Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
NOTA KULIAH 3 KERAJAAN
PUSAT PENTADBIRAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA


NOTA KULIAH
SESI
1 2019/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF2143 BUSINESS LAW

KOMPETENSI K1 PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG


K2 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA
K3 SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA
K4 UNDANG-UNDANG KONTRAK: PEMBENTUKAN KONTRAK
K5 UNDANG-UNDANG KONTRAK: PELEPASAN KONTRAK DAN REMEDI
K6. AGENSI
KO1ETENSI UNIT 1.1 Pengenalan kepada Undang-undang
1.2 Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan
1.3 Klasifikasi Undang-Undang di Malaysia

1. Membincangkan prinsip-prinsip asas sistem perundangan Malaysia, undang-undang kontrak


dan agensi dalam transaksi-transaksi perniagaan di Malaysia.(C3,PLO1)
2. Menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kontrak perniagaan dengan
HASIL menggunakan prinsip-prinsip dalam undang-undang kontrak dan undang-undang agensi
PEMBELAJARAN yang telah dipelajari di dalam kursus. (C3,PLO6)
3. Membentangkan hasil perbincangan secara berkumpulan berkenaan dengan isu dalam
sistem perundangan Malaysia dan pembentukan kontrak perniagaan di Malaysia(A2,PLO5)
PLO 1 Berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan bidang
Pengurusan Perniagaan

PLO 5 Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam kerja berpasukan untuk
melaksanakan pelbagai bidang tugas

PLO 6 memahami serta memberi komitmen secara professional, beretika dan bertanggungjawab selari
dengan kod amalan
MAKLUMAT
PELAJAR
NAMA

TARIKH
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 6

1.0 PENGENALAN KEPADA KONSEP PERUNDANGAN DI MALAYSIA

1.1 Pengenalan Kepada Undang-undang

- Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan


atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah
peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang
melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah.
- Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya
boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-
undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

1.1.1 Definisi Undang-undang


- Terdapat perbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh
ahli-ahli falsafah terkenal antaranya adalah seperti di bawah:

i. ‘John Austin’
`Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-
orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukum`.

ii. ‘Sir John Salmond’


Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan
digunakan oleh sesebuah Negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau
dengan kata yang lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui
dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah.

iii. ‘Hobbes’
`Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan (rule of conduct) yang
obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak
atau memaksa.`

iv. Kamus Black:`


Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah, dinyatakan.
Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya
saling berganding antara satu sama lain yang perlu dipatuhi atau diikuti
oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya.

1.1.2 Undang-undang, Keadilan dan Etika


Undang-undang VS Keadilan
i. undang-undang bertujuan untuk mengekalkan keadilan dalam
masyarakat
ii. keadilan adalah idea abstrak tentang betul atau salah, keadilan dan
kesaksamaan dan merupakan satu semangat
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 6

iii. undang-undang cuba untuk mewakili apa yang dipercayai oleh


masyarakat terhadap sesuatu yang betul dan adil

Undang-undang VS Etika
i. tujuan undang-undang adalah untuk mengatur kelakuan semua
anggota masyarakat
ii. etika adalah tentang apa yang betul dan apa yang sepatutnya, dan
tidak hanya menerima apa yang ada
iii. etika memandu individu dalam menentukan peraturan yang baik
iv. Berikut adalah contoh peraturan dan undang-undang komersial yang
berkaitan dengan etika

 andaian bahawa semua pihak akan beramal dengan baik


apabila memasuki kontrak
 perlindungan pengguna

1.2 Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan

1.2.1 Pengenalan Perlembagaan


 Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi
peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan
juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan
mentadbir negara
 Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan
juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh
perlembagaan bertulis
 Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap,
jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat kepada
negara

1.2.2 Perlembagaan Malaysia


 Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan
tahun 1957.
 Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah
tidak bertentangan dengan perlembagaan.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 6

 Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi


dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara
ini
 Ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
 Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang
tidak boleh dipersoalkan seperti:
- agama Islam sebagai agama rasmi
- kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah
dan Sarawak
- kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan
- soal kerakyatan

1.3 Klasifikasi Undang-Undang di Malaysia

1.3.1 Undang-Undang Awam


- Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara
negara dan individu.
- Ia boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
i. Undang-undang jenayah,
ii. Perlembagaan,
iii. Industri
iv. Pentadbiran
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 6

Undang-undang Awam
i. Undang-undang - Merupakan undang-undang yang menjadikan sesuatu kesalahan
Jenayah yang dilakukan terhadap negara.
- Ia bertujuan menghukum pesalah dan mengurangkan jenayah.
- Undang-undang jenayah dikenakan ke atas individu untuk
mengelakkan mereka daripada melakukan kesalahan jenayah.
- Jika sesuatu perbuatan tidak dikategorikan sebagai satu kesalahan
jenayah, maka jika ia dilakukan ia tidak akan menjadi suatu
kesalahan.
- Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam
Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya
ii. Undang-undang - Undang-undang yang menggariskan hak individu di dalam sesebuah
Perlembagaan negara.
- Ia melihat kepada persoalan keagungan Parlimen dan hak
rakyatnya.
iii. Undang-undang - Pentadbiran dan pelaksanaan kuasa eksekutif dalam mentadbir
Pentadbiran negara.
iv. Undang-undang - Hubungan antara majikan dan pekerja dan perkara-perkara yang
Industri melibatkan industri.

1.3.2 Undang-Undang Persendirian


- Undang-undang berkenaan hak dan tanggungjawab seseorang individu
dengan individu lain.
- Tujuan undang-undang ini ialah untuk memberikan ganti rugi kepada pihak-
pihak yang tercedera, membolehkan harta diambil alih semula dan
menguatkuasakan tanggungjawab kontrak dan amanah.
- Ia boleh dibahagi kepada tiga iaitu :
i. Kontrak
ii. Tort
iii. Amanah

1.3.3 Undang-Undang Antarabangsa


- Undang-undang antarabangsa ditafsirkan sebagai satu badan undang-undang
yang mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang membuatkan
negara-negara di dunia berasa terikat untuk mematuhinya, dan biasa dipatuhi
dalam hubungan antara mereka.
- Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti
undang-undang pentadbiran, tanah atau imigresen. Negara kita Malaysia
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 6

adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mewujudkan satu


persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui perjanjian-perjanjian.
- Antara undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah
mengenai penggunaan laluan antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa
lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan antarabangsa ditubuhkan
di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak asasi manusia.
- Ia boleh dibahagi kepada dua iaitu :
i. Undang-undang antarabangsa persendirian (conflict of laws or private
international laws)
ii. Undang-undang antarabangsa awam (public international law)

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Lee Mei Pheng & Ivan Jeron Detta. (2017). Commercial Law Polytechnic Series Third
Edition. Shah Alam : Oxford Fajar. ISBN 13: 9789834721695
2. Nasreen Miza Hilmy Nasrijal, Mimi Sofiah Ahmad Mustafa, Salmiah Salleh, Aliyah
Abdullah & Marziana Abd Malib. (2019). Business Law: Compilation of Notes.

Anda mungkin juga menyukai