Anda di halaman 1dari 34

1.0 DEFINISI, KONSEP DAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 1.1 Apa itu perlembagaan?

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Satu kumpulan peraturan atau undangundang sama ada bertulis atau tidak bertulis,yang menentukan organisasi kerajaan,pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan,pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip umum bagaimana kuasakuasa tersebut dilaksanankan.

Menurut Professor A. V. Dicey,Perlembagaan dapat diertikan sebagai :Perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya.

Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara

1.2 Undang-undang tertinggi

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan setiap individu dan warganegara sesuatu negara harus mematuhi keluhuran perlembagaan

tersebut.Ketinggian perlembagaan sesuatu negara adalah amat tinggi dan tidak dapat diatasioleh mana-mana institusi dalam negara tersebut.

Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara dan amat penting dalam mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Perlembagaan ini adalah
1

bertujuan untuk mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara supaya lebih sistematik dan teratur.Perlembagaan juga dapat digunakan sebagai panduan kepada kerajaan dan rakyat dalam pembentukan undang-undang dalam sesebuah negara.

Perlembagaan dikatakan undang-undang tertinggi sesebuah negara kerana semua perihal negara sama ada dari aspek pentadbiran,perundangan dan kehakiman sudah tercatat dalam perlembagaan tersebut.Perlembagaan ini adalah sumber rujukan utama pemerintahan negara dalam menjalankan sesuatu dasar dan perihal kenegaraan.Dalam perlembagaan sudah dinyatakan tentng semua perihal dalam mentadbir urus negara.Perihal yang dinyatakan dalam perlembagaan malaysia adalah sudah tepat dan tidak mempunyai unsur terselindung atau untuk kepentingan sesetengah pihak.Perlembagaan malaysia dalah bersifat adil kepada semua kaum.

Oleh yang demikian semua warga malaysia haruslah menghormati akan segala keluhuran perlembagaan iaitu semua bahagian perlembagaan iaitu sebanyak 15

bahagian,183 perkara dan 13 jadual seperti yang termaktub dalam perlembagaan tersebut.

1.3 Jenis-jenis perlembagaan

Perlembagaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan Bertulis
Berbentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan ini sukar dipindah kecuali wujud peruntukan tertentu dalam perlembagaan itu untuk membolehkan pindaan dilakukan. Contoh : Malaysia

Perlembagaan tidak bertulis


Perlembagaan yang merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Perlembagaan tidak bertulis ini juga tidak terkandung dalam bentuk dokumen tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi,keputusan mahkamah,akta parlimen dan pandangan para ilmuan undang-undang terkemuka. Contoh : United Kingdom (Britain)

1.4 Pembahagian kuasa dalam perlembagaan

Perlembagaan malaysia adalah perlembagaan bertulis dan tiga badan utama dalam pentadbiran negara Malaysia iaitu badan perundangan,kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Badan Utama Pentadbiran

Eksekutif

Legislatif (Perundangan)

Kehakiman

Kabinet

Undangundang

Mahkamah

Berdasarkan jadual kita dapat membahagikan secara ringkas intipati perlembagaan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu : Bidang kuasa eksekutif Legislatif Kehakiman Kedududukan agama islam Kewarganegaraan Bahasa kebangsaan Kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Semua perkara diatas terdapat dalam perlembagaan persekutuan malaysia iaitu yang mengandungi 15 bahagian,183 perkara dan 13 jadual.Perkara-perkara diatas telah termaktub dalam perlembagaan bertulis negara Malaysia.Oleh itu,Semua rakyat
4

Malaysia harus menghormati dan mengiktiraf semua bahagian yang terdapat dalam perlembagaan malaysia tersebut.

Sumber undangundang tertinggi

Undangundang asas pemerintahan negara

PERLEMBAGAAN

Setiap individu perlu mematuhi keluhuran perlembagaan

Asas kepada panduan untuk membentuk undang-undang oleh kerajaan atau rakyat

Ciri-ciri perlembagaan

Ciri sesebuah negara

Hak asasi

Sifat Perlembagaan

Hak dan tanggungjawab

Kuasa

Kewarganegaraan

Keperluan perlembagaan

Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan,

Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik


Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara dengan adil dan saksama Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara

Peranan perlembagaan

Sumber

Setiap perkara dalam perlembagaan boleh diperhalusi sebagai sumber undang-undang

Garis Panduan
Peraturan

Perlu dirujuk apabila hendak menggubal sesuatu peraturan undang-undang

Mengatur pemerintahan sesebuah negara

1.5 Konsep ketinggian perlembagaan

Tiada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan

Merupakan undang-undang tertinggi Menjadi punca semua undangundang

Walaupun YDPA merupakan ketua negara,baginda tertakluk kepada perlembagaan

Ketinggian Perlembagaan

Semua undangundang tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan

mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undangundang yang digubal oleh parlimen

Membantu kerajaan persekuatuan melaksanakan pemerintahan dengan licin

Undang-undang dianggap batal jika berlawanan

1.6 Kepentingan perlembagaan

Kepentingan diwujudkan perlembagaan dalam sesuatu Negara adalah bertujuan untuk memastikan parti politik yang memerintah akan dapat mengetahui hala tuju dalam mentadbir Negara sejajar dengan cita-cita ang diinginkan oleh kerajaan.Selain itu,jika berlaku sebarang perubahan dalam tampuk pemerintahan kerajaan yang baru dibentuk dapat membina satu jemaah pentadbiran yang sama dan dapat memerintah seperti pemerintahan sebelum ini. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

10

Taraf

Perjalanan kerajaan dapat dipastikan

Menyelesaikan masalah

KEPENTINGAN Menjamin kestabilan politik sesebuah negara Mengekalkan keamanan

Menjamin riwayat sesebuah negara.

Melindungi semua kumpulan etnik

11

Pertama taraf,ialah untuk mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai cita-cita mestilah mempunyai cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah disifatkan sebagai satu undang-undang yang diperlukan bagi menjayakan keutuhan sesebuah negara.Setelah sesebuah negara telah mencapai taraf ini dapatlah didefinasikan bahawa perlembagaan itu telah mencapai objektif yang pertama iaiatu taraf.

Kedua,Perlembagaan juga dianggap sebagai penyelesai masalah.Segala permasalahan yang berlaku sama ada dalam pentadbiran atau undang-undang sesebuah negara akan dirujuk dalam perihal yang terdapat dalam perlembagaan yang telah dibina.Jika sesuatu permasalahan yang besar sekalipun akan dapat diselesaikan jika merujuk kepada perlembagaan kerana perlembagaan telah meliputi segala aspek sama ada pentadbiran,undang-undang,kaum dan masyarakat dan sebagainya

lagi.Selain penyelesaian masalah ini juga dapat dirujuk kepada penyelesaian masalah jika berlaku sebarang permasalahn iaitu seperti masalah perkauman dan

sebagainya.Jalan penyelesaian kepada segala konflik ini adalah sudah termaktub dalam perlembagaan yang telah digubal.

Ketiga,perlembagaan juga dianggap sebagai mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaaan.Mengekalkan keamanan ini dapat dilihat jika sebarang pindaaan dapat dilakukan dengan mudah oleh pemimpin tertinggi negara sudah pasti keadaan kucar-kacir akan berlaku.Keadaan ini akan menyebabkan keadaan tidak akan aman.Selain itu,keamanan in i juga merujuk kepada segala perkra yang ingin dilakukan oleh kerajaan.Kerajaan perlu merujuk perlembagaan supaya tidak berlakuk sebarang ketidakpuasan hati oleh rakyat terhadap kepimpinan negara.Oleh itu,perlembagaan perlu memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa negara sentiasa berada dalam keadaan aman.

12

Keempat,melindungi semua kumpulan etnik.Dlam perlembagaan telah terdapat perkara yang telah menetapkan tentang kumpulan etnik dan tahap atau had-had yang diperolehi oleh setiap etnik itu.Setiap etnik atau kaum telah dinyatakan dalam perlembagaan serta dinyatakan hak-hak yang diperoleh setiap kaum ini berdasarkan keutamaan setiap kaum itu.Contohnya,kaum melayu dan bumiputera mempunyai lebih keiistimewaan kerana mereka merupakan penduduk asal negara ini.Selian itu kaumkaum lain seperti cina dan india diberi keistimewaan sebagai rakyat malaysia tetapi tidak boleh menyentuh hak-hak istimewa orang melayu walupun mereka menganggap bahawa perkara itu tidak berlaku adil kepada mereka.

Kelima,menjamin

riwayat

sesebuah

negara.Tanpa

perlembagaan

rakyat

sesebuah negara tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam menghasilkan sebuah negara yang makmur dan utuh.Semangat nasionalisme tidak akan wujud dalam kalangan rakyat negara ini kerana mereka langsung tidak memikirkan tentang negara mereka kerana tidak mempunyai satu perlembagaan bertulis yang menyatakan hak-hak keistimewaan.keselamatan dan sebagainya lagi yang boleh menjamin mereka dpat hidup dengan selamat dalam negara tersebut.Jika tidak mempunyai perlembagaan sudah pasti keadaan huru hara akan berlaku kerana tiada satu peraturan yang dapat menyekat setiap individu melkukan apa sahaja perkara.

Keenam,menjamin

kestabilan

politik

sesebuah

negara.Dengan

adanya

perlembagaan rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara kerana dengan adanya perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah.Selain itu,jika berlaku perubahan tampuk kepimpinan negara atau perubahan dalam pentadbiran negara perjalanan kerajaan dapat dipastikan dan dapat menghasilkan standart yang diinginkan oleh

rakyat.Perlembagaan adalah amat penting dalam uasaha menstabilkan sesebuah negara tersebut.Tanpa perlembagaan sudah pasti kestabilan negara tidak dapat dibentuk.

13

Akhir

sekali

ialah,perjalanan

kerajaan

dapat

dipastikan.Dengan

adanya

perlembagaan segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan.Hal ini kerana segala tindak tanduk dan perlakuan mereka hendakalah berdasarkan perlembagaan yang telah dicatatkan.Oleh itu,pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak dalam melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan.Jika sebarang penyelewengan dilakuakn oleh pihak pemerintah maka pemimpin tersebut tidak dapat lari daripada undang-undang yang terdapat dalam perlembagaan yang telah dicatatkan dalam perlembagaan.

Kesimpulannya,perlembagaan

adalah

undang-undang

tertinggi

negara

kita.Dalam perlembagaan tersebut telah dinyatakan semua perkara iaitu sama ada dari segi pentadbiran,perundangan dan undang-undang.Perlembagaan yang telah dibina ini adalah telah lengkap dengan segala peraturan yang bertujuan menjamin sesebuah negara dapat ditadbir dengan telus.

14

2.0 KRONOLOGI SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA


Malayan Union 1946

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama 1946

Penubuhan UMNO 1946

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pilihanraya Pertama

Rundingan Kemerdekaan

Suruhanjaya Reid

Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan Kemerdekaan Tanah Melayu Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura Penubuhan Malaysia

15

Malayan Union 1946 Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama 1946

Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebarang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.

Penubuhan UMNO 1946

Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Rajaraja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union.

16

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masingmasing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948.

17

pilihan raya pertama- Jun 1955


Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Rundingan Kemerdekaan-Januari 1956


Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakilwakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

18

Suruhanjaya Reid-Mac 1956


Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan.

19

Menggubal Rang Undang-Undang PerlembagaanFebruari 1957 Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yangpertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Kemerdekaan Tanah Melayu-Ogos 1957

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Penubuhan Malaysia-Julai 1963 Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masingmasing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963

20

3.0 ISU-ISU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

3.1 Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan Isu-isu Semasa

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan ialah perkara yang berkaitan agama rasmi bagi Persekutuan iaitu agama Islam. Masyarakat Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, etnik dan ras. Oleh itu, terdapat pelbagai kepercayaan dan pegangan agama yang dianuti dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, Malaysia merupakan negara yang demokrasi dan semua warganegara bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan aman seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3.

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa isu-isu yang lantang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja menyentuh sensitiviti penganut-penganut agama di Malaysia. Antara isu yang hangat diperkatakan kini ialah isu suara azan yang dikatakan terlalu kuat dan mengganggu ketenteraman pengadu untuk tidur. Pengadu telah menghantar surat secara peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak (rujuk Lampiran 3.1.1) dalam mengutarakan pandangan beliau dalam menguatkuasakan undang-undang kawalan bunyi.

Sebelum itu, Malaysia turut digempurkan dengan pencerobohan masjid dan surau di beberapa buah negeri dengan simbahan cat dan meletakkan kepala khinzir dalam perkarangan masjid. Isu ini bertambah rumit dengan pencerobohan yang sama berlaku di beberapa buah gereja di Malaysia. Ramai yang menganggap bahawa isu ini ada kaitannya dengan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Gereja Katholik Herald, The Catholic Weekly (rujuk Lampiran 3.1.1b). Isu-isu seperti ini jelas menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan berkait rapat dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.
21

Kepala babi di masjid Al Falah

Selain daripada itu, terdapat juga isu ceramah politik di masjid. Hal ini, jelas sekali tidak menghormati Islam kerana masjid merupakan rumah ibadat yang suci untuk orang Islam. Memang tidak dinafikan bahawa suatu ketika dahulu, masjid merupakan pusat politik seperti pusat pentadbiran tetapi situasi pada masa kini jelas berbeza sama sekali. Dahulu, masjid sebagai pusat yang menguruskan pentadbiran negara tetapi kini menjadi medan atau pentas memaki, menabur fitnah dalam ceramah ceramah politik yang hanya untuk kepentingan parti dan diri. Oleh itu, demi menjaga kesucian agama selaras dengan Perkara 3 yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan, ceramah politik sama sekali mencemari dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hampir sama dengan isu ceramah politik, isu kali ini ialah berkenaan wakil rakyat bukan Islam yang memasuki masjid dan perkarangan masjid tanpa menutup aurat terlebih dahulu. Isu ini berbangkit selepas salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berbangsa Cina ini memasuki masjid untuk menyampaikan ceramah dan bantuan kepada masyarakat di kawasan tersebut. Selepas itu, timbul lagi isu yang sama di Selangor di mana seorang ADUN menghadiri senamrobik tanpa mengikut etika berpakaian Islam. Jelaslah, Islam tidak dihormati dan mereka seperti cuba memperlekehkan Perkara 3 ini.

22

Kesalahan etika pemakaian Islam.

Kemudian, mengenai ADUN bukan Islam yang memasuki masjid tanpa mengikut etika pemakaian Islam yang sebenarnya atau dari segi Syariat ialah penutupan aurat pula, ADUN yang terlibat seharusnya faham dan menghormati agama Islam sebagaimana yang mereka mahukan kebebasan hak rakyat. Majoriti masyarakat Malaysia menganuti agama Islam maka ADUN tersebut haruslah tunduk terhadap tuntutan tersebut kerana ia adalah hak rakyat. Tidak timbul soal politik dalam membangkitkan isu-isu seperti ini kerana Islam tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi dan warganegara yang baik harus patuh terhadap Perkara 3 ini.

23

3.1.1

Cadangan dan Kaedah Penyelesaian

Terdapat banyak kaedah yang boleh diketengahkan dalam menyelesaikan kemelut negara ini. Antaranya ialah dengan mengadakan satu konvensyen yang menggabungkan semua ketua penganut-penganut agama di dalam Malaysia. Konvesyen ini pastinya bertujuan agar menghubungkan kesemua penganut-penganut agama di Malaysia untuk berbincang di atas satu meja menyelesaikan masalahmasalah yang berlaku. Selain itu, keputusan juga dapat dicapai sekiranya perbincangan dilakukan dengan masyarakat mungkin dapat menerima keputusan tersebut secara terbuka kerana pengaruh-pengaruh ketua agama masing-masing.

Selain itu, kami juga berpendapat bahawa kerajaan perlu lebih bertegas dalam mengenakan Akta Hasutan kepada mana-mana individu atau pihak yang cuba menyentuh isu-isu sensitiviti seperti Perkara 3 ini. Pihak media juga sepatutnya menjadi medium untuk menjernihkan situasi yang keruh. Oleh itu, menjadi peranan media untuk menyediakan bahan yang bersifat natural dan adil dalam pandangan masyarakat Malaysia.

Kemudian, kami menganggap bahawa parti atau individu yang melibatkan diri dalam politik tidak seharusnya mencemarkan agama untuk kepentingan peribadi. Mereka perlu faham dan belajar daripada kesilapan mereka. Kesedaran yang tinggi perlu ada dalam diri mereka untuk melakukan satu perubahan yang drastik agar kepentingan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan terjaga.

24

3.2 Perkara 32: Kepala Utama Negara bagi Persekutuan dan Permaisurinya

Isu-isu Semasa

Tidak banyak isu yang dapat didengar jika berkenaan konflik yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ketika ini. Isu-isu yang hangat diperkatakan kini ialah manipulasi titah Sultan Selangor yang melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi (rujuk Lampiran 3.2.1a). Walaupun tidak berkaitan dengan Yang Dipertuan Agong tetapi isu ini jelas berkait rapat dengan Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab dalam melantik Yang Dipertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Perkara 32. Kebanyakkan isu yang dibangkitkan kerana berpunca daripada masalah tiada persefahaman kerajaan negeri dengan pihak istana.

Hanya beberapa pihak dan pertubuhan yang telah menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Jelas bahawa melalui penyerahan memorandum tersebut kepada Yang Dipertuan Agong telah mengiktiraf kedudukan baginda sebagai Kepala Utama Negara. Seterusnya ialah masalah-masalah besar yang telah merujuk kepada Yang Dipertuan Agong seperti masalah-masalah agama yang dihadapi di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Penyerahan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

25

Walaubagaimanapun, terdapat satu isu yang perlu dipandang serius oleh semua masyarakat. Di Pulau Pinang, doa khutbah solat Jumaat telah menggantikan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (rujuk Lampiran 3.2.1b). Jelas perubahan teks bacaan doa itu telah meletakkan status Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara tidak dihormati. Sebagai Ketua Negara, baginda juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Wilayah-Wilayah Persekutuan.

26

3.2.1

Cadangan dan Kaedah Penyelesaian

Isu Perkara 32 sememangnya wajar dipandang serius kerana isu ini menyentuh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang merupakan Ketua Negara Malaysia. Jika rakyat tidak dapat menghormati Ketua Negara maka berlakulah kerosakkan dalam institusi Perlembagaan Persekutuan. Kami yakin bahawa setiap masalah itu ada penyelesaiannya.

Bagi isu ini, kami melihat bahawa penekanan Rukun Negara perlu diterapkan sedalam-dalamnya dalam jiwa rakyat Malaysia terutama pada peringkat institusi pendidikan. Selepas itu, penghayatan lagu Negaraku juga perlu melalui seni kata lagu tersebut. Hal ini kerana, kedua-dua identiti negara ini menekankan kedudukan Yang Dipertuan Agong dalam kerajaan Malaysia. Melalui Rukun Negara dan Negaraku (rujuk Lampiran 3.2.3), rakyat Malaysia mampu menterjemahkan kesetiaan mereka kepada Raja dan negara.

Selain daripada itu, Yang Dipertuan Agong perlu diketengahkan sebagai simbol perpaduan Malaysia yang tidak mengira politik, bangsa dan agama. Kami menganggap sesetengah pertubuhan atau parti politik yang menyerahkan

memorandum kepada Yang Dipertuan Agong adalah salah satu daripada kepercayaan mereka terhadap baginda. Kami berpendapat bahawa penyerahan memorandum itu lebih baik jika digantikan dengan perbincangan secara terus dengan pihak yang berkenaan agar suara kedua belah pihak dapat dicapai dalam satu persetujuan tanpa mencemarkan nama baik Yang Dipertuan Agong.

27

3.3 Perkara 152: Bahasa Kebangsaan

Isu-isu Semasa

Bahasa Melayu sememangnya sentiasa menjadi perhatian dalam mata masyarakat Malaysia. Hal ini kerana Malaysia mempunyai lebih 20 bahasa yang dipertuturkan oleh rakyatnya (sumber Wikipedia). Oleh itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan kerana 50.4% rakyat Malaysia ialah Melayu dan bahasa ini dipertuturkan secara meluas dan fasih oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.

Mengenai isu sekarang ialah penggunaan bahasa rojak yang secara meluas oleh rakyat Malaysia. Bahasa rojak ialah bahasa campuran yang

menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa rojak begitu terkenal dalam kalangan remaja pada masa kini. Selain itu, kedaulatan Bahasa Melayu juga turut tercemar dengan ejaan-ejaan dan singkatan ejaan yang tidak betul. Hal ini menjatuhkan taraf bahasa kebangsaan Malaysia di persada dunia. Lebih

mendukacitakan, orang-orang yang berpengaruh di Malaysia juga turut menggunakan bahasa rojak sebagai pertuturan harian mereka.

Kesalahan ejaan pada papan niaga.

28

Selepas itu, Bahasa Melayu turut tergugat dengan penggunaan meluas Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Isu yang paling mencuri tumpuan ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 di sekolah-sekolah seluruh negara. Selain itu, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di KolejKolej Matrikulasi di Malaysia dalam subjek Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia. Isu-isu ini pastinya bertentangan Perkara 152 yang turut mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Gerakan pemansuhan ppsmi

Di Pulau Pinang, papan tanda Bahasa Cina dinaikkan dalam usaha menggantikan papan tanda Bahasa Melayu. Dr. Thor Teong Ghee merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memasang papan tanda Bahasa Cina di enam lokasi yang berbeza. Terdapat beberapa pihak telah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana papan tanda tersebut seolah-olah cuba memperlekehkan bahasa kebangsaan. Menurut Dr. Thor Teong Ghee, papan tanda berbahasa Cina itu bertujuan untuk kebaikan pelancongan.

29

Papan tanda Bahasa Cina di Pulau Pinang.

Isu yang seterusnya ialah menukarkan nama Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia (rujuk Lampiran 3.3.1). Perkara ini sudah lama dibangkitkan oleh sesetengah ahli akademik bukan Melayu yang mahukan Bahasa Malaysia dijadikan bahasa kebangsaan dengan tujuan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. Nik Safiah Karim (2008) antara tokoh yang tidak bersetuju dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai merujuk Bahasa Melayu. Namun, penggunaan Bahasa Malaysia telah pun diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2007.

30

3.3.1 Cadangan dan Kaedah Penyelesaian

Dalam Perkara 152 ini, telah banyak usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu pada mata masyarakat Malaysia. Antaranya ialah kempen Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita yang menjadi teras kepada penyelesaian isu-isu yang timbul. Namun bagi kami, kerajaan sepatutnya

memperkasakan lagi atau menguatkan kempen mereka di seluruh negara sebagaimana mengadakan karnival bahasa.

Selain itu, kami turut menyarankan agar Akta Bahasa Kebangsaan dapat diperkuatkan kepada pesalah-pesalah bahasa yang semakin serius dan berleluasa. Kami rasakan bahawa penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan memperkukuhkan lagi kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia. Selepas itu, kerajaan juga perlu lebih serius dalam menangani masalah Bahasa Melayu dengan menaik taraf Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi Suruhanjaya DiRaja (rujuk Lampiran 3.3.3) agar peranan DBP dapat diperkuatkan dan dipertingkatkan sebagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerajaan juga seharusnya sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan yang berkaitan Bahasa Melayu dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama ahli-ahli akademik untuk kepentingan bersama. Selain itu, ahli akademik dan tokoh sasterawan perlu kerap berjumpa dan dilantik menjadi senator dalam Dewan Rakyat atas faktor atau dasar kepentingan Bahasa Melayu. Hal ini akan memperlihatkan kewujudan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah serius dalam kerajaan.

31

3.4 Perkara 153: Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb., untuk Orang Melayu

Isu-isu Semasa

Antara isu yang berkaitan dengan Perkara 153 ialah penafian hak Bumiputera oleh Chua Soi Lek (rujuk Lampiran 3.4.1a) yang juga merupakan Presiden Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) iaitu parti kaum Cina yang terbesar di Malaysia. Chua Soi Lek mempersoalkan ekuiti Bumiputera yang dianggap sebagai berat sebelah kepada kaum Cina dan lain-lain. Soi Lek mahukan ekuiti bumiputera dikurangkan agar dapat dikongsi secara adil bersama kaum yang lain di Malaysia. Beliau berkata pembahagian hak kepada bumiputera merupakan satu diskriminasi yang jelas dan penindasan kepada kaum Cina.

Sementara itu pastinya tanah Kampung Baru, Kuala Lumpur menjadi tumpuan dalam Perkara 153 dimana kerajaan Selangor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu membangunkan tanah (rujuk Lampiran 3.4.1b) tersebut. Namun, pembangunan di Kampung Baru menerima respon positif dan negatif oleh masyarakat setempat. Masyarakat Kampung Baru juga merujuk Sultan Selangor sebagai penjaga atau penasihat untuk pembangunan Kampung Baru.

Kuota kemasukan kaum Bumiputera ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah dikecilkan angkanya. Kaum bukan Bumiputera diberikan kuota sebanyak 10 peratus ke MRSM manakala terdapat lima buah MRSM membuka kuota bukan Bumiputera sebanyak 30 peratus (rujuk Lampiran 3.4.1c). Perkara ini mendapat pelbagai respon daripada pihak-pihak yang tertentu. Jelas, pembahagian kuota MRSM ini telah sedikit sebanyak mempersoalkan relevannya Perkara 153 dalam

Perlembagaan Persekutuan.

32

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, telah membuat satu kenyataan dimana beliau amat berharap agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kuota pelajar kepada bukan Bumiputera (rujuk Lampiran 3.4.1d). Tan Sri Abdul Khalid mencadangkan agar kuota 10 peratus dapat diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera sebagai pelajar UiTM. Beliau turut mengatakan bahawa UiTM telah memecahkan masyarakat kerana dasar satu bangsa yang memonopoli institut pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Universiti Teknologi Mara.

33

3.4.1

Cadangan dan Kaedah Penyelesaian

Sikap sesetengah pemimpin yang cuba mempertikaikan Perkara 153 amat mengecewakan. Tindakan disiplin sepatutnya diambil terhadap mana-mana pihak yang menyentuh isu sensitif ini. Sebagai contoh ialah kenakan hukuman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain itu, kenyataan yang menghina Perlembagaan Persekutuan dalam Dewan Rakyat seharusnya dikenakan tindakan penggantungan sebagai Ahli Dewan.

Isu pembangunan di tanah-tanah orang Melayu sepatutnya diperlakukan dengan terperinci. Sebuah syarikat pemaju perlu dilantik melalui perkenan Sultan dan bertanggungjawab dalam menguruskan tanah-tanah tersebut dengan betul dan amanah. Kerajaan juga sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan masyarakat setempat untuk menerangkan perkara yang sebetulnya dan menjawab segala keraguan masyarakat dalam kerja-kerja pembangunan.

Pembukaan kuota kepada kaum bukan Bumiputera dilihat sebagai satu cabaran dan saingan kepada kaum Bumiputera atau orang Melayu. Sesetengah institusi dilihat begitu relevan untuk dibuka kepada kaum bukan Bumiputera namun masih perlu dibuat penelitian dan perbincangan tentang rasional pembukaan kuota tersebut. Walaupun begitu, hak orang Melayu sepatutnya dipertahankan dan Suruhanjaya Di Raja perlu ditubuhkan bagi menjaga kepentingan-kepentingan orang Melayu daripada terhakis.

34

Anda mungkin juga menyukai