Anda di halaman 1dari 18

BAB 2

PROSES PENYELIDIKAN
OBJEKTIF :
a) Menerangkan sebelas langkah-langkah dalam proses penyelidikan.
b) Pemilihan bidang/topik kajian
c) Skop dan permasalahan kajian
d) Pengumpulan data awal
Literatur
Temuduga
Tinjauan
e) Penulisan Ulasan Karya
APA manual (5th edition)

II. Proses penyelidikan Perniagaan


Proses penyelidikan adalah penting bagi seseorang penyelidik mendapatkan
panduan baginya menjalankan sesuatu projek penyelidikan perniagaan.

Secara umumnya, terdapat tiga fasa utama dalam penyelidikan perniagaan iaitu
pembentukan (formulation), pelaksanaan (execution), dan analitikal (Analytical).
Peringkat-peringkat dalam menjalankan penyelidikan

1.

Pengamatan

2.

Pengutipan maklumat awal dan pencarian ulasan karya

3.

Mendefinisikan Masalah

4.

Membangunkan Rangka Kerja Penyelidikan

5.

Objektif Kajian

6.

Rekabentuk Kajian

7.

Pengutipan Data

8.

Analisis Data

9.

Terjemahan Dapatan

10.

Menulis Laporan

11.

Tindakan pihak pengurusan atasan

1.

Pengamatan/Tinjauan (Isu dan permasalahan kajian)

Langkah pertama dalam penyelidikan adalah dengan menjalankan pengamatan


terhadap keadaan yang berlaku di organisasi. Di peringkat ini, pengurus akan
mencuba mengamati sebarang perubahan yang berlaku di organisasi tempat ia
bertugas. Adakah berlaku sebarang perubahan tingkahlaku atau sikap atau perasaan
pekerja terhadap persekitaran tempat kerja. Jika terdapat perubahan tingkahlaku
atau suasana yang baru di tempat kerja, ia mungkin memerlukan penerangan
mengapakah ia berlaku.
Persoalan yang agak rumit dalam penyelidikan adalah menentukan apa yang akanditeliti atau
diamati. Perkara yang ingin dikaji mungkin muncul dari pertimbangan teoritis, pragmatis,
atau kedua-duanya. Masalahnya, tidak ada panduan yang yang boleh digunakan untuk
membantu penyelidik memilih isu dalam penyelidikannya.
Tidak ada jawapan yang tegas dan pasti di mana penyelidik dapat menemukan
isupenyelidikannya. Namun begitu, sumber masalah boleh berasal dari pengalaman
peribadinya, maklumat yang dibacanya, perbualan-perbualan, apa-apa yang ditayangkan di
media masa, teori yang dipelajari, kejadian-kejadian yang dilihat sehari-hari, nilai yang
dianuti, dan sebagainya. Ini bermaksud, apa pun yang terjadi dalam diripenyelidik, dapat
menjadi sumber inspirasi untuk projek penyelidikannya.
Pada

umumnya penyelidikan dilakukan

untuk

mencapai

matlamat

tertentu.

Suatupenyelidikan boleh mempunyai kegunaan praktis jika isu penyelidikan yang dipilihnya
adalah yang berkenaan dengan apa yang ditemui penyelidik dalam lingkungan kehidupannya.
Apa yang dimaksud dengan masalah dalam konteks ini adalah sesuatu yang dianggap negatif
berdasarkan ukuran tertentu. Jika sekelompok pegawai selalu datang lewat dari yang
seharusnya maka terlihat adanya masalah. Jika pengeluaran selalu tidak mencapai target,
maka terdapat masalah. Seorang pengurus pemasaran melakukan penyelidikan tentang
kepuasan pengguna mungkin kerana terdapat banyak rungutan-rungutan dari mereka.
Isu penyelidikan pengurus tersebut adalah "kepuasan pengguna". Pengurus produksi juga
melakukan penyelidikan tentang pengendalian kualiti kerana banyak barang yang ditolak oleh
para pemesan. Isunya adalah "kawalan kuatliti". Seorang mahasiswa mengambil isu "disiplin
kerja" untuk penyelidikannya, kerana ketika datang ke suatu jabatan didapati pegawainya
seringkali lambat datang ke pejabat. Isu-isu penyelidikan tersebut tadi benar-benar didasarkan
atas masalah yang nyata terjadi dan sasarannya adalah menyelesaikan masalah tersebut.

Penyelidikan dapat juga dimulakan dengan adanya gambaran dan sifat ingin tahu yang datang
dari penyelidik. Tanpa ada kejadian istimewa, sama ada kejadian negatif atau kejadian positif,
seseorang itu boleh melakukan penyelidikan kerana ada sesuatu hal yang ingin diketahuinya
sendiri, atau beliau ingin menggunakan ilmu yang ada padanya. Seorang yang tertarik dalam
bidang pengurusan dapat mengkaji keberkesanan suatu program latihan mungkin bukan untuk
kegunaan praktis, tetapi semata-mata ingin membuktikan teori yang dipelajarinya. Seseorang
dapat juga mengkaji budaya organisasi dengan tujuan "hanya" ingin mengetahuinya saja atau
melakukanpenyelidikan dengan maksud menyusun suatu teori baru.
Terdapat juga penyelidikan itu dilakukan kerana beberapa sebab iaitu:
(1) Isu yang dipilih merupakan isu yang dapat menghasilkan penghargaan terhadap
dirinya;
(2) terdapat bantuan kewangan dan tenaga penyelidik
Pengurus dalam bidang perniagaan perlulah sentiasa peka terhadap perubahan
yang berlaku di tempat kerja. Beliau perlulah mendapatkan isu-isu semasa yang
terdapat di bawah kawalannya. Beliau mestilah peka terhadap perubahan yang
berlaku seperti perubahan tingkah laku, sikap, corak komunikasi, gaya dan
sebagainya. Pengurus mungkin tidak memahami apakah yang sebenarnya yang
berlaku tetapi beliau tahu bahawa perkara yang diamati itu tidak patut berlaku.
Sebagai contoh, kejatuhan di dalam jualan, gangguan dalam pengeluaran, pekerja
yang tidak minat dalam pekerjaan, mungkin dikesan oleh pihak pengurusan
walaupun beliau tidak pasti apakah yang berlaku.

2.

Pengutipan maklumat awal dan pencarian ulasan karya

Langkah ini adalah lebih mendalam lagi berbanding langkah yang pertama.
Penyelidik perlulah menjalankan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat yang
lebih mendalam. Sebagai contoh penyelidik perlulah mendapatkan maklumat
daripada beberapa orang di tempat kerja atau pelanggan atau lain-lain sumber
agar memperolehi maklumat tentang apakah yang berlaku dan mengapa ia berlaku.
Biasanya untuk mengenal pasti apakah yang berlaku adan mengapa ia berlaku,
penyelidik hendaklah menjalankan temuduga tidak berstruktur. Setelah itu temuduga
yang berstruktur dan formal dilakukan terhadap beberapa kumpulan yang berkaitan
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Pengetahuan asas berkenaan perkara yang dikaji perlu sebelum melaksanakan
kajian. Penyataan masalah tidak sempurna, tidak lengkap dan kabur tanpa membuat

rujukan. Rujukan bahan atau sorotan literatur merupakan aktiviti-aktiviti mencari


maklumat berkaitan perkara yang dikaji berdasarkan bahan-bahan sedia ada.
Sekiranya kajian kita mengenai kepuasan kerja maka, kita mesti benar-benar faham
maksud kepuasan kerja. Untuk itu kita perlu ke perpustakaan untuk mencari bahanbahan mengenainya. Kemudian kita akan mencari hasil-hasil kajian atau tulisantulisan yang sedia ada mengenai kesan kepuasan kerja terhadap sesebuah
organisasi perniagaan. Berdasarkan rujukan, pemahaman kita dalam menyatakan
permasalahan kajian akan menjadi lengkap dan dapat dipertahankan. Seterusnya
rujukan awal akan membantu kita untuk merangka hipotesis.
Sebagai tambahan penyelidik hendaklah menjalankan pencarian maklumat di
perpustakaan, internet atau dari sumber-sumber yang lain untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut. Pencarian ini penting untuk mengetahui mengapakah
berlaku perubahan yang di amati dan bagaimanakah cara mengatasinya.
Tinjauan awal terhadap ulasan karya juga perlu dilakukan dengan cermat dan
berhati-hati. Ia boleh dilakukan dengan membuat penyelidikan perpustakaan untuk
memeriksa segala teori dan bahan-bahan penyelidikan yang ada di dalam bidang
ini. Penyelidik juga perlu mengenalpasti apakah bahan-bahan yang berkaitan yang
perlu dirujuk. Ini adalah perlu untuk mendapatkan maklumat latar belakang serta
membantu penyelidik dalam membuat hipotesis. Dengan berbuat demikian pelajar
juga dapat mengelakkan dari membuat duplikasi terhadap sesuatu penyelidikan.

3.

Mendefinisikan Masalah

Permasalahan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkara


kajian yang kita akan lakukan. Dunia perniagaan memang dipenuhi oleh berbagaibagai perkara yang boleh dijadikan topik kajian. Dalam bidang perniagaan
umpamanya,

pengurus-pengurus

berhadapan

dengan

bermacam-macam

permasalahan yang melibatkan para pekerja. Penyelidik misalannya boleh


mengemukakan kajian untuk mengetahui punca-punca masalah kemerosotan jumlah
pengeluaran, meninjau pandangan pekerja mengenai kemudahan-kemudahan di
kilang, membandingkan pencapaian berasaskan latarbelakang pendidikan pekerja,
melihat persepsi hubungan pekerja-pekerja dan sebagainya. Sebagai seorang yang
berminat dalam perniagaan, kita akan melihat sesuatu masalah berdasarkan
pemikiran yang berkenaan dengan pengurusan perniagaan. Contohnya dalam
konteks pencapaian motivasi, kita melihat pelbagai bentuk pengaruh persekitaran
pekerjaan telah mengubah pekerja-pekerja baik dari segi dari pemikiran hingga
kepada tingkah lakunya. Antara perubahan-perubahan adalah seperti cara
berpakaian, cara berkomunikasi, cara berhubung, dan sebagainya.

Dalam

melaksanakan kajian, kita tidak dapat mengkaji dan menyelesaikan banyak masalah
dalam

satu

penyelidikan.

Oleh

itu

adalah

kebiasaan

setiap

penyelidikan

memfokuskan kajian kepada suatu penyataan masalah yang khusus. Sebagai satu
contoh penyelidikan mengenai kesan motivasi terhadap pengeluaran. Penyelidikan
mungkin ingin melihat bagaimana persekitaran perniagaan telah mengubah fikiran
dan tingkah laku para pekerja pengeluaran di Malaysia. Untuk melakukan
penyelidikan di seluruh negara adalah sukar. Jadi kita mengecilkan skop kajian ke
sebuah organiasasi.
Pendefinisian masalah adalah perbezaan atau antara situasi yang sebenar dengan
situasi yang diharapkan. Ia juga adalah suatu kesulitan yang menggerakkan manusia
untuk memecah atau meleraikannya. Penyelidik perlukan dapat membezakan di
antara symptoms dan masalah. Sebagai contoh kemerosotan di dalam pengeluaran
adalah symptoms manakala ketidak kepuasan kerja adalah masalah. Ini kerana
ketidakpuasan akan membawa kepada kemerosotan pengeluaran. Masalah
hendaklah dinyatakan dengan jelas adan tidak kabur dalam bentuk persoalan yang
boleh diuji secara empirikal. Pemilihan masalah mungkin berdasarkan kepada minat
atau ia juga mungkin datang dari segi teoru atau amalan pekerjaan.

4.

Membangunkan Rangka Kerja penyelidikan

Ia adalah suatu langkah penting untuk menghubungkan semua maklumat yang


didapati dalam bentuk yang yang lebih mudah difahami agar masalah kajian dapat
dirumuskan dan diuji. Biasanya dalam membangunkan rangka kerja penyelidikan kita
akan menggunakan segala pengalaman yang kita ada serta tidak lupa juga
penggunaan intuisi. Dalam langkah ini kita akan mengkritik atau menganalisa
konsep-konsep dan pembolehubah-pembolehubah yang kita rasakan mempunyai
pengaruh terhadap masalah kajian. Kita akan membuat suatu rangkaian hubungan
antara di antara konsep atau pembolehubah untuk menerangkan secara gambarajah
bagaimana ianya dapat menyumbang kepada masalah yang telah kita definisikan.
Jika maklumat yang kita dapati daripada ulasan karya adalah berasaskan kepada
konsep maka kita namakannnya pembangunan rangka konseptual. Jika kita hanya
membuat atau membangunkan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah
maka kita namakannya pembangunan rangka kerja teoritikal.

5.

Objektif Kajian

Apabila kita dapat masalah atau peluang yang yang kita jangkakan dapat dibentuk
melalui rangka kerja teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung kita dapat

membentuk objektif kajian. Di dalam penyelidikan kualitatif, obejktif kajian dapat


dibentuk dalam bentuk persoalan kajian. Sebagai contoh, Apakah terdapat
kebimbangan para pekerja pengeluaran terhadap pengenalan sistem saran baru
yang diperkenalkan. Dalam persoalan kajian ini penyelidik akan menumpukan
kepada (a) sikap pekerja (b) pekerja pengeluaran (c) sistem saran baru.
Dalam penyelidikan kuantitatif, objektif kajian dapat dibentuk dalam bentuk hipotesis.
Berdasarkan

kepada

hubungan

antara

pembolehubah-pembolehubah

yang

dibangunkan melalui rangkaian teoritikal, kita dapat membentuk hipotesis kajian


yang boleh diuji. Sebagai contoh, Bila bilangan meja makan ditambah dalam
sesebuah restoran maka kepuasan pelanggan akan meningkat.

6.

Rekabentuk Kajian

Setelahobjektif kajian ditentukan maka kita boleh merancang apakah reka bentuk
kajian yang diperlukan. Persoalan yang bermain dalam diri penyelidik adalah sama
ada ia memerlukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif. Persoalan ini
dapat dijawab setelah kita membentuk objektif kajian yang mana kita akan
menggunakan pendekatan kualitatif bila kita membentuk persoalan kajian. Manakala
kita akan menggunakan pendekatan kuantitatif bila kita membentuk hipotesis kajian.
Bagaimanapun terdapat isu lain yang perlu kita selesaikan. Pertama, penyelidik perlu
menentukan adakah penyiasatan yang bakal dilakukkan adalah berbentuk tinjauan
(explolatary), deskriptif, atau pengujian hipotesis. Kedua, jika kajian ituadalah
menggunakan pendekatan kualitatif , adakah penyelidik menggunakan temuduga,
kumpulan focus, pemerhatian atau panel. Adakah penyelidik menggunakan
kombinasi kaedah pengumpulan data? Ketiga, respoden perlu dikenalpasti dan
dipilih. Siapa yang perlu ditemuduga? Siapa yang perlu ditemuduga? Siapa yang
perlu menerima boring soal selidik? Bagaimana responden dikenalpasti dan dipilih?
Adakah keseluruhan populasi akan disiasat atau menggunakan sampel? Keempat,
beberapa konsep atau pembolehubah perlu dioperasikan atau diterangkan dengan
jelas. Sebagai contoh, apakah yang dimaksudkan dengan pekerja? Apakah yang
dimaksudkan

dengan

kepuasan?

Apakahkah

yang

dimaksudkan

dengan

peningkatan jualan yang tinggi? Adakah peningkatan 10%, 20% atau 30% yang
dianggap tinggi? Rekabentuk penyelidikan perlu menjawab persoalan-persoalan
asas seperti yang disebutkan di atas.

7.

Pengumpulan Data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip.
Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Strategi dan teknik
merupakan cara-cara yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat
dalam penyelidikan. Tujuan kajian akan membantu menentukan strategi kajian.
Teknik atau taktik merujuk kepada kaedah khusus dalam kaedah pengumpulan data.
Contohnya seperti temubual, soal selidik, pemerhatian, dan sebagainya. Setiap
strategi dan teknik masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Penyelidikan boleh memilih strategi dan teknik tertentu ataupun menggabungkannya.
Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti,
keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.
Penyelidikan yang empirikal akan memilih strategi dan teknik yang sesuai dan betul
dalam mengumpul data. Secara amnya terdapat dua kategori data iaitu data primer
dan data sekunder. Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara
langsung daripada situasi pekerjaan yangsebenar. Antara teknik yang selalu
digunakan untuk mendapatkan data primer adalah seperti menggunakan boring soal
selidik, temubual, dan pemerhatian.
Data sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan
boleh diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Ia melibatkan kajian-kajian teks,
dokumen, kertas kerja, media massa, dan sebagainya. Sebagai contoh, data-data
yang diperolehi hasil temubual dengan para pekerja dikenali sebagai data primer.
Data-data yang kita perolehi melalui bacaan di perpustakaan pula dianggap sebagai
data sekunder.
Teknik yang biasa dipilih oleh penyelidikan kualitatif ialah pemerhatian, temubual,
soal selidik, kajian-kajian bahan seperti dokumen dan teks, visual seperti gambar
dan video, laporan rasmi, dan lain-lain. Bagi penyelidikan kuantitatif, strategi asas
ialah soal selidik, menganalisa maklumat-maklumat data-data numerikal yang sedia
ada dan melakukan pengujian hipotesis. Sekiranya kita mempunyai sampel yang
besar, kita boleh memilih strategi menggunakan borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden. Sekiranya sampel yang dipilih cuma empat orang, kita boleh
memilih strategi temubual. Kajian rintis atau praujian perlu dilakukan untuk melihat
sejauh manakah strategi dan teknik yang telah dipilih sesuai dan mampu
dilaksanakan. Sebagai contoh, jika kita menggunakan borang soal selidik, ianya
perlu dicuba terlebih dahulu. Borang-borang diedarkan kepada responden terpilih.
Hasilnya akan dikaji dan di mana perlu pengubahsuaian dilakukan terhadap
kandungan borang soal selidik sebelum ianya diedarkan untuk penyelidikan sebenar.

Data boleh dikutip melalui pendekatan kualitatif (sebagai contoh, kumpulan fokus)
atau pendekatan kuantitatif (contohnya, boring soal selidik). Misalnya, jika penyelidik
ingin mengetahui apakah pekerja berasa bimbang terhadap sistem saran baru maka
beliau perlu menggunakan temuduga kaedah kumpulan fokus. Bagaimanapun jika
beliau ingin menyiasat sama ada terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan
pengeluaran maka beliau patut menggunakan boring sola selidik.

8.

Analisis Data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan
menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau
hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis
secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada
objektif kajian dicapai atau tidak. Sebagai contoh, untuk melihat sama ada terdapat
hubungan antara kepuasan kerja dan tahap pengeluaran maka kita perlu memilih
analisis korelasi. Dengan kata lain ujian hipotesis perlu dilakukan dengan
menggunakan ujian statistic yang bersesuaian. Manakala dalam analisis secara
kualitatif, penyelidik boleh mendapatkan data melalui temuduga atau pemerhatian.
Sebagai contoh untuk melihat sama ada system saraan baru membawa kekecewaan
kepada pengurus maka selepas system itu dijalankanpenyelidik boleh mengadakan
pertemuan dengan beberapa orang pengurus untuk mendapatkan maklum balas.

9.
Dalam

Menterjemahkan Dapatan Kajian


langkah

ini

penyelidik

perlu

membuat

kesimpulan

dengan

cara

menterjemahkan dapat kajian yang di dapati dalam analisis data pada langkah
sebelumnya.
Menginterpretasi data merupakan perkara penting yang menarik minat penyelidik.
Penganalisaan perlu dilakukan dengan teliti. Data-data akan membuktikan atau
menafikan hipotesis penyelidikan. Bagi penyelidikan kuantitatif, data-data perlu
diproses dengan pengiraan yang berhati-hati supaya tidak berlaku kesalahan
statistik. Sekarang penganalisaan data adalah lebih mudah dengan bantuan program
komputer. Dalam menganalisa statistik, kita harus akur dengan kenyataan statistik
tidak

selalunya

benar-benar

membuat

kenyataan

yang

tepat,

ia

hanya

mencadangkan kenyataan yang betul, iaitu ada kemungkinan betul dan ada
kemungkinan tidak betul.Maklumat-maklumat hasil penyelidikan kualitatif pula perlu
dicatatkan semasa atau sebaik sahaja kerja lapangan dijalankan. Ini terutamanya
untuk mengelakkan penyelidik misalnya terlupa akan maklumat-maklumat yang

baru diperolehinya. Penganalisaan dapat dibantu dengan penggunaan carta, jadual,


graf, rajah, transkrip, dan sebagainya.
Sebagai contoh hubungan antara kepuasan kerja dan tahap pengeluaran adalah
+0.8, maka penyelidik dapat mebuat kesimpulan bahawa terdapat hubungan positif
yang kuat antara kepuasan kerja dan tahap pengeluaran. Dengan kata lain jika
kepuasan kerja meningkat maka tahap pengeluaran para pekerja juga akan
meningkat.

10.

Menulis laporan

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis
laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam
laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang
kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk
kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangancadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.
Melaporkan hasil bermaksud menukarkan penyelidikan yang telah dijalankan kepada
bentuk susunan teks bertulis. Ia merupakan peringkat akhir sesuatu penyelidikan.
Penulisan laporan selalunya dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil iaitu
pengenalan dan latar belakang kajian, hipotesis dan kaedah kajian, analisa datadata, rumusan dan penutup, bibliografi dan lampiran-lampiran yang berkaitan.
Sebelum bahagian pengenalan, laporan selalunya mengandungi ruang untuk
halaman dan ringkasan atau abstrak kajian. Bahagian pengenalan menerangkan
mengenai tajuk dan bidang kajian. Pada kebiasaannya sebahagian besar isinya
adalah berdasarkan rujukan-rujukan sekunder. Bahagian hipotesis pula menyatakan
harapan-harapan pengkaji terhadap hasil kajian. Ia juga menerangkan rasional di
sebalik kaedah yang dipilih. Selepas itu barulah penulisan membincangkan hasilhasil berdasarkan data-data yang diperolehi. Hujahan-hujahan yang kritikal
disertakan. Dapatan-dapatan utama merupakan perkara-perkara yang berkaitan
secara langsung dengan permasalahan penyelidikan. Mungkin juga terdapat
dapatan-dapatan sampingan yang tidak secara langsung berkaitan dengan topik
kajian. Akhirnya penyelidik akan membuat rumusan daripada hasil kajian dan
membuat cadangan-cadangan yang berkaitan. Adalah menjadi kebiasaan setiap
penyelidikan sosial mencadangkan kajian-kajian lanjut berdasarkan dapatandapatannya.
Pada tahap ini penyelidik perlu membandingkan kajian yang telah dibuat dengan
kajina sebelumnya. Pada tahap ini penyelidik perlu mempersembahkan kepada

pelanggan atau pihak pengurusan atas untuk tindakan lanjut selepas apa yang telah
didapati dalam kajiannya.
Di akhir penyelidikan, penyelidik bolehlah membuat rumusan kesimpulan. Di
peringkat

ini,

beliau

haruslah

memberi

laporan

penyelidikan

dan

membincangkankepentingan hasil kajiannya dengan mengaitkan hasil kajian


tersebut kepada teori dan penyelidikan yang telah wujud.
Oleh itu beliau boleh menyokong kepada teori sedia ada atau menolak teori yang
sedia ada. Beliau juga boleh memberikan cadangan teori-teori sedia ada
dimodifikasikan atau dikaji semula.

11.

Tindakan Susulan Badan Pengurusan Atasan

Pihak pengurusan perlu peka atas apa yang dibentangkan oleh penyelidik terhadap
apa yang telah dikaji. Dalam tahap ini, tindakan pihak pengurusan perlu mempunyai
tanggungjawab. Setelah selesai pembentukan cadangan-cadangan perlu dibuat
untuk menyediakan berbagai rancangan untuk sebagai maklum balas terhadap
masalah atau peluang yang dikemukakan. Perancangan-perancangan ini perlu
dilaksanakan serta dikawal perlaksanaannya agar tidak menyimpang dari apa yang
telah dirancangkan.

Rajah: Proses Penyelidikan menurut Hair (2007)


Sumber: Hair (2007)

Rajah: Proses penyelidikan menurut Cavana, Delahaye danc Sekaran, 2003).


MASALAH SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

1. Pemerhatian
Pengarah Teknologi Maklumat bagi di Kolej Yayasan Melaka memerhatikan bahawa
sistem pengurusan maklumat yang baru dipasang tidak digunakan oleh para penguruspengurus jabatan akademik sebagaimana dijangkakan. Para pengurus tersebut akan
menemui Pengarah Teknologi Maklumat dan sesetengah pakar komputer untuk
pertolongan atau yang paling teruk membuat keputusan sendiri tanpa merujuk fakta
yang terdapat dalam sistem pengurusan maklumat yang dibangunkan. Pengarah
Teknologi Maklumat di Kolej Yayasan Melaka merasakan tindakan atau kelakuan yang
dilakukan oleh para pengurus tersebut adalah sesuatu yang tidak diingini dan ia
merupakan suatu masalah yang perlu diatasi.
2. Maklumat yang dikumpulkan melalui temubual tidak formal
Dengan berbual-bual dengan para pengurus jabatan akademik, Pengarah Teknologi
Maklumat mendapati bahawa kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai
pengetahuan yang mencukupi mengenai sistem pengurusan maklumat yang sebenar
yang sebagaimana jabatan sistem pengurusan maklumat sediakan. Pengetahuan
tentang bagaimana mencapai, melombong data (data mining) dan menggunakannya
adalah terlalu sedikit.
3. Memperolehi maklumat melalui kajian literatur (ulasan karya)
Pengarah Teknologi Maklumat kemudiannya menggunakan internet bagi mendapatkan
lebih banyak maklumat ke atas perkara kekurangan pengunaan sistem pengurusan
maklumat dalam organisasi. Hasil daripada pembacaan karya lepas menunjukkan
bahawa kebanyakan kebanyakan pengurusan peringkat pertengahan, terutamanya
orang lama, tidak begitu mengetahui bagaimana mengoperasikan komputer dengan
sendiri dan mengalami perasaan fobia terhadap komputer. Kekurangan pengetahuan
terhadap apa yang disediakan oleh pihak sistem pengurusan maklumat juga menjadi
salah satu sebab utama mengapa para pengurus peringkat pertengahan iaitu pengurus
akademik tidak menggunakan sistem ini.
4. Pendefinisian Masalah
Pengurus-pengurus menghadapi masalah dalam menggunakan komputer dan tidak
dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan sistem maklumat pengurusan syarikat.
Adakah kekurangan pengetahuan terhadap apa yang disediakan oleh pihak sistem
pengurusan maklumat juga menjadi salah satu sebab utama mengapa para pengurus

peringkat pertengahan iaitu pengurus akademik tidak menggunakan sistem pengurusan


maklumat?
5. Pembentukan teori (Kerangka kerja teoritikal)
Berdasarkan maklumat ini Pengarah Teknologi Maklumat akan membangunkan teori
yang merangkumi ksesemua faktor-faktor relavan yang menyumbangkan kepada
kekurangan capaian ke atas sistem pengurusan maklumat oleh para pengurus dalam
organisasi.
6. Objektif kajian
Berdasarkan teori tersebut, Pengarah Teknologi Maklumat akan menjana pelbagai
hipotesis untuk diuji. Salah satu di antaranya ialah: pengetahuan terhadap penggunaan
sistem pengurusan maklumat membantu pengurus untuk menggunakannya dengan
efektif.
7. Rekabentuk Kajian
Penyelidik akan merekabentuk temebual berstruktur berasaskan kepada pelbagai faktor
seperti yang terdapat dalam teori-teori tentang bagaimana dapat menggalakkan
penggunaan sistem maklumat pengurusan (MIS) syarikat. Di antaranya adalah dengan
pengetahuan terhadap MIS, jenis maklumat atau panduan tentang MIS yang
disediakan,dajah keselesaan dalam menggunakan MIS dan akhir sekali adalah
sejauhmanakah pengurus dan pekerja syarikat menggunakan MIS dalam tiga bulan
lepas. Oleh kerana penyelidik ingin membuat keputusan, maka rekabentuk yang akan
dibangunkan adalah rekabentuk pengujian hipotesis.
8. Pengumpulan data
Seterusnya, Pengarah Teknologi Maklumat akan menemubual dengan para pengurus.
9. Analisis data
Pengarah Teknologi Maklumat kemudiannya akan menganalisa data yang diperolehi
melalui borang soal selidik untuk melihat faktor-faktor yang menghalang pengurus dari
menggunakan sistem pengurusan maklumat.
10. Terjemahan data

Berdasarkan

dari

keputusan

yang

diperolehi,

Pengarah

Teknologi

Maklumat

merumuskan dan menjalankan deduksi bahawa pengurus yang tidak menggunakan


sistem pengurusan maklumat disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.
11. Penyediaan Laporan
Pengurus sebagai penyelidik akan mula menulis laporan yang mana beliau akan cuba
membuat cadangan-cadangan bagi tindakan pada masa hadapan.
12. Tindakan Pengurusan atasan
Setelah selesai pembentukan cadangan-cadangan perlu dibuat untuk menyediakan
berbagai rancangan untuk sebagai maklum balas terhadap masalah atau peluang yang
dikemukakan.

Perancangan-perancangan

ini

perlu

dilaksanakan

serta

dikawal

perlaksanaannya agar tidak menyimpang dari apa yang telah dirancangkan. Deduksi ini
membantu Pengarah Teknologi Maklumat untuk mengambil langkah yang sepatutnya
untuk memperbetulkan situasi yang mungkin melibatkan seminar tertentu bagi melatih
para pengurus akademik agar dapat menggunakan komputer dan perkhidmatan yang
disediakan oleh jabatan sistem pengurusan maklumat.
D) PENULISAN ULASAN KARYA
Mengikut Sistem Harvard, sesuatu rujukan dibuat hendaklah dengan menyebut nama
pengarang dan tahun penerbitan. Di dalam teks, tahun pernerbitan diletakkan di dalam
kurungan selepas nama pengarang sekiranya nama ini menjadi sebahagian ayat. Sebagai
contoh :
Jika seorang pengarang,
John (1986) ..
Jika dua orang pengarang,
Salleh & Mahmud (1987) ..
atau, jika ada lebih daripada dua orang pengarang,
Ahmad et al. (1990).
Jika beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di dalam tahun yang sama,
abjad a, b, c, dan lain-lain bendaklah diletakkan selepas tahun penerbitan; sebagai contoh:

Ahmad & Abu (2002a)..


Ahmad & Abu (2002b)..
Sebaliknya pula, nama pengarang dan juga tahun penerbitan diletakkan di dalam kurungan
jika nama pengarang bukan merupakan bahagian ayat. Sebagai contoh :
........ (Ahmad & Mansor, 2003).
Jika beberapa penerbitan dirujuk di dalam sesuatu ayat, rujukan itu mestilah disebut
mengikut susunan tahun. Walau bagaimanapun, jika beberapa penerbitan yang diterbitkan
di dalam tahun yang sama dirujuk, rujukan itu mestilah disebut mengikut susunan abjad
dengan rujukan yang ditulis oleh seorang pengarang didahulukan daripada rujukan yang
hasilkan oleh beberapa orang pengarang.
Pada akhir laporan, semua rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.
Senarai ini tidak perlu diberi nombor. Rujukan tentang makalah hendaklah ditulis seperti
yang berikut: nama pengarang singkatan nama (bukannya nama pengarang pertama et al.),
tahun penerbitan diletakkan di dalam kandungan, tajuk penuh penulisan, nama makalah
yang dipendekkan dengan huruf condong (atau digarisi pada sebelah bawah), nombor jilid
ditulis dengan nombor Arab yang digarisi dua kali pada sebelah bawah (atau di dalam
cetakan tebal), mukasurat permulaan dan mukasurat akhir penulisan itu. Sebagai contoh :
Jeanquart, S., & Peluchette, J. (1997). Diversity in the workforce and management
models. Journal of Social Work Studies. 43 (3), 72-85.
Dalam sistem Harvard, judul buku ditulis didalam huruf condong (ataupun digaris pada
sebelah bawah) diikuti pula dengan nama bandar dan nama penerbit. Sebagai contoh:
Leshin, C B. (1997). Management on the World Wide Web. Englewood Cliffs, NJ: Prentice
Hall.
Rujukan kepada buku yang disunting boleh ditulis seperti berikut:
Hocking, A. D. (1988). Mould and yeasts associated with foods of reduced water activity:
Ecological interactions. In Food Preservation by Moisture Control
(Seow, C. C., ed.), p. 57-72.London: Elsevier Applied Sci. Publ.
Senarai Rujukan

Maklumat berikut mestilah dinyatakan apabila menyenaraikan sebuah buku untuk senarai
rujukan.

Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editor-editor atau institusi yang

bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut


abjad.

Tarikh terbitan.

Judul penuh buku itu, termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan).

Judul siri, jika ada, dan jilid atau nombor siri.

Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam

beberapa jilid.

Edisi, jika bukan edisi asal/pertama.

Bandar/tempat terbitan.

Nama penerbit.

APA 5th Edition Guidelines


Encyclopedia atau kamus (dictionary)
Sadie, S. (Ed.). (1980). The new Grove dictionary of music and musicians (6th ed., Vols. 120). London: Macmillan.
Buku
Calfee, R. C., & Valencia, R. R. (1991). APA guide to preparing manuscripts for journal
publication. Washington, DC: American Psychological Association.
Web site
Shade, L. R. (1993). Bender issues in computer networking. Retrieved August 8, 2000, from
http://www.mit.edu/sorokin/women/lrs.html
Journal article, more than one author, paginated by volume
Kernis, M. H., Cornell, D. P., Sun, C. R., Berry, A., & Harlow, T. (1993). There's more to selfesteem than whether it is high or low: The importance of stability of self-esteem.Journal of
Social Psychology, 38, 1190-1204.
Journal article, one author, paginated by issue

Maienza, J. G. (1986). The superintendency: Characteristics of access for men and


women. Educational Administration Quarterly, 22 (4), 59-79.

Anda mungkin juga menyukai