Anda di halaman 1dari 13

BBEK1103

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

MEI 2013

BBEK1103

PRINCIPLES OF MICROECONOMICS / MICROECONOMICS 1

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

921001126593001 921001-12-6593 014-5698719 mohdsufikar@yahoo.com OUM TAWAU

BBEK1103

Isi kandungan

m/s

Pengenalan kepada jenis-jenis sistem ekonomi Sistem ekonomi pasaran bebas ciri sistem ekonomi pasaran bebas i. ii. iii. iv. v. peranan kerajaan terbatas individu berhak memiliki dan menggunakan harta persendirian individu menjaga kepentingan diri sendiri wujud persaingan bebas mekanisme harga menentukan peruntukan sumber ekonomi

Masalah asas dalam sistem ekonomi i. ii. iii. apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkan untuk siapa barang tersebut hendak dikeluarkan

Langkah mengatasi masalah sistem ekonomi pasaran bebas i. ii. iii. apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkan untuk siapa barang tersebut hendak dikeluarkan

Kesimpulan Rujukan

BBEK1103 PENGENALAN KEPADA JENIS JENIS SISTEM EKONOMI Bentuk sistem ekonomi di dunia sangat berbeza dari negara yang satu dengan negara yang lain. Sebelum membahas ke dalam macam-macam sistem ekonomi, lebih baiknya kita fahami apa yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi. Sistem ekonomi adalah satu set mekanisme dimana suatu negara mempunyai strategi untuk mengatur kehidupan ekonominya dalam rangka mencapai kemakmuran rakyatnya. Sistem ekonomi di pengaruhi dengan adanya faktor-faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor-faktor dalaman yang membezakan sistem ekonomi antara negara yang satu dengan yang lain, iaitu falsafah dan ideologi negara, sistem politik, sistem pemerintahan, dan lembaga-lembaga sosial, ekonomi, dan budaya masyarakat. Lalu, faktor-faktor luaran yang mempengaruhi sistem ekonomi di suatu negara, yaitu sistem ekonomi yang dianut oleh negara tersebut, sosial budaya luar negeri, dan politik dunia antarabangsa. Setiap negara di dunia ini mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza beza antaranya Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumbersumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini. Sistem Ekonomi Sosialis, Sistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar mengendalikan dan memiliki perniagaan3

BBEK1103 perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika. Sistem Ekonomi Komunis, Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasar pasaran bebas. Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. Rakyat dan swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara asta kehendak rakyatnya sendiri. Sistem Ekonomi Campuran, Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran. Ekonomi Islam, Kegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutan terhadap ekonomi di dalam Islam adalah penting kerana Islam satu cara hidup yang menyatupadukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohaniah manusia. Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w. Daripada sumber-sumber ini, ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsip sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama dirumuskan seperti Konsep Pemilik Di benar Dan Khalifah, Integrasi Antara Nilai-Nilai Akhlak Dan Kegiatan
4

BBEK1103 Ekonomi, Sikap Positif Terhadap Aktiviti Dan Pembangunan Ekonomi, Agihan Semula Kekayaan dan Perkongsian Untung (Dan Rugi). Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi islam ialah seperti kuwait serta arab saudi.

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS Ciri-ciri sistem pasaran bebas i. Peranan kerajaan terbatas Pihak kerajaan tidak campur tangan dalam segala kegiatan ekonomi dan tidak pula memperkenalkan sebarang peraturan untuk mengawal dan mempengaruhi aktivitiaktiviti ekonomi dalam negara. Peranan kerajaan hanya terhad kepada menjaga keselamatan negara dan mempastikan setiap lapisan masyarakat mematuhi undang-undang negara.

ii.

Individu berhak memiliki dan menggunakan harta persendirian Dalam sistem ekonomi usaha bebas, individu mempunyai hak untuk memilih harta persendirian, khususnya hak memiliki dan menggunakan sumber-sumber ekonomi. Ini bermakna setiap individu bebas memiliki dan menggunakan sumbersumber ekonomi seperti tanah, modal, buruh, dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Apabila barang-barang dan perkhidmatan ini dijual di pasaran, maka individu akan memperolehi hasil dan seterusnya menambahkan kekayaan.

iii.

Individu menjaga kepentingan diri sendiri Dalam sistem ini,setiap individu bertindak demi menjaga keselamatan diri sendiri. Pengguna pembeli barang dengan tujuan untuk memperolehi kepuasan maksimum daripada barang tersebut. Pengeluar didorong oleh motif keuntungan dalam aktiviti pengeluarannya. Malahan, keuntungan menjadi daya penarik bagi seseorang individu menjalankan perniagaan dalam satu bidang.

iv.

Wujud persaingan bebas Persaingan bebas merupakan salah satu ciri penting dalam sistem ekonomi bebas. Setiap pengeluar bersaing dengan pengeluar lain untuk menjual keluaran
5

BBEK1103 mereka kepada pengguna. Persaingan antara pengeluar memberikan pengguna lebih banyak pilihan ketika membeli barang. Di samping itu, persaingan juga menggalakkan pengeluar sentiasa memilih kaedah pengeluaran yang boleh meminimumkan kos pengeluarannya. Dengan berbuat demikian, pengeluar boleh menjual barang keluarannya dengan harga yang lebih rendah berbanding pengeluar saingannya.

v.

Mekanisme harga menentukan peruntukan sumber ekonomi Dalam sistem ini,mekanisme harga dapat menentukan peruntukan sumbersumber ekonomi. Kuasa permintaan dan penawaran barang akan menentukan harga barang. Begitu juga kuasa permintaan dan penawaran faktor pengeluaran akan menentukan harga faktor pengeluaran di pasaran. Contoh, permintaan dan penawaran buruh akan menentukan upah yang akan diterima oleh buruh.

Masalah asas dalam sistem ekonomi i. apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan Masalah asas bagi firma ialah apakah barang yang ingin dikeluarkan. Sebelum firma memutuskan untuk membuka perniagaan, perkara pertama yang akan difikirkan ialah apakah barang yang akan dikeluarkan, sama ada barang tersebut berbentuk barangan asasi, keperluan ataupun barangan mewah, mahupun mengeluarkan perkhidmatan kepada isi rumah. Jika firma telah membuat keputusan, maka selesailah masalah apakah barang yang akan dikeluarkan. Bagi kerajaan pula, masalah asas ekonomi ini hampir sama seperti firma cuma berbeza dari sudut matlamat. Kerajaan bermatlamat memaksimumkan kebajikan rakyat. Apakah barang yang kerajaan akan keluarkan adalah barang yang memberi kebajikan kepada rakyat. Sebagi contoh seperti lampu jalan, jalan raya dan barangbarang yang tidak dikeluarkan oleh firma.

ii.

bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkan Kemudian masalah asas yang kedua pula ialah bagaimana barang tersebut akan dikeluarkan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan 2 cara iaitu, pengeluaran berintensifkan modal (mesin) atau pengeluaran berintensifkan buruh(pekerja). Pengeluaran berintensifkan modal ialah pengeluar menggunakan modal dalam proses
6

BBEK1103 pengeluaaran barang yang ingin dipasarkan. Kaedah ini lebih mahal berbanding pengeluaran berintensifkan buruh kerana memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membeli mesin. Sesudah firma membuat keputusan, maka selesailah masalah yang kedua. bagi kerajaan pula Bagaimana sesuatu barang itu dikeluarkan , selalunya kerajaan akan menggunakan pengeluaran berintensifkan buruh. Ini kerana, dengan cara ini, kerajaan akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya dan mengurangkan pengangguran.

iii.

untuk siapa barang tersebut hendak dikeluarkan Masalah asas ekonomi yang ketiga ialah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Firma perlu menyelesaikan masalah ini, kerana untuk memfokuskan barang pengelauran dan sasaran pengguna terhadap barang mereka. Sebagai contoh syarikat pakaian ingin mengeluarkan pakaian lelaki, maka masalah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan sudah selesai. Ini penting bagi mengelakkan ketidaklancaran pengeluaran terhadap barang tersebut. Firma juga perlu memfokuskan barangan yang dikeluarkan kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana ataupun tinggi. Untuk siapa pula bagi kerajaan sering mengutamakan rakyat yang perpendapaatn rendah untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian. Tidak bermakna kerajaan melupakan rakyat yang berpendapaatn tinggi Cuma, kerajaan lebih memfokuskan kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Selain itu, timbul juga masalah yang lain untuk diselesaikan iaitu, masalah mengapa barang tersebut dikeluarkan. Masalah ini merujuk kepada keperluan semasa dan pasaran terhadap sesuatu barangan itu. Keperluan semasa bermakna, keperluan masyarakat akan mewujudkan permintaan. Jadi permintaan akan mendorong firma mengeluarkan barang tersebut. Pasaran semasa pula ialah keadaan semasa yang mendorong kepada pemintaan terhadap sesuatu barang. Maka pengeluar akan mengeluarkan barang-barang yang mempunyai jumlah permintaan yang tinggi dalam pasaran. Sebagai contoh, kewujudan tudung Mawi kerana fenomewa aura yang dibawa oleh Mawi, maka terhasillah tudung tersebut. Kemudian baju angkasawan sebagai tanda peristiwa naikknya Sheikh Muzaffar Shukor ke ISS. Baju dan tudung ini adalah keperluan dan keadaan semasa membuatkan permintaan bertambah. Jadi pengeluar lebih cenderung untuk mengeluarkan barang yang mempunyai fenomena kerana
7

BBEK1103 permintaan yang tinggi dalam pasaran dan pengeluar boleh meningkatkan keuntungan. Manakala bagi kerajaan pula Mengapa kerajaan mengeluarkan barang adalah bermatlamat untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Tanpa mementingkan keuntungan semata-mata.

Langkah mengatasi masalah sistem ekonomi pasaran bebas i. Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan? Dalam sistem ekonomi pasaran, masalah apa yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak adalah ditentukan oleh kuasa beli pengguna. Menurut Adam Smith, pengguna dianggap sebagai raja dan membuat keputusan tentang barang apa yang hendak dikeluarkan. Maka pengusaha yang bermotif keuntungan maksimum akan mengeluarkan barang yang diminta oleh pengguna. Persoalan berapa banyak yang hendak dikeluarkan pula ditentukan oleh kuasa permintaan pengguna dan penawaran penjual. Pada suatu masa, apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran, tingkat harga dan kuatiti keseimbangan pasaran akan diterbitkan.

Harga

S 0 Q

Kuantiti

Rajah 1

Daripada Rajah 1, apabila keluk permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS, pasaran barang akan mencapai keseimbangan. Harga dan kuantiti keseimbangan ialah OP dan QQ.

BBEK1103 ii. Bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkan? Dalam sistem ekonomi pasaran, persoalan bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh pengeluar-pengeluar. Oleh kerana itu matlamat utama setiap pengeluar rasional ialah memilih kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang boleh meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan outputnya. Teknik pengeluaran yang dipilih tadi bergantung pula kepada kos faktor-faktor pengeluaran. Biasanya seorang pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran yang berintensif modal jika didapati harga modal lebih rendah daripada harga buruh. Sebaliknya ia akan memilih kaedah yang lebih intensif buruh jika harga buruh lebih murah daripada modal.

iii.

Untuk siapa barang tersebut dikeluarkan? Dalam sistem ekonomi pasaran, masalah ini adalah ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran faktor pengeluaran di pasaran. Persilangan di antara keluk permintaan dan keluk penawaran faktor pengeluaran di pasaran. Persilangan di antara keluk permintaan dan keluk penawaran akan menentukan upah yang dibayar kepada buruh, faedah kepada modal, sewa kepada tanah dan keuntungan kepada usahawan. Pengagihan pendapatan diantara faktor-faktor pengeluaran ini akan menentukan siapa yang akan menikmati barangan yang dikeluarkan di pasaran. Mereka yang menerima pendapatan tinggi akan memperolehi lebih banyak manakala mereka yang kurang mampu menikmati barangan yang kurang. Di samping agihan pendapatan, untuk siapa dikeluarkan juga bergantung kepada citarasa pengguna. Perubahan dalam citarasa pengguna akan mempengaruhi keinginannya untuk menambah atau mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barang.

Kesimpulan Mikroekonomi atau teori harga adalah salah satu bidang ekonomi yang dikemukakan untuk mengkaji tingkah laku individu secara terperinci seperti isi rumah, firma dan industri. Bidang ekonomi ini melihat bagaimana individu membuat keputusan sendiri tentang masalah asas ekonomi iaitu apa barang yang dikeluarkan,bagaimana hendak mengeluarkan dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, tujuan mikroekonomi ialah mengkaji bagaimana isi rumah dan firma mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang
9

BBEK1103 terhad untuk mencapai matlamat masing-masing. Ia juga melihat bagaimana harga relatif bagi faktor pengeluaran dan barang ditentukan melalui kuasa permintaan dan penawaran. Selain itu, terdapat beberapa jenis sistem ekonomi yang diguna pakai oleh beberapa negara antaranya ialah sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis adalah satu sistem ekonomi yang mana semua keputusan ekonomi dibuat oleh anggota masyarakat. Pihak kerajaan tidak bercampurtangan dalam segala kegiatan ekonomi dan tidak pula memperkenal sebarang peraturan untuk mengawal dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti ekonomi dalam negara. Ini bermakna anggota-anggota masyarakat diberi kebebasan sepenuhnya untuk

melakukan apa-apa kegiatan ekonomi yang dikehendakinya. Sistem ekonomi sosialis pula, adalah terbalik daripada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini merupakan sistem yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat tentang kegiatankegiatan ekonomi. Masyarakat tidak mempunyai kebebasan untuk menentukan corak kegiatan ekonomi yang dikehendaki. Sistem ekonomi sosialis menentang kuat penumpuan kekayan dan sumber-sumber ekonomi di tangan beberapa orang sahaja. Pada pandangan sistem ini, setiap manusia harus diberikan layanan adil dan saksama. Anggota-anggota masyarakat tidak boleh tidak boleh dinafikan daripada keperluan-keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Ini kerana keperluan merupakan hak semula jadi manusia. Sistem ekonomi sosialis tidak menggalakkan persaingan bebas. Persaingan hanya membawa pembaziran penggunaan sumber ekonomi. Banyak masalah ekonomi yang dihadapi oleh sistem ekonomi kapitalis seperti keruntuhan ekonomi, kemuflisan , kuasa monopoli, dan pecah amanah adalah timbul daripada persaingan. Oleh demikian kalau kebebasan pemilikan harta oleh individu-individu dan kebebasan persaingan boleh dihapuskan dan segala aktiviti-aktiviti ekonomi ditentukan oleh kerajaan, maka kebajikan anggota-anggota masyarakat boleh dijamin. Ini bermakna sistem ekonomi sosialis meletakkan kepentingan masyarakat sebagai matlamatnya. Maka dalam usaha mencapai matlamat ini, sistem ini telah merampaskan hak asasi individu (kepentingan perseorangan). Individu-individu tidak diberi kebebasan untuk mengumpul dan menggunakan kekayaan yang mereka perolehi melalui pelbagai kegiatan ekonomi yang mereka lakukan. Sistem ekonomi Islam, mempunyai pandangan yang berbeza terhadap matlamat kepentingan individu dan matlamat kepentingan masyarakat. Pada pandangan sistem ini, kedua-dua kepentingan ini perlu ditegakkan. Ini adalah kerana kepentingan individu dan masyarakat merupakan fitrah semula jadi manusia dan masyarakat. Maka untuk memenuhi
10

BBEK1103 fitrah ini, kedua-dua matlamat ini perlu dicapai serentak. Walau bagaimanapun kebebasan ini tertakluk kepada unsur adab dan akhlak. Ini bermakna Islam hanya menghalalkan segala kegiatan ekonomi yang baik dan menentang kegiatan-kegiatan ekonomi yang curang seperti mengharamkan rasuah, menyorok barang, tipu timbangan dan spekulasi terhadap harga. Islam menggalakkan persaingan, hanya persainganlah manusia boleh mencungkil bakat mereka. Akan tetapi persaingan ini mestilah adil dan saksama. Jesteru itu, sistem ekonomi Islam membawa jalan pertengahan diantara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Sistem ini hanya mengambil kira segala kualiti baik yang wujud dalam sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi kapitalis tanpa mengambil ciri-ciri yang buruk daripada kedua-dua sistem ini. Oleh demikian sistem ekonomi Islam mengutamakan kepentingan individu dan masyarakat. Sistem ekonomi campuran merupakan suatu sistem dimana pihak kerajaan dan pihak swasta bersama-sama membuat keputusan terhadap masalah-masalah asas ekonomi. Sistem ini merupakan perantaraan diantara sistem ekonomi pasaran dan sistem ekonomi perintah. Dalam sistem ekonomi campuran, biasanya kerajaan campurtangan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang penting sahaja. Selain kegiatan ini, masyarakat diberi kebebasan untuk menentukan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain yang ingin dijalankan dan kegiatankegiatan tersebut adalah dijalankan melalui mekanisme harga. Sistem ekonomi campuran boleh dibahagikan kepada dua jenis, Jenis yang pertama memberi kebebasan kepada sektor swasta memiliki semua industri yang terdapat dalam ekonomi. Ini termasuk industri-industri yang penting seperti bekalan air dan elektrik. Campur tangan kerajaan hanya terhad kepada beberapa perkara sahaja seperti kawalan harga barangan tertentu, kawalan keatas modal dan pembekalan barang-barang asas. Jenis kedua hanya memberi kebebasan kepada sektor swasta memiliki industri-industri kurang penting manakala industri-industri yang strategik terletak di bawah pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Dalam sistem ekonomi campuran,individu-individu bebas memiliki harta kekayaan dan bebas menggunakan harta ini. Pengeluar-pengeluar bebas memilih kaedah-kaedah pengeluaran serta bebas menggunakan faktor-faktor pengeluaran. Kerajaan hanya campurtangan jika didapati mekanisme harga gagal memperuntukkan sumber-sumber ekonomi secara cekap. Biasanya penglibatan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi melalui tiga bentuk iaitu dasar kewangan, dasar belanjawan dan campur tangan melalui kawalan harga. Sistem ekonomi campuran boleh mengekalkan keseimbangan diantara sektor swasta
11

BBEK1103 dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini boleh bekerjasama demi pertumbuhan ekonomi negaranya. (2658 patah perkataan)

12

BBEK1103 RUJUKAN
4 jenis sistem ekonomi di dunia. (n.d.). Retrieved september 24, 2011, from http://kemanaarahkita.blogspot.com/2011/09/4-jenis-sistem-ekonomi-di-dunia.html macam-macam sistem ekonomi di dunia. (n.d.). Retrieved februari 27, 2010, from http://kammilashaffirah.blogspot.com/2011/02/macam-macam-sistem-ekonomi-didunia.html masalah asas ekonomi. (n.d.). Retrieved januari 23, 2009, from http://niey21.wordpress.com/2009/01/23/masalah-asas-ekonomi/ sistem-sistem ekonomi. (n.d.). Retrieved jun 12, 2013, from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/5698-sistem-sistem-ekonomi.html

13

Anda mungkin juga menyukai