Anda di halaman 1dari 9

“What you can do to improve your leadership?


“There is no magic formula for effective leadership, but you can
take several positive steps to improve your behavior. Be simple
but not simplistic.”

KEPIMPINAN DAN
MOTIVASI
Adila Hashim
Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan

36 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41


Pengenalan Definisi Kepimpinan Konsep Kepimpinan

B
enarkah pendapat yang Kepimpinan ialah perkataan Menurut Stodgill (1974),
mengatakan bahawa terbitan daripada “pimpin”. kepimpinan adalah satu konsep
pemimpin tidak dapat Pimpin bererti bimbing, pandu yang sukar dan kompleks.
dipisahkan dengan kepimpinan? atau tunjuk. Memimpin bererti Beliau melihat kepimpinan
Pemimpin dan kepimpinan memegang tangan dan membawa sebagai satu fenomena manusia
adalah pelengkap antara satu berjalan menuju ke sesuatu yang universal dan amat sukar
sama lain. Pemimpin adalah tempat. Kepimpinan membawa difahami.
individu manakala kepimpinan erti “keupayaan memimpin” dan
pula melambangkan kebolehan kepemimpinan pula “keupayaan Dinyatakan di sini beberapa
individu untuk melakukan sebagai pemimpin, daya definisi yang dianggap sesuai
sesuatu melalui orang lain. seseorang pemimpin” (Kamus dengan sesebuah organisasi.
Oleh itu, pemimpin tidak akan Dewan, 1994)
bermakna jika wawasannya tidak Robert Dubin (1958)
lagi dipatuhi oleh pengikutnya. Kepimpinan ialah tingkah laku menjelaskan “Leadership in
yang mempunyai keupayaan organizations involves the
Pada masa kini, organisasi mengubah haluan sesuatu exercise of authority and the
amat mementingkan kualiti organisasi. Kepimpinan making decisions”. Berdasarkan
kepimpinan pemimpin dan mempunyai kriteria-kriteria definisi tersebut, kepimpinan
pengurus kerana kualiti tertentu dalam usaha mencapai merujuk kepada keupayaan
kepimpinan inilah yang akan objektif organisasi. Mereka boleh serta kebijaksanaan seseorang
menentukan kejayaan atau memantau orang bawahan agar pemimpin dalam menguruskan
kegagalan sesebuah organisasi mengikut kriteria yang dipilih kakitangan bawahannya dan
itu. Pemimpin yang mempunyai untuk tujuan pembangunan sumber yang ada. Ia juga
gaya kepimpinan yang efektif dan kejayaan di samping dapat bermaksud sesuatu kuasa yang
dan efisien mampu membawa mempertahankan corak kerja ada pada seorang pemimpin
organisasinya mencapai berpasukan yang erat. untuk menggerakkan anggota
matlamat yang dikehendaki. kumpulannya untuk mencapai
Sebaliknya sesebuah organisasi Kepimpinan merupakan satu matlamat tertentu. Bagi
itu akan gagal sekiranya subjek yang menarik kepada mempengaruhi kakitangan,
kepimpinan pemimpinnya semua golongan masyarakat. biasanya seorang pemimpin
lemah. Kepimpinan memberi gambaran akan menggunakan pelbagai
individu yang berkuasa dan cara seperti memberi pujian,
Oleh yang demikian, pada hari dinamik, yang memerintah semangat, sokongan, ganjaran,
ini kebanyakan organisasi tentera atau empayar korporat. menunjukkan model yang baik,
menjadikan kebolehan Sejarah manusia penuh dengan menjelaskan matlamat yang
kepimpinan sebagai salah pemimpin tentera, politik, dikehendaki dan sebagainya.
satu kriteria dalam pemilihan agama dan sosial. Perjuangan
pemimpin dan pengurus pemimpin yang berani dan Menurut Gordon (1955),
atau pegawai eksekutifnya. bijaksana menjadi inti pati Kepimpinan ialah “satu proses
Sesetengah organisasi pula legenda dan mitos. interaksi di antara individu
menyediakan program latihan dengan kumpulan atau
kepimpinan bertujuan untuk khususnya di antara individu
mengembang dan meningkatkan dengan keseluruhan ahli-
kebolehan memimpin dalam ahlinya yang menganggotai
kalangan pengurus dan kumpulan. Setiap yang terlibat
kakitangannya.

Maktab Koperasi Malaysia 37


dengan proses interaksi ini boleh pemimpin. Setiap pemimpin bagaimanapun, matlamat
dianggap memegang peranan perlu memiliki perancangan organisasi itu tidak akan tercapai
yang tertentu yang membezakan sendiri yang mantap. sekiranya tidak mendapat
antara satu dengan yang lain iv. Kepimpinan mengandungi kerjasama daripada pengikutnya.
dan ini ialah pengaruh, iaitu tugas-tugas serta fungsi Oleh yang demikian, pemimpin
pemimpin mempengaruhi dan bagi menetapkan matlamat organisasi bertanggungjawab
pengikut mematuhi”. organisasi, menyusun, meningkatkan motivasi pengikut
mengarah, menyelaras, dan ke tahap yang cemerlang untuk
Koontz (1984) pula berpendapat mengawal bagi mencapai mencapai visi yang dikehendaki.
bahawa “kepimpinan secara matlamat yang ditetapkan.
amnya bermakna pengaruh, satu v. Kepimpinan merupakan satu Proses motivasi bermula apabila
seni atau proses mempengaruhi proses mempengaruhi orang seseorang itu mula mempunyai
manusia supaya dapat berusaha bawahan dan merupakan keinginan atau keperluan.
secara sukarela ke arah mencapai satu proses yang berterusan. Keinginan yang diidamkan ini
matlamat bersama”. vi. Setiap keadaan memerlukan menimbulkan satu keadaan
corak atau gelagat iaitu seseorang itu akan
Dalam tulisannya “Leadership kepimpinan yang sesuai berubah dan menjadi satu kuasa
Dynamic”, Hollander (1978), untuk sesuatu keadaan. Oleh tarikan atau penggerak yang
mendefinisikan kepimpinan itu, kepimpinan ialah fungsi membentuk satu motif atau
sebagai satu proses pengaruh yang bersifat khusus. matlamat. Seterusnya, motif
di antara pemimpin dan vii. Pemimpin seharusnya ini menggerakkan tingkah laku
pengikut. Meskipun pemimpin berkeupayaan untuk seseorang itu ke arah pencapaian
mempunyai kuasa tetapi memujuk agar dapat matlamat tersebut. Apabila
kekuatan pengaruh lebih mendorong orang bawahan matlamat tersebut tercapai
bergantung kepada pujukan dan bekerja ke arah pencapaian ia akan berasa puas dengan
paksaan. Proses kepimpinan matlamat organisasi. hasilnya, tetapi jika sebaliknya
selalunya melibatkan pertalian berlaku ia akan berasa kecewa
pengaruh yang bersifat dua arah dan putus asa.
dan tujuan utama ialah mencapai Kepimpinan dan Motivasi
matlamat bersama. Motivasi boleh menjadi
Pemimpin organisasi perlu pemangkin untuk merangsang
Daripada konsep kepimpinan memainkan peranan dalam pekerja supaya lebih bersikap
yang dikemukakan di atas maka memotivasikan pengikut dan positif terhadap kerja mereka.
dapatlah dirumuskan seperti pekerjanya, atau memimpin Pekerja yang mempunyai
berikut: dan mengajar mereka motivasi yang tinggi ada
untuk memotivasikan diri kaitannya dengan peningkatan
i. Kepimpinan wujud dalam mereka. Pemimpin organisasi kepuasan kerja, prestasi,
apa jua aktiviti yang disusun merupakan tonggak sesebuah pencapaian dan produktiviti
secara rapi dan sistematik. organisasi yang menentukan mereka. Pemimpin dan
ii. Kepimpinan berkaitan secara sama ada kejayaan atau pengurus organisasi perlu
langsung dan tidak langsung kegagalan organisasi tersebut. memainkan peranan untuk
dengan keseluruhan aktiviti Selain menentukan visi dan meningkatkan motivasi mereka
dalam organisasi. misi organisasi, pemimpin juga atau membantu dan mengajar
iii. Kepimpinan mempunyai bertanggungjawab merancang mereka memotivasikan diri
perkaitan rapat dengan perubahan supaya matlamat sendiri.
kuasa sebagai seorang yang diingini tercapai. Walau

38 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41


supaya bekerja kuat untuk
mencapai objektif organisasi.
Dalam mencapai matlamat
sesebuah organisasi, pemimpin
perlu lebih proaktif melalui
aspek keberkesanan gaya
kepimpinannya terhadap
pekerja.

Kepimpinan memainkan
peranan yang sangat penting
dalam menentukan kejayaan
sesebuah organisasi. “Teori
Kepimpinan Laluan Matlamat
Kepentingan Motivasi kerja yang dilakukan “(Path Goal Theory) yang
mereka. Pekerja juga diperkenalkan oleh Robert House
i. Pekerja yang bermotivasi mahukan pihak pengurusan mencadangkan bahawa tingkah
mempunyai semangat memberi mereka peluang laku pemimpin seharusnya
yang tinggi, mempamerkan untuk terlibat dalam dilihat sebagai suatu tindakan
kerjasama yang erat dan membuat keputusan dan yang boleh memotivasikan
ketaatan yang tinggi pada mewujudkan suasana kerja pekerja.
organisasi. Keinginan dan yang menyeronokkan dan
pencapaian pekerja yang harmoni. Pada dasarnya, “Teori
bermotivasi ini adalah Kepimpinan Matlamat”
tinggi. Mereka melakukan iii. Persekitaran kerja menggariskan tentang
kerja dengan bersungguh- termasuklah hubungan empat gaya kepimpinan yang
sungguh walaupun dengan teman sekerja, boleh dimanfaatkan untuk
menghadapi persaingan amalan penyeliaan, amalan memotivasikan pekerja iaitu:
atau menempuh kesukaran. kepimpinan, sistem ganjaran
Mereka seboleh mungkin dan hukuman, iklim
mengelak dari melakukan organisasi, dan kemudahan 1. Kepimpinan
tingkah laku negatif seperti yang boleh disediakan berorientasikan arahan
pusing ganti kerja, ponteng oleh organisasi mampu (Directive leadership)
kerja, atau curi tulang. mempengaruhi prestasi
pekerja. Faktor persekitaran Ia dikaitkan dengan gaya
ii. Motivasi juga penting dalam kerja ini juga mampu menyampaikan atau memberi
kepimpinan pemimpin meningkatkan kualiti dan penjelasan kepada pekerja.
dalam memantau tugas dan produktiviti yang lebih Pemimpin memberi arahan
tanggungjawab pekerja. tinggi. mengenai sesuatu tugas.
Pekerja bukan sahaja Dengan menyertakan mengenai
mengharap ganjaran berupa apakah harapannya berkaitan
wang untuk meningkatkan Gaya Kepimpinan untuk tugas tersebut, pemimpin juga
prestasi mereka sebaliknya Memotivasikan Pekerja turut memberikan penerangan
faktor motivasi lain yang mengenai bagaimana tugas
dapat mendorong mereka Gaya kepimpinan merupakan itu boleh disempurnakan
ke arah kecemerlangan. cara seseorang pemimpin dan juga penetapan waktu
Misalnya, pekerja menggunakan kuasa yang yang diperuntukkan untuk
memerlukan pengiktirafan dimiliki sebagai alat untuk menyelesaikannya. Arahan
dan pujian terhadap kerja- mempengaruhi pekerja yang baik disampaikan kepada

Maktab Koperasi Malaysia 39


pekerja adalah secara spesifik boleh memberi Mengikut “Teori Laluan Matlamat” ini, ia tidak
pekerja tentang gambaran awal dan kefahaman mengongkong pemimpin untuk menggunakan
yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya
diberikan dan disiapkan dalam jangka masa yang terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya
ditetapkan. mengikut kesesuaian situasi.

2. Kepimpinan berorientasikan sokongan Ciri-ciri Kepimpinan yang Berkesan


(Supportive leadership)
i. Bersemangat
Ia merujuk kepada tingkah laku memberi Mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan,
pertimbangan kepada pekerja iaitu dengan tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk
beramah mesra dan menunjukkan keprihatinan berjaya.
sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini
bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang ii. Kejujuran dan integriti
menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, Mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai,
seorang pemimpin harus melayan pekerja tanpa jujur dan boleh diharapkan.
berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati
status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini iii. Keikhlasan
mampu mewujudkan suasana yang mesra agar Mengekalkan ketelusan dan kesetiaan
pekerja bermotivasi dengan penuh rela hati bagi
melaksanakan sesuatu tugasan. iv. Dorongan kepimpinan
Mempunyai hasrat yang tinggi mahu
mempengaruhi individu lain supaya
3. Kepimpinan berorientasikan penyertaan menyokong usaha mencapai tujuan dan
(Participative leadership) matlamat yang sudah ditetapkan oleh
pemimpin.
Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang
mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk v. Keyakinan diri
berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Mereka sangat percaya pada keupayaan diri
Pemimpin membuka ruang untuk rundingan sendiri.
kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang
idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang
untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu
keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

4. Kepimpinan berorientasikan pencapaian


(Achievement-oriented leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran


kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan
pada peringkat tertinggi kemampuan mereka.
Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan
pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui
langkah menyatakan keyakinan yang tinggi
bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk
mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

40 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41


vi. Kepintaran sama ada ketika melakukan tugas secara individu
Berupaya menggabungkan dan mentafsirkan atau pun secara berkumpulan.
maklumat-maklumat yang banyak. Kajian
mendapati otak yang pintar belum tentu Tanda-tanda pekerja bermotivasi adalah
boleh membuat seseorang itu menjadi seperti mendahulukan kerja daripada berehat,
pemimpin yang berjaya malah adakala bersedia untuk bekerja lebih masa, mampu
menimbulkan kesan negatif pula. melakukan tugas dengan penuh dedikasi, mampu
menyelesaikan masalah, berfikiran terbuka dan
vii. Berpengetahuan dalam bidang kreatif, menyumbangkan hasil yang lebih daripada
Mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup keperluan kerja yang diminta, kurang rungutan
dalam bidang yang dipimpin. tidak puas hati, suka bersaing melalui persaingan
yang sihat, mempunyai keyakinan yang tinggi atas
viii. Kreativiti sesuatu kerja, mencetuskan sikap positif dan cuba
Berupaya mencipta idea-idea baru yang membimbing rakan sekerja yang lain, serta sering
berguna. memberikan kerjasama pada pemimpin.

ix. Fleksibiliti Malangnya terdapat sesetengah pemimpin


Berupaya menyesuaikan diri kepada organisasi berkelakuan tertentu yang boleh
keperluan individu yang mereka pimpin merendahkan motivasi pekerja mereka. Pemimpin
dengan keperluan situasi dan masa. sebegini sentiasa dipandang serong oleh para
pekerja walaupun pada masa yang sama dia
x. Penyayang berusaha meningkatkan prestasi para pekerjanya.
Prihatin terhadap kebajikan orang
bawahannya dan orang di sekelilingnya. Antara tindakan pemimpin organisasi yang boleh
merendahkan motivasi pekerja adalah seperti
xi. Displin dan beretika merendahkan imej pekerja dan mengkritik pekerja
Berupaya mengawal perasaan dan di hadapan pekerja lain, mengamalkan sikap pilih
tindakan. Mereka juga profesional dalam kasih dalam kalangan pekerja, kurang membantu
melaksanakan tugasan serta berpegang memajukan pekerja, kurang peka akan masalah
kepada kebenaran dan keadilan. pekerja di tempat kerja, membiarkan pekerja
membuat tanggapan yang negatif terhadap
xii. Bertanggungjawab kepimpinannya serta pemimpin menunjukkan
Bersedia untuk menyelesaikan sebarang teladan yang kurang baik di dalam tindakannya
masalah dan bertanggungjawab terhadap sebagai seorang pemimpin.
hasilnya.
Memotivasikan Pekerja Baru
xiii. Kesungguhan
Komited secara menyeluruh dan sentiasa Kehadiran pekerja baru merupakan cabaran
berusaha untuk mencapai matlamat. kepada pemimpin dalam mana-mana organisasi.
Pemimpin organisasi bertanggungjawab
membantu pekerja baru supaya mereka dapat
Tanda Pekerja Bermotivasi memulakan pekerjaan dengan fikiran yang positif.
Bagi menjadikan pekerja baru bermotivasi,
Pekerja yang bermotivasi tinggi sering mengambil pemimpin perlu mengambil inisiatif dengan
tindakan yang positif terhadap kepimpinan membuat demonstrasi kerja-kerja yang perlu
pemimpin. Reaksi positif ini dapat ditunjukkan dilakukan oleh mereka.

Maktab Koperasi Malaysia 41


Pekerja baru hendaklah pekerja baru membina mereka. Beri mereka
diberitahu, apa yang diharapkan kemahiran dan kebolehan ruang dan peluang untuk
oleh organisasi daripada untuk melaksanakan membetulkan kesilapan.
mereka. Pendedahan ini boleh tugasan yang diberi. Dengan ini, pekerja akan
memantapkan budaya korporat Selain itu, usaha ini boleh menganggap kesilapan
organisasi dalam minda mereka. meningkatkan keyakinan yang pernah dilakukan
Misalnya, jika budaya korporat dan membolehkan merupakan satu daripada
organisasi amat mementingkan pekerja baru memperbaiki proses pembelajaran
aspek etika sosial dan kualiti kelemahannya sendiri. kepada mereka dan cuba
perkhidmatan pelanggan, maka mengelakkan diri daripada
mereka haruslah dibimbing ii. Memudahkan tugas yang melakukan kesilapan yang
dengan sewajarnya dan sukar sama di masa hadapan.
menjadikan aspek tersebut Tugas yang sukar
sebagai aspek utama dalam menjadikan pekerja iv. Perkenalkan teknik
tumpuan kerja mereka. baru tertekan. Pemimpin penyelesaian masalah
organisasi haruslah Kaedah ini menggalakkan
Untuk memotivasikan pekerja memudahkan pelaksanaan pekerja baru berupaya
baru, pemimpin organisasi tugas yang sukar itu secara bersikap lebih proaktif
perlu memperuntukkan lebih berperingkat supaya dan kreatif dalam
banyak masa dengan mereka. mudah dilaksanakan melaksanakan tugas
Pertemuan bersemuka adalah oleh mereka. Secara mereka. Sekiranya pekerja
amat penting sebagai salah satu tidak langsung, mereka baru mengemukakan
strategi untuk memotivasikan boleh belajar dengan masalah yang sedang
mereka. Menerusi pertemuan lebih mendalam dan mereka hadapi, cuba
bersama pekerja baru, pemimpin menggalakkan pekerja katakan pada mereka
boleh mengenal pasti masalah baru untuk berusaha “Fikirkan sejenak dan
yang dihadapi oleh mereka dan memberikan hasil yang sila kemukakan cadangan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk tugasan kamu. Sekiranya kamu
betul, dan seterusnya memberi yang sukar. tidak mampu berbuat
maklum balas terhadap prestasi demikian kita akan
mereka. iii. Tukarkan kesilapan memikirkannya bersama.”
yang telah dibuat sebagai Dengan ini pekerja baru
Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti pembelajaran dapat melihat bahawa
beberapa strategi lain yang Pekerja baru berhadapan pemimpin mahukan
boleh digunakan oleh pemimpin dengan risiko melakukan mereka berfikir dahulu
organisasi untuk memotivasikan kesilapan di awal proses dan cuba melibatkan idea
pekerja baru mereka. Antaranya kerja mereka. Pemimpin dan cadangan mereka
adalah: tidak seharusnya untuk diterima pakai
menyalahkan mereka atas oleh organisasi. Cara
i. Tingkatkan kebolehan kesilapan yang terjadi. ini juga membolehkan
dan kecekapan pekerja Seharusnya pemimpin pekerja baru yakin untuk
Usaha pemimpin dengan perlu memberikan memberikan idea dan
menghantar pekerja ke nasihat, tunjuk ajar dan bersemangat untuk
program latihan dan kaedah yang betul dalam bekerja.
induksi boleh membantu melaksanakan kerja

42 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41


Memotivasikan Pekerja ii. Pemimpin jangan cepat tersebut melaksanakan
Bermasalah membuat rumusan dan tugas-tugas dan
keputusan. Tunggu, simpan tanggungjawabnya dengan
Pengambilan dadah, pencapaian dan pantau sehingga masalah baik.
kerja yang rendah, masalah yang dihadapi dapat dikenal vii. Memberi masa dalam
ponteng kerja, penipuan sijil pasti terlebih dahulu. tempoh tiga hingga enam
sakit, kurang produktiviti iii. Pemimpin perlulah bersabar bulan setelah latihan untuk
dan tidak fokus pada kerja kerana bukannya mudah membuat penilaian ke atas
merupakan perkara yang untuk mengetahui punca prestasi kerjanya.
mendatangkan cabaran kepada berlakunya tingkah laku viii. Jika masih tiada peningkatan
pemimpin organisasi. Perkara negatif tersebut. Pemimpin dalam prestasi, organisasi
ini juga boleh memberi tekanan perlu melalui proses boleh memulakan proses
kepada pemimpin organisasi. bertanya, melihat, berfikir, tindakan disiplin terhadap
dan mencari bukti atas pekerja tersebut.
Namun begitu, memecat pekerja kesalahan yang dilakukan.
yang bermasalah bukanlah iv. Pemimpin perlu lebih kerap Adalah jelas bahawa motivasi
suatu cara yang terbaik untuk berbincang dan bersemuka pekerja yang bermasalah
mengatasi masalah ini. Lebih- dengan pekerja bermasalah berkemungkinan dapat
lebih pada hari ini membuang untuk mendengar masalah dipulihkan dalam tempoh yang
pekerja adalah sukar kerana mereka. singkat.
organisasi dikehendaki v. Memberi peluang dalam
akur kepada akta pekerjaan. jangka masa yang ditetapkan Jika terdapat tanda-tanda yang
Organisasi boleh dibawa ke kepada pekerja tersebut menunjukkan bahawa adalah
mahkamah sekiranya membuang untuk memperbaiki dan mustahil bagi pekerja itu untuk
pekerja tanpa bukti yang kukuh. meningkatkan prestasinya. meningkatkan prestasinya
Justeru, pemimpin organisasi vi. Memberi latihan dan setelah diberi ruang dan peluang,
tidak boleh memandang mudah laksanakan program maka langkah berikutnya harus
masalah yang dihadapi olehnya pembangunan yang diambil mengikut peraturan dan
ini. berkaitan dan mencukupi prosedur yang telah ditetapkan
untuk membolehkan pekerja oleh organisasi tersebut.
Jalan terbaik adalah pemimpin
organisasi perlu berusaha
membantu dan guna gaya
kepimpinan yang sesuai untuk
memotivasikan pekerja yang
bermasalah. Antara strategi yang
boleh digunakan oleh pemimpin
untuk mengatasi perkara ini
adalah:

i. Memberitahu pekerja
tersebut secara jelas dan
bertulis bahawa prestasinya
tidak memuaskan mengikut
piawaian yang ditetapkan

Maktab Koperasi Malaysia 43


Kesimpulan

Kepimpinan organisasi yang efektif dan keadaan. Sesuatu gaya kepimpinan yang
efisien boleh menyumbang kepada kejayaan dipraktikkan mungkin berkesan untuk satu
organisasi mencapai matlamat yang dikehendaki. keadaan tertentu dan tidak akan berkesan dalam
Keberkesanan kepimpinan dan motivasi boleh satu keadaan yang lain.
dikatakan bergantung kepada beberapa faktor
seperti sifat diri pemimpin itu sendiri, situasi Bagi memastikan keberkesanan motivasi,
dalaman organisasi dan juga faktor-faktor yang pemimpin hendaklah memantau dan sentiasa
mempengaruhi kelakuan kakitangan dalam membimbing pekerja atau pengikutnya untuk
sesebuah organisasi. sentiasa bermotivasi untuk mencapai matlamat
organisasi dan secara tidak langsung akan
Gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh menguntungkan kedua-dua belah pihak.
pemimpin mestilah bersesuaian dengan sesuatu

Rujukan

Ahmad Sufyan Che Abdullah. Apa beza pemimpin dan pengurus?(2010). Dicapai pada September 9,
2010 dari http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=12

Ishak Mad Shah (2006). Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam organisasi. Malaysia: Universiti Teknologi
Malaysia.

Kepimpinan.(2009). Dicapai pada Oktober 4,2009 dari http://gdnippm.blogspot.com/2009/10/kepimpinan.html

Kulanzsalleh. Pengenalan kepada kepimpinan. Dicapai pada Februari 2007, 2010 dari http://kulanzsalleh.com/
pengenalan-tentang-kepimpinan.

Kulanzsalleh. Ciri-ciri pemimpin yang baik. Dicapai pada Februari 27, 2010 dari http://kulanzsalleh.com/ciri-ciri
-pemimpin-yang-baik.

Mohd Fadzli Abu Bakar. Kepimpinan dalam motivasi organisasi. Dicapai pada Februari 27, 2010 dari http://www.
scribd.com/doc/2157197/kepimpinan-dalam-motivasi-organisasi

M.Fauzi. Pemimpin & kepimpinan : teras kepada kesinambungan organisasi. Dicapai pada Jun 24, 2008 dari http://
uniprof.wordpress.com/2008/06/24/pemimpin-kepimpinan-teras-kepada-kesinambungan-organisasi

Pekerja yang bermasalah. Dicapai pada Februari 27,2010 dari http://www.strategic-human-resource.com/


motivasi-pekerja.html

Wan Roslili Majid. Motivasi pemimpin-ukuran kejayaan sesebuah kepimpinan. Dicapai pada Februari 26, 2008 dari
http://motivasi-inspirasi.blogspot.com/2008/03/motivasi-pemimpin-ukuran-kejayaan.html

44 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

Anda mungkin juga menyukai