Anda di halaman 1dari 36

Tajuk:

HUBUNGKAIT AL-KULLIYYAT DENGAN AL-JUZIYYAT DALAM MAQASID


SYARIAH SEBAGAI ASAS DALAM PENENTUAN SESUATU HUKUM

Subjek:

MAQASID ASY-SYARI’AH

(IFGH 6111)

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HARITH BIN MD RADZI

(IGA 150051)

JABATAN FIQH DAN USUL

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

SEMESTER 1

2015/2016

1
HUBUNGKAIT AL-KULLIYYAT DENGAN AL-JUZIYYAT DALAM MAQASID

SYARIAH SEBAGAI ASAS DALAM PENENTUAN SESUATU HUKUM.

Pengenalan

Islam adalah satu Agama yang mementingkan kesejahteraan hidup bagi penganutnya sama

ada di dunia mahupun di akhirat. Islam bukanlah Agama yang memisahkan antara

kehidupan dunia dan akhirat. Kerana itulah, antara matlamat penyariatan hukum dalam

Islam selain mengharapkan ganjaran dan keredhaan Allah, juga bertujuan menjaga

kemaslahatan penganutnya. Setiap pensyariatan hukum mempunyai matlamat dan tujuan

tersendiri. Inilah yang disebut dalam istilah arab sebagai Maqasid asy-Syari’ah. Setiap

pengsyari‟atan hukum mengandungi maqasidnya yang tersendiri sama ada maqasid ini

bersifat umum atau dalam bahasa arabnya disebut Maqasid al-‘Ammah ataupun bersifat

khusus yang disebut sebagai Maqasid al-Khassoh. Oleh itu, pemahaman yang mendalam

terhadap Maqasid asy-Syari’ah dalam mengeluarkan sesuatu hukum amat dituntut kerana ia

membantu memahami hikmat dan matlamat sebenar pensyari‟atan. Memandangkan ilmu

Maqasid asy-Syari’ah sangat penting sebagai asas penentuan sesuatu hukum, maka setiap

muslim wajib menguasainya terutama kepada golongan ilmuan dan pendakwah agar hukum

yang dikeluarkan dan dakwah yang dijalankan selaras dengan tuntutan syara‟. Hal ini

sedikit sebanyak mampu memikat orang Islam mahupun bukan Islam terutamanya mereka

yang jahil tentang agama agar dapat menerima Islam sebagai panduan dan jalan hidup yang

terbaik kerana melihat matlamat Islam yang menjaga kemaslahatan manusia sejagat dan

menjauhkan kemudharatan ke atas mereka berdasarkan Maqasid asy-Syari’ah.

2
Definisi

Maqasid dari segi bahasa: al-Maqasid merupakan jama‟ (suatu yang menunjukkan ramai)
1
bagi Maqsad. Ia merupakan kata terbitan bagi al-Qasada, yaqsidu, al-Qasd yang

membawa maksud yang banyak antaranya:

2
i. Jalan yang lurus . Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kepada

Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang

lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran;

dan jika ia kehendaki, tentulah ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang
3
menyampaikan ke jalan yang lurus itu) .

ii. Adil dan pertengahan (bersederhana) iaitu tidak melampaui batas dan tidak terlalu
4
longgar . Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan

Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami

jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya

kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia

(tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan

menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat

kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang Engkau mengadapnya

dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan

1
Al-Juhari, Abi Nasr Ismail bin Hammas (2009), As-Sihah Taj al-Lughah wa Sihah al-‘Arabiyyah, Kaherah:
Dar al-Hadith, h. 944, Solih al-„Ali as-Solih dan Aminah asy-Syeikh Sulaiman al-Ahmad, al-Mu’jam as-Sofi
fi al-Lughah al-‘Arabiyyah, h. 531, Ahmad Mukhtar „Umar (2008), Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-
Mu’asirah, Kaherah: „Alim al-Kutub, cetakan pertama, j. 3, h. 1819.
2
, Solih al-„Ali as-Solih dan Aminah asy-Syeikh Sulaiman al-Ahmad, ibid, Bakar Muhammad Ibrahim Abu
Hadayid (2009), Daur al-Maqasid Fi Taujih al-Hukmi Baina al-‘Azimah wa ar-Rukhsah, Gaza: Jami‟ah al-
Islamiyyah, h. 3.
3
Surah an-Nahl: 3.
4
Al-Juhari, Abi Nasr Ismail bin Hammas (2009), As-Sihah Taj al-Lughah wa Sihah al-‘Arabiyyah, Kaherah:
Dar al-Hadith, h. 944, Solih al-„Ali as-Solih dan Aminah asy-Syeikh Sulaiman al-Ahmad, al-Mu’jam as-Sofi
fi al-Lughah al-‘Arabiyyah, h. 531, Ahmad Mukhtar „Umar (2008), Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-
Mu’asirah, Kaherah: „Alim al-Kutub, cetakan pertama, j. 3, h. 1819, Jama‟ah min al‟Mukhtassin, Mu’jam
an-Nafais al-Kabir, Dar an-Nafais, cetakan pertama, j. 2, h. 1581.
3
pengetahuan Kami tentang siapakah kang benar-benar mengikut Rasul serta

membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada

kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat

(untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk

hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya

Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang
5
beriman) .

6
iii. Menuju dan menghala kepada sesuatu . Contohnya menuju ke arah atau tempat

tertentu.

Syari’ah dari segi bahasa: Syariah merupakan kata asal bagi syara’a, yasyra’u, syar’an
7
wa syuru’an . Syariah, syara’ah dan Masyra’ah beerti sumber bagi mendapatkan air. Juga
8
boleh diertikan sebagai jalan menuju sumber kehidupan .

Syari’ah dari segi istilah: Terdapat banyak pentakrifan yang diberikan oleh para ulama‟

antaranya seperti berikut:

9
i. Ibnu Hazm : Syariah bererti apa yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui lisan

nabiNya Muhammad SAW dalam agama juga melalui lisan para nabi terdahulu dari
10
Baginda yang mana syari‟at Baginda membatalkan syariat nabi-nabi terdahulu .

5
Surah al-Baqarah: 143
6
al-Mu’jam as-Sofi fi al-Lughah al-‘Arabiyyah, h. 531, Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu’asirah, h.
1819, Mu’jam an-Nafais al-Kabir, h. 1581.
7
Al-Juhari, Abi Nasr Ismail bin Hammas (2009), As-Sihah Taj al-Lughah wa Sihah al-‘Arabiyyah, Kaherah:
Dar al-Hadith, h. 592, Solih al-„Ali as-Solih dan Aminah asy-Syeikh Sulaiman al-Ahmad, al-Mu’jam as-Sofi
fi al-Lughah al-‘Arabiyyah, h. 296, Ahmad Mukhtar „Umar (2008), Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-
Mu’asirah, Kaherah: „Alim al-Kutub, cetakan pertama, j. 2, h. 1188, Jama‟ah min al‟Mukhtassin, Mu’jam
an-Nafais al-Kabir, Dar an-Nafais, cetakan pertama, j. 1, h. 958.
8
Ibid.
9
Ibnu hazm: Beliau „Ali bin Ahmad bin Sa‟id bin Hazm al-Andalusi al-Qurtubi, lihat: az-Zahabi, Sir al-
A’lam an-Nubala’, j. 18, h. 184-212.
10
Ibnu Hazm, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, h. 46.

4
11
ii. Ibnu Taimiyyah : Beliau mentakrifkan syari’ah dengan beberapa takrif antaranya;

“ syariah ialah apa yang disyariatkan oleh Allah berupa pegangan (akidah) dan
12
amalan (fiqh)” . Beliau juga mentakrifkannya sebagai “syariah ialah ketaatan

kepada Allah, RasulNya dan juga pemimpin-pemimpin dari kalangan orang


13
Islam” . Selain itu, syariah juga ditakrifkan beliau sebagai “mengikuti ajaran Para
14
Rasul dan mentaati ajaran mereka” .
15
iii. Syariah juga membawa makna jalan atau panduan dalam agama . Selain itu

membawa erti hukum-hukum yang dipelajari oleh Nabi SAW melalui perantaraan
16
wahyu .

Definisi Maqasid asy-Syari’ah: Maqasid asy-Syari’ah adalah gabungan bagi perkataan

Maqasid dan asy-Syari’ah. Terdapat banyak pentakrifan yang diberi oleh para ulama‟

terhadap makna maqasid asy-Syari’ah. Antara takrif-takrif yang diberi adalah seperti

berikut:

i. Matlamat yang ingin dicapai oleh nas-nas melalui suruhan-suruhan, larangan-

larangan, keharusan-keharusan syara‟, dan kesungguhan hukum-hukum bahagian

bagi mencapai matlamat ini dalam kehidupan mukallaf sama ada individu,
17
kumpulan dan ummah .

11
Ibnu Taimiyyah: Beliau ialah Ahmad bin „Abdul Halim bin „Abdus Salam bin „Abdullah bin al-Khadhar al-Harani,
Abu al-„Abbas, Taqiuddin, lihat: Ibnu Rajab al-Hanbali, az-Zil ‘ala Tabaqat al-Hanabilah, j. 4, h. 387-408.
12
Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, j. 19, h. 306.
13
Ibid, h. 309.
14
Ibid
15
Mahmud Hamid Uthman (2002), al-Qamus al-Mubin Fi Istilahat al-Usuliyyin, Riyadh: Dar az-Zahim,
catakan pertama, h. 190.
16
Ibid.
17
Yusuf al-Qaradhawi, Dirasah fi Fiqh Maqasid asy-Syari’ah Baina al-Maqasid al-Kulliyyah wa an-Nusus
al-Juziyyah, Kaherah: Dar asy-Syuruq, h. 20.
5
ii. Al-Ghazali: Matlamat syara‟ terhadap manusia lima iaitu memelihara Agama,
18
nyawa, akal, keturunan dan harta manusia . Disini, Imam al-Ghazali tidak

memberikan takrif yang terperinci, akan tetapi beliau mengira bahawa lima perkara

ini adalah maqasid dan menghitungnya dan menjelaskan kemestian memelihara dan
19
menjaganya .

iii. Al-Ãmidi: Matlamat dari pensyari‟atan hukum sama ada mencapai kemaslahatan
20
atau menolak kemudharatan atau kedua-duanya sekali .

iv. Al-‘Izz bin ‘Abd as-Salam: Pentaklifan-pentaklifan syara‟ yang mana matlamat
21
pensyaria‟tannya bagi memelihara manusia .

v. Ibnu ‘Asyur: Segala pengertian dan hikmah-hikmah yang dapat dilihat dalam
22
seluruh pensyari‟atan hukum atau sebahagian besar daripadanya .

vi. Dr. Yusuf al-‘Alim: Kemaslahatan yang kembali ke atas manusia di dunia dan di

akhirat sama ada terhasilnya melalui pencapaian manfaat atau melalui penolakan
23
mudharat .

Daripada takrif-takrif yang diberikan, maka penulis dapat membuat kesimpulan bahawa

takrif Maqasid asy-Syari‟ah yang diberikan oleh para ulama‟ adalah hampir sama yang

mana dapat disimpulkan bahawa Maqasid asy-Syari‟ah ialah pensyari‟atan hukum yang

mengandungi makna-makna dan hikmah-hikmah tertentu yang matlamatnya adalah untuk

mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan terhadap manusia dalam lima aspek

iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.

18
Al-Ghazali, al-Mustasfa, j. 2, h. 481.
19
Al-Yubi (1998), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa ‘alaqatiha bi al-Adillah asy-Syar‟iyyah, Riyadh:
Dar al-Hijrah , cetakan pertama, h. 33.
20
Al-Ãmidi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Dar as-Somi‟i, cetakan pertama, j. 3, h. 339.
21
Asy-Syatibi, al-Muwafaqat, j. 2, h. 8.
22
Ibnu „Asyur, Maqasid asy-Syari’ah, h. 51.
23
Yusuf al-„Alim, al-Maqasid al-‘Ammah, h. 79.
6
Dalil-dalil yang Menthabitkan Maqasid

1) Thabitnya maqasid melalui dalil al-Quran dan Sunnah.

Jika diteliti dan dikaji al-Quran dan Sunnah, maka akan ditemui banyak nas-nas

yang menjelaskan tentang Maqasid asy-Syari’ah bertujuan mencapai kemaslahatan

dan menolak kemudharatan. Sesungguhnya, thabit maqasid melalui cara yang


24
pelbagai antaranya :

i. Melalui perkhabaran Allah pada kebanyakan tempat di dalam al-Quran

bahawa Dia Maha Bijaksana. Begitu jugalah Allah menghendaki pada

hukum-hukum yang disyari‟atkannya yang mempunyai matlamat dan tujuan

bukan hanya sia-sia. Sepertimana firman Allah yang bermaksud: (Iaitu)

orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri

dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula

memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai

Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,


25
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka .

ii. Allah mengkhabarkan tentang diriNya yang merupakan sebaik-baik pemberi

rahmat sebagaimana firmanNya: "Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-

hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai

Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta

berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik

pemberi rahmat '26. Oleh itu, tiadalah memenuhi apa yang dimaksudkan

sebaik-sebaik pemberi rahmat melainkan apa yang diperintahkan dan yang

24
Al-Yubi (1998), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa ‘alaqatiha bi al-Adillah asy-Syar‟iyyah, Riyadh:
Dar al-Hijrah , cetakan pertama, h. 106-113.
25
Surah Ali Imran: 191.
26
Surah al-Mukminun: 109.
7
dilarang ke atas manusia demi kebaikan, kasih-sayang dan mengandungi

hikmah yang mana kebaikan yang dikehendaki inilah tanda kasih sayang dan

rahmat Allah ke atas hamba-hambaNya.

iii. Allah mengkhabarkan bahawasanya Dia melakukan dan menjadikan sesuatu

untuk tujuan dan kebaikan tertentu atau melalui kaedah dikenalpasti „illah

dalam nas-nas. Contohnya sepertimana firman Allah yang bermaksud: Dan

Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang

lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang

pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi

keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan

Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan

kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan

tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan

Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta

membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada

kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah

amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah

diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan

(bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan
27
rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

iv. Melalui perkhabaran Allah tentang kepentingan al-Quran dan faedahnya

yang sangat besar dan matlamat serta tujuan penurunannya. Sepertimana

27
Surah al-Baqarah: 143.
8
firmanNya yang bermaksud: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk

ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang

mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal


28
soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

v. Terdapat nas-nas di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW yang

menjelaskan sebahagian Maqasid „Ammah ( matlamat berbentuk umum)

dan sebahagian Maqasid Khassah (matlamat berbentuk khusus).

29
2) Thabitnya maqasid melalui dalil akal .

Selain daripada thabitnya Maqasid asy-Syari’ah melalui dalil al-Quran dan Sunnah,

ianya juga dapat dithabitkan melalui bukti akal. Antara bukti thabitnya maqasid

melalui akal adalah seperti berikut:

i. Sesungguhnya mengabaikan dan menidakkan hikmah dan matlamat yang

dikehendaki dari pensyari‟atan hukum merupakan sesuatu yang mustahil

bagi Allah kerana Allah Maha Mengetahui akan semua perkara. Mengatakan

bahawa Allah menjadikan sesuatu tanpa ada matlamat menggambarkan

kejahilan dan kelemahanNya sedangkan Dia bersifat sempurna suci dari

kelemahan dan kejahilan. Oleh itu, ianya membuktikan bahawa Allah Yang

Maha Sempurna pasti menjadikan sesuatu mengandungi hikmah dan

matlamat tertentu demi kebaikan dan maslahah.

ii. Sepertimana yang diketahui oleh setiap yang berakal bahawa Allah

meraikan maslahah dan kebaikan bagi hambanya dalam kehidupan mereka

sekira-kira mewujudkan mereka daripada ketiadaan, memberi nikmat dan


28
Surah al-Isrá: 9.
29
Al-Yubi (1998), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa ‘alaqatiha bi al-Adillah asy-Syar‟iyyah, Riyadh:
Dar al-Hijrah , cetakan pertama,h. 118-121.
9
pemberian kepada mereka dan menguji mereka dengan nikmat yang

dikurniakan dengan tujuan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan

harta mereka.

iii. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan penuh kemuliaan. Dan

kelaziman bentuk memuliakan ialah memelihara kemaslahatan manusia

dengan sebaik-baik pemeliharaan yang mana jika tidak memelihara

kemaslahatan mereka maka, bukanlah bentuk memuliakan.

iv. Menurut akal yang waras dan kebiasaan adat bahawa undang-undang yang

matlamatnya tidak memenuhi manfaat dan menjauhi kemudharatan , maka

undang-undang itu dikira gagal dan dikeji dan pastinya menggambarkan

kejahilan dan kelemahan penggubal undang-undang tersebut. Oleh itu,

mustahil bagi Allah sebagai penggubal syari‟at melakukan demikian dan

Maha Suci Allah dari kekurangan kerana Allah adalah sebaik-baik hakim.

Faedah dan Kepentingan Ilmu Maqasid asy-Syari’ah

Sebagaimana yang diketahui, ilmu Maqasid merupakan suatu ilmu yang amat penting bagi

memahami hikmah pensyari‟atan hukum. Oleh itu, terdapat banyak faedah dan kepentingan

ilmu Maqasid asy-Syariah sama ada faedah berbentuk umum, faedah kepada orang awam

dan faedah terhadap mujtahid.

30
Faedah dan kepentingan secara umum : Antara faedah dan kepentingan ilmu maqasid

secara umumnya ialah seperti berikut:

30
Abu Muhammad „Ali bin Muhammad , ‘Ilm Maqasid asy-Syari’ah, h. 7.
10
i. Sesungguhnya memahami ilmu Maqasid asy-Syari‟ah menunjukkan kesempurnaan

dalam pensyari‟atan hukum-hukum.

ii. Membantu mengetahui tingkatan-tingkatan maslahah dan mudharat, dan

mengetahui tingkatan amal dalam syaria‟at dan hukum semasa dan ianya penting

bagi membuat pertimbangan dalam mengeluarkan hukum.

iii. Bermanfaat dalam penetapan dan penentuan hukum-hukum, daripada usul kepada

furu‟, daripada kulliyyat kepada juziyyat, daripada kaedah-kaedah kepada cabang-

cabang.

iv. Menambahkan ketenangan diri terhadap syari‟ah dan hukum-hukumnya.

Faedah dan kepentingan terhadap orang awam: Antara faedah dan kepentingan ilmu

maqasid terhadap orang awam seperti berikut:

31
i. Menambahkan iman dan mengukuhkan akidah . Apabila seseorng muslim

memahami matlamat dan rahsia di sebalik pensyariatan hukum, maka ianya dapat

mengukuhkan akidah dan keyakinannya kepada Allah. Selain itu, menjadikannya

seorang yang berpegang teguh kepada Agama kerana ia tahu bahawa segala

perintah terdapat padanya kebaikan dan maslahah manakala segala larangan

terdapat padanya kemudharatan .

32
ii. Mencapai penghambaan diri yang sebenar . Seseorang muslim yang memahami

matlamat dan rahsia Allah menurunkan sesuatu hukum pasti akan menghambakan

dirinya kepada Allah dengan pengabdian yang sebenar dan bukannya sekadar mewarisi

Islam daripada nenek moyangnya semata-mata. Ini kerana dia yakin

31
As-Sufyani, ath-Thabat wa asy-Syumul, h. 260, Muhammad az-Zuhaily, Maqasid asy-Syari’ah h. 309,312.
32
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwi, Maqasid asy-Syari’ah ‘Inda Ibnu Taimiyyah , Jordan: Dar an-Nafais, h.
103.
11
bahawa Islam tidak memberatkan dan tidak mensyariatkan sesuatu yang tidak

mampu dilakukan oleh penganutnya.

iii. Memberi kekuatan yang secukupnya sebagai benteng dari serangan pemikiran
33
dan akidah . Memahami maqasid syariah merupakan suatu yang sangat penting

bagi umat Islam. Ianya membantu memahami matlamat dan rahsia syarak. Segala

agenda jahat musuh bagi memburukkan Islam melalui serangan pemikiran atau

serangan akidah dapat ditepis dan digagalkan dengan pemahaman mendalam

seorang muslim terhadap maqasid syariah.

34
iv. Supaya matlamat mukallaf bertepatan dengan matlamat syara’ . Wajib ke

atas seorang muslim ketika melakukan suatu amal hendaklah bertepatan

kehendaknya dengan kehendak syarak. Ini kerana segala ganjaran dan pahala terikat

dengan niat dan kehendak syarak. Seseorang yang berniat baik namun menyalahi

kehendak syarak tidak akan diberi pahala dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, wajib

seorang muslim memahami maqasid supaya segala perbuatannya selari dan seiring

dengan kehendak syarak.

35
v. Membantu Muslim dalam dakwah . Setiap muslim wajib menyeru kepada

kebaikan melalui dakwah mengikut kadar ilmu dan kefahamnnya tentang Islam.

Oleh itu, wajib baginya memahami hakikat, matlamat dan hikmah pensyariatan

supaya dapat menjelaskan kepada manusia bahawa matlamat Agama Allah tidak

lain hanya untuk memenuhi kemaslahatan manusia.

33
Muhammad az-Zuhaily, Maqasid asy-Syari’ah h. 309,312.
34
Yusuf al-„Alim, al-Maqasid al-‘Ammah, h. 97, As-Sufyani, ath-Thabat wa asy-Syumul, h.260.
35
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwi , Maqasid asy-Syari’ah ‘Inda Ibnu Taimiyyah , Jordan: Dar an-Nafais, h.
104.
12
Faedah dan kepentingan terhadap Mujtahid: Selain penting ilmu Maqasid asy-Syari‟ah

kepada orang awam, ianya juga penting kepada mujtahid seperti berikut:

36
i. Sebagai kiblat (panduan) kepada mujtahid dalam mengeluarkan hukum .

Mengeluarkan sesuatu hukum tanpa ada sandaran atau panduan boleh merosakkan

hukum tersebut atau berkemungkinan hukum yang dikeluarkan tidak bertepatan

dengan kehendak dan matlamat syara‟. Oleh itu, ilmu maqasid sangat penting

kepada mujtahid sebagai panduan dalam mengeluarkan hukum kerana pemahaman

terhadap matlamat syara‟ mampu mencapai kemaslahatan dan menolak

kemudharatan selari dengan tuntutan syara‟.

37
ii. Membantu membezakan antara qias yang sahih dan qias yang rosak .

Kebanyakan hukum yang bersandarkan qias tidak dituruti syarat-syarat dan kaedah

yang ditetapkan. Ini membawa kepada sebahagian qias yang dikeluarkan

bertentangan dengan syarat qias menyebabkan qias tersebut rosak dan tidak boleh

dijadikan sandaran dalam pengeluaran hukum. Oleh itu, Memahami maqasid

mampu membantu mujtahid membezakan antara qias yang sahih dan qias yang

rosak agar hukum yang dikeluarkan selari dan selaras dengan tuntutan syara‟.

iii. Sebagai jalan keluar dalam menyelesaikan isu-isu dan masalah yang timbul
38
apabila tidak diketemukan dalil . Peredaran masa dan zaman serta pembangunan

yang semakin pesat membawa kepada berlakunya perkara-perkara baru terutama

yang melibatkan hukum Islam disamping tiada dalil yang jelas dalam al-Quran atau

36
As-Suyuti, ar-Rad ‘Ala Man Akhlada Ila al-Ardh, h. 91.
37
Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, j. 11, h. 354.
38
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwi , Maqasid asy-Syari’ah ‘Inda Ibnu Taimiyyah, Jordan: Dar an-Nafais, h.
106.
13
Sunnah mengenainya. Hal ini membawa kepada keperluan para ulama‟ memahami

maqasid asy-syariah kerana hanya dengan memahami matlamat dan tujuan syara‟

yang sebenar mampu membantu mereka mengeluarkan hukum yang tepat dan

menyelesaikan permasalahan ini.

iv. Mengurangkan perselisihan dikalangan ulama’ dalam penetapan hukum serta

mengurangkan sikap taasub terhadap mazhab tertentu dengan melihat kepada

maqasid syariah dalam mengeluarkan hukum. Perselisihan dikalangan ulama‟

dalam permaslahan sesuatu hukum yang tidak ada nas yang jelas memang tidak

dapat dielakkan. Namun, perlu diketahui bahawa perselisihan ini dapat dikurangkan

dengan pemahaman maqasid yang sebenar. Selain itu, sikap taasub para ulama‟

terhadap Imam Mazhab juga merupakan permasalahan yang sudah lama terjadi. Ini

membawa kepada proses pengeluaran hukum yang berlaku tidak melihat kepada

kemaslahatan dan hikmah, bahkan hanya sekadar menyokong, membenarkan dan

dan menguatkan pendapat Imam Mazhab walaupun pendapat tersebut kadang-

kadang sudah tidak relevan. Oleh itu, ilmu maqasid penting bagi menghapuskan

sikap taasub ini.

v. Membantu memahami nas-nas dan pengajaran daripadanya dengan


39
maqasid . Allah menjadikan sesuatu hukum mempunyai matlamat, hikmah dan

pengajaran tertentu demi kebaikan hamba-hambanya. Maha Suci Allah SWT

membebankan suatu hukum tanpa ada kebaikan dan faedah. Tidak memahami nas

39
Samih „Abdul Wahhab al-Jundi (2008), Ahammiyyah al-Maqasid fi asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa
Atharuha fi Fahmi an-Nas wa Istinbat al-Hukmi, Beirut: Muassasah ar-Risalah Nasyirun, cetakan pertama, h.
97.
14
dan pengajarannya secara tepat menurut kehendak syara‟ mampu menjejaskan

matlamat sebenar pensyari‟atan hukum. Dengan memahami maqasid mampu

membantu mujtahid memahami nas-nas dan pengajaran daripadanya agar hukum

yang dikeluarkan bertepatan dengan kehendak syara‟.

40
vi. Membantu mentarjihkan sesuatu hukum apabila berlaku pertentangan dalil .

Pertentangan dalil yang belaku dalam satu-satu hukum memerlukan mujtahid

kepada satu jalan penyelesaian yang terbaik. Tambahan pula ia melibatkan isu

berkaitan hukum Islam semasa yang tidak diketemukan nas. Memahami maqasid

sebenar pensyaria‟tan hukum yang matlamatnya mencapai kemaslahatan dan

menolak kemudharatan mampu menjadi jalan penyelesaian dalam mentarjihkan

dalil yang berlaku pertentangan dengan melihat manakah dalil yang meraikan

maqasid.

41
vii. Membantu mujtahid berinteraksi dengan Khabar Ahad (jalur periwayatan

hadith tidak mencapai peringkat Masyhur atau Mutawatir).

Kategori Maqasid asy-Syariah

Maqasid asy-Syari’ah terbahagi kepada beberapa kategori. Di sini, dikategorikan Maqasid

asy-Syari’ah kepada tiga iaitu Maqasid ‘Ammah, Khassah dan Juziyyah.

40
Ibid.
41
Samih „Abdul Wahhab al-Jundi (2008), Ahammiyyah al-Maqasid fi asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa
Atharuha fi Fahmi an-Nas wa Istinbat al-Hukmi, Beirut: Muassasah ar-Risalah Nasyirun, cetakan pertama, h.
98.
15
1. Maqasid ‘Ammah.

Menurut Ibnu „Asyur, Maqasid „Ammah ialah makna-makna dan hikmah-hikmah

yang dikehendaki oleh syara‟ disebalik pensyaria‟atan pada keseluruhannya atau


42
sebahagian besar daripadanya . Manakala menurut Syubaily, Maqasid al-„Ammah

ialah matlamat dan tujuan yang dikendaki oleh syara‟ disebalik pensyari‟atan bagi

memelihara dan meraikannya pada keseluruhan pensyari‟atan atau kebanyakan


43
daripadanya .

Contoh-contoh Maqasid „Ammah seperti berikut:


44
i. Mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan . Ini adalah

matlamat tertinggi dan menyeluruh dalam pensyari‟atan hukum serta

muktamad. Berkata asy-Syatibi: Seperti yang diketahui bahawa syari‟ah

menetapkan hukum-hukum untuk kemaslahatan manusia. Oleh itu, bebanan

taklif kesemuanya adalah sama ada untuk menolak keburukan dan


45
kemudharatan atau mencapai kebaikan atau kedua-duanya sekali .

Menurut Ibnu ‘Asyur: Sesungguhnya matlamat tertinggi disebalik


46
pensyari‟atan ialah mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan .

Termasuk dalam mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan adalah

memelihara dharuriyyat al-khams iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan


47
harta . Apabila memelihara kelima-lima dharuriyyat ini, maka akan

mencapai maslahah manakala apabila mengabaikan dan membelakanginya,

pasti akan membawa kepada kerosakan dan kemudharatan.

42
Ibnu „Asyur, Maqasid asy-Syari’ah, h. 183.
43
Syubaily, Maqasid at-Tasyri’ al-Islami, h. 6.
44
Ibid.
45
Asy-Syatibi, al-Muwafaqat, j. 1, h. 199.
46
Ibnu „Asyur (2004), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah, Qatar: Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam j. 3, h.
197.
47
al-Ghazali, al-Mustasfa,j. 1, h. 287.
16
48
ii. Memudahkan dan mengangkat kesulitan keatas manusia . Islam

merupakan agama yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang. Islam tidak

menbebankan penganutnya dengan taklif yang tidak mampu dilaksanakan.

Oleh itu, antara prinsip dan matlamat umum syari‟ah ialah memudahkan dan

mengangkat kesulitan ke atas manusia. Hal ini bertepatan dengan firman

Allah SWT yang bermaksud: Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung


49
sesuatu keberatan dan susah payah . Dan firman Allah SWT juga: Allah

menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu


50
menanggung kesukaran.

iii. Keadilan sejagat. Islam mementingkan keadilan terhadap semua makhluk.

Oleh itu, Islam tidak memilih dan cenderung kepada mana-mana pihak

dalam melaksanakan hukuman ke atas pesalah sama ada beragama Islam

atau bukan beragama Islam. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT

yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat

kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang

daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta

kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),


51
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Antara firman Allah

SWT lagi yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya

menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak

menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,

(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah

48
Syubaily, Maqasid at-Tasyri’ al-Islami, h. 6.
49
Surah al-Hajj: 78.
50
Surah al-Baqarah: 185.
51
Surah an-Nahl: 90.
17
dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
52
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Syarat Iktibar Maqasid ‘Ammah

Ibnu „Asyur berpandangan antara syarat yang perlu ada untuk dikira sebagai Maqasid

„Ammad adalah seperti berikut:

i. Mestilah maqasid yang bersifat tetap dan pasti. Iaitu maqasid yang mencapai

maslahah (mencapai manfaat yang bersifat umum atau menolak kemudharatan

secara umum) dan yakin akan pencapaian tersebut atau sangkaan yang kuat yang
53
hampir kepada yakin .

ii. Mestilah maqasid yang bersifat nyata dan jelas. Yang dimaksudkan jelas dan

nyata ialah tiada perselisihan ulama‟ dalam menetap dan menganggapnya sebagai
54
maqasid .

iii. Mestilah maqasid yang bersifat teratur dan berdisiplin. Iaitu maqasid yang

mempunyai batasan yang ditetapkan tidak boleh melampauinya dan tidak boleh

menguranginya. Sekira-kira ianya layak diiktibar sebagai matlamat syara‟ yang


55
mempunyai nilaian yang tidak akan berlaku keraguan padanya .

2. Maqasid Khassah.

Maqasid khassah bererti makna-makna dan hikmah-hikmah yang dikehendaki oleh

syara‟ disebalik pensyaria‟atan pada bab-bab tertentu dari pensyaria‟atan hukum

atau kelompok bab yang hampir sama seperti maqasid syari‟ dalam jinayat atau

52
Surah an-Nisá: 58.
53
Ibnu „Asyur, Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah, h. 172.
54
Ibid.
55
Ibid.
18
muamalat atau ibadat atau dalam membangunkan institusi kekeluargaan dan
56
sebagainya .

3. Maqasid Juziyyah.

Maqasid juziyyah bererti hikmah-hikmah dan rahsia-rahsia yang diambil kira oleh
57
syari‟ bagi setiap hukum-hukum berkaitan bahagian-bahagian tertentu .

Dharuriyyat al-Khams

Seperti yang telah dijelaskan dalam maqasid „ammah, antara matlamat tertinggi dan utama

pensyari‟atan hukum ialah mencapai maslahah dan menolak kemudharatan. Antara aspek

yang perlu dititikberatkan dalam mencapai maslahah dan menolak kemudharatan ialah

memelihara dharuriyyat al-khams. Yang dimaksudkan memelihara dharuriyyat al-khams

ialah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Berikut adalah

perbahasan secara terperinci mengenai dharuriyyat al-khams dan dalil-dalil yang

menunjukkan keperluan dan kemestian memeliharanya.

1. Memelihara Agama.

Memelihara agama merupakan objektif syara‟ yang tertinggi dan utama melebihi

segala-galanya. Pemeliharaan agama dapat diaplikasikan dengan cara menanamkan

keimanan dan kepercayaan yang kuat dan kukuh kepada Allah SWT. Oleh itu,

matlamat diturunkan ayat al-Quran dan hadith Nabi SAW antaranya adalah untuk

mengukuhkan akidah dalam diri umat Islam dan menyeru manusia supaya

56
Dr. Nu‟man Jughaim (2002), Turuq al-Kasyfu ‘an Maqasid asy-Syari’, Jordan: Dar an-Nafais, cetakan pertama,
h. 28.
57
Al-Fasi, Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa Makarimuha, Dar al-Baidhá, Cetakan Maktabah Wehdah al-
„Arabiyyah, h. 7.
19
mentauhidkan Allah SWT disamping mengingatkan dan menjauhkan manusia

daripada menyekutukan Allah SWT dengan sembahan-sembahan yang lain. Selain

itu, disyari‟atkan ibadat sebagai lambang penghambaan diri kepada Allah SWT.

Antara dalil yang merujuk kepada kewajipan menjaga agama ialah;

i. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan

jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat


58
kepadaKu. . Ayat ini menjelaskan bahawa matlamat manusia diciptakan

oleh Allah semata-mata menghambakan diri kepadaNya. Oleh kerana itu,

disyari‟atkan ibadat-ibadat tertentu yang mana matlamatnya adalah

memelihara agama.

ii. Firman Allah SWT juga yang bermaksud: Dan sesiapa di antara kamu yang

murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati

sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah

amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
59
neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). Jelas daripada ayat

ini bahawa Allah SWT memberikan amaran yang keras terhadap mereka

yang berpaling dan murtad dari Agama Allah dengan ancaman api neraka

dan binasa amalan-amalan terdahulu. Kesemua ini adalah bagi memelihara

kesucian Agama Islam.

iii. Allah melarang perbuatan syirik dengan memberi amaran tidak

mengampunkannya sepertimana firmanNya: Sesungguhnya Allah tidak akan

mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu

(apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik)

58
Surah az-Zariyat: 56.
59
Surah al-Baqarah: 217.
20
itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-

hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa


60
jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

iv. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang menukar agamanya
61
(iaitu selepas keislamannya), maka bunuhlah ia.

2. Memelihara Nyawa.

Selain kepentingan menjaga agama, memelihara nyawa juga merupakan matlamat

dan objektif utama pensyari‟atan hukum-hukum dalam Islam. Ini kerana nyawa

merupakan kurniaan Allah SWT dan nikmat terbesar selepas iman dan Islam kerana

dengan nyawa manusia mampu hidup dan ia merupakan nikmat yang tidak ada

gantinya. Begitu banyak nas-nas al-Quran dan hadith yang menyarankan dan

mewajibkan memelihara nyawa antaranya seperti berikut:

i. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan di dalam hukuman Qisas itu ada

jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya
62
kamu bertaqwa. Dalam ayat ini jelas menunjukkan matlamat pensyari‟atan

Qisas adalah menjamin dan memelihara nyawa manusia.

ii. Allah juga berfirman yang bermaksud: Dan juga mereka yang tidak

menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh

jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak
63
(yang dibenarkan oleh syarak). Dalam ayat ini jelas menunjukkan

kewajipan memelihara nyawa manusia dan mengambil berat mengenainya

60
Surah an-Nisá: 116.
61
Sahih al-Bukhari, Dimasyq: Dar Ibnu Kathir, no. 3017.
62
Surah al-Baqarah: 179.
63
Al-Furqan: 68.
21
dan tidak mengganggu dan merobeknya dengan pembunuhan dan
64
menyakitinya.

iii. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang terjun dari bukit yang

menyebabkan kematiannya maka dia akan masuk dalam neraka dan dia

akan melakukan perbuatan terjun (yang dilakukannya di dunia) berulang-


65
ulang selama-lamanya di dalam neraka.

3. Memelihara Akal.

Akal merupakan nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah sebagai sebahagian

daripada kesempurnaan ciptaan manusia. Kewujudan akal membezakan antara

manusia dengan haiwan. Dengan akallah manusia mampu membezakan antara baik

dan buruk, benar dan salah. Oleh itu, Islam amat menitikberatkan penjagaan akal

kerana dengan akallah manusia mampu mengenal Allah dan mengabdikan dirinya

kepada Allah yang merupakan matlamat manusia diciptakan. Dalil-dalil yang

memberi isyarat tentang kewajipan menjaga akal dan larangan mensia-siakannya

amat banyak antaranya:

i. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hanyalah

bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu

dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada

mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu,

mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji


66
dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dalam ayat ini menjelaskan

64
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badawi, Maqasid asy-Syari’ah ‘inda Ibnu Taimiyyah, Jordan: Dar an-Nafais, h. 64.
65
Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Dimasyq: Dar Ibnu Kathir, no. 5778.
66
Surah al-Maidah: 91
22
tentang kesan buruk arak antaranya memalingkan manusia daripada

mengingati Allah. Ini kerana arak memberikan kesan buruk terhadap akal

manusia yang mana apabila akal manusia sudah tidak mampu dikawal, maka

akan mendatangkan keburukan yang banyak antaranya menimbulkan

permusuhan dan kebencian, dan maksiat-maksiat yang lain.

ii. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Setiap yang memabukkan itu adalah
67
arak, dan setiap arak itu adalah haram.

4. Memelihara Keturunan/ Nasab.

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah semulajadi mahukan pasangan

hidup. Kerana itulah disyari‟atkan perkahwinan di dalam Islam kerana meraikan

fitrah manusia. Namun, perlu diketahui bahawa antara matlamat perkahwinan juga

adalah menjaga nasab keturunan manusia. Perkahwinan dapat mengelakkan

manusia dari terjerumus ke dalam lembah perzinaan yang boleh merosakkan nasab

keturunan manusia. Memelihara dan menjaga nasab keturunan manusia merupakan

antara matlamat Islam mensyari‟atkan hukum-hukum demi kesejahteraan hidup

manusia dan menolak kemudharatan. Antara pensyari‟atan hukum yang bertujuan

menjaga nasab ialah larangan zina, larangan qazaf (tuduhan zina ke atas wanita/

lelaki yang baik tanpa empat orang saksi atau menafikan nasabnya), larangan

berkhalwat, disyari‟atkan perkahwinan dan sebagainya. Terdapat banyak nas yang

mewajibkan manusia memelihara keturunan antaranya:

i. Nas yang menjelaskan tentang pensyari‟atan nikah sepertimana firman Allah

SWT yang bermaksud: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap

67
Sahih Muslim, j. 4, h. 1587.
23
perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka),

maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-

perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak

akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan)

seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu

miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
68
tidak melakukan kezaliman.

ii. Larangan menghampiri zina melalui firmanNya yang bermaksud: Dan

janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
69
kerosakan).

iii. Disyari‟atkan hukuman hudud keatas pesalah zina. Firman Allah SWT

maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah

kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan

janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap

keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu

beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman

seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang
70
yang beriman.

iv. Larangan qazaf sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan

orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang

terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat

orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah
68
Surah an-Nisá: 3.
69
Surah al-Isrá: 32.
70
Surah an-Nur: 2.
24
kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka
71
adalah orang-orang yang fasik.

5. Memelihara Harta.

Harta merupakan nikmat pemberian Allah SWT kepada hambanya. Tiada manusia

yang tidak mahukan harta kerana harta mampu memberikan kehidupan yang mewah

dan kesenangan di dunia. Namun, harta juga merupakan ujian yang Allah berikan

kepada manusia berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya

harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi
72
Allah jualah pahala yang besar. Allah mengurniakan manusia harta dan dalam

masa yang sama memerintahkan manusia membelanjakan harta pada jalan Allah.

Harta antara aset penting yang boleh memberikan kebaikan kepada manusia di

dunia dan di akhirat jika dibelanjakan dengan betul dan mematuhi syara‟. Islam

mewajibkan manusia memelihara harta dengan melarang perbuatan curi, larangan

bakhil dan boros, larangan mensia-siakan harta, dikenakan ganti rugi ke atas barang
73
yang dirosakkan dan sebagainya. Antara dalil yang ada kaitan dengan kewajipan

memelihara harta adalah seperti berikut:

i. Larangan mencuri dan hukuman hudud ke atas pencuri. Sepertimana firman

Allah SWT yng bermaksud: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang

perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka

sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga

sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha

71
Ibid: 4.
72
Surah at-Taghabun: 15.
73
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badawi , Maqasid asy-Syari’ah ‘Inda Ibnu Taimiyyah, Jordan: Dar an-Nafais, h. 65.

25
74
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. dan juga sabda Nabi SAW maksudnya:

Allah melaknat pencuri yang mencuri topi besi (untuk peperangan) maka
75
potonglah tangannya.

ii. Larangan melakukan pembaziran. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan

berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan

haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu

dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu

adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk


76
yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Hubungkait al-Kulliyyat Dengan al-Juziyyat Dalam Maqasid asy-Syari’ah Sebagai

Asas Dalam Penentuan Sesuatu Hukum.

Al-kulliyyat dan al-juziyyat mempunyai hubungkait yang tidak dapat dipisahkan dalam

proses penetapan hukum. Dalam menetapkan suatu hukum, tidak boleh diabaikan salah satu

daripadanya apatah lagi mengabaikan kedua-duanya sekali. Hukum yang dikeluarkan tanpa

menghubungkan kedua-duanya akan menyebabkan berlaku kecatatan atau kelompongan

dan berkemungkinan hukum yang dikeluarkan tidak menepati kehendak dan matlamat

syara‟. Oleh itu, disini akan diternagkan dan dijelaskan tentang hubungkait al-kulliyyat

dengan al-juziyyat dalam maqasid asy-syari’ah sebagai asas dalam penentuan sesuatu

hukum.

74
Surah al-Maidah: 38.
75
Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Dimasyq: Dar Ibnu Kathir, no. 6783.
76
Surah al-Isrá: 26-27.
26
77
1. Mengkhususkan nas-nas yang berbentuk umum .

Al-juziyyat berfungsi mengkhususkan nas-nas yang berbentuk umum yang mana

nas-nas umum ini adalah al-kulliyyat. Contohnya sepertimana firman Allah SWT

yang bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka


78
untuk) anak-anak kamu. Dalam ayat ini menjelaskan bahawa anak-anak boleh

mewarisi harta daripada ibu-bapanya secara umum. Ini dipanggil al-juziyyat.

Namun ayat ini telah dikhususkan oleh hadith Nabi SAW yang melarang anak yang

bukan seagama dengan bapanya dan yang membunuh bapanya mewarisi harta

sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tiada bahagian bagi pembunuh
79
daripada harta warisan suatu pun. dan juga sabda Baginda yang bermaksud:

Tiada mewarisi seorang muslim dari seorang kafir dan tiada mewarisi seorang
80
kafir dari seorang muslim. . Daripada kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan

bahawa kedua-dua golongan ini tidak boleh mewarisi harta dari ibu-bapanya.

Maqasid yang wujud disini ialah objektif memelihara nyawa, agama dan harta.

Pemeliharaan nyawa disini dapat dilihat melalui tegahan dari menerima warisan

sebagai langkah pencegahan kepada perbuatan membunuh bagi memperoleh harta

dengan segera. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh yang bermaksud” barangsiapa

yang menyegerakan sesuatu sebelum tiba waktunya dihukum dengan pengharaman

ke atas perkara itu”. Pemeliharaan agama pula dapat dilihat melalui tegahan

mewarisi jika berlainan agama kerana orang Islam tidak dibenarkan menjadikan

77
Abdullah Ibrahim Zaid al-Kailani (2006), Athar Maqasid al-Juziyyah wa al-Kulliyyah fi Fahmi an-Nusus,
Dirasat „Ulum Syari‟ah wa al-Qanun, j. 1, h. 101, „Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, h. 310, as-
Sarkhasi, Usul as-Sarkhasi, j. 1, h. 144.
78
Surah an-Nisá: 11.
79
Riwayat an-Nasaai, Sunan al-Kubra, no. 6367, j. 4, h. 79.
80
Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Dimasyq: Dar Ibnu Kathir, no. 6764, riwayat Muslim, Sahih al-Muslim,
no. 1614.
27
orang kafir sebagai penolong dan pembantu selain memelihara kesucian agama

Islam.

81
2. Pengecualian hukum juziyyat daripada hukum kulliyyat .

Antara hubungkait antara juziyyat dengan kulliyyat ialah pengecualian hukum

juziyyat daripada hukum kulliyyat. Contoh pengecualian hukum juziyyat daripada

hukum kulliyyat ialah sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: Wahai orang-

orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama

kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan i

termasuk perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan

janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa


82
Mengasihani kamu. Dalam ayat ini, Allah melarang makan harta sesama manusia

secara batil. Namun, Allah mengecualikan jual beli dari larangan ini yang mana

maqasidnya adalah memudahkan urusan manusia mendapatkan keperluan masing-

masing melalui perniagaan yang berlaku dengan cara saling meredhai. Oleh itu, al-

kulliyyat dalam ayat ini ialah larangan makan harta secara batil dan al-juziyyat pula

ialah pengecualian jual beli dari termasuk dalam larangan ini.

3. Kaedah pentarjihan apabila berlaku pententangan antara dalil kulliyyat


83
dengan dalil juziyyat .

Apabila berlaku pertentangan dalil antara al-kulliyyat dengan al-juziyyat, maka dalil

al-juziyyat berfungsi sebagai pentarjihan ke atas al-kuliyyat dengan diamalkan dalil

81
„Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, h. 314.
82
Surah an-Nisá: 29.
83
Al-Yubi (1998), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa ‘Alaqatuha bi al-Adillati asy-Syar’iyyah, Riyadh: Dar al-
Hijrah, cetakan pertama, h. 439-440, Abdullah Ibrahim Zaid al-Kailani (2006), Athar Maqasid al-Juziyyah wa al-
Kulliyyah fi Fahmi an-Nusus, Dirasat „Ulum Syari‟ah wa al-Qanun, j. 1, h. 103.
28
al-juziyyat mengikut konteksnya dan diabaikan konteks kulliyyat. Contohnya

sepertimana firman Allah SWT: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang

perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu

balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu

hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha
84
Bijaksana. Jika dilihat secara zhahir, maka didapati ayat ini bertentangan hadith

Nabi SAW sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: Jangan kamu melakukan
85
kemudharatan ke atas diri kamu dan orang lain. Selain hadith ini, terdapat

banyak lagi dalil daripada al-Quran dan sunnah yang melarang perbuatan mudharat

ke atas diri dan orang lain. Maka, dalam konteks pelaksanaan hudud seperti ayat dia

atas yang menyuruh potong tangan orang yang mencuri, maka ayat ini berfungsi

sebagai pentarjihan ke atas larangan berbuat mudharat kerana ianya bertujuan

menjaga kemalahatan yang lebih besar iaitu memelihara harta dan ia adalah salah

satu dari matlamat syari‟ah. Selain itu, hukuman potong tangan mudharatnya lebih

kecil berbanding mudharat disebabkan perbuatan mencuri yang boleh menggugat

keamanan sejagat.

86
4. Membataskan nas kulliyyat yang berbentuk mutlak .

Terdapat di dalam al-Quran dan hadith nas-nas yang berbentuk mutlak dan

berbentuk muqayyad. Antara hubungkait juziyyat dengan kulliyyat ialah juziyyat

membataskan nas kulliyyat yang berbentuk mutlak. Contohnya sepertimana firman

Allah SWT yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai

(binatang yang tidak disembelih), dan darah, dan daging babi (termasuk
84
Surah al-Maaidah: 38.
85
Riwayat Ibnu Majah dalam sunannya, no. 2340.
86
Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, h. 286.
29
87
semuanya). Ayat ini menjelaskan bahawa haram memakan darah secara mutlak.

Namun, dalam ayat yang lain Allah membataskan bahawa darah yang haram

dimakan ialah darah yang mengalir sepertimana firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah

diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak

memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau
88
daging babi kerana Sesungguhnya ia adalah kotor. Oleh itu, darah yang

diharamkan hanyalah darah yang mengalir bukannya darah secara mutlak. Ini

kerana, darah yang mengalir boleh memudharatkan kesihatan manusia sedangkan

matlamat syara‟ adalah memelihara nyawa dan akal manusia berbeza dengan darah

yang tidak mengalir sepertimana limpa, hati dan pedal yang dikecualikan daripada

tegahan ini.

5. Tidak mengabaikan nas juziyyat dengan alasan beramal dengan nas


89
kulliyyat .

Sebahagian manusia yang tidak memahami maqasid syari‟ah mengabaikan nas

juziyyat dengan alasan mahu beramal dengan nas kulliyyat. Ini adalah bertentangan

sama sekali kerana mereka tidak melihat konteks juziyyat yang ada hubungkaitnya

dengan kulliyyat. Contohnya mengabaikan pelaksanaan hudud dengan alasan Islam

melarang berbuat mudharat. Pengaplikasian ini adalah salah kerana larangan

berbuat mudhrat adalah konteks umum manakala pelaksanaan hudud pula adalah

konteks yang terkecuali dari konteks umum tersebut yang mana bertujuan menjaga

87
Surah al-Maaidah: 3.
88
Surah al-„An‟am: 145.
89
Abdullah Ibrahim Zaid al-Kailani (2006), Athar Maqasid al-Juziyyah wa al-Kulliyyah fi Fahmi an-Nusus,
Dirasat „Ulum Syari‟ah wa al-Qanun, j. 1, h. 103.
30
kemaslahatan sejagat dan menolak kemudhratan yang merupakan antara matlamat

utama pensyari‟atan hukum.

6. Membezakan antara ‘Azimah dan Rukhsah.

„Azimah menurut pandangan sebahagian ulama‟ hanya meliputi seluruh kewajipan


90
dan pengharaman tetapi tidak meliputi hukum-hukum taklifi keseluruhannya .

Sebahagian pula berpendapat bahawa „azimah meliputi keseluruhan hukum-hukum


91
taklifi . Rukhsah pula menurut ulama‟ ialah apa yang dibenarkan melakukannya

dengan sebab keuzuran atau dharurat yang berlaku beserta dengan wujudnya sebab
92
pengharaman . Antara hubungkait juziyyat dengan kulliyyat ialah membezakan

antara „azimah dengan rukhsah. Kemampuan membezakan kedua-duanya amat

penting dalam penentuan hukum kerana antara matlamat syara‟ atau maqasid

„ammah ialah memudahkan dan mengangkat kesulitan. Rukhsah adalah bentuk

kemudahan dan mengangkat kesulitan ke atas manusia.

7. Maqasid at-tab’iyyah sebagai penguat dan mengukuhkan maqasid al-


93
asliyyah .

Hubungkait lain antara juziyyah dengan kulliyyah ialah juziyyah sebagai penguat

dan mengukuhkan lagi kulliyyah. Contoh maqasid asliyyah ialah pensyaria‟atan

nikah dan larangan zina yang bertujuan mencapai objektif syara‟ iaitu memelihara

nasab keturunan manusia. Ini adalah nas kulliyyah. Adapun maqasid tab‟iyyah pula

90
Al-Ghazali, al-Mustasfa, j. 1, h. 330, Ibnu Hajib, Syarah Mukhtasar al-Muntaha, j. 2, h. 231.
91
As-Sarkhasi, Usul as-Sarkhasi, j. 1, h. 117, al-Qarafi (2004), syarah Tanqih al-Fusul, Beirut: Dar al-Fikr, h.
73-75, Ibnu Najjar al-Hanbali, Syarah al-Kaukab al-Munir, j. 1, h. 476.
92
al-Amidi (2003), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam,Dar as-Somi‟i, cetakan pertama, j. 1, h. 176, As-Sarkhasi, Usul as-
Sarkhasi, j. 1, h. 118
93
Al-Yubi (1998), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa ‘Alaqatuha bi al-Adillati asy-Syar’iyyah,Riyadh:
Dar al-Hijrah, cetakan pertama, h. 360.
31
ialah menjaga hubungan baik antara suami isteri, memberi nafaqah dengan tujuan

menjaga iakatan perkahwinan. Ini adalah nas juziyyah. Maka, maqasid asliyyah

tidak mungkin dapat dicapai dan diaplikasikan dengan sempurna melainkan dengan

mencapai maqasid tab‟iyyah yang menyokongnya. Mana mungkin ikatan

perkahwinan dapat diteruskan dan nasab keturunan dapat diluaskan sekiranya

hubungan suami isteri tidak baik yang boleh membawa kepada penceraian. Oleh itu,

kedua-duanya penting dan saling menyokong untuk mencapai maqasid asliyyah.

32
Rumusan

Memahami konteks kulliyyat dan juziyyat merupakan aspek yang sangat penting dalam

mengeluarkan sesuatu hukum terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam bidang

pengeluaran fatwa dan hukum seperti mufti, para pendakwah dan para ilmuan. Ini bagi

memastikan supaya hukum yang dikeluarkan selari dan bertepatan dengan kehendak syara‟

supaya objektif syara‟ dapat dicapai kerana ia menjamin kemaslahatan hidup manusia dan

menolak kemudharatan. Oleh itu, setiap muslim dituntut agar mendalami dan mempelajari

ilmu terutamanya ilmu maqasid dan usul fiqh kerana kedua-dua ilmu ini adalah asas

penting bagi memahami konteks kulliyyat dan juziyyat agar hukum yang dikeluarkan

berlandaskan objektif syara‟.

33
Rujukan dan biblografi

1. „Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh.

2. Abdullah Ibrahim Zaid al-Kailani (2006), Athar Maqasid al-Juziyyah wa al-

Kulliyyah fi Fahmi an-Nusus, Dirasat „Ulum Syari‟ah wa al-Qanun.

3. Abu Muhammad „Ali bin Muhammad , ‘Ilm Maqasid asy-Syari’ah.

4. Ahmad Mukhtar „Umar (2008), Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu’asirah,

Kaherah: „Alim al-Kutub, cetakan pertama.

5. Al-Amidi (2003), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam,Dar as-Somi‟i, cetakan pertama.

6. Al-Fasi, Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa Makarimuha, Dar al-Baidhá,

Cetakan Maktabah Wehdah al-„Arabiyyah.

7. Al-Ghazali, al-Mustasfa.

8. Al-Juhari, Abi Nasr Ismail bin Hammas (2009), As-Sihah Taj al-Lughah wa Sihah

al-‘Arabiyyah, Kaherah: Dar al-Hadith.

9. al-Qarafi (2004), syarah Tanqih al-Fusul, Beirut: Dar al-Fikr.

10. Al-Yubi (1998), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah wa ‘alaqatiha bi al-Adillah

asy-Syar’iyyah, Riyadh: Dar al-Hijrah , cetakan pertama.

11. As-Sarkhasi, Usul as-Sarkhasi.

12. As-Sufyani, ath-Thabat wa asy-Syumul.

13. As-Suyuti, ar-Rad ‘Ala Man Akhlada Ila al-Ardh.

14. Asy-Syatibi, al-Muwafaqat.

15. Az-Zahabi, Sir al-A’lam an-Nubala’.

16. Bakar Muhammad Ibrahim Abu Hadayid (2009), Daur al-Maqasid Fi Taujih al-

Hukmi Baina al-‘Azimah wa ar-Rukhsah, Gaza: Jami‟ah al-Islamiyyah.

34
17. Dr. Nu‟man Jughaim (2002), Turuq al-Kasyfu ‘an Maqasid asy-Syari’, Jordan:

Dar an-Nafais, cetakan pertama.

18. Ibnu „Asyur (2004), Maqasid asy-Syari’ah al-Islamiyyah, Qatar:

Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam.

19. Ibnu Hajib, Syarah Mukhtasar al-Muntaha.

20. Ibnu Hazm, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam.

21. Ibnu Najjar al-Hanbali, Syarah al-Kaukab al-Munir.

22. Ibnu Rajab al-Hanbali, az-Zil ‘ala Tabaqat al-Hanabilah.

23. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa.

24. Abi „Abdillah Muhammad bin Isma‟il al-Bukhari (2002), Sahih al-

Bukhari, Damsyiq: Dar Ibnu-Kathir, cetakan pertama.

25. Abu al-Husain Muslim bin al-Hujjaj an-Naisaburi, Sahih Muslim.

26. Jama‟ah min al‟Mukhtassin, Mu’jam an-Nafais al-Kabir, Dar an-Nafais,

cetakan pertama.

27. Mahmud Hamid Uthman (2002), al-Qamus al-Mubin Fi Istilahat al-Usuliyyin,

Riyadh: Dar az-Zahim, catakan pertama.

28. Muhammad az-Zuhaily, Maqasid asy-Syari’ah.

29. Samih „Abdul Wahhab al-Jundi (2008), Ahammiyyah al-Maqasid fi asy-Syari’ah

al-Islamiyyah wa Atharuha fi Fahmi an-Nas wa Istinbat al-Hukmi, Beirut:

Muassasah ar-Risalah Nasyirun, cetakan pertama.

30. Solih al-„Ali as-Solih dan Aminah asy-Syeikh Sulaiman al-Ahmad, al-Mu’jam

as-Sofi fi al-Lughah al-‘Arabiyyah.

31. Syubaily, Maqasid at-Tasyri’ al-Islami.

35
32. Yusuf Ahmad Muhammad al-Badawi, Maqasid asy-Syari’ah ‘inda Ibnu Taimiyyah,

Jordan: Dar an-Nafais.

33. Yusuf Hamid al-„Alim (1994), al-Maqasid al-‘Ammah, al-Ma‟had al‟Alami

Lilfikri al-Islami, cetakan kedua.

34. Yusuf al-Qaradhawi, Dirasah fi Fiqh Maqasid asy-Syari’ah Baina al-Maqasid al-

Kulliyyah wa an-Nusus al-Juziyyah, Kaherah: Dar asy-Syuruq.

36

Anda mungkin juga menyukai