Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan.........................................................................................................1

2.0 Undang – Undang Dan Standard Moral.........................................................6

3.0 Proses Pembentukan Undang – Undang.........................................................9

4.0 Penilaian Tentang Proses Pembentukan Undang – Undang.......................11

5.0 Ringkasan.........................................................................................................12

6.0 Rujukan............................................................................................................13
1.0 Pengenalan

Secara amnya, undang – undang didefinisikan sebagai satu peraturan tingkah laku atau
prosedur yang ditetapkan oleh sesebuah adat, perjanjian atau penguatkuasaan. Badan peraturan
dan prinsip yang mengatur urusan masyarakat dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa politik
yang juga disebut sistem perundangan. Keadaan ketertiban sosial dan keadilan yang diciptakan
oleh kepatuhan pada sistem seperti itu di mana sesetengah peraturan atau prinsip yang berkaitan
dengan bidang tertentu dari sistem perundangan seperti undang-undang cukai dan undang-
undang jenayah. Keperluan undang – undang adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang tidak
boleh hidup bersendirian. (Farouq, 2012) Undang – undang digunakan sebagai satu keperluan
hidup mereka agar mereka dapat hidup bermasyarakat yang sentiasa bantu membantu serta saling
bertoleransi.

Di samping itu, undang – undang juga didefinisikan oleh ramai ahli falsafah yang
terkenal sepert seorang ahli falsafah bernama Austin yang mengatakan undang – undang ini
adalah satu perintah yang dinyatakan oleh sebuah badan yang berkuatkuasa bagi mewakili
masyarakat – masyarakat biasa serta dikuatkuasakan pula dengan satu bentuk hukuman.
Manakala, berdasarkan seorang ahli falsafah lain bernama Salmond yang mendefinisikan undang
– undang sebagai sebuah badan yang merangkumi prinsip – prinsip yang diperakui yang juga
digunakan oleh satu negara dalam pentadbiran keadilannya. Dalam erti lain, undang- undang
ialah satu peraturan yang sebuah mahkamah kuatkuasakan serta diperakukan. Ahli falsafah
seterusnya yang dikenali sebagai Hobbes mengatakan undang – undang ini adalah sebuah kaedah
perlakuan atau ‘role of conduct’ yang wajib dipatuhi dan bersifat mendesak atau memaksa.
Berdasarkan Kamus Black, ia menyatakan ‘undang- undang adalah yang diperturunkan,
diperintah atau dinyatakan.’ Dimana sesebuah peraturan atau kaedah yang keadaan atau
perbuatannya saling bergantungan antara sesama yang lain dan harus dipatuhi atau diikuti oleh
rakyat megikut hukuman – hukuman yang ditetapkan atau kesan-kesannya. (Latiff, 2012)

1
 Tujuan Undang – Undang Dilaksanakan
Berdasarkan takrifan atau definisi yang dinyatakan, tujuan undang - undang dilaksanakan adalah
jelas diperoleh. Secara umunya, ia dilaksanakan atau ditubuhkan untuk memastikan keadilan,
keharmonian dan keamanan dapat dicapai dalam sesebuah masyarakat. Keadilan adalah tujuan
utama bagi pelaksanaan undang – undang tidak kira pelaksanaan yang berbeza diamalkan bagi
negara – negara lain. Namun begitu, terdapat beberapa pihak – pihak tertentu bagi sesetengah
keadan yang berpendapat bahawa pelaksanaan undang – undang tertentu tidak bertujuan untuk
mencapai tujuan utama iaitu keadilan yang diharapkan. Hal ini kerana, berlaku perbezaan
berdasarkan masyarakat – masyarakat tertentu yang memegang berlainan aspek – aspek
pegangan hidup, pemikiran seseorang individu, nilai dan budaya. Berdasarkan seorang tokoh
bernama Kamal Halili Hassan pada 1990, yang berpendapat terdapat 3 matlamat utama undang –
undang ini dilaksanakan, antaranya ialah bagi mengiktirafkan dan memberi hak kepada -
seseorang individu. Selain itu, beliau berpendapat bahawa undang – undang diperlukan sebagai
perlindungan hak tersebut. Akhir sekali, beliau berpendapat bahawa ia penting untuk menjamin
keharmonian dan keamanan sesebuah masyarakat. (Bab 2: Sistem Undang - Undang Malaysia,
n.d.)
Bagi negara Malaysia, masyarakat negara ini sangat mendalami konsep undang – undang
apabila menetapkan kedaulatannya sebagai falsafah negara yang dinyatakan dalam rukun
keempat di dalam Rukun Negara Malaysia. Oleh yang demikian, rakyat mahupun kerajaan
terikat dengan undang – undang dan diwajibkan bagi kedua – dua pihak untuk mematuhi undang
– undang yang ditetapkan. Seorang lagi tokoh atau ahli falsafah pelembagaan British bernama
AV Dicey telah menyatakan 3 elemen asas dalam kedaulatan undang – undang. Tiga elemen asas
ini termasuklah keluhurang undang – undang, menterhadkan kuasa untuk berbudi bicara dan
ketiadaan kuasa yang dilaksanakan dengan sewenang – wenangnya. Prinsip baharu yang
dipegang oleh pihak mahkamah, parlimen serta pakar undang – undang perlembagaan iaitu
Prinsip Moden Kedaulatan Undang – Undang dimana ia memastikan setiap undang – undang
yang dilaksanakan perlu berkesan di masa hadapan. Dalam kata erti lain, setiap undang – undang
yang berkuat kuasa perlulah untuk penguatkuasaan masa hadapan dan memastikan tiada undang
– undang yang bersifat retrospektif. Ia bertujuan untuk memastikan undang – undnag tidak
memberi kesan yang terkebelakang. Semua prinsip utama perlu dipenuhi untuk melaksanakan
atau meguatkuasakan undang – undang agar kedaulatan undang – undang terjaga. Antara

2
prinsipnya ialah memastikan ia stabil, tidak berubah dan tidak mudah, bebas dalam badan
kehakiman serta kebebasan asasi dan pemakaian prinsip semakan kehakiman. Selain itu,
mahkamah perlu memastikan undang – undang yang dikuat kuasakan mudah diakses oleh semua
masyarakat dan proses pengaksesan tersebut adalah murah dan terbuka kepada masyarakat
umum. (Aziz, 2015)

 Ciri – Ciri Undang – Undang yang Dilaksanakan di Malaysia


Di Malaysia, terdapat dua jenis undang – undang yang dilaksanakan atau dikenali sebagai
sumber untuk mendapatkan peraturan bagi membentuk undang - undang iaitu sumber bertulis
dan sumber tidak bertulis.

1. Sumber Bertulis
Undang – undang yang bertulis ini adalah sebuah undang – undang yang terdaoat di dalam
Perlembagaan Persekutuan dan juga di dalam pelembagaan negeri – negeri. Selain itu, undang –
undang ini juga boleh diperoleh daripada kanun atau statut yang juga merangkumi undang –
undnag perwakilan dan subsidiari. (Bab 2: Sistem Undang - Undang Malaysia, n.d.)

 Perlembagaan Persekutuan
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, undang – undang yang dilaksanakan adalah
diluluskan oleh Badan Parlimen. Selepas Hari Kemerdekaan di Malaysia, undang –
undang yang digubal dikenali sebagai Akta manakala sebelum Hari Kemerdekaan,
undang – undang dikenali sebagai Ordinan. Undang – undang di bawah Perlembagaan
Persekutuan ini dilaksanakan di seluruh Malaysia. (Latiff, 2012)

 Perlembagaan Negeri
Oleh kerana Malaysia mempunyai 13 buah negeri, maka setiap negeri mempunya
Perlembagaan Negeri masing - masing dimana ia ditadbirkan oleh Dewan Undangan
Negeri. Berdasarkan makluamat di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan,
terdapat 13 Perlembagaan Negeri yang diperuntukkan. Setiap Perlembagaan Negeri
mempunyai beberapa peruntukan – peruntukan tetap, antaranya ialah peruntungan dalam
kewangan di mana Raja perlu bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan

3
ketika melakukan tugas – tugasnya. Raja juga dibenarkan untuk bertindak mengikut budi
bicaranya untuk beberapa perkara atau keadaan seperti memilih dan melantik Menteri
Besar Negeri tersebut.

 Undang – Undang Persekutuan


Istilah Undang – undang Persekutuan adalah apabila sesebuah undang – undang yang
dibuat dan diluluskan di Badan Parlimen. Seperti yang telah dinyatakan di atas, dimana
undang - undang tersebut dikenali sebagai Akta selepas Hari kemerdekaan di Malaysia,
manakala Orninan sebelum Hari Kemerdekaan.

 Undang – Undang Negeri


Istilah Undang – Undang Negeri adalah apabila sesebuh undang – undang yang dibuat
dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Ianya dipanggil Enakmen setelah digubal.

 Undang – Undang Subsidiari


Manakala, undang – undang negeri adalah undang – undang yang dibuat dan diluluskan
oleh badan – badan tertentu seperti Menteri – Menteri serta pihak berkuasa tempatan
yang berada di bawah kuasa dan mempunyai autoriti oleh Akta Parlimen dan Enakmen.
Ia wujud di peringkat – peringkat persekutuan dan negeri. Selain dikenali sebagai
Undang – Undang Subsidiari, ia juga dikenali sebagai Perundangan Kecil ataupun
Perundangan Pewakilan.

2. Sumber Tidak Bertulis


Undang – undang tidak bertulis ini pula adalah termasuk apabila badan pembuat undang –
undang yang menggubal sebahagian undang – undang di Malaysia namun tidak termasuk samada
di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan negeri – negeri. Badan pembuat undang
– undang ini adalah digubalkan oleh Badan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 Prinsip Undang – Undang Inggeris

4
Berdasarkan Seksyen 3 dan Seksyen 5 yang terkandung di dalam Akta Undang – Undang
Sivil 1956, undang undang Inggeris telah berkuat kuasa di Malaysia. Undang – Undang
Inggeris mengikuti prinsip – prinsip yang dapat diperoleh daripada ‘Common Law’ dan
ekuiti sama seperti dikuat kuasa di England pada tarikh 7 April 1956 di sebelah Malaysia
Barat, 1 Disember 1951 bagi negeri Sabah manakala 12 Disember 1949 bagi negeri
Sarawak.

 Keputusan Mahkamah
Hanya keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah Persekutuan boleh diterima sebagai
undang – undang di Malaysia. Begitu juga keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi, boleh diterima sebagai undang – undang yang bileh dilaksanakan di negara ini.
Kesemua keputusan – keputusan tersebut akan dibukukan dalam sebuah bentuk Jurnal.
Ianya akan dijadikan sebagai sumber rujukan bagi hakim, pengamal undang – undang
dang juga masyarakat umum. Untuk menentukan sesuatu keputusan, para hakim akan
merujuk prinsip undang – undang terdahulu yang juga dikenali sebagai Doktrin Duluan
Mengikat atau dipanggil sebagai Doktrin Stare Decisi atau Doktrin Kehakiman Mengikat.
Keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya hendaklah dipakai oleh
mahkamah jika tiada peruntukkan diperoleh daripada undang – undang bertulis.

 Undang – Undang Adat


Selain daripada undang – undang yang disenaraikan di atas dan boleh diterima sebagai
status dan keputusan kehakiman, adat – adat resam tempatan juga dikira sebagai undang
– undang yang boleh diterima pakai.

5
2.0 Undang – Undang Dan Standard Moral

Seperti yang dinyatakan di atas, undang – undang adalah satu istilah yang mudah
difahami dan ditakrifkan. Secara ringkasnya, undang – undang juga merangkumi etika moral
bagi menerangkan kesalahan seperti melarang individu daripada merokok. Ia perlu
dikuatkuasakan apabila sudah dipastikan kandungan peraturan itu relevan dengan keadaan
semasa serta perlulah adil dan saksama bagi mewakili keseluruhan masyarakat.
Walaubagaimanapun, etika moral adalah lebih kepada pilihan perlakuan seseorang individu
berdasarkan pemahaman akalnya. Hal ini berhubung kait apabila walaupun seseorang individu
itu berpendapat berbeza dengan orand lain dari segi pemahaman etika moralnya, mereka akan
juga mengambil kira peraturan undang – undang yang telah diterima pakai di negara semasa
melalui pembicaraan dalaman mereka.

 Persamaan Undang – Undang dan Standard Moral


Terdapat banyak juga persamaan antara undang – undang dan standard moral dimana
kedua – duanya mempunyai asal usul yang sama. Di mana apabila dilihat dari konsep undang –
undang yang menpunyai inti yang berasak daripada konsep moral masyarakat manusia. Maka,
undang – undang mempunyai dasar piawaian moral yang diterima masyarakat umum kerana
ideanya yang dilahirkan bagi menyatukan hubungan antara masyarakat di peringkat negeri.
(Perbezaan antara undang - undang dan moral. Norma Hukum yang bertentangan dengan taraf
moral., n.d.)

Selain itu, kedua – dua konsep ini adalah seragam dari segi objek peraturan. Undang –
undang dan standard piawaian mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan suasana
sedemikian rupa sehingga setiap individu dalam masyarakat dengan lebih selesa. Oleh kerana
kedua – dua norma tersebut mencadangkan kebebasan dalam memilih kaedah tingkah laku,
kedua – duanya berusaha untuk mempengaruhi kebebasan tersebut agar dapat mencapai
masyarakat seimbang yang penuh dengan pembangunan yang positif. Seterusnya, undang –
undang dang piawaian moral juga bercirikan idea umum termasuklah perkara – perkara yang
melibatkan norma social sejagat, pandangan tentang kejahatan dan kebaikan, serta keadilan dan
kesaksamaan, Sebagai contoh, kedua - dua norma ini iaitu undang – undang dan piawaian moral

6
mempunyai pendapat yang sama iaitu tindakan membunuh adalah satu tindakan yang dianggap
salah.
 Perbezaan Undang – Undang dan Standard Moral
Namun demikian, undang – undang dan piawaian atau standard moral masih terdapat
perbezaan di antara satu sama lain. Antara perbezaan tersebut adalah dari segi perbezaan bentuk
atau struktur dan sekatan kedua – dua perspektif tersebut. Antaranya ialah undang – undang
adalah bersifat formal berbanding daripada piawaian moral. Berbeza dengan undang – undang
yang dicatatkan di dalam peraturan, kod dan dokumen – dokumen lain yang diluluskan dan
dikuat kuasakan oleh pihak berkuasa, poawaian moral lebih kepada kewujudannya melalui
bentuk lisan dan ianya diubah suai seirng dengan masyarakat. Di samping itu, undang – undang
juga mempunyai sudut pandang strukturnya yang lebih jelas dan berserta hipotesis, pelupusan
dan sanksi, Namun, ia berbeza dengan piawai moral di mana ia kebanyakannya tidak jelas
strukturnya. Hal ini berkait dengan kaedah penyimpanannya di mana ia wujud dalam bentuk
lisan untuk menyampaikan bentuk umum norma yang boleh diterima masyarakat, manakala
struktur jelas undang – undang adalah disebabkan ianya bertulis.

Selain itu, undang – undang mempunyai beberapa bahagian mengikut industri – industri
tertentu yang menyebabkan berlaku pengasingan bagi setiap jenis industry ini. Lain pula dengan
piawaian moral yang dicampur adukkan sekali dan selalunya berkait dengan satu sama lain. Hal
ini kerana sebahagiannya wujud untuk melengkapi satu sama lain agar logiknya lebih jelas.
Seterusnya, undang – undang juga dibentuk dengan pendekatan yang dipersetujui oleh pihak
kerajaan dan mempunyai matlamat yang bertujuan. Namun, piawaian moral dibentuk mengikut
kejadian – kejadian seharian dan amalan masyarakat setempat. Hal ini telah menimbulkan
kemungkinan kewujudan rasa ketidakadilan atau ketidakpatuhan muncul bagi pihak yang
melaksanakan undang – undang. Hal ini demikian kerana undang – undang belum dapat
memahami untuk menghubungkaitkan dengan sesuatu tindakan tertentu.

Dari segi kesan yang diberikan kepada setiap ahli anggota masyarakatnya oleh undang –
undang dan piawaian moral juga dapat dilihat beberapa perbezaannya. Antaranya ialah piawaian
moral mudah diterima dan dibentuk bertujuan kepada peraturan dalaman aktiviti manusia. Ianya
berlaku apabila sebilangan masyarakat melakukannya dan diperhatikan dan dipratikkan

7
sebilangan besar lain anggota masyarakat tersebut. Berbeza dengan undang – undang yang ianya
diterima pakai dalam tempoh masa tertentu dan dioperasi masa tertentu dan penggunaannya agak
sukar diterima oleh seluruh masyarakat.

Seterusnya, piawaian moral lebih mengutamakan keperluan anggota masyarakat pada


masa hadapan di mana ia dibentuk untuk mengatur kehidupan rohani. Ia menilai dengan secara
langsung daripada sudut ketelusan samada yang baik atau jahat serta kehormatan dan kekotoran.
Oleh yang demikian, piawaian moral bukan sahaja dapat memimpin tindakan masyarakatnya,
malah ia jugak dapat memimpin pemikiran dan menjadi pembimbing masyarakat ke jalan yang
benar. Lain pula keperluan bagi undang – undang dima ia lebih fokus dengan kestabilan dan
kebolehramalan tingkah laku. Bagi undang – undang, hukuman yang dilaksanakan adalah hanya
untuk tindakan yang sangat berbahaya untuk masyarakat.

 Hubungkait Undang – Undang dan Piawaian Moral


Apabila melihat hubungkait undang – undang dan piawaian moral di sesebuah masyarakat, ia
merupakan satu masalah bagi setiap negara atau masyarakat setempat. Sejak dari awal zaman di
mana undang – undang dan piawaian moral mempunyai konsep yang hamper sama. Mentaati dan
mengikuti undang – undang pada ketika itu dianggap sebagai satu kebajikan yang tinggi. Namun,
pada Zaman Pertengahan, kedua – dua konsep ini sudah kurang persamaan. Hubung kait antara
dua konsep ini dikira agak rumit dengan perbezaannya, namun, masih boleh dikaitkan dengan
rapat daripada beberapa komponen – komponen tertentu. Antara komponen tersebut adalah
perpaduan, interaksi, perbezaan dan percanggahan. (Undang- undang dan moral, hubungan
mereka, n.d.)

Dari segi komponen pertama iaitu perpaduan, kedua – duanya mempunyai konsep yang
normatid dan bermatlamat untuk mengawal perilaku manusia. Kedua – duanya bertujuan untuk
menyelaraskan interaksi antara ahli anggota masyarakat. Kedua – duanya mempunyai norma
social yang serupa kerana mempunyai kepentingan budaya, kepentingan ekonomi dan social
masyarakat. Selain itu, dari segi interaksi di mana undang – undang dan piawaian moral adalah
serupa apabila matlamat yang sama. Contohnya, apabila sesuatu tingkah laku tertentu dianggap

8
tidak sah atau salah dari segi undang – undang, ianya juga dianggap satu tingkah laku yang
buruk dalam segi piawaian moral.

Seterusnya, di dalam komponen perbezaan di mana tindakan undang - undang yang


dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa mencerminkan sesuatu kebenaran atau hak
yang baik. Sementara kepentingan piawaian moral pula dicerminkan oleh pandangan masyarakat
umum. Ia disebarkan melalui seni, media dan kesusasteraan. Akhirnya, perhubungkait dua
konsep ini juga menimbulkan percanggahan dimana walaupun keduanya mempunyai proses
perkembangan yang berterusan dengan kaedah sama, namun undang – undnag lebih konservatif,
Hal ini kerana ia banyak mengandungi beberapa kekurangan tertentu, di mana moral lebih
kepada dinamik dan responsif terhadap peubahan masyarakt selari dengan peredaran masa.

3.0 Proses Pembentukan Undang – Undang


Dalam mencapai satu bentuk perundangan yang relevan, adil dan saksama serta stabil,
proses yang dijalankan sebelum terbentuknnya perundangan tersebut memainkan peranan yang
utama. Di Malaysia, proses penggubalan dan tahap – tahap untuk mecapai kelulusan bagi undang
– undang yang perlu melalui Parlimen. Seperto yang dinyatakan maklumat di atas dimana
Parlimen adalah badan yang berkuasa dalam pembuatan undang – undang melalui kaedah Dewan
Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang – undang diikuti dengan persetujuan
oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Dewan Rakyat adalah permulaan pertama yang perlu
dilalui dahulu bagi setiap rang undang – undang yang berkenaan dengan hal kewangan. Hal ini
demikian kerana Dewan Rakyat berkuasa dalam hal – hal kewangan. (Sistem Pemerintahan
Negara, 2016)

Selain itu, terdapat empat peringkat yang perlu dilalui setiap rang undang – undang oleh
sesebuah Majlis Parlimen sebelum ia diluluskan iaitu Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua,
Perbincangan Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Kali Ketiga.

1. Bacaan Kali Pertama

Proses pertama ini adalah proses di mana bagi memperkenalkan rang undang – undang
yang ingin digubal atau yang hendak dibincangkan. Pada Bacaan Kali Pertama ini,

9
Menteri akan menyatakan rang undang – undang yang ingin dinyatakan kepada seluruh
ahli Dewan Rakyat. Tugas membaca tajuk ringkas rang undang – undang itu akan
dilakukan oleh Setiausaha Dewan Rakyat. Kemudian, Menteri yang sama akan
mengemukakan masa bagi Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga kepada semua
ahli dewan tersebut. (Pengajian Malaysia - Parlimen, n.d.)

2. Bacaan Kali Kedua


Seterusnya, di proses Bacaan Kali Kedua, rang undang – undang itu akan dibincangkan
dan dibahaskan oleh ahli – ahli yang berhormat. Ini merupakan proses penting dalam
penggubalan sesuatu undang – undang. Maka, perbincangan mengenai undang – undang
yang dinyatakan adalah sangat terperinci oleh kesemua ahli Dewan Rakyat. Perbincangan
yang dilakukan adalah termasuk dalam beberapa fokus mengenai aspek kebaikan,
keburukan, kesan dan impak rang undang – undang tersebut samada kepada rakyat
mahupun negara. Menteri yang mencadangkan akan diberi tanggungjawab untuk
memberi penerangan dan penjelasan untuk setiap pertanyaan yang diberikan oleh Wakil –
Wakil Rakyat berkenaan isu yang dibahaskan. Untuk melepasi peringkat ini, kelulusan
akan diberikan ke atas rang undang – undang selepas 2/3 suara majoriti diberikan.

3. Perbincangan Peringkat Jawatankuasa


Fasal – fasal yang termaktub di dalam undang – undang berkenaan akan disemak secara
teliti mengikut turutan dan susunannya oleh satu jawatankuasa. Di proses ini,
jawatankuasa tersebut mempunyai kuasa untuk membuat pindaan ke atas undang –
undang itu jika mendapati ia perlu dipinda.

4. Bacaan Kali Ketiga


Selepas Bacaan Kali Kedua, undnag – undang yang diberi kelulusan tersebut akan
disemak oleh Jawatankuasa yang dibaca semula oleh Menteri yang sama kepada ahli –
ahli Dewan tersebut. Seterusnya, ia akan di bawa ke Dewan Negara apabila kelulusan
diberikan oleh Dewan Rakyat. Melalui proses yang sama, ia dibahaskan di Dewan
Negara melalui proses bacaan kali pertama, kedua dan ketiga untuk mendapatkan
kelulusan Dewan Negara. Sejurus selepas itu, rang undang – undang yang mendapat
kedua – dua kelulusan r=daripada Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara akan

10
dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA untuk
mendapatkan pula persetujuan Baginda. Apabila undang – undang itu diperkenankan
Baginda, rang undang – undang itu akan menjadi rasmi undang – undang negara.
Sebelum ianya dikuatkuasakan dalam Persekutuan, undang – undang ini akan diwartakan
kepada masyarakat umum. Namun demikian, penentuan tarikh penguatkuasaanya akan
ditentukan oleh undang – undang tersebut.

4.0 Penilaian Tentang Proses Pembentukan Undang – Undang

Berdasarkan maklumat – maklumat mengenai proses pembentukan undang – undang di


negara ini, dapat dilihat bahawa proses – proses ini dilakukan supaya ia dapat dibahas dengan
lebih teliti agar undang – undang yang bakal dikuatkuasakan adalah adil dan saksama. Selain itu,
melalui proses pembentukan undang – undang ini, ia dapat menunjukkan kepentingan dan
keistimewaan Parlimen dalam penglibatannya terhadap sesuatu undang – undang. Badan
Parlimen memainkan peranan penting dalam proses tersebut.

Antara keistimewaan bagi badan Parlimen adalah keabsahan di setiap perjalanan di mana
– mana Majlis Parlimen atau di dalam jawatankuasa tidak akan boleh didakwa di mana – mana
mahkamah. Ianya memberi satu perlindungan kepada ahli Parlimen keran mereka tidak boleh
didakwa di atas keputusannya dalam mengundi atau uncapannya semasa dalam penglibatan
perbahasan atau pengundian yang dijalankan dalam siding Parlimen. Namun begitu, ianya terhad
kebebasannya berdasarkan Akta Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yang telah
dikuat kuasa 10 Mac 1971, yang menyatakan sekatan kebebasan individu bagi perlindungan
keselamatan dan ketenteraman awam. Maka, jika sesiapa sahaja yang menunjukan atau
menyentuh isu – isu sensitive boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 yang dipinda oleh
Ordinan Darurat Nombor 45, 1970. (Sistem Pemerintahan Negara, 2016)

Rumusannya, proses pembentukan undang – undang ini sangat dititikberatkan dan


dipandang serius agar undang – undang yang dikuat kuasakan tidak menimbulkan ancaman
kepada keamanan negara. Di sebalik menjaga kepentingan dan keistimewaan ahli parlimen, ia
juga mengutamakan keamanan dan keharmonian negara tanpa mengira bangsa dan agama.

11
5.0 Ringkasan

Secara ringkasnya, tugasan ini menyentuh beberapa komponen penting dalam system
perundangan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui tugasan ini, perundangan atau
system undang – undang juga mengandungi etika moral bagi menerangkan kesalahan seseorang
individu. Ia perlu dikuatkuasakan apabila sudah dipastikan kandungan peraturan itu relevan
dengan keadaan semasa serta perlulah adil dan saksama bagi mewakili keseluruhan masyarakat.

Dalam kata erti yang lain, undang – udang boleh dihubung kaitkan dengan standard atau
piawaian moral oleh beberapa perkara seperti perpaduan, interaksi, perbezaan dan percanggahan.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan antara dua norma tersebut seperti dari segi perbezaan
bentuk atau struktur dan sekatan, pembahagian di dalam norma, perbezaan pembentukan dan
pendekatan, kesan yang diberikan serta keutamaan dan keperluan yang berbeza. Namun
demikian, terdapat juga persamaan yang dapat dilihat seperti asal usul yang sama, keseragaman
dari segi objek peraturan dan lain – lain.

Di samping itu, hasil tugasan ini juga turut menerangkan komponen – kompone utama
perlimen seperti YDPA atau Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Seperti
yang dinyatakan, YDPA merupakan kedudukan yang tertinggi di dalam Parlimen diikuti dengan
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Proses pembentukan rang undang – undang perlu
mendapatkan kelulusan ketiga – tiga komponen ini sebelum undang – undang rasmi dapat
dikuatkuasakan di negara. YDPA berada di kedudukan tinggi menyebabkan peranannya yang
penting iaitu berkuasa dalam merasmi, mangambil dan membubarkan Parlimen mengikut budi
bicara Baginda selain mempunyai kuasa melantik ahli dewan. Ahli Dewan Negara dan Dewan
Rakyat seharusnya melepasi syarat dan kelakyat yang termaktub dalma Perlembagaan
Persekutuan. Lantikan mereka akan dibubarkan sekiranya ada syarat yang dilanggar olh ahli
Dewan tersebut.

Kesimpulannya, pembentujan sebuah undang – undang bukan lah oerka yang mudah dan
tidak dipandang enteng bagi membentuk sesebuah negara yang aman dan damai. Hal ini terbukti
bahawa rang undang – undang perlu menjalani beberapa peringkat sebelum ia diluluskan dan
dikuatkuasakan.

12
6.0 Rujukan

Aziz, D. S. (6 Mei, 2015). Memahami konsep kedaulatan undang-undang. Retrieved from Berita
Harian Online : https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/53148/memahami-
konsep-kedaulatan-undang-undang

Bab 2: Sistem Undang - Undang Malaysia. (n.d.). Retrieved from


http://studentsrepo.um.edu.my/2195/5/BAB__2.pdf

Farouq. (5 Januari, 2012). Undang - Undang. Retrieved from Slideshare:


https://www.slideshare.net/AhmadFarouqAmir/undang-undang-10823400

Latiff, N. (5 Disember, 2012). Undang - Undang Malaysia. Retrieved from zanalatif.blogspot:


http://zanalatif.blogspot.com/2012/12/pengenalan-definisi-undang-undang.html

Pengajian Malaysia - Parlimen. (n.d.). Retrieved from Koleksi Tugasan:


http://koleksitugasan.blogspot.com/2012/04/pengajian-malaysia-parlimen.html

Perbezaan antara undang - undang dan moral. Norma Hukum yang bertentangan dengan taraf
moral. (n.d.). Retrieved from agromassidayu.com:
https://may.agromassidayu.com/otlichie-prava-i-morali-normi-prava-v-otlichie-ot-norm-
morali-read-658326

Sistem Pemerintahan Negara. (28 februari, 2016). Retrieved from


http://shazwanafandi.blogspot.com/2016/02/proses-membuat-undang2-dan-
keistimewaan.html

Undang- undang dan moral, hubungan mereka. (n.d.). Retrieved from agromassidayu.com:
https://may.agromassidayu.com/pravo-i-moral-ih-sootnoshenie-a-223874

13

Anda mungkin juga menyukai