Anda di halaman 1dari 77

PENGARUH SIKAP GURU TERHADAP PRESTASI UJIAN PENILAIAN KELAS

K.A.F.A. (UPKK) DI KELOMPOK EMPAT DAERAH SERI ISKANDAR

ROHAYA BINTI ABD. LATIF

Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk


Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) (Hons.)

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial


Open University Malaysia
2018

ABSTRAK

Kajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan mengenalpasti sejauhmana sikap guru


KAFA dapat mempengaruhi prestasi UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri

ii
Iskandar. Kajian ini melibatkan tujuh buah sekolah agama rakyat, 63 orang
murid tahun 6 sesi persekolahan 2018 program KAFA yang telah mengambil
UPKK pada tahun sebelumnya. Sikap guru yang dikaji adalah disiplin, motivasi
dan keperibadian. Selain itu, dilihat juga corak taburan dari faktor demografi
jantina, tahap pendidikan ibu dan bapa serta keputusan UPKK, dan hubungan
faktor demografi terpilih terhadap prestasi UPKK. Faktor demografi itu adalah
responden. Instrumen kajian adalah borang kajiselidik yang mempunyai 6 item
data demografi dan 20 item tentang sikap guru serta prestasi murid.
Kebolehpercayaan item-item soalan dalam pembolehubah bersandar dan tidak
bersandar kesemuanya melebihi 0.7. Data yang dikumpul diuji secara deskriptif
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Nilai signifikan
Disiplin =0.022 pada tahap keyakinan 95% dan Keperibadian=0.004 pada
tahap keyakinan 99% menunjukkan kedua-dua sikap ini adalah faktor penentu
prestasi UPKK. Keperibadian merupakan pengaruh yang paling dominan
dengan nilai signifikan =0.002 pada tahap keyakinan 95%. Faktor demografi
jantina dan tahap pendidikan ibu atau bapa tidak menunjukkan hubungan yang
signifikan dengan prestasi kerana kesemua nilainya melebihi 0.010 dan 0.05.
Secara kesimpulannya, kajian ini mengesahkan bahawa keperibadian guru dan
disiplin guru menentukan prestasi UPKK.

Kata Kunci: sikap guru, disiplin guru, motivasi guru, keperibadian guru, prestasi
UPKK

ABSTRACT

This quantitative study is aimed at identifying the extent to which KAFA


teachers that can influence UPKK performance in the Seri Iskandar Group Four

iii
Schools. The study involved seven SARs, 63 Standard Six students 2018
schooling session in the KAFA program who took UPKK the previous year. The
attitudes of the teachers studied are discipline, motivation and personality. In
addition, the distribution pattern from the demographic factors is analised.
Selected demographic factors were also tested to have any linkage to UPKK's
performance. The demographic factors are gender, parents 'education level and
respondents' UPKK results. The research instrument is a questionnaire which
has 6 items on demographic data and 20 items on teacher’s attitude and
student’s performance. The Cronbach’s-Alpha value to test the reliability of
items in dependent and independent variables is above 0.7. Data collected was
tested descriptively using Statistical Package for Social Science (SPSS).
Significant value of Discipline is at 0.022 with 95% confidence level and
Personality at 0.004 with 99% confidence level indicates both attitudes are
UPKK performance determinants. Personality is the most dominant influence
with significant value = 0.002 at 95% confidence level. Gender and parents'
education level did not show any significant relationship with UPKK
performance as all the values exceeded 0.010 and 0.05. In conclusion, this
study confirms that teacher’s personality and teacher’s discipline determine the
performance of UPKK.

Keywords: teacher’s attitude, teacher’s discipline, teacher’s motivation,


teacher’s personality, UPKK achievement

PENGHARGAAN

Seluruh puja dan puji hanya dirafakkan ke hadrat Allah SWTdiiringi selawat
serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW, kerana dengan izinNya jua dapat
iv
saya menghasilkan satu kajian yang julung kali dibuat dengan tajuk Pengaruh
Sikap Guru Terhadap Prestasi UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri
Iskandar, Perak.

Berbekalkan kerjasama yang baik pelbagai pihak yang telah


memungkinkan kajian ini berjaya dihasilkan, maka pertamanya, saya ingin
menghulurkan jutaan terima kasih kepada Puan Khairunnisa Binti Abd. Shukor
sebagai Penyelia 1 dan Cik Syalila Binti Mohd. Arshad selaku Penyelia 2.
Segala perkongsian, tunjuk ajar serta nasihat, bimbingan dan kemahiran yang
dikongsikan telahpun saya aplikasikan dalam kajian ini sebaik mungkin.
Jazakumallah khairan kathiran.

Keduanya, saya rakamkan setinggi penghargaan kepada semua guru


besar dan guru kelas tahun 6 sesi persekolahan 2018 yang bertugas di
Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar kerana telah menjalankan kajiselidik di
sekolah masing-masing mengikut prosedur yang telah saya tetapkan. Begitu
juga, terima kasih tak terhingga kepada semua yang terbabit yang telah
memberi bantuan secukupnya untuk kajian ini.

Jazakumullah khairan kathiran juga kepada suami tercinta, Tuan Haji


Jamaluddin Bin Ibrahim dan anak-anak tersayang yang sangat memahami
tugas serta bebanan tanggungjawab saya selaku isteri, ibu, guru juga pelajar
tahun akhir yang berhempas-pulas menyiapkan kajian ini.

Akhirul kalam, diharapkan kajian ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi
pengkaji berikutnya untuk mendalami isu tahap prestasi UPKK di daerah ini
dengan lebih mendalam. Begitu jua diharapkan ia dapat menjadi bahan bacaan
bagi JAKIM, JAIPk serta SAR sekitar sini serta sesiapa juga yang mempunyai
minat dalam bidang ini.
PERAKUAN

v
NAMA : ROHAYA BINTI ABD. LATIF

NOMBOR MATRIK : 690627O85724001

Saya dengan ini memperakukan bahawa kertas projek ini adalah hasil kerja
saya sendiri, kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.

Tandatangan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
TAJUK KAJIAN i
ABSTRAK ii

vi
PENGHARGAAN Iv
PERAKUAN v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH DAN JADUAL vii
SENARAI SINGKATAN viii

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1


1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Soalan-soalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Rumusan 12

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 13


2.1 Pendahuluan 13
2.2 Konsep Peranan Guru dan Teori Sikap 14
2.2.1 Peranan Guru 17
2.2.2 Sikap Guru 17
2.3 Pengaruh Sikap Guru Dengan Prestasi 20
Pencapaian Murid
2.4 Kerangka Konseptual 21
2.5 Rumusan 22

ISI KANDUNGAN HALAMAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 23


3.1 Pendahuluan 23

vii
3.2 Reka bentuk Kajian 23
3.3 Instrumen Kajian 24
3.4 Populasi dan Pensampelan 25
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 26
3.6 Pengumpulan Data 27
3.7 Analisis Data 27
3.8 Rumusan 28

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 29


4.1 Pendahuluan 29
4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajiselidik 30
4.3 Analisa Faktor Demografi Terpilih 33
4.3.1 Taburan Jantina 33
4.3.2 Taburan Tahap Pendidikan Ibu 34
4.3.3 Taburan Tahap Pendidikan Bapa 34
4.3.4 Taburan Keputusan UPKK 2017 35
4.4 Analisa Sikap Guru Yang Dikaji dengan Prestasi 36
Murid UPKK
4.4.1 Korelasi 36
4.4.2 Regresi 38
4.4.3 Ujian T 38
4.4.4 ANOVA 39
4.5 Rumusan 41

ISI KANDUNGAN HALAMAN

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 43

viii
KAJIAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 44
5.2.1 Bahagian A: Perbincangan Demografi 44
Kajian
5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Persoalan 47
Kajian
5.3 Kesimpulan Kajian 49
5.4 Cadangan Kajian 50
5.5 Rumusan 51

RUJUKAN 53

LAMPIRAN 57

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

JADUAL HALA-
TAJUK
/RAJAH MAN

ix
2.4.1 Kerangka konseptual Kajian 21
Jadual Krejcie & Morgan Untuk Menentukan Saiz
3.4.1 26
Sampel Bagi Jumlah Populasi Yang Diketahui
3.6.1 Pekali Alpha-Cronbach dan Nilai Kebolehpercayaannya 27
4.2.1 Analisis Kebolehpercayaan Alpha-Cronbach (α) 30
4.2.2 Item C2 Yang Perlu Diubah Sebahagiannya 31
4.2.3 Item D2 Yang Perlu Diubah Sebahagiannya 31
4.2.4 Item E1 dan E3 yang Perlu Diubah Sebahagiannya 32
4.2.5 Item Kajiselidik Yang diubahsuai 32
4.2.6 Analisis Kebolehpercayaan Setelah Item Diubahsuai 33
4.3.1.1 Taburan Jantina Responden 33
4.3.2.1 Taburan Tahap Pendidikan Ibu 34
4.3.3.1 Taburan Tahap Pendidikan Bapa 35
4.3.4.1 Taburan Keputusan UPKK Responden 35
Senarai NIlai Pekali Korelasi (r) dan Terjemahan
4.4.1.1 36
Hubungan DV dan IV
4.4.1.2 Korelasi dan Tahap Keyakinan Antara IV dan DV 37
4.4.2.1 Analisis Regresi Tiga IV dan DV 38
4.4.3.1 Ujian T Antara Prestasi dengan Jantina 39
4.4.4.4.1 ANOVA Tahap Pendidikan Ibu Dengan Prestasi Murid 40
ANOVA Tahap Pendidikan Bapa Dengan Prestasi
4.4.4.4.2 40
Murid
Peratus Kehadiran Murid UPKK di SRAR Tarbiah
5.2.2.1 Islamiah Bota Kanan Bulan Januari – Mei Tahun 2015- 48
2017

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN TERMA PENUH

ANOVA Analisis Varians Satu Arah (Analysis of Variances)

x
DV Pembolehubah Bersandar (Dependant Variable)

FPG Falsafah Pendidikan Guru

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GPI Guru Pendidikan Islam

IV Pembolehubah Tidak Bersandar (Independant Variable)

JAIPk Jabatan Agama Islam Perak

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KAFA Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

SAR Sekolah Agama Rakyat

SAW Sallallah ‘Alaihi Wasallam

SPM Sijl Pelajaran Malaysia

SRAR Sekolah Rendah Agama Rakyat

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

UPKK Ujian Penilaian Kelas KAFA

xi
xii
BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 PENDAHULUAN

Martin Luther, tokoh reformis agama di abad ke-15 menekankan


bahawa pendidikan harus mengutamakan aspek agama dan kemahiran
membaca. Ide beliau bukan sahaja terkenal zaman itu bahkan menjadi salah
satu objekif kurikulum sehingga ke hari ini, tidak kira dalam apa jua negara
termasuklah Malaysia (Badzis, Abdul Hamud, & Abdul Malik, 2015). Urutan dari
cetusan ide Martin Luther ini, banyak kajian tentang pendidikan dan perguruan
dijalankan yang mana antara dapatannya menekankan aspek guru yang
berkelayakan dan prinsip PdP yang kondusif lagi berkesan.

Namun, berkurun lama sebelum pendapat tentang pentingnya unsur


agama ini diutarakan, Islam telah terlebih dahulu memperincikan bahawa
tanggungjawab pendidikan iman dan akhlak (Ulwan, 1995) adalah
tanggungjawab terbesar yang perlu dipikul oleh seorang guru Muslim. Ini
bersesuaian dengan kisah yang perlu diteladani oleh umat Islam dalam Surah
Luqman ayat 13,

1
2
‫مي‬ٞ ‫َو ۡذ قَا َل لُ ۡقمَٰ ُن ٱِلبۡ ِن ِهۦ َوه َُو ي َ ِع ُظهُۥ يَٰ بُيَن َّ اَل تُرۡش ِ كۡ ِبٱهَّلل ِۖ َّن ٱلرِّش ۡ كَ لَ ُظمۡل ٌ َع ِظ‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬

yang bermaksud:

«Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia


memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah
engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar"»

Rasulullah SAW juga mementingkan pembelajaran melalui contoh


teladan. Jadi, sebagai guru, tanggungjawab mengajar akan hanya berkesan jika
guru mempunyai keperibadian dan sikap yang dapat dicontohi sepertimana
yang boleh diteladani dari sirah Rasulullah SAW. Sebagai guru Muslim yang
bertugas di Malaysia khususnya, bukan sahaja tuntutan diatas perlu
dilaksanakan, aspek kenegaraan dalam merealisasikan FPK juga perlu
dititikberatkan agar tanggungjawab hakiki seorang guru Muslim lunas selaras
tuntutan dunia dan akhirat.

Di Malaysia, FPK menyebut bahawa pendidikan adalah usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan yang bukan sahaja berilmu
bahkan seimbang dan harmonis, berakhlak mulia serta menyumbang kepada
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018). Untuk melahirkan generasi yang seimbang, harmonis dan
berjasa ini, KPM melalui FPG mensasarkan bahawa guru perlu berpekerti
mulia, progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara dan
menjamin serta memelihara masyarakat yang bersatupadu, demokratik,
progresif dan berdisiplin. Hasil dari FPK dan FPG ini, diharapkan akan
terciptalah individu modal insan negara yang mempunyai nilai murni, kreatif,
cekap dan berkesan bukan sahaja kepada murid bahkan juga kepada pendidik
(Ghazali & Zulkifly, 2016).
2
Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting
dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan
Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Dr. Zahari Ishak berkata,
keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta
menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah (Omar, 2013). Secara amnya, pelajar
suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang negatif menyebabkan
mereka tidak mahu ke sekolah.

Dengan kata lain, guru yang bermasalah akan menghasilkan pelajar


yang bermasalah seterusnya tahap prestasi murid juga akan bermasalah. Isu
guru yang bermasalah ini semakin hebat didebatkan oleh netizen sejak 2017
sehingga kini. Terbaru adalah kes guru KAFA yang dihadapkan ke mahkamah
kerana merotan anak muridnya yang enggan solat. Kelas KAFA di Perak,
secara khususnya, dilaporkan menghadapi isu ponteng yang ketara dan antara
masalah yang dikenalpasti adalah disebabkan konflik jadual dengan sekolah
kebangsaan dan juga aspek guru itu sendiri.

Memandangkan isu ini semakin dititikberatkan dan menjadi salah


satu berita utama dalam negara, adalah menjadi satu keperluan bagi pengkaji
untuk membincangkan keperibadian guru dengan lebih mendalam dan
mengkaji impak keperibadian ini ke atas perkembangan prestasi pelajar di
dalam kelas agar masalah-masalah seperti ini dapat dikenal pasti dan dapat
dibendung. Kajian yang meneliti aspek guru ini perlu dilakukan kepada
pendidikan KAFA kerana, kajian khusus yang memfokuskan aliran KAFA
amatlah terhad.

Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini akan dijelaskan melalui
beberapa subtopik kecil yang merangkumi latarbelakang, penyataaan masalah,
soalan, objektif, kepentingan, hipotesis dan rumusan kajian.

3
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sekolah Aliran Agama Rakyat (SAR KAFA) adalah antara institusi


pendidikan yang penting di Malaysia. Sejarah penubuhannya bermula sejak
tahun 1918 sebelum merdeka lagi dan institusi ini telah melahirkan ramai
cendikia di bidang agama (Jalaludin, 2012). Setelah lebih 80 tahun institusi ini
telah melalui beberapa perubahan menjadikan ia satu program pendidikan
khusus lagi sistematik. Setelah sekian lama beroperasi, akhirnya program
KAFA yang bersistematik diperkenalkan pada tahun 1990. Program KAFA
adalah dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia (JAKIM).
Ia adalah pendidikan agama peringkat rendah untuk menyokong subjek
Pendidikan Agama di Sekolah Kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada
amali solat dan fardhu ain, bacaan Al-Quran bertajwid di samping pembacaan
dan penulisan Jawi. Antara gagasannya adalah melahirkan anak – anak islam
yang mempunyai ketahanan iman, mental, emosi dan jasmani dari mudah
terpengaruh dengan gejala – gejala mungkar dan hidup yang tunduk pada
nafsu yang meruntuh dan merosakkan martabat insan. Objektif ini dilaksanakan
melalui tujuh matapelajaran iaitu Al-Quran (Tilawah, Tadarus, Hafazan dan
Kefahaman Tafsir), Jawi dan Khat, Sirah, Ibadah, Aqidah, Adab dan Lughatul
Quran.

Setelah lima tahun program KAFA berjalan, UPKK mula


dilaksanakan pada tahun 1994. Calonnya ialah murid tahun 5 yang
mendaftarkan diri sekurang-kurangnya 3 tahun pengajian di SAR KAFA. Dalam
UPKK, terdapat lapan komponen pentaksiran. Tiga matapelajaran adalah
pentaksiran berbentuk amali atau diertikan sekarang sebagai pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS). Lima matapelajaran lagi adalah pentaksiran
berbentuk bertulis yang dikendalikan secara berpusat oleh JAKIM. Keputusan
kesemua lapan subjek ini membina keputusan UPKK ini dan ia menjadi
semakin penting dan diberi perhatian serius oleh masyarakat apabila Y.A.B
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak; Perdana Menteri Malaysia,
telah memutuskan bahawa UPKK menjadi salah satu syarat utama untuk
kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama peringkat Persekutuan dan

4
Negeri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 25 Mei 2010 (Manual Prosedur
UPKK, 2014).

Untuk makluman, kebanyakan program KAFA di Daerah Seri


Iskandar ini dijalankan pada sesi petang sahaja bermula jam 3.00 petang
sehingga 5.45 petang memandangkan mereka perlu hadir ke sekolah
kebangsaan pada waktu pagi.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Terdapat beberapa isu yang timbul dari prestasi UPKK yang menjadi
masalah dan menjadi asas kepada sikap guru yang tidak menepati profesion
perguruan meskipun guru KAFA sedar akan peri-pentingnya tugas mereka.

Isu-isu yang timbul itu antaranya adalah; pertama, kajian dan


pemantauan terhadap guru adalah terhad dan dinilai hanya melalui prestasi
UPKK. Semenjak Enakmen 1996 dan Kaedah Kawalan 1997 untuk sekolah
agama dan sekolah agama rakyat ini diperkenalkan, kualiti kerja di sekolah-
sekolah agama rakyat dipantau hanya sekali-sekala walaupun mempunyai cara
penaziran sepertimana sekolah-sekolah aliran utama yang lain (Ayob, et al.,
2007). Kajian yang telah dibuat bagi memperbaiki prestasi kerja guru-guru di
sekolah agama rakyat juga terhad. Prestasi kerja guru-guru hanya dilihat
melalui keputusan UPKK. Ia menjadi indikator terpenting tentang kualiti
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang disampaikan oleh guru. Dengan kata
lain, prestasi guru hanya diukur melalui pencapaian keputusan UPKK dari tahun
ke tahun.

Isu yang kedua adalah taraf perjawatan, gaji dan kelayakan yang
minima untuk guru KAFA. Kualiti diri guru KAFA juga dipersoalkan dalam
menjawab masalah prestasi murid UPKK. Ia berkisar tentang latihan,
pendidikan kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang guru KAFA.
Kelayakan minima untuk layak dilantik sebagai guru KAFA, bagi negeri Perak,
adalah lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, lulus Pendidikan

5
Islam; sama ada Pendidikan Quran Sunnah, Syariah atau Tasawwur Islam
serta lulus Bahasa Arab. Taraf perjawatannya pula, bagi negeri Perak sahaja,
adalah ‘kontrak sambilan’ yang diberi elaun RM900 sebulan yang dibayar oleh
JAKIM serta ditambah RM200 oleh Kerajaan Negeri Perak. Bayaran elaun
sebanyak ini adalah bayaran paling minima bagi upah pekerja mengikut Akta
Kerja 1965 dan di bawah tahap kemiskinan. Isu taraf perjawatan dan gaji yang
minima yang sangat tidak menarik ini menyebabkan kadar ‘turn-over’ adalah
tinggi dan ramai lulusan Diploma dan Ijazah dalam bidang agama
menjadikannya sebagai batu loncatan sementara menunggu pekerjaan yang
bersesuaian dengan kelulusan. Guru yang silih berganti di mana-mana sekolah
akan tentunya menjadi faktor yng mempengaruhi keberkesanan PdP
dijalankan.

Selain itu, persepsi guru sendiri terhadap bidang KAFA ini menjadi
isu juga. Rata-rata guru di daerah Seri Iskandar tidak menafikan kepentingan
pendidikan KAFA namun elaun yang sedikit tidak setanding dengan tugas dan
tanggungjawab yang dipikul. Guru bukan sahaja menjalankan tugas sebagai
guru, merekalah juga kerani, tukang cuci dan tukang kebun sekolah. Hal ini
menyebabkan mereka mudah putus asa dan tidak mahu memberi komitmen
yang tinggi terhadap kerja utama mereka (Ahmad, 2017).

Dari analisa keputusan UPKK sejak tahun 2006, Perak adalah antara
yang tercorot berbanding negeri-negeri lain. Walaupun analisa keputusan
UPKK tahun 2014 bagi peringkat nasional merupakan keputusan terbaik untuk
tempoh 3 tahun, Daerah Seri Iskandar mencatat keputusan yang menurun dan
antara daerah yang tercorot pula dalam senarai yang dianalisa di semua
daerah di negeri Perak. Sehinggalah pada tahun 2014, Perak berjaya
mendapat tempat kelima keseluruhan. Namun, bagi tahun 2016, Perak jatuh ke
tangga keenam walaupun Gred Purata Nasional (GPN) menunjukkan
peningkatan sebanyak 0.088 peratus; peratus peningkatan yang amat kecil jika
dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia (Perak BN, 2016).

Trend pencapaian yang tidak memberangsangkan bagi daerah Deri


Iskandar ini terus berlaku walaupun pada tahun 2015 mencatatkan sedikit

6
peningkatan dalam Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 0.06 peratus
(Khisham, 2016). Manakala tidak dicatatkan keputusan GPN bagi tahun 2016
(Utusan Online, 2016). Menteri di Jabatan Perdana Menteri cuma
memaklumkan bahawa terdapat jumlah yang meningkat pada calon yang
mendapat 8A, iaitu semua A bagi keseluruhan lapan matapelajaran yang
ditaksir.

Selain itu, guru-guru yang dilantik ini tiada latihan yang bersesuaian,
tidak seperti guru-guru di sekolah kebangsaan yang dilatih secara formal
tentang ilmu pedagogi. walaupun mereka berijazah. Sebahagian guru yang
baru dilantik tiada pengalaman mengajar (Zakaria, 2017). Terdapat satu kajian
yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2007 yang
melibatkan 2511 orang pelajar, 908 guru, 267 guru besar di 8 buah sekolah
yang dipilih. Ringkasan Eksekutifnya melaporkan kualiti PdP guru-guru secara
umumnya masih di tahap rendah, menggunapakai kaedah retorik, ‘chalk and
talk’. Dapatan ini dibuktikan terserlah dalam keputusan UPKK 2006 yang
bertaraf sederhana dan ada penurunan yang agak besar dalam beberapa
subjek sehingga menjejaskan imej SAR KAFA (Ayob, dll., 2007). Kajian pada
tahun 2007 ini dengan jelas menyatakan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu
Ain (KAFA) kebanyakannya tidak terlatih, tidak bermotivasi atau tidak
menggunakan kaedah-kaedah menarik selain menggunakan buku teks sahaja.

Untuk melaksanakan tugas guru agama di sebelah petang, seorang


individu yang bergelar guru KAFA semestinya memiliki kemampuan
merencanakan PdP, menulisnya serta menjalankannya dengan jaya. Seperti
yang disebut dalam pelaporan yang dikaji oleh UPSI di atas, sikap guru KAFA
yang mengajar dibatasi oleh konsep diri dan kepuasan kerjayanya sebagai guru
KAFA. Kedua-dua faktor konsep diri dan kepuasan kerjaya inilah yang
menentukan corak keperibadian yang dipamerkan oleh guru (Sy, 1992).
Konsep diri mereka kebanyakannya dipengaruhi oleh sistem sikapnya yang
membentuk emosi, aspek sosial, fizikal serta intelektual.

7
Kepuasan kerja guru KAFA juga berkait rapat dengan keperluan
individu secara personal. Contohnya, tahap gaji, jenis lantikan perjawatan guru
KAFA yang hanya sebagai kontrak sambilan, adalah beberapa faktor dari sudut
faedah perkuniari yang mendorong kepuasan kerja mereka di tahap yang
rendah seterusnya memberi kesan ke atas PdP. Perasaan tidak puashati ini
seterusnya akan memberi penilaian negatif seterusnya berkembang menjadi
kegiatan-kegiatan negatif dalam proses PdP (Sy, 1992).

Isu keempat yang menjadi latarbelakang masalah tahap prestasi


murid keseluruhannya adalah kerana isu ponteng sekolah atau absenteisme.
Masalah ketidakhadiran ke sekolah agama rakyat di Daerah Seri Iskandar
sebahagian besanya berpunca dari arahan-arahan yang ditetapkan oleh
Sekolah-Sekolah Kebangsaan di sebelah pagi. Ini jelas kerana sekolah
kebangsaan menetapkan hari pelaksanaan ko-kurikulum pada sebelah petang
setiap hari Rabu, yang menganggu waktu PdP program KAFA. Dengan kata
lain, setiap hari Rabu, murid-murid Tahap Dua; murid tahun empat, tahun lima
(calon UPKK) dan tahun 6, terpaksa ponteng program KAFA kerana perlu
menghadiri aktivit ko-kurikulum sekolah kebangsaan. Inilah fenomena yang
menjadi kerisauan ibu bapa malah guru-guru KAFA kerana sesi pembelajaran
mereka di sekolah agama rakyat telah diganggu secara sengaja. Namun, faktor
ponteng sekolah KAFA ini tidak akan dikaji dalam kajian ini kerana ia
memerlukan satu kajian khusus yang lain pula.

Melihat kepada isu-isu yang dibincangkan dalam subtopik 1.3 ini


serta meneliti naik-turunnya prestasi pencapaian UPKK di Perak, pengkaji rasa
bertanggungjawab untuk seterusnya memperpanjangkan lagi kajian sebelum ini
bagi mengenalpasti beberapa sikap guru yang memang mempengaruhi
pencapaian murid dalam UPKK.

8
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Mana-mana kajian perlu mempunyai objektif atau tujuan kajian


dijalankan. Ia dibahagikan kepada objektif am yang merangkumi rumusan
kajian dan objektif khusus yang menyentuh faktor atau elemen tertentu dalam
kajian. Antara objektif khusus bagi kajian ini adalah:

Objektif 1:
Mengenalpasti hubungan sikap disiplin guru dengan prestasi murid UPKK di
Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar.

Objektif 2:
Mengenalpasti hubungan sikap guru yang bermotivasi tinggi dengan prestasi
murid UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar.

Objektif 3:
Mengenalpasti hubungan sikap guru yang berperibadi mulia dengan prestasi
murid UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar.

Objektif 4:
Mengenalpasti faktor yang paling dominan antara tiga faktor yang dikaji;
berdisiplin, bermotivasi tinggi dan berperibadi mulia, dalam mempengaruhi
pelajar seterusnya meningkatkan prestasi UPKK di Kelompok Empat Daerah
Seri Iskandar.

Objektif 5:
Mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara faktor jantina dengan
prestasi murid UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar.

Objektif 6:

9
Mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan ibu, tahap
pendidikan bapa dengan prestasi murid UPKK Kelompok Empat Daerah Seri
Iskandar.

1.5 SOALAN-SOALAN KAJIAN

Soalan-soalan kajian telah dikenalpasti supaya bertepatan dengan


kehendak kajian. Soalan kajian akan memfokuskan jenis sikap guru yang
dijangkakan memberi pengaruh kepada prestasi murid dalam UPKK. Soalan-
soalan ini bakal menjadi teras kepada data yang akan dikumpulkan seterusnya
membuktikan hipotesis yang dirangka serta selari dengan objektif kajian.
Soalan yang akan menjadi teras kajian ini adalah:

Soalan Kajian 1:
Sejauhmanakah faktor sikap disiplin guru mempunyai hubungan dengan
prestasi murid UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar?

Soalan Kajian 2:
Sejauhmanakah faktor sikap guru yang bermotivasi tinggi mempunyai
hubungan dengan prestasi murid UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri
Iskandar?

Soalan Kajian 3:
Sejauhmanakah faktor sikap guru yang berperibadi mulia mempunyai
hubungan dengan prestasi murid UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri
Iskandar?

Soalan Kajian 4:
Apakah sikap yang paling dominan; disiplin, bermotivasi tinggi atau berperibadi
mulia, yang dapat mempengaruhi pelajar seterusnya meningkatkan prestasi
UPKK di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar?

Soalan Kajian 5:

10
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dengan prestasi
murid?

Soalan Kajian 6:
Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap pendidikan ibu, tahap
pendidikan bapa dengan prestasi murid?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah penting untuk dimanfaatkan oleh sekurang-


kurangnya lima pihak. Ia boleh menjadi asas untuk pihak-pihak ini
menggunakan dapatannya untuk memperbaiki mutu Program KAFA itu sendiri
secara amnya. Pihak-pihak yang akan dapat memanfaatkan kajian ini adalah:

1.6.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JAKIM adalah pihak yang memantau dan menyelaras


Program KAFA di peringkat kebangsaan. Tugas uatama di JAKIM
hanyalah bertanggungjawab di bidang pembayaran elaun guru-guru
serta mengurus, menjalankan, serta memberi keputusan UPKK
sahaja. Walaupun pihak ini tidak mengurus atau memberi latihan
kepada guru, pihak ini sepatutnya memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada Jabatan Agama Negeri masing-masing agar prihatin
terhadap isu guru kerana sebahagian besar elaun guru dibayar oleh
jabatan ini. Hanya dengan kerjasama di peringkat nasional, guru-
guru akan lebih yakin akan kerjaya mereka dan sedia bertugas
dengan sikap yang lebih positif.

1.6.2 Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

JAIPk adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya


terhadap kewibawaan guru dalam melaksanakan program KAFA.

11
Kajian ini bukan sahaja dapat memberi ide asas untuk mengadakan
kursus yang penting untuk menyediakan tenaga pengajar yang lebih
mahir mengendalikan PdP serta dapat meningkatkan prestasi pelajar
UPKK.
1.6.3 Jabatan Agama Islam Daerah Seri Iskandar

Pihak ini bertanggungjawab melaksanakan semua arahan


dari JAIPk. Oleh itu, segala pengendalian kursus guru dan
perjalanan program KAFA, termasuk pemantauan dan penaziran
PdP di sekolah-sekolah adalah di bawah tenggungjawabnya. Nilai-
nilai positif dalam sikap guru yang ternyata memberi kesan kepada
prestasi UPKK boleh dikuatkuasakan dan sentiasa diingatkan
kepada semua guru KAFA daerah.

1.6.4 Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di Kelompok Empat


Daerah Seri Iskandar

Pihak ini penting mengambil iktibar dari kajian ini kerana murid-
murid mereka adalah subjek yang dikaji. Sekolah-sekolah ini
menerima arahan dari Jabatan Agama Daerah untuk menjalankan
program KAFA. Mereka jugalah yang sentiasa berusaha untuk
memastikan pencapaian UPKK adalah di tahap yang terbaik.

1.6.5 Semua Guru KAFA di Kelompok Empat Daerah Seri


Iskandar
Kajian ini penting untuk semua guru yang terlibat secara
langsung mengajar calon-calon UPKK kerana di tangan merekalah
prestasi UPKK ditentukan. Mengambilkira hasil dapatan kajian ini
sudah tentu akan dapat meningkatkan prestasi UPKK secara
langsung. Ini kerana sikap guru yang tertentu menjadi faktor
menggalakkan pelajar lebih berusaha seterusnya berjaya dalam
UPKK.

12
1.7 RUMUSAN

Al-Quran dan hadith secara terang menjelaskan bahawa guru perlu


mempunyai beberapa sikap yang asas untuk menjalankan amanah sebagai
pendidik. Ia dapat dicontohi dari sikap Rasulullah SAW sendiri. Banyak kajian
terdahulu memfokuskan bab sikap guru dan kini menjadi teori asas PdP dalam
kursus-kursus perguruan. Kajian ini membincangkan pengaruh sikap guru
terhadap prestasi UPKK, atau dengan kata lain, sikap guru yang bagaimana
dapat mempengaruhi pelajar untuk lebih berminat terhadap pelajaran agar
dapat mencatat prestasi keputusan UPKK yang lebih baik. Ia juga sepatutnya
dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjana anjakan
paradigma pada guru KAFA agar lebih bersikap profesional dalam tugasnya.
Sikap guru yang bersesuaian semasa PdP dijalankan adalah antara tugas dan
tanggungjawab sebenar guru.

13
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Seorang guru yang efektif bukan sahaja mempunyai sikap yang baik,
bahkan, kesan dari sikapnya itu pasti dapat mempengaruhi pelajar untuk
berjaya dengn cemerlang. Dengan kata lain, prestasi kerja guru menjdi kayu
ukur pada prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan. Kajian tentang
prestasi kerja oleh Willmore menunjukkan bahawa faktor kekurangan
kemahiran atau ilmu bukanlah penyumbang utama kepada masalah prestasi
kerja. Tambahan pula, katanya, latihan hanya menyumbang 10% kepada
prestasi kerja (Willmore, 2016). Faktor-faktor yang lebih dominan dalam
penentu prestasi kerja adalah sikap pekerja dan komitmen pekerja. Kajian
Selvanathan (2012) ke atas Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
membuktikan sikap pekerja mempunyai hubungan positif dengan keberkesanan
dan kecekapan kerja (Selvanathan, Ali, Balasubramaniam, & Thanaraju, 2012).

Al-Quran secara jelas menunjukkan kita bahawa dalam proses


menuntut ilmu, seorang guru antaranya perlu bersabar, tidak terlalu marah
kepada pelajar dan sentiasa memudahkan kerja pembelajaran murid. Inilah
yang diceritakan dalam qasasul-anbiya’ sewaktu Nabi Musa AS menuntut ilmu
dengan seorang hamba Allah yang lebih berilmu darinya, dalam Surah Al-Kahfi
ayat 73,

‫يت َواَل تُ ۡر ِه ۡقيِن ِم ۡن َأ ۡم ِري ُعرۡس ٗ ا‬


ُ ‫قَا َل اَل تَُؤ ا ِخ ۡذيِن ِب َما ن َ ِس‬
yang bermaksud,

13
“Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa
(akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang
kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu).”
(Al-Kahfi: 73)

Oleh itu, walaupun guru KAFA hanya mempunyai kelulusan Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM), ini bukanlah penghalang kepada prestasi kerjanya
sebagai guru seterusnya dapat merangsang tahap prestasi yang baik dalam
UPKK. Dapatlah difahami bahawa sikap guru dan peribadinya yang menjiwai
kerjaya guru itu lebih penting dalam menentukan kejayaan murid.

2.2 KONSEP PERANAN GURU DAN TEORI SIKAP

Sejak dunia memasuki era milenium yang baru, sistem pendidikan


telah mengambil alih sebahagian besar tugas mendidik anak-anak yang dipikul
oleh institusi keluarga. Tuntutan kerjaya dan kewangan, sara hidup dunia tanpa
sempadan mendorong kebanyakan ibu bapa keluar bekerja sehingga lebih
separuh masa siang anak-anak dihabiskan di sekolah. Jumlah masa ini hampir
100% pula bagi anak-anak yang tinggal di asrama.

Apabila membincangkan isu guru, peranan dan sikapnya adalah


antara komponen penting dalam mendidik masyarakat. Banyak kajian-kajian
terdahulu terhadap komponen penting seorang guru telah dijalankan. Kajian-
kajian ini membentuk teori dan dapatan yang diambilkira dalam kursus-kursus
perguruan (Tamuri, Ismail, & Jasmi, 2012).

FPK menjelaskan dengan terang akan konsep yang diambilkira


dalam peranan guru. Menurut falsafah ini, guru secara umumnya berperanan
membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan rukun negara sebagai panduan
hidup, membentuk individu yang berdaya usaha, membentuk individu yang
boleh menerima dasar demokrasi, membentuk pekerja yang positif, cekap dan
bertanggungjawab, memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan
tingkahlaku manusia, membentuk peribadi warganegara yang seimbang.
Secara mudahnya, guru bukan sahaja berperanan mengajar untuk memberi

14
pemahaman tentang sesuatu ilmu, mereka juga pendidik, pembimbing dan
pendorong pelajar dalam mendidik akal budi mereka untuk mencapai
kecemerlangan ilmu dan kecemerlangan akhlak serta pekerti. Di akhirnya,
apabila murid telah dewasa, mereka akan menjadi bangsa Malaysia yang
bertamaddun. inilah yang ditegaskan oleh Dr. Aminuddin Mansor dalam
pendapatnya yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Mei 2013.
Beliau menekankan bahawa peranan guru tidak tertakluk hanya kepada
mendidik anak bangsa yang berilmu pengetahuan, berbudi pekerti,
bersemangat waja serta mampu bersaing dan harus dikekalkan sampai bila-
bila. Perubahan masa hanya menukarkan kaedah pelaksanaannya, tetapi tidak
kepada peranan hakiki guru.

Teori tentang sikap pula banyak diketengahkan oleh pakar psikologi.


Sikap didefinisikan oleh bidang psikologi sebagai kecenderungan bertindak
atau predisposisi yang telah tertanam di dalam pemikiran lalu akan membentuk
personaliti atau peribadi. Majalah Psikologi Sosial memetik beberapa
penekanan tentang sikap seperti,
i. Sarlito (1994): Sikap adalah kecenderungan untuk bertingkah
laku.
ii. Rokeach: Sikap adalah predisposisi untuk merespon atau
bertingkah laku.
iii. Eagly & Chaiken (1992): attitude is a psychological tendency that
is expressed by evaluating a particular entity with some degree
of favor or disfavor.
iv. Chaplin (2002): Sikap merupakan satu predisposisi atau
kecenderungan yang relative stabil dan berlangsung terus
menerus untuk bertingkah laku atau untuk mereaksi dengan satu
cara tertentu terhadap pribadi lain, objek, lembaga, atau
persoalan tertentu.

Dari teori-teori sikap ini, sikap bolehlah dirumuskan sebagai nilai yang
menghasilkan tingkahlaku atau personaliti (Psikologi Sosial, 2016).

15
Teori personaliti yang terhasil dari sikap ini pula boleh dijelaskan
melalui Big Five Trait Personality yang dipopularkan oleh Goldberg. Beliau
menjelaskan bahawa personaliti adalah perihalan sifat-sifat fizikal, emosi dan
kognitif seseorang individu. Ini bermakna, sikap diterjemahkan dalam bentuk
keperibadian atau personaliti. Personaliti pula boleh disimpulkan dalam ciri-ciri
berikut (Che Aman, 2007):

i. Extraversion -Bertenaga dan sering mengalami emosi


positif bersemangat dan merupakan individu yang
berorientasikan tindakan. Perkataan mudahnya bermotivasi
tinggi.

ii. Openness to Experience - Bersikap terbuka kepada idea-


idea baru dan perubahan. Contoh: mempunyai banyak idea,
cepat memahami sesuatu perkara dan mempunyai daya
imaginasi yang tinggi. Ini boleh dikaitkan sebagai peribadi
mulia guru yang terbuka dengan teguran dan pendapat murid.

iii. Neuroticism - Kecenderungan mengalami emosi negatif


seperti kebimbangan, marah atau tekanan. Sering
beranggapan situasi biasa/normal sebagai situasi yang
mengancam dan sering merasa kecewa. Lawannya adalah
emosi stabil iaitu dapat mengawal emosi dengan baik,
kecenderungan untuk rasa tenang, emosi stabil, dan bebas
daripada emosi yang negatif.

iv. Agreeableness - Mementingkan kerjasama dan suasana


yang harmoni. Bertimbang rasa, mudah berkawan, bermurah
hati, suka membantu serta boleh bertolak ansur. Ini boleh
dikaitkan peribadi guru yang sabar dan jujur.

v. Conscientiousness - Bertanggungjawab, berperancangan,


tersusun/teratur berstruktur. Contoh: teliti dalam
melaksanakan sesuatu tugasan dan akan mengikut jadual

16
yang telah ditetapkan. Ini adalah contoh sikap disiplin pada
guru.

Melalui contoh-contoh sikap dalam teori Big Five Trait Personality ini juga,
banyak kajian dijalankan untuk menentukan faktor sikap guru yang manakah
yang dapat memberikan rangsangan kepada tahap prestasi murid. Kajian
tentang sikap guru yang positif telah terbukti mempengaruhi prestasi
pencapaian murid dalam apa jua peperiksaan, tidak kira di peringkat rendah,
menengah atau institut pengajian tinggi.

2.2.1 Peranan Guru

Guru memainkan peranan paling utama semasa PdP dijalankan


dalam kelas. Hubungan yang sangat rapat antara guru dengan murid
dalam kejayaan PdP ini dibuktikan pada kajian yang dijalankan oleh
Kamaruddin Hussin sejak tahun 1997 lagi (Hj. Hussin, 1997) . Guru bukan
sahaja mengajar ilmu atau sukatan kurikulum sahaja tetapi perlu juga
berfungsi sebagai pemberi motivasi dan pembimbing sahsiah mulia
kepada murid. Guru, secara umumnya, berperanan memperkembangkan
fizikal, intelek, sosial, dan emosi murid melaui kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memberi faedah bukan
sahaja kepada diri murid bahkan membina masyarakat, bangsa dan
negara (Sang, 1991).

Dengan peranan mengajar, membimbing, membentuk,


memperkembangkan dan memastikan ilmu dan kemahiran murid diberi
dan diamalkan sebaiknya, sudah tentu peranan guru amat besar. Peranan
guru ini akhirnya membentuk corak negara dan bangsa di masa akan
datang. Sungguh besarnya peranan guru maka ia menuntut beberapa
sikap positif yang wajib ada pada guru bagi memastikan tugas dan
tanggungjawab atau peranan guru terlaksana dengan baik.

17
2.2.2 Sikap Guru

Apakah sikap guru yang boleh merealisasikan peranan guru? Sikap


guru merupakan persoalan yang sangat luas dan kompleks. Krech dan
Crutchfield mengemukakan bahawa secara asasnya, sikap seseorang
ditentukan oleh faktor keperluan hidup individu, informasi yang diperoleh,
kelompok tempat individu bekerja, dan keperibadian individu (Krech &
Crutchfield, 1966). Berdasarkan kajian Krech & Crutchfield, dapat difahami
bahawa sikap guru juga dipengaruhi kesemua faktor tersebut. Di samping
itu, terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi sikap guru seperti
konsep diri dan kepuasan kerja guru. Hal ini didukung oleh hasil penelitian
Golloway seperti dirujuk oleh Bafadal bahwa aspek-aspek yang
menentukan sikap guru adalah hubungan dengan murid, hubungan
dengan guru-guru, kebebasan memilih kaedah pengajaran, kebebasan
memilih material atau Alat Bantu Mengajar (ABM) (Sy, 1992). Faktor-
faktor di atas, menurut kajian tersebut, akan menjadikan guru mempunyai
sikap yang positif dan negatif. Antara contoh sikap guru yang terbukti
berkesan dalam menjalankan peranan guru adalah berdisiplin, tegas,
periang, jujur, bermotivasi tinggi dan berperibadi menarik. Untuk kajian ini,
hanya 3 sikap guru yang akan dikaji iaitu disiplin, bermotivasi tinggi dan
berperibadi yang baik.

Disebabkan kajian ini berfokus kepada guru yang mengajar subjek


Pendidikan Islam maka sikap guru juga perlu ditinjau dari tuntutan agama
Islam itu sendiri. Sebagaimana yang kita maklum bahawa, agama Islam
menekankan kaedah pembelajaran melalui teladan. Ini jelas dari suruhan
Allah SWT agar hambanya melakukan ibadah solat, diikuti oleh sabda
Rasulullah SAW yang mengajar umatnya agar meniru perlakuan ibadah
sebagaimana yang Baginda lakukan.

Mengambil cara Rasulullah SAW mengajar umatnya; iaitu melalui


contoh teladan, maka guru KAFA juga seharusnya sedar akan pentingnya
mempunyai sikap yang boleh diteladani seterusnya menjadi sumber positif
dalam meningkatkan prestasi murid. Ini kerana sikap guru sangat penting,

18
sesuai dengan peranan guru yang besar. Susanna (2014) menggariskan
beberapa sikap guru yang mengajar subjek agama Islam, yang wajib ada
iaitu bertaqwa kepada Allah, berakhlak mulia, disiplin, tekun bekerja dan
berwibawa. Perwatakan yang luhur ini disokong oleh Abdullah (1995) di
samping jujur, ikhlas dan kebersihan penampilan (Tamuri, Ismail, & Jasmi,
2012).

Kajian kualitatif oleh Kassim (2010) mengenai kualiti diri guru


pendidikan Islam (GPI) sekolah menengah mendapati bahawa terdapat
tiga kategori kualiti utama GPI iaitu pengetahuan, personaliti dan
kemahiran (Tusin, 2010). Menyentuh tentang personaliti; satu komponen
dalam sikap guru, menurut Ab. Halim dan Nik Mohd. Rahimi, dalam
memberi keberkesanan yang tinggi dalam PdP, GPI perlu menyediakan
dirinya dengan asas sebagai murabbi dan muaddib (Ab. Halim & Nik
Mohd Rahimi, Kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam,
2010). Murabbi bermaksud seorang pendidik yang tidak mengenal erti
penat lelah serta sentiasa berusaha atau dengan kata lain guru yang
bermotivasi tinggi. Manakala Muaddib pula adalah seorang pengasuh
adab dan sopan yang berkisar tentang soal-soal disiplin. Ini bererti GPI
adalah pendakwah kepada murid bukan sekadar menyampaikan ilmu
sahaja. Suryana pula mendapati bahawa pengaruh sikap guru yang
profesional adalah antara kemahiran yang perlu ada. Antara sikap
profesional itu adalah guru mesti mampu mengawal emosi. Kajian
Suryana juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara
kemahiran guru tentang ilmunya dengan hasil pembelajaran murid
(Dadan, 2013).

Sikap guru juga menyentuh penampilan dan keperibadian guru


kerana aspek ini mencerminkan adab mereka sebagai muaddib.
Keperibadian adalah faktor kedua terpenting mempengaruhi
keberkesanan Pdp seperti yang dinyatakan oleh Kamarul Azmi (2009).
Kajian oleh Kamarul Azmi tentang keperibadian guru yang bertajuk “Sifat
dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam” ini
mendapati sifat yang perlu ada pada GPI adalah kasih-sayang kepada

19
murid, selalu menasihati, memberi tunjuk-ajar dan memberi tumpuan
membimbing pelajar untuk berubah (Kamarul, Ab. Halim, & Mohd Izham,
2009).

Termasuk dalam keperibadian mulia guru yang paling penting adalah


sikap sabar yang tinggi dan tenang, terutama bagi guru-guru di sekolah
rendah kerana mereka menghadapi golongan murid yang belum cukup
berkembang minda serta perlakuannya. Secara asasnya,
memandangkan beratnya peranan guru ini yang dituntut dari dunia hingga
ke akhirat, semua guru Pendidikan Agama Islam, contohnya guru KAFA,
adalah golongan yang terpilih dalam masyarakat yang perlu memiliki
pengetahuan dan perilaku atau sikap yang boleh dipercayai, diyakini dan
dijadikan suri teladan (Susanna, 2014).

2.3 PENGARUH SIKAP GURU DENGAN PRESTASI PENCAPAIAN


MURID

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015


menegaskan bahawa prestasi pencapaian murid adalah kualiti yang sangat
penting dalam agenda pelaksanaannya. Jadi, menjadi sasaran Kementerian
Pelajaran Malaysia agar komitmen guru ditingkatkan kerana mereka menjadi
faktor utama dalam meningkatkan pencapaian murid (Abu Bakar & Basri,
2015). Abu Bakar juga mendapati kemahiran mengajar, komunikasi yang
berkesan, disiplin kerja dan penggunaan teknologi terkini mempunyai hubungan
yang positif dengan kepimpinan guru. Kesemua sikap ini, termasuk organisasi
kendiri, mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik
murid. Sikap guru yang mahir berkomunikasi juga didapati faktor yang paling
signifikan hubungannya dengan prestasi murid.

Kajian oleh Suryana pula mendapati bahawa terdapat hubungan positif


antara sikap guru dan hasil belajar murid yang ditunjukkan dengan pengujian
Pearson Correllation (r=0.89) (Dadan, 2013). Ia adalah kedua terpenting
selepas faktor kemahiran guru. Motivasi guru menjadi faktor ketiga terpenting.
Kajian yang bertajuk “Pengetahuan Tentang Strategi Pembelajaran, Sikap Dan

20
Motivasi Guru” ini dijalankan pada guru-guru dari Taman Kanak-kanak Kota
Padang. Ia diterbitkan dalam Jurnal Ilmu Pendidikan Indonesia. Berdasarkan
penelitian yang telah dilakukan, pengetahuan guru tentang strategi
pembelajaran mempunyai hubungan positif dengan hasil belajar murid, terdapat
hubungan yang positif antara sikap guru dengan hasil belajar murid, dan
terdapat hubungan yang positif antara motivasi guru dengan hasil belajar murid.
Secara kesimpulannya, pengetahuan guru tentang strategi pembelajaran, sikap
dan motivasi guru berhubungan secara positif dengan hasil belajar murid.

Abdul Halim Tamuri (2012) pula mendapati GPI perlu menekankan


konsep pembangunan insan melalui sikap guru yang berteraskan konsep ‘5M’;
Mudarris, Muaddib, Murabbi, Mursyid Dan Muallim bukan sahaja mampu
memberi kesan yang positif terhadap prestasi pelajar malah dapat menjana
pelajar yang menghayati agama Islam dengan lebih baik.

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

Dalam kerangka konseptual, perkara penting yang ingin ditentukan


adalah apakah pembolehubah yang bersandar dan tidak bersandar yang
menjadi asas kajian ini dijalankan. Untuk kajian ini, ia adalah gambaran umum
apakah hubungan antara sikap guru, faktor demografi dengan prestasi UPKK.
Oleh itu, pembolehubah yang tidak bersandar adalah data demografi (jantina,
bilangan ahli keluarga, pendapatan keluarga, pendidikan ibu, pendidikan bapa) dan
sikap guru; disiplin, motivasi tinggi dan peribadi mulia. Manakala pembolehubah
bersandar adalah prestasi UPKK di Kelompok 4 Daerah Seri Iskandar. Ia boleh
dirajahkan seperti berikut:

21
PEMBOLEHUBAH TIDAK PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR BERSANDAR

BAHAGIAN A:
1. JANTINA
2. BILANGAN AHLI KELUARGA
3. PENDAPATAN KELUARGA
4. PENDIDIKAN IBU PRESTASI UJIAN PENILAIAN
KELAS K.A.F.A. (UPKK) DI
5. PENDIDIKAN BAPA
KELOMPOK 4 DAERAH SERI
BAHAGIAN B: ISKANDAR

1. SIKAP DISIPLIN GURU


2. SIKAP BERMOTIVASI TINGGI
GURU
3. SIKAP PERIBADI MULIA
GURU

Rajah 2.4.1: Kerangka Konseptual Kajian

22
2.5 RUMUSAN

Bab ini menyimpulkan kajian-kajian terdahulu tentang peranan dan


sikap guru yang perlu ada serta bagaimana pengaruhnya terhadap prestasi
murid. Menurut kajian lepas, telah terbukti sikap guru khususnya berdisiplin
menjadi salah satu faktor utama penyebab kejayaan murid. Terdapat juga
faktor-faktor lain yang mempengaruhi keberhasilan murid seperti ilmu dan
kemahiran guru yang dapat dipelajari melalui kursus perguruan dan pendidikan
di institut pengajian tinggi Malaysia. Melalui kajian-kajian terdahulu ini, Bab 2 ini
ingin menyetujui pendapat dan teori pengkaji terdahulu bahawa sikap guru juga
memainkan peranan utama dalam pencapaian UPKK di sekolah-sekolah
agama rakyat di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar. Oleh itu,
dibentangkan secara konseptual dan rajah, apakah pembolehubah-
pembolehubah yang hendak dikaji dan hubungan antara pembolehubah
bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

23
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Bab 3 ini akan menerangkan secara umum bagaimana kajian dujalankan


dengan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan yang dipilih, sesuai
untuk kajian ini. Antara yang perlu diterangkan adalah rekabentuk kajian,
bagaimana data dikumpulkan, di mana data diambil dan jenis analisa data yang
akan digunakan (Shuib, Perumal, & Lee, 2012).

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian boleh mengambil dua pendekatan; kualitatif atau


kuantitatif. Untuk kajian ini, pendekatan kuantitatif dipilih kerana kajian ini
melibatkan jumlah sampel yang ramai. Tujuan kajian ini juga sesuai dengan
pendekatannya iaitu untuk menguji hipotesis yang diramalkan akan menjadi
dapatan kajian. Ia merupakan kajian berbentuk berstruktur dan ditentukan
terlebih awal pembolehubah-pembolehubahnya. Oleh itu, ia akan dapat menjadi
satu dapatan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain yang ingin mendalami topik
ini (Holton III & Burnett, 2005).

Pendekatan ini juga tidak terhad kepada sumber data yang berbentuk
angka sahaja malah ia juga boleh menggunakan kaedah tinjauan yang lain
seperti temubual berstruktur, analisis data sekunder, soal-selidik dan

43
pemerhatian (Shuib, Perumal, & Lee, 2012). Oleh itu, dengan
rekabentukebegini, kajian ini akan mendapat hasil kajian yang kukuh kerana ia
berstruktur, tertentu dan jenis sumber datanya adalah pelbagai serta sampelnya
ramai.

Walaupun begitu, sumber data yang akan diambil untuk kajian ini
hanyalah soal-selidik kerana ia adalah alat pengukuran yang baik lagi sesuai
untuk mengkaji sikap dan orientasi sekelompok manusia yang besar (Shuib,
Perumal, & Lee, 2012).

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ini adalah soal-selidik yang mempunyai dua bahagian; A


dan B. Kesemua soalan yang dikemukakan adalah soal-selidik tertutup di mana
pilihan jawapan telah disediakan terlebih dahulu, bukan jawapan dengan
respon terbuka.

Bahagian A akan mendapatkan data berbentuk demografi iaitu jantina,


bilangan ahli keluarga, pendapatan keluarga, pendidikan ibu, pendidikan bapa
dan Keputusan UPKK. Bahagian B akan mengumpul data mengenai persepsi
pelajar tentang sikap disiplin guru, tahap motivasi guru, peribadi guru dan
prestasi murid. Semua item mengenai sikap guru akan dikaitkan dengan
prestasi murid dalam UPKK. Item soal-selidik akan dibina sendiri oleh pengkaji
dengan bersandarkan kepada teori Big Five Trait Personality dan sikap-sikap
guru dalam kajian-kajian terdahulu yang mempunyai hubungan dengan
pencapaian akademik seperti yang dibincangkan dalam Bab Dua.

Setelah borang soal-selidik dibina, ia akan diedarkan kepada sampel yang


ditetapkan dalam kajian. Kajian rintis yang melibatkan seramai 10 orang sampel
akan dibuat terdahulu untuk menentukan kebolehpercayaan item kajiselidik.

44
Apabila ia mencapai tahap kebolehpercayaan yang dikehendaki maka barulah
kajian sebenar akan dijalankan dengan mengedarkan soal selidik kepada
responden sebenar. Data yang diperolehi dari soal-selidik ini; kajian rintis dan
kajian sebenar, akan direkodkan dalam aplikasi SPSS (Statistical package for
Social Science) untuk dianalisa.

3.4 POPULASI DAN PENSAMPELAN

Populasi adalah kumpulan sasaran kajian yang dipilih penyelidik.


Kajian ini akan mengambil murid-murid tahun lima sessi 2017 di semua sekolah
agama rakyat di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar sebagai responden.
Mereka sekarang (tahun 2018) telah berumur 12 tahun. Mereka datang dari
pelbagai jenis latarbelakang keluarga; profesional sehingga ke buruh kasar.
Kesemua bilangan sekolah yang terlibat dalam Kelompok Empat ini adalah
sebanyak tujuh buah sekolah yang berdaftar dengan JAIPk. Nama sekolah-
sekolah yang terlibat adalah seperti senarai di bawah:

i. SRAR Nurul Jadid, Kg. Rimba Raja


ii. SRAR Addiniah Kg. Telok Bakong
iii. SRAR Al-Makbuliah, Padang Marhum
iv. SRAR Assibyan, Kg. Tua (Lambor Kanan)
v. SRAR Ahmadiah, Kg. Padang Changkat
vi. SRAR Tarbiah Islamiah, Bota Kanan
vii. SRAR Al-Falahiah, Kg. Talang (Lambor Kanan)

Manakala sampelnya akan diambil secara rawak dari setiap sekolah yang
dinyatakan di atas yang menganggotai populasi Kelompok 4 ini. Jumlah sampel

45
yang dipilih nanti akan mengikut kaedah Krejcie & Morgan (1970). Mengikut
pendaftaran yang direkodkan oleh JAIPk, seramai 73 calon UPKK telah
mendaftar dan menduduki UPKK pada tahun 2017. Oleh itu, merujuk kepada
kaedah Krejcie & Morgan di bawah, populasi yang seramai 73 orang hanya
memerlukan 63 orang bilangan sampel untuk dikaji (merujuk nilai N=75).

Jadual 3.4.1: Jadual Krejcie & Morgan Untuk Menentukan Saiz Sampel
Bagi Jumlah Populasi Yang Diketahui

46
3.5 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Kajian ini akan menggunakan SPSS untuk mendapatkan analisis data yang
relevan. Sistem ini sangat mudah untuk menilai data mentah yang dikumpul
melalui kajian rintis dan kajian sebenar. Kajian rintis akan menguji
kebolehpercayaan (reliability test) item yang disoal melalui kiraan Alpha
Cronbach (α) yang kemudiannya diukur dengan jadual di bawah:

Jadual 3.6.1: Pekali Alpha Cronbach Dan Nilai Kebolehpercayaannya

47
Nilai α Kebolehpercayaan
0.0 - 0.299 Sangat Rendah (ubah kesemua item)
0.3 - 0.499 Rendah (ubah sebahagian item)
0.5 – 0.699 Sederhana (item boleh diterima)
>0.7 Tinggi (item boleh diterima)

Jika nilainya semua dalam kategori ‘Sederhana’ dan ‘Tinggi’,


pengkaji akan meneruskan dengan kajian sebenar. Manakala, jika di tahap
‘Sangat Rendah’ dan ‘Rendah’, pengkaji perlu mengubah keseluruhan atau
sebilangan item.

3.6 PENGUMPULAN DATA

Penyelidik akan terlebih dahulu meminta kebenaran pihak sekolah


dengan surat iringan untuk memohon kebenaran menjalankan tinjauan yang
disediakan oleh pihak Open University Malaysia. Dalam tempoh seminggu atau
dua minggu, kesemua sekolah akan dapat disoal-selidik dan penyelidik akan
dapat mengumpul data yang diinginkan. Penyelidik akan datang ke sekolah-
sekolah terbabit dan membuat taklimat khas bagaimana menjawab borang
kajiselidik itu dan akan mengumpulkan kesemua borang pada hari berikutnya.
Ini hanya dapat dijalankan dengan kerjasama guru-guru berkenaan yang
mengajar sekolah terbabit.

3.6 ANALISIS DATA

Analisis data mempunyai pelbagai inferens statistik. Ia bergantung


kepada kajian yang ingin dijalankan dan sejauh mana hipotesis yang ingin diuji.
Analisis data adalah sebenarnya hasil kajian melalui gambaran dalam bentuk

48
angka, carta atau rajah. Ia dapat memberi maklumat yang relevan ke pada isu
atau masalah yang dikaji.

Kemudian, melalui SPSS juga akan dikira pekali korelasi, regresi.


Ujian T dan Analysis One-Way of Variances (ANOVA) untuk mencari hubungan
antara pembolehubah yang dikaji, yang bersandar dan tidak bersandar. Dari
nilaian-nilaian ini boleh dibuat kesimpulan sama ada hubungan antara
pembolehubah signifikan atau tidak. Analisis data secara deskriptif ini dipilih
memandangkan ia lebih mudah dan cepat untuk mendapat gambaran umum
tentang faktor yang dikaji.

3.7 RUMUSAN

Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif yang


menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal-selidik sahaja. Soal-selidik
ini direspon oleh para murid tahun lima sahaja yang menduduki UPKK pada
tahun ini dan data yang diperoleh akan dianalisa dengan menggunakan SPSS
untuk memperoleh analisis deskriptif dan analisis inferens seperti yang
dikehendaki dalam soalan-soalan kajian dan hipotesis.

49
BAB 4

ANALISIS DATA KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Setelah semua borang soal selidik dikumpul, respon dari setiap


borang akan dianalisa melalui SPSS. Beberapa inferens statistik akan dikira
dan dipamerkan di Bab ini.

Tiga bahagian analisis data yang diambilkira adalah pertama; ujian


kebolehpercayaan item yang dikaji (reliability test) iaitu mengira nilai Alpha-
Cronbach (α). Nilai α ini menentukan bagaimana item-item dalam borang
kajiselidik ini berkaitan antara satu sama lain dalam setiap pembolehubah yang
dikaji.

Bahagian kedua analisis adalah analisa Bahagian A Borang


Kajiselidik Kajian iaitu menilai taburan faktor-faktor demografi yang tertentu
sahaja. Beberapa analisis data Ini kemudiannya akan dipilih dan digunakan
untuk menentukan apakah hubungannya dengan pembolehubah bersandar
pada Bahagian B Borang Kajiselidik Kajian.

50
Bahagian ketiga analisis pula menilai ketiga-tiga pembolehubah tidak
bersandar (disiplin, motivasi dan peribadi guru) dan pembolehubah bersandar
(prestasi peperiksaan murid dalam UPKK) yang dikaji di sini. Antara nilaian
yang perlu dikira adalah pekali korelasi (correlation coefficient) yang menguji
hubungan dua pembolehubah tidak bersandar, regresi (regression analysis)
yang menguji faktor-faktor penentu serta faktor luaran lain yang tidak dikaji di
sini yang turut mempengaruhi prestasi UPKK, dan seterusnya perbandingan
varians (ANOVA) untuk membandingkan pembolehubah tidak bersandar
manakah yang paling dominan dalam mempengaruhi pembolehubah
bersandar.

4.2 KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJISELIDIK

Kebolehpercayaan instrumen kajiselidik yang diedarkan kepada


responden perlu duji untuk menilai bagaimanakah tahap kefahaman responden
terhadap item yang disoal dan kebarangkalian bahawa item-item itu mendapat
respon yang positif. Apabila Dari Bahagian B borang kajiselidik, sejumlah 5 item
berbentuk soalan dengan repon tertutup disoal untuk mendapatkan gambaran
setiap pembolehubah yang dikaji. Oleh itu bagi kesemua pembolehubah, nilai α
adalah seperti di jadual berikut:

Jadual 4.2.1: Analisis Kebolehpercayaan Alpha-Cronbach (α)

Faktor Bilangan Nilai α Tahap


item kebolehpercayaan
Disiplin Guru 5 0.721 Tinggi
Motivasi Guru 5 0.631 Sederhana
Keperibadian Guru 5 0.642 Sederhana

51
Prestasi Murid UPKK 5 0.543 Sederhana

Melihat kepada nilai α untuk faktor ‘Disiplin Guru’, iaitu pada nilai
0.721 (tinggi), kita dapat rumuskan bahawa kesemua lima item dalam bahagian
ini mudah difahami oleh responden. Oleh itu, kesemua lima item berkaitan
disiplin guru boleh diterima sebagai soalan kajiselidik yang baik.

Manakala untuk item di bawah faktor ‘Motivasi Guru’, nilai α pada


0.631 menunjukkan tahap kebolehpercayaan sederhana. Ini bermaksud
kebanyakan item boleh diterima dan hanya satu item perlu diubah sedikit
kerana nilainya yang melebihi 0.631.

Scale Mean Scale Corrected Cronbach's


if Item Variance if Item-Total Alpha if Item
Deleted Item Deleted Correlation Deleted
Guru saya menjalankan
soal-jawab semasa 17.9000 2.322 .111 .778
mengajar
Jadual 4.2.2: Item C2 Yang Perlu Diubah Sebahagiannya

Untuk faktor ‘Keperibadian Guru’, nilai Alpha-Cronbach’s pada 0.642


adalah lebih tinggi dari nilainya pada faktor ‘Motivasi Guru’. Mengikut perkiraan
nilai α kesemua item, hanya item C2 (item ‘Guru Saya Mempunyai Suara Yang
jelas’) sahaja yang perlu diubah sedikit kerana mempunyai nilai melebihi 0.642.
Ini dilihat melalui jadual di bawah:

Scale Mean Scale Corrected Cronbach's


if Item Variance if Item-Total Alpha if Item
Deleted Item Deleted Correlation Deleted
Guru saya mempunyai
18.5000 2.278 .116 .741
suara yang jelas
Jadual 4.2.3: Item D2 Yang Perlu Diubah Sebahagiannya

52
Pembolehubah bersandar yang dalam kajian ini adalah ‘Prestasi
Murid UPKK’. Nilai α-nya adalah pada tahap 0.543, iaitu yang paling rendah
namun masih dalam kategori boleh diterima. Mengikut jadual di bawah,
terdapat dua item yang melebihi 0.542 dan perlu diubahsuai iaitu:

Scale Mean Scale Corrected Cronbach's


if Item Variance if Item-Total Alpha if Item
Deleted Item Deleted Correlation Deleted
Saya mengulangkaji
17.5000 2.056 .000 .692
pelajaran di rumah
Saya minat belajar ilmu
17.7000 2.011 .166 .560
agama
Jadual 4.2.4: Item E1 dan E3 Yang Perlu Diubah Sebahagiannya

Melihat analisis kebolehpercayaan item yang kurang nilainya dari 0.7


ini, pengkaji telah mengubahsuai item-item C2, D2, E1 dan E3 menjadi seperti
berikut:

ITEM LAMA ITEM BARU


Guru saya menjalankan soal-jawab Guru saya menyoal-jawab murid
semasa mengajar semasa mengajar
Guru saya mempunyai suara yang Guru saya mempunyai suara yang
jelas lantang
Saya mengulangkaji pelajaran di Saya pernah mengulangkaji pelajaran
rumah di rumah
Saya minat belajar ilmu agama Saya mempunyai minat untuk belajar
ilmu agama.
Jadual 4.2.5: Item Kajiselidik Yang Diubahsuai

53
Maka, kajian rintis sekali lagi telah dijalankan dengan menggantikan
item lama di dalam jadual di atas dengan item baru. Kali ini, nilai α-nya
semuanya melebihi 0.7 yang dikategorikan sebagai ‘Tinggi’ seperti di jadual
dibawah.

Faktor Bilangan Nilai α Tahap


item kebolehpercayaan
Disiplin Guru 5 0.721 Tinggi
Motivasi Guru 5 0.709 Tinggi
Keperibadian Guru 5 0.784 Tinggi
Prestasi Murid UPKK 5 0.701 Tinggi
Jadual 4.2.6: Analisis Kebolehpercayaan Setelah Item Diubahsuai

Ini bermakna, kesemua item sudah boleh diterima kesemuanya dan


kajian sebenar dijalankan untuk mendapatkan analisis data yang selanjutnya.

4.3 ANALISA FAKTOR DEMOGRAFI TERPILIH

Faktor demografi terpilih bermaksud hanya item-item tertentu dalam


boring kajiselidik sahaja yang digunakan untuk dianalisa kerana ia mungkin
mememberi impak tertentu pada kesimpulan dan dapatan kajian. Faktor-faktor
akan dilihat taburannya dan hubungannya dengan pembolehubah bersandar

54
(DV). Faktor demografi yang dipilih adalah Jantina, Tahap Pendidikan Ibu,
Tahap Pendidikan Bapa dan Keputusan UPKK.

4.3.1 Taburan Jantina

Dari jumlah 63 responden, seramai 30 adalah responden lelaki


manakala 33 adalah perempuan. kekerapan yang dikira dalam SPSS
ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Kekerapan Peratus

LELAKI 30 47.6
PEREMPUAN 33 52.4
Total 63 100.0
Jadual 4.3.1.1: Taburan Jantina Responden

Jadual di atas juga menunjukkan bahawa peratus responden


perempuan (52.4%) dan peratus responden lelaki (47.6%) tidak banyak
perbezaannya. Jadi, taburan antara lelaki dan perempuan dalam sampel
responden ini agak seimbang.

4.3.2 Taburan Tahap Pendidikan Ibu

Taburan tahap pendidikan ibu ditunjukkan dalam jadual berikut:

Kekerapan Peratus
Sijil Pelajaran Malaysia 42 66.7
Diploma 13 20.6
Ijazah Ke Atas 8 12.7
Total 63 100.0

55
Jadual 4.3.2.1: Taburan Tahap Pendidikan Ibu

Dari jadual kekerapan di atas, kita dapati bahawa lebih 66%


responden mempunyai ibu yang hanya mempunyai kelulusan tidak
melebihi SPM iaitu seramai 42 orang. Ini bererti, lebih 2/3 dari ibu
responden tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Sementara itu,
yang berkelulusan Diploma ke atas mencakupi 33% dari ibu
responden.

4.3.3 Taburan Tahap Pendidikan Bapa

Taburan tahap pendidikan bapa pula mengikut kategori adalah


seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

Kekerapan Peratus
Sijil Pelajaran Malaysia 37 58.7
Diploma 18 28.6
Ijazah Ke Atas 8 12.7
Total 63 100.0
Jadual 4.3.3.1: Taburan Tahap Pendidikan Bapa
56
Berbanding Ibu, bilangan bapa yang mempunyai kelulusan SPM ke
bawah, iaitu seramai 37 orang adalah lebih sedikit. Didapati juga
bahawa bapa responden lebih ramai mempunyai kelulusan Diploma
atau Ijazah ke atas (26 orang) iaitu melebihi 41%.

4.3.4 Taburan Keputusan UPKK 2017

Taburan keputusan UPKK mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kekerapan Peratus Peratus Kumulatif


4A ATAU LEBIH 44 69.8 69.8
1A-3A 15 23.8 93.7
TIADA A 4 6.3 100.0
Total 63 100.0
Jadual 4.3.4.1: Taburan Keputusan UPKK Responden

Melalui jadual di atas, kita dapati bahawa seramai 44 responden


(69.8%) mendapat keputusan sekurang-kurangnya 4A. Apa yang
memberangsangkan, lebih 93% mendapat sekurang-kurangnya 1A.
Hanya empat orang sahaja yang tidak mendapat sebarang A dalam
lapan matapelajaran yang diuji.

4.4 ANALISA SIKAP GURU YANG DIKAJI DENGAN PRESTASI


MURID UPKK

Dalam bahagian analisa ini, pengkaji mengambilkira lima jenis


pengiraan yang semuanya dikira dengan aplikasi SPSS. Lima jenis pengiraan
ini penting untuk menjawab persoalan-persoalan kajian bagi mencapai objektif

57
kajian. Ia adalah Korelasi, Regresi, Ujian T dan ANOVA. Persoalan-persoalan
kajian akan dibincangkan dalam Bab 5. Di sini hanya akan dipaparkan nilai-nilai
pengiraan maksud atau terjemahan nilai-nilai itu terhadap IV dan DV.

4.4.1 Korelasi

Korelasi atau hubungan antara pembolehubah bersandar dan


tidak bersandar bagi kajian yang melibatkan 5-skala Lickert
sepertimana kajian ini, diukur melalui pekali korelasi yang diwakili
oleh symbol ‘r’ (Malhotra, 1999). Korelasi jenis mudah ini juga digelar
Pearson Correlation Coefficient kerana telah diperkenalkan oleh Karl
Pearson. Nilai r menjelaskan kekuatan hubungan mengikut jadual di
bawah:

Jadual 4.4.1.1: Senarai Nilai Pekali Korelasi (r) dan Terjemahan Hubungan DV dan
IV
Nilai r Kekuatan Hubungan
<0.2 Amat lemah
0.21 – 0.4 Lemah
0.41 – 0.6 Sederhana kuat
0.61 – 0.8 Kuat
0.81 – 1.0 Amat Kuat

Dalam tajuk korelasi juga perlu dijelaskan sama ada hubungan


pembolehubah-pembolehubah ini signifikan atau tidak. Nilai signifikan ini
diukur pula melalui nilai yang diwakili oleh ‘Sig. (2-tailed)’ dalam jadual di
bawah. Bagi tujuan kajian ini, nilai signifikan diuji dengan 95% atau 99%
tahap keyakinan. Nilai signifikan ini jika melebihi nilai 0.05 (bagi 95%
tahap keyakinan) atau melebihi 0.01 (bagi 99% tahap keyakinan), maka ia
tidak signifikan.

58
Jadual 4.4.1.2: Korelasi dan Tahap Keyakinan (Sig. 2 tailed) Antara IV Dan
DV

Disiplin Motivasi Keperibadian Prestasi


Pekali Korelasi (r) 1.000 .400** .281* .289*
Disiplin (IV) Sig. (2-tailed) . .001 .026 .022
N 63 63 63 63
Pekali Korelasi (r) .400** 1.000 .478** .210
Motivasi (IV) Sig. (2-tailed) .001 . .000 .099
N 63 63 63 63
Pekali Korelasi (r) .281* .478** 1.000 .362**
Keperibadian
Sig. (2-tailed) .026 .000 . .004
(IV)
N 63 63 63 63
Pekali Korelasi (r) .289 *
.210 .362** 1.000
Prestasi
Sig. (2-tailed) .022 .099 .004 .
(DV)
N 63 63 63 63
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Dalam jadual di atas, hubungan faktor Disiplin Guru dengan Prestasi


Murid dinilaikan pada r= 0.289 yang menunjukkan hubungan yang lemah
tetapi ia mempunyai nilai signifikan yang tinggi dengan Prestasi Murid
kerana nilai 0.022 yang kurang dari 0.05 pada tahap keyakinan 95%.

Faktor Motivasi Guru pula mempunyai hubungan yang lemah pada


nilai r= 0.210 dan hubungannya juga tidak signifikan dengan Prestasi
Murid kerana nilai 0.099 melebihi 0.05 pada tahap keyakinan 95%.

Keperibadian Guru mempunyai hubungan yang lemah juga dengan


Pestasi Murid iaitu pada nilai r= 0.362, walaupun lebih tinggi dari faktor
disiplin guru. Hubungan ini adalah hubungan signifikan yang tinggi dengan
Prestasi Murid melihat pada tahap keyakinan 99% kerana nilai 0.004
adalah sangat kurang dari 0.01.

59
4.4.2 Regresi

Setelah melihat hubungan antara DV dan IV, perlu dikira juga,


antara ketiga-tiga faktor IV yang dikaji, yang mana satukah faktor
yang paling dominan mempengaruhi DV dan bagaimanakah
kekuatan hubungannya. Untuk mengetahui keadaan ini, perlu dikira
analisis regresi. SPSS akan menyatakan faktor yang paling dominan
yang diwakili jalur ‘predictors’. Nilai ‘R Square’ pula menngukur
berapa peratus faktor-faktor lain yang tidak dikaji di sini yang
mempengaruhi Prestasi Murid. Sejauh mana signifikasinya
hubungan faktor dominan dengan Prestasi Murid pula diwakili pada
lajur ‘Sig. F Change’ seperti yang ditunjukkan di bawah:

Jadual 4.4.2.1: Analisis Regresi Tiga IV dengan DV


Model R R Square Std. Error of the Estimate F Change Sig. F Change
1 .389a .151 .38272 10.844 .002
a. Predictors: (Constant), KEPERIBADIAN

Melalui jadual di atas, kita dapati bahawa faktor yang paling dominan
dalam menentukan Prestasi Murid adalah Keperibadian Guru. Ia adalah
hubungan yang signifikan dan sangat tinggi kerana nilai 0.002 adalah
sangat kecil berbanding 0.05 pada tahap keyakinan 95%. Diketahui juga
bahawa faktor-faktor lain yang tidak dikaji di sini (nilai R Square)
mempengaruhi sebanyak 15.1% terhadap Prestasi murid. Faktor-faktor
lain yang berkemungkinan adalah seperti faktor kehadiran, bahan bantu
mengajar atau juga komitmen guru yang telah terbukti dalam kajian-kajian
terdahulu mempengaruhi prestasi murid.

4.4.3 Ujian T

60
Ujian T menguji hubungan faktor demografi dengan DV iaitu
Prestasi Murid. Ia menjelaskan corak hubungan antara purata
sesuatu faktor IV; dalam kes ini faktor demografi, dengan DV
(Prestasi Murid). Untuk tujuan kajian ini, hanya faktor Jantina sahaja
yang diuji dalam SPSS untuk menilai adakah faktor ini mempunyai
hubungan dengan Prestasi Murd. Ujian T dalam kajian ini dikira
pada 99% tahap keyakinan dan keputusan (Sig. 2-tailed) yang
didapati adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.4.3.1: Ujian T Antara Prestasi Dengan Jantina

Sig. (2-
F Sig. t df tailed)
Equal variances
assumed .285 .595 -2.523 61 .014
PRESTASI
Equal variances not
assumed -2.511 58.921 .015

Dapatan analisis menunjukkan Jantina tidak mempunyai hubungan


signifikan dengan Prestasi Murid kerana nilainya pada 0.014 adalah lebih
besar dari 0.01. Ini menunjukkan Lelaki atau Perempuan tidak mempunyai
perbezaan yang signifikan dalam Prestasi Murid. Kedua-dua jantina
mempunyai peluang yang sama dalam mencapai prestasi baik dalam
UPKK.

61
4.4.4 ANOVA

ANOVA adalah mekanisma analisis data yang sama seperti


Ujian T namun ia melibatkan lebih dari dua min (Shuib, Perumal, &
Lee, 2012). Jadi, kaedah mengiranya agak berbeza.

Seterusnya, nilai yang ingin dilihat dalam kajian ini adalah


hubungan antara Tahap Pendidikan Ibu dan Bapa dengan Prestasi
Murid. Di sinilah analisis ANOVA diperlukan. Ini adalah kerana faktor
IV demografi Tahap Pendidikan Ibu atau Bapa mempunyai lebih dari
dua min. Dalam kajian ini, tiga kategori Tahap Pendidikan diberikan;
SPM, Diploma dan Ijazah ke atas yang bermakna akan ada tiga
min(purata) yang akan digunakan untuk dibandingkan dengan
Prestasi Murid.

Untuk kajian ini, tahap keyakinan 95% digunakan. Maka, jika


nilai Sig. > 0.05, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada
perbezaan signifikan antara Tahap Pendidikan Ibu atau Bapa
dengan Prestasi Murid. Setelah dimasukkan data, berikut adalah
hasil analisis:

Jadual 4.4.4.1: ANOVA Tahap Pendidikan Ibu Dengan Prestasi Murid

PRESTASI Sum of df Mean F Sig.


Squares Square
Between Groups .117 2 .058 .337 .715
Within Groups 10.406 60 .173
Total 10.523 62

62
Jadual di atas menunjukkan bahawa pada tahap Sig. = 0.715, ianya
telah melebihi 0.05. Ini bererti, tiada perbezaan signifikan pada Prestasi
Murid jika tahap pendidikan Ibu berubah. Dengan kata lain ini bermaksud
tidak kira jika ibu berkelulusan SPM, Diploma atau Ijazah, ia tidak
memberi perubaan kepada Prestasi Murid.
Perkara yang sama juga dilakukan kepada Tahap Pendidikan Bapa
dan Prestasi Murid untuk dinilai tahap signifikan hubungannya. Data yang
dianalisa adalah seperti dalam jadual di bawah:

Jadual 4.4.4.2: ANOVA Tahap Pendidikan Bapa Dengan Prestasi Murid

PRESTASI Sum of Squares df Mean Square F Sig.


Between Groups .354 2 .177 1.044 .358
Within Groups 10.169 60 .169
Total 10.523 62

Jadual di atas menunjukkan, pada tahap keyakinan 95% data yang


diperolehi, nilai signifikannya ialah pada 0.358 yang melebihi 0.05 ralat
yang melibatkan persekitaran atau faktor lain. Oleh itu, kita boleh
simpulkan bahawa perbezaan pada Tahap Pendidikan Bapa tidak
mempengaruhi Prestasi Murid.

4.5 RUMUSAN

Hasil data analisis ini menjurus kepada beberapa dapatan mengikut jenis
analisis yang digunakan. Seperti yang diketahui, Bab 4 ini mempunyai tiga
bahagian analisis data.

Bahagian pertama; analisis kebolehpercayaan item yang dikaji mendapati


pada kajian rintis yang pertama, hanya item dalam faktor IV Disiplin Guru
sahaja yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Maka, kesemua lima

63
item dalam faktor Disiplin Guru diterima. Setelah beberapa item dalam faktor IV
lain diubahsuai ayat-ayatnya, kajian rintis kedua dijalankan dan kali ini,
kesemua item dalam dua lagi faktor IV (Keperibadian dan Motivasi) telah
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai r melebihi 0.7.

Pada bahagian kedua analisis data, kajian hanya melihat kekerapan


taburan faktor demografi terpilih sahaja untuk menunjukkan latarbelakang
responden kajian. Faktor demografi itu adalah ‘Jantina’, ‘Tahap Pendidikan Ibu’,
‘Tahap Pendidikan Bapa’ dan ‘Keputusan UPKK’. Manakala, bahagian ketiga
adalah analisis data yang mengkaji hubungan antara faktor IV yang menjawab
persoalan kajian dengan Prestasi Murid iaitu DV. Ujian yang digunakan adalah
korelasi, regresi, ujian T dan ANOVA.

Hasil dapatan analisis semua data ini akan dibincangkan dengan


lebih lanjut lagi dalam Bab 5.

64
BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan bagaimana dapatan analisis data


dalam Bab Empat dapat menjawab persoalan-persoalan kajian yang
disenaraikan pada Bab Satu. Perbincangan mengenai analisis data ini tidak
akan mengambilkira analisis kebolehpercayaan item kerana ia telah dijelaskan
dengan secukupnya dalam Bab Empat. Oleh itu, perbincangan bab ini hanya
akan mengambil nilai-nilai taburan faktor demografi, korelasi, regresi, Ujian T
dan ANOVA sahaja.

Seterusnya, perbincangan ini akan memfokuskan kepada keputusan-


keputusan yang boleh disimpulkan sama ada ia menyetujui, memperincikan lagi
atau menyangkal keputusan kajian-kajian terdahulu yang telah dinyatakan
dalam Bab Dua.

Melalui keputusan dan kesimpulan ini nanti, akan dicadangkan pula


apakah faktor atau isu berkaitan yang perlu diperhalusi serta dibuat kajian
kesinambungan atau kajian lanjutan dari kajian ini. Cadangan yang disyorkan
nanti sepatutnya diambilkira dan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan, terutamanya pihak yang telah disenaraikan di Bab Satu
yangvakan mendapat manfaat dari kajian.

65
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Bermula dari kaedah pengumpulan data, populasi dan sampel


responden yang dikaji, perlu diingat semula bahawa jumlah populasi yang dikaji
adalah seramai 73 orang murid tahun lima sesi persekolahan tahun 2017 yang
telah mengambil UPKK pada tahun tersebut. Kesemua mereka telah
menghadiri tujuh buah sekolah yang terletak di luar bandar malah ada sekolah
yang sangat terpencil dari kawasan jalanraya utama. Oleh itu, penting untuk
pengkaji menilai faktor demografi terpilih responden terlebih dahulu iaitu
Bahagian A borang kajiselidik dan kemudiannya perbincangan akan berkisar
kesemua faktor IV di Bahagian B Borang Kajiselidik.

5.2.1 Bahagian A: Perbincangan Demografi Kajian

Faktor demografi responden yang dipilih untuk diuji oleh


kajian ini adalah faktor Jantina, Tahap Pendidikan Ibu, Tahap
Pendidikan Bapa dan Keputusan UPKK mereka.

Dari sudut jantina, bilangan lelaki dan bilangan


perempuan di kalangan responden adalah hampir sama. Responden
yang berasal luar bandar ini terdiri dari murid yang tahap
latarbelakang pendidikan ibu bapanya adalah rendah kerana 66.7%
dari kalangan ibu mereka berkelulusan SPM ke bawah manakala
58.7% dari kalangan bapa pula berkelulusan yang sama. Walaupun
begitu, keputusan UPKK responden adalah memberangsangkan
kerana 69.8% responden mendapat sekurang-kurangnya 4A dari
lapan subjek yang diuji dalam UPKK. Perlu diingat bahawa
pencapaian 4A dalam UPKK adalah prestasi yang cemerlang kerana
syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh KPM atau JAIPk
adalah minima 4A dalam UPKK.

Dari corak taburan keempat-empat faktor demografi ini


sahaja sudah membolehkan kita membuat keputusan awal bahawa
jantina dan tahap pendidikan ibu atau bapa tidak membawa banyak
53
perbezaan kepada prestasi responden kerana keputusan UPKK
mereka tetap dikategorikan cemerlang walaupun mereka adalah
responden luar bandar yang keluarganya hanya berkelulusan SPM
sahaja dan prestasi cemerlang juga tidak mengira jenis jantina
mereka.

Untuk memastikan bahawa kita mendapat keputusan


yang jitu, Ujian T telah dibuat untuk mengetahui adakah faktor
jantina mempengaruhi prestasi responden. Ini bertujuan menjawab
soalan kajian berikut:

Soalan Kajian 5:
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dengan prestasi
murid?
Dari analisis data melalui Ujian T ini, ternyata bahawa jantina
responden tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap
prestasi kerana nilai tahap signifikannya pada 0.014 telah melebihi dari
0.010. Meskipun dalam Bab Dua tidak diperbincangkan tentang hubungan
Jantina dengan Prestasi Murid, telah banyak kajian seumpamanya
tentang faktor jantina ini yang dibuat oleh KPM. Antaranya kajian yang
dibuat oleh Ong, Zamri dan Hamidah. Dapatan kajian mereka
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan
emosi antara murid lelaki dan murid perempuan. Hasil kajian ini selaras
dengan dapatan kajian lepas seperti Roshiza (2002) dalam kajiannya ke
atas 229 kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah di
negeri Perak dan Kedah yang mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan signifikan secara statistik ke atas kecerdasan emosi mengikut
jantina (Ong, Zamri, & Hamidah, 2013). Oleh itu, kita boleh membuat
keputusan bahawa hasil kajian ini menyokong pendapat pengkaji-pengkaji
terdahulu bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi prestasi murid.

54
Soalan kajian berikutnya tentang faktor demografi yang perlu dijawab adalah;

Soalan Kajian 6:
Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap pendidikan ibu, tahap
pendidikan bapa dengan prestasi murid?

Dari analisis data, kita dapati bahawa kedua-dua faktor demografi


‘tahap pendidikan ibu’ dan ‘tahap pendidikan bapa’ tidak mempunyai
hubungan yang signifikan dengan prestasi murid kerana nilai yang diuji
dari ANOVA menunjukkan tahap 0.715 dan 0.358 yang lebih tinggi dari
0.05. Dapatan ini bercanggah dari kebanyakan kajian lalu mengenai
latarbelakang sosio-ekonomi pelajar yang mempunyai pengaruh terhadap
pencapaian akademik.

Salah satu kajian yang menyatakan bahawa latar belakang keluarga


mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah kajian bertajuk
“Hubungan Antara Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar Melayu Dalam PMR” yang dibuat oleh Zukina Yusof
dalam tesis sarjananya di Universiti Utara Malaysia (Zukina, 2003).
Percanggahan Ini mungkin terjadi kerana kajian ini dikhususkan kepada
persepsi murid terhagap guru-guru yang mengajar subjek agama sahaja,
bukan memperincikan latar belakang keluarga kerana ia bukan faktor
penentu yang ingin dikaji.

Andaian yang mungkin boleh digunapakai di sini adalah, latar


belakang keluarga tidak mempengaruhi prestasi murid kerana sikap guru
KAFA di Kelompok Empat ini lebih dominan dalam menentukan prestasi
responden di sini. Sikap GPI yang professional selalunya dapat mengatasi
kelemahan latar belakang pendidikan keluarga malah lebih berkesan
dalam menentukan prestasi akademik pelajar. Ini secara faktualnya telah
dibuktikan melalui kejayaan sekolah-sekolah berasrama penuh yang
hampir keseluruhan masa murid dihabiskan atas didikan guru, bukannya
keluarga, kerana mereka duduk di asrama.

55
Pendapat bahawa sikap profesionalisme yang tinggi wujud di
kalangan GPI ini dibuktikan juga oleh kajian berskala besar yang dibuat
oleh Ab. Halim terhadap guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan
Islam di seluruh Malaysia yang melibatkan 2400 murid, 464 GPI dan 603
orang pentadbir dan guru-guru di bidang lain (Ab. Halim, Mohd. Izham,
Khadijah, & Mohd Aderi, 2010). Maka, seharusnyalah keputusan prestasi
murid tetap cemerlang biarpun tahap pendidikan keluarga rendah kerana
guru-guru KAFAnya telah mengambil-alih tugas membimbing dan
mengasuh dengan jayanya.

5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Persoalan Kajian

Seterusnya, pengkaji akan menjawab soalan kajian 1, soalan


kajian 2, soalan kajian 3 secara serentak iaitu:

Soalan Kajian 1:
Adakah sikap disiplin guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan
prestasi murid UPKK di Kelompok 4 Daerah Seri Iskandar?

Soalan Kajian 2:
Adakah sikap guru yang bermotivasi tinggi mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi murid UPKK di Kelompok 4 Daerah Seri Iskandar?

Soalan Kajian 3:
Adakah sikap guru yang berperibadi mulia mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi murid UPKK di Kelompok 4 Daerah Seri Iskandar?

Dari analisis data melalui ujian korelasi, didapati bahawa dua dari
tiga sikap guru yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan dengan
prestasi responden. Sikap-sikap itu adalah Disiplin Guru dan Keperibadian
Guru. Disiplin Guru mencatat r= 0.022 pada tahap keyakinan data 95%
tepat, yang menunjukkan hubungannya dengan prestasi murid adalah
signifikan. Manakala Keperibadian Guru mencatat r= 0.004 juga
menunjukkan hubungan yang signifikan pada tahap keyakinan sebanyak
56
99%. Keputusan ini menyokong kesimpulan kajian-kajian terdahulu
mengenai disiplin guru seperti kajian Tamuri, Ismail, & Jasmi. Begitu juga
ia menyokong pendapat Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi yang menyetujui
bahawa disiplin dan keperibadian adalah faktor utama dalam memberi
impak kepada prestasi murid. Ini dikuatkan lagi dengan kajian oleh
Suryana yang mendapati bahawa secara umumnya, sikap guru
mempunyai hubungan yang positif dengan hasil belajar murid.

Seterusnya, analisis regresi membolehkan pengkaji menjawab


soalan kajian yang terakhir iaitu:

Soalan Kajian 4:
Apakah sikap yang paling dominan; disiplin, bermotivasi tinggi atau berperibadi
mulia, yang dapat mempengaruhi pelajar seterusnya meningkatkan prestasi
UPKK di Kelompok 4 Daerah Seri Iskandar?

Analisis data untuk menjawab soalan kajian ini aalah analisis regresi.
Dapatan analisa regresi menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan
adalah Keperibadian guru. Faktor Keperibadian juga mempunyai
hubungan yang signifikan dengan prestasi murid. Analisis regresi juga
mendapati 15.1% faktor lain menyumbang kepada prestasi murid.

Antara faktor yang mungkin mendasari angka 15.1% dalam faktor


yang menyumbang kepada prestasi murid ini adalah faktor ponteng
sekolah atau ketidakhadiran murid ke program KAFA. Seperti yang
dijelaskan pada 1.3 Penyataan Masalah, ketidakhadiran yang tinggi di
kalangan murid UPKK adalah kerana mereka perlu hadir ke sekolah
kebangsaan bagi aktiviti ko-kurikulum. Tinjauan dari salah sebuah
Sekolah Agama Rakyat KAFA yang menjadi sampel dalam kajian ini;
SRAR Tarbah Islamiah, mendapati bahawa trend peratus kehadiran di
kalangan murid tahun lima dari bulan Januari sehingga Mei tahun 2015-
2017 menunjukkan data berikut:

57
Jadual 5.2.2.1: Peratus Kehadiran Murid UPKK di SRAR Tarbiah Islamiah
Bota Kanan Bulan Januari- Mei Tahun 2015-2017

Tahun Januari Februari Mac April Mei


2015 68% 73% 75% 74% 61%
2016 91% 63% 60% 66% 63%
2017 64% 61% 59% 57% 66%
Min 74.3% 65.7% 64.7% 65.7% 63.3%

Melihat kepada julat min peratus kehadiran antara 74.3% - 63.3% ini, jelas
menunjukkan ia jauh dari sasaran KPM yang menghendaki peratus kehadiran
murid perlulah di nilai 95%.

Selain itu, faktor-faktor luaran seperti pra-sarana sekolah, Bahan Bantu


Mengajar dan pengurusan sekolah juga mungkin menyumbang kepada 15.1%
faktor yang tidak dikaji, yang menyumbang kepada prestasi murid.

5.3 KESIMPULAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar luar bandar di tujuh buah
sekolah agama rakyat yang menjalankan program KAFA pada waktu petang.
Responden adalah murid tahun enam 2018 yang telah mengambil peperiksaan
UPKK pada tahun 2017.

Melalui respon mereka, secara keseluruhannya, kajian ini telah


menjawab dengan jelasnya keseluruhan enam objektif kajian yang ingin
mengetahui wujudkah hubungan antara tiga sikap guru dengan prestasi murid,
faktor yang paling dominan dari tiga sikap guru, serta wujudkah hubungan
prestasi murid dengan faktor demografi terpilih iaitu jantina, tahap pendidikan
ibu dan bapa.

Dari respon Bahagian A, jantina responden kajian adalah lebih


kurang sama ramainya iaitu 30 lelaki dan 33 perempuan. Lebih 66% Tahap
Pendidikan Ibu adalah di tahap SPM ke bawah manakala hampir 60% bapa

58
mempunyai kelulusan SPM ke bawah. Diketahui juga di sini, keputusan UPKK
responden adalah baik kerana hampir 70% dari mereka mendapat sekurang-
kurangnya 4A walaupun kebanyakan dari mereka datang dari keluarga yang
berpendidikan SPM ke bawah. Faktor-faktor demografi terpilih di Bahagian A
ini; jantina, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, kesemuanya tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap prestasi murid.

Dari Bahagian B borang kajiselidik, diketahui bahawa faktor disiplin


dan keperibadian guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi
murid. Hanya faktor motivasi guru tidak memberi impak kepada prestasi murid
UPKK di Kelompok 4 Daerah Seri Iskandar. Selain itu, analisis data juga telah
mengenalpasti bahawa faktor keperibadian guru adalah faktor yang paling
dominan dalam menentukan prestasi murid. Tidak kurang pentingnya untuk
dijelaskan di sini bahawa terdapat 15.1% faktor lain yang tidak dikaji di sini,
yang mempengaruhi tahap prestasi UPKK di Kelompok ini.

Oleh itu, kesimpulan dari kajian ini mengesahkan lagi tajuk kajian
bahawa sikap guru; secara khususnya Keperibadian dan Disiplin guru,
mempunyai pengaruh terhadap Prestasi UPKK di Kelompok Empat Seri
Iskandar.

5.4 CADANGAN KAJIAN

Dalam usaha meningkatkan prestasi UPKK di Kelompok Empat


Daerah Seri Iskandar, beberapa kajian lanjutan perlu dilakukan. Antara faktor
yang mungkin memberi impak positif kepada prestasi UPKK yang telah ditinjau
secara kasar dalam kajian ini, perlu diberi perhatian. Oleh itu, cadangan kajian
antaranya:

59
i. Kajian ini hanya dibuat di Kelompok Empat sahaja. Untuk
mendapatkan gambaran yang lebih luas lagi adakah sikap
guru di daerah ini menyumbang terhadap prestasi lemah
UPKK, perlu diperluaskan skop kajian ke seluruh Daerah Seri
Iskandar yang mempunyai lapan kelompok bawah tadbiran
JAIPk Daerah.
ii. Pola tahap kehadiran yang rendah yang telah dikesan dalam
kajian ini perlu dibuat kajian baru kerana kehadiran adalah
salah satu faktor yang dapat menyumbang ke arah
kemenjadian murid, terutamanya dalam meningkatkan tahap
prestasi murid.
iii. Kajian lanjutan khusus untuk program KAFA juga perlu
dibuat pada faktor ‘non-human’; contohnya Bahan Bantu
Mengajar dan Pra-sarana sekolah yang boleh menarik minat
pelajar supaya tidak ponteng sekolah, yang telah dikenalpasti
pada kajian-kajian lain dapat meningkat pencapaian akademik
pelajar.
iv. Faktor Motivasi Guru telah dikenalpasti dalam kajian ini tidak
menyumbang ke arah prestasi UPKK, maka kajian lanjutan
yang lebih mendalam tentang motivasi guru perlu dibuat untuk
dikenalpasti aspek manakah yang menyebabkan motivasi
guru tidak mempunyai hubungan dengan prestasi murid.

60
5.5. RUMUSAN

Oleh itu, dapat dirumuskan di sini bahawa walaupun guru-guru


KAFA di Kelompok Empat Daerah Seri Iskandar ini hanya terdiri dari kalangan
lulusan SPM hingga Diploma sahaja, keperibadian yang mulia sebagai guru
agama membolehkan mereka menghasilkan murid-murid yang cemerlang.
Diyakini di sini bahawa kemahiran yang diperoleh dari pengalaman mengajar,
ditambah lagi dengan faktor keperibadian yang mulia serta disiplin yang tinggi
telah dipraktikkan oleh guru-guru KAFA di sini. Tohmahan bahawa mereka
tidak professional dalam mengendalikan tugas, dianggap sebagai guru kelas
bawahan adalah kurang tepat kerana kajian ini telah membuktikannya.

Konsep 5M; muaddib, mudarris, mu’allim, murabbi dan mursyid,


yang diperkenalkan oleh Abdul Halim Tamuri dalam kajiannya perlu menjadi
contoh semua guru-guru KAFA secara khususnya, guru-guru lain amnya,
walaupun taraf perjawatan guru KAFA hanyalah kontrak sambilan dan bayaran
gaji mereka di tahap gaji minimum pekerja iaiatu RM900 sahaja. Ini kerana,
sebagai guru agama, mempraktikkan ilmu agama itu adalah tuntutan terbesar
mereka yang akan dipertanggungjawabkan di dunia hingga ke akhirat.

Melihatkan peranan dan tugas guru KAFA ini tidak banyak bezanya
dari guru sekolah kebangsaan yang biasa, usaha yang murni untuk mengubah
nasib mereka perlu dimulakan dengan JAKIM agar taraf perjawatan, skala gaji
serta latihan dalam perkhidmatan dapat diperhalusi dan diberi nafas baru.
Pihak-pihak lain yang berwajib juga perlu menilai serta membantu aspek ini
agar ia menjadi lebih baik.

61
RUJUKAN
Ab. Halim, T., & Nik Mohd Rahimi, N. Y. (2010). Kaedah pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim, T., Mohd. Izham, H., Khadijah, A., & Mohd Aderi, C. (2010). Kajian
Tahap Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam di Sekolah
Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangi: KPM.

Abu Bakar, N., & Basri, R. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dengan
Pencapaian Akademik Pelajar. International Journal of Education and
Training, 1-11.

Ahmad, Z. (2017, Oktober 31). Guru Besar, AJK Pertubuhan Pendokong


Sekolah Agama Rakyat. (R. Abd.Latif, Penemu duga)

Ayob, P. D., Abdull Kareem, P. D., Hashim, D. I., Kamarulzaman, M. A.,


Ajuhary, M. K., & Jamil@Osman, Z. (2007). Kualiti (Kurikulum &
Pengajaran) Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Badzis, D. M., Abdul Hamud, A. H., & Abdul Malik, M. (2015). HBEC1103
Introduction To Early Childhood Education. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

Bafadal, I. (1992). Supervisi Pengajaran. Jakarta: Bumi Aksara.

Che Aman, D. R. (2007, MEI 27). Personaliti dan Tingkah Laku. Didapatkan
dari Program Mentor Mentee:
http://web.usm.my/mentor/papers/personaliti_tingkahlaku.pdf

Dadan, S. (2013). Pengetahuan Tentang Strategi Pembelajaran, Sikap Dan


Motivasi Guru. Jurnal Ilmu Pendidikan, 196-201.

Ghazali, N. H., & Zulkifly, N. M. (2016, April 1). Falsafah Pendidikan


Kebangsaan. Didapatkan dari Falsafah Pendidikan Guru:
https://www.slideshare.net/noorhidayahghazali7/falsafah-pendidikan-
kebangsaan-fpk-falsafah-pendidikan-guru-fpg

Hj. Hussin, K. (1997). Psikologi Bilik Darjah: Asas Pedagogi. Kuala Lumpur:
Utusan Publisher.

62
Holton III, E., & Burnett, M. (2005). Research In Organisations: Foundations
And Metods Of Inquiry. San Francisco: Berret-Koehler Publishers, Inc.

Jalaludin, J. (2012, Mei 14). Sekolah Agama Di Perak. Utusan Online, hlm.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120514/pe_01/Sejarah-.

Kamarul, A., Ab. Halim, T., & Mohd Izham, H. (2009). Sifat dan Keperibadian
Guru Cemerlang Pendidikan Islam . Jurnal Teknologi, 57-71.

Kassim, T. (2010). Kualiti Diri Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di


Sabah. Labuan: Universiti Malaysia Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018, Januari 16). Didapatkan dari


Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-
kebangsaan

Khisham. (2016, Januari 15). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Didapatkan


dari PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN
KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2015:
http://jkim.islam.gov.my/pengumuman-keputusan-peperiksaan-ujian-
penilaian-kelas-kafa-upkk-tahun-2015

Krech, D., & Crutchfield, R. (1966). Individual in Society. Tokyo: McGraw Hill
Kogakusha.

Malhotra, N. K. (1999). Marketing Research: An Applied Orientation. New


Jersey, USA: Prentice Hall Inc. .

Manual Prosedur UPKK. (2014). Didapatkan dari Jabatan Kemajuan Islam


Malaysia (JAKIM):
http://simpeni.islam.gov.my/simpeniv2/apps/editor/files/File/MANUALPR
OSEDURUPKK2014.pdf.

Omar, L. S. (2013, September 20). Utusan Online. Didapatkan dari Guru Punca
Pelajar Ponteng:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130920/dn_19/Guru-
punca-pelajar-ponteng

63
Ong, S. C., Zamri, M., & Hamidah, Y. (2013). Faktor Jantina, Kaum, Alrian
Kelas dan Hubungannya Dengan Kecerdasan Murid Dalam Mempelajari
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12-23.

Perak BN. (2016, Februari 17). Didapatkan dari Analisa Keputusan UPKK
2015: https://www.facebook.com/perakbn/posts/538971012925188

Psikologi Sosial. (2016, julai 2). Didapatkan dari Sikap dan Perilaku:
http://psikologikita8.blogspot.my/2016/07/psikologi-sosial-sikap-dan-
perilaku.html

Sang, M. S. (1991). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur.

Selvanathan, M., Ali, A. J., Balasubramaniam, S., & Thanaraju, P. (2012).


Kesan Sikap Pekerja Ke Arah Kualiti Kerja Cemerlang. Universiti Sains
Malaysia, 525.

Shuib, P. M., Perumal, D. T., & Lee, P. M. (2012). Kardah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.

Susanna. (2014). Keperibadian Guru PAI dan Tentangan Globalisasi.


Mudarrisuna, 4(2), 376-396.

Sy, H. Z. (1992). Hubungan Konsep Diri dan Kepuasan Kerja dengan Sikap
Guru Dalam Proses Belajar Mengajar. Jurnal llmu Pendidikan, 183-194.

Tamuri, A. H., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2012). Komponen Asas Untuk
Latihan Guru Pendidikan Islam. GJAT, 2(2), 53-63.

Tusin, K. (2010). Kualiti Diri Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di


Sabah. Labuan: Universiti Malaysia Sabah.

Ulwan, D. A. (1995). Pedoman Pendidikan Anak dalam Islam. Bandung:


Penerbit As-Syifa'.

Utusan Online. (2016). Didapatkan dari 27,614 calon dapat keputusan 8A


UPKK: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/27-614-calon-dapat-
keputusan-8a-upkk-1.39983

Willmore, J. (2016). Performance Basics, 2nd Edition. Didapatkan dari


http://library.books24x7.com.newdc.oum.edu.my/assetviewer.aspx?

64
bookid=113445&chunkid=815637288&noteMenuToggle=0&leftMenuStat
e=1

Zakaria, M. N. (2017, November 15). Penyelia KAFA. (R. Abd.Latif, Penemu


duga)

Zukina, Y. (2003, Mac 28). Universiti Utara Malaysia. Didapatkan dari


Hubungan Antara Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar Melayu Dalam PMR:
http://etd.uum.edu.my/1193/2/1.ZUKINA_BT._YUSOFF.pdf

LAMPIRAN

65
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PENGARUH SIKAP GURU TERHADAP PRESTASI UJIAN PENILAIAN


KELAS K.A.F.A. (UPKK) DI KELOMPOK EMPAT DAERAH SERI ISKANDAR

BORANG KAJISELIDIK
Assalamu’alaikum wrm. wbth.
Responden yang budiman,
Terima kasih atas kesudian mengmbil bahagian dalam kajian ini. Ia dirangka
untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi prestasi UPKK di Kelompok 4
Daerah Seri Iskandar.

Semua soalan perlu dijawab di atas borang soal-selidik ini.Masa yang


diperlukan untuk menjawab semua soalan sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

Sekian, terima kasih dan jazakumullahu khairan kathiran. Wassalaam.

Yang benar,
ROHAYA BINTI ABD. LATIF
Pelajar Tahun Akhir
Bachelor Of Islamic Studies
Faculty of Education and Sosial Science
Open University Malaysia
Cawangan Manjung, PERAK.

66
PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK MURID
1. Borang soal selidik ini bukan satu ujian.
2. Semua maklumat yang anda nyatakan akan dirahsiakan.
3. Anda tidak perlu menulis nama pada borang soal selidik ini.
4. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian
A dan B.
5. Sila jawab semua soalan yang diberikan dengan jujur dan ikhlas
6. Kerjasama anda sangat kami hargai.

Arahan: sila tandakan (  ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

BAHAGIAN A
MAKLUMAT DEMOGRAFI PELAJAR

1. Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. Bilangan Ahli : 3–5 ( )


Keluarga 6–7 ( )
8 dan ke atas ( )

3. Pendapatan
Keluarga : RM 500 – RM 1000 ( )
RM 1001 – RM3000 ( )
RM3001 dan ke atas ( )

4. Pendidikan Ibu : Sijil Pelajaran Malaysia ( )


Diploma ( )
Ijazah dan ke atas ( )

5. Pendidikan Bapa: Sijil Pelajaran Malaysia ( )


Diploma ( )
Ijazah dan ke atas ( )

6. Keputusan UPKK: 4A atau lebih ( )


1A – 3A ( )
tiada A ( )

67
Arahan: sila tandakan ( √ ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

BAHAGIAN B

B SIKAP GURU YANG BERDISIPLIN

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju

FAKTOR SIKAP GURU YANG BERDISIPLIN

BIL ITEM 1 2 3 4 5

1 Guru saya hadir di kelas pada waktunya.

2 Guru saya mengajar sehingga waktu tamat.

3 Guru saya memberi salam semasa memasuki


kelas.
4 Guru saya memuji pelajar yang rajin membawa
buku.
5 Guru saya menasihati pelajar supaya senyap di
dalam kelas.

C SIKAP BERMOTIVASI TINGGI GURU

FAKTOR SIKAP BERMOTIVASI TINGGI GURU

BIL ITEM 1 2 3 4 5
1 Guru saya suka suasana ceria dalam kelas.

2 Guru saya menyoal-jawab semasa mengajar.

3 Guru saya bersemangat dalam kelas.

4 Guru saya membimbing murid yang kurang


faham.
5 Guru saya menjalankan aktiviti dalam kumpulan.

68
D KEPERIBADIAN GURU

FAKTOR KEPERIBADIAN GURU

BIL ITEM 1 2 3 4 5

1 Guru saya suka membantu pelajar.

2 Guru saya mempunyai suara yang lantang.

3 Guru saya mesra dengan pelajar.

4 Guru saya seorang yang bertanggungjawab.

5 Guru saya seorang yang tenang semasa


mengajar.

E PRESTASI AKADEMIK UPKK PELAJAR

FAKTOR PRESTASI AKADEMIK UPKK PELAJAR


BIL ITEM 1 2 3 4 5

1 Saya pernah mengulangkaji pelajaran di rumah.


2 Saya membuat soalan latihan yang diberi guru.
3 Saya mempunyai minat untuk belajar ilmu
agama.
4 Saya suka diberi nota ringkas oleh guru.
5 Saya membuat soalan latih-tubi.

“TERIMA KASIH SEMUA ATAS KERJASAMA ANDA”

69
1300
100
4
5 1738.95
0.45 1409.45
#NAME?
22/12/2022
100 1
50
20
10

70

Anda mungkin juga menyukai