Anda di halaman 1dari 18

BAB 2

GMGA 2013 UNDANG-UNDANG,


PERLEMBAGAAN,
DAN SISTEM PEMERINTAHAN
2.1 UNDANG-UNDANG
Apakah itu undang-undang ?
•Ia bolehlah didefinisikan sebagai satu peraturan mengenai perbuatan manusia yang
menimbulkan kesan-kesan tertentu sebagaimana ditentukan oleh negara.
•Undang-undang kadangkala disebut juga sebagai hukum. Undang-undang adalah
aturan yang mengawal perjalanan hidup kita atau masyarakat.
•Ia dibuat oleh kerajaan atau negara. Ada juga undang-undang yang mengikut
agama.Undang-undang bertujuan agar kehidupan masyarakat menjadi aman dan
sejahtera.
•Undang-undang mengandungi perbuatan-perbuatan yang dilarang atau ditegah,
perbuatan-perbuatan yang perlu dan boleh dilakukan.
Apakah keperluan undang-undang ?

•Undang-undang perlu untuk mengawal manusia dan masyarakat dengan memastikan setiap
individu memperolehi hak Masing-masing
•Cara dan kaedah melindungi kehidupan manusia inilah dikenali sebagai undang-undang yang mana
undang-undang juga diperlukan sebagai mekanisme kawalan yang penting dalam masyarakat, lebih-
lebih lagi dalam menghadapi arus pembangunan negara yang semakin pesat.
•Apabila negara semakin membangun, berbagai-bagai masalah timbul. Kegiatan kehidupan manusia
di dalam masyarakat perlu dikawal agar kestabilan terus wujud. Undang-undang berfungsi sebagai
alat untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat kerana masalah yang wujud memerlukan satu
alat alternatif yang sesuai untuk diaplikasikan bagi menamatkan kekusutan atau pertelingkahan yang
berlaku.
• Fungsi sosial undang-undang ialah sebagai pembimbing kesejahteraan hidup bermasyarakat. Setiap
ahli masyarakat perlu mengikut undangundang yang dibentuk supaya kesejahteraan hidup dapat
dicapai. Undang-undang adalah untuk membimbing seluruh anggota masyarakatdalam bertindak
terhadap sesuatu keadaan
2.2 SUMBER UNDANG-
UNDANG DI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN : Ia merangkumi sama ada Perlembagaan Persekutuan atau
Perlembagaan Negeri. Perkara 4(1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan
bahawa“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apaapa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan
Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”

STATUT : Statut meliputi sama ada akta, ordinan atau enakmen: Akta ialah
undang- undang bertulis yang diperbuat oleh Parlimen. Undang-undang
bertulisyang dibuat oleh Dewan-dewan Undangan Negeri dipanggil Enakmen,
kecuali bagi Sabah dan Sarawak ia dipanggil ordinan.
PERUNDANGAN SUBSIDIARI ATAU PERUNDANGAN PERWAKILAN :
Perlembagaan Malaysia memberi kuasa perundangan kepada Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri. Walau bagaimanapun hanya sebahagian kecil perundangan yang
dibuat secara langsung oleh badan perundangan dan sebahagian besar perundangan
kini dibuat oleh pihak eksekutif.Pihak eksekutif membuat perundangan-perundangan
tersebut melalui kuasa yang diberikan kepada mereka oleh badan perundangan.
KEPUTUSAN HAKIM DALAM SESUATU PERBICARAAN : Keputusan
hakim dalam perkara undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi
yang belum diakas atau ditolak oleh Mahkamah yang lebih tinggi daripadanya.
Keputusan hakim itu akan mengikat semua keputusan mahkamah rendah. Ia dikenali
sebagai doktrin duluan mengikat (Doctrine of Judicial Binding Precedent).
UNDANG-UNDANG ISLAM : Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia. Hukum Islam terpakai dalam semua aspek kegiatan hidup umat Islam. Ia
merangkumi aspek pentadbiran undang-undang Islam di bawah agensi Kerajaan
yang berkaitan agama Islam seperti Mahkamah Syariah, ibadat, jenayah, kontrak,
kemasyarakatan, harta, keluarga, pesaka, matrimoni dansebagainya.
UNDANG-UNDANG HINDU : Menurut orang-orang Hindu, sebahagian daripada
undang-undang ini datangnya daripada Tuhan dan sebahagian besarnya daripada
adat. Ia digunakan hanya untuk orang Hindu sahaja berkaitan dengan undangundang
diri sahaja
UNDANG-UNDANG ADAT : Adat tempatan di Malaysia juga menjadi sumber
undang-undang tidak bertulis. Contohnya ialah adat Hindu akan digunakan bagi
penganut agama Hindu. Adat resam Cina akan digunakan bagi orang-orang Cina dan
adat-adat suku orang Asli pula digunakan sebagai salah satu undangundang untuk
orang-orang Asli
COMMON LAW INGGERIS DAN PERATURAN EKUITI : Penggunaan
kedua-dua sumber undang-undang ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di
dalam Akta Undang-undang Sivil 1956. Mengikut Akta ini, Common Law dan
peraturan ekuiti tersebut akan digunakan kecuali terdapat peruntukan yang dibuat
oleh undang-undang bertulis tempatan. Ia juga digunakan setakat yang diizinkan
oleh undang-undang negeri-negeri di Malaysia dan penduduknya, serta bergantung
kepadakeperluan tempatan
2.3 PERLEMBAGAAN
Perlembagan ialah buku yang mengandungi undang-undang agung negara. Di dalam perlembagan ada dinyatakan
keunggulan politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan sesebuah negara. Ia berhasrat mengendalikan pentadbirankerajaan
dengan licin dan saksama.

Menurut Sheela (1994: 207) perlembagaan ialah sekumpulan undang-undang dasar, yang menjadi garis panduan kepada
pemerintahan sesebuah negara. Daripada perlembagaan lahir undang-undang lain. Perlembagaan mengandungiperaturan
yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistemkehakiman, hak asasi, kebebasan beragama, soal bahasa, syarat-
syarat kerakyatan dan pilihan raya.

Professor Dicey (1959) berpendapat bahawa Undang-undangPerlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip
KedaulatanParlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-undang

Wheare. K.C. (1993) pula menjelaskan erti perlembagaan itu dengan melihat kepada dua suasana. Pertama, dalam
suasana biasa, perlembagaan digunakan untuk memperlihatkan keseluruhan sistem kerajaan sesebuah negara, satu
himpunan kaedah-kaedah yang menubuh dan mengawal kerajaan itu. Kedua, dalam pengertian yang lebih luas,
perlembagaan bermaksud kumpulan undang-undang, institusi-institusi dan adat-adat yang yang berpunca daripada
beberapa prinsip pemikiran tetap yang membentuk sistem umum
2.3.1 KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN
Kewujudan perlembagaan memastikan kestabilan, keadilan dan keharmonian
negara dicapai. Ini kerana semua hal mengenai cara-cara pemerintahan negara
terkandung di dalam perlembagaan.
Tanpanya sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tindakan tidak berperlembagaan.
Ia mencegah mana-mana pihak daripada bertindak sesuka hati dan sewenang-
wenangnya.
Oleh itu, dengan adanya perlembagaan sesebuah negara dapat diperintah secara
sistematik, adil dan bertanggungjawab
2.3.2 JENIS- JENIS
PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN BERTULIS DAN PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS :
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang mana dokumennya boleh diperolehi
dalam sebuah buku tertentu. Perlembagaan jenis ini seperti Perlembagaan negara kita.
Perlembagaan tidak bertulis pula wujud berserakan dalam pelbagai statut. Great Britain
merpakan satu contoh negara yang memiliki perlembagaan tidak bertulis ini.
PERLEMBAGAAN RIGID DAN PERLEMBAGAAN FLEKSIBEL : Rigid atau
fleksibelnya sesuatu perlembagaan itu bergantung kepada senang atau susahnya ia
dipinda. Terdapat negara yang memerlukan referendum rakyat untuk meminda sesuatu
perkara di dalam perlembagaannya. Di Malaysia terdapat keadaan di mana ia
memerlukan sokongan dua pertiga anggota parlimen untuk meminda sesuatu perkara di
dalam perlembagaan. Terdapat juga keadaan yang memerlukan kelulusan Majlis Raja-
raja selain daripada sokongan majoriti di dewan perundangan.
 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN UNITARI :
Malaysia merupakan contoh negara yang memiliki Perlembagaan Persekutuan. Malaysia
mempunyai dua jenis kerajaan. Pertama kerajaan negeri dan kedua kerajaan pusat atau
kerajaan persekutuan. Negara Britain hanya mempunyai satu kerajaan sahaja. Ia tidak
mempunyai kerajaan negeri.

PERLEMBAGAAN BERPARLIMEN DAN PERLEMBAGAAN BERPRESIDEN :


Pembahagian ini bergantung kepada jenis kerajaan yang terbentuk dalam negara berkenaan.
Jika ia mengamalkan sistem parlimen maka ia dikenali sebagai Perlembagaan Perparlimen.
Sekiranya tidak, berkemungkinan ia dipanggil Perlembagaan Berpresiden.

PERLEMBAGAAN PANJANG DAN PERLEMBAGAAN PENDEK : Jenis ini


bergantung kepada berapa panjangkah kandungan sesebuah perlembagaan itu? Jika rakyat
sesebuah negara menetapkan untuk menetapkan kandungan yang panjang di dalam
perlembagaannya, maka panjanglah perlembagaan negaranya, seperti di India. Sebaliknya di
Amerika Syarikat, perlembagaannya mengandungi tujuh perkara sahaja, maka
perlembagaannya tergolong di dalam jenis Perlembagaan Pendek
2.3.3 KANDUNGAN
PERLEMBAGAAN
Sebagai undang-undang utama sesebuah negara, perlembagaan mengandungi
pelbagai peruntukan. Antara lain, badan perundangan iaitu parlimen, badan
pemerintah seperti jemaah menteri, mahkamah dan lain lain. Perlembagaan juga
mengandungi peruntukan-peruntukan lain iaitu kewarganegaraan, kebebasan asasi,
agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
2.3.4 CIRI CIRI
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
I. Malaysia adalah sebuah persekutuan
II. Raja Perlembagaan
III. Negara Demokrasi berparlimen
IV. Islam Agama Persekutuan
V. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi
VI. Pengasingan Kuasa
2.3.5 PERKEMBANGAN
PERLEMBAGAAN : PERANCIS,
USA DAN ISLAM
PERANCIS :-
•Perancis merupakan salah sebuah negara kubu tradisi pengamal demokrasi di barat.
Sejak revolusi 1789, Peranchis mempunyai tiga pemerintahan monarki, dua
pemerintahan diktator, tiga pemerintahan penjajah dan lima pemerintahan republik.
•Perlembagaan De Gaulle merupakan perlembagaan Republik yang pertama dan yang
dibahaskan serta digubal di Parlimen.
•Perlembagaan Peranchis membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga bahagian iaitu
eksekutif, perundangan dan kehakiman.
•Badan eksekutif dianggotai oleh para Menteri Kabinet yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Perdana Menteri dilantik oleh Presiden setelah dipersetujui oleh anggota
Parlimen.
•Badan perundangan berbentuk dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perhimpunan
Kebangsaan dan Dewan Senat. Kedua-dua dewan ini dipengerusikan oleh presiden masing-
masing.
•Badan Kehakiman pula bertanggungjawab kepada Majlis Perlembagaan yang dianggotai
oleh sembilan orang hakim dan semua bekas Presiden. Majlis Perlembagaan ini berperanan
menentukan proses pilihan raya dan sistem perundangan berjalan dengan lancar.
AMERIKA SYARIKAT :-
•Politik Amerika Syarikat berasal dari Britain yang telah mencapai integrasi politik sejak abad
ke-17. Ia telah menubuhkan sistem politik demokratik dengan sistem persekutuan dan
seorang presiden yang dipilih sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
•Kongres Amerika Syarikat, sebagaimana Parlimen Malaysia terdiri daripada dua dewan
utama yang mempunyai pemimpinnya yang tersendiri. Dewan Senat diketuai oleh Naib
Presiden Amerika Syarikat dan Presiden protempore, manakala Speaker mengetuai Dewan
Perwakilan.
•Kedua-dua dewan mempunyai pemimpin majoriti dan minoriti masingmasing yang dipilih
dari kalangan ahli masing-masing. Pemilihan berdasarkan kepada kriteria pengetahuan dan
pengalaman mereka yang luas
•Menurut Perlembagaan Amerika Syarikat, ahli-ahli Kongres bebas bersuara dan
mengemukakan pandangan dalam perbahasan yang diadakan.
•Kongres merupakan badan perundangan yang bertanggung jawab menggubal dan
melaksanakan undang-undang. Walaupun Presiden merupakan ketua perundangan,
tetapi kongres mempunyai kuasa menolak ataupun menerima sebarang cadangan
yang dikemukakan oleh Presiden.
ISLAM :-
•Sahifah Madinah atau Piagam Madinah merupakan perjanjian yang diasaskan oleh
Nabi Muhammad s.a.w di kalangan penduduk Madinah dalam rangka membina
masyarakat di sana. Ia merupakan suatu perlembagaan bagi penduduk Madinah yang
mengawal kehidupan bermasyarakat semua warganya
•Sahifah ini telah menggariskan prinsip-prinsip umum mengenai dasar pentadbiran
masyarakat dan negara Madinah yang didiami oleh pelbagai kaum, puak dan kepercayaan
berdasarkan keperluan semasa. Secara ringkas, kandungannya adalah seperti berikut:
a. Wahyu Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. merupakan sumber
utama undang-undang negara.
b. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai sebuah
masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajipan dan tanggung jawab yang sama
terhadap negara Islam Madinah.
c. Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara.
d. Semua anggota sahifah mempunyai hak dan kebebasan beragama
e. Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka tidak
kira agama atau keturunan
f. Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman, dan,
g. Memberikan jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang mengganggotai
dan mematuhi peraturan-peraturan sahifah.
PEMAHAMAN BAB 2
1. Bincangkan peranan undang-undang dan perlembagaan dalam sistem
pentadbiran negara
2. Adakah Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri perlembagaan yang baik?
Bagaimanakah anda menilainya?
3. Sejauhmanakah keadaan negara kita terkawal melalui Perlembagaan yang ada
pada hari ini?
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai