Anda di halaman 1dari 30

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

MEI 2020

SBFS1103

THINKING SKILL AND PROBLEM SOLVING


KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

i
TOPIK MUKASURAT
BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN 1–2

2.0 PETA MINDA ISU 3

3.0 ANALISIS ISU BERDASARKAN PETA MINDA 4-5

4.0 TIGA SEBAB TIDAK DISUKAI MENTUA 6–7

5.0 KAITAN DENGAN PENYELESAIAN MASALAH 8 – 10

6.0 KESIMPULAN 11

7.0 RUJUKAN 12

BAHAGIAN 2
1.0 PENGENALAN 13 – 14

2.0 ISU 15 – 16

3.0 PENYELESAIAN MASALAH DAN ALAT PENYELESAIAN MASALAH 17 – 20

4.0 HURAIAN PENYELESAIAN MASALAH 21 – 22

5.0 KESIMPULAN 23 – 24

6.0 REFLEKSI DIRI 25

7.0 RUJUKAN 26

BAHAGIAN 3
PERSEMBAHAN VIDEO 27
ISI KANDUNGAN

ii
iii
1.0 PENGENALAN
Dada-dada akhbar mahupun carian internet sentiasa memaparkan isu-isu sosial yang berlaku
di kalangan masyarakat. Pelbagai isu yang menjadi bualan warga internet dan juga
masyarakat termasuklah isu perkahwinan, isu sosial kanak-kanak belasan tahun, isu
pergaulan bebas dan banyak lagi. Seperti yang kita lihat hari ini, pelbagai isu yang dialami
oleh segenap lapisan masyarakat dan yang pastinya isu yang berbeza-beza bagi setiap kita.
Ramai antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang mereka
alami dan akhirnya mengambil keputusan yang drastik dan terburu-buru. Terdapat juga
sebilangan yang sering mengambil langkah mudah untuk menyelesaikan permasalahan yang
mereka hadapi. Namun begitu, terdapat juga segelintir yang dapat menyelesaikan masalah
mereka dengan bijak.
Tugasan yang diberikan membantu dalam mengetahui dengan lebih dalam akan strategi
menangani masalah dengan baik. Tidak kita nafikan bahawa, ada antara kita yang sering kali
mengambil langkah mudah untuk menyelesaikan masalah mereka yang mana akan membuka
ruang baru untuk permasalahan baru. Permasalahan yang berlaku mempunyai isunya yang
tersendiri dan menyelesaikannya tidak memerlukan pakar sekiranya kita memiliki kemahiran
penyelesaian masalah yang betul dan baik. Setiap permasalahan yang kita alami pasti ada
cara untuk menyelesaikannya. Dengan adanya kemahiran ini, permasalahan pasti akan dapat
diselesaikan. Strategi penyelesaian masalah yang berkesan dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah. Oleh itu setiap isu yang menjadi permasalahan pasti akan ada cara
mengatasinya dan ini terserah kepada kita bagaimana untuk mengatasi dan menangani
masalah tersebut.
Dalam menangani sesuatu masalah itu, memahami akan permasalahan adalah kunci utama.
Ini kerana, tanpa memahami akan masalah tersebut maka kesukaran untuk menyelesaikan
masalah ataupun membuat keputusan yang kurang tepat akan berlaku. Oleh itu, kemahiran
dalam menyelesaikan masalah perlu kita kuasai. Dengan adanya kemahiran ini, kita akan
dapat membuat keputusan yang lebih baik dan bijak. Setiap keputusan yang kita ambil akan
memberikan impak kepada kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian, kemahiran dalam
menyelesaikan masalah adalah suatu kepentingan bagi setiap kita agar dapat membuat
keputusan yang betul dan mengurangkan impak negatif dalam kehidupan kita.

1
Masalah datang dan pergi setiap hari. Oleh itu, kita akui bahawa setiap kita pasti tidak akan
lepas dari melakukan kesilapan. Maka itu kita perlu sentiasa bersikap positif apabila
menghadapi apa juga masalah dalam hidup dan berbekalkan dengan kemahiran yang ada,
kita pasti dapat mengenalpasti setiap permasalahan dan menangani masalah yang berlaku.
Setiap hari kita akan dihidangkan dengan isu demi isu. Namun keberatan setiap masalah
tersebut bergantung kepada cara kita menghadapinya. Oleh yang demikian, adalah menjadi
suatu kepentingan bagi kita semua untuk belajar menangani masalah dengan bijak dan
meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan setiap masalah.

2
2.0 PETA MINDA ISU

Berat Sebelah
Tidak menyukai anak
menantu Ibu
Mertua Berseorangan
Suka mencampuri
urusan rumahtangga Sudah tua
anak

Ayah
Mertua
meninggal
Memberi kesan
Suami Memberi kesan
kepada
Isteri
kepada

Taat kepada ibunya Tidak setuju dengan


cadangan suami
Perkahwinan
Ingin membawa ibu
tinggal bersama

Risau tidak sependapat


Akan selalu bertengkar dengan mertua

Boleh mengakibatkan
perceraian

3
3.0 ANALISIS ISU BERDASARKAN PETA MINDA

Kes yang diberikan adalah suami ingin membawa ibunya untuk tinggal bersama setelah kematian
ayahnya. Akan tetapi ibu mertua tidak menyukaimu dan dia sering mencari kesalahanmu
walaupun berlaku perkara yang kecil. Ibu mertua juga seorang yang berat sebelah dan akan
selalu menyebelahi anaknya walapun ketara anaknya yang salah. Isu ini bertambah lagi apabila
kamu sering bertengkar dengan suami hanya kerana perkara kecil kerana sering dibatu api.

Isu yang dapat diperolehi melalui kes di atas ialah seorang suami yang taat kepada ibunya dan
ingin membawa ibunya untuk tinggal bersama. Ini adalah kerana ibunya tinggal berseorangan
sejak kematian suami. Dalam konteks ini, kita dapat melihat bahawa suami seorang anak yang
baik dan taat kepada ibunya. Dia sangat menyayangi ibunya dan ingin membahagiakan ibunya.
Dia mencadangkan kepada isterinya untuk membawa ibunya tinggal bersama mereka bagi
mengelakkan daripada si ibu kesunyian dan juga dia dapat menjaga makan minum dan kebajikan
ibunya. Namun, suami perlu mendapatkan pandangan daripada isterinya sebelum berbuat
demikian. Suami perlu berbincang akan buruk baik sesuatu keputusan agar ianya tidak
mendatangkan keburukan di masa akan datang.

Isu yang kedua adalah isteri yang berasakan dirinya tidak dapat menyesuaikan diri bersama
dengan ibu mertuanya. Dia sering berasakan bahawa ibu mertuanya tidak menyukainya dan dia
tidak selesa apabila ibu mertuanya tinggal bersama. Dia berasa tertekan jika suaminya membawa
ibu mertuanya di bawa tinggal bersama. Ini adalah kerana ibu mertuanya sering menunjukkan
sikap tidak menyukainya dan sering kali menyalahkan dia atas apa juga kesalahan walaupun
kesalahan tersebut bukan kesalahannya. Dia berasa takut perkahwinannya terjejas sekiranya ibu
mertuanya tinggal bersama. Perasaan yang dialami oleh isteri akan mendorong kepada tekanan
perasaan dan ini akan membuatkan dia membuat tindakan yang berada di luar kawalan kerana
terjejas dengan sikap ibu mertua yang tidak sebulu dengannya.

Ibu merupakan susuk tubuh yang paling dekat dengan kita. Malahan, ibu adalah seorang yang
sangat memahami kehendak dan juga keperluan terbaik dalam diri kita. Namun begitu, dalam
kes ini ibu mertua digambarkan sebagai seorang ibu yang sudah tua dan memerlukan jagaan daan
dampingan orang lain. Dia juga sangat sayang akan anaknya akan tetapi tidak menyukai anak
menantunya. Beliau ditunjukkan sebagai seorang ibu mertua yang tinggal berseorangan setelah

4
suaminya meninggal dan tidak mempunyai tempat bergantung. Dia juga seorang ibu yang berat
sebelah iaitu sering memenangkan anaknya berbanding orang luar. Beliau juga suka mencampuri
urusan rumah tangga anaknya. Ini mungkin disebabkan oleh sikap kepunyaan terhadap anaknya
yang tinggi dan berasakan bahawa setiap hal yang berkaitan dengan anaknya adalah urusannya
juga.

Kes di atas juga mengambarkan isu tersembunyi yang mungkin akan berlaku dan menjejaskan
yang terlibat. Jika dilihat secara dekat, kes di atas boleh mengakibatkan kegagalan perkahwinan
iaitu boleh berlaku penceraian. Ini dapat ditunjukkan melalui isu kecil iaitu pertengkaran antara
ibu mertua dan anak menantu yang akhirnya akan memberikan tekanan kepada suami dan
mengakibatkan pertengkaran berlaku antara suami dan isteri. Pertengkaran ataupun perselisihan
faham yang kerap berlaku akan mendorong kepada pergaduhan yang lebih besar dan akhirnya
akan mengakibatkan perceraian apabila tiada persefahaman yang dapat dicapai lagi.

Kes seperti ini seringkali kita berlaku di kalangan masyarakat kita. Kita tidak nafikan bahawa isu
kecil seperti ini membawa kepada isu besar iaitu perceraian, namun ianya juga bergantung
dengan persekitaran perkahwinan tersebut. Sekiranya pasangan bijak dalam menentukan
permasalahan yang mereka alami dan bijak menyelesaikan masalah yang mereka alami sebelum
ianya menjadi semakin parah, perkahwinan dapat diselamatkan. Peratusan perceraian yang
disebabkan oleh orang ketiga (termasuk ibu mertua) adalah tinggi dan jika kita melihat isu yang
diberikan ianya merupakan satu isu dalaman keluarga yang mesti diselesaikan adalah masalah
ketidakfahaman ataupun tidak sependapat antara sesama. Isu ini perlu diselesaikan bagi
memastikan semua pihak dapat hidup dengan selamat dan harmoni.

5
4.0 TIGA SEBAB IBU MERTUA TIDAK SUKA

Memiliki hati ibu mertua bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat beberapa kemungkinan yang
menyebabkan ibu mertua tidak menyukai menantu perempuannya. Memiliki perasaan bersaing
dengan menantu untuk memenangi ataupun mendapatkan perhatian daripada anak lelaki. Tidak
dinafikan yang terdapat ibu mertua yang overthinking dengan kehadiran orang baru dalam hidup
anaknya. Dia sering menganggap menantunya adalah lawannya untuk mendapatkan perhatian
daripada anaknya. Isu ini sering berlaku terutamanya apabila si ibu mertua cuma mempunyai
seorang anak lelaki. Si ibu berasakan bahawa dia kehilangan kasih dan sayang daripada anaknya.
Dia menganggap bahawa menantunya merampas anaknya daripadanya. Apa lagi sekiranya si
anak banyak mula kurang memberikan perhatian kepada ibunya selepas berkahwin. Secara
langsung, si ibu akan sentiasa mencampuri urusan rumah tangga anaknya dan membenci
menantunya kerana anaknya tidak serapat dengannya seperti sebelum berkahwin.

Setiap mertua mempunyai ciri-ciri menantu pilihan yang mana ia memikirkan bahawa ciri-ciri
pilihannya iaitu latar belakang keluarga yang baik, memiliki kewangan yang kukuh dan berada
dalam standard yang sama itu adalah calon isteri yang cocok dengan anaknya. Ibu sentiasa
mempunyai perasaan bahawa dia benar-benar memahami dan mengetahui apa yang diinginkan
oleh anaknya. Namun, apabila anaknya berkahwin dengan pilihan hatinya yang tidak menyamai
dengan ciri-ciri menantu pilihannya, maka secara tidak langsung perasaan tidak menyukai
menantu akan timbul. Beliau mungkin beranggapan bahawa anak menantunya yang memikat
anaknya. Apalagi sekiranya si ibu telah mempunyai menantu pilihan hatinya. Namun begitu, isu
ini berkemungkinan tidak berkekalan lama. Beliau mungkin tidak menyukai menantunya Cuma
belia perlu masa untuk menyesuaikan dirinya. Oleh itu, menantu juga perlu memahami perasaan
ibu mentua dan cuba untuk mengambil hati mentuanya dan bukan bermasam muka. Ibu mertua
yang cerewet juga merupakan antara penyebab ibu mertua tidak menyukai anak menantunya. Ini
dapat dijelaskan dengan ibu mertua yang terlalu mementingkan kesempurnaan akan
mengakibatkan pandangannya terhadap anak menantunya adalah terlalu tinggi. Sekiranya anak
menantu tidak mencapai standard yang dia tentukan maka secara tidak langsung dia tidak akan
menyukai menantunya.

6
Cara mengurus rumah tangga dan mendidik anak yang berbeza juga boleh menyebabkan
perbalahan antara ibu mertua dan anak menantu. Sebagai contoh, sekiranya menantu
mengamalkan kehidupan moden dan saling bekerja bersama dalam menguruskan rumahtangga,
manakala ibu mertua lebih kepada cara tradisional di mana tugas seorang isteri adalah mengurus
rumahtangga akan mengakibatkan ibu mertua tidak menyukai menantunya kerana menganggap
menantunya tidak menghormati anaknya dan membiarkan anaknya melakukan kerja-kerja yang
sepatutnya oleh sang isteri. Ini akhirnya membuatkan ibu mertua membenci anak menantunya
yang mana akan dinggap olehnya, si isteri membuli anaknya. Dalam isu ini, ibu mertua
merasakan bahawa anak menantunya seorang yang manja dan juga terlalu dimanjakan oleh
anaknya. Dia juga menganggap isteri anaknya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri
dan menyusahkan dirinya.

Sebab yang kurang popular kenapa ibu mertua tidak menyenangi menantu nya adalah kerana
menantu yang terlalu menginginkan dirinya diterima dalam keluarga mertua. Apabila terlalu
obses dengan matlamat ini, ibu mertua berkemungkinan akan melihat dari sisi yang lain akan
ketidaktulusn dalam menerima keluarga mertua. Dalam isu ini, biasanya berlaku dalam keluarga
yang kaya raya dan isteri hanya akan dianggap sebagai seorang yang berminat dengan kekayaan
sahaja.

7
5.0 KAITAN DENGAN PENYELESAIAN MASALAH

Setiap hari kita akan mengalami pelbagai masalah. Baik masalah tersebut kecil mahupun besar.
Oleh yang demikian, kita haruslah bijak dalam mengendalikan masalah dengan
menyelesaikannya dengan teratur. Masalah yang diselesaikan tergesa-gesa akan mengakibatkan
masalah selesai dalam jangkamasa yang pendek dan berkemungkinan akan membuatkan masalah
bertambah rumit. Terdapat enam langkah yang boleh diikuti dalam menyelesaikan masalah.
Langkah-langkah ini dipecahkan kepada langkah yang kecil agar kita boleh menyelesaikan
masalah dengan baik. Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku, masalah perlulah diteliti
dengan baik. Dalam kes ini, masalah utamanya adalah ibu mertua yang akan tinggal sebumbung
dan dikhuatiri akan berlaku percanggahan pendapat dan ketidakselesaan semasa tinggal bersama.
Menyenaraikan sebab mengapa ibu mertua tidak menyukai dan juga isu yang akan terjadi kepada
ahli keluarga yang lain. Isu-isu yang diperolehi adalah ibu mertua tidak menyukai menantu, ibu
mertua yang suka campur tangan, menantu tidak selesa, menantu berasa tidak diperlukan, berat
sebelah dan sering bertengkar.

Isu yang disenaraikan perlulah diperkecilkan skopnya dan membina satu matlamat bagi
menyelesaikan masalah. Dalam kes ini, matlamat yang boleh dibina adalah ingin hidup bersama
keluarga dengan harmoni tanpa melukakan hati sesiapapun. Bagi mencapai matlamat ini, isteri
perlulah melakukan pelbagai idea bagi memastikan matlamatnya tercapai. Matlamat yang
hendak dicapai adalah matlamat yang realisitik dan boleh dicapai. Dalam isu ini, matlamat isteri
adalah lebih kepada memenangi hati ibu mertuanya disamping melakukan sesuatu yang terbaik
untuk dirinya juga. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah sentiasa meluangkan masa untuk
berbual dengan ibu mertua meskipun ibu mertua tidak berminat namun kesungguhan yang
ditunjukkan sedikit sebanyak akan membuka hati ibu mertua untuk mengenali anak menantunya.
Sebelum memulakan aktiviti memenangi hati ibu mertua, perkara utama yang perlu dilakukan
ialah berdamai dengan diri sendiri dahulu dan juga memahami budaya hidup yang diamalkan
oleh ibu mertua sebelum ini. Dengan memahami budayanya, sedikit sebanyak akan membantu
dalam usaha mendekatinya. Sebagai contoh, sekiranya ibu mertua seorang yang sangat sukakan
bunga, belikan bunga untuknya dan sekiranya dia suka menonton drama, temankan dirinya
menonton drama waima hanya duduk disampingnya sahaja. Dan akhir sekali menilai idea yang

8
dilakukan samada ianya berkesan ataupun tidak. Sekiranya dirasakan kurang berkesan, nilai
kembali idea yang telah dibuat dan dilaksanakan.

Setiap keluarga mempunyai budayanya yang tersendiri, latar belakang yang berbeza dan
kebiasaan tersendiri. Sebagai seorang menantu adalah menjadi tanggungjawab untuk memahami
budaya dan juga kehidupan suami dan keluarganya. Sekiranya budaya itu tidak memudaratkan,
adalah lebih baik untuk menghormati cara hidup mereka. Setelah melalui enam langkah
penyelesaian secara teratur, maka penyelesaian yang dapat dibuat adalah sebagai serang isteri
dan menantu, perlulah memperbaiki hubungan dengan ibu mertua, meskipun ibu mertua tidak
menyenang isteri. Penerimaan akan perangai ataupun budaya ibu mertua adalah jalan yang
terbaik untuk menyelesaikan masalah. Penyelesaian ini diambil kerana ia merupakan satu
langkah yang akan mengelakkan daripada berlaku masalah lain. Menerima ibu mertua tinggal
bersama dan cuba memenangi hatinya adalah jalan yang terbaik. Ini kerana sekiranya, pilihan
untuk tidak membenarkan suami membawa ibu mertua tinggal bersama, maka permasalahan lain
akan timbul dan mungkin akan menjadi lebih rumit lagi.

Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan masalah ini, isteri perlu membenarkan suami
membawa ibunya untuk tinggal bersama dan dalam masa yang sama berusaha untuk
menjernihkan hubungan antara ibu mertua dan anak menantu dengan sentiasa melibatkan ibu
mertua dalam aktiviti seharian keluarga. Menantu juga sebaiknya tidak terlalu cepat tersentuh
hati dengan teguran mertua dan menjadikan teguran tersebut satu cara untuk mengenali ibu
mertua dengan lebih mendalam. Menganggap ibu mertua sama seperti ibu bapa sendiri
termasuklah dengan cara layanan dan percakapan merupakan antara langkah penyelesaian yang
dilakukan. Pendek kata segala sifat ibu mertua perlulah diterima dengan berlapang dada.

9
Berikut merupakan gambar rajah penyelesaian masalah menurut enam langkah penyelesaian
yang dilakukan oleh isteri.

Berdasarkan kepada gambar rajah dapat dilihat bahawa isteri memilih matlamat yang realisitik
dan tidak hanya mementingkan dirinya sahaja. Ianya juga memilih matlamat yang dapat
memenuhi keperluan semua pihak. Terdapat banyak idea yang akan tercetus semasa
menyelesaikan masalah ini, oleh yang demikian fikiran yang waras dan sentiasa menimbangtara
keputusan dan idea yang diambil adalah penting. Dalam menyelesaikan masalah, sikap
pentingkan diri sendiri adalah perlu dielakkan.

Bak kata peribahasa melayu, “bagai menarik rambut di dalam tepung” iaitu menyelesaikan
sesuatu masalah yang sulit hendaklah berhati-hati. Dalam isu ini, isteri mengambil langkah yang
sangat berhati-hati .dia perlu menjaga hati suaminya dan di samping itu tidak mengeruhkan lagi
hubungannya bersama mentua. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dapat dicapai
dengan bantuan alat penyelesaian masalah.

10
6.0 KESIMPULAN

Menentukan, merancang, melaksana dan menilai dalam penyelesaian masalah bukanlah sesuatu
perkara yang enteng. Ianya memerlukan alat yang sesuai untuk melaksanakannya.
Menyelesaikan masalah juga tidaklah serumit yang disangka. Dalam menyelesaikan masalah,
perkara utama yang perlu dilakukan dan wajib untuk difahami adalah memahami kehendak
masalah tersebut terlebih dahulu yakni memahami akan masalah tersebut. Setelah masalah yang
dihadapi, difahami dan dihadam maka menyelesaikannya menjadi satu perkara yang lebih
mudah. Apatah lagi jika ianya dibuat dengan bantuan alat penyelesaian masalah yang betul dan
tepat.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sekiranya permasalahan tidak difahami sepenuhnya maka
penyelesaian yang dibuat juga berkemungkinan akan menyebabkan masalah menjadi lebih rumit
dan sukar untuk diselesaikan. Setiap permasalahan yang berlaku adalah berbeza-beza mengikut
kefahaman individu, namun dengan penyelesaian masalah yang konsisten dan realistic dapat
menyelesaikannya dengan lebih baik dan tepat,

Penyelesaian masalah juga perlulah ada matlamatnya kerana tanpa matlamat berkemungkinan
masalah yang diselesaikan akan menjadi kurang tepat dan tidak mencapai tahap yang diinginkan
dan mungkin juga akan memudaratkan seseorang itu. Haruslah juga diingat bahawa jangan
terlalu taksub dengan menyelesaikan setiap masalah yang dikenalpasti dan jangan membiarkan
orang lain menetapkan matlamat yang anda tidak berupaya untuk melakukannya atau
mencapainya. Matlamat yang hendak dicapai perlulah dapat dilakukan sendiri dan mampu untuk
dicapai. Matlamat yang hendak dicapai perlulah realisitik.

Matlamat yang ditetapkan oleh isteri dalam isu ini adalah logik, realistik dan mampu untuk
dicapainya. Oleh yang demikian, dengan berpandukan dengan enam langkah penyelesaian, isteri
dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik. Jika dilihat secara am, matlamat yang ditetapkan
oleh isteri bukan sahaja berguna ataupun mendatangkan kebaikan kepada dirinya tetapi juga
memberikan impak yang positif kepada suami dan anak-anaknya. Sememangnya ini akan dapat
mewujudkan keluarga yang harmoni dan juga saling memahami. Ianya juga adalah keputusan
yang wajar, logik dan berisiko rendah malah ianya juga membawa lebih kebaikan dan
keuntungan kepada keluarga. Secara tidak langsung, anak-anak juga akan dapat mencontohi
sikap yang ditunjukkan oleh ibu mereka dan ini membentuk masyarakat yang prihatin.

11
2524 Patah Perkataan

7.0 RUJUKAN

Baituljannah (t.t). 8 sebab isteri tidak ngam dengan ibu mertua. Suami mesti ambil tahu.
Dicapai dari https://baituljannah.com/redaksi/500-8-sebab-isteri-tidak-ngam-dengan-ibu-mertua-
suami-mesti-ambil-tahu

Bedell, J.R & Lennox, S.S (1997), Handbook for Communication and problem Solving skills
training: A cognitive-behavioural approach (Ed Pertama). Kanada: John Wiley & Sons

Dr Haresh Kumar Kantilal dan Dr Anton Espira (Ogos 2017), Kemahiran Berfikir dan
Penyelesaian Masalah. Kuala Lumpur. Open University Malaysia

Harris, R, (1998). Introduction to problem solving. Dicapai daripada


http://www.virtualsalt.com/crebook3.htm

Kim ( 19.02.2019). Sebab apa ramai isteri payah ngam dengan mak mertua?. Dicapai dari
https://www.pesonapengantin.my/sebab-apa-ramai-isteri-payah-ngam-dengan-mak-mertua/

Mariam Abd Majid, Sahlawati Abu Bakar, Mohamad Yusuf Marlon, Nursyafiqa Bokhari
(7.08.2018). Faktor Konflik rumahtangga dan kaedah mengatasi : satu pendekatan tinjauan
literatur sistematik. Dicapai dari
http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/1PM-DR-MARIAM-IRMIC-18full-
paper.pdf
Mindtools.com (2010). Decision of making techniques. Dicapai daripada
http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TED.htm

Putri (27.06.2020). 5 Alasan mengapa ibu mertua kerap tak menyukai menantu wanita. Dicapai
dari https://www.idntimes.com/life/relationship/putri-rahayu-2/5-alasan-mengapa-ibu-mertua-
tak-menyukai-menantu-wanita-c1c2/5

12
BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN
Penularan virus COVID-19 memberikan satu kejutan di seluruh dunia. Masyarakat dunia
terkejut dan masih terpana dengan kehadiran virus yang berasal dari Wuhan, China. Virus ini
menular ke seluruh dunia dengan sangat pantas dan Malaysia juga tidak terkecuali. Virus
Covid-19 ini mula dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020. Penularn Covid-19 ini telah
mengakibatkan pihak kerajaan Malaysia membuat satu keputusan yang drastik demi
menghalang daripada penularan wabak in iaitu dengan melaksanakan perintah kawalan
pergerakan (PKP). Dengan pelaksanaan PKP, semua masyarakat disarankan untuk sentiasa
berada di rumah dan mengurangkan pergerakan. Malah hanya ketua keluarga sahaja yang
dibenarkan untuk berada di luar rumah untuk urusan kecemasan dan rasmi sahaja. Terdapat
pelbagai isu yang timbul semasa PKP dilaksanakan. Antaranya ialah isu keganasan rumah
tangga.
Malaysia telah menyaksikan lonjakan jumlah kes keganasan rumah tangga yang sangat tinggi
berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang dilaksanakan sejak 18 Mac
2020. Berdasarkan pada data yang dikutip daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan
Keluarga dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai pihak yang berwajib
menangani kes-kes keganasan rumahtangga. Talian kasih kementerian turut menyaksikan
peningkatan yang mendadak daripada wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah
tangga. Menurut Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff semasa dihubungi oleh New Strait Times,
isu keganasan rumah tangga meningkat secara drastik adalah disebabkan dengan kekangan
kewangan dan masalah perkahwinan itu sendiri. Apatah lagi semasa berlakunya pandemic
ini dan juga perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, ianya memicu kepada ketegangan
dan juga tekanan. Oleh itu ramai yang mengalami tekanan perasaan berikutan masalah
kewangan dan juga kehilangan pekerjaan. Lonjakan keganasan rumah tangga semasa
pandemic COVID-19 tidaklah sesuatu yang luar biasa di Malaysia. Keganasan rumah tangga
sering berlaku dan ianya merupakan salah satu permasalah rumah tangga yang agak sukar
dibendung. Namun, pandemic ini telah mencetuskan lagi masalah ini dan menjadi lebih teruk
dan semakin meningkat.
Melalui isu ini, pelajar akan mencari strategi yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah
yang berlaku dengan mengambil kira semua aspek . Dengan itu, pelajar akan menjadi lebih

13
bijak dalam menangani apa juga masalah yang bakal mereka hadapi kelak berdasarkan pada
strategi penyelesaian masalah yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, pemikiran secara
rasional dan bijak dalam membuat keputusan setelah menimbangtara isu dengan bantuan alat
penyelesaian masalah yang sesuai perlulah diterapkan dalam diri pelajar. Jenis alat
penyelesaian yang biasa digunakan dalam membantu penyelesaian masalah adalah seperti
gambarajah sebab dan kesan, carta alir, analisis SWOT, brainstorming, penanda aras dan
matriks keutamaan. Alat penyelesaian masalah ini merupakan alat yang amat berguna dan
penting dalam menyelesaikan masalah. Alat penyelesaian masalah akan membantu untuk
menyelesaikan isu yang kompleks dan rumit dan juga memudahkan penyelesaiannya. Jika
alat ini digunakan dengan betul, ianya akan membantu dalam menghuraikan permasalahan
yang rumit kepada lebih mudah untuk diselesaikan.

14
2.0 ISU
Keganasan rumah tangga bermaksud suatu perlakuan yang ganas terhadap pasangan yang
mana melibatkan baik penderaan secara fizikal, seksual, psikologi ataupun sosial. Tingkah
laku ini berlaku kerana wujud perasaan untuk mengawal pasangan ataupun ingin menyatakan
kuasa terhadap pasangan. Keganasan rumah tangga biasanya berlaku berulang-ulang dan
ianya menjadi suatu kebiasaan dalam rumah tangga tersebut. Jika dilihat dari kes-kes yang
dilaporkan, kebanyakan pendera adalah terdiri daripada golongan lelaki. Namun, terdapat
juga kes yang wanita adalah pendera. Kebelakangan ini, laporan keganasan rumah tangga
dalam media massa sering menghiasi dada- dada akhbar dan juga ada yang diviralkan di
talian internet melalui aplikasi Facebook, Instagram, Tweeter, Youtube dan sebagainya.
Menurut kajian yang telah dibuat pada tahun 2014 oleh Pusat Penyelidikan Wanita dan
Gender (KANITA) di Universiti Sains Malaysia, sembilan peratus daripada wanita yang
pernah berpasangan di Semenanjung Malaysia telah mengalami keganasan rumah tangga.
Apabila disebut mengenai keganasan rumah tangga, sering dibayangkan bahawa mangsa
keganasan adalah wanita kerana wanita dianggap sebagai seorang yang lemah dan tidak
mampu melawan kudrat seorang lelaki. Namun begitu, keganasan rumah tangga bukan
sahaja kes penderaan lelaki terhadap wanita tetapi juga berlaku penderaan wanita terhadap
lelaki, ianya tidak berakhir di sana sahaja tetapi juga merangkumi penderaan ibubapa
terhadap anak-anak dan penderaan anak-anak terhadap ibubapa mereka.
Saban tahun bilangan kes-kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kian meningkat dan
terdapat juga kes penderaan yang ngeri. Menurut bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, panggilan ke Talian Kasih
bertambah sebanyak 57 peratus sejak PKP. Mengapakah ianya semakin bertambah teruk?
Terdapat banyak kemungkinan ianya menjadi lebih teruk dan membimbangkan. Punca
keganasan ini berlaku boleh kita bahagikan kepada dua faktor iaitu faktor persekitaran dan
juga faktor individu itu sendiri.
Individu yang dibesarkan dalam suasana yang seringkali bergaduh atau sering disajikan
dengan keganasan di dalam rumah mempunyai potensi untuk melakukan keganasan. Ini
adalah kerana ianya telah menjadi biasa dengan keadaan tersebut dan bagi mereka ia
bukanlah menjadi suatu kesalahan yang serius kerana mereka juga pernah mengalaminya.
Individu yang tidak diajar untuk menghormati orang lain dan juga sering merasakan bahawa

15
mereka berkuasa juga memiliki kemungkinan untuk melakukan penderaan. Selain daripada
itu, mereka yang terjebak dengan najis dadah, mengambil alkohol secara berlebihan dan tidak
terkawal serta mempunyai kecelaruan personaliti mendorong kepada perlakuan mendera ini.
Bagi wanita yang dibesarkan dalam suasana penderaan turut menyumbang kepada kes
penderaan ini dimana mangsa beranggapan bahawa penderaan itu adalah sesuatu yang biasa
dalam rumah tangga dan sekaligus membiarkan dirinya didera. Ini mendorong kepada
pendera untuk melakukan kegiatannya itu tanpa rasa bersalah kerana mangsa seakan
merelakan dirinya didera tanpa mengambil apa-apa langkah untuk menghindarkan diri
daripada didera.
Berdasarkan kepada punca-punca berlakunya keganasan rumah tangga, adalah sesuatu yang
tidak mengejutkan berlakunya peningkatan kes keganasan rumah tangga sewaktu perintah
kawalan pergerakan kerana penderaan sentiasa ada bersama mangsa dan banyak
menghabiskan masa bersama. Ini akan memberikan peluang kepada konflik untuk berlaku.
Masalah kewangan yang semakin meruncing dan tidak menentu turut memberikan impak
kepada pelaku untuk bertindak lebih ganas kerana ianya menjadi lebih stress dan akhirnya
bertindak di luar kawalan bagi melampiaskan perasaan tertekannya. Selain daripada itu,
keadaan persekitaran rumah turut memainkan peranan dalam penyumbangan berlakunya kes
penderaan. Keadaan rumah yang sempit, tidak selesa dan tidak kondusif membuatkan pelaku
menjadi lebih tertekan, Tidak kita nafikan bahawa terdapat banyak punca yang mencetuskan
lagi berlakunya penderaan domestik ini. Apatah lagi apabila mangsa tidak dapat melarikan
diri daripada keadaan tersebut, tidak mendapat sokongan daripada orang lain dan juga tidak
mempunyai tempat untuk mengadu kerana kebanyakan perkhidmatan tidak beroperasi kerana
terikat dengan PKP. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila mangsa hanya bergantung
sepenuhnya kepada pelaku. Sekiranya ini berlaku, mangsa biasanya hanya akan mendiamkan
diri dan menerima apa juga yang dilakukan terhadap dirinya.

16
3.0 PENYELESAIAN MASALAH DENGAN ALAT PENYELESAIAN MASALAH

Menyelesaikan masalah merupakan satu proses mental yang dijalankan bagi mengatasi
permasalahan yang sedang berlaku. Tidak semua orang dapat menyelesaikan masalah dengan
cepat, malah ada yang tidak dapat memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalahnya.
Jadi tidak hairanlah jika terdapat kes bunuh diri kerana menghadapi masalah. Itu adalah
disebabkan kerana beliau tidak tahu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dan mengambil
jalan yang paling pendek iaitu menamatkan riwayatnya. Bagi menyelesaikan masalah yang
rumit, terdapat alat bantuan penyelesaian masalah yang boleh membantu. Alat penyelesaian
masalah ini adalah alat yang akan digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang
rumit agar menjadi lebih mudah. Alat ini akan membantu memudahkan individu untuk
memahami isu yang berlaku dan sekaligus membantu untuk menyelesaikan permasalahan yang
berlaku dengan bantuan alat penyelesaian. Kita tidak nafikan bahawa permasalahan sering
berlaku dan menjadi semakin rumit sekiranya tidak ditangani dengan segera. Kejayaan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu kepuasan hati yang mana akan memberikan
impak yang positif kepada diri kita.

Brainstorming adalah alat penyelesaian masalah yang paling biasa digunakan dan juga cara yang
paling biasa disalahgunakan – disalahgunakan kerana ia sering digunakan tanpa memudahkannya
dan juga tanpa disiplin yang betul. Percambahan fikiran memisahkan antara penciptaan idea
daripada penilaian idea. Ianya digunakan apabila kita ingin menjana seberapa banyak idea.
Melalui brainstorming ini, seseorang itu hendalah tahu apa fokus akan percambahan fikiran tadi
dan perlu berfikir di luar kotak. Semasa proses Brainstorming, perlu menyenaraikan idea yang
banyak. Setiap idea yang diberikan, ianya tidak perlu dinilai, didebat ataupun dipuji,. Objektif
proses ini adalah untuk menjana kuantiti idea yang besar, tidak semestinya yang berkualiti
tinggi.Disebalik proses, idea yang dijana, ada yang tidak baik dan lain-lain boleh menyelesaikan
masalah ini dengan mudah. Idea boleh memenuhi tujuan daripada langkah-langkah dalam
penyelesaian masalah, termasuk pemilihan masalah, definisi masalah, punca yang disyaki, atau
penyelesaian yang mungkin dan tindakan kepada masalah

Penanda aras ini adalah satu proses mengukur dan membanding dari segi dalaman organisasi
dengan organisasi yang lain yang mana mempunyai amalan yang terbaik dalam penyelesaian
masalah. Ia adalah satu teknik yang digunakan untuk menjana idea yang baharu melalui

17
penambahbaikan dengan cara menentukan, memahami dan mengadaptasi proses yang telah
terpilih. Carta alir merupakan satu satu bentuk gambarajah sistem yang mempamerkan langkah-
langkah penyelesaian sesuatu masalah yang mana ianya berkaitan antara satu sama yang lain.
Analisis SWOT iaitu Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Oppurtunities)
dan Ancaman (Treats). SWOT ini biasanya digunakan dalam konteks perniagaan kerana ianya
membolehkan organisasi mengenal pasti akan bidangnya dalam sesuatu pasaran. Dan akhir
sekali adalah matrik keutamaan.. Matriks Keutamaan adalah satu kaedah untuk menilai pelbagai
penyelesaian berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui. Alat ini digunakan apabila perlu
memilih salah satu pilihan di antara beberapa alternatif atau menyusun mengikut keutamaan.
Melalui alat ini, penjelasan kriteria yang digunakan dalam menilai pilihan apa bila membuat
keputusan dan pilihan penyelesaian yang terbaik dengan pilihan yang dipertimbangkan.

Alat penyelesaian seterusnya adalah gambar rajah sebab dan akibat. Gambarajah ini turut
dikenali sebagai gambar rajah tulang ikan kerana bentuknya yang menyerupai tulang ikan.
Gambar rajah ini meneroka sebab yang mungkin terdiri daripada beberapa dimensi yang mana
setiap dimensi akan menyumbang cara kepada kesan atau akibat. Gambar rajah ini digunakan
apabila kita ingin memahami kemungkinan sebab-sebab hasil yang lebih spesifik. Gambar rajah
Sebab Akibat akan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kerumitan masalah yang
cuba diselesaikan dan ia menunjukkan anda perkara untuk perubahan utama hasilnya.
Keputusannya boleh membantu menumpukan tenaga pasukan kepada kategori sebab yang utama
di samping membenarkan ia untuk membuat pelarasan atau peningkatan dalam banyak perkara.

Peningkatan kes keganasan rumah tangga semasa perintah kawalan pergerakan merupakan
sesuatu yang amat membimbangkan. Oleh yang demikian, penyelesaian masalah ini perlu
dilakukan dengan meneliti sebab dan akibat terjadinya isu tersebut. Sekiranya isu ini tidak
ditangani dengan baik, ianya akan memberikan impak yang tidak baik dan juga boleh
mengakibatkan kepada isu yang lebih besar. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, alat
penyelesaian yang akan digunakan bagi membantu menyelesaikan isu ini adalah dengan melalui
gambar rajah sebab akibat ataupun gambar rajah tulang ikan. Ini adalah kerana melalui gambar
rajah ini, ianya akan menyenaraikan penyebab dan akibat kepada isu tersebut dengan jelas.
Melalui rajah ini, sebab dan akibat kepada masalah akan disenaraikan dan ini akan membantu
untuk mencari jalan penyelesaiannya.

18
Rajah : Gambar rajah sebab akibat keganasan rumah tangga meningkat

Melalui gambar rajah yang kita lihat di atas, kita dapat melihat bahawa penyebab utama kepada
berlakunya keganasan rumah tangga adalah masalah sosial. Setelah diteliti satu persatu penyebab
kepada berlakunya isu keganasan rumah tanggadapat kita rumuskan bahawa masalah sosial yang
terdiri daripada pelbagai masalah kecil itu merupakan penyebab utama kepada keganasan rumah
tangga.

Seperti yang kita maklum, masalah sosial ini bukan sahaja menjurus kepada keganasan rumah
tangga akan tetapi juga mencetuskan isu lain. Tidak kita nafikan bahawa mudah cemburu
terhadap pasangan akan membuatkan perasaan marah dan sekaligus tidak dapat mengawal
sehingga kepada mendera. Ini kerana ianya diselubungi dengan perasaan memiliki kawan
ataupun sahabat yang suka membantu dan sentiasa berfikiran positif akan memberikan impak
yang baik dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga sekiranya memiliki kawan yang toksik
akan mengakibatkan kehidupan menjadi huru hara dan tidak menentu. Ada agama yang
mengharamkan alkohol untuk dikonsumi. Ini adalah kerana mengambil alkohol dalam kuantiti

19
yang banyak dan berlebihan akan mengakibatkan ketidakstabilan emosi, ini akan mengakibatkan
pelaku melakukan keganasan tanpa sedar dan juga terlalu mengikut perasaan.

Dadah adalah musuh utama negara. Oleh itu, pengambilan ataupun memiliki dadah merupakan
satu kesalahan yang amat serius. Pengambilan dadah akan menyebabkan seseorang itu menjadi
hayal dan akan melakukan tindakan luar sedar, malah sekiranya pengambilan dadah dilakukan
secara berterusan sehingga menjadi, ianya akan mengakibatkan mental individu tersebut tidak
stabil dan akan sentiasa melakukan sesuatu yang di luar sedar terutamanya keganasan. Seseorang
mangsa dera yang tidak memiliki tempat bergantung selain daripada pendera juga menambah
kepada keganasan berlaku. Ini kerana mangsa ini akan merelakan dirinya di dera kerana ia tidak
mempunyai sesiapa di dalam hidupnya. Ini memberikan satu peluang kepada pendera untuk terus
menderanya.

Melalui gambar rajah sebab akibat yang ditunjukkan, dapat dijelaskan bahawa keganasan rumah
tangga bukan sahaja berlaku semasa PKP sahaja tetapi ianya sentiasa berlaku di kalangan
masyarakat kita kerana masalah sosial yang berlaku yang tidak dibendung. Oleh itu,
pembendungan masalah sosial perlu dilaksanakan bagi memastikan kes-kes keganasan
berkurangan.

20
4.0 HURAIAN PENYELESAIAN MASALAH
Keganasan rumah tangga bukan sahaja berlaku di Malaysia akan tetapi ianya merupakan satu
masalah global yang mana ianya berlaku di seluruh dunia. Seperti mana yang kita ketahui,
keganasan rumah tangga ini berlaku disebabkan dengan masalah sosial yang berlaku di
dalam masyarakat. Menangani masalah ini bukanlah masalah individu akan tetapi ianya
adalah peranan semua pihak. Bagi mengatasi masalah-masalah sosial yang berlaku, semua
pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam membendung masalah sosial
daripada berlaku. Bagi pasangan yang menghadapi masalah perkahwinan hendaklah
mendapatkan khidmat kaunseling daripada pihak yang berwajib. Ini adalah bagi memastikan
keluarga sentiasa bebas daripada masalah sosial. Masalah perkahwinan yang berlaku dalam
keluarga akan mengakibatkan lebih banyak masalah sosial yang lain.
Mengendalikan keganasan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah, keengganan
mangsa untuk menceritakan pengalamannya membuatkannya lebih sukar untuk dikendalikan.
Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dengan melakukan usaha
yang serius dalam membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. Beberapa persatuan
wanita juga telah menawarkan bantuan kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan
membuka talian-talian yang boleh dihubungi sekiranya perlu.
Selain daripada itu, pihak yang berwajib perlu sentiasa memberikan kaunseling secara
terbuka kepada masyarakat dan menggunakan media massa bagi memberitahu kepada
masyarakat akan hak mereka sebagai manusia sekiranya dibuli.
Sekolah-sekolah juga memainkan peranan dalam mendidik pelajar agar sentiasa berhati-hati
dalam memilih sahabat dan tidak terjebak dalam kancah dadah. Selain daripada itu, pihak
sekolah perlu memberikan pendidikan sahsiah dan moral yang mencukupi di sekolah agar
pelajar dapat menyediakan diri ke dunia luar dengan lebih berhemah dan tidak terlibat
dengan masalah ketagihan dadah. Sekolah juga boleh menerapkan budaya prihatin terhadap
sesama.
Sekiranya keganasan telah berlaku terhadap mangsa, hebahan mengenai langkah-langkah
selamat jika tinggal bersama pendera perlu dilakukan. Antara langkah yang boleh diambil
adalah mengenalpasti tempat yang selamat dan tiada senjata dan mempunyai jalan keluar.
Biasakan diri untuk tidak lari ke tempat anak kerana pasangan boleh mencederakan anak

21
tersebut juga. Sentiasa mengajar anak untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan bantuan.
Tips seperti ini dapat membantu dan perlu sentiasa dihebahkan di media sosial dalam
pelbagai Bahasa.
Bagi masyarakat yang tidak mengalamai akan masalah keganasan ini, biasanya tidak faham
dengan hubungkait antara pendera dan mangsa. Ianya bukanlah suatu kemarahan atau stress
semata-mata, ianya adalah satu penyakit atau perbuatan yang menjadi kebiasaan. Oleh yang
demkian, seluruh masyarakat perlu tahu bahawa keseriusan keganasan rumah tangga dan
juga penderaan kanak-kanak merupakan sesuatu yang perlu diakui. Maka, penyelesaian
kepada isu ini perlu bermula dari akar umbi dan perlu diterapkan dari sedari kanak-kanak dan
ianya perlu merangkumi seluruh masyarakat.

22
5.0 KESIMPULAN
Kemahiran dalam menyelesaikan masalah dengan bijak tidak dimiliki oleh semua orang.
Oleh yang demikian, seseorang perlu mempelajari dan mengetahui bagaimana menyelesaikan
masalah dengan bijak. Berada dalam era digital, terlalu banyak masalah dan isu yang
dihadapi setiap hari. Sekiranya kita tidak mengetahui cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah tersebut, kita akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit bahkan boleh
mengakibatkan kemurungan dan stress.
Keganasan rumah tangga bukanlah satu isu yang baharu. Ianya telah berlaku sejak berzaman.
Keganasan rumah tangga seringkali berlaku dalam keluarga yang berpecah belah ataupun
yang mempunyai masalah dalaman. Banyak penyebab kepada isu keganasan ini, namun
ianya lebih banyak menjurus kepada diri sendiri iaitu faktor individu. Seseorang yang
mengalami kecelaruan mental ataupun tertekan seringkali terlibat dengan kes keganasan ini.
Di Malaysia, sering kita disajikan dengan isu keganasan yang berlaku kerana cemburu.
Perasaan cemburu berlaku kerana ketidakstabilan emosi dan juga tidak mengetahui cara
untuk mengawal emosi. Selain daripada itu, kes ini juga sering berulang kerana mangsa dera
tidak melaporkan kes tersebut kerana tidak mengetahui cara untuk melaporkan dan juga takut
akan kehilangan tempat bergantung sekiranya pelaku di tangkap.
Bagi mengatasi masalah keganasan ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-
masing dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak terjerumus dalam kancah
sosial yang tidak baik seperti penagihan dadah. Selain itu, sekiranya berlaku keganasan di
rumah, mangsa perlu tahu akan cara untuk menyelamatkan diri dengan melaporkan kes
kepada pihak berwajib dengan segera. Pihak kerajaan perlu menghebahkan akan langkah-
langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan daripada berlakunya keganasan dalam rumah tangga,
masyarakat perlu menghindari daripada berlakunya konflik dalam rumah tangga. Seisi
keluarga perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat bersama agar tidak berlaku sebarang
aktiviti yang tidak bermoral.
Alat penyelesaian masalah gambar rajah kesan dan sebab memberikan gambaran yang jelas
dan memudahkan untuk mencari sebab kepada masalah ini. Ianya adalah suatu teknik yang
mana menggabungkan brainstorming dan juga mind mapping dalam satu gambar rajah. Alat
ini membantu dalam memudahkan permasalahan yang kompleks dan rumit.

23
Oleh yang demikian, pihak kerajaan, pihak berwajibm sekolah dan juga ibubapa itu sendiri
perlu memainkan peranan agar permasalahan dapat diatasi. Peranan daripada semua pihak
amat penting agar permasalahan ini dapat diatasi dengan baik dan pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan seperti biasa. Penyelesaian masalah juga perlu diteliti dengan
lebih baik dan menurut pada strategi dan juga menggunakan alat bantu penyelesaian masalah
agar dapat memudahkan penyelesaian masalah terutamanya masalah yang kompleks dan
rumit.

2862 Patah Perkataan

24
6.0 REFLEKSI DIRI
Belajar sambil bekerja merupakan satu keputusan yang memerlukan pengorbanan. Sebagai
seorang ibu, pekerja dan juga pelajar separuh masa di OUM, saya mendapati ada kalanya
saya menghadapi masalah yang sukar untuk saya selesaikan. Oleh itu, semasa saya
mempelajari subjek ini, saya menyedari bahawa saya seringkali melakukan kesilapan dalam
membuat penyelesaian masalah. Saya acap kali membiarkan masalah berlalu dengan
sendirinya dan biasanya saya akan mengabaikan masalah tersebut dan membiarkan masalah
itu tidak selesai. Saya juga suka mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah
sehinggalah kadang-kadang saya terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam suatu masa
kerana masalah yang sebelumnya tidak diselesaikan. Kadangkala, masalah yang mudah cara
penyelesaiannya menjadi lebih rumit kerana ketiadaan kemahiran dalam menyelesaikan
masalah.
Semasa saya mempelajari subjek ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat beberapa
strategi penyelesaian masalah yang berkesan. Dengan memiliki kemahiran menyelesaikan
masalah, saya berharap dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Kemahiran
menyelesaikan masalah amat penting bagi saya yang bergelar pelajar agar tidak dibelenggu
masalah dan akhirnya tertekan dengan permasalahan yang tidak diselesaikan.
Oleh itu, saya dapat merasakan bahawa diri saya amat bertuah kerana mempelajari subjek ini
dan ini akan membantu saya dalam meneruskan pengajian saya sambil bekerja. Tidak
dinafikan masalah sering berlaku dalam kehidupan, namun dengan adanya kemahiran yang
dipelajari, saya berharap saya akan dapat menggunakannya dengan baik dan mampu untuk
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dan juga dapat berfikir dengan baik dan
rasional.

25
7.0 RUJUKAN

Bedell, J.R & Lennox, S.S (1997), Handbook for Communication and problem Solving skills
training: A cognitive-behavioural approach (Ed Pertama). Kanada: John Wiley & Sons

DeBono, E.(1992). Serious Creativity.New York, NY: Harper Business

Dr Haresh Kumar Kantilal dan Dr Anton Espira (Ogos 2017), Kemahiran Berfikir dan
Penyelesaian Masalah. Kuala Lumpur. Open University Malaysia

Faris Danial Razi ( 22.04.2020). Tiada ilmu urus konflik, punca kes keganasan rumah tangga- perunding.
Dicapai daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-ilmu-urus-konflik-punca-kes-
keganasan-rumah-tangga-perunding-239512

Harris, R. (1998). Introduction to problem solving. Dicapai daripada


http://www.virtusalsalt.com/crebook3.htm

MindTools.Com (2010). Problem Solving techniques. Dicapai daripada


http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TMC.htm

My Government (18.8.2020). Mengurus institusi keluarga. Dicapai daripada


https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30338?language=my

Nabilah Fikri Binti Sapari (18.11.2008). Punca-punca keganasan Rumah tangga dan langkah-langkah
mengatasinya. Dicapai daripada http://perbayudss.blogspot.com/2008/11/punca-punca-keganasan-
rumah-tangga-dan.html

Prema Devaraj ( 18 April 2020). Menangani keganasan rumah tangga dalam waktu COVID-19.
Dicapai daripada https://aliran.com/thinking-allowed-online/menangani-keganasan-rumah-tangga-
dalam-waktu-covid-19/

Rosana Chio (t.t) Sebab-sebab keganasan rumah tangga dan cara untuk melaporkannya.
Dicapai daripada https://my.theasianparent.com/keganasan-rumah-tangga

26
27

Anda mungkin juga menyukai