Anda di halaman 1dari 3

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2021/2022

JOW 459/4- PERKEMBANGAN ORGANISASI

PERHATIAN

1. Tugasan ini mestilah dijawab di atas kertas bersaiz A4, dan bertaip.

2. Jawapan tugasan berserta muka hadapan hendaklah dihantar ke pusat


pengajian Jarak Jauh, USM Pulau Pinang, selewat-lewatnya pada 25 Febuari
2022. Tugasan yang diterima lewat daripada tarikh diatas tidak akan
dipertimbangkan.

3. Markah ‘0’ akan diberikan kepada tugasan yang sama atau yang
mencurigakan tanpa apa-apa amaran.

TUGASAN

A. Maklumat Kumpulan

1. Setiap kumpulan terdiri dari 5 orang pelajar. Pelajar perlu mendaftarkan


tajuk tugasan dalam portal yang telah disediakan.
2. Kumpulan yang tidak mendaftar nama kumpulan dalam portal akan
diturunkan 3 gred dari gred asal.
3. Maklumat yang diperlukan apabila membuat pendaftaran, Nama dan kad
matrik pelajar sahaja.
B. Soalan Tugasan

XYZ merupakan syarikat perunding yang membantu organisasi


meningkatkan prestasi melalui peningkatan tenaga kerja. Anda adalah
perunding untuk XYZ dan telah ditugaskan untuk membuat perubahan dalam
organisasi.Organisasi tersebut sedang mempertimbangkan beberapa
perubahan untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada perubahan pesat
dalam persekitaran perniagaan. Anda perlu berjumpa dengan jabatan yang
berbeza dalam syarikat untuk menganalisis dan menilai status quo. Pada
akhir penyiasatan anda, anda dan pasukan anda akan mengemukakan
cadangan untuk perubahan dalam organisasi.

TUGAS ANDA

1. Pilih satu organisasi (sebaik-baiknya tempat kerja anda sendiri)


2. Kenalpasti masalah organisasi tersebut dengan membuat siasatan
apakah masalah utama organisasi tersebut.
3. Buat analisa kepada dapatan kajian.
4. Bincang kenapa terjadinya masalah tersebut.
5. Selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan intervensi OD yang
bersesuaian.

C. Panduan Laporan Tugasan

Tujuan tugasan ini adalah untuk memberi anda peluang untuk


mengaplikasikan intervensi OD dalam organisasi yang dipilih. Anda perlu
menyokong perbincangan anda dengan sorotan kajian yang berkait dengan
isu yang dipilih. Setiap pernyataan anda perlu disokong dengan bukti dari
pembacaan daripada artikel yang boleh diambil daripada jurnal. Setiap bukti
yang dirujuk dari pembacaan perlu dicite nama penulis dan tahun. Rujuk
panduan di bawah:

1. Pengenalan

Pengenalan tentang topik atau isu yang dikaji, dan kenapa pentingnya isu ini
dibuat kajian dalam organisasi yang dipilih. Konsep-konsep utama perlu
diperjelaskan dalam bab pengenalan supaya pembaca memahami dengan
jelas perbincangan isu yang akan dibuat. Hujah utama kenapa isu dikaji
perlu dinyatakan dengan jelas. Anda juga perlu membuat sorotan kajian
(pembacaan artikel jurnal) untuk menyatakan kepentingan isu dikaji bagi
menguatkan hujah perbincangan.

2. Sorotan kajian

Sorotan kajian kepada isu yang dipilih. Setiap tinjauan perlu menyatakan
dengan jelas kepada persoalan isu yang dipilih. Adalah penting untuk
memastikan setiap hujah perbincangan perlu disokong dengan sorotan
kajian yang diambil daripada artikel jurnal. Anda tidak dibenarkan untuk
membuat andaian atau spekulasi melalui pernyataan terhadap organisasi
yang dipilih. Setiap perbincangan perlu mempunyai teori (Apakah isu?,
empirikal ( apa buktinya?) dan aplikasi praktikal ( apakah implikasi kepada
pihak pengurusan).

3.Cadangan Intervensi OD kepada Organisasi

Anda perlu mencadangkan intervensi yang sesuai dengan masalah yang


dikaji. Anda boleh menggunakan sorotan kajian dari jurnal ilmiah untuk
menyokong perbincangan anda.

4. Kesimpulan

Perbincangan atau rumusan yang menyimpulkan isu utama kepada bukti


serta implikasi praktikal.

4.Rujukan

Rujukan perlu mengikut APA style.

5.Contoh Jurnal

a)Strategic Journal of Business & Change Management


b)Journal of Organizational Change Management
c)Journal of Change Management
d)Journal of Business Management

6. Contoh rujukan dalam perbincangan

a)Pendapat ini turut disokong oleh Amin (2018) yang menyatakan………….

Anda mungkin juga menyukai