Anda di halaman 1dari 12

ABSC3103

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM


JANUARI 2015

Nama :
No. Matrik :
Nama tutor :

1.0 Pengenalan
Sebagai manusia yang hidup di bumi Allah ini, sikap sentiasa bersyukur haruslah ada
dalam diri setiap individu agar tidak lupa akan penciptanya. Di ketahui umum, hidup manusia
dibumi ini sebenarnya bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat
dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan
tanpa ada batas dan tanggungjawab. Namun begitu, penciptaan makhluk manusia di bumi ini
adalah mempunyai suatu tujuan yang jelas dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan
oleh Allah Tuhan yang menciptanya.
Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas
sebagaimana terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan
diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya iaitu dalam erti kata mentadbir dan
mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt.

Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah
(menyembah) kepada Ku. (Az-Zaariyaat: 56).
Firman Allah swt. lagi yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah
(penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebaha-gian (yang
lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. (alAnaam: 165)
Tugas sebagai khalifah Allah sebenarnya adalah untuk memakmurkan bumi ini
dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas
beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti
pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt dan
dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu haruslah dengan perasaan ikhlas kerana mencari
kebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah. Allah swt telah menyediakan garis
panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan
rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan
bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh
mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya
manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.

Pengertian Ibadah berasal daripada `abdun. Ibadah dari segi bahasa bermaksud patuh,
taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah
pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala
perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia
berbentuk suruhan atau larangan. Ibadah menurut Ibnu Taimiyah pula, ialah nama bagi
sesuatu yang disukai dan kasihi oleh Allah swt. Segala perintah Allah dan Rasul-Nya ini
hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, bukan
kerana terpaksa atau kerana yang lain lebih dari cintakan kepada-Nya.
Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan
ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan
penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi
contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan
sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri. Firman Allah swt. dalam surah AlAhzab : 21

Maksudnya: Sesungguhnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu contoh yang
paling baik.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah hendaklah disertai
dengan perasaan cinta serta takut kepada Allah swt disertai hati yang sihat dan sejahtera dan
tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok dari kemanisan iman yang
lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt. Dengan ini maka akan bertautlah hatinya
kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap setiap perintah serta mengharapkan
supaya Allah menerima amalan yang dikerjakan dan merasa bimbang serta takut kalau-kalau
amalan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah.
Secara fitrahnya agama Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini adalah ibadat
dan taat kepada Allah. Hal inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT yang
bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

2.0 Konsep Komunikasi Dalam Ibadah Dari Aspek Hablun Min Allah Dan Hablun Min
Annas
Komunikasi interpersonal adalah proses pengolahan informasi dalam jiwa manusia.
Komunikasi ini juga di bincangkan dalam tradidi islam. Penjelasan tentang kemampuankemampuan dalaman (al-quwa al-bathinah). Hal ini dapat dilihat ketika al-Ghazali (1988)
mengupas tentang kemampuan mencerap(al-quwa al-mudrikah).
Bagi memahami konsep komunikasi, seeloknya kita memahami apa makna
komunikasi sebenarnya. Komunikasi dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan
"Communicare" yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Oleh kerana itu, perkataan
komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin
mempengaruhi orang lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial dan komunikator
merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan komunikasi dengan individu
atau kelompok.
Namun begitu, kerana perkataan komunikasi lebih merujuk kepada bahasa Inggeris,
kita perlu melihat kepada beberapa kaitan yang behubung dengan komunikasi. Dalam perkara
ini dapat dilihat pada perkataan "Wasola" dalam bahasa arab yang ada dalam al-Quran.
Perkataan tersebut dari segi bahasa membawa maksud 'sampaikan'. Di dalam al-Quran pada
dasarnya ianya menyentuh hal ini yang mana menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah
sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan".
Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam al-Quran yang
menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi. Antaranya ialah yang membawa erti
'Bacalah'(al-Alaq), khabarkanlah'(al-Nisa'), 'Katakanlah' (al-Mukmin), 'Berpesan-pesan' ( alArs), 'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi.
Dari perspektif agama khususnya, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission
yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakanrakan Muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap komunikator
agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar
keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu
tugas yang penting malah diperlihatkan oleh Rasulallah s.a.w sendiri yang mana menggesa
setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . Simbolik
kepada satu ayat ini menunjukkan pentingnya kebenaran ajaran agama disampaikan dengan

berkesan berdasarkan prinsip-prinsip komunikasi tertentu yang digariskan oleh al-Quran dan
al-Sunnah itu sendiri.
Beberapa prinsip komunikasi Islam yang dinyatakan dalal al-Quran antaranya firman
Allah s.w.t yang bermaksud : " Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik
daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)..."
dan ayat lain menyebut "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka
mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)...".
Sebagai sumber tetinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap
membekalkan prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan
Allah, dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya di sini, terdapat
dua bentuk hubungan komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan
denga Allah) dan hablu min An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada
pentingnya mewujudkan komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu
seperti menunaikan sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama
membentuk komunikasi dengan Allah adalah untuk membentuk taqwa iaitu sifat yang
sentiasa menguasai perilaku indvidu agar bersikap seolah sepanjang masa.
Selain menjaga dan mengawasi perilaku manusia dengan Allah iaitu hablum minallah,
Islam menekankan agar hubungan sesama manusia perlu diwujudkan agar membentuk
hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat. Hubungan sesama manusia akan terjadi dan
berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, seni dan sebagainya.
Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu Muslim boleh meneruskan
kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi jasmani dan rohani.

3.0 Hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi sosial dalam kehidupan.
Kita sedia maklum, komunikasi sebenarnya membantu setiap individu bagi mencapai
tjuan atau kehendak yang dikehendaki. Komunikasi seperti yang kita lihat adalah satu aktiviti
yang dianggap mulia dan terbaik di kaca mata Islam. Malah Allah menyatakan bahawa
seseorang yang menggunakan komunikasinya untuk menyeru orang lain kepada mengesakan
Allah, mematuhi segala perintah Allah dan ia juga melakukan sendiri kebaikan yang di
ajarinya, orang tersebut adalah dianggap lebih baik perkataanya (ahsana Qaulan). Pada aspek
yang lain dalam konteks komunikasi ini merupakan arahan dariapda Allah supaya memberi

peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini semakin nyata melalui lisan sebagai
elemen penting komunikasi yang mana Raslalah s.a.w menuntut supaya melakukan
pencegahan terhadap kemungkaran yang dilihatnya.
Kepentingan komunikasi lisan adalah untuk melakukan perubahan dan tegahan dapat
diperhatikan kepada Hadis Rasulallah sa.w yang mengklasifikasikan peranan lisan di tempat
yang kedua selepas tangan (kuasa). Perkara ini dapat diperhatikan pada hadis yang
bermaksud : " Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran yang telah berlaku
maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika tidak berkuasa, maka dengan lisan, jika
tdak berkuasa juga ia mengubah dengan hatinya bagi yang sedemikian selemah-lemah iman".
Sehubungan dengan kepentingan komunikasi ini juga, Muhammad Tahir Asyur
menyatakan bahawa bersuara atau menyatakan sesuatu melalui percakapan yang di ingini
adalah hak fitrah manusia. Hal ini adalah kerana pecakapan itu adalah cara yang menjadi
gambaran di dalam hati dan terjemahan dalam bentuk bahasa kepada orang lain untuk
menyampaikan hasratnya. Manakala Chester I. Barnard melihat komunikasi sebagai jalan
apabila manusia dihubungkan dengan bersama-sama dalam organisasi untuk mencapai tujuan
bersama. Ini merupakan fungsi dasar komunikasi. Oleh itu, adalah mustahil untuk
menjalankan aktiviti kumpulan tanpa komnikasi kerana segala penyelarasan dan perubahan
tidak dapat memberi kesan yang sebaiknya.
Sebagai contoh, hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi sosial
adalah bercakap dengan lemah lembut. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud "
Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam
kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga
ia beringat atau takut"
Selain itu, contoh yang lain juga ialah dengan menggunakan perkataan yang baikbaik. sebagaimana firman Allah " dan katakanlah kepada hamba-hambaKU ( yang beriman)
supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik... ".
Dengan menggunakan komunikasi dalam ibadah , ianya boleh menguasai bahasa dan
isi percakapan dengan kecerdasan akal dan pandangan. Rasulallah bersabda " Berbicaralah
kepada manusia menrut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.
5. Berbahas dengan cara yang lebih baik.

-Prinsip ini bersandarkan firman allah yang bermaksud :" .... dan berbahaslah dengan mereka
( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik ... "
Selain itu, komunikasi juga boleh digunakan untuk membebaskan atau mengokong,
untuk mencipta sesuatu benda atau memusnahkan,dan untuk meperbaiki mutu kehidupan di
dunia ini atau untuk melenyapkannya. Di samping itu, ia membolehkan kita mengenali orang
lain dan dikenali oleh mereka. Melalui komunikasi juga sebenarnya membolehkan kita hidup
berkumpulan dan menjadi alat kerjasama dan penyelarasan sosial sejagat untuk kepentingan
bersama. Maka ia adalah satu faktor penting dalam kejayaan ekonomi dan pekerjaan. Melihat
kepada kepentingan komunikasi ini, ia adalah satu aktiviti yang dilakukan setiap saat dalam
hidup. Untuk memuaskan setiap kehendak individu, manusia perlu berkomunikasi dengan
manusia lain untuk melafazkan apa yang ingin diperkatakan atau berkongsi pemikiran,
pendapat, rasa dan lain-lain dengan ahli masyarakat di sekelilingnya. Kehendak untuk
berkomunikasi ini adalah satu kehendak dasar selagi manusia mahu hidup bermasyarakat
tanpa hidup bersendirian.
4.0 Kesan Ibadah Yang Sempurna Terhadap Komunikasi Sesama Manusia.
Perkataan ibadat membawa maksud kepada perkara yang disukai dan diredhai Allah
SWT sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan, perkara-perkara zahir atau batin
(Yusuf al-Qardhawi,1985). Terdapat pelbagai kesan ibadah yang sempurna terhadap
komunikasi sesama manusia. Antaranya adalah ianya dapat menjauhi prasangka buruk,
mengintip dan sempurna. Dengan ini, jelaslah kesan ibadah yang sempurna mampu
menjadikan seseorang itu agar tahu bahawa Allah SWT melarang kita daripada menjaga tepi
kain orang lain. Antara lain, mereka akan mengetahui bahawa mempunyai sikap seperti itu
merupakan satu sikap keji di sisi Allah.
Kesan ibadah yang sempurna juga adalah umum bagi golongan lelaki mahupun
perempuan. Seperti contoh ibadah solat. Solat yang sempurna akan membentuk peribadi
muslimah yang lebih tenang, berfikiran positif, berjiwa bersih dan pemurah. Ia akan lebih
tabah menanggung beban kehidupan, tidak gelisah apabila ditimpa kesusahan, dan tidak leka
apabila dilimpahi kesenangan. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al-Maarij, ayat 19
hingga 23 yang bermaksud: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah
(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia
beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan
sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. Antara sebab terbitnya

ketenangan seusai mendirikan solat juga adalah lantaran mendapat pengampunan dosa
melalui solat yang sempurna. Dosa-dosa yang terhapus melalui solat yang ditunaikan ialah
dosa-dosa kecil, manakala dosa yang besar masih tetap memerlukan kepada taubat yang
bersungguh-sungguh. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Hud, ayat 114 :

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua
bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari
waktu malam; sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan
kejahatan..
Kemudiannya, ibadah yang sempurna melatih muslim memperbanyakkan zikir, doa
dan mengingati Allah s.w.t, agar dapat terus mengingati-Nya ketika berada di dalam mahupun
di luar solat. Namun hal ini amat bergantung kepada sejauh mana seorang itu mampu
memahami zikir-zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang dibacakan di dalam solatnya
serta merasai dengan sebenar-benarnya akan keagungan Allah s.w.t yang dihadapkan
wajahnya ketika beribadah kepada Allah.
Rentetan daripada ingatan yang berterusan kepada Allah s.w.t, sesuatu ibadah itu
tersebut akan mampu menghalang seorang daripada melakukan kerosakan dan kemungkaran
sehingga melahirkan masyarakat yang sejahtera. Imam Al-Haramain menyebut: Penerusan
dalam melaksanakan ibadah akan melatih para hamba untuk terus melakukan ketaatan,
sedangkan memperbaharui janji dengan mengingati Allah pula mencegah daripada perkara
yang keji dan mungkar.
Di sini, komunikasi yang berlaku menyebabkan perbuatan keji dan mungkar dapat di
elakkan. Seperti contoh, menyentuh satu aspek kemungkaran yang sangat biasa berlaku di
kalangan wanita seusai menunaikan solat iaitu dalam hal menutup aurat. Terdapat sebahagian
muslimah yang hanya menutup aurat untuk menunaikan solat. Namun sejurus selepas
menunaikannya, terus saja diketepikan bersamanya pakaian yang menutup aurat seolah-olah
tidak sesuai lagi untuk dipakai ketika menjalani proses kehidupan. Justeru itu, kesempurnaan
ibadat terhadap komunikasi sesama manusia dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

Komunikasi berkesan adalah amat perlu untuk disentuh hati mereka dan diterangkan kembali
konsep ibadah dan pengabdian diri kita yang sebenar kepada Allah s.w.t. Allah bukan sematamata Tuhan yang memiliki hati kita di dalam sembahyang sahaja, tetapi Dia jugalah Tuhan
yang menentukan cara hidup makhluk secara keseluruhan.
Sebagaimana yang kita dituntut untuk mematuhi perintah Allah di dalam solat agar
ianya sah dan diterima, maka begitulah kita seharusnya mematuhi perintah Allah s.w.t di luar
solat agar seluruh hidup kita diterima sebagai satu pengabdian di sisi-Nya.
Antara kesan ibadah yang sempurna terhadap komunikasi sesama manusia juga ialah
seorang itu pasti akan terlatih untuk menjadi seorang yang menjaga waktu dan tersusun
urusannya. Ia tidak leka dalam kesibukan tugas rumahtangga, kerjaya mahupun dakwah
sehingga melupakan atau menangguh-nangguhkan temu janjinya dengan Allah s.w.t yang
sudah ditentukan masanya. Ia juga pastinya akan sentiasa ingat akan balasan yang bakal
menimpa golongan yang melalaikan segala ibadat khususnya solat di akhirat kelak. Allah
s.w.t berfirman di dalam Surah al-Maun ayat 4 hingga 5 yang bermaksud: Maka kecelakaan
besar bagi orang-orang ahli sembahyang; (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya.
Seperti contoh lagi, seandainya seorang muslim menunaikan solat secara berjemaah
pula, ia akan turut merasai kesan solat berjemaah yang melahirkan umat yang bersatu dan
berkasih sayang, tolong-menolong di atas jalan kebaikan, berhimpun mendengar pesanan
kebaikan di masjid-masjid dan belajar mentaati pemimpin melalui solat berjemaah. Kesan
ibadah yang sempurna dalam komunikasi sesama manusia dapat juga mengeratkan
silaturrhahim sesama manusia. Anak-anak akan diajar untuk menunaikan solat, akan terus
dididik untuk mementingkan solat, akan didoakan agar menjadi generasi rabbani yang
mendirikan solat. Sesungguhnya kesan solat yang sempurna terhadap seorang muslim tidak
kira di posisi mana ia berada sebenarnya mampu untuk melahirkan masyarakat yang rabbani,
sejahtera dan harmoni. Justeru itu, dengan melihat kepada suasana masyarakat secara umum
pada hari ini, adalah amat wajar sekali bagi kita para muslim untuk melipatgandakan usaha
bagi mencapai kualiti ibadat yang sempurna.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kesan yang diperolehi dari ibadah yang dilakukan
sama ada terhadap individu mahupun masyarakat. Di antara kesan-kesannya ialah Ibadah
melahirkan perasaan bebas dari sebarang perhambaan kepada selain Allah. Ibadah juga
mencorakkan hidup muslim berdasarkan celupan Allah di mana mereka sentiasa terikat dan

patuh kepada hukum dan peraturan Allah serta melahirkan kesatuan matlamat dalam
kehidupan individu dan masyarakat. Ia menjadikan muslim memusatkan perhatian kepada
Allah segala amalan duniawi dan ukhrawi. Ia menjadi asas perpaduan umat Islam dari seluruh
pelusuk dunia dengan melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama malah menggunakan
bacaan yang satu daripada bacaan al-Quran.
Ibadah juga dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni kerana orang yang
beribadah sentiasa melatih diri untuk tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan
ingin mencari keredhaan-Nya dalam semua aspek kehidupan. Ibadah itu sendiri juga
sebenarnya dapat membina masyarakat yang produktif lantaran ibadah dilaksanakan dalam
semua aspek kehidupan seperti dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang murni lagi baik
kerana semua aktiviti yang dilakukan tergolong dalam ibadah dan ingin mendapat keredhaanNya seterusnya dapat melahirkan sebuah negara Islam yang benar-benar melaksanakan
hukum-hukum pentadbiran dan perundangan Islam.

5.0 kesimpulan
Natijahnya disini, komunikasi adalah salah satu alat terpenting dalam kehidupan kita sebagai
seorang manusia yang hidup bermasyarakat. Hal ini kerana setiap hari kita pasti akan
berkomunikasi sesama manusia. Semua bentuk komunikasihendaklah berasaskan kepada
akhlak dan nilai-nilai positif. Islam sesungguhnya adalah agama yang sempurna kerana ia
mencakupi segenap aspek kehidupan kita yang sehari-hari. Dalam Islam seluruh pekerjaan itu
adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan. Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang menganggap hanya
penyembahan dalam bentuk ritual sahaja dikira ibadah, sedangkan pekerjaan-pekerjaan yang
lain tidaklah dikira sebagai ibadah.
Komunikasi merupakan salah satu medan dakwah dan perhubungan bagi memastikan
hungan manusia dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan manusia dengan manusia
(hablum minannas) berjalan dengan sempurna tanpa cacat cela. Berkomunikasi dalam sesuatu
pertemuan merupakan perkara yang perlu diambil perhatian. Sekiranya adab-adab diantara
manusia dengan Allah dan manusia dengan manusia dipelihara dengan baik ia secara
langsung akan menjadi satu method dakwah lisan al-hal kepada manusia yang ditemuinya.

Justeru kemahiran berkomunikasi dengan baik sangat penting dimiliki dalam menyampaikan
dakwah Islam keserata pelusuk dunia.

Rujukan
Ab. Aziz Mohd. Zin. 1999. Pengantar Dakwah Islamiah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur
Nor Saleha Mohd Salleh, (TT), ABSC3103, Open University Malaysia.
Yusuf Al-Qaradhawi, (2009), Al-Ibadah fi al-Islam, Maktabah Wahbah, Kaherah.
Zulkiple Abd. Ghani, 2003. Islam, Komunikasi Dan Teknologi Maklumat. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/2008/04/konsep-persaudaraan-islam.html

Anda mungkin juga menyukai