Anda di halaman 1dari 11

 

KOLEJ VOKASIONAL KERIAN  


JLN SIAKAP,
34300 BAGAN SERAI
NOTA KULIAH 3
( INFORMATION SHEET )

SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD/KURSUS DBF 2123 - ETIKA PERNIAGAAN

KOMPETENSI 03 Teori dan Prinsip Etika

3.1 Memahami asas falsafah moral


3.2 Teori etika utilitarian
3.3 Teori etika kebaikan Aristotle
KOMPETENSI UNIT
3.4 Teori etika penjagaan Gilligan
3.5 Teori hak
3.6 Teori keadilan
Pelajar harus dapat :
1. Mengaplikasi konsep dan teori etika dalam situasi sebenar di organisasi.(C3,PLO1)
2. Membentangkan kepentingan kepimpinan beretika dan budaya beretika bagi
KOMPETENSI sesebuah organisasi secara berkumpulan.(A2,PLO5)
PEMBELAJARAN 3. Menilai amalan tanggungjawab sosial korporat di sesebuah organisasi atau industri.
(A3,PLO4)

DBF2123/K 03/NK
NO KOD
01-06
MUKA: 01 DARIPADA 13
NO KOD JPK TIADA

3.1 MEMAHAMI DASAR FALSAFAH MORAL


 Istilah etika berasal dari perkataan Yunani, etos, yang bermaksud keperibadian,
semangat dan sikap sekumpulan orang atau budaya (Rahman, 2003).
 Etika adalah berkaitan dengan apa yang baik atau betul dalam interaksi manusia
(Abdullah dan Mohamad Zainol Abidin, 2011) dan menangani isu keadilan dan hak
(Boatright, 2012). Oleh itu, etika adalah kajian tindakan dan bagaimana manusia
bertindak.
 Ia berkaitan dengan tingkah laku seseorang dan untuk seseorang bertindak secara
beretika adalah bergantung kepada ilmu etika epistemology.
 Ia adalah tidak mustahil untuk membuat pilihan bagaimana untuk bertindak secara
bermoral tanpa pengetahuan mengenai etika.
 Etika juga merupakan cabang falsafah. Terdapat lima cabang-cabang falsafah

Berkaitan dengan Apa yang ada di


M etafizik
kajian realiti luar sana?

Bagaim ana saya


Berkaitan dengan mendapat tahu
Epistem ology
kajian ilm u tentang perkara
tersebut

Berkaitan dengan Apa yang harus


Etika
kajian tindakan saya lakukan

Apakah jenis
Berkaitan dengan
Politik tindakan yang
kajian kuasa
dibenarkan?

Berkaitan dengan Bagaim anakah


Estetika kajian kesenian kehidupan ini?

 Etika dibahagikan kepada dua cabang: meta-etika dan etika normatif (Newall, 2005).
 Meta-etika adalah kajian tentang asal usul konsep etika yang berasal dan apa yang mereka
maksudkan. Ia mempunyai dua bentuk utama: relativisme moral/ etika dan objectivism
moral / etika
 Relativisme moral/etika - menganggap apa yang betul atau salah adalah bukan
mutlak. Ia adalah relatif dan berubah-ubah bergantung kepada orang, keadaan dan
situasi sosial.
 Objektivisme moral - menganggap tindakan tertentu adalah betul atau salah, bebas
daripada pendapat manusia.

 Etika normatif adalah 'satu set prinsip yang membimbing atau mengatur tingkah laku
manusia' (Rahayu, 2012). Ia menyediakan garis panduan umum untuk menentukan apa
yang betul atau salah secara moral
 Ahli falsafah moral telah mengklasifikasikan dua jenis teori etika:
 Teori teleologi: yang juga dikenali dengan ‘consequentialism’ adalah sejenis teori
yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah
adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada
sesuatu tindakan.
 Teori Deontologi: adalah sejenis etika kepercayaan yang mendakwa atau
menyatakan bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul(right) atau
salah(wrong).Tugas etika adalah menyediakan garispanduan kepada tindakan
(action) yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral.

3.2 TEORI ETIKA UTILITARIAN


 Teori utilitarisme adalah merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan latin yang
membawa maksud “bermanfaat” .
 Menurut teori utilitarisme ini, suatu perbuatan adalah baik jika perkara tersebut membawa
manfaat, berfaedah atau berguna.
 Teori utilitarisme juga disebut sebagai satu teori teleogis yang diambil daripada perkataan
yunani iaitu teleos yang membawa maksud “tujuan”.
 Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan
sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada
setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang
paling ramai.
 Kebahagiaan yang diamaksudkan ialah keseronokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

Jenis-jenis Utilitarianism

 Act utilitarianism
 Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral
atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism.
 Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral
kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang
bermanfaat seperti kerja kebajikan

 Hedonistic utilitarianism
 Ciri yang kedua pula ialah mengambilkira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan
dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau
salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambilkira kesan dan akibatnya.
 Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan.
 Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah
suatu yang dianggap bermoral
Pendekatan utilitarian

 Pendekatan utilitarian dipelopori oleh dua ahli falsafah iaitu Jeremy bentham dan John
Stuart Mill pada abad ke- 19
 Pendekatan ini menekankan konsep faedah terbaik untuk bilangan terbesar (The Greatest
good for the Greatest number)
 Ini bermakna setiap keputusan yang dipertimbangkan oleh pengurus harus dapat
memberikan manfaat yang terbesar kepada golongan majoriti walaupun tindakan ini
mungkin boleh merugikan kepentingan golongan minority.
 Perkataan lain selagi keputusan yang di ambil boleh menguntungkan kebanyakan pihak
keputusan itu dianggap baik dan beretika
 Langkah-langkah pembuatan keputusan beretika berasaskan pendekatan utilitarian
 Menentukan setiap alternatif yang sedia ada
 Mengenalpasti pihak berkepentingan yang akan dipengaruhi oleh setiap alternatif
 Mempertimbangkan kesan daripada setiap alternatif terhadap pihak berkepentingan
berdasarkan analisis kos dan faedah
 Memilih alternatif yang dapat memanfaatkan kebanyakan pihak berkepentingan

Faktor dalam pilihan pendekatan utilitarian

 Pengurus dan organisasi yang mempertimbangkan faktor kepentingan untuk majoriti akan
memilih pendekatan utilitarian semasa membuat keputusan
 Pengurus akan memastikan setiap keputusan yang diambil akan memberikan kepentingan
atau manfaat terbesar kepada kebanyakan pihak berkepentingan
 Sebagai contoh pelaksanaan skim perkhidmatan perubatan percuma untuk semua pekerja
dalam organisasi merupakan salah satu amalan pendekatan utilitarian
3.3 TEORI ETIKA KEBAIKAN ARISTOTLE
 Aristotle mengatakan bahawa moral kebaikan secara umumnya adalah ciri-ciri terpuji yang
dimiliki oleh sifat seseorang dan telah wujud dalam diri seseorang.
 Seorang yang berakhlak mulia (virtuous) adalah seorang yang mempunyai matlamat dan
berada dipertengahan dan tidak keterlaluan serta mengelakkan tindakan yang berlebihan
atau berkurangan.
 Imbangan sifat keterlaluan ini ditentukan menerusi tindakan kearifan (wisdom) oleh
seseorang yang mempunyai pengalaman dan mempunyai kemahiran pertimbangan
(judgement) dalam menghadapi sesuatu situasi yang baru.
 Seseorang yang memiliki wisdom tahu akan matlamat yang hendak dituju dan apa yang
hendak dicapai dengan memelihara emosi dengan baik dan di samping memperlihatkan
imbangan yang sesuai di antara taakulan (reasoning), perasaan (feeling) dan kemahuan
(desire).
 Dengan yang demikian terdapat sedikit perbezaan antara kebaikan dalam etika dengan
dalam prinsip etika di mana kebaikan dalam etika menfokuskan kepada tret-tret sifat yang
seharusnya dimiliki oleh seseorang dan berpegang kepadanya serta diperlukan dalam
mengarah seseorang itu ke arah tindakan yang beretika dan apa yang seseorang akan
menjadi kelak.
 Seseorang yang berpegang kepada etika kebaikan seharusnya mempercayai teori etika
bahawa kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang berakhlak mulia bukan satu yang
dapat melambangkan kewajipan manusia.

3.4 TEORI ETIKA PENJAGAAN GILLIGAN


 Carol Gilligan ialah seorang psikologi dari amerika syarikat. Dia menjadi pelapor teori etika
kasih sayang (ethic of care) yang berkisar kepada pegangan bahawa manusia tidak patut
disakiti. Dia banyak menulis dan berbincang tentang perasaan, tanggunajawab dan
hubungan manusia, terutamanya dari pandangan wanita.
 Fokus teori ini ialah tanggungjawab untuk membantu, tidak membebankan dan tidak
menyakiti orang lain. Keadilan dan kesaksamaan adalah sebagai dasarnya. Beliau lebih
mementingkan wanita.
 Gilligan melihat perkembangan moral dalam tiga peringkat, iaitu:
i. Prakonvensinol
Pada tahap ini, seseorang itu hanya tertumpu kepada diri sendiri sahaja. Apa yang penting
ialah memenuhi segala keperluan sendiri. ‘Tindakan betul’ dilihat sebagai yang
menguntungkan diri sendiri.

ii. Konvensional
Pada tahap ini, seseorang dilihat keperluan orang lain sebagai lebih penting daripada
keperluan diri sendiri. Berbuat baik bermakna bertanggungjawab dan ‘Tindakan betul’ ialah
suatu pengorbanan diri untuk kepentingan orang lain.

iii. Pasca Konvensional


Pada tahap ini, seseorang memberi perhatian yang seimbang antara keperluan diri dengan
tujuan mengekalkan perhubungan yang sedia ada. Dia akur kepada prinsip tanggungjawab
yang melarang seseorang menyakiti orang lain.

3.5 TEORI HAK


 Apakah hak? Ia boleh dijelaskan sebagai hak terhadap sesuatu.
 Memiliki hak adalah berhak untuk bertindak sendiri atau diperlakukan oleh orang lain
dengan cara tertentu tanpa meminta izin kepada sesiapa
 Hak memainkan peranan penting dalam etika perniagaan, serta dalam semua isu moral.
Majikan, pekerja, pengguna, orang awam, manusia, bukan manusia masing-masing
mempunyai hak.
 Pendekatan hak moral dikemukakan dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah, khususnya
Immanuel Kant pada abad ke -18
 Pendekatan ini mencadangkan bahawa setiap keputusan dibuat oleh pengurus harus
mengambil kira hak moral atau hak asasi manusia
 Terdapat enam hak moral manusia utama yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus
semasa membuat keputusan iaitu;
a) Hak untuk keperibadian
b) Hak untuk hidup dan keselamatan
c) Hak untuk menuntut keadilan
d) Hak untuk kebebasan bersuara
e) Hak untuk kebebasan persetujuan
f) Hak untuk kebebasan menurut pertimbangan sendiri
 Untuk membuat keputusan yang beretika, pengurus harus mengekalkan dan melindungi
hak moral manusia supaya hak itu tidak terjejas akibat daripada keputusan yang diambil
 Oleh itu, pengurus harus membandingkan dan membezakan kesan daripada setiap
alternatif terhadap hak moral pihak kepentingan yang terlibat
 Seterusnya mereka akan memilih alternatif yang paling melindungi hak moral pihak
kepentingan tersebut.
 Sebagai contoh, keputusan yang menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna akibat
daripada penggunaan sesuatu produk merupakan keputusan yang beretika.

Faktor dalam pilihan pendekatan hak moral

 Pengurus dan organisasi yang menekankan hak-hak asasi manusia akan memilih
pendekatan hak moral semasa membuat keputusan.
 Setiap keputusan yang dibuat oleh pengurus akan melindungi hak-hak asasi pekerja demi
menjaga kepentingan mereka dalam organisasi
 Sebagai contoh, pengurus akan menghormati hak untuk kebebasan menurut pertimbangan
sendiri tidak harus mengarah seorang pekerja muslim pergi membeli makanan yang tidak
halal untuknya.

Teori Hak Alam Locke

 John Locke (1632-1704) menyatakan memiliki hak asasi iaitu hak nyawa, kebebasan, dan
pemilikan harta yang dihasilkan atas usaha sendiri
 Etika hak asasi Locke bersifat individu & menghasilkan ideology hak kebebasan yang
membatas campur tangan kerajaan dalam pengurusan bahawa seseorang manusia harta
individu
 Fahaman ini berat sebelah kepada golongan yang berjaya dan tidak mengendahkan
golongan lemah
 Manusia mempunyai hak, walaupun dalam keadaan alam, dan justifikasi untuk menyatukan
negara adalah untuk melindungi hak-hak ini.
 Dengan kata lain, masyarakat atau negara yang membentuk kerajaan bertindaksebagai
wakil semua ahli untuk melindungi hak asasi individu mereka sebagai manusia.
3.6 TEORI KEADILAN
 Keadilan adalah satu lagi konsep moral yang penting yang mempunyai pelbagai aplikasi.
 Dalam ekosistem perniagaan, pekerja dianggap sebagai salah seorang pihak
berkepentingan utama. Mereka juga merupakan aset berharga dan harta intelektual
organisasi untuk mencapai matlamat, misi dan visi.
 Majikan harus menghormati hak mereka untuk hidup sebagai makhluk individu. Mereka
mesti memperlakukan pekerja secara adil dengan memberikan ganjaran yang adil kepada
mereka atas sumbangan mereka kerana ini adalah hak individu mereka.
 Keadilan juga merupakan konsep asas yang diterima oleh semua agama untuk kehidupan
manusia yang baik.
 Penganut Budha: layan semua individu manusia seperti mana anda mahu dilayan.
 Hindu menegaskan: jangan lakukan keburukann/tindakan kepada orang lain yang
jika dilakukan kepada anda akan menyebabkan kesakitan kepada anda
 Kristian berkata: Apa yang anda mahukan orang lain lakukan kepada anda, berbuat
demikian kepada mereka.
 Islam mengingatkan orang yang beriman untuk menegakkan keadilan dalam semua
aspek kehidupan.
 Keadilan sebagai proses sosial merujuk kepada kualiti bermoral atau demonstrasi keadilan,
kesaksamaan dalam melakukan tindakan sewajarnya apabila berurusan dengan orang lain.
 Keadilan dan etika perniagaan dikaitkan dengan relevan dalam pengagihan faedah dan
beban (biaya) apabila kita menghubungkan konsep keadilan dan hak. Ia adalah hak moral
untuk melayan semua individu sebagai orang bebas dan setara daripada perbuatan
keadilan.
 Keadilan merupakan konsep penting dalam menilai organisasi sosial. Kita juga boleh
bertanya tentang keadilan sistem ekonomi di tempat aktiviti perniagaan berlaku.
 Keadilan dirasakan sebagai sifat kebaikan pertama institusi sosial, seperti mana kebenaran
adalah sifat kebaikan pertama bagi sistem pemikiran.
 John Rawls (1971) mencadangkan bahawa masyarakat dan institusi-institusi yang terdapat
dalamnya boleh dijelaskan melalui dua elemen berikut
ELEMEN HURAIAN
Kerjasama Kerjasama timbul kerana individu tahu bahawa usaha bersama akan
menjana lebih banyak faedah berbanding usaha berseorangan.
Konflik Konflik tidak dapat dielak kerana biasanya manusia mementingkan
keadilan dalam pembahagian faedah-faedah yang boleh didapati.
Setiap
orang lebih suka bahagian faedah yang lebih besar berbanding dengan
yang lebih kecil. Mereka juga akan menyokong suatu sistem agihan
yang memastikan mereka mendapat pembahagian yang lebih besar.
Sistem-sistem ini mempunyai asas pembahagian sama ada secara
sama
rata untuk semua orang, berasaskan keperluan, usaha, sumbangan
atau
pun kecekapan seseorang.

 Kebanyakan sistem ekonomi moden menggunakan kelima-lima prinsip tersebut; sama rata,
keperluan, usaha, sumbangan dan kecekapan.
 Sebagai contoh, pendidikan awam pada teorinya diagih sama rata, bantuan kebajikan
diasaskan kepada keperluan, komisyen jualan diberikan atas usaha, penghormatan awam
diberikan atas sumbangan manakala gaji pengurus pula diberi atas tahap kecekapan
mereka.
 Kebanyakan orang biasanya tidak akan memilih kesamarataan yang mutlak sebagai asas
pengagihan faedah. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa sesetengah mereka akan lebih
berusaha, memiliki kemahiran yang lebih tinggi dan seterusnya.
 Mereka juga tidak akan setuju dengan ketidaksamarataan yang mutlak berasaskan usaha,
kemahiran atau kecekapan kerana mereka tidak tahu siapa antara mereka yang memiliki
kualiti berkenaan untuk menerima lebih faedah atau kurang.
 Sebaliknya, mereka akan membentuk satu konsep ketidaksamarataan bersyarat di mana
perbezaan faedah perlu dijustifikasikan.
 Mereka akan mencadangkan suatu peraturan untuk memastikan agar perbezaan faedah
mempunyai justifikasi hanya apabila ia menghasilkan faedah yang seimbang untuk semua,
terutamanya untuk anggota masyarakat yang paling kekurangan.
 Walau bagaimanapun, terdapat juga kekurangan dalam teori ini. Kekurangan ini bergantung
sepenuhnya kepada penerimaan saranan di mana kerjasama masyarakat merupakan asas
bagi pembahagian kesemua faedah ekonomi dan sosial manakala usaha individu tidak
ditekankan atau diambil peduli.

Anda mungkin juga menyukai