Anda di halaman 1dari 3

Nyatakan lima punca pekerja menentang perubahan.

1) Takut akan kehilangan kuasa sedia ada yang dimiliki.


Perubahan yang terlibat dengan mengubah semula struktur dan
perjalanan organisasi akan menyebabkan struktur kuasa pekerja dikaji
semula. Kumpulan pekerja yang berkuasa akan merasa bimbang
kedudukan dan kebebasannya tergugat apabila perlantikan semula
dibuat.

Maka,

golongan

ini

akan

sedaya

upaya

untuk

cuba

mempertahankan kedudukan sekarang dengan menentang perubahan


organisasi. Mereka merasakan perubahan adalah suatu ancaman
kepada kerjaya mereka yang telah berdiri kukuh. Contohnya, pengetua
membuat perubahan bahawa tambah seorang guru penasihat baru ke
dalam kelab badminton. Guru penasihat yang asal itu menentang
perubahan tersebut kerana beliau takut kehilangan kuasanya dalam
kelab badminton.
2) Bimbang akan risiko kegagalan
Pekerja bimbang akan risiko untuk mengalami kegagalan kerana
perubahan

yang

berlaku

berada

dalam

dimensi

ketidakpastian.

Organisasi tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada


masa depan. Risiko kegagalan perlu diterima apabila perubahan yang
dijalankan tidak berkesan dan memberikan kesan yang negatif.
Pekerja-pekerja dalam organisasi pasti bimbang sekiranya kegagalan
berlaku, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kerjaya mereka.
Contohnya, sebahagian guru tidak setuju tentang perubahan yang
dibuat

oleh

pengetua

iaitu

menukar

proses

pengajaran

dan

pembelajaran tradisional (chalk and talk) kepada penggunaan ICT.


Penentangan perubahan akan belaku di kalangan guru yang tidak
mahir dalam ICT kerana guru-guru tersebut bimbang kegagalan untuk
menggunakan ICT secara berkesan dalam kelas dan seterusnya
menjadi kelihatan bodoh oleh pelajarnya.
3) Beban kerja ditambah
Pekerja-pekerja menolak perubahan kerana tidak mahu menambah
beban kerja mereka dan selesa dengan keadaan yang sedia ada. Ini
mungkin berlaku apabila kumpulan pekerja ini tidak memahami

tentang perubahan yang cuba dilakukan dan kesan sepenuhnya


daripada perubahan. Pekerja-pekerja merasa susah apabila sesuatu
perkara yang dari keadaan asal perlu diubah kepada baru. Contohnya,
perubahan proses pengajaran dan pembelajaran tradisional (chalk and
talk) kepada penggunaan ICT akan menyebabkan para guru yang tidak
mahir dengan ICT terpaksa mengeluarkan masa yang lebih banyak
untuk

membuat

kesediaan

sebelum

masuk

ke

kelas,

misalnya

membuat power-point slide, video animasi dan mencari gambargambar yang sesuai. Berbanding dengan cara pengajaran tradisional,
beban kerja guru tersebut bertambah berat dan mereka berasa tidak
selesa dengan perubahan yang baru itu.
4) Faktor ekonomi
Pekerja-pekerja menentang perubahan juga disebabkan oleh faktor
ekonomi. Apabila perubahan dijalankan, terdapat banyak perkara dari
keadaan asal yang perlu diubah dan hal ini memerlukan masa yang
banyak untuk seseorang pekerja membiasakan diri dalam keadaan
yang baru. Malah, masa yang diambil itu mungkin tidak mendatangkan
sebarang upah tambahan. Contohnya, perubahan proses pengajaran
dan pembelajaran tradisional (chalk and talk) kepada penggunaan ICT
akan menyebabkan para guru yang tidak mahir dengan ICT terpaksa
untuk menghadiri kursus atau bengkel pada hari sabtu. Maka, bagi
guru-guru yang mempunyai kelas tuisyen di luar sekolah terpaksa
dibatalkan. Hal ini akan menyebabkan pendapatan mereka dikurang.
5) Ancaman terhadap kemahiran
Apabila perubahan berlaku, ahli-ahli kuasa yang memiliki kemahiran
tertentu mungkin tidak diperlukan dalam organisasi lagi. Dengan lain
perkataan, perubahan yang berlaku telah mengancam kemahiran
pekerja tertentu dan mungkin menyebabkan mereka disingkir oleh
organisasi. Misalnya, cara penggunaan ICT dalam kelas akan menjadi
ancaman kemahiran bagi para guru yang mahir mengajar dengan cara
tradisional. Hal ini berlaku kerana guru-guru tersebut tidak mahir
dalam penggunaan ICT dan mereka perlu belajar penggunaan ICT
dalam pendidikan dari yang dasar. Maka, guru yang mahir dalam ICT

akan berada dalam keadaan yang lebih menguntungkan berbanding


guru yang tidak mahir dengan ICT.

Anda mungkin juga menyukai