Anda di halaman 1dari 52

UNDANG-UNDANG KOMERSIAL

1.0 PENGENALAN
1.1 Sistem Perundangan Malaysia
1.2 Pengaruh Undang-Undang Inggeris
1.3 Undang-Undang Bertulis Dan Tidak Bertulis
1.4 Sumber Undang-Undang Malaysia
APA ITU UNDANG-UNDANG

Undang-undang Pengamal undang-


didefinisikan sebagai undang dan para juris
badan peraturan atau memberikan maksud
peraturan adat yang yang berbeza bergantung
diakui oleh komuniti kepada pengalaman
sebagai mengikat. mereka mengenainya.

• Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah


sesebuah negara.
Takrifan yang berbeza tentang
‘Apa itu undang-undang
Istilah ‘Undang-
Undang' seperti
didalam • Undang-undang bertulis;
Perkara 160 (2) • Undang-undang umum setakat yang berkuatkuasa
Perlembagaan di dalam Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya; dan
Persekutuan • Apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai
Malaysia 1957 kuatkuasa undang-undang di dalam Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya;
mentafsirkan :
SISTEM PERUNDANGAN
• Sistem perundangan adalah kerangka peraturan dan undang-
undang dalam sesebuah negara yang mengatur hubungan
individu antara satu sama lain dan juga hubungan dengan
pemerintah.
5 Prinsip Asas Dikuatkuasakan
Diterbitkan/ Diwartakan
Konsisten
Menyeluruh
Diterima (Consistent)
(Accepted)
(Universal)
Undang-undang (Enforced)
(Published)
SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Undang-undang Malaysia dibentuk oleh sejarah dan budaya tempatan.

Undang-undang Malaysia berdasarkan daripada sistem perundangan


Common Law.

Ia adalah hasil daripada penjajahan yang berlaku di Tanah Melayu, Sarawak,


dan Borneo Utara oleh Britain antara seawal 1800-an hingga 1960-an.

Undang-undang tertinggi negara adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia


yang menetapkan kerangka undang-undang dan hak warganegara Malaysia.
Perkara penting dalam sistem perundangan sesebuah organisasi
sosial

Bil Perkara Huraian


Peruntukan
1. Sistem politik Cara masyarakat ditadbir.
2. Sistem ekonomi Sumber masyarakat dari segi pemilikan, pengeluaran
dan pengedaran.
3. Standard moral Tingkah laku yang dianggap boleh diterima dan tidak
boleh diterima.
4. Hubungan Interaksi sosial diantara satu sama lain.
interaksi
Undang-undang yang dibuat mesti
mengandungi elemen berikut :

Keadilan Samarata Kebebasan


Beretika
Kuasa menghukum Peruntukan yang Kesamarataan di Badan kehakiman
tidak boleh melindungi hak asasi dalam perlaksanaan haruslah bersifat bebas,
dilakukan dengan manusia dan tidak undang-undang dan mudah diakses oleh
sewenang- mendiskriminasi segenap lapisan
wenangnya, masyarakat.

Rujukan Tambahan
PENGARUH UNDANG-UN
DANG INGGERIS
• Kedatangan penjajah Inggeris / British dan campur tangannya di Tanah
Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran
dan undang-undang di negara ini.

• Penjajah Inggeris menduduki Pulau Pinang dalam tahun 1786, Singapura


1819 dan Melaka pada tahun 1824.

Bacaan tambahan
PENGARUH UNDANG-UNDANG INGGER
IS
• Menurut pakar undang-undang, penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan
adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu adalah
dengan dua cara.

1. Dengan mewujudkan undang-undang yang memerlukan


undang-undang Inggeris itu diikuti.

2. Dengan mengadakan sistem mahkamah yang diketuai oleh hakim-hakim yang


dapat mentadbir dan memasukkan undang-undang Inggeris.

Bacaan Tambahan
In re Maria Hertogh [1951] MLJ 64.
Mahkamah Sivil dalam kes ini telah
membuat keputusan berdasarkan
kepada prinsip undang-undang
domisil Inggeris yang menyebabkan
… perkahwinan yang telah
Begitu juga dalam kes Martin lwn
diisytiharkan sah mengikut undang-
Umi Kalsom [1963] MLJ 1,
undang Islam diisytiharkan menjadi
perkahwinan
tidak sah. yang tidak sah
mengikut undang-undang Islam
telah diisytiharkan sah di bawah
prinsip domisil undang undang
SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Sumber utama undang-undang
Malaysia:
SUMBER U i. Sumber sejarah
NDANG-U ii. Sumber perundangan
NDANG M iii. Tulisan dan buku
ALAYSIA
Sumber utama undang-undang Malaysia:
UNDANG-
i. Sumber sejarah
UNDANG ii. Sumber perundangan
BERTULIS iii. Tulisan dan buku
DAN TIDAK
BERTULIS
UNDANG-UNDANG BERTULIS
Sumber bertulis merujuk kepada undang-undang yang dibuat oleh
badan yang diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang, iaitu:

Perlembagaan Perlembagaan
Persekutuan Negeri

Perundangan Perundangan
(Legislation) Subsidiari
UNDANG-UNDANG BERTULIS
1. Perlembagaan Persekutuan

1. Perlembagaan boleh digambarkan sebagai tulang belakang sistem


perundangan negara.
2. Ia adalah sumber kerangka dari mana undang-undang dibuat.
3. Suatu Perlembagaan adalah bertujuan untuk :
• Menetapkan bentuk pemerintahan.
• Menjelaskan kuasa untuk membuat undang-undang.
• Membahagikan kuasa antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
• Memisahkan kuasa diantara badan-badan yang berbeza.
https://
legal.usm.my/v3/
phocadownload/
laws/
Perlembagaan_Per
sekutuan.pdf
]

1. Perlembagaan Persekutuan
- Undang-undang tertinggi di Malaysia
- Berasaskan perlembagaan di India, prinsip asas kerajaan
Inggeris dan konvensyen Perlembagaan
- Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan: Perlembagaan
adalah undang-undang tertinggi Persekutuan
- Kandungan:hak asasi individu, kuasa kerajaan pusat dan
kerajaan negeri, kuasa raja-raja, pengasingan kuasa dalam
pentadbiran (federalisme), agama rasmi, bahasa rasmi dan
lain-lain
- Sebarang percanggahan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dengan undang-undang lain, undang-undang
lain dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan
Kes
• Surinder Singh Kanda lwn Government of The Federation of Malaya
(1962) 28 MLJ 169

Kesahihan undang-undang yang dikuatkuasakan sebelum


kemerdekaan yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan

Undang-undang sebelum merdeka tersebut perlulah diubah suai


supaya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
UNDANG-UNDANG BERTULIS
2. Perlembagaan Negeri

1. Setiap negeri mempunyai perlembagaan sendiri yang mengatur


pemerintahan negari tersebut.
2. Semua perlembagaan negeri hendaklah mengandungi
peruntukan-peruntukan sebagaimana yang disenaraikan pada
Bahagian 1 kepada Jadual Ke Lapan Perlembagaan Persekutuan
(Rujuk Perkara 71 (4) Perlembagaan Persekutuan).
3. Peruntukan-peruntukan ini menyentuh hal Pemerintah (Raja),
Majlis Eksekutif, Perundangan Negeri, Badan Perundangan,
Dewan Perundangan dan sebagainya.
UNDANG-UNDANG BERTULIS
3. Perundangan (Legislation)

1. Legislation atau Perundangan adalah sumber undang-undang yang


digunapakai pada masa kini.

2. Legislation atau Perundangan merujuk kepada Statut atau Akta


(dibuat atau digubal oleh Parlimen sebagai badan pembuat undang-
undang).

3. Legislation atau Perundangan juga boleh disebut enakmen atau


ordinan.
Perundangan (Legislation)

4. Enakmen merujuk kepada undang-undang yang dibuat oleh


Dewan Undangan Negeri sebagai badan pembuat undang-undang
sedangkan.

5. Ordinan merujuk kepada undang-undang yang dibuat sebelum


Hari Kemerdekaan pada tahun 1957.

6. Di Malaysia, undang-undang diatur oleh Parlimen di peringkat


persekutuan dan oleh pelbagai Majlis Mesyuarat Negeri di
peringkat negeri.
UNDANG-UNDANG BERTULIS
4. Perundangan Subsidiari

1. Perundangan Subsidiari merujuk kepada undang-undang yang


dibuat atau diluluskan oleh badan atau agensi selain daripada
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

2. Contoh Menteri, Lembaga, Badan Berkanun, Pihak berkuasa, Ketua


Pengarah dsb.

3. Perundangan Subsidiari adalah berkaitan dengan perincian undang-


undang yang mengatur perkara kecil, yang diberi kuasa oleh badan
legislation mewakilkan mereka untuk melakukannya.
• Dalam Akta Interpretasi, subsidiary legislation didefinisikan:

• “…terdiri daripada pengisytiharan, peraturan, pengumuman,


undang-undang tempatan atau instrumen lainyang dibentu
melalui sebarang Ordinan, Enakmen atau pihak berkuasa
yang berkemampuan secara teknikal untuk mengendalikan
undang-undang secara terperinci”
UNDANG-UNDANG BERTULIS
• Perundangan (Legislation) adalah undang-undang yang

PERBANDINGAN
diluluskan oleh Parlimen.

• Perundangan Subsidiari adalah undang-undang yang


dibuat oleh Menteri berdasarkan kuasa yang diwakilkan
kepada mereka oleh badan perundangan.

Perundangan • Dengan kata lain, Perundangan Subsidiari adalah


(Legislation) undang-undang yang dibuat oleh badan eksekutif dengan
kuasa diberikan kepadanya oleh badan perundangan.

Vs • Perundangan Subsidiari diperlukan dalam kekangan masa


sementara Parlimen membuat perundangan.
Perundangan • Oleh itu, Parlimen menangani ‘isu besar' sementara
Subsidiari Menteri menangani isu-isu tertentu, untuk dibahas.

• Undang-undang yang memberi kuasa kepada Menteri


untuk membuat perundangan subsidiari dikenali sebagai
‘Parent Act”.
3. Perundangan
• Undang-undang yang digubal dan diluluskan di peringkat
persekutuan (Akta)
• Undang-undang yang digubal dan diluluskan di peringkat
negeri (Enakmen)
• Undang-undang yang digubal sebelum merdeka (Ordinan)
• Contoh: Akta Kontrak, 1950, Akta Perkongsian, 1961,
Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Selangor, 1984
UNDANG-UNDANG
TIDAK BERTULIS
• Sumber undang-undang yang tidak bertulis merujuk kepada
undang-undang yang tidak dibuat oleh Parlimen atau yang
tidak terdapat dalam perlembagaan.

• Namun, undang-undang tersebut boleh dibuat secara


bertulis tetapi tidak digubal oleh badan perundangan
UNDANG-UNDANG
TIDAK BERTULIS
• Keputusan Kehakiman (Judge-Made Law)
• Undang-Undang Umum (Common Law)
• Undang-Undang Islam (Islamic Law)
• Undang-Undang Adat (Custom Law)
UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
1. Keputusan Hakim

1. Hakim memainkan peranan penting dalam menafsirkan undang-undang dan menyelesaikan


perselisihan. Oleh itu, apabila hakim membuat keputusan dalam suatu kes, keputusan tersebut
dapat diterima pakai undang-undang seperti yang terdapat dalam perundangan.

2. Keputusan itu dapat menjelaskan penerapan undang-undang dengan cara yang lebih jelas atau
mungkin menerangkan maksud sesuatu istilah atau perkataan di dalam statut.

3. Undang-undang berdasarkan kes, timbul dengan 2 cara:


I) Duluan Kehakiman (Judicial Precedent)
Ii) Tafsiran Berkanun (Statutory Interpretation)
UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
Duluan Kehakiman Tafsiran Berkanun
(Judicial Precedent) (Statutory Interpretation)
• Apabila hakim membuat satu keputusan, keputusan • Apabila hakim menafsirkan undang-undang, mereka
tersebut akan diikuti oleh hakim lain dalam kes yang memberi makna kata-kata seperti di dalam undang-
serupa kemudiannya. undang .

• Ini dikenali sebagai Duluan Kehakiman atau dalam • Kadangkala ianya kabur dan tidak dinyatakan
bahasa latin ia disebut “Stare decisis”. dengan jelas didalam undang-undang atau Akta itu
sendiri untuk terpakai pada kes-kes tertentu.
• Istilah ini digunakan dalam common law untuk
menerangkan bahawa keputusan mahkamah yang • Hakim kemudian akan mentafsirkan undang-undang
dahulu mesti diterima sebagai mengikat menurut yang terdapat di dalam Akta yang dimaksudkan.
undang-undang kes.
• Makna yang diberikan dalam undang-undang
• Walau bagaimanapun, apabila hakim mendapati tersebut akan ditafsirkan dengan jelas supaya tidak
bahawa undang-undang dahulu tidak merangkumi kabur pemaknaannya.
perkara di dalam keadaan kes, mereka kemudian harus
menggunakan pertimbangan dalam mengadili suatu • Dalam dengan cara ini, hakim dikatakan
perkara kes (ini dikenali sebagai Ratio decidendi). mewujudkan undang-undang yang tidak bertulis.

• Dan ini kemudian akan menjadi duluan untuk kes masa


depan yang melibatkan masalah yang sama walaupun
fakta mungkin berbeza.
Hirarki Mahkamah
Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Sabah dan


Mahkamah Tinggi Malaya Sarawak

Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Mahkamah Majistret


Keputusan di Mahkamah Tinggi (M. Tinggi,
Rayuan dan Persekutuan – mengikat
Mahkamah Rendah (Sesyen dan majistret
Hakim mahkamah Tinggi terikat dengan
keputusan Hakim Mahkamah rayuan dan
persekutuan (x terikat dengan keputusan
hakim yang setaraf)
Mahkamah Rayuan :
terikat untuk merujuk
Hakim Mahkamah
keputusan hakim
Persekutuan : terikat
Mahkamah
dengan keputusan
Persekutuan dan
hakim yang setaraf
hakim-hakim yang
dengannya dalam
setaraf dengannya
mahkamah yang sama
dalam mahkamah
Kes (Pemakaian doktrin stare decisis)
• PP lwn Datuk Tan Cheng Swee & Anor (1980
• Mah Kah Yew lwn PP (1971)

Apabila telah ada keputusan mengenai sesuatu perkara (prinsip)


adalah tidak wajar bagi para hakim untuk menyimpang daripada
keputusan itu.
• Syarat pemakaian doktrin kehakiman:

Hanya terpakai bagi kes-kes yang mempunyai Fakta yang sama dengan
kes-kes terdahulu

Rujukan hanya pada Ratio Decidendi (prinsip undang- undang dalam kes
tersebut yang digunakan oleh mahkamah untuk mencapai keputusan)
UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
2. Undang-Undang Inggeris

Pemakaian undang-undang Inggeris di seluruh Malaysia berkuatkuasa dengan adanya Seksyen 3 dan
Seksyen 5, Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan Seksyen 5(2) Perlembagaan Persekutuan.
UNDANG-UNDANG
TIDAK BERTULIS
1. Seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan bahawa :

• (a) Di Semenanjung Malaysia, mahkamah hendaklah menerapkan undang-undang umum


Inggeris dan peraturan ekuiti seperti yang ditadbir di England pada 7 April 1956 ;

• (b) Di Sabah, menggunakan undang-undang Inggeris dan peraturan ekuiti bersama undang-
undang umum, seperti yang ditadbir di England pada 1 st Disember 1951;

• (c) Di Sarawak, menggunakan undang-undang umum Inggeris dan peraturan ekuiti, bersama
dengan undang-undang umum, seperti yang ditadbir di England pada 12 Disember 1949.
UNDANG-UNDANG
TIDAK BERTULIS
2. Seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan bahawa :

(a) Di Semenanjung Malaysia, pemakaian undang-undang ini terhad


kepada undang-undang yang ditadbirkan pada 7 April 1956

(b) Di Melaka, Pulau Pinang Dan Sabah Sarawak, undang-undang yang


terpakai ialah undang-undang yang ditadbirkan di England pada
masa sesuatu kes itu diputuskan.
UNDANG-UNDANG
TIDAK BERTULIS
3. Common Law merangkumi undang-undang adat lama England. Penerapan undang-
undang England kepada Malaysia tertakluk kepada 2 batasan :

a. Ini hanya berlaku jika tidak ada undang-undang tempatan mengenai


subjek tertentu, dan undang-undang tempatan lebih diutamakan
daripada undang-undang Inggeris (hanya berlaku bila-bila masa terdapat
kelompongan dalam undang-undang tempatan); dan

b. Hanya menggunakan bahagian undang-undang Inggeris yang sesuai


dengan keadaan tempatan sahaja terpakai.
Kes
• United Malayan banking Corp. Bhd & Lain-lain lwn Pemungut Hasil
Tanah, Kota Tinggi [1984] 2 MLJ 87

Undang-undang tanah Inggeris tidak terpakai kerana


Kanun Tanah Negara adalah undang-undang
yang lengkap
UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
3. Undang-Undang Islam

1. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri


mempunyai kuasa untuk mentadbir Undang-undang Islam.

2. Ketua agama Islam di sebuah negeri (kecuali Pulau Pinang, Melaka, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan) adalah Sultan.

3. Di Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, Yang di-
Pertua Negeri adalah Ketua.

4. Mahkamah yang menegakkan undang-undang Islam di negara ini adalah


Mahkamah Syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam.
Pemakaian undang-undang Islam

• Meliput perkara-perkara dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan


Persekutuan
(Undang-undang diri dan keluarga)
Kes
• Ramah lwn Laton (1927)
Undang-undang Islam diiktiraf oleh Mahkamah sivil sebagai
undang-undang asal Tanah Melayu

• Selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan:


Islam adalah agama rasmi persekutuan

• Che Omar Che Soh lwn PP

• Agama Islam menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan


hanya meliputi perkara ibadat dan upacara keagamaan sahaja
UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
4. Undang-Undang Adat

1. Suatu kebiasaan amalan atau rutin cara melakukan sesuatu di antara sekumpulan
orang tertentu, yang telah diterima oleh undang-undang.

2. Dan itulah sebabnya ia dianggap sebagai sumber undang-undang.

3. Kebiasaan masyarakat tempatan suatu negara menjadikan urusan keluarga, tanah


dan agama sebagai urusan peribadi yang perlukan perhatian undang-undang.

4. Undang-undang adat di Malaysia seperti Undang-Undang Peribumi di Sabah dan


Sarawak, dan Adat Temenggung & Adat Perpatih di Malaysia Barat.

• Undang-undang Natif

Undang-undang yang diamalkan oleh kaum peribumi atau orang


asli di Sabah dan Sarawak

• Adat Cina dan India : melalui pemakaian Akta Memperbaharui


Undang-undang (Perkahwinan dan perceraian), 1976
Egerton lwn Harding (1974)
Wujud
Wujudsejak
sejak Diamalkan
Diamalkan
lama
lamadahulu,
dahulu, secara
secara
1189
1189 berterusan
berterusan––
turun
turuntemurun
temurun

Ada
Adarasa
rasa
Diamalkan
Diamalkan tanggungjawab
tanggungjawab
secara
secaraaman
aman untuk
untuk
tanpa
tanpasebarang
sebarang melaksanakannya
melaksanakannya
tentangan
tentangan

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi mengiktiraf


sesuatu undang-undang adat
KUIZ

• a. Menggubal dasar kerajaan


1. Apakah peranan • b. Melantik Ahli Dewan Undangan Negeri
• c. Menggubal undang-undang
Parlimen? • d. Mengubah rakyat

2. Bilakah suatu •

a. Setelah diluluskan oleh Majlis Parlimen
b. Setelah ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara
undang-undang boleh • c. Setelah diwartakan sebagai warta kerajaan
dikuatkuasakan? • d. Setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong
3.Sumber undang-undang Malaysia terdiri daripada sumber
bertulis dan sumber tidak bertulis. Di negara ini sumber bertulis
merupakan sumber undang-undang yang lebih utama. Walau
bagaimanapun sumber tidak bertulis tetap digunapakai di dalam
sistem perundangan Malaysia pada hari ini.

a) Senaraikan 5 sumber undang-undang bertulis


yang diamalkan oleh negara Malaysia.
b) Huraikan dengan jelas setiap sumber
berkenaan.
c) Senaraikan 4 sumber undang-undang tidak
bertulis .
d) Huraikan dengan jelas setiap sumber
berkenaan.

50 marks

Anda mungkin juga menyukai