semua para fuqaha berdasarkan hadis hadis yang sahih
bahawa emas (selain barang kemas) tidak boleh dijual beli secara tangguh samada bayaran atau
penyerahan emas.
( :



9 11 ( . )

Telah berijma para ulama di atas keharusan menjual barangan ribawi dengan ribawi yang lain
secara hutang/tangguh dan pada nilai yang berlainan apabila kedua duanya berbeza illah seperti
jual beli emas degan gandum, jual beli perak dengan barli dan selainnya yang disungkat. Mereka
juga berijma bahawa tidak harus (haram) menjual barangan ribawi dengan jenis yang sama
apabila salah satu daripadanya bertangguh, dan bahawa tidak harus (haram) pertukaran pada
jenis yang sama secara tunai/segera/lani dengan adanya perbezaan (sukatan/berat/nilai seperti
menjual emas dengan emas. Mereka juga sudah berijma bahawa bahawa tidak harus
berpisah (dalam majlis aqad) sebelum taqabud (menyelesaikan pertukaran secara segera
dan tunai) apabila dijual dengan jenis yang sama atau berbeza apabila memiliki illah yang
sama (contohnya matawang) seperti menukar emas dengan perak, gandum dengan barli.
Mereka juga berijma bahawa harus dilakukan pertukaran pada kadar dan nilai yang berbeza
sekiranya pertukaran itu melibatkan dua jenis barangan ribawi yang berbeza apabila ia dilakukan
secara tunai/segera seperti secupak gandum dengan dua cupak barli. Sesungguhnya tidak ada
khilaf di kalangan ulama dalam masalah ini.

Dalam konteks sekarang, matawang kertas adalah matawang yang sah dan mengambil hukum
yang sama dengan emas sebagaimana yang diputuskan oleh Majma Fiqhi, Majlis Majlis Fatwa
dan badan badan Fiqh sedunia. Dengan itu haram hukumnya membeli emas secara tangguh. Ia
adalah RIBA. Penangguhan boleh berlaku dalam dua keadaan.
1. Dengan membuat bayaran dahulu, emas diterima kemudian, termasuklan penangguhan
beberapa minit selepas majlis aqad atau beberapa hari atau minggu.
2. Penangguhan bayaran, di mana emas sudah diterima tetapi dibayar secara ansuran atau lum
sum, tetapi selepas majlis aqad, beberapa jam, hari, minggu etc.
Kedua dua cara jual beli emas sebegini adalah perlanggaran yang jelas ke atas hadith di atas dan
ia adalah RIBA.

3 Syarat Jual Beli Emas


Ada sesetengah golongan yang tidak rasional menyebut Kalau banyak sangat halangan untuk
berjual-beli emas, baik haramkan terus. Ini suatu kesilapan kerana emas itu telah dihalalkan
oleh Allah dan tidak boleh sama sekali kita mengharamkan apa yang Allah halalkan. Jadi,kita
mesti patuh syarat-syarat dan peraturan jual-beli yang telah ditetapkan Islam. Ulama mazhab
Shafie meletakkan 3 syarat. Sharat ini juga dikenakan bagi pembelian perak dan matawang.

Tamathul
Sama berat jika tukar emas dengan emas, atau perak dengan perak. Bagi
matawang, Ringgit dengan Ringgit.

Hulul
Mesti jualan tunai, tidak boleh hutang, tiada khiyar (cooling off period)

Taqabudh
Penyerahan barang & harga di dalam majlis aqad.

Cara bayaran yang dibolehkan

1. Bayaran tunai/cash
2. Bayaran melalui debit credit akaun
3. Bankers cheque
4. Travellers cheque
5. Banks draft
6. Kad kredit yang patuh Shariah
7. Perak

Kesemua cara bayaran di atas perlu kepada taqabud, pertukaran tangan ke tangan dalam majlis
aqad, dan tidak boleh ada penanangguhan untuk mengelakkan riba. Adapun sekiraya pertukaran
emas dengan kayu, beras, batu permata, perkhidmatan dan barang barang lain yang tidak ada
illah riba yang sama iaitu al-thaman/matawang, maka dibolehkan jual beli secara bertangguh
serahan emas atau bayaran.

Cara Cara Jual Beli Emas Yang Dibenarkan Untuk Mengelakkan Riba
Riba pada jual beli emas boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama: Penangguhan serahan
emas, kedua: Penangguhan bayaran harga emas.
Jadi, untuk mengelakkan berlakunya riba, kedua dua bayaran harga dan serahan emas mestilah
dilakukan segera ketika melakukan aqad jual beli emas (di dalam majlis aqad) tanpa sebarang

penangguhan keseluruhan atau baki bayaran/emas. Di antara cara cara yang dicadangkan adalah
seperti berikut:
1. Serahan bayaran boleh dilakukan secara tunai, bankers cheque, debit credit akaun,
kad kredit yang patuh Shariah. Pembeli juga boleh meminjam duit daripada pihak
ketiga untuk membayar emas secara tunai.
2. Serahan dan penerimaan emas secara segera/lani oleh pembeli atau wakilnya.
3. Melantik wakil untuk membeli emas. Di antara penyelesaian untuk mengelakkan
berlaku riba dalam jual beli emas secara tangguh serahan ialah melantik wakil untuk
melakukan transaksi membeli dan qabad. Pembeli boleh mewakilkan sesiapa sahaja
untuk melakukan transaksi jual beli dan qabad. Bank bank Islam yang berurusan
menjual emas, sharikat, atau individu yang yang bergiat menjual emas boleh
bertindak sebagai wakil kepada pelanggan untuk membeli emas dari pembekal. Cara
wakalah sebegini agak lebih fleksible, kerana pembeli tidak perlu datang untuk
melakukan akad jual beli dan qabad emas. Ia juga boleh menyelesaikan jual beli
online atau secara pos. Ini dibenaran dengan syarat wakil melakukan transaksi jual
beli emas dan qabad tanpa ada unsur penagngguhan.

Penjual emas yang bertindak menjadi wakil boleh mengenakan upah dalam bentuk peratus atau
jumlah tertentu bagi setiap transaksi. Upah mestilah diketahui dan dipersetujui. Wakil juga
boleh meminta kebenaran sekiranya dia boleh dapatkan harga yang lebih rendah, ia akan dikira
sebagai komisyen atau insentif kepadanya. Begitulah juga ketika ingin menjual semula emas
yand sudah dibeli samada untuk mendapatkan keuntungan kerana kenaikan harga emas di
pasaran, atau di atas tujuan untuk mendapatkan tunai, maka wakil juga boleh membuat
persetujuan, sekiranya dia berjaya menjual dengan harga yang lebih tinggi, maka harga jualan
yang melebihi harga yang disiytiharkan dikira sebagai komisyen kepada wakil. Ini adalah
berdasarkan kepada prisip:

Bermaksud: Jual lah dengan harga sekian sekian, yang selebihnya adalah diberikan kepada mu,
Belikanlah dengan harga sekian-sekian, kalau kamu boleh dapatkan dengan harga yang lebih
murah, baki adalah diberikan kepada mu.
Ini adalah pendapat Ibn Abbas dan sebahagian daripada ulama Hanabilah.
4. Consignment dan melantik wakil untuk menjual emas
Cara seterusnya ialah consignment. Penjual emas menjadi wakil menjual emas kepada pembekal
seperti MKS. Emas sudah ada bersama dengan consignee. Sebagai wakil, consignee boleh
menjual terus kepada pembeli atau wakilnya. Melalui konsep consignment juga, emas yang ada

di tangan consignee boleh dianggap wadiah atau dipinjamkan (ariyah, bukan qard) untuk
dipamerkan. Dalam keadaan ini, consignee boleh membeli dahulu emas tersebut daripada
consignor sebelum dia menjual terus kepada customer dan bayaran dibuat melalui debit dan
kredit ke dalam akaun consignor. Kelebihan cara yang kedua ialah, consignee sudah boleh
menentukan harga dan keuntungan yang akan diperolehinya, dan boleh iklan harga kami.
Adapun dalam wakalah, ia adalah harga yang diishtiharkan oleh consignor. Kedua dua keadaan
wakalah atau wadiah, senarai harga perlu diishtiharkan.

Jual beli emas pamp 916, bukan 999, wafer, pamp suisse, gold bullion, gold bar atau bijih
emas secara tangguh.
Tidak ada perbezaan di antara emas biasa, kurang kualiti, dalam apa apa bentuk sekalipun
hukumnya adalah sama, sekiranya ditukarkan dengan emas, mestilah pada kadar (berat) yang
sama, dan tidak ada penagguhan pertukaran. Kalau dijual beli dengan perak atau dengan duit
kertas yang sah diperlakukan dengan nilai, ia juga mestilah secara taqabud/pertukaran segera
tangan ke tangan.
Bentuk dan kualiti emas dan perak tidak memberi kesan kepada nilainya yang ada pada zatnya
(intrinsic value).
: " " : " :

.)191/4 " (
Imam Nawawi berkata: Sabda Rasulullah SAW: Jangan jual beli emas dengan emas atau perak
dengan perak kecuali pada kadar yang sama Ulama berpendapat bahawa ia merangkumi
semua jenis emas dan perak, yang berkualiti baik dan tidak baik, yang sempurna, yang pecah,
dalam bentuk barang kemas atau bijih tulen atau bercampur dengan bahan lain, semua ini
disepakati secara ijma"
- " :
-



.)203 ( ."
Berkata al-Hafiz Ibn Abd al-Bar: "Adalah Sunnah yang disepakati bahawa tidak dijual
sedikitpun daripada emas, dalam bentuk "ayn" (emas tulen biasa) atau "al-tibr" (bijih emas),
yang sudah dibentuk atau cair, atau serpihan, tidak boleh dijual beli dengan emas kecuali pada
kadar dan nilai yang sama tangan ke tangan, ....

Menurut Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim, dibolehkan jual beli barang
kemas emas wanita bukan pada berat yang sama (sekiranya pertukaran barang kemas emas
dengan emas), dan juga bertangguh (perturkaran barang kemas emas dengan emas atau perak)
kerana 'illah althaman/duit/matawang/alat tukar/medium of exchange sudah tiada, ia sudah
dikira sebagai barang kemas, dengan itu amatlah tidak bermakna ditukar dengan emas biasa
dengan berdasarkan kadar berat disebabkan ada nilai tambahan pada bentuk dan pembuatan
barang kemas tersebut. Oleh kerana ia bukan lagi duit, maka zakat tidak lagi dikenakan ke atas
barang kemas tersebut.
Dengan itu, pamp suisse, jongkong emas, gold bar dan lain lain, bukanlah dianggap barang
kemas wanita. Ia adalah emas sebenar. Tidak ada alasan untuk dijual beli ansuran atau
bertangguh serahan. Ia tidak melibatkan pembuatan seperti barang kemas. Zakat padanya adalah
wajib.

Jual Beli Emas Secara ETA


Jual beli emas secara ETA (expected time of arrival) ialah jual beli emas dengan membayar
dahulu harga emas dan dan menerima serahan emas kemudian. Ia adalah sebenarnya jual beli
bay al-salam. Para ulama bersepakat bahawa emas tidak boleh dijual beli secara tangguh.
Penangguhan boleh berlaku samada pada bayaran harga emas seperti bayaran ansuran atau pada
penangguhan penyerahan emas yang dibeli. Bay al-salam adalah satu transaksi yang dibenarkan
oleh Shara bagi pembelian apa apa barang keperluan seperti beras, gula, kayu dll selain daripada
emas, perak dan matawang. Ini kerana urusan jual beli emas, perak dan matawang mestilah
memenui syarat2 tertentu di antaranya ialah ia mestilah dilakukan secara tunai, serah menyerah
kedua dua barang pertukaran dalam majlis aqad tanpa sebarang penangguhan.

Alasan membenarkan jual beli secara ETA


Duit atau matawang (al thaman) adalah alat/medium pertukaran, pengukur nilai, alat simpanan
dan sumber kekayaan. Ia adalah medium pertukaran kepada bermacam macam jenis keperluan
manusia. Ulama daripada semua mazhab berpendapat bahawa duit sebagai matawang tidak
terhad kepada emas dan perak sahaja. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri yang Menganggap ia terhad
kepada emas dan perak. Dengan itu para ulama berijtihad menentukan illah kepada kenapa
berlakunya riba pada emas dan perak. Pandangan Jumhur ulama kecuali Hanafi berpendapat
kerana emas dan perak adalah al-thaman, matawang/duit. Tujuan ditentukan illah ialah supaya
boleh diqiyaskan kepada benda benda lain yang juga dianggap sebagai matawang.

Tidak ada gunanya mencari illah kalau tidak dilaksanakan qiyas. Sesetengah golongan yang
keliru menganggap bahawa illah al-thaman/matawang hanya terhad pada emas dan perak. Buat
apa bincang berkenaan dengan illah kalau memang taksub menafikan benda lain boleh diterima
pakai sebagai matawang atau medium pertukaran.
Berikut adalah petikan daripada Imam al Nawawi
. : . :
. . :
: .
Adapun emas dan perak, ada pendapat yang mengatakan berlaku riba padanya sebab zat kedua
duanya bukan kerana illah. Adapun Jumhur ulama, mereka berpendapat bahawa illah
(berlaku riba) pada emas dan perak ialah potensinya dijadikan duit yang sah yang diterima pakai
secara umum (sah). Dengan kata lain, boleh dikatakan bahawa emas dan perak adalah induk
kepada segala duit yang diterima pakai secara umum. Kedua dua ungkapan tadi merangkumi
bijih, yang sudah ditempa, barang kemas dan peralatan daripada kedua dua emas dan perak.
Adapun berkenaan dengan dipanjangkan hukum (riba) kepada fulus apabila diterima pakai, ada
pendapat yang cenderung ke arah itu. Yang sahihnya tidak berlaku riba pada fulus kerana
ternafi padanya al-thamaniyyah al-ghalibah sebagai matawang utama.
Imam al- Nawawi dan ulama dahulu memberi fatwa berdasarkan situasi pada zaman mereka.
Adapun zaman sekarang, duit kertas di seluruh dunia diterima pakai sebagai duit yang sah.
Pandangan Imam al-Nawawi jelas amat jelas menyebut illah kenapa dia tidak anggap fulus iaitu
duit logam selain daripada emas dan perak bukan duit yang sah berbanding dengan emas dan
perak yang diguna dan diiktiraf di mana. Perlu kita faham, pada zaman tersebut bukan semua
tempat atau negara yang terima fulus yang dikeluarkan oleh sesebuah negara diterima oleh
negara lain. Emas dan perak pada waktu dahulu diterima pakai di semua tempat sebagai
matawang yang sah.
Dalam kontek sekarang, duit kertas adalah matawang utama dan diterima pakai secara meluas . Malah di
seluruh dunia, duit kertas diterima pakai sebagai matawang. Ini bertepatan dengan ciri ciri althamaniyyah al-ghalibah matawang utama yang disebut oleh Imam al-Nawawi dan ulama ulama
mazhab Shafie yang lain. Ini juga adalah adat dan uruf semasa. Kaedah Feqah ada menyebut al-adah
muhakkamah, yang bermaksud adat adalah diambil kira dalam hukum.

Sheikh Muhammad Ali Ba Atiyyah, seorang ulama Mazhab Shafie kontemporari menegaskan
bahawa, duit kertas adalah item ribawi seperti emas dan perak, wajib zakat padanya selari
dengan pandangan ulama2 mazhab Shafie yang terdahulu, kerana mereka meletakkan syarat duit
yang berlaku padanya riba dan wajib zakat ialah duit yang sah dan diterimapakai secara meluas
(al-thaman al-ghalib) sebagai matawang utama. Pada zaman dahulu emas adalah matawang

utama, masa sekarang duit kertas adalah matawang yang utama, yang sah dan diterima pakai
oleh semua. Beliau menegaskan dakwaan qiyas duit kertas dengan fulus adalah qiyas maal alfariq iaitu qiyas yang tidak betul.2
Kitab Fiqh Manhaji, iaitu fiqah mazhab Shafie semasa yang diiktiraf di seluruh dunia sekarang
dengan jelas menyebut bahawa wang kertas zaman sekarang mengambil hukum emas dan perak dari
segi berlakunya riba dan sebagai barang ribawi:

66/6
Maksud: Setiap apa yang digunakan sebagai duit berfungsi seperti emas dan perak seperti matawang
yang digunakan secara meluas sekarang adalah dianggap sebagai barang ribawi, berlaku padanya
riba mengambil hukum emas dan perak.

Kesimpulannya, duit di dalam mazhab Shafie tidak terhad kepada emas dan perak sahaja. Apa
apa medium pertukaran yang lain apabila ia diterima pakai, diiktraf dan menjadi matawang
utama adalah dianggap sebagai duit yang sah, mengambil hukum emas dan perak dari segi
berlaku riba padanya, sah dijadikan modal mudarabah, bayaran awal bay al-salam dan wajib
zakat ke atasnya. Dengan itu, amatlah tidak wajar untuk menjadikan duit kertas sama dengan
fulus atau duit daun pisang Jepun sebagai alasan supaya boleh jual beli emas bertangguh.
Adalah tidak wajar juga menafikan zakat pada wang kertas demi nak samakannya dengan fulus.
Dakwaan sedimikian akan merosakkan Shariah, sebab tidak payah berzakat, tidak berlaku riba
dalam transaksi pinjaman beriba dan seumpamanya.
Akademi Fiqh Islam Antarabangsa OIC (Majma al-Fiqh al-Islami al-Dawli) di dalam
persidangan ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada 8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16
Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang berbunyi:3
Berkaitan hukum-hakam mata wang kertas, bahawa ia adalah mata wang (nuqud) secara itibari,
yang mempunyai sifat harga/nilai (al-thamaniyyah) yang sempurna, dan ia mengambil hukumhakam syarak yang telah ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut hukum riba, zakat, salam,
dan segala hukum-hakamnya.
2

Boleh baca sendiri pandangan semasa ulama mazhab Shafie Sheikh Ba Atiyyah di:
http://mabaatiyah.com/AddIns/Fatawa/?CODE=184
3

[Majalah Majma al-Fiqh al-Islami, Bil: 3, j. 3 h. 1650].

Dakwaan bahawa duit kertas perlu kepada sandaran emas, barulah tak boleh guna buat
beli emas bertangguh
Di antara kekeliruan sesetengah kumpulan yang mabuk dengan emas, mendakwa duit kertas
sekarang tidak ada sandaran emas dengan itu boleh digunakan untuk membeli emas secara
bertangguh.
Sebenarnya tidak ada dalil mewajibkan duit/thaman/wang mesti disandarkan dengan emas.
Bahkan perak juga digunakan di zaman Rasulullah. Kenapa tak disandarkan kepada perak? Para
sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah tertekan kerana terpaksa membeli air daripada
pemilik perigi yahudi dengan buah kurma. Mana ada sandaran emas?
Di tempat kita dulu2, beras juga pernah diguna sebagai alat pertukaran/medium of exchange iatu
duit. Imam Malik pernah berkata, kalau orang ramai menggunakan kulit unta sebagai duit, aku
tidak senangi sekiranya ia digunakan untuk membeli emas secara bertangguh.
Dari segi kajian empirical, nilai dagangan antarabangsa sekarang terlalu besar, emas yang ada
tidak mencukupi.
Dari segi Fiqh, tidak ada dalil yang menyebut duit mestilah emas sahaja.
Pesanan saya kepada mereka yang terlibat, kalau nak buat riba lebih baik anda tak payah
berhujjah atas nama agama atau hukum yg diambil dari gologan yg keliru yang sibuk mentakwil
dan memanipulasikan hukum. Larangan membeli emas secara bertangguh serahan atau bayaran
adalah secara ijma ulama. Ia bukan masalah khilaf, tetapi mukhalafah (melawan) ijma.

Jual Beli Emas Bertangguh Serahan Secara ETA dan Fatwa Dewan Shariah Nasional
Indonesia
Ada sesetengah penganjur jual beli emas secara ETA berhujjah dengan Fatwa Dewan Shariah
Nasional. Tetapi sebenarnya terdapat percanggahan (incoherence) di antara penganjuran jual beli
emas bertangguh serahan secara ETA dan fatwa Dewan Shariah Nasional Indonesia.
Pendapat DSN mengharuskan pembelian emas (dengan syarat ia tidak dianggap sebagai althaman/matawang) secara ansuran adalah pendapat yang terpencil, menyalahi fatwa Majma
Fiqhi, AAOIFI dan badan badan fatwa sedunia. Fatwa DSN itu sendiri menegaskan bahawa
keputusan yang dibuat adalah bergantung kepada perubahan semakan daripada masa ke semasa.

Walaubagaimanapun, ia bukan hujah atau sandaran bagi penganjur jual beli emas bertangguh
serahan secara ETA (estimated time of arrival), amalan yang dilakukan oleh sesetengah pengajur
skim jual beli emas, terutamanya yang melibatkan manipulasi al-rahn dan yang menjanjikan
pulangan yang tinggi dan sewaktu dengannya.
1. Fatwa tersebut tidak mempertikaikan matawang kertas sebagai matawang yang sah. Wajib
zakat padanya, boleh berlaku riba, sah mudarabah, dll. Adapun penganjur skim jual beli emas
mempertikaikan matawang kertas hanya semata mata untuk mengharuskan jual beli emas secara
bertangguh khasnya pada serahan emas.
2. Fatwa DSN, menganggap emas sebagai komoditi, dan mensyaratkan bahawa ia bukan lagi althaman/ "alat tukar", (matawang), manakala kumpulan pengajur ETA menganggap emas adalah
matawang, bahkan digelarkan matawang "Sunnah" yang wajib digunakan dan dimiliki.
3. Fatwa DSN hanya mengharuskan pembelian emas secara ansuran, dalam bahasa Indonesia
secara "angsuran", kerana keperluan orang ramai kepadanya, di mana kebanyakannya tidak
memiliki wang tunai. Adapun jual beli cara ETA, pembeli perlu ada cash yang banyak, dan
memang ada, bukannya tak mampu bayar tunai, tetapi penjual yang menangguh serahan emas.
4. Pembeli sudah menerima emas yang dibeli pada belian secara ansuran (walapun), tetapi,
dalam jual beli cara ETA, duit sudah dibayar kesemuanya, emas entah di mana.
5. Jual beli emas secara ETA melibatkan jual beli bai' al salam . Tidak ada khilaf di kalangan
ulama' melarang emas di dijadikan sebagai subject matter/ benda yang dibeli melalui bay' al
salam.
6. Tujuan pembelian emas secara "angsuran", ialah untuk memiliki emas, adapun jual beli secara
ETA adalah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada skim jual beli tersebut. Ini
kerana pembeli yang betul-betul ingin membeli emas tidak akan menunggu tempoh yang begitu
lama untuk mendapatkan emas sekiranya mereka memang ada cash ataupun simpanan tunai.
Kalau ada duit, dan nak dapatkan emas, buat apa beli dengan kedai yang tak boleh serah barang
yang dibeli dengan segera, lebih baik pergi ke kedai lain. Dengan itu, munkin alasan sebenar
ialah pulangan keuntungan yang dijanjikan melalui buy back/ beli balik dengan harga yang lebih
mahal atau hibah atau mekanisma lain. Penjual pula, kalau ada stok yang banyak, dan boleh bagi
harga yang lebih murah berbanding dengan kedai kedai lain, kenapa pula memilih untuk
menangguh serahan. Buat apa mendakwa memilik stok emas yang banyak bertan tan. Munkin
juga kerana mereka perlu tempah daripada pengilang. Kalau belum ada stok, mana boleh jual
barang yang tidak dimiliki? Bayaran penuh upfront sebagaimana yang dipraktikann pada ETA ,
berbeza dengan tempahan, purcase order, booking fee. Booking fee adalah jumlah yang kecil,
boleh dipulangkan balik kalau tak jadi beli, belum dilakukan aqad.

7. Di Malaysia, undang-undang yang diikuti (governing law) ialah undang undang Malaysia,
dengan itu sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan atau kes-kes kemunkiran, "tersontot"
dll, dan dibawa ke mahkamah, mahkamah akan merujuk kepada Keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan dan Parameter Pelaburan Emas yang dikeluarkan.

Jual Beli Emas Melalui "Lock in" Harga Dan Dikenakan Denda Bagi Pembatalan
Contoh: Pelanggan A berminat nak beli emas untuk simpanan, bukan mengharapkan keuntungan
yang tetap melalui skim skim pelaburan atau jual beli emas yang menjanjikan pulangan tetap
atau janji beli balik dengan harga yang lebih tinggi. Cara jual belinya sebegini:
1)Lock harga.
2) Perlu bayar jumlah penuh dalam masa 24jam, samada melalui ejen atau walk in. Ejen pun
mesti bank in duit dahulu.
3) Buat appointment utk ambil stok emas yang dipesan 3 hari lebih awal.
Pembatalan: Penalti/denda 5% daripada total harga emas yang ditempah
Struktur jualan di atas bermasalah. Pertamanya tidak ada taqabud/pertukaran segera di antara
duit dan emas. Jumlah duit yang di bank in 3 hari lebih awal dianggap bayaran kepada emas, dan
disyaratkan kena bayar awal. Emas pula akan diserahkan 3 hari kemudian. Jelas sekali di sini ada
penangguhan di antara bayaran dan serahan emas. Sharat khas bagi jual beli emas ialah mesti
berlaku pertukaran (bayaran dan serahan emas secara taqabud, on the spot, berlaku pertukaran
secara serentak). Hukum yang sama adalah pada pembelian perak dan juga pertukaran
matawang. Dalam struktu jual beli emas di atas, kalau nak anggap bayaran awal sebagai wadiah
pun, tidak dinyatakan dengan jelas mekansimanya.
Kedua, dikenakan denda sebanyak 5% sekiranya pembeli ingin membatalkan pembelian. Isu
Shariah ialah seolah olah tempahan atau purchase order sudah mengikat/binding, dianggap
seperti sudah berlaku jual beli daripada awal, bukan sekadar tempahan. Apa yang berlaku dalam
aqad jual beli ialah, komitment menyerah barang pertukaran kerana berlakunya perpindahan
pemilikan. Ini bererti kalau aqad jual beli belum berlaku, penjual tidak ada hak untuk
mengenakan apa apa caj pembatalan. Kalau ada pandangan yang membenarkannya pun, ia
mestilah berdasarkan actually incurred cost/kos sebenar sahaja (kalau ada, seperti tambang
pengangankutan), bukan dalam bentuk peratus.

Pengambilan deposit sebagai urbun juga tidak dibenarkan bagi jual beli emas kerana ia dianggap
sebagai sebahagian daripada harga. Booking fee, yang boleh dipulangkan bagi pembatalan
munkin boleh dipertimbangkan.
Kesimpulan: Struktur jual beli emas seperti di atas bermasalah, masih ada unsur unsur
penangguhan pertukaran emas dengan duit bayaran, begitu juga pengenaan caj 5% menunjukkan
tempahan melalui lock in sudah mengikat/binding, seolah olah sudah berlaku akad jual beli.

Bay al-Wafa Dalam Skim Jual Beli/Pelaburan Emas


Jumhur ulama dari semua mazhab mengharamkan bay al-wafa kecuali mutaakhir Hanafiyyah
seperti yang disebut di dalam Majallah Ahkam al-adliyyah.
Kebanyakan ulama mengharamkan bay al-wafa kerana dua sebab. Pertama, jual dengan syarat
beli balik adalah sama dengan bagi pinjaman ber security ataupun ada al rahn. Apabila
pemegang gadai memperolehi manfaat daripada barang gadaian, ia adalah RIBA. Kedua,
isu taqyid al-milkiyyah, iaitu jual beli bersyarat/ bertempoh. Ia bercanggah dengan muqatada albay tujuan dan maksud jual beli (substance of a sale contract), seolah-olah perpindahan
pemilikan tidak berlaku secara mutlak dan terhad. Pembeli tidak ada kebebasan seperti
menjualnya kepada pihak lain apabila perlu, memberikan hadiah kepada orang lain, atau
menyimpannya selama lamanya. Seolah olah tidak berlaku perpindahan pemilikan. Ini
bercanggah dengan maksud jual beli.

Ini adalah pandangan ulama berkenaan bay al-wafa secara umum. Adapun sekiranya ia melibat
skim jual beli emas, isu Shariah dan hukum haramnya adalah sama, tetapi ia lebih bermasalah,
apabila emas dijadikan aset pendasar kepada bay al-wafa kerana di sana ada peraturan khas bagi
jual beli emas.
Oleh kerana konsep bay al-wafa hampir dengan al-rahn, iaitu perolehan pinjaman tunai dan
gadaian, kemunkinan ada pihak yang akan menggunakannya untuk menggantikan al rahn. Ia
akan menjadi lebih teruk apabila bay al wafa dimanipulasikan menggantikan al-rahn, kerana
hukum asal al-rahn adalah harus. Hukum asal bay al wafa pula adalah haram di sisi jumhur
ulama. Al-rahnu hanyalah pinjaman bergadai, tetapi bay al-wafa adalah jualan yang bersayarat
beli balik yang juga mengandungi unsur pinjaman dan pengambilan manfaat oleh pemegang
gadaian.
Contoh, penganjur membeli emas 100g daripada pelanggan secara diskaun katakan 70%. Emas
berada di tangan penganjur skim. Emas dibeli pada harga yang murah, dan digunakan lagi untuk
dijual dan dibeli balik secara bay al-wafa dengan pihak lain pula. Dijual pula kepada pelangan

lain, dan dibuat pula bay al wafa membeli semula emas. Ia ada potensi digunakan untuk
menggantikan al-rahn. Kalau ini berlaku, ia bukan sekadar isu haram bay al-wafa, ia juga
adalah masalah inah yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Berhimpun padanya dua kali haram.
Haram bay al-wafa dan haram bay al-inah. Yang ketiga apabila ada tarikan hibah/ hadiah
kepada pelanggan yang menjual emas secara diskaun, ia adalah riba. Dalam kes ini tiga
kesalahan, kesalahan bay al-wafa, bay al-inah dan kesalahan memberi hibah menggantikan
riba.

Skim-skim pelaburan atau jual beli emas yang bermasalah dari sudut Syariah
Di antara ciri-cirinya :
1. Emas dibeli dan dijanjikan hibah setiap bulan. Kena buat jual beli baru untuk terus dapat
hibah
2. Menjanjikan pulangan tetap yang berlebihan sehingga 7% sebulan, daripada modal.
3. Penggunaan aqad yang batil, contohnya jual dengan sharat beli balik.
4. Tidak jelas aqad yang digunakan, tetapi pulangan tetap adalah dijamin.
Kalau qardh memang tidak boleh ambil lebih. Kena dijamin tidak boleh ambil lebih.
Seorang sudah beli emas kemudian diambil balik. Atas dasar apa ? Kemudian bayar lebih.
Bayar itu atas dasar apa ? Kalau dia beli balik dan jual kepada kita dengan harga RM13k
100gram (contoh) kemudian dia beli balik RM20k secara tangguh. Ini bermasalah pada Bai
al-Inah pula ditambah dengan masalah pengangguhan juga.
5. Penjual berjanji membeli balik dengan harga yang jauh lebih mahal dengan penangguhan
bayaran. Contohnya: Beli secara tunai RM13k dan akan beli dengan harga RM20k secara
ansuran selepas 3 bulan.
6. Bay wa salaf (Jual beli bersyarat dengan pemberian pinjaman). Contoh, bayar duit dahulu
emas dapat kemudian dalam ETA, aqad dibuat semasa serahan emas. Contoh lain, penjual
beri pinjaman, dengan sharat digunakan untuk membeli emas daripadanya.

Contoh Beberapa Plan Pelaburan/ Skim Jual Beli Emas Yang Bermasalah
1. Tidak dinyatakan aqad samada pinjaman atau wakalah atau sebagainya
Contoh:Serah pamp 100g anda kepada kami. Kami sedia membayar RM 3200 x 3bulan.
Bulan ke empat dapat balik pamp anda.

Tidak jelas aqad yg digunakan, kalau sewa mesti patuh kpd peraturan sewa, di antaranya
tidak boleh dijual kpd pihak lain, tujuan sewa mesti dipersetujui dan patuh Shariah. Kalau
dijual kepada pihak lain, ia bertukar menjadi aqad pinjaman. Pinjaman di sini adalah
pinjaman berfaedah dgn mendapat bayaran setiap bulan, dan dijamin modal iaitu serahan
balik pamp tadi pada bulan ke empat. Pinjaman berfaedah adalah riba.
2. Jualan emas dengan harga diskaun luar biasa, dan dapat saguhati setiap bulan
Contoh: Tuan, saya nak tanya tentang hukum kalau kite beli emas cth 100g dgn rm4500.
kemudian stiap bln kita bagi saguhati rm1250 selama 11 bln kerana penjual sanggup jual
kepada kita dengan harga yang amat murah. Adakah ini juga dikira riba?
Ia adalah jual beli bermasalah walaupun hukum asal saguhati atau hibah dlm jual beli
adalah harus. Ini di antara contoh salahguna saguhati/hibah. Saguhati sebegini adalah
helah kepada riba. Sebabnya, harga jualan terlalu rendah. penjual pula tidak akan jual dgn
harga semurah itu kecuali kerana bayaran saguhati tetap yg dijanjikan lebih lebih lagi
apabila ia keseluruhan bayaran yg diterima melebihi harga pasaran, kerana harga pasaran
adalah lebih kurang RM12500 bagi 100gram emas.
Ia adalah helah kepada jual beli emas secara bertangguh yg diharamkan. Dengan itu skim
ini adalah sebenarnya jual beli emas bertangguh dgn harga mark up, ia adalah RIBA (riba
al-buyu, khas pada jual beli emas, perak dan matawang secara tangguh).

3. Pelaburan Emas yang menjajikan untung tetap berubah rubah


Oleh kerana menjanjikan pulangan tetap di dalam pelaburan dianggap riba, bolehkah kita
letak anggaran, untung tetap ada tetapi berubah rubah, contohya keuntungan adalah di
antara 4% ke 10% sebulan?
Untuk menjawab persoalan ini, perlu kita ketahui di dalam aqad jual beli,secara
umumnya memang perlu ditentutkan, diketahui dan dipersetujui harga barang dan barang
yang dibeli. Kejahilan tentang barang yang dibeli ataupun harga menyebabkan jual beli
tidak sah. Meletakkan harga barang yang berubah rubah di antra profit margin 4% ke
10%, atau sekiranya diletakkan harga di antara RM 2k ke RM3k, menjadikan jual beli
tidak sah. Keuntungan daripada jual beli sebegini tidak boleh dianggap sebagai
pendapatan yang halal kerana aqad jual belinya tidak sah.
Adapun pelaburan samada mudharabah atau wakalah, tak kira dalam bisnes emas ataupun
apa apa perniagaan, menetapkan pulangang dan menjaminkan modal mengubah aqad
tersebut menjadikannya aqad pinjaman berfaedah dan riba. Sekiranya dijanjikam
keuntungan di antara 4% ke 10%, iaitu kadar keuntungan yang berubah rubah, ia masih

bermasalah dan bukan penyelesaian. Ini kerana paling kurang 4% keuntungan sebulan
adalah dijamin. Ia adalah RIBA.
Alternatifnya perlu kepada aqad mudharabah atau wakalah yang betul betul menepati
Shariah
4. Daripada pelaburan kepada jual beli
Contohnya saya beli emas 100gram dgn harga 13k kemudian penjual emas beli balik
emas 100gram tersebut secara tangguh sebanyak 20k samada secara ansuran bulanan
sebanyak 2k sebulan selama 10 bulan atau 20k lum sum selepas 10 bulan. Ramai yang
mendakwa ia bukan pelaburan tetapi jual beli.
Walaupun tuan tak guna perkataan pelaburan, walaupun suka sama suka dalam jual beli,
ia
adalah
transaksi
yang
tidak
patuh
Shariah
kerana:

1. Membeli dengan syarat menjual balik dgn harga yang lebih tinggi secara ansuran atau
menjual dengan syarat membeli balik dengan harga yang lebih tinggi secara ansuran atau
tangguh adalah bay al inah yang dilarang. Ia umpama memberi hutang 13k dan
mendapat bayaran balik 20k. Bayaran hutang yg lebih adalah riba.
Jual dan beli balik apa apa barang dibenarkan sekiranya ia tidak bersharat dan tidak ada
rancangan untuk membuat helah pinjaman dan pulangan yang lebih yang menjadikannya
RIBA. Tetapi sekiranya ia melibatkan emas, perak dan matawang ia tidak boleh dijual
beli secara hutang pada jual beli pertama atau kedua.
2. Emas tidak boleh dijual beli secara tangguh. Sekiranya emas dijual secara tangguh, ia
adalah riba. Ia adalah riba al buyu (riba dalam jual beli barangan riba). Hukum ini adalah
ijma ulama berdasarkan hadith2 yang sahih.
Dengan itu transakasi tersebut melibatkan 2 kali riba, riba pada helah pinjaman berfaedah
yang menarik menggunakan helah bay al-inah, dan kedua riba pada jual beli emas secara
bertangguh.

5. Sewa Emas
Kebanyakan ulama mengharuskan sewaan barang kemas apabila ia digunakan bagi
kegunaan yang diharuskan seperti perhiasan wanita di kalangan wanita. Adapun bagi
emas tulin dalam bentuk coins, bullion, ada juga ulama yang mengharuskannya

penyewaanya sekiranya ia digunakan bagi tujuan yg halal seperti menjadi ukuran berat,
pameran dll selagi mana ia masih kekal dalam bentuk asalnya ( tidak dileburkan atau
dijual).
Perlu ingat, ijarah bermakna tamlik al-manfaah bi wad. Memberikan hak penggunaan
manfaat dengan bayaran. Ia bukanlah perpindahan pemilikan seperti dalam jual beli.
Sekiranya emas yang disewa tadi dijual kepada orang lain atau dileburkan, penyewa telah
melakukan pengkianatan dan penyewa mestilah menjamin membayar balik emas pada
nilai yang sama. Ia bertukar menjadi hutang. Bayaran yang lebih adalah RIBA. Dalam
situasi sebegini, sewaan rm 500 akan bertukar menjadi RIBA.
Adapun sekiranya emas disewa di atas dasar matawang, maka hukumnya haram. Ia
adalah riba. Samalah juga hukumnya dengan duit. Duit tidak boleh disewa, kerana
sewaan itu sebenarnya adalah bayaran yg lebih kepada pinjaman duit yang merupakan
riba.
Perlu berhati, hati sebab ada skim cepat kaya yang menggunakan sekeping emas yang sama
yang dijualkan kepada pelabur pelabur yang berlainan, dengan berjanji untuk sewa semula
emas tadi daripada pembeli/pelabur. Pada hakikatnya emas itu bukan disewa bagi tujuan
yang patuh Shariah, tetapi aka dijual semula kepada pelabur baru. Ia hanya tarikan dan
memberi keyakinan kepada skim yg dibawa. Pelabur pula mabuk dan tamak dengan sewaan
rm500, lalu tak berfikir panjang tentang hukum hakam.

6. Sewa Beli Emas


Contoh. Ahmad membeli emas pamp 999.9, 100gram daripada saya utk dia buat
perniagaan. Dia leburkan, kemudian dia proses jadi barang kemas. Dia bayar secara
ansuran. Adakah aqad sewa beli ini patuh Shariah?
Ini tidak menepati sewa, kerana sewa adalah kebenaran menggunakan manfaat sesuatu
barang dengan mengekalkan bentuk asalnya dengan ada bayaran. (tamlik al-manfaah bi
iwad). Kalau beli pula, hukum beli emas tidak boleh secara bertangguh. Dalam kes di
atas, bayaran adalah secara ansuran. Dengan itu ia adalah riba.
Kalau dipinjamkan, (qard), pamp itu sudah bertukar milik dan peminjam perlu bayar
balik barang yang serupa atau nilai yang sama. Dalam kes ini, pamp 999.9,
100gram. Tidak boleh disyaratkan bayaran lebih sebab ia adalah riba. Adapun bayaran
dengan matawang, hukumnya adalah harus sekiranya peminjam tidak ada pamp 999.9
ketika ingin membuat bayaran, dan dipersetujui oleh tuan pemberi pinjam . Ia tidak boleh

disyaratkan awal awal, kerana kalau disyarat awal-awal bayaran dalam RM, ia dah jadi
muawadah iaitu aqad jual beli. Jual beli emas tak boleh secara bertangguh.
Istilah sewa beli pun sebenarnya bermasalah sebab menggabungkan dua aqad dalam satu.
Tak tahu sewa ataupun beli.
Penyelesaian ialah dia membeli emas dari pimiliknya secara tunai, pertukaran on the spot.
Dia boleh leburkan emas tersbut, atau jual atau buat apa2 dengannya.
7. Pakej sewa kereta dengan emas, dan diserahkan semula.
Hukum sewa kereta adalah harus apabila ia memenuhi sharat dan rukun rukun sewa.
Emas juga boleh dijadikan bayaran sewa. Pakej yang amat menarik. Persoalannya ialah
apabila disyaratkan atau dijanjikan diserahkan balik emas tersebut, ia bertukar menjadi
pinjaman emas. Sama seperti pinjaman matawang. Ini kerana penyewa akan dapat balik
emasnya. Maka ia bukan lagi aqad sewa/ijarah. Ia sudah bertukar menjadi aqad pinjaman.
Masalahnya ialah, bagaimana pula dengan penggunaan kereta BMW selama setahun. Ia
adalah manfaat daripada pinjaman emas, maka ia adalah RIBA. Ini adalah berdasarkan
kaedah Feqah : kullu qardin jarra nafan fahua riba
Bermaksud: Setiap pinjaman yang mendatangkan manfaat (kepada pemberi hutang)
adalah riba.
8. RSB (ready stock ber buy back)
Contohnya, harga jual sekarang RM1800, selepas 6 hari, beli balik dengan RM2120.
Pakej ini nampak seperti tidak ada isu penangguhan jual beli emas yang dilarang. Dengan
itu ia tidak melibatkan riba pada penangguhan bayaran atau serahan emas. Tetapi tawaran
beli dengan harga yang lebih tinggi menimbulkan isu Shariah. Memang ia adalah tarikan
kepada pembelian emas tersebut kerana pembeli/pelabur akan mendapat jaminan dibeli
balik dengan harga yang lebih mahal walaupun membeli emas 10g lebih mahal daripada
harga pasaran. Pembeli bukan betul betul ingin membeli emas, tetapi, ingin mendapatkan
habuan belian balik yang jauh lebih tinggi.
Ia adalah jaminan dan janji membeli balik walaupun tidak disebut dengan jelas, kalau
tidak pembeli tidak akan membeli emas tersebut. Membeli balik barang yang sama
dengan perbezaan harga adalah bay' al-inah yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Ada
sesetengah ustaz mendakwa ia diharuskan dalam mazhab Shafie. Mereka perlu mengkaji
semula pandangan mazhab Shafie daripada kitab kitab mazhab Shafie. Ulama mazhab
Shafie yang mengharuskan bay' al-inah, adalah bay' al-'inah yang bukan dalam bentuk

janji, jaminan beli balik dengan harga yang lebih mahal, malah ia adalah dalam keadaan
biasa, di mana penjual munkin membeli balik barang yang dijual. Tidak ada syarat, inter
conditionality, atau perancangan awal.
Ia adalah helah kepada pinjaman RM1800, dibayar balik RM2120 selepas 2 bulan. Oleh
kerana ia adalah wasilah kepada riba, ia juga mengambil hukum riba. Pakej ini tidak
patuh Shariah.

9. Jual Beli Emas Tanpa Penangguhan Bayaran Atau Serahan Emas, Tetapi
Berteraskan Hibah Luar Biasa
Hukum asal hibah adalah harus, tetapi perlu diingat bahawa bukan riba sahaja yang
diharamkan oleh Shariah Islam, bahkan penipuan (taghrir), gharar, perjudian, mengambil
harta orang lain secara batil (aklu amwal al nas bi al batil) dll juga diharamkan.
Haram di dalam feqah terbahagi kepada dua haram lizati (ab initio), iaitu haram kerana
sesuatu itu sendiri seperti arak, babi, riba. Kedua, haram lighairi,(external factor) iaitu
sesuatu yang halal juga boleh bertukar menjadi haram kerana faktor luaran seperti menanam
anggur untuk dijual kpd kilang arak, membekalkan botol arak ke kilang arak, dll.
Dalam isu skim cepat kaya yang munkin tidak melibatkan riba, seperti menaikkan harga
basikal 20 kali ganda, kemudian dihadiahkan emas, atau menjual emas dengan harga mark up
dan menjanjikan hibah berbentuk pulangan tetap bulanan yang sangat luar biasa, ia adalah
helah untuk menarik lebih ramai pelabur.
Walaupun pada asalnya hibah adalah harus, tetapi apabila ada unsur penipuan, ia boleh
bertukar menjadi haram, seperti hukum asal menanam anggur adalah harus, tetapi kerana
tujuannya membawa kepada perkara haram, maka hukumnya berubah menjadi haram;
samalah juga dengan money game yang mana pada kesudahannya akan ada yg menjadi
mangsa penipuan, kerana ia bukan perniagaan yang sebenar, hanyalah fictitious, maka hibah
tadi dan keseluruhan skim itu menjadi haram.
Skim cepat kaya/ponzi scheme/money game termasuk di dalam penipuan (taghrir),
mengambil harta org lain dgn batil (aklu amwal al nas bi al batil) dan juga haram lighairihi.

10. Barang Kemas Emas Berdiskaun Bersama Dengan Tawaran Pilihan

Contoh:
BKB
[
EMAS
916
]
(Termasuk
Padu
&
Perhiasan).
HARGA
JUAL
:
RM170/gm
HARGA
DISKAUN
RM:
12/gm
Beli barang kemas 916 dengan harga 170/gm, selepas 30 hari anda ada 3 pilihan:
1.Ambil
Barang
&
Diskaun
RM12/gm.
Jual
beli
tamat.
2.Jual semula / Buyback pada RM170/gm & Diskaun RM12/gm. Jual beli tamat.
3.Restok semula & ambil Diskaun RM12/gm.
Sesetengah ulama yang membenarkan jual beli barang kemas secara bertangguh berhujjah
bahawa ia bukan lagi dianggap sebagai thaman (matawang), bukan lagi dikenakan zakat, (seperti
yang disebut oleh Ibn Qayyim di dalam 'Alam al-Muwaqqi'in), jual beli barang kemas boleh
dilakukan secara ansuran atau membayar dahulu wang tempahan sebahagian atau sepenuhnya,
dan menerima barang kemas kemudian.
Adapun pakej jual beli emas yang ditawarkan di atas, menurut panadang ulama yang
membenarkannya, (dibenarkan oleh parameter pelaburan emas Jakim), ia bebas dari riba al-buyu'
pada jual beli emas secara bertangguh, kerana barang kemas emas tidak dianggap sebagai
thaman.
Tetapi, pakej ini masih bermasalah riba.
Bagi pilihan pertama, diskaun hanya diberikan kerana bayaran penuh dibuat seawal sebulan
daripada serahan, diskaun hanya diberikan selepas sebulan. Di sini ada shubhah riba, kerana
bayaran harga sebenar adalah RM12/gm kurang daripada bayaran penuh. Seolah olah pembeli
memberi pinjaman kepada penjual. Ini bercanggahan dengan hadtih Rasulullah SAW yang
melarang gabungan di antara jual beli dan memberi pinjaman. Jual beli disyaratkan dengan
pinjaman. Ini kerana, salah seorang/sebelah pihak berkontrak akan mengambil manfaat daripada
hutang tersebut. Alternatifnya ialah diberikan diskaun awal awal?
Pilihan kedua: Jual semula dengan harga RM170/gram, bersama Diskaun RM12/gm.
Jual beli semula menjadikan kontrak ini bay' al-inah, lebih lebih lagi pada harga yang berbeza.
Harga berbeza kerana ada diskaun. Penjual sudah memperolehi faedah daripada penangguhan
bayaran. The essence of riba is time value of money. Pertambahan nilai disebabkan penangguhan
masa. Helah yang dibuat di sini ialah dengan diberikan diskaun tetapi diskaun hanya akan
diperolehi selepas tempoh tertentu. Walaupun ia tidak melibatkan emas tulen, janji memberi
manfaat dalam bentuk diskaun atau beli balik dengan harga face value, secara tidak langsung
menjajikan pulangan yang tetap, bersama dengan keuntungan daripada perbezaan harga hasil
daripada membayar duit lebih awal sebulan. Alternatifnya ialah diskaun diberikan awal2.
Pilihan ketiga: Restok semula & ambil Diskaun RM12/gm

Ini lebih baik, lebih jelas, untuk menunjukkan ada pulangan keuntungan daripada duit tempahan
barang kemas tadi. lebih mudah untuk kesan riba. Ia juga bermasalah, kerana diskaun hanya
diberikan selepas tempoh sebulan, ia adalah ganjaran kepada bayaran yang dibuat awal sebulan.
Dalam ketiga tiga keadaan di atas, penjual emas adalah berhutang dengan pembeli, kerana dia
sudah mengambil bayaran, tetapi belum menyerahkan barangan yang dibeli. Tanbahan lagi,
sekiranya jual beli tidak diteruskan kerana tidak berjaya menyerahkan barang kemas yang dijual,
maka penjual wajib membayar balik bayaran harga jualan yang sudah dibuat oleh pembeli awal
awal dahulu. Kaedah feqah menyebut;
""
"Setiap pinjaman yang mendatangkan faedah kepada pemiutang adalah riba"
Cadangan penyelesaian: Hentikan skim skim atau program jual beli sebegini. Buatlah jual beli
biasa yang patuh Shariah.

Penutup
Islam melarang riba. Riba adalah dosa besar dan pelaku riba sebenarnya mengishtiharkan perang
melawan Allah dan rasulnya. Islam tidak melarang jual beli emas, tetapi perlu mengikuti
peraturannya. Perlu berhati hati dengan skim jual beli atau pelaburan emas yang memberi
pulangan yang luar biasa, kebiasaannya ia melibatkan riba, shubhah riba atau skim cepat kaya.

Lampiran Salinan Fatwa DSN Indonesia

Anda mungkin juga menyukai