Anda di halaman 1dari 39

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS DATO


RAZALI ISMAIL

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (PROJEK)
TUGASAN

: KERJA KURSUS PROJEK

PROGRAM

: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KURSUS

: HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

KOD

: WAJ 3106

UNIT

: BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (BMM)

SEMESTER

: TIGA

NAMA
NO. KAD PENGENALAN
NORZILA BINTI ABDUL RASHID 740407-11-5218
ROSNANI BINTI SALLEH
730101-11-7334

TARIKH MULA
TARIKH HANTAR

: 12 JANUARI 2013
: 06 APRIL 2013

NO. MATRIK
G212ttbmma5218
g212ttbmma7334

Senarai kandungan
Penghargaan

muka surat

Penghargaan
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam penyempurnaan tugasan ini, pelbagai
pihak telah turut membantu baik secara langsung atau tidak.

Pertamanya buat suami

dan anak-anak kami. Mereka telah banyak memahami dan memberi sokongan moral.
Seterusnya kepada pensyarah, Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan, ribuan terima kasih diucapkan. Selain itu
juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam perkongsian
maklumat-maklumat untuk menyempurnakan tugasan ini. Dan akhir sekali kepada
pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan para pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di
muka bumi ini. Kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Semoga dengan terhasilnya
kertas kerja ini akan dapat memberi pemahaman yang lebih luas dan jelas lagi ke arah
menyalurkan maklumat dan pengetahuan tentang hubungan etnik serta latar belakang
sejarah hubungan kaum di Malaysia.
Justeru itu, para pendidik tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban
zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap mutiara
sebagai renungan dan selamat beramal.
Kesusahan tidak semuanya siksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang berterusan.
Sekian, terima kasih. Wassalam.

Pendahuluan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah
S.W.T., selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., utusan Allah,
para rasul, para sahabat serta pengikut-pengikut baginda sehingga ke hari ini.
Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah al-Hujrat ayat 13 yang
bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia
di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Usaha memartabatkan kebudayaan kaum Sungai di Negeri Sabah ini perlu
diperhebatkan kerana ia penting bagi memelihara dan mengetengahkan adat resam
supaya budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman ini tidak akan lapuk ditelan dek
zaman. Adat resam dan budaya sesebuah bangsa boleh hilang sekiranya golongan
muda lupa tanggungjawab sedangkan memelihara budaya bangsa adalah satu
tuntutan.
Mana-mana bangsa di dunia sekali pun tidak pernah meminggirkan budaya
bangsanya malahan berusaha memartabatkan dengan pelbagai cara dan pendekatan
sama ada melalui tarian , adat , pantang larang, makanan serta nyanyian. Suku-suku
kaum di negara ini menonjol dan dikenali ramai sehingga ke merata dunia disebabkan
adanya komitmen padu untuk memelihara dan menonjolkan budaya mereka.
Adat resam serta budaya yang telah diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang
hendaklah dipelihara apalagi pada zaman era global hari ini, menuntut kita semua
supaya peka dan sentiasa menjaga sebaik-baiknya agar bangsa dan keturunan
sentiasa di hormati dan disegani.

1.0

LATAR BELAKANG KAUM ORANG SUNGAI


Berdasarkan sejarah awal, penduduk Pulau Borneo tergolong dalam

kelompok Austronesia, iaitu daripada kelompok Negrito dan Austroloid.


Kelompok ini telah meninggalkan Tanah Melayu bersama-sama penduduk
Austronesia yang lain selepas zaman air batu, iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun
yang lalu.

Mereka memulakan penghidupan baru dan berhijrah dari suatu

tempat ke suatu tempat yang lain disamping mengamalkan pertanian


pindah (shifting cultivation) dalam menyara hidup seharian mereka.

Amalan ini

telah dilakukan untuk beberapa lama sehinggalah mereka sampai di Utara Pulau
Borneo.

Perubahan hidup masyarakat ketika itu telah bermula dengan

petempatan secara kekal dan bertumpu di tebing sebuah tasek yang dikelilingi
oleh pokok-pokok Ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali dengan nama
Nunukragang. Tidak dapat dipastikan samada Kampung Nunukragang yang
terletak tidak jauh dari jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang
dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini. Salah satu suku etnik yang
terdapat

di

sini

adalah

suku

kaum

Orang

Sungai

Dari segi catatan sejarah, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula
pada

1881,

apabila

residen

pertama

Sandakan

iaitu Sir

William

Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke


Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut,
rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang
sudah bertamadun dengan berkebolehan mendirikan petempatan di tebing
sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan imej berambut
panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan.

Disebabkan masalah

komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut dan
untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan
panggilan the

river

people.

Selepas

peristiwa

tersebut

dan

semasa

pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC) panggilan


ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan,
bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi
juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar

sedemikian. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum KadazanDusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir
serupa.
2.0 TEMPAT TINGGAL ORANG SUNGAI
Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang
Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebingtebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut,
Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini
boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam
dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan
sungai.
Taburan Bangsa Sungai Di Negeri Sabah Yang Paling Ramai

Daerah Kinabatangan
Daerah Tongod

Daerah Labuk-Sugut

Daerah Pitas

Daerah Sandakan

Daerah Lahad Datu

Daerah Telupid

Daerah Kecil Paitan

Daerah Beaufort

Daerah Kota Kinabalu

Gambar 1 : Penempatan Orang Sungai

3.0. BUDAYA
Meskipun pelbagai kebudayaan telah dicampur adukkan ke dalam kaumkaum di Malaysia kini, namun kaum Orang Sungai ini masih berpegang
teguh
terhadap kebudayaan yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.
Antara
kebudayaan yang masih di kekalkan ialah:
3 . 1 Tarian Tradisional Suku Kaum Orang Sungai
Setiap etnik menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian.
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Orang Sungai yang
terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai
padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu
yang berpotensi.
Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong
dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki
berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika
menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta

Kaamatan.Antara jenis tarian suku kaum Orang Sungai di Sabah adalah sepeti
berikut :
Tarian Runsai dikenali sebagai upacara Meh Basah-basah atau Meh Miau.
Dipercayai tarian runsai telah wujud sejak awal tahun 1930-an lagi dan
merupakan suatu upacara untuk tujuan perubatan tradisional. Upacara ini
diamalkan oleh masyarakat suku kaum Orang Sungai yang mengamal
kepercayaan aninisma.

Pada tahun 1950-an upacara tarian runsai telah

dijadikan wadah dalam mencari jodoh bermula dari upacara pinang-meminang


sehinggalah menentukan hantaran yang disampaikan melalui bait-bait pantun
semasa

berbalas

pantun

dalam

tarian

runsai.

Tarian runsai merupakan tarian tradisional suku kaum Orang Sungai. Tarian ini
tidak menggunakan sebarang jenis alat muzik kecuali menggunakan suara
semasa berbalas pantun dan bunyi hentakkan kaki semasa melangkah dan
berpusing dalam satu bulatan sambil berpimpinan tangan.
Disebabkan oleh kemajuan teknologi hiburan yang serba canggih dan
mengasikkan adalah dikhuatiri tarian runsai akan lenyap ditelan zaman. Justeru,
tarian runsai seharusnya diterapkan kepada generasi muda suku kaum Orang
Sungai agar mereka boleh meneruskan kesinambungannya sebagai lambang
budaya berzaman nenek moyang mereka yang paling unik. Menyedari hakikat
ini, pada tahun 2005 tarian runsai telah berjaya dicatat dalam The Malaysia
Book of Records sebagai The Longest Non-stop Runsaiton Performance in
Malaysia. Tarian ini dipersembahkan selama tempoh 37 jam tanpa henti dengan
melibatkan lebih 500 orang penari secara berganti-ganti dengan memakai
pakaian tradisional. Catatan ini telah dibuat dalam satu majlis rasmi bersempana
Pesta Sungai Kinabatangan yang diadakan pada 22 September 2005 bertempat
di Pentas Dataran Pekan Kota Kinabatangan.

3.2. Peralatan Muzik Tradisional Suku Kaum Orang Sungai

3.2.1 Gabbang Kayu


Gabbang Kayu merupakan sejenis alat muzik tradisional suku kaum
Orang Sungai di Daerah Kinabatangan. Berdasarkan sejarah awal mengenai
muzik ini, Gabbang Kayu adalah salah satu alat muzik yang kedua terpenting
selepas alat muzik kulintangan tembaga yang dibawa masuk oleh masyarakat
Suluk sejak awal 1920-an lagi. Alat muzik Gabbang Kayu diperbuat daripada
beberapa jenis kayu yang dipanggil Poggil, Litak dan Tilluh dalam bahasa
tempatan. Setiap batang kayu akan dibentuk menjadi kepingan-kepingan kayu
supaya menghasilkan nada muzik yang tertentu berdasarkan saiznya. Untuk
mendapatkan nada bunyi yang sistematik, setiap kepingan kayu tersebut disusun
mengikut prinsip kod muzik terkini. Dengan susunan tersebut seseorang ahli
muzik akan dapat memainkan pelbagai rentak lagu yang harmoni serta sedap
didengar.
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.
Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan
togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan
gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat
daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat
daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Berikut adalah jenis alat-alat
muzik yang sering digunakan dalam upacara keramaian;
i.

Kordofon (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

ii.

Erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)

iii.

Idofon (togunggak, gong,kulintangan)

iv.

Membranofon (kompang,gendang atau tontog).

3.2.2 Alat Muzik Sompoton

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan


persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian.

Gambar 2 : Alat muzik Sompoton


3.2.3 Gong

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan


muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan
gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat
setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk
menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang
tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan
animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku
kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi
galvanic yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang
tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina,
Indonesia atau Berunei.

Gambar 3: Gong

3.3

PAKAIAN
Pakaian tradisi masyarakat ini banyak tertumpu kepada pakaian semasa

upacara perkahwinan di mana pakaian kedua pengantin biasanya dipilih


daripada kain jenis satin baldu satu warna penuh tanpa corak. Dihiasi dengan
pelbagai aksesori disulam dengan hiasan benang warna-warni. Pakaian tradisi
juga biasa digunakan untuk tarian tradisi Bangsa Sungai seperti tarian titikas,
manumpas dan lain-lain.
Fesyen potongan baju pengantin lelaki adalah seakan-akan dengan baju
perempuan dihias dengan benang warna-warni dan lengan baju lebar. Potongan
seluar lebar di bahagian pinggang dan panjangnya melepasi paras buku lali,
bahagian hujung seluar besar lebar dipanggil kentiau.

Bagi pemuzik tradisi lelaki, mereka mengenakan pakaian yang mempunyai


reka bentuk hampir sama dengan baju tradisi etnik Suluk, di mana seluarnya
lebar di bahagian atas (pinggang) atau disebut kentiu dan dilipat apabila
memakainya dengan dililit oleh kain sebagai tali pengikat pinggang (tali
pinggang). Busana kaum lelaki etnik ini pula, baju mereka mesti mempunyi corak
yang dikhaskan seperti guntar, aaluu, raami dan katam. Semua corak ini juga
berkaitan dengan padi. Mereka juga memakai perhiasan kepala atau sigar yang
diperbuat daripada kain dan berbentuk seperti tanjak.
Terdapat juga pakaian tradisi untuk kaum wanita yang dikenakan kepada
para pemain muzik tradisi etnik ini khususnya dan kebiasaannya diperbuat
daripada kain jenis baldu atau satin dan direka mengikut potongan ala baju
kurung dengan lengan baju lebar di bahagian bawah. Biasanya warna yang
dipilih ialah warna hitam tetapi sering juga bertukar kepada warna lain mengikut
kesesuaian majlis.
Walaupun, tidak ada maklumat lengkap tentang busana tradisi sebenar etnik
ini, tetapi adalah dipercayai bagi kaum wanita baju mereka mesti mempunyai
beberapa corak yang dikhaskan. Sebagai contoh corak yang dipanggil aadu
bambarayon atau aadu pansiangan, corak tulah, corak lilibu,corak paroi dan
corak pengarah. Kesemua corak ini berkaitan dengan padi. Kaum wanita etnik
Sungai ini juga memakai kain tudung dengan sulaman benang berwarna-warni.

Rajah 4 : Pakaian tradisional Orang Sungai


4.0

AMALAN KAUM ORANG SUNGAI


Suku kaum Orang Sungai menganut fahaman yang berbeza-beza, ada yang

beragama Islam, Kristian dan ada yang masih mengamalkan fahaman Animisma.
Mereka yang menganut agama Islam pada asasnya adalah terdiri daripada mereka
yang

berkahwin

campur

dengan

peniaga

Suluk.

Orang Sungai mengamalkan adat resam yang dipusakai daripada nenek moyang
mereka yang banyak menerima pengaruh animisma dan kini pengaruh Islam.
Mereka mengamalkan adat bersanding semasa majlis perkahwinan, adat
bertimbang, adat menggunting rambut kanak-kanak dan adat melenggang perut.
Adat majlis bergunting dan bertimbang sempena kelahiran baru yang dilakukan
selepas tujuh hari seorang bayi dilahirkan. Lagu-lagu marhaban dinyanyikan untuk

mengiringi upacara ini. Majlis bertimbang pula dilakukan ke atas bayi yang baru lahir
ataupun terhadap seseorang sebagai membayar niat atau nazar.
Amalan tiparot iaitu merupakan salah satu kepercayaan yang diamalkan oleh
Orang Sungai yang bertujuan untuk mendapatkan syafaat agar sentiasa berada
dalam lindungan Allah SWT. Tiparot disediakan jika ada diantara ahli keluarga
yang

akan pergi merantau untuk mencari rezeki atau menyambung pelajaran,

mendapat

mimpi yang sama ada baik atau sebaliknya ataupun membayar niat.

Rajah 5: Adat Bertimbang

Rajah 6 : Adat Bergunting

5.0 PERAYAAN
5 . 1 . Majlis Tagajoh Goyah

Majlis Tagajoh Gayoh ini tercetus hasil kunjungan terhadap YAB Datuk Seri
Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah
(SABAS) yang diketuai oleh YB Datuk Haji Zakaria Haji Mohd. Edris bersama beberapa
orang ahli Majlis Kerja Tertinggi SABAS bertempat di Pejabat YAB, Dewan Undangan
Negeri Sabah pada 22 April 2009 yang lalu. Delegasi ini telah menyatakan hasrat dan
cita-cita masyarakat Bangsa Sungai Sabah untuk berjumpa dengan YAB Ketua Menteri
Sabah. Hasil daripada kunjungan tersebut, YAB telah menyatakan persetujuan dan
kesediaan untuk bertemu dengan seluruh masyarakat Bangsa Sungai di Negeri Sabah.
Majlis ini merupakan sebuah majlis yang julungkali diadakan dan akan mengukir satu
catatan sejarah khususnya kepada masyarakat Bangsa Sungai yang terdiri daripada 30
sub-etnik dan berjumlah kira-kira 270,000 orang di Negeri Sabah. Justeru, Persatuan
Bangsa Sungai Sabah (SABAS) beriltizam akan menyatupadukan kepelbagaian subetnik tersebut serta akan menjadi pemangkin kepada jati diri setiap individu agar lebih
berdaya saing dalam era dunia globalisasi dan akhirnya dapat melahirkan pemimpin
yang berwibawa dan berketrampilan selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Perayaan ini juga bertujuan untuk meningkatkan imej serta martabat masyarakat
Orang Sungai setanding dengan etnik-etnik lain di Negeri Sabah disamping
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan melalui aspek kebudayaan yang lebih
harmoni.
6.0 MAKANAN
Makanan masyarakat kaum orang Sungai samalah seperti makanan masyarakat
kaum Kadazandusun di Sabah yang telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak
turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang
terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan
Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum.
6.

Hinava

Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Sungai.


Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri )
dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah ,
limau kapas dan garam.

Rajah 7: Hinava
6.2

Noonsom

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat


beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara
yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom
Tuhau.
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan
dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua
bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua
belas hari sehingga boleh dimakan.
Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji
buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama
seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan
cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan
biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

Rajah 8 : Noonsom

6.3

Pinaasakan

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air
tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang
telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk
perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.
6.4

Sup Manuk Lihing

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih
dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan,
rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia,
garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul
lembut sebelum dihidangkan.
Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita
yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini
boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi
penduduk tempatan.
6.5

Resipi masakan kaum Sungai

6.5.1 Jeruk Ikan Orang Sungai


Bahan-Bahan:

Beras 4 gelas (dimasak macam biasa)


Ikan air tawar bersisik atau tidak 5
kilogram
Garam 400gm
Cara
1. Bersihkan ikan dan potong kecil-kecil
2. Toskan air hingga tiada air menitis.
3. Campurkan garam dan nasi yang sudah dimasak.
4. Simpan dalam bekas kedap udara.
5. Biarkan selama 2 hingga 3 minggu.
6. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
7. Boleh makan dengan sambal lada dan daun bawang kampung.
Cadangan Hidangan:
1. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
2. Boleh makan dengan sambal lada dan daun bawang kampung.

Ini adalah makanan tradisional yang paling digemari oleh orang Sungai di
Kinabatangan Sabah, kalau tidak ada jeruk ini, sesuatu majlis di kampung itu macam
tiada yang istimewa.
6.5.2 Sopong Panggang
Bahan-bahannya
1kg Ikan baung / sopong
100 ml Air asam jawa
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar Serbuk lada
6 helai Daun pisang
4 biji Lada kering (ditumbuk)
Bahan untuk sambal
3 ulas Bawang merah (dihiris)
1 sudu besar Belacan
4 sudu besar Air asam jawa
6 biji Cili api

6 biji Cili merah


Gula secukup rasa
Cara membuat sambal
Bawang merah, belacan, cili api dan cili merah ditumbuk halus kemudian campurkan
air asam jawa, air garam dan gula. Hidang bersama dengan ikan yang sudah dimasak.
Cara memanggang ikan
Ikan dicuci dan dibersihkan, perapkan ikan dengan air asam jawa, serbuk kunyit,
serbuk lada dan lada kering. Bungkus dalam daun pisang. Panggang diatas arang
kayu sehingga masak. Kemudian pindahkan ikan tadi dan letakkan ke dalam piring.
Sediakan untuk dihidang bersama sambal.

7.0 PANTANG LARANG SUKU KAUM ORANG SUNGAI


7.1 Berjanji Dengan Buaya ( Gegejanji Gunai Boyo)
Meskipun tidak seratus peratus dipegang sebagai azimat kehidupan kini berjanji
dengan buaya atau dalam bahasa masyarakat etnik Orang Sungai disebut sebagai
gegejanji gunai boya (berjanji dengan buaya) tetap tersemat sebagai khazanah kisah
nenek moyang Orang Sungai yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang
lain.
Walaupun sedar hakikat perjalanan hidup ditentukan oleh Allah SWT,
kebanyakan masyarakat etnik Orang Sungai di Sabah, terutama di Kinabatangan,
Segama dan Beluran pada dasarnya tetap mempercayai perjanjian antara nenek
moyang mereka yang membolehkan mereka menikmati kehidupan di tebing Sungai
Kinabatangan

dan

Sungai

Segama

secara

berkongsi

dengan

buaya.

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan sebagai nelayan di Sungai Kinabatangan


selebar kira-kira 300 meter dan sepanjang kira-kira 550 kilometer (km) jika sang bedal
kerap mengganggu atau membaham mereka. Mahu tidak mahu, kehidupan di
sepanjang sungai itu harus diteruskan dengan sentiasa berhati-hati setiap masa.
Bukan mitos dan bukan juga lagenda. Gegejanji gunai boya walaupun sekadar
cerita yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain tetap memberi kesan

dalam kehidupan masyarakat etnik Orang Sungai. Tidak hairanlah jika cerita itu ada
yang diyakini mereka walaupun tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar cerita
khayalan. Dengan berlandaskan penceritaan oleh beberapa warga emas di Kampung
Sukau dan Program Penempatan Masyarakat Sukau, iaitu dua daripada beberapa
kampung di tebing Sungai Kinabatangan, gegejanji gunai boya disimpulkan sebagai
naratif yang tetap segar dalam sanubari dan budaya masyarakat etnik Orang Sungai,
terutama bagi Mak Andam Bahima Sapiudin, 65, gegejanji yang dilafazkan raja buaya
Aki Turonggari dengan seorang wanita tua yang lebih dikenali sebagai dukun Aduk
Sibulig-bulig adalah kisah dikatakan membolehkan masyarakat etnik Orang Sungai
tidak diganggu, apatah lagi dibaham oleh sang bedal. Selagi pantang larang ketika
mandi, membasuh pakaian atau mencari rezeki di sungai dipatuhi oleh anak cucu Aduk
Sibulig-bulig, maka selagi itulah anak cucu Aki Turonggari akan mematuhi perjanjian
itu.
Setiap kali sebelum turun mencari rezeki di Sungai Kinabatangan dan beberapa
cabang sungai itu seperti Sungai Tenigang, Sungai Menanggol dan Sungai Danau,
mereka akan menjamah makanan atau minuman disediakan isteri masing-masing.
Bukan niat untuk menafikan ketentuan Allah atas nasib yang bakal ditempuhi, cuma ia
sekadar petua orang tua-tua yang tidak rugi jika diamalkan.
7.2 Pantang Larang Semasa Membungkus Tapai
Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau
mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini
dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap.
Mereka juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai
kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.
7.3

Pantang Larang Semasa Mengandung


Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh
makhluk halus. Meraka dilarang memakan semua jenis sotong kerana akan
menyukarkan proses kelahiran kelak. Semasa mengandung mereka juga tidak boleh

meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi
tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.
Wanita hamil dilarang memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri
akan menghadapi kesulitan semasa bersalin. Mereka juga tidak boleh mengunjungi
tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi
lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan.
7.4

Pantang Larang Pengantin Baru


Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga dan meninggalkan rumah,
mereka dilarang menoleh ke belakang. Kalau adat ini dilanggar, dipercayai salah
seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin lelaki.
Jika melalui jalan sungai, pengantin mestilah diangkat. Jikalau terkena air,
dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati.

7.5

Pantang Larang Selepas Kematian


Biasanya dari hari pertama sehingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga

dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang.


Antaranya adalah seperti berikut;
i. Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan
lain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.
ii. Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.

iii. Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau
menganyam.
iv. Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian
akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.

v. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.
vi. Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau
menganyam.
vii. Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian
akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.
viii.Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.
ix. Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan
rumah si mati selama empat hari, sementara penduduk kampungnya pula tidak
dibenarkan turun ke sawah selama dua hari sebagai tanda berkabung.
8.0 LAGU-LAGU SUKU KAUM ORANG SUNGAI
Lagu-lagu Sungai yang berjudul seperti Pinuambatan Tagina nyanyian Haldan
Gius, Ronat Pinosandingan Mu nyanyian Asmin Peyog, Sudai Amas Metha Sapari, Oi
Gidi Oi Gama Idak Maidun dan lagu Wanoi No Alantik nyanyian Rinhoin Pining kini
menjadi siualan di kalangan anak-anak muda. Lagu-lagu Sungai diketengahkan agar
selari dengan lagu-lagu tempatan yang telah menempah nama di persada muzik tanah
air; seperti lagu-lagu Kadazan,Dusun, Murut dan Bajau.
Lima buah album lagu-lagu sungai yang dinyanyikan lima orang vokalis
tempatan kelahiran Bintang Kuamut bakal meletup di pasaran.
Para penggemar lagu-lagu Sungai boleh membeli lagu-lagu tersebut daripada gedunggedung perniagaan dan kedai-kedai tempat menjual kaset dan CD di Sandakan, Kota
Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Ranau dan Keningau. Dalam wawancara
eksklusif Sabahkini.Net dengan Haldan semasa Majlis Pelancaran Bintang Kuamut di
sebuah restoran termuka di Km 7.8, Jalan Utara, Sandakan baru-baru ini; beliau
menjelaskan lagu-lagu mereka yang diterbitkan oleh Sabah Music Recording

Production telah mendapat sambutan di kalangan masyarakat setempat, khususnya


daripada suku kaum Sungai di seluruh pelusuk daerah di negeri ini.
Anak muda bangsa suku Sungai di negeri ini, khususnya di Kuamut menyahut
seruan oleh para pemimpin yang berketurunan Sungai, terutama sekali pihak Persatuan
Bangsa Sungai Sabah (SABAS) yang mahukan lagu-lagu Sungai diketengahkan agar
selari dengan lagu-lagu tempatan yang telah menempah nama di persada muzik tanah
air.

Gambar 9: Penyanyi-penyanyi suku kaum Orang Sungai

Ikau Minongo Janji


Korus (ulang)
Musambat Rurat Nu Minggu
Adang Adang Sayang .Inggopatan
8.1
Lagu
Olad
AkuJanjimu
Mu IndadOtarang Ulan
Mongojanji Ko Tarang Ulan
Daa Ko Linumoga
Walon
MuUpong
Aku Pulilangan
Nyanyian
Muari
Itu Yo Koointolu
Lupanan Mu Soko Upian
Janji mu Mu Daa No Tapat
Adang Adang Sayang.Olimu
Ontob Kuyo Monimpu
Ko Sakit Nu Inawo Kuno
Daa Ko Sinumambat
Owarang Po Terus Terang Ko
Kalu Ong Kipongari Koyo
Posanang Sakit Inawo
Mongolupa Nu Janji
Tinangar Muri Adi

8.2

Lagu Pesta Kaamatan

Kasaakazan Do Bambaazon
Kasaakazan Do Bambaazon
Toun haid tumahib
Au opiumanan
Toun vagu noikot no gontob
Tadau kalamazan

Chorus:Kotobian do Toun Vagu


Doid songovian
Ada tokou pogivovogu
Ondomo kovosian
Kanou no manaandak Mohoing dazanak
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon

Chorus:Kotobian om kounsikaan
Hasa sopiampun
Miiso doid kasanangan
Ingkaa daa tikid toun

Chorus:Misompuru Id Koubasanan
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:Tobpinai kanou pogi,


Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso

9.0 MENANGKAP IKAN CARA TRADISIONAL ( BALIUNGAN)

Baliungan adalah satu-satunya aktiviti menangkap ikan secara tradisional yang


berkonsepkan falsafah gotong-royong yang terdapat di Daerah Kinabatangan
khususnya di Kampung Bilit. Kaedah ini menggunakan beberapa jenis alat menangkap
ikan yang dikenali sebagai rambat (jala) dan perahu yang dipanggil damas yang
lengkap dengan pengayuhnya. Bilangan peserta dalam aktiviti ini sekurang-kurangnya

tiga buah perahu. Setiap perahu harus mempunyai seorang tukang rambat dan seorang
pengemudi perahu. Mereka perlu cekap dan tangkas bagi membolehkan mendapat
hasil yang lumayan. Untuk memudahkan operasi baliungan terdapat beberapa bahasa
isyarat digunakan dan perlu difahami oleh setiap peserta seperti liung-liung, angkat,
bilok, sampok, tahan, gostan, mogsak, menalabid rambot dan barambangan. Kesemua
bahasa isyarat ini akan membantu operasi baliungan berjalan dengan lancar.

10.0

KESENIAN DAN ARTIFAK Orang Sungai terserlah dan dapat disaksikan


Dari aspek seni bina bukan sahaja mereka mampu menghasilkan

binaan rumah yang kukuh dan unik malahan turut dihiasi ukiran kayu
yang halus. Selain daripada itu, masyarakat ini juga terkenal dengan hasil
kraftangan yang halus dan berbagai motif seperti yang terdapat pada
tudung saji, tikar mengkuang, sulaman, tekat, tenunan yang halus dengan
rapi pada sarung bantal dan baju tradisional. Seni hias yang menarik
seperti serimpak pada pengantin perempuan serta seni hias sempangan
yang diperbuat daripada perca kain beraneka warna dijadikan perhiasan
pada dinding dan lelangit rumah semasa majlis perkahwinan.
u

Bersesuaian dengan asas kemunculan tamadun mereka yang gemar

mendiami lembangan sungai, kerjaya suku kaum Orang Sungai bermula sebagai
nelayan tradisional di sungai. Pada suatu ketika dahulu, kerjaya mereka adalah
sebagai pekerja balak dan kini sebagai petani yang berdaya maju. Malahan suku
kaum Orang Sungai juga terkenal sebagai penuai sarang burung yang sangat
mahir dan berani disamping memiliki beberapa jenis peralatan penuaian sarang
burung yang canggih diwarisi dari nenek moyang mereka. Teknik dan
penggunaan peralatan penuaian ini masih lagi praktikal digunakan sehingga kini
yang terdapat di Gua Gomantong, Gua Madai dan Gua Batu Timbang.
Sejajar dengan perubahan masa dan kepekaan terhadap kepentingan pendidikan,
masyarakat ini telah banyak melahirkan generasi baru yang berjaya

memajukan masyarakat dari aspek ekonomi. MEMMkelulusan yang cemerlang


dalam bidang akademik di peringkat universiti dan ketika ini ramai telah berkhidmat
dalam pelbagai sektor sebagai doktor, peguam, pendidik, ahli korporat, tokoh politik
dan
11.0 SISTEM DAN HIRAKI KEPEMPINAN
A

Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Orang Tua atau
Ketua Kampung. Mereka dilantik oleh kerajaan kerana berpengaruh dan berwibawa
dalam menyelesai masalah masyarakat terutama dalam bidang adat istiadat suku
kaum Orang Sungai tanpa mengira kepercayaan agama mereka masing-masing.
Gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK) diberi kepada Ketua Daerah yang menjadi ketua
kepada sesebuah daerah. Gelaran kepada Ketua Anak Negeri yang membantu
mentadbir daerah tersebut pula diberi gelaran sebagai Panglima. Satu gelaran yang
tertinggi

dalam

masyarakat

Orang

Sungai

adalah Gelaran

Tagajoh

Gayoh (Pemimpin Agung) yang dianugerahkan kepada seseorang pemimpin yang


dipilih berdasarkan jasa dan sumbangan kepada bangsa, agama dan Negara.
SementaraGelaran Tagajoh (Pemimpin) adalah satu lagi gelaran kedua tertinggi
yang dianugerahkan kepada beberapa orang pemimpin terpilih berdasarkan kepada
kepimpinan, perjuangan dan khidmat bakti khususnya kepada masyarakat Orang
Sungai. Kedua-dua gelaran ini dimashyurkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang
diwakili oleh semua ketua suku kaum Orang Sungai yang terdiri daripada 30 subetnik dari seluruh Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS).
Dalam masyarakat suku kaum Orang Sungai yang beragama Islam, Imam
adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal keagamaan. Manakala
mereka yang masih menganut fahaman animisma, pemimpin mereka adalah Ketua
Kampung atau Orang Tua. Masyarakat suku kaum Orang Sungai yang menganut
agama Kristian pula merujuk kepada paderi untuk menyelesaikan hal-ehwal
keagamaan mereka.

B. Kajian ilmiah
Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan
suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni.

Semangat saling

menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang
perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan
baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram, bahkan
juga memakmurkan Negara.

Masyarakat Orang Sungai di Sabah adalah satu suku kaum yang sentiasa
berkembang dalam pelbagai aspek. Dalam pada itu, masyarakat Orang Sungai turut
mengamalkan pelbagai adat resam dan kepercayaan sama ada dalam aspek sosial,
ekonomi, perundangan serta politik. Walaupun Negara telah melangkah jauh ke dunia
yang serba global dan canggih, amalan kebudayaan dan kesenian suku kaum Orang
Sungai yang diamalkan sejak dahulu tidak pernah sesekali dipinggirkan sebaliknya
terus disemarak oleh generasi muda.
Kemanisan suku kaum Orang Sungai boleh dirasai dengan mengenali hati budi
mereka. Kekuatan dan sifat bersatu padu di kalangan Orang Sungai telah mencetuskan
idea kepada golongan belia untuk menubuhkan Persatuan Bangsa Sungai (SABAS).
Jika di lihat dari segi politik, memang sudah ramai anak-anak Orang Sungai yang
berjaya dan mempunyai nama besar dalam arena politik Sabah bahkan Malaysia
cthnya spt:
1. Datuk Bung Moktar Radeen (Ahli MP Kinabatangan yg lantang di ParlimenBeliau Orang Sungai yg berasal dari Kg.Bilit, Sukau, Kinabatangan)

2. Datuk Surady Kayong ( ADUN Sugut - bekas Pembantu Menteri Perumahan


Dan Kerajaan Tempatan Sabah - skrg di Borneo Samudera).

3. Datuk Aklee Hj. Abas ( Bekas ADUN Sukau dan Pembantu Menteri
Pembangunan Infrastruktur Sabah).
4. YB Johny Intang ( bekas ADUN Kuamut ) dan YB Masiong Bana (ADUN
Kuamut
Majlis Tagajoh Gayoh bukan sahaja dapat menghimpunkan serta
mempertemukan masyarakat Bangsa Sungai di Negeri Sabah, tetapi juga dapat
memupuk nilai-nilai perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan etnik,
bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan oleh YAB Perdana
Menteri.

Tujuan majlis ini adalah untuk memashyurkan Gelaran Tagajoh Gayoh


Kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
Sehubungan itu kehadiran masyarakat dalam majlis pada kali ini
menggambarkan ilthizam, kerjasama dan sokongan yang tidak berbelahbagi
kepada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sabah di bawah jentera pentadbiran
YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku Ketua Menteri Sabah yang
disanjungi dan dihormati. Kita mengharapkan agar majlis ini mampu memberikan
momentum baru kepada masyarakat Bangsa Sungai dalam mewarnai jati diri
yang bersandarkan kepada nilai-nilai norma sosial bangsanya yang unik ke arah
dinamika kehidupan masyarakat yang lebih cemerlang di masa hadapan selaras
dengan falsafah 1Malaysia
Disebabkan bilangan masyarakat Bangsa Sungai semakin bertambah di
merata pelusuk negara maka Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) telah
ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu (1979) dengan mempunyai sejumlah 30
sub-etnik di Negeri Sabah bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat agar
lebih dinamik dan berdaya saing seperti juga bangsa-bangsa lain di Negeri
Sabah terutama dalam menonjolkan bidang kebudayaan etnik Bangsa Sungai.

Dari segi sosial, orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial


yang boleh dibanggakan, di Sabah terdapat Persatuan Orang Sungai Sabah.
Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di
persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Artis terkenal Sabah
Ampal@Abu Bakar Ella juga berbangsa Sungai. Hubungan Orang Sungai
dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman
berzaman. Terdapat ramai juga anak watan Orang Sungai yang memegang
jawatan tinggi di jabatan persekutuan dan negeri. Pemuda dan pemudi di
kalangan bangsa Sungai digalakkan supaya memainkan peranan ke arah
merealisasikan dan menaikan martabat bangsa Sungai dalam bidang kesenian,
budaya dan adat resam serta lagu-lagu Sungai di saentaro dunia. Bukan saja
lagu-lagu Sungai harus diketengahkan, bahkan seni budaya dan adat resam
yang telah diwarisi turun-menurun nenek moyang kami suku Sungai turut

ditonjolkan kepada masyarakat di negeri ini, khususnya kepada pelancong luar


yang sering berkunjung ke negeri Sabah, khasnya daerah Sandakan. Tarian
Runsai telah direkodkan dalam The Malaysia Book of Records sempena Pesta
Sungai Kinabatangan 2005.
Peranan budaya Melayu dalam negara pelbagai bangsa seperti Malaysia
merupakan dimensi yang juga perlu difikirkan, terutamadalam konteks Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.

Dalam masyarakat majmuk budaya juga menjadi

faktor pembentukan jati diri bangsa atau negara dan sumber perpaduan kaum.
Strategi pelaksanaan DKK dari segi sosial bertujuan untuk menyatupadukan
rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum. Ini kerana perbezaan
antara

kaum

boleh

menyebabkan

berlakunya

polarisasi

kaum

dan

mementingkan kaum masing-masing sahaja. Sekiranya polarisasi kaum berlaku,


sukar bagi negara ini mengecapi kedamaian dan tidak mustahil sekiranya isu
perkauman akan wujud di negara ini.
Oleh itu, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
kerajaan telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti ke arah memelihara
dan memperkukuhkan semangat perpaduan negara melalui pelaksanaan aktiviti
penggalakan interaksi dan promosi perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Strategi

jangka

pendek

dilaksanakan

secara

berterusan

di

peringkat

kebangsaan, negeri, daerah dan di kawasan-kawasan Rukun Tetangga dan


aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai
peringkat umur dan keturunan etnik. Masyarakat di setiap kawasan Rukun
Tetangga boleh bekerjasama dalam gerak kerja gotong-royong seperti semasa
kenduri-kendara, membersihkan kawasan kubur, rumah ibadat atau mendirikan
balai raya. Bagi mereka, gerak kerja sukarelawan adalah asas mengukuhkan lagi
perhubungan antara ahli masyarakat. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti lain
yang dilaksanakan adalah mencakupi bidang sosial, pendidikan, sukan, rekreasi,
kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan,
keagamaan dan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu. Nilai sosioPeranan
budaya Melayu dalam negara pelbagai bangsa seperti Malaysia merupakan
dimensi yang juga perlu difikirkan, terutama dalam konteks DKK. Dalam

masyarakat majmuk budaya juga menjadi faktor pembentukan jati diri bangsa
atau negara dan sumber perpaduan kaum.
Strategi pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dari segi sosial
bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai
jenis kaum. Ini kerana perbezaan antara kaum boleh menyebabkan berlakunya
polarisasi kaum dan mementingkan kaum masing-masing sahaja. Sekiranya
polarisasi kaum berlaku, sukar bagi negara ini mengecapi kedamaian dan tidak
mustahil sekiranya isu perkauman akan wujud di negara ini. Oleh itu, melalui
Jabatan

Perpaduan

Negara

dan

Integrasi

Nasional,

kerajaan

telah

melaksanakan beberapa program dan aktiviti ke arah memelihara dan


memperkukuhkan semangat perpaduan negara melalui pelaksanaan aktiviti
penggalakan interaksi dan promosi perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan di peringkat
kebangsaan, negeri, daerah dan di kawasan-kawasan Rukun Tetangga dan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai
peringkat umur dan keturunan etnik. Masyarakat di setiap kawasan Rukun
Tetangga boleh bekerjasama dalam gerak kerja gotong-royong seperti semasa
kenduri-kendara, membersihkan kawasan kubur, rumah ibadat atau mendirikan
balai raya. Bagi mereka, gerak kerja sukarelawan adalah asas mengukuhkan lagi
perhubungan antara ahli masyarakat.
Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan adalah
mencakupi bidang sosial, pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan
serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan dan keselamatan di
lokasi-lokasi tertentu. Nilai sosio ekonomi kebangsaan dapat diwujudkan melalui
amalan gotongroyong oleh syarikat awam dan syarikat kerjasama. Lawatanlawatan integrasi juga dianjur untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain
semasa majlis-majlis perayaan umum negara. Adanya aktiviti yang berterusan
akan membolehkan rakyat untuk berinteraksi dan menjalinkan perhubungan
antara mereka di samping mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan
harmoni.

Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasardasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan
nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial
Negara, Program Latihan Khidmat Negara, dan sebagainya. Ini termasuklah juga
program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlismajlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan umum
kumpulan-kumpulan etnik di negara kita.

Peningkatan taraf ekonomi orang-orang Sungai juga bertambah baik.


Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang Sungai yang sudah mempunyai
tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras
kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut, namun perlu di beritahu
bahawa Orang Sungai bukannya satu bangsa Pribumi yang suka meminta-minta,
dan mengharap bantuan ihsan kerajaan semata. Sejak zaman British lagi sudah
ramai Orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti
Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang
burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih
mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang juga terdapat
ramai Orang Sungai yang mempunyai lading sawit dan perladangan yang
berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020, merupakan
matlamat misi dan visi Negara untuk mewujudkan kemakmuran dan perpaduan
Negara. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha
mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari
segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang
ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan
dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan Negara sehingga
menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Kesimpulannya suku kaum Orang Sungai merupakan satu suku pribumi

tulen Sabah yang sentiasa maju ke hadapan. Orang Sungai di Sabah akan
sentiasa seiring dengan kaum pribumi tulen Sabah yang lain untuk bersamasama memajukan negeri Sabah khasnya dan negara Malaysia yang kita cintai ini
amnya. Sebagai rakyat yang sentiasa ingin melihat dan merasai kemakmuran
negara, semua bangsa dan etnik di negara harus bersama sama menjaga dan
menghormati adat, budaya serta pegangan setiap msayarakat agar keharmonian
antara kaum terjalin erat.

BIBLIOGRAFI
Encik Hamra @ Amrah Bin Haji Liwangsa
(hamra001@yahoo.com)
Puan Zaiton Binte Haji Liwangsa
YADIM. 2008. Hubungan Etnik: Konsep dan Amalannya di Malaysia. Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

http://persatuanbangsasungaisabah.blogspot.com/
Cerita Tradisi Sabah Suku Kaum Orang Sungai

PENULIS / PENYELENGGARA: Abdul Halim Bandan


PENERBIT: DBP
NO. KK: 398 2034851
ISBN: 9836293248
TAHUN TERBITAN: 2006
HALAMAN: 263

DBP, 2006 Cerita Tradisi Suku Kaum Orang Sungai


http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Sungai access on 14th February 2013.
Jomo, S. (1998). Pembangunan ekonomi dan kelas sosial
di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. (2000). Perlembagaan Malaysia:


asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Refleksi
Semasa melaksanakan tugas kerja kursus Hubungan Etnik Waj 3106 ini, saya telah
mendapat banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru.
Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya lebih
mengenali dan memahami tentang kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya,
fizikal,gender, bakat, dan kebolehan dalam realiti masyarakat Malaysia.
Saya juga merasai kepentingan Program Pensiswazahan Guru terhadap diri
saya kerana sebagai seorang guru, semua

ilmu ini saya pasti perlukan untuk

melaksanakan tugas harian yang semakin mencabar. Melalui segala pengalaman dan
ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah S.W.T, saya akan dipraktikan
sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya
berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada murid-murid.
Melalui

tugasan ini

juga, saya

berpeluang

untuk memahami kepentingan

mengapresiasi kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warga negara


Malaysia yang unik ini. Justeru, pembelajaran mesra budaya perIu diberi penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran ini memberi peluang kepada

setiap murid untuk berinteraksi dan memaharni pandangan dan perasaan murid lain
daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Melalui proses pembelajaran sebegini,
murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan rnengikis segala
prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau etnik yang lain.
Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan
tugasan

ini

membolehkan

saya

memperbaiki

dan

meningkatkan

cara

saya

berkomunikasi dengan baik. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam
proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa
hadapan. Akhir kata, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat
saya menyiapkan tugasan saya ini.
Sekian. Wassalam
(Rosnani Binti Salleh)
730101-11-7334

Refleksi
Secara keseluruhannya, tugasan BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ini banyak
memberi pendedahan tentang kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya,
fizikal,gender, bakat, dan kebolehan dalam realiti masyarakat Malaysia. Kepelbagaian
ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negara untuk hidup bersama
dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Ini membawa implikasi
kepada pengajaran dan pembelajaran iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan
kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut di kalangan murid sebagai anggota
masyarakat Malaysia, dan pada masa yang sama mereka menyumbang kepada
pengembangan identiti warga negara Malaysia yang unik.
Melalui tugasan ini juga, saya berpeluang untuk memahami kepentingan
mengapresiasi kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warga negara
Malaysia yang unik ini. Justeru, pembelajaran mesra budaya perIu diberi penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran ini memberi peluang kepada
setiap murid untuk berinteraksi dan memaharni pandangan dan perasaan murid lain
daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Melalui proses pembelajaran sebegini,
murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan rnengikis segala
prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau etnik yang lain.
Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang
menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat
nasional dan global. Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang
mempunyai pelbagai agama, etnik, dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi,
kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang
serta patriotik. Untuk mengembangkan pendekatan pembelajaran ini, seorang guru
harus berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan
integrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

BORANG KOLABORATIF.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL


21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

BORANG REK0D KOLABORATIF KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)

TARIKH

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

T/TANGAN

08.09.2012

Taklimat tentang kerja kursus


Perbincangan kerja kursus

10.09.2012

- Membuat rujukan di perpustakaan awam.


-Membuat carian dalam internet untuk
mendapatkan maklumat

14.09.2012

-Perbincangan kerja kursus dengan rakanrakan sekelas.

19.10.2012

-Menyusun bahan dan menganalisa soalan


-membina soalan mengikut aras.

22. 09.2012

-menaip dan menyusun mengikut tajuk.

29.09.2012

-Menghantar kerja kursus mengikut tarikh


yang telah ditetapkan oleh pensyarah

Anda mungkin juga menyukai