Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES

(ISLAMIC MANAGEMENT) WITH HONOURS

SEMESTER MEI 2021

SBFS1103

THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/


KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NO. MATRIKULASI : 961106295103001


NO. KAD PENGENALAN : 961106-29-5103
NO. TELEFON : 011-31370152
E-MEL : adibwafiy@oum.edu.my
NAMA TUTOR : SIR INDRAN A/L SUBRUMANIAN

PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG LEARNING CENTRE


TUGASAN 1 ( EMEL DARI SAHABAT) MUKA
SURAT
1. Pengenalan 1-2
1.1 Latar Belakang Tugasan
1.2 Objektif Tugasan
2. Kenal Pasti dan Analisi Masalah / Isu 4-5
3. Analisa Menerima / Menolak Dakwaan (Strategi Penyelesaian 6-9
Masalah)
4. Aplikasi Penyelesaian Masalah 10 - 14
5. Kesimpulan 15
Rujukan 16

TUGASAN 2 (MASALAH PERIBADI)


1. Pengenalan 17 - 22
2. Cadangan Untuk Meningkatkan Pengurusan Stres 22 - 24
3. Kesimpulan 24 - 25
Rujukan 26

PENGHARGAAN

2
TUGASAN 1

1. Pengenalan

Setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT akan diberikan keistimewaan dan nikmat
untuk berfikir. Sepanjang menjalani kehidupan di dunia, kita tidak akan lari daripada
berfikir, sama ada berfikir ke arah penyelesaian masalah, menjana idea atau sebagainya.
Tanpa adanya keistimewaan ini, manusia tidak akan dapat membuat keputusan. Menurut
Lopez (1997) telah mentakrifkan sebagai keputusan adalah penghakiman, resolusi akhir
kepada konflik keperluan, cara atau matlamat dan komitmen untuk tindakan yang dibuat
dalam menghadapi pelbagai kekeliruan, kerumitan dan tidak rasional. Ketika membuat
keputusan, persekitaran seperti kepastian, ketidakpastian dan risiko juga akan
mempengaruhi keputusan tersebut. Keputusan boleh di buat secara individu ataupun
secara berkumpulan melalui kaedah Teknik Percambahan Fikiran, Teknik Delphi dan
Teknik Kumpulan Nominal. Selalunya individu akan membuat keputusan dalam
keadaan rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Menurut kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (kamus pelajar edisi kedua), masalah sinonim dengan kesulitan,
kerumitan, kesukaran persoalan, isu, dan hal. Penyelesaian boleh didefinisikan sebagai
sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan ketidakpastian, ketidaktentuan, atau
kesukaran (Dictionary.com Unabridged).

Selain itu, menurut pandangan Clarke & Gillet (1997), masalah boleh didefinisikan
sebagai halangan ataupun rintangan yang boleh menghalang individu daripada mencapai
matlamat yang dingini. Dalam erti kata lain, jika kita mempunyai matlamat tetapi kita
tidak mempunyai solusi untuk mencapai matlmat tersebut maka dikatakan kita dalam
kategori yang mempunyai masalah. Selain itu, menurut Cohen & Stemmer (2007),
menyelesaikan masalah bermaksud kita memutuskan tindakan yang akan mengubah
situasi yang lebih baik. Jika seseorang itu berhadapan dengan rintangan maka secara
automatik individu tersebut akan menggunakan penyelesaian masalah yang memerlukan
beliau untuk berfikir dan berkebolehan untuk membuat keputusan. Selain itu, jika
seseorang individu mempunyai masalah, mereka hendaklah mengenal pasti masalah-
masalah yang timbul agar mereka dapat menyediakan solusi terhadap masalah tersebut.
Seterusnya, mengatur langkah ataupun mempunyai strategi yang tersendiri mahupun

1
strategi yang dikemukakan oleh ahli-ahli yang pakar dalam penyelesaian masalah boleh
diguna pakai dalam menyelesaikan masalah.

1.1 Latar Belakang Tugasan


Tugasan saya kali ini adalah untuk menulis laporan berdasarkan satu kes kajian
iaitu saya membuka e-mel dan mendapati satu desakan permintaan daripada rakan
yang sudah lama tidak bercakap dengan saya. Dalam e-mel tersebut, rakan saya
mengatakan bahawa dia sedang bercuti di Zimbabwe, Afrika dan menghadapi
masalah undang-undang. Pihak berkuasa di Zimbabwe menahannya sebagai
tahanan, dan jika dia tidak dapat mendapatkan wang untuk membayar jaminan,
dia berisiko dipenjarakan seumur hidup. Dia meminta saya untuk membantu
dengan mengirimkan wang ke akaun seseorang tertentu di Switzerland.

1.2 Objektif Tugasan


Berdasarkan situasi kes kejadian ini, saya perlu mengaplikasikan kemahiran
berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah ini dan untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya sama ada saya perlu menerima atau menolak dakwaan
mereka. Saya juga akan mengaitkan langkah penyelesaian masalah berdasarkan
penyelesaian yang digunakan oleh Hayes (1981) dan saya akan terangkan strategi
penyelesaian masalah yang saya guna pakai untuk menyelesaikan masalah.

2
2. Kenal Pasti Dan Analisa Masalah / Isu
Perkara yang paling penting sebelum melakukan sesuatu kajian tindakan dilakukan
adalah mengenalpasti masalah atau isu tersebut. Perkara ini penting bagi menentukan
fokus dan hala tuju kajian kerana ia dapat membantu pengkaji membuat perancangan dan
keputusan dengan lebih baik. Terdapat tiga masalah atau isu yang ada dalam kajian kes
ini iaitu masalah peribadi, masalah kebocoran maklumat syarikat dan masalah
ketidaktepatan maklumat terkini.

2.1 Masalah Peribadi


Berdasarkan kes kejadian yang diberikan, saya adalah watak yang akan membantu
rakan lama yang berada dalam tahanan pihak berkuasa di Zimbabwe. Dalam situasi
ini, telah ada satu masalah yang dihadapi oleh saya iaitu masalah peribadi. Menjadi
perantara di dalam situasi ini sedikit sebanyak menjejaskan saya dari segi masa.
Rakan lama saya meminta bantuan saya untuk mengirimkan wang kepada seorang
rakan beliau yang berada di Switzerland. Dalam waktu yang sedikit, saya terpaksa
menguruskan wang dan segera mengirimnya ke Switzerland. Pelbagai liku-liku dan
cabaran yang terpaksa dilalui oleh saya semasa menguruskan bantuan wang untuk
rakan lama saya. Keadaan bertambah lebih celaru apabila rakan – rakan yang
lainmenasihatkan saya supaya tidak mengambil tahu sebarang masalah yang tiada
kaitan dengan hidup kita. Mereka mengatakan bahawa ada kemungkinan besar rakan
lama saya adalah seorang penjenayah sosial (scammer). Jikalau betul andaian mereka,
maka saya akan kerugian wang ringgit dengan jumlah yang besar. Namun, saya tiada
waktu untuk duduk dan terfikir akan kesahihan masalah in dengan tenang dan
rasional. Tekanan perasaan atau kemurungan juga akan terjadi sekirannya masalah
peribadi ini tidak dikawal dan dibendung.

2.2 Masalah Ketidakpastian Maklumat Rakan


Masalah ketidakpastian maklumat rakan saya ini tersebar apabila saya memberitahu
seorang rakan lama yang turut mengenali rakan yang di Zimbabwe berkaitan emel
yang saya terima. Perkara ini telah menjejaskan idea dan jalan fikiran saya untuk
membantu rakan lama tersebut. Terdapat dua masalah akan muncul iaitu, samada

3
saya mampu menguruskan sejumlah wang untuk dibayar kepada pegawai berkuasa di
Zimbabwe. Masalah kedua adalah, jika pekara ini adalah palsu ia akan menjejaskan
kepercayaan saya terhadap rakan – rakan lama saya sekali gus menghancurkan
kehormatan diri mereka di mata saya.
Keadaan ini dapat dilihat apabila saya memberitahu rakan – rakan yang lain untuk
mengutip bantuan di antara mereka dengan alasan untuk membantu rakan di
Zimbabwe. Bila perkara ini tersebar, ia sangat membimbangkan saya kerana saya
takut dan risau jika pihak berkuasa di Malaysia pula yang mengesyaki saya
mempunyai hubungan dengan penjenayah di luar negara. Perkara ini turut
menjejaskan prestasi pekerjaan saya kerana saya terlalu memikirkan apa yang patut
saya lakukan jika hal ini adalah benar.

3. Analisa Menerima / Menolak Dakwaan (Strategi Penyelesaian Masalah)


Terdapat beberapa strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh inividu yang
terlibat. Strategi membantu seseorang untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dan
secara tidak langsung mengurangkan beban yang ditanggung ketika mengahadapi
masalah. Bagi situasi yang dihadapi seperti dalam petikan sama ada saya perlu
mempertimbangkan untuk menerima atau menolak sebab-sebab dan dakwaan yang
diberikan oleh rakan-rakan lama, saya harus mengaplikasikan satu strategi yang
membantu saya membuat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Analisis menentukan
matlamat akhir atau dikenali sebagai “Means-end” ialah satu strategi atau pendekatan
untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan atau strategi ini lebih fleksibel dan sesuai bagi
pelbagai jenis penyelesaian masalah.
Menurut Newel dan Simon (1972) telah menjelaskan bahwa pendekatan atau strategi ini
dengan teliti dan menguunakannya dengan meluas dalam pembinaan program
penyelesaian masalah berkomputer. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu
apabila menggunakan strategi ini merupakan menentukan matlamat diikuti dengan
senarai menyulurh perbezaan antara keadaan matlamat dengan keadaan asal. Jika dilihat
pada keadaan atau situasi dalam petikan tersebut, saya merupakan orang yang dihubungi
oleh rakan lama untuk memohon bantuan wang. Rakan saya memberitahu bahawa dia
telah ditahan di sebuah negara asing dan memerlukan bantuan wang dengan kadar segera.

4
Seorang dari latar belakang yang biasa pasti akan merasa sukar untuk mengumpulkan
wang yang banyak dengan kadar masa terhad.
Oleh itu, saya hendaklah bekerja keras dalam melakar strategi untuk membantu rakan
lama saya di Zimbabwe agar rakan saya selamat pulang ke tanah air semula. Keadaan
asal yang dihadapi oleh saya ialah terpaksa berhadapan dengan kata – kata negatif rakan
– rakan yang lain dimana mereka menyatakan bahawa rakan lama saya mungkin
berbohong atau berdusta. Keadaan asal ini secara tidak langsung memberikan
kebimbangan kepada saya kerana dapat menjejaskan matlamat yang ada. Selain itu,
individu yang menggunakan strategi analisis menentukan matlamat akhir ini hendaklah
menentukan satu prosedur untuk mengurangkan perbezaan antara keadaan asal dan
keadaan matlamat.
Terdapat dua tindakan utama yang boleh diambil bagi mengurangkan jarak di antara
keadaan asal dan keadaan matlamat iaitu dengan mengambil langkah yang akan
menyebabkan keadaan asal menyerupai keadaan matlamat. Selain itu, tindakan
mengundur iaitu individu akan membawa matlamat dekat dengan keadaan asal. Dalam
situasi dan masalah yang dihadapi oleh saya, sepertinya saya perlu menggunakan
tindakan Perantaian Kedepan (Forward Chaining). Dalam strategi ini, individu terlibat
perlu mendapatkan inferens atau maklumat yang tepat agar matlamat dapat dicapai
dengan baik. Strategi ini hanya boleh diguna oleh individu yang mempunyai pemahaman
yang cukup dan menyeluruh tentang masalah, supaya boleh membentuk perwakilan
konkrit yang tepat daripada penyataan masalah tersebut (Simon & Simon, 1978).
Kegawatan ekonomi semenjak waktu pandemik tidak memustahilkan setiap langkah saya
menemui kebuntuan. Hal-hal tersebut boleh dikategorikan sebagai punca utama saya
berdepan dengan masalah dari pelbagai bentuk. Selain itu, meskipun rakan – rakan saya
membuat andaian bahawa rakan lama saya berbohong atau cuba memperdayakan saya,
namun mereka tidak mempunyai sebarang bukti untuk sabitkan rakan lama saya berdusta.
Berdasarkan situasi yang saya hadapi, saya tidak pasti jika maklumat mengenai rakan
lama saya dan isu beliau ditahan di Zimbabwe dalam masa terdekat adalah betul atau
tidak. Saya seharusnya mencari maklumat yang tepat mengenai perkara ini dengan
berjumpa pihak atasan yang lebih mengetahui perkara sebenar agar keputusan yang bakal
saya ambil tidak merugikan saya.

5
Seterusnya terdapat lagi satu strategi yang merupakan membantu dalam penyelesaian
masalah iaitu strategi heuristik. Strategi heuristik ini lebih kepada penyelesaian masalah
secara singkat iaitu dengan cara tekaan yang dirasakan paling tepat dan rasional. Menurut
Mahmood Nazar Mohamed (2004) ia biasanya dilakukan dengan berpandukan
pengetahuan dan penagalaman lalu. Pendekatan strategi heuristik ini membantu untuk
menyempitkan lagi alternatif penyelesaian agar mendapatkan hanya satu penyelesaian
yang terbaik. Contohnya seperti situasi atau masalah yang terjadi iaitu saya mendengar
nasihat yang negative dari rakan – rakan yang lain tentang jenayah social melibatkan
wang ringgit atau lebih dikenali dengan nama (scammer), maka terdapat beberapa
alternatif yang boleh diambil iaitu dengan mengkaji sama ada berita berkaitan rakan lama
saya itu benar ataupun tidak, saya boleh bertanya kepada pihak atau pegawai yang lebih
arif tentang kes – kes jenayah di luar negara. Dalam situasi ini kita dikatakan
menggunakan strategi heuristik apabila kita hanya memilih salah satu sahaja daripada
alternatif penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah kebimbangan setelah mendengar
dakwaan yang disampaikan oleh rakan-rakan lain.

6
4. Kesimpulan
Secara ringkasnya dapat dijelaskan bahwa penyelesaian masalah merupakan satu proses
yang sangat penting kepada manusia agar beban yang dirasakan ketika menghadapi
masalah dapat dibendung dengan menggunakan alat atau strategi yang bersesuaian.
Setiap hari semua individu mempunyai masalah dan sering berhadapan dengan pelbagai
bentuk masalah tidak kira sama ada susah atau pun senang. Bagi mengatasi masalah-
masalah tersebut kita memerlukan strategi-strategi tertentu bagi tujuan memudahkan
setiap individu untuk menyelesaikannya. Dari sudut psikologi seperti Hayes dan pelbagai
ahli psikologi lagi menyediakan strategi kepada penyelesaian masalah kerana strategi-
strategi ini berguna kepada individu dan merupakan medium yang terbaik kepada
manusia dalam menghadapi cabaran dan halangan dalam usaha kita mencapai matlamat
hidup.
Setiap ahli psikologi mempunyai strategi penyelesaian masalah dan pandangan yang
berbeza tentang penyelesaian masalah. Dalam menjalankan langkah penyelesaian
masalah yang dihadapi terdapat beberapa strategi yang boleh diambil sebagai teknik
penyelesaian yang lebih berkesan bergantung kepada situasi dan keadaan masalah yang
dihadapi. Salah satu strategi yang diberi tumpuan dalam perbincangan ini ialah strategi
Perantaian Kedepan iaitu dengan mengumpulkan segala maklumat atau cadangan
dengan tepat dan padat. Dalam situasi ini, saya juga ada menggunakan Strategi
Heuristik apabila pendekatan strategi heuristik ini membantu untuk menyempitkan lagi
alternatif penyelesaian agar mendapatkan hanya satu penyelesaian yang terbaik.

7
5. Rujukan

 Clarke, V., & Gillet, S. (1997). Psychology for VCE. (2nd ed). Melbourne:
Nelson ITP.

 Mahmood Nazar Mohamed. (2004). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas


kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

 Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2003). Psikologi. (2nded). Universiti


Putra Malaysia, Shah Alam: Mc Graw-Hill.

 Compton, B.R., Galaway, B., & Cournoyer, B. R. (2005). Social Work Processes
(7th Edition). California: Brooks/Cole Publishing.

 Cohen, H., & Stemmer, B. (2007). Consciousness and Cognition: Fragments of


Mind and Brain. United States: Elsevier.

 Bella, A. (November 18, 2020). Fakta dan Opini. Retrieved November 27, 2020,
from https://pakdosen.pengajar.co.id/fakta-dan-opini/

 Editor, Stud. (Sept 2, 2019). PENGERTIAN DAN 4 LANGKAH DASAR


PROSES PEMECAHAN MASALAH. Retrieved November 27, 2020, from
https://online.studilmu.com/blogs/details/pengertian-dan-4-langkah-dasar-
prosespemecahan-masalah

8
TUGASAN 2

1. Pengenalan

Tempat Kerja /
Pejabat

Masalah
Sekolah/ Kolej Kewangansalah
Kewangan

Punca -
punca
Stres
Menganggur /
Diberhentikan Berpenyakit
Kerja

Kematian
seseorang yang
rapat

Setiap manusia tidak terlepas daripada masalah dalam hidup samada dari aspek
peribadi atau tempat awam seperti, tempat kerja kita, restoran, atau di pusat beli –
belah. Saya juga ada masalah saya tersendiri. Mahupun, peribadi dan juga bukan.
Namun, semuanya terpulang kepada diri sendiri bagaiman cara kita mengatasinya
dengan tidak menjejaskan sebarang perhubungan dengan orang lain.

Bagi saya, di masa ini, masalah yang saya hadapi atau tekanan perasaan atau stress.
Ini kerana saya gagal untuk mendisiplinkan diri saya semasa bekerja dari rumah
(WFH) sepanjang musim PKP dimana negara kita sedang berjuang menentang
pandemik COVID – 19. Objektif saya sepanjang melengkapkan tugasan ini adalah
ingin mengetahui cara – cara untuk mengawal stress saya dan dalam masa yang sama,

9
membantu rakan – rakan di luar sana yang gagal mengawal perasaan amarah
disebabkan stress yang berlebihan.

2. Kenal Pasti & Analisa Masalah


Dalam kehidupan saya juga ada banyak masalah yang saya hadapi hampir setiap hari,
setiap saat. Namun, kita haruslah bijak mengawalnya supaya minda kitatidak dikawal
oleh perasaan tersebut lantas akan merosakkan segala perhubungan silaturrahim kita.
Seluruh negara tahu, bahawa Malaysia masih didalam pelaksaan PKP dan kami tidak
dibenarkan bekerja di pejabat. Saya diberikan tugasan untuk bekerja dari rumah
(WFH) sahaja.
Tetapi, bekerja dari rumah ini tidaklah seindah atau sehebat yang kita impikan. Jika
dahulu, bangun pagi sahaja terus bersiap untuk ke pejabat, sekarang bangun pagi
hanya mampu menarik nafas dan berdoa supaya hari ini berlalu tanpa sebarang
masalah. Pastinya anda semua tertanya apakah masalah saya ini?
Disebabkan pandemik ini, saya tidak dapat melakukan aktiviti beriadah saya bersama
anak – anak saya dimana saya melepaskan segala perasaan marah, sedih, benci
melalui sukan bersama keluarga. Tambahan pula, saya tidak dapat menjelaskan
bayaran hutang – hutang saya kerana gaji saya telah dipotong beberapa persen. Gaji
yang dahulunya sudah sangat cukup untuk kami sekeluarga, sekarang tidak mampu
menampung perbelanjaan keluarga untuk setiap bulan.
Saya juga merupakan pelajar separuh masa di Open Universiti Malaysia. Sepanjang
waktu pandemik, kelas saya dijalankan secara atas talian (online). Saya merasa susah
untuk belajar secara online kerana sebarang pertanyaan atau kemusykilan terhadap
topik, saya terpaksa mesej pensyarah saya satu per satu. Apabila tidak faham subjek,
menjadi sukar lagi untuk saya melengkapkan tugasan yang diberikan.

10
3. Aplikasi Alat Penyelesaian Masalah
Dalam menyelesaikan masalah ini, sy telah mengambil alat penyelesaian analisa
SWOT. Dengan mengasingkan segala kelemahan, ancaman, kekuatan dan peluang
akan membantu saya untuk mengatur strategi untuk menyelesaikan masalah.

Analisa Situasi
(Stress)

Analisa
Analisa Luaran
Dalaman

Kekuatan Kelemahan Peluang Ancaman

Pada pendapat saya, analisa SWOT semestinya dapat membantu saya untuk
menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Tambahan pula, analisa SWOT ini akan
memecahkan masalah menjadi kecil dan senang untuk dilihat. Apabila kita dapat
mengenalpasti masalah yang dihadapi, sudah pasti penyelesaian juga menjadi mudah.
Strategi saya adalah mencerakinkan masalah saya mengikut analisa seperti di atas.
Daripada analisa tersebut, saya akan menghuraikan beberapa penyelesaian yang saya
boleh lakukan untuk membendung masalah ini.

11
1. Kesimpulan

Kesimpulannya, pada pendapat saya, tekanan mesti ditangani dan diurus dengan baik
sehingga memberi manfaat kepada orang yang mengalami tekanan atau tekanan
sementara di persekitaran tempat kerja. Orang itu mesti tahu untuk melepaskan
ketegangan dan tekanan dengan betul dan berkesan semasa mencapai tujuan dan
objektifnya.

Dengan melengkapkan tugasan ini, saya juga dapat menambah ilmu tentang stress, cara
mengatasinya dan apakah keburukannya dari pelbagai aspek. pada awalnya saya juga
mengahdapi kesukaran untuk memilih alat penyelesaian masalah yang sesuai dengan
masalah saya, namun, akhirnya saya berjaya pelajari cara – cara menyelesaikan masalah
dengan mudah. Terdapat banyak kaedah penyelesaian masalah, namun kita haruslah bijak
memilih dan gunakan kaedah tersebut untuk menyelesaikan masalah kita.

12
2. Rujukan
 "Five Tips to Help Manage Stress". http://www.apa.org. N.p., 2017. Web. 14
Feb. 2017.
 Griffin, R. Morgan. "10 Health Problems Related to Stress That You Can
Fix". WebMD. N.p., 2017. Web. 5 Feb. 2017.
 J. legg, Timothy. "What Is Stress-Related Illness?". Healthline. N.p., 2017.
Web. 5 Feb. 2017.
 Jones, Chris. "7 Steps: Critical Thinking in The Workplace - Talentculture".
TalentCulture. N.p., 2011. Web. 8 Feb. 2017.
 Menon, Juliana. "Depression On the Rise as Malaysians Burn Out from
Stress, Expert Warns". Themalaymailonline.com. N.p., 2017. Web. 5 Mar.
2017.

13

Anda mungkin juga menyukai