Anda di halaman 1dari 20

i

Etika Pro. - dilema di tempat kerja


ii
SOALAN TUGASAN

ARAHAN:

Tujuan tugasan ini untuk membangunkan pemikiran etika anda serta membantu anda
memahami bagaimana inisiatif etika yang dijalankan oleh organisassi boleh
mempengaruhi persekitaran etikanya. Fikirkan sesuatu dilemma yang pernah anda
hadapi di tempat kerja. Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja, temuduga
seseorang yang bekerja/mempunyai pengalaman bekerja dan soal mereka mengenai
sesuatu dilema etika yang pernah mereka hadapi di tempat kerja.
Untuk tugasan ini anda dikehendaki:
1. Menghuraikan mengenai sesuatu dilema etika yang pernah dihadapi di tempat
kerja.
2. Terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah etika tersebut.
3. Kemudian dengan menggunakan teori-teori seperti utilitarian, hak, keadilan atau
lain-lain teori etika, terangkan teori manakah yang paling sesuai menghuraikan
bagaimana anda menyelesaikan dilemma tersebut.
4. Adakah terdapat sumber/peralatan dalam organisasi tersebut yang membantu
anda dalam menyelesaikan dilema etika tersebut. Senaraikan semua
peralatan/sumber yang ada. Jika organisasi tersebut tidak mempunyai
peralatan/sumber, berikan cadangan sumber-sumber yang boleh dilaksanakan
oleh organisasi tersebut.
5. Kesimpulan bagi keseluruhan tugasan.
6. penyusunan bagi tugasan.
1
PENDAHULUAN



Etika adalah prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai, norma
dan sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan. Apabila ahli-ahli sesebuah
organisasi rnemiliki satu matlamat yang sama maka akan wujud keharmonian dalam
organisasi tersebut untuk mengamalkan etika kerja yang sama. Nilai, norma dan sikap
yang dikongsi bersama secara positif akan rnenerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik
dan oleh yang demikian ia akan mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara
keseluruhan. Begitu juga kalau semua orang berkongsi nilai, norma dan sikap yang
kurang baik akan rnenyebabkan etika kerja yang kurang baik.
Etika amat penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada di peringkat keluarga,
masyarakat, organisasi dan negara. Etika berasal dari perkataan ethics. Menurut Oxford
Dictionary (2005), ethics bermaksud beleifs about what is morally correct or
acceptable iaitu kepercayan berkenaan sesuatu yang benar dan penerimaan dari sudut
moral . Kamus Elektronik Brainy pula mendefinisikan ethics sebagai , morals; treating
of the moral feelings or duties; containing percepts of morality dan definisi ini
membawa maksud yang sama dengan definisi yang diberi oleh Professor Francis Ng,
FRICS, FHKIS, JP President of Hong Kong Institute of Surveyors (2000), iaitu the
studies of human duties, moral principles and rules of conduct. Secara mudahnya
difahami prinsip-prinsip moral dan peraturan berkenaan tata kelakuan kemanusiaan.

Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-
muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru
2
itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan"
tetapi sebagai satu "profesion" (Omar Hashim,1993)

Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita
menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak J emu Mengajar Tidak
Lesu"; yang membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan
bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muirdnya. Prinsipnya
ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang
sangat mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat
yang tersasar jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru
mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak
akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu
di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.

Namun begitu, masih terdapat guru yang sanggup melanggar etika kerja
keguruan sehingga sanggup mengabaikan murid yang amat berharap setiap kali
kesekolah, mereka akan belajar dengan sempurna. Guru yang mengabaikan tugasnya
ini bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri malah masalahnya terus menjadi satu
dilema terutama kepada guru yang berhubung terus dengan murid iaitu guru kelas.








3
1. Menghuraikan mengenai sesuatu dilema etika yang pernah dihadapi di tempat kerja.

Guru tidak menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Cikgu Anuar (bukan nama sebenar) adalah guru yang ditugaskan mengajar
matapelajaran sains tahun empat. Sebagai seorang guru, Cikgu Anuar sepatutnya
melakukan proses pengajarannya dengan sempuran sebagai mematuhi etika keguruan.
Namun, apa yang berlaku adalah disebaliknya. Cikgu Anuar sering kali tidak masuk
kelas. Perkara ini dikesan apabila didapati murid-murid dalam keadaan bising dan
apabila diselidiki, didapati masa itu murid-murid sepatutnya belajar matapelajaran sains.
Seringkali juga didapati Gikgu Anuar mengarahkan murid-murid tahun empat tersebut
kepadang terutama untuk slot waktu pagi untuk bermain walaupun bukan pada masa
pelajaran jasmani.

Ada juga didapati Cikgu Anuar bersama murid-murid di dalam kelas tetapi tidak
berlaku proses pembelajaran, murid bising, kelas tidak teratur dan pernah juga Cikgu
Anuar membawa murid tahun empat tersebut ke makamal computer. Tetapi hanyalah
bertujuan supaya guru berpeluang bermain permainan computer dan membiarkan murid
melakukan aktiviti bebas.

Sebagai Guru Kelas yang sentiasa memantau keadaan kelas dan
pencapaian akademik murid-murid dibawah jagaannya, kelakuan dan tindakan Cikgu
Anuar menimbulkan berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan dilema dalam
dirinya.

Kesan dilema tersebut seperti beliau merasakan tanggungjawanya sebagai guru
kelas tidak terlaksana.
4
Melihat kepada pencapaian murid-murid yang merosot dalam mata pelajaran
yang sains menyababkan dirinya tidak senang duduk, tambahan lagi murid-murid sering
kali mengadu hal mereka mengenai pembelajaran sains terutamanya setiap kali murid-
murid akan menjalani ujian bulanan. Keadaan menjadi bertambah bermasalah apabila
murid-murid dengan sendirinya mengabaikan pelajaran dan terbawa-bawa pada masa
pengajaran dan pembelajaran lain. Ini terjadi apabila murid-murid merasa tidak perlu
belajar bersungguh-sungguh apabila datang kesekolah.Seterusnya murid-murid mula
rasa kurang hormat kepada guru terutama Cikgu Anuar dan ada yang sanggup
membuat anggapan guru malas untuk mengajar.
Pengajaran sains dalam bahasa inggeris (ETeMS) menuntut guru melakukan
pengajaran yang sempurna, perkara ini akan menjejaskan hasrat kerajaan. Sedangkan
kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang banyak bagi menjayakan Program
Pendidikan ini.
Ibu bapa murid-murid juga merasakan ada sesuatu yang bermasalah apabila
menyemak buku-buku latihan untuk mata pelajaran sains dan didapati tidak banyak
latihan yang diberikan oleh guru yang mengajar dan ibu bapa mengemukakan berbagai
pertanyaan yang menyebabkan masalah ini terus menjadi dilema.















5
2. Terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah etika tersebut.

Sebagai guru yang mempunyai rasa tanggung jawab terhadap murid-murid di bawah
jagaannya. Dilema tersebut diselesaikan dengan beberapa cara berikut:

Perbincangan dengan Guru Besar.

Perbincangan dengan Guru Besar yang merupakan orang yang paling
bertanggung jawab mengenai perjalanan hal ehwa sekolah. Guru Besar diberitahu
mengenai masalah pencapaian mata pelajaran yang diajar oleh Cikgu Anuar. Jika
pencapaian murid-murid merosot ini bermakna terdapat masalah yang perlu
diselesaikan berkaitan mata pelajaran tersebut. Guru Besar juga diberitahu mengenai
aduan yang diterima oleh murid-murid tahun empat tersebut. Aduan ini sebagai satu
bukti bahawa Cikgu Anuar tidak melakukan proses pengajaran yang sempurna. Di akhir
perbincangan, Guru Besar menyatakan hasratnya untuk melakukan pemantauan yang
lebi kerap terutama untuk masa pengajaran sains di kelas tersebut.

Guru Kaunseling Sekolah


Setelah berbincang dengan Guru Besar, Pertemunya seterusnya ialah dengan
Kaunseling Sekolah. Tujuan perbincangan ini ialah untuk meminta nasihat mengenai
dilema yang dihadapi ini. Dalam sesi kaunseling tersebut, tekanan daripada dilema
yang ditanggung sebelum ini dapat dikurangkan. Hasil perbincangan dengan kaunselor
sekolah dan dengan persetujuan guru besar. Satu sesi kaunseling akan dibuat untuk
Cikgu Anuar bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Tujuannya ialah untuk
mengesan masalah-masalah yang berkait yang menyebabkan Cikgu Anuar tidak
menjalankan proses pengajaran dengan sempurna.
6


Guru Kaunseling Sekolah


Usaha seterusnya yang dilakukan untuk menyelesaikan dilema berkaitan
pengajaran yang tidak dijalankan oleh Cikgu Anuar. Dalam mesyuarat panitia,
dikemukakan kesan-kesan daripada masalah yang berlaku seperti kemerosotan
pencapaian murid, ketiadaan latihan dan kerja rumah dan pengaduan ibu bapa. Agenda
ini dibincangkan bagi menimbulkan kesedaran agar pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan sempurna atau dengan kata lain guru menjalankan tugas mengajar
sebagaimana yang terdapat didalam etika keguruan.

Semasa mesyuarat panitia juga dibincangkan masalah-masalah yang
menyebabkan berlakunya kemorosotan pencapaian dan mencari penyelesaian dengan
memberi fokus utama kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ahli-ahli
panitia juga perlu diingatkan semula tugas-tugas dan tanggungjawab mereka
termasuklah bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan
prestasi akademik murid-murid.

Pertemuan dan perbincangan dengan Cikgu Anuar

Sebagai guru kelas yang merasai beban dilema yang melingkari hidupnya.
Satu pertemuan diadakan untuk berbincang mengenai masalah pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Pertemuan ini dibuat sekadar mengemukakan cadangan dan
pandangan hasil dari perbincangan yang telah dibuat dengan guru besar, guru
kaunseling sekolah dan keputusan dari mesyuarat panitia dan bukan bertujuan untuk
menuduh sesiapa punca masalah.

7
Sebagai guru kelas, adalah lebih mudah untuk menyatakan hasrat dan harapan
untuk melihat murid-murid di dalam jagaannya cemerlang. Pada pertemuan ini juga
disampaikan hasrat ibubapa agar anak-anaknya diberi kerja rumah bagi mengisi masa
lapang dengan cara yang berfaedah. Akhir sekali dijelaskan mengenai keperluan murid
berkaitan matapelajaran sains yang akan menjadi matapelajaran penting dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah akan datang.











8
3. Kemudian dengan menggunakan teori-teori seperti utilitarian, hak, keadilan atau lain-
lain teori etika, terangkan teori manakah yang paling sesuai menghuraikan bagaimana
anda menyelesaikan dilema tersebut.




TEORI ETIKA YANG DIPILIH BAGI MENYELESAIKAN DILEMA ETIKA


Teori Utilitarianism

Pendekatan teleological terhadap etika berbentuk pengurusan memberi penekanan
kepada kesudahan, bukan niat tindakan individu dengan lengkap. Teleology diterbitkan
daripada istilah Greece yang mana bermakna kesudahan atau keputusan.
Menurut pandangan Jeremy Bentham dan J. S. Mill nilai moral kelakuan peribadi
dapat ditentukan dari kelakuannya. Sekiranya kelakuan atau tindakan memberikan
manfaat kepada orang lain maka ia dianggap baik/betul. Tindakan tersebut dikira
salah sekiranya ia menyebabkan berlakunya kerosakkan pada orang lain. Objektifnya
memberikan banyak kebaikkan kepada masyarakat majoriti dan mendatangkan
kerosakkan atau kecederaan yang kurang pada yang lain.
Sesuatu tindakan boleh dinilaikan secara positif dan negatif. Sebarang kebaikkan
dan keburukkan perlu dinilai secara seimbang untuk mendapatkan kesan-kesan dari
tindakan yang akan dilakukan.
Dalam sistem teleological ini, nilai etika di fokuskan kepada akibat atau
perhasilan yang baik yang dapat dihasilkan dari tindakan atau perlakuan bukan dari niat
seseorang individu. Ia digelar Utilitarianism.
9

Cara penyelesaian masalah melalui teori Utilitariansim


a) Teori Utilitarianism ialah pendekatan teleological terhadap etika berbentuk
pengurusan dan memberi penekanan kepada kesudahan. Dalam mengurus sesuatu
perkara, sudah semestinya apa yang dititikberatkan ialah hasil yang akan diperolehi
kelak. Seseorang yang diberi amanah sebagai pengurus akan sedaya upaya berusaha
untuk mempastikan kesudahan yang baik.
Sebagai guru kelas, kejayaan atau kecemerlangan kelas yang diurus dinilai dari
keputusan peperiksaan akhir tahun nanti. Sekiranya keputusan peperiksaan itu
cemerlang bermakna guru kelas tersebut telah melakukan sesuatu tindakan yang baik.

b) Menurut Teori Utilitarianism, Sekiranya kelakuan atau tindakan memberi
manfaat kepada orang lain maka ia dianggap baik/betul. Sebagai guru kelas, tindakan
yang dilakukannya ialah supaya murid di bawah jagaannya memperolehi keputusan
yang baik adalah selari dengan Teori Utilitariansim. Untuk menyelesaikan masalah ini,
perjumpaan dengan Guru Besar, pertemuan dengan guru kaunseling sekolah,
perbincangan dalam mesyuarat dan akhirnya pertemuan dengan Cikgu Anuar adalah
dianggap baik/betul kerana bertujuan agar pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran sains di dalam kelas empat akan dijalankan dengan sempurna.
Pengajaran dan pembelajaran yang sempurna akan meningkatkan pencapaian
akademik murid tahun empat tersebut.

Bagi Cikgu Anuar, pada beliau berasa tindakannya betul baginya kerana dengan
bekerja secara sedemikian, tidak terasa bebanan kerja yang terpaksa ditanggung.
Padanya itulah cara yang paling mudah untuk bekerja dan memdapat gaji sedangkan ia
telah mengabaikan tanggungjawabnya yang menyebabkan pencapaiaan akademik
murid merosot.
10
c) Pendekatan seterusnya menurut Teori Utilitarianism ialah Tindakan tersebut
dikira salah sekiranya ia menyebabkan berlaku kerosakan kepada orang lain. Dalam
dilema yang dihadapi oleh guru kelas ini, ia dikira salah sekiranya membiarkan saja
masalah pengajaran dan pembelajaran di kelasnya terus berlaku. Sekiranya keadaan ini
berterusan, murid dibawah jagaannya akan terus terabai pembelajaran mereka, Guru
Besar pula akan berasa bahawa masalah kemerosotan akademik buka berpunca
daripada guru-guru dibawah jagaannya dan Cikgu Anuar pula akan terus mengabaikan
tugasnya sebagai pengajar. Tindakan membiarkan keadaan ini berlaku merupakan satu
tindakan yang salah mengikut Teori Utilitarianism.

d) Objektif Teori Utilitarianism ialah memberi banyak kebaikan kebaikkan kepada
masyarakat majoriti dan mendatangkan kerosakkan atau kecederaan yang kurang pada
yang lain. Tindakan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah adalah bertepatan
dengan teori Utilitarianism kerana akan memberi kebaikan kepada murid dan seluruh
warga sekolah. Tindakan ini juga akan menyebabkan Cikgu Anuar berasa tidak selesa
kerana beliau terpaksa keluar dari keselesaan yang dikecapi olehnya selama ini.
Ketidakselesaan yang dirasai oleh Cikgu Anuar adalah kesan yang sedikit berbanding
kecemerlangan akademik yang diperolehi oleh murid dan kecemerlangan sekolah yang
dirasai oleh semua warga sekolah.
11
4. Adakah terdapat sumber/peralatan dalam organisasi tersebut yang membantu
anda dalam menyelesaikan dilema etika tersebut. Senaraikan semua peralatan/sumber
yang ada. Jika organisasi tersebut tidak mempunyai peralatan/sumber, berikan
cadangan sumber-sumber yang boleh dilaksanakan oleh organisasi tersebut.

SUMBER-SUMBER UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DILEMA ETIKA.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organisasi penting kepada sekolah.
Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar mencabar, ke arah meningkatkan akses,
ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam
sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG
berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan
isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk
kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan
guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa
dan meningkatkan lagi prestasi akademik. Pembangunan modal insan perlu dengan
tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar. PIBG
juga dilihat mampu bertindak sebagai peneraju serta pencetus kejayaan pelajar di dalam
UPSR yang diduduki, di samping faktor dalaman dan luaran lain yang menjadi asas
kepada kejayaan murid.
12
Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, menuntut
PIBG turun padang merencanakan teras strategi PIPP ke arah membina negara
bangsa; membangunkan modal insan; memperkasakan sekolah kebangsaan;
merapatkan jurang pendidikan; memartabatkan profesion keguruan; dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan. Sekiranya semua elemen ini berjaya diterjemahkan
sebaiknya, maka dinamika dan keanjalan sistem pendidikan mapan kita akan dicontohi
dan dikagumi dunia.
Melalui perkongsian pintar ini maka medan pendidikan di negara kita menjadi
lebih terbuka, seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Melalui kepimpinan dan
pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di
negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif,
moden serta ekonomik sepanjang masa.

Guru Besar
Watak utama dalam sesebuah sekolah ialah Guru Besar sebagai pengurus dan
pemimpin instruksional. Guru Besar ini memainkan peranan yang utama dalam usaha
melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang. Tiga perana utama yang dikenal pasti yang
perlu dimainkan oleh Pengetua atau Guru Besar ialah :
a) Mendefinisikan Misi Sekolah.
Guru Besar perlu mempunyai kebolehan untuk mendefinisikan misi sekolah dan
seterusnya meyebar luas misi dan matlamat sekolah kepada semua warga sekolah.
Hanya melalui usaha ini akan wujud satu visi sekolah yang dihasratkan oleh semua
13
pihak. Apa yang diharapkan hendaklah diperjelaskan dalam kerangka yang mudah
diterjemahkan kepada bentuk praktik.
Sekolah yang mempunyai matlamat yang jelas dan berfokus akan membantu ke
arah pencapaian matlamat tersebut. Bagi memudahkan pencapaian matlamat, Ia
hendaklah dapat menjuruskan kepada masalah utama dan penting dimana seluruh
tenaga dan usaha guru-guru yang ada dapat digerakkan ke arah pencapaian matlamat
tersebut.
b) Mengurus Program Instruksional
Usaha untuk mengurus program instruksional ini dapat diringkaskan melalui bebrapa
tindakan yang dicadangkan :
Tegas dan bermatlamat
Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran bermatlamat
Menyelia dan menilai instruksi
Memantau kemajuan murid.
c) Membina iklim Pembelajaran yang Positif
Iklim pembelajaran ialah etika guru-guru dan murid yang dapat mempengaruhi
pembelajaran di sekolah. Sikap dan etika guru-guru boleh dipengaruhi oleh Guru Besar
melalui dasar-dasar sekolah yang dikuatkuasakan. Guru Besar mezahirkan satu
pengharapan yang tinggi kepada pelajar dan staf melalui dasar dan amalan yang
dihasratkan.

14
Rakan Guru

Rakan-rakan merupakan salah satu sumber penting bagi mempengaruhi etika
seseorang individu. Kawan yang rapat dapat menyampaikan nasihat dan teguran
dengan cara bersahaja atau sambil berseloroh. Rakan Guru juga boleh menunjukkan
contoh yang baik. Melalui kawan-kawan juga kita dapat mengetahui masalah yang
dihadapi oleh seseorang. Berkemungkinan orang yang melakukan tindakan yang tidak
beretika ialah seorang yang bermasalah. Bagi guru yang menghadapi dilema di sekolah,
rakan guru merupakan orang yang paling memahami dilema tersebut.


Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ialah seorang guru yang mempunyai karisma tersendiri, inovatif
dan kreatif serta telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian. Sebagai Guru
Cemerlang di sekolah, cara pengajaran yang dilakukan olehnya adalah yang terbaik
untuk dijadikan sumber bagi menyelesaikan dilema ini.

Guru Cemerlang ini boleh dijadikan contoh untuk menarik minat Cikgu Anuar
melakukan pengajaran yang sempurna. Semua bahan-bahan pengajaran yang sesuai
untuk digunakan dalam pengajaran boleh dikongsi bersama disamping tunjuk ajar bagi
mencapai kecemerangan akademik yang dihasratkan. Perkongsian dengan Guru
Cemerlang akan mudah diterima oleh Cikgu Anuar memandangkan Guru Cemerlang
telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dalam bidang pendidikan.






15
Peralatan Teknologi Maklumat.


Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti
aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang
bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan
cara yang berkesan.(Mok Soon Sang,2003) Untuk keberkesanan pengajaran, peralatan
teknologi maklumat beserta kaedah dan teknik mengajar boleh diaplikasikan dalam
pengajaran.
Peralatan seperti laptop, LCD Projektor dan CD interaktif telah disediakan oleh
Kementerian Pelajaran untuk matapelajaran sains. Peralatan ini boleh digunakan bagi
membantu guru melakukan pengajaran yang sempuran. Disamping sebagai satu
kemudahan kepada guru, peralatan ini juga menjadikan pengajaran akan lebih berkesan
dan minat untuk mengajar akan bertambah. Bagi guru yang ada kemahiran teknologi
maklumat, pengajaran menggunakan peralatan sebegini menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi teramat mudah dan sempurna.

Perkhidmatan Kaunseling di sekolah
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang
boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam
pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat
dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu
bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat
dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat. Kaunseling merupakan kebolehan
seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan
hidup di dunia.
16
Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan
proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan
sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.
Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi
klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik
buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Kaunseling
dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri
dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini
akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada
padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-
halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih
sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini,
klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan
antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan
menyebabkan klien berubah.
Untuk membolehkan Perkhidmatan kaunseling dijalankan kepada Cikgu Anuar, Guru
Kelas menggunakan jasa baik Guru Besar untuk memberi arahan kepada Cikgu Anuar
mendapatkan khidmat kaunseling di sekolah tersebut. Satu cara lagi, Guru Besar boleh
memohon Perkhidmatan Kaunseling yang disediakan di Pejabat Pelajaran Daerah untuk
guru-gurunya yang memerlukannya atau dirasakan perlu oleh Guru Besar itu sendiri.
17

Penutup

Etika profesional adalah nilai-nilai atau tingkahlaku murni yang harus dihayati oleh
individu mengikut profesion masing-masing. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul
yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Tujuan etika
diadakan adalah untuk mengekalkan integriti moral seseorang profesional itu.
Hubungan etika dengan melakukan sebarang pekerjaan adalah sesuatu yang
tidak mungkin dapat dipisahkan ibarat kata seniman agung Negara dalam lagunya
Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Betapa eratnya etika dan bidang pekerjaan
sehingga terdapat banyak kod-kod etika kerja dipersembahkan di khalayak. Begitu
halnya dengan kod etika keguruan. Ianya bertujuan untuk mengawal tingkahlaku guru
dalam bentuk menyuruh melakukan yang terbaik dan meninggalkan perkara yang yang
mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang Negara maupun statusnya
sebagai professional.

Penerapan teori etika penting dalam menyelesaikan masalah etika yang berlaku
dikalangan pekerja-pekerja terutama guru. Teori etika boleh disesuaikan dengan
masalah yang berlaku bagi menghalang ia terus menjadi dilema dalam kehidupan
seharian. Guru yang beretika tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan
organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan
diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat
kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru beretika tidak
menunjukkan ciri-ciri 'orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar
dengan penuh ceria dan dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh,
memeriksa buku-buku tanpa bertangguh.

18
Guru yang beretika akan menggunakan sebaik mungkin masa yang
diperuntukan kepadanya untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
sempurna. Sumber-sumber yang diperolehi di tempat kerja akan dimanfaatkan sebaik
mungkin. Sumber-sumber yang ada seperti Guru Besar, Rakan Sekerja, Guru
Cemerlang, Perkhidmatan kaunseling dan alat-alat bantu mengajar akan dapat
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dari terus menjadi
dilema.

Anda mungkin juga menyukai