Anda di halaman 1dari 14

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES

SEPTEMBER / 2019

ABSM 3103

FIQH MUAMALAT

NO. MATRIKULASI : 770906136256001


NO. KAD PENGENALAN : 770906-13-6256
NO. TELEFON : 013-5655990
E-MEL : faridahwasli@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KUCHING

1|Page
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 3

2.0 HURAIAN DEFINISI HARTA 4–5

3.0 PEMBAHAGIAN HARTA DARI SUDUT 6–7


PEMINDAHAN, KEWUJUDAN DAN PEMILIKAN
DARI PERSPEKTIF SYARAK

4.0 KEPENTINGAN PEMBAHAGIAN HARTA DARI 8–9


SUDUT HUKUM

5.0 ANALISIS JENIS-JENIS HAK MILIK MENURUT 10 – 12


ISLAM BERSERTA CONTOH HAK MILIK

6.0 KESIMPULAN 13

7.0 APPENDIKS / RUJUKAN 14

2|Page
1.0 PENGENALAN

Kalimah “fiqh” berasal daripada kalimah Bahasa Arab yang membawa maksud
kefahaman. Dari segi istilah pula ia bermaksud ilmu berkaitan dengan hukum-hukum
amali syariat yang dikeluarkan daripada dalil-dalilnya yang tafsil. Muamalat pula
bermaksud segala hukum yang mengatur hubungan manusia di muka bumi ini dan secara
khusus merujuk kepada urusan yang berkaitan dengan harta. Muamalat juga merupakan
tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi
keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah SWT yang melibatkan bidang
ekonomi dan sosial Islam. Maka wujudlah istilah “Fiqh Muamalat” yang secara
khususnya merujuk kepada ilmu berkaitan dengan hukum-hukum syariat yang mengatur
urusan manusia yang berkaitan dengan harta.

Dalam Islam, mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah. Ia


merupakan keperluan bertujuan mencapai hidup diberkati. Perspektif tepat terhadap harta
ialah memastikan seseorang itu mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat menerusi
hartanya. Harta mempunyai kedudukan tertinggi dalam Islam dan Islam menggalakkan
umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.
Manusia dikehendaki memiliki harta yang disediakan oleh Allah SWT melalui ilmu
pengetahuan serta kemahiran yang dikurniakan kepadanya. Mereka yang memiliki harta
kekayaan dunia adalah pemegang amanah Allah SWT dan bertanggungjawab terhadap
harta-harta tersebut.

Objektif tugasan ini adalah untuk menerangkan konsep asas harta dari sudut
pemindahan, kewujudan dan pemilikan dari perspektif Syarak serta menganalisis
kepentingan membahagikan harta dan jenis-jenis hak milik menurut Islam.

3|Page
2.0 HURAIAN DEFINISI HARTA
Menyentuh tentang penakrifan dan pengertian harta, para sarjana Islam
mahupun barat telah menghasilkan pelbagai takrifan khusus untuk memberikan
gambaran yang jelas dan tepat tentang apa yang dimaksudkan dengan harta.
Perkataan “harta” dari sudut bahasa adalah seerti dengan perkataan “mal” dalam
bahasa Arab. Ia bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu. Harta pada
asalnya ialah sesuatu yang dimiliki terdiri daripada emas dan perak kemudiannya
telah diguna pakai dari setiap sesuatu yang diperolehi serta dimiliki daripada wang.
(Ibn Athir).
Wang, harta kekayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah
kurniakan kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakkan mencari dan
mengumpul harta dari sumber yang halal.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.”
(Surah Al-Ankabut : 17)
Menurut Kamus Dewan Bahasa, harta ialah barang-barang berharga seperti
bangunan, rumah, tanah, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang
perseorangan, pertubuhan atau syarikat. Menurut Kamus al-Munjid pula, harta
bermaksud sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang Badwi kepada
binatang ternakan seperti kambing biri-biri dan unta. Harta atau “al-mal” juga
bermaksud sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan manusia
seperti barangan berharga, aset tetap,wang, barangan perniagaan atau haiwan.
Mengikut pengertian umum, maksud perkataan harta yang paling senang untuk
difahami adalah peredaran wang di antara manusia sama ada daripada bahan galian
mahupun kertas.
Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta dalam pelbagai tafsiran.
Menurut pendapat Ibn Abidin (fuqaha mazhab Hanafi) mentafsirkan harta sebagai
sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yang
boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan. Imam Al-Syafiee pula
berpendapat bahawa harta adalah sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau
dibayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan ke atasnya. Menurut
salah seorang lagi fuqaha mazhab Hanafi iaitu Al-Zarqa, beliau mendefinisikan harta
adalah dengan mengambil kira keadaan “urf” atau adat kebiasaan masyarakat umum
untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta ataupun tidak. Apa-apa sahaja yang
4|Page
dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah tergolong dalam
golongan harta. Dr. Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta adalah sesuatu yang
diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia sama ada dalam bentuk benda (‘ain)
atau faedah (manfaah). Sebagai contoh, bangunan, saham, kenderaan, pakaian dan
sebagainya manakala Dr. Abdul Karim Zaidan pula mendefinisikan harta sebagai
sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa hadapan dan ia berfaedah
kepada manusia. Terdapat juga yang tidak dapat ditakrifkan sebagai harta iaitu
sesuatu yang tidak dapat dimiliki tetapi boleh dimanfaatkan seperti cahaya dan udara.
Selain itu, sesuatu yang boleh dimiliki tetapi tidak dapat dimanfaatkan dalam keadaan
biasa seperti sebutir beras atau setitis air. Seterusnya sesuatu yang bercanggah
dengan syarak walaupun dapat dimiliki seperti arak dan bangkai. Sebahagian yang
dianggap sebagai harta oleh orang bukan Islam tidak boleh dianggap sebagai harta
oleh orang Islam. Contohnya seperti arak atau minuman keras yang sudah jelas
haram di sisi agama.
Kesimpulannya, harta dapat ditakrifkan sebagai apa sahaja yang boleh dimiliki
dan boleh dimanfaatkan dalam keadaan biasa seperti rumah dan kenderaan. Selain
itu, sesuatu yang belum dimiliki tetapi berkemungkinan akan dimiliki seperti burung
di udara, ikan di laut dan kuda liar di hutan.

5|Page
3.0 PEMBAHAGIAN HARTA DARI SUDUT PEMINDAHAN, KEWUJUDAN
DAN PEMILIKAN DARI PERSPEKTIF SYARAK
Harta boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan pembahagian ini adalah
berdasarkan pelbagai aspek atau dimensi yang berbeza. Dalam setiap jenis ini pula ia
mempunyai ciri-ciri khusus dan hukumnya yang tersendiri. Abdul Karim Zaydan
(1969) menyatakan harta boleh dibahagikan mengikut aspek yang berbeza seperti
berikut;
i. Dari segi pemindahan harta:
Berasaskan kepada aspek ini, harta dibahagikan kepada dua jenis iaitu
harta alih (manqul) dan harta tak alih (aqar). Harta alih bermaksud harta
yang boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya
seperti wang tunai, buku, barang kemas, perabot, binatang ternakan dan
sebagainya. Manakala harta tak alih pula bermaksud harta yang tidak
boleh dipindah. Contohnya seperti rumah, bangunan, tanah dan
sebagainya.
ii. Dari segi kewujudan:
Berdasarkan aspek ini, harta dibahagikan kepada dua jenis juga iaitu harta
serupa (mithli) dan harta tak serupa (qimi). Harta serupa bermaksud harta
yang mempunyai persamaan seratus peratus atau mempunyai perbezaan
yang sedikit sahaja serta ianya mudah diperolehi di pasaran. Contohnya,
kaca mata berjenama Revlon yang mudah didapati di pasaran. Harta tak
serupa pula bererti harta yang tidak mempunyai persamaan atau sukar
didapati di pasaran dan contohnya adalah barangan antik.
iii. Pemilikan dari perspektif Syarak:
Berdasarkan aspek ini pula, harta juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu
harta bernilai (mutaqawwim) dan harta tidak bernilai (ghayr
mutaqawwim). Harta bernilai bererti harta yang telah dimiliki oleh
seseorang dan boleh dimanfaatkan menurut hukum Syarak. Sebagai
contoh, baju yang telah dimiliki oleh seseorang. Manakala harta tidak
bernilai pula bermaksud harta yang belum dimiliki atau tidak boleh
dimanfaatkan. Sebagai contoh, ikan yang berada di dalam sungai ataupun
burung yang masih terbang di udara.

6|Page
Jenis harta Istilah Arab Pengertian Contoh

Alih Manqul Harta yang boleh dipindah dari satu Buku


tempat ke satu tempat yang lain.
Tak alih Aqar Harta yang tidak boleh dipindah Bangunan

Serupa Mithli Harta yang mempunyai persamaan Pen jenama


seratus peratus atau mempunyai Reynolds yang
perbezaan yang sedikit sahaja serta berdakwat hitam
mudah diperolehi di pasaran.
Tidak serupa Qimi Harta yang tidak mempunyai Barang antik
persamaan atau sukar didapati di
pasaran.
Bernilai Mutaqawwim Harta yang telah dimiliki oleh Baju yang telah
seseorang dan boleh dimanfaatkan dimiliki oleh
menurut hukum Syarak. seseorang
Tidak Ghayr Harta yang belum dimiliki atau Burung yang
bernilai mutaqawwim tidak boleh dimanfaatkan masih terbang di
udara dan ikan di
dalam sungai
Jadual 3.1: Ringkasan Penerangan Jenis-jenis Harta

7|Page
4.0 KEPENTINGAN PEMBAHAGIAN HARTA DARI SUDUT HUKUM
Menurut Abdul Karim Zaydan (1969), pembahagian harta mempunyai
faedahnya yang tersendiri terutamanya dari sudut hukum sesuatu urusan muamalat.
Faedah-faedah tersebut dapat disimpulkan seperti berikut;
i. Faedah pembahagian harta kepada harta alih dan harta tak alih
Terdapat beberapa faedah dan tujuan pembahagian harta kepada harta alih
dan harta tak alih. Antaranya dalam masalah wakaf, para fuqaha’
sependapat mengatakan sah wakaf harta tak alih dan berselisih pendapat
tentang harta alih. Dalam masalah wasiat pula, penjaga wasiat tidak boleh
menjual harta jagaannya sekiranya harta itu daripada jenis tak alih.
Walaupun begitu, penjaga wasiat boleh berbuat demikian atas sebab-sebab
tertentu seperti untuk membayar hutang orang di bawah jagaannya. Dalam
masalah syuf’ah, para fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa tuntutan
syuf’ah boleh dilakukan ke atas harta tak alih. Sekiranya harta tersebut
daripada jenis harta alih, mereka tidak sependapat di mana terdapat
sebahagian fuqaha’ berpendapat bahawa tuntutan syuf’ah itu tidak boleh
dilakukan. Bagi tujuan pelunasan hutang pula, hakim atau pihak berkuasa
hendaklah terlebih dahulu menjual harta alih yang dimiliki oleh seseorang
yang diisytihar bankrap. Jika masih belum mencukupi, maka barulah harta
tak alih yang dimilikinya itu boleh dijual.
ii. Faedah dan kepentingan pembahagian harta kepada harta serupa
dan harta tidak serupa
Dalam masalah syarikat, apabila salah seorang daripada ahli syarikat
membuat tuntutan supaya harta syarikat dibahagikan sesama mereka,
pembahagian itu boleh dibuat jika harta tersebut bersifat serupa walaupun
terdapat unsur bantahan. Namun, sekiranya harta tersebut bersifat senilai
(tidak serupa), maka pembahagian tidak boleh dibuat selagi tidak
mendapat persetujuan semua rakan kongsi. Dalam masalah ganti rugi
kerosakan pula, sekiranya harta serupa itu telah dirosakkan maka ia perlu
diganti dengan harta yang serupa dengannya. Walaupun begitu, jika harta
tersebut adalah harta senilai (tidak serupa) maka harta tersebut hendaklah
diganti dengan nilainya sebagai bayaran ganti rugi. Contohnya, jika harta
A adalah barangan antik maka B perlulah membayar nilai barangan
tersebut.
8|Page
iii. Faedah atau kepentingan pembahagian harta kepada harta bernilai
dan harta tidak bernilai
Terdapat beberapa tujuan pembahagian ini dibuat dan antaranya boleh
dilihat dalam masalah akad atau kontrak, harta yang tidak bernilai
mengikut Syarak tidak boleh menjadi subjek akad. Contohnya penjual
ingin menjual burung yang masih berterbangan di udara, maka akad jual
beli tidak akan berlaku. Dalam masalah ganti rugi kerosakan pula,
seseorang yang merosakkan harta yang tidak bernilai tidak perlu
membayar ganti rugi tersebut.

Urusan Keterangan
muamalat
Akad Harta bernilai boleh dijadikan subjek akad tetapi harta
(kontrak) tidak bernilai tidak boleh dijadikan subjek akad.
Dhaman Bayaran ganti rugi tidak dikenakan ke atas pihak yang
merosakkan harta tidak bernilai. Jika ia adalah harta
bernilai, bayaran ganti rugi dikenakan ka atas pihak yang
merosakkannya.
Jadual 4.1: Kesan Pembahagian Harta Kepada Harta Bernilai dan Harta
Tidak Bernilai

9|Page
5.0 ANALISIS JENIS-JENIS HAK MILIK MENURUT ISLAM BERSERTA
CONTOH HAK MILIK

Hak milik ialah satu hubungan yang sah antara seseorang dengan sesuatu harta
menurut Syarak (Zaydan, 1969). Ia juga merupakan sesuatu harta yang dikurniakan oleh
Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Sebagai contoh rumah, bangunan, tanah, saham,
wang dan sebagainya untuk dimiliki serta dimanfaatkan. Terdapat tiga prinsip yang
dipegang dalam hak milik harta menurut Islam iaitu menggariskan cara mendapatkan
harta, menentukan cara menggunakan harta dengan betul dan menunaikan semua
kewajipan yang berkaitan dengan harta seperti zakat.

a) Cara untuk mendapatkan harta hendaklah mengikut cara yang


dibenarkan oleh syariat;
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,
maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada
rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan ingatlah kepada Allah SWT
jua (tempat kembali kamu) dibangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan
takutilah kemurkaannya).”
(Surah Al-Mulk, 67:15)
b) Menentukan cara menggunakan harta dengan betul;
Cara terbaik untuk membelanjakan harta ialah dengan cara sederhana iaitu
tidak boros dan tidak bakhil sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah
dalam firmanNya:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-
saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat
kufur kepada Tuhannya.”
(Surah al-Isra’, 17:27)
Manakala larangan bersifat bakhil atau kedekut pula dinyatakan dalam
firman Allah SWT yang berbunyi;
Maksudnya: “Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di
lehermu dan janganlah engkau menghulurkannya dengan sehabis-
habisnya kerana akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan tercela
serta kering keputusan…”
(Surah al-Isra’, 17:29)

10 | P a g e
c) Menunaikan semua kewajipan yang berkaitan dengan harta
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadith berhubung dengan kewajipan
yang berkaitan dengan harta . Antaranya ialah kewajipan menunaikan
zakat seperti firman Allah SWT;
Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi
sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka
(daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk),
dan doakanlah untuk mereka.”
(Surah al-Taubah, 9:103)

Hak milik adalah pengkhususan terhadap sesuatu harta yang menghalang orang
lain daripada menuntut harta tersebut dan membolehkan pemiliknya melakukan tasharruf
kecuali ada halangan syariat. Perkara ini boleh digambarkan sebegitu apabila terdapat
orang yang mendapatkan sesuatu barang atau harta melalui cara yang dibenarkan oleh
syariat. Satu lagi dimensi hubungan istimewa ini adalah bahawa orang lain selain pemilik
harta tersebut tidak berhak untuk menggunakan atau memanfaatkannya bagi apa-apa
tujuan melainkan jika pemiliknya telah memberi kebenaran seperti yang telah dijelaskan
dalam hadith:

Maksudnya: Dari Rafi bin Kharij RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;


“Barangsiapa yang menanam tanaman di tanah orang tanpa izinnya, maka dia
tidak berhak mendapat hasil tanaman sedikit pun dan walaupun dia telah
menghabiskan modal menguruskannya.

(HR. Abu Dawud)

Hak milik terbahagi kepada dua jenis iaitu hak milik sempurna (Al-milk al-tam)
dan hak milik tidak sempurna (Al-milk ghayr al-tam). Hak milik sempurna adalah
merupakan hak milik ke atas zat harta dan manfaatnya sekaligus. Keistimewaan
pemilikan sempurna adalah hak pemilikan harta tersebut tidak terhad bagi tempoh masa
tertentu di mana ianya tidak terikat dengan masa dan tempat. Ia bersifat kekal selagi
masih wujud dan akan terhapus sekiranya harta atau benda tersebut sudah hapus,
berpindah milik atau tuannya sudah meninggal dunia. Keistimewaan yang kedua adalah
pemilik harta mempunyai hak menggunakan, mengambil kesempatan dan peluang serta
membuat kira bicara terhadap harta yang dimilikinya. Sebagai contoh pemiliknya hendak
menjual, menyewa atau memberikan harta tersebut kepada orang lain. Keistimewaan

11 | P a g e
yang ketiga adalah pemilik harta tidak akan dikenakan sebarang ganti rugi sekiranya dia
yang menyebabkan harta tersebut musnah atau rosak. Terdapat lima sebab pemilikan
sempurna iaitu penguasaan ke atas harta yang harus, akad pindah milik, pewarisan, hasil
daripada pengembangan harta yang dimiliki dan syu’fah.

Hak milik tidak sempurna (Al-milk ghayr al-tam) pula adalah harta yang dimiliki
oleh seseorang sedangkan dia tidak memiliki manfaat harta tersebut atau dia tidak
memiliki harta tersebut tetapi dia memiliki manfaatnya sahaja. Ia terbahagi kepada tiga
iaitu pemilikan harta sahaja (al-milk ain), pemilikan manfaat sahaja (al-milk manfaah)
dan hak memanfaatkan mata benda (hak irtifa’ al-ain). Konsep pemilikan dalam Islam
adalah terbatas. Khaf telah mengemukakan beberapa perkara iaitu;

i. Hak milik hanyalah terhadap penggunaan dan bukannya kepunyaan


ii. Jika harta itu tidak digunakan, maka hak kepunyaan akan hilang. Sebagai
contoh, tanah yang tidak diusahakan
iii. Pemilik hanya terhad kepada sepanjang hayat pemilik dan jika pemilik
meninggal maka harta tersebut akan berpindah milik kepada orang lain
iv. Tidak semua harta boleh dimiliki secara individu kerana ada
sesetengahnya menjadi hak milik orang ramai

Jenis-jenis hak milik terbahagi kepada tiga iaitu hak milik peribadi, hak milik
umum dan hak milik negara. Hak milik peribadi adalah merupakan hak milik khusus
seseorang individu. Contohnya seperti rumah, basikal, motosikal, kereta dan sebagainya.
Hak milik umum pula merupakan harta yang dikhususkan untuk kepentingan awam.
Sebagai contoh, laut, sungai, jalan raya dan sebagainya. Manakala hak milik negara
adalah merupakan harta yang menjadi hak milik bersama semua warganegara sesebuah
negara. Contohnya seperti tandas awam, hospital, balai raya, sekolah, hutan dan
sebagainya.

12 | P a g e
6.0 KESIMPULAN

Harta adalah ujian daripada Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan


dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia
namun tanpa harta juga manusia akan menghadapi kesusahan. Harta juga boleh
membawa kepada perpecahan atau pergaduhan terutamanya dalam kalangan ahli keluarga
sekiranya tidak berteraskan rahmah dan keihsanan dalam menguruskan harta.

Dalam Islam, hanya benda yang diharuskan kita memilikinya dan


memanfaatkannya sahaja yang dikategorikan sebagai harta. Harta boleh dibahagikan
kepada harta alih, harta tak alih, harta serupa, harta senilai (tidak serupa), harta bernilai
dan harta tidak bernilai. Kepelbagaian kategori harta memberikan faedah yang berbeza
dari aspek hukum.

Hak milik merupakan suatu hubungan antara seseorang dengan sesuatu benda
yang diiktiraf oleh Syarak. Agama Islam telah menetapkan tiga peraturan yang perlu
dipatuhi untuk mendapatkan harta iaitu cara untuk mendapatkannya, cara
membelanjakannya dan kewajipan-kewajipan berkaitan harta yang perlu ditunaikan.
Sesuatu harta boleh dimiliki secara sempurna apabila salah satu sebab mendapat hak
milik tersebut disempurnakan iaitu menguasai harta yang belum dimiliki oleh sesiapa,
melakukan akad yang boleh menyebabkan berlaku pindah milik, pewarisan harta dan
tuntutan syuf’ah.

2508 Patah Perkataan

13 | P a g e
7.0 APENDIKS

RUJUKAN

https://www.academia.edu/20697170/fiqh_muamalat_ar-rahnu

https://www.slideshare.net/AlmaPramadanti/sewa-guna-usaha-leasing-
97363394?next_slideshow=1

http://safardanial21.blogspot.com/2015/05/pengertian-fiqh-muamalat.html

https://www.slideshare.net/mohamadfaz/pengenalan-muamalat-islam

https://prezi.com/9thmw2dhuffy/pengenalan-kepada-fiqh-muamalat/

http://notawarisanpusaka.blogspot.com/p/harta-alih-dan-harta-tak-alih.html

https://www.dutadakwah.co.id/pengertian-harta-dan-10-jenis-jenis-harta-
dalam-islam/#Jenis-Jenis_Harta_Dalam_Islam

MODUL OUM, FIQH MU’AMALAT (ABSM 3103)

14 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai