Anda di halaman 1dari 4

Leadership & Team Building

Jawab semua soalan.


Soalan Satu

a) Apakah definisi kepimpinan ( 2 markah)

Jawapan :

Kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah


laku orang bawahan supaya bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan
perubahan-perubahan ke arah pencapaian matlamat organisasi.

b) Senaraikan 3 sikap seorang pemimpin jika di bandingkan


dengan pengurus (6 markah)

Jawapan :

c). Terangkan 6 perbezaan antara pengurus dan pemimpin ( 6 markah )

Jawapan :

1. Seorang pemimpin mempengaruhi orang bawah untuk mencapai matlamat tertentu


manakala pengurus adalah orang yang mengurus seluruh organisasi.

2. Pemimpin mempunyai kualiti pandangan yang teliti sementara seorang pengurus


mempunyai kecerdasan dalam menyusun atur organisasi.

3. Seorang pemimpin menetapkan arahan atau peraturan pada organisasi tetapi pengurus
merancang langkah-langkah bagi menjalankan arahan yang telah ditetapkan agar sampai
kepada pekerja.

4. Pemimpin lebih memfokuskan kepada pengikut dalam mencatur sebuah rangkaian


manakala pengurus hanya mempunyai pekerja.

Angkasa Training Centre Sdn Bhd Page 1


5. Konflik menjadi aset kepada seorang pemimpin bagi membolehkan sesuatu perubahan atau
pembaharuan dapat dilakukan berbeza dengan seorang pengurus yang akan berusaha
sedaya upaya untuk terhindar daripada berlakunya konflik pada organisasi.

6. Pengurus menggunakan gaya kepimpinan transaksional dan sebaliknya gaya kepimpinan


transformasi adalah yang digunakan oleh pemimpin.

Soalan Dua

a) Terangkan peranan pengurus sebagai :

i) Penghubung Individu

Jawapan :

Terdapat 3 peranan yang penghubung individu iaitu :

1. Sebagai orang terpenting. Pengurus mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit
oraginasasi jadi beliau hendaklan menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Ini
penting untuk mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua
yang dihormati.

2. Sebagai pemimpin. Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang


membawa dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentnkan bahawa matlamat
mereka sejajar dengan matlamat organisasi.

3. Sebagai pegawai perhubungan. Pengurus haru mengadakan hubungan dengan pihak luar
untuk endapatkan maklumat tentang perkembangan yang berlaku di luar organisasi
mereka. Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara persendirian
tetapi mestilah berkesan.

Angkasa Training Centre Sdn Bhd Page 1


ii) Penyampai Maklumat

Jawapan :

Pengurus juga dikenal berperanan penghubung individu maka ia dianggap sebagai nadi penting
di dalam unitnya. Ia mungkin tidak mengetahui segala hal yang berlakau pada organisasi tetapi
ia tentu mengetahui lebih daripada kakitangan lain hasil hubungannya dengan kakitangan di
dalam dan pihak luar.

1. Sebagai pengawas, pengurus menjelajahi persekitiran untuk mendapatkan maklumat dan


ianya oleh diperolehi melalui perbualan, perbincangan dan secara spekulasi.
Memandangkan pengurus itu berhubung dangan pihak lain maka ia mempunyai kelebihan
mengumpulkan maklumat untuk organisasi.

2. Sebagai penyampai. Pengurus mestilah berkongsi dan membahagikan maklumat


yangditerima dari pihak luar.

3. Sebagai jurucakap, pengurus menghantarkan sebahagian maklumatnya kepada mereka


yang di luar dai unitnya.

iii) Pembuat Keputusan ( 10 markah )

b) Terangkan 5 kandungan tugasan kerja seorang pengurus ( 10 markah )

Soalan Tiga

a) Terangkan kepentingan kepimpinan jenis penyertaan di tempat (20 markah )


kerja anda

Soalan Empat

a) Apakah kemahiran yang diperlukan untuk pengurusan yang berkesan di suasana kerja
anda ( 20 markah)

Soalan Lima

a) Apakah punca-punca konflik dan strategi pengurusannya di suasana


pekerjaan harian. (20 markah)

Angkasa Training Centre Sdn Bhd Page 1


Angkasa Training Centre Sdn Bhd Page 1

Anda mungkin juga menyukai