Anda di halaman 1dari 14

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER JANUARI 2016

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


BBPP1103
1. Pengenalan kepada organisasi yang dipilih.

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada tahun 1993
dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri kita yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad atau lebih dikenali dengan Bapa Permodenan Malaysia dengan tiga objektif
pembangunan nasional iaitu menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif
dalam negara, meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang
industri pembuatan automatif dan memperkukuhkan keupayaan industri automatif
Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Sehingga ke hari ini, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan menguasai
pasaran otomobil tempatan. PROTON juga telah berjaya menembusi beberapa pasaran
luar negara seperti negara China, India, United Kingdom, Afrika Selatan dan Afrika
Utara. Aktiviti-aktiviti utama PROTON adalah seperti merangkumi bidang kejuruteraan
kenderaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan otomobil, pengedaran
kenderaan, jualan kenderaan dan perkhidmatan servis otomobil. Sehingga kini, PROTON
telah berjaya memasarkan produk atau keluaran mereka seperti model kereta Saga,
Iswara, Wira, Satria, Perdana, Arena, Waja, Gen-2, Persona, Savvy, Inspira, Exora dan
yang terkini adalah model kereta Iriz.

1
BBPP1103
2. Definisi dan penerangan Pengurus dan Pengurusan.

Pengurus membawa maksud individu yang bertanggungjawab merancang, mengurus,


mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan bagi sesebuah syarikat atau
organisasi. Perancangan adalah fungsi atau tugas utama bagi seseorang pengurus.
Pengurus adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana segala perancangan mahupun
idea adalah tercetus atau hasil daripada seorang pengurus. Tanpa pengurus, sesebuah
organisasi itu tidak akan dapat menjalankan operasinya dengan lancar malah akan
mengakibatkan sistem pengurusan syarikat yang tidak teratur. Sebagai contoh, seorang
pengurus reka bentuk keluaran model di syarikat PROTON, harus merancang satu reka
bentuk kereta yang dapat memenuhi kehendak pengguna di mana ianya adalah sebuah
kereta yang boleh dimuati atau dinaiki oleh ramai penumpang. Dengan idea dan
perancangan dari pengurus tersebut, maka terhasilnya sebuah model kenderaan pelbagai
guna (MPV) pertama Malaysia iaitu Exora.
Pengurusan pula membawa maksud perbuatan atau hal mengurus sesuatu perkara.
Pengurusan melibatkan proses perancangan, proses penyusunan, proses pengarahan dan
proses pengawalan. Semua proses ini melibatkan usaha-usaha dari ahli organisasi yang
mana ianya akan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi
mencapai matlamat organisasi. Proses perancangan merangkumi tujuan, objektif atau
matlamat yang dkenalpasti di awal perancangan dan melibatkan strategi sepanjang
program berlangsung. Proses penyusunan merupakan kerja menstruktur kakitangan dan
organisasi. Proses pengarahan perlu dilaksanakan bagi memastikan semua aktiviti
organisasi berjalan dengan lancar, teratur serta dalam suasana yang harmoni. Motivasi,
kepimpinan dan sistem komunikasi adalah faktor yang terlibat dalam proses pengarahan.
Proses pengawalan mesti berjalan dengan teratur dan tersusun sepanjang program
berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. Proses
ini membabitkan beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam
penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil.

2
BBPP1103
3. Penjelasan terhadap Evolusi Teori Pengurusan.

Amalan pengurusan hari ini adalah hasil daripada pemikiran orang terdahulu. Idea
pengurusan bermula pada abad ke-20. Tujuaanya adalah bagi memaksimumkan
kebolehan pekerja dan penghasilan. Terdapat beberapa evolusi teori pengurusan iaitu
Pendekatan Klasikal, Pendekatan Pentadbiran dan Pengurusan serta Pendekatan
Tingkahlaku dan Hubungan Manusia.
Pendekatan Klasikal atau dengan kata lain adalah Pengurusan Saintifik.
Pendekatan Klasikal atau Pengurusan Saintifik merupakan pendekatan yang menekankan
kajian saintifik bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan meningkatkan produktiviti
organisasi. Terdapat beberapa penyumbang utama kepada pendekatan klasikal seperti
Frederick W. Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth serta Henry L. Gantt.
Frederick W. Taylor (1856-1915). Teori ini diilhamkan oleh beliau yang
juga terkenal dengan teknik pengurusan saintifik. Beliau juga digelar
Bapa Pengurusan Saintifik. Teori ini mengkaji perhubungan diantara
pekerja dan tugas yang dilaksanakan. Beliau merupakan pengurus
pengeluaran yang kemudiannya menjadi perunding dan mengajar
pengurus-pengurus lain bagaimana untuk melaksanakan teknik
pengurusan saintifik. Beliau percaya, pekerja yang cekap akan membantu
meningkatkan pengeluaran dan produktiviti organisasi. Berdasarkan
penyelidikan dan pemerhatian yang dilakukan, beliau telah mengenalpasti
empat prinsip dalam meningkatkan kecekapan di tempat kerja iaitu prinsip
satu, mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari jalan cara
yang terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut. Prinsip dua,
pengkhususan kerja iaitu cara terbaik dalam melaksanakan tugas. Prinsip
tiga, pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan
dalam melaksanakan tugas. Prinsip empat, sistem pembayaran gaji yang
adil.
Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924) merupakan pasangan
suami isteri dimana mereka adalah pengikut kepada idea pengurusan
saintifik yang telah diperkenalkan oleh Taylor. Mereka memberi

3
BBPP1103
sumbangan terhadap pergerakan kerja dalam kajian time and motion
study. Kajian pergerakan kerja yang mereka lakukan, menekankan
kepada aspek pengurangan pergerakan kerja kepada pergerakan yang
paling asas dimana tujuan mereka adalah yang pertama, untuk
menganalisa setiap pergerakan yang dilakukan oleh pekerja dalam
melaksanakan satu-satu tugasan dan masa yang di ambil. Tujuan kedua
adalah, mencari cara terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut dan
membuang mana-mana pergerakan yang tidak perlu supaya tugas dapat
dihasilkan dengan lebih cekap dengan masa dan tenaga yang kurang.
Pasangan Gilbreth juga mengkaji mengenai keletihan di tempat kerja.
Mereka mendapati ciri-ciri fizikal di tempat kerja boleh menyumbang
kepada tekanan kerja dan seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan
mempengaruhi prestasi kerja. Kajian yang dilakukan oleh pasangan ini
telah memberi kesan yang besar kepada bidang pengurusan terutamanya
dalam industri pengilangan. Sebagai contoh, setiap pekerja di kilang
PROTON yang mana pekerjanya akan dibahagikan kepada beberapa
bahagian tertentu seperti pemasangan tayar, tingkap, pintu dan kusyen
perlu mengkhusus kepada kerja masing-masing. Dengan ini, mereka akan
mahir dalam bidang masing-masing dan juga dapat menjimatkan masa.
Henry L. Gantt telah memperkenalkan kaedah penjadualan tugas melalui
Carta Gantt yang merancang, menjadual dan mengawal perjalanan sesuatu
tugas atau operasi. Beliau juga memperkenalkan sistem ganjaran iaitu
pemberian bonus kepada pekerja yang dapat menyempurnakan tugas
melepasi tahap prestasi kerja.
Pendekatan Pentadbiran dan Pengurusan adalah berkaitan dengan kajian
bagaimana untuk membentuk satu struktur organisasi yang boleh membawa kepada
kecekapan dan keberkesanan yang tinggi. Struktur organisasi merupakan satu sistem
yang berkaitan dengan tugas dan autoriti yang mengawal bagaimana pekerja
menggunakan sumber-sumber yang ada untuk mencapai matlamat organisasi. Terdapat
dua orang pengkaji yang berpengaruh dalam membentuk sistem ini iaitu Max Weber dan
Henry Fayol.

4
BBPP1103
Max Weber (1864-1920) merupakan pengasas kepada Teori Birokrasi.
Teori Birokrasi merujuk kepada satu sistem yang formal dalam organisasi
untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan tugas. Sistem ini
diasaskan kepada lima prinsip iaitu :
Prinsip 1 Autoriti pengurus dalam organisasi. Autoriti
merupakan kuasa yang membuatkan seseorang bertanggungjawab
atas setiap tindakan dan keputusan yang dibuat. Autoriti memberi
hak kepada pengurus untuk memberi arahan dan mengawal
pekerja. Sebagai contoh, pematuhan pekerja PROTON kepada
arahan pengurusnya adalah disebabkan oleh kedudukan pengurus
itu yang dikaitkan dengan autoriti atau tanggungjawab dan
bukannya disebabkan oleh personaliti, kekayaan atau status sosial
pengurus tersebut.
Prinsip 2 Individu yang memegang jawatan. Individu yang
memegang jawatan bukanlah disebabkan oleh kedudukan sosial
tetapi disebabkan oleh pretasi. Sebagai contoh, pekerja yang dipilih
oleh organisasi, hendaklah dipilih kerana kemahiran dan kelayakan
yang ada dan bukannya disebabkan oleh kenalan atau hubungan
peribadi.
Prinsip 3 Kedudukan, jawatan, autoriti, tugas dan perkaitan
setiap perkara mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila setiap
tugas dan autoriti jawatan diterangkan dengan jelas maka pengurus
dan pekerja dapat menjangkakan apa yang perlu dilakukan.
Sebagai contoh, pekerja mesti bertanggungjawab atas setiap
tindakan yang dilakukan jika mereka faham dengan jelas apa
tugas-tugas mereka.
Prinsip 4 Perlu ada hirarki kedudukan supaya setiap pekerja tahu
siapa dan kepada siapa mereka patut melapor. Pengurus patut
membentuk satu carta organisasi untuk menjelaskan kepada siapa
pekerja perlu melaporkan tugas atau sebarang konflik yang timbul.
Prinsip ini penting terutama dalam bidang ketenteraan dan

5
BBPP1103
keselamatan. Sebagai contoh, pengurus pada peringkat tertinggi
perlu memaklumkan kepada pekerja mengenai tanggungjawab,
tugas dan tindakan yang perlu mereka lakukan.
Prinsip 5 Pengurus perlu membentuk peraturan, syarat dan
standard operating procedures (SOP) bagi mengawal tingkahlaku
pekerja. Peraturan, syarat dan SOP yang dibentuk oleh pengurus
dapat menjadi panduan kepada pekerja bagi meningkatkan prestasi
kerja kerana ia memberi panduan jelas kepada pekerja dalam cara
terbaik melaksanakan tugas.
Henry Fayol merupakan individu pertama yang membincangkan
pengurusan sebagai satu proses yang mempunyai fungsi-fungsi khusus
yang perlu diikuti oleh setiap pengurus. Beliau digelar Bapa Pemikiran
Pengurusan kerana idea-idea yang telah beliau cetuskan. Sehingga ke hari
ini, idea-idea beliau masih digunapakai. Menurut Fayol, setiap organisasi
perlu diuruskan berdasarkan lima fungsi pengurusan iaitu perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan. Selain itu,
Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk
dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi iaitu
autoriti, disiplin, satu arahan, satu perintah, pembahagian kerja, imbuhan,
pemusatan, rantaian skala, tertib, ekuiti, kestabilan individu, inisiatif,
mementingkan kepentingan organisasi dan spirit de corps (kerjasama).
Pendekatan Tingkahlaku dan Hubungan Manusia. Fokus utama pemdekatan ini
ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku pengurus dapat mendorong dan memotivasikan
pekerja bagi membolehkan mereka bekerja dengan cekap dan mancapai objektif
organisasi. Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan organisasi
melalui penumpuan ke atas penggunaan sumber manusia. Pendekatan Hubungan Manusia
adalah berdasarkan manusia di dalam sesebuah pengurusan. Objektif utamanya adalah
untuk memperkukuhkan kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan manusia.
Pengikut bagi pendekatan ini berpendapat bahawa sekiranya hendak membentuk
hubungan manusia yang baik, pengurus perlu tahu mengapa pekerja menunjukkan
tingkahlaku tertentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang menpengaruhi mereka.

6
BBPP1103
Mary Parker Folet telah memperkenalkan konsep empowerment. Beliau
banyak membincangkan bagaimana pengurus seharusnya melayan
pekerja. Penekanan ini dibuat kerana Taylor telah mengabaikan perkara ini
dalam teorinya. Beliau mencadangkan konsep authority should go with
knowledge.whether it is up the line or down yang bermaksud jika
pekerja mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai apa yang perlu
dilakukan maka pekerja boleh mengawal kerja-kerja tersebut tanpa
bantuan dari pengurus. Pengurus harus bertindak sebagai penbimbing
sahaja dan bukannya sebagai penyelia.
Hugo Munsterberg. Beliau telah menekankan kaedah psikologi ke dalam
bidang industri dan pengurusan. Beliau juga turut mengaitkan konsep
pengurusan saintifik dengan tingkahlaku manusia dan kepentingan
bersama di antara pengurus dan pekerja.
Elton Mayo. Konsep yang diperkenalkan oleh Maya tidak mendapat
sambutan daripada pengurus kerana pengurus lebih berminat dengan idea
Taylor dan Gilbreth. Bagi meningkatkan kecekapan, beberapa kajian telah
dilaksanakan dan salah satu kajian yang penting adalah Kajian Hawthorne.
Kajian ini dilaksanakan oleh Elton Maya, F. J Roethlisberger dan rakan-
rakan daripada Universiti Harvard. Kajian ini menyelidik bagaimana
cahaya dan situasi kerja mempengaruhi prestasi kerja dan ianya
dilaksanakan dalam dua fasa.
Fasa 1. Kajian ini bertujuan untuk meneliti antara keadaan
fizikal dengan daya pengeluaran. Hasil kajian mendapati
apabila cahaya lampu meningkat, produktiviti kerja akan
meningkat manakala sekiranya cahaya lampu dikurangkan,
maka produktiviti kerja akan berkurangan. Keadaan ini
menggambarkan bahawa pekerja lebih bertindakbalas
terhadap kewujudan lampu.
Fasa 2. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan
menganalisis hubungan sosial dalam kumpulan kerja.

7
BBPP1103
4. Penerangan terhadap Teori Pengurusan yang diamalkan oleh organisasi dipilih.

Bagi memantapkan lagi pengurusan organisasi, PROTON telah mengamalkan teori-teori


pengurusan dalam urusan pentadbiran dan pengorganisasian agar sentiasa berada dalam
keadaaan yang terkawal, tersusun dan teratur. Antara teori-teori pengurusan yang
digunapakai oleh PROTON adalah seperti Pendekatan Klasikal. PROTON adalah sebuah
organisasi pembuatan kereta yang sentiasa mensasarkan pengeluaran kereta pada setiap
hari. Untuk itu, PROTON telah membuat pembahagian tugas kepada pekerja-pekerjanya
mengikut bidang atau pengkhususan masing-masing agar dapat mencapai objektif
syarikat iaitu pengeluaran kereta pada setiap hari. Sebagai contoh, PROTON telah
menstrukturkan pekerja mengikut tugas kerja masing-masing seperti unit pemasangan
tayar kereta, unit pengecatan badan kereta, unit penampalan, unit pemasangan cermin dan
unit pemasangan enjin.
Kaedah Penjadualan Tugas. Melalui teori ini, PROTON dapat mengawal
pengeluaran produk mengikut jadual yang telah dirancang. Melalui teori ini juga, masa
dan jumlah pengeluaran produk dapat dikenalpasti. Sebagai contoh, PROTON telah
menjadualkan pengeluaran kereta model Exora sebanyak 5 buah yang perlu disiapkan
dalam masa sehari manakala kereta model Inspira sebanyak 3 buah yang perlu disiapkan
oleh pekerjanya dalam masa sehari.
Pendekatan Pentadbiran dan Pengurusan. PROTON telah menggunakan teori ini
sebagai panduan dalam membentuk struktur organisasi bagi mengawal pekerja untuk
menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mencapai matlamat organisasi. Sebagai
contoh, PROTON telah menubuhkan satu unit baru iaitu Race, Rally & Research (R3)
bagi mengkaji dalam penambahbaikan sistem enjin yang sedia ada.
Autoriti Pengurus dalam Organisasi. Teori ini diserapkan dalam organisasi
PROTON bagi memastikan pengurus bertanggungjawab ke atas setiap tindakan dan
keputusan yang dibuat. Sebagai contoh, pekerja-pekerja PROTON di setiap unit yang
berlainan mesti menghadirkan diri ke kursus-kursus yang telah dicalonkan oleh Unit
Latihan PROTON bagi tujuan memantapkan lagi kemahiran kerja pekerja.
Perlu ada Hirarki Kedudukan. Teori ini juga digunapakai oleh PROTON bagi
tujuan melancarkan sistem pentadbiran dan urusan kerja pada setiap unit yang ada dalam

8
BBPP1103
organisasi PROTON. Sebagai contoh, setiap kali pengambilan pekerja baru, Chief
Executive Officer PROTON ada memaklumkan kepada bakal pekerja bahawa mereka
yang bekerja di setiap unit-unit tertentu, perlu melapor diri pada pengurus di unit masing-
masing. Sekiranya pekerja bertugas di Unit Pemasangan Enjin, dia perlu melapor diri
kepada pengurus di Unit Pemasangan Enjin.

9
BBPP1103
5. Perbincangan teori yang paling baik untuk organisasi.

Secara umumnya, organisasi bermaksud suatu kelompok orang (dua orang atau lebih)
yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu tujuan. Manakala secara terperincinya,
pengertian organisasi bermaksud sebagai tempat untuk orang berkumpul dan
berkerjasama secara rasional, sistematik dan terpimpin dalam memanfaatkan sumber
yang ada (yang digunakan secara ekfisen dan efektif) bagi mencapai tujuan tertentu.
Terdapat beberapa teori yang paling baik untuk organisasi yang boleh digunapakai.
Teori Organisasi Klasik lebih dikenali dengan teori tradisional atau disebut juga
teori mesin. Mula berkembang pada tahun 1800 (abad 19). Teori Organisasi Klasik
mendefinisikan organisasi sebagai struktur hubungan, kekuasaan, tujuan, peranan,
kegiatan, komunikasi dan faktor-faktor lain yang terjadi bila orang bekerjasama. Teori
Organisasi Klasik banyak menitikberatkan struktur organisasi, tatatertib, organisasi
formal, faktor ekonomi dan tujuan rasionaliti. Terdapat empat unsur penting yang ada
dalam Teori Organisasi Klasik iaitu sistem kegiatan yang terancang, sekumpulan orang,
kerjasama serta kekuasaan dan kepemimpinan. Menurut para pengikut Teori Organisasi
Klasik, satu organisasi bergantung kepada empat keadaan iaitu kekuasaan, sosial
organisasi, tujuan organisasi dan disiplin diri. Dasar utama teori ini adalah pembahagian
kerja, proses tugas dan tujuan penubuhan organisasi. Terdapat empat span of control
dalam Teori Organisasi Klasik iaitu pembahagian tugas, proses skala dan pengungsian
tugas, struktur kerja dan jangkauan kawalan. Teori Organisasi Klasik berkembang dalam
3 aliran iaitu Birokrasi yang dikembangkan dari bidang sosiologi, Pentadbiran yang
dikembangkan oleh Reliey dan Mooeny yang juga dikembangkan oleh Lyndall Urwick
dan Henry Fayol dan Pengurusan Ilmiah yang dikembangkan oleh Frederick Winslow
Taylor pada tahun 1900. Semua teori ini dikembangkan sekitar tahun 1900-1950. Tokoh
teori ini kebanyakannya berasal dari sesebuah negara yang berbentuk kerajaan seperti
negara Mesir, China dan Romawi.
Teori Organisasi Neoklasik dikembangkan atas dasar Teori Organisasi Klasik.
Teori ini mengubah, menambah dan memperluaskan Teori Organisasi Klasik. Definasi
Teori Organisasi Neoklasik ialah satu organisasi sebagai kelompok dengan tujuan yang
sama. Teori Organisasi Neoklasik banyak menekankan kepentingan aspek sosial dalam

10
BBPP1103
pekerjaan dan aspek psikologi (emosi). Teori ini dapat membantu organisasi dalam
mengurus hal-hal sosial pekerja. Contohnya seperti, seorang pekerja PROTON telah
mengalami kemalangan jalan raya. Bagi membantu meringankan beban pekerja dan
keluarganya, syarikat telah membuat kutipan derma untuk memberi bantuan kepada
pekerja tersebut. Dengan bantuan kewangan yang diterima itu, sedikit sebanyak dapat
meringankan beban pekerja dari segi pembiayaan kos perubatan.
Teori Organisasi Moden atau disebut juga sebagai Analisis Sistem Organisasi.
Teori Organisasi Moden dikembangkan sejak tahun 1950. Teori ini menekankan kepada
unsur perpaduan dan perancangan. Ianya menganggap bahawa organisasi bukan satu
sistem tertutup yang berkait rapat dengan persekitarannya tetapi menganggap bahawa
organisasi adalah satu sistem terbuka yang harus menyesuaikan diri dengan perubahan-
perubahan yang ada disekelilingnya. Teori Organisasi Moden berpandukan kepada Teori
Organisasi Klasik dan Teori Organisasi Neoklasik di mana terdapat penambahbaikan dari
segi konsep yang jauh lebih baik. Teori Organisasi Moden ada menyatakan bahawa kerja-
kerja yang dilakukan dalam satu organisasi adalah sangat kompleks, dinamik, multilevel,
multidimensi, multipembolehubah, dan terdapatnya kebarangkalian. Terdapat tiga unsur
dalam Teori Organisasi Klasik iaitu pertama, unsur struktur yang bersifat menyeluruh.
Kedua, unsur proses yang juga bersifat menyeluruh. Ketiga, unsur pertama dan unsur
kedua adalah saling kait-mengait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan.
Teori Sistem Umum merupakan satu aspek analisis organisasi yang berusaha
untuk menemukan kaedah-kaedah umum organisasi. Tujuan Teori Sistem Umum ini
adalah sebagai satu penciptaan ilmu pengetahuan dalam organisasi dengan menggunakan
elemen dan proses umum seluruh sistem sebagai titk awal. Terdapat beberapa proses
dalam teori ini yang telah dibangkitkan oleh Kenneth Boulding iaitu struktur statik,
sistem dinamik sederhana, sistem sibernetik, sistem terbuka, sistem genetik sosial, sistem
haiwan, sistem manusia, sistem sosial dan sistem transendental
Konsep sistem ini menjadi dasar utama kepada analisis organisasi. Teori Organisasi
Modern mempunyai persamaan dengan Teori Sistem Umum dalam cara memandang
organisasi sebagai sesuatu yang terintegrasi.

11
BBPP1103
6. Kesimpulan.

Sesebuah organisasi diwujudkan untuk mencapai objektif dan matlamat tertentu.


Pencapaian objektif sebahagian besarnya bergantung kepada perancangan kerja dan
pengurusan sumber manusia yang berkesan. Keberkesanan pengurusan sumber manusia
melibatkan proses pembangunan pekerja seperti mengenalpasti potensi, latihan dan
komunikasi berkesan. Ia boleh dilaksanakan melalui penilaian prestasi pekerja yang
objektif, adil dan telus di mana penilaian dibuat secara berterusan berdasarkan
pencapaian pekerja.
Penyeliaan yang baik adalah satu keperluan asas untuk kejayaan sesebuah
organisasi. Ia hendaklah ditumpukan kepada pembinaan dan pembangunan sumber
manusia. Setiap penyelia dan pengurus mempunyai tanggungjawab dalam perkara ini.
Jika ia diabaikan maka penyeliaan yang berkesan tidak akan wujud. Di dalam usaha
membina dan membangunkan sumber manusia, penilaian prestasi di sesebuah organisasi
adalah menjadi sesuatu alat keperluan yang asasi. Melalui sistem penilaian prestasi,
sesebuah organisasi itu akan memperolehi maklumat mengenai prestasi seseorang
individu dalam pekerjaanya di samping potensinya untuk menjawat jawatan yang
mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi di masa hadapan. Pertumbuhan dan
perkembangan sesebuah organisasi bergantung kapada pasukan pekerja yang terlatih dan
bermotivasi.
Dari ini adalah jelas bahawa terlalu banyak cabaran dan tanggungjawab yang
terpaksa ditanggung oleh pengurus dalam melaksanakan tugas sehariannya. Pelbagai
aspek dan faktor yang perlu diteliti dan diambil kira dalam memastikan kesemua aspek
dan faktor tersebut akan menyumbang kepada pencapaian matlamat dan objektif
organisasi. Banyak aspek yang perlu difikirkan dan seterusnya diambil tindakan agar
dapat disesuaikan dengan perlaksanaan yang biasa dan mengikut landasan yang betul
dalam membawa syarikat kepada matlamat yang diingini seterusnya menjadikan syarikat
yang mantap, berdaya saing, kreatif dan bertanggungjawab terhadap pesaing, kakitangan
dan persekitaran.

(2,887 patah perkataan)

12
BBPP1103
APENDIKS

RUJUKAN

Zainal Ariffin Ahmad. (1998). Perlakuan Organisasi. Fajar Bakti.

Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif, Pemikiran dan


Teori. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Muhamad. (2007). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications (M)
Sdn. Bhd.

Aminuddin Mohd Yusoff. (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz & Santhi Raghavan.
(2013). BBPP1103: Principles of Management. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Nota Mengajar Belajar. (2014). Apa itu pengurusan? Dari


http://notamengajarbelajar.blogspot.my/2009/09/apa-itu-pengurusan.html

SlideShare. (2016). Sejarah pengurusan. Dari


http://www.slideshare.net/ebbysufian/unit1-14854013

Arsip materi Kulz. (2011). Teori organisasi klasik, neoklasik dan moden. Dari
http://armandjexo.blogspot.my/2012/08/teori-organisasi-klasik-neoklasik-dan.html

13

Anda mungkin juga menyukai