Anda di halaman 1dari 29

1.0 PENGENALAN Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

2.0 ASPEK KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA ETNIK KADAZAN 2.1 BANGSA Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. 2.2 STRUKTUR MASYARAKAT a. Sejarah Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum Kadazan dusun Teori Pertama: Kaum Kadazan dusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965) Teori Kedua : Kaum Kadazan dusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazan dusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter :1922) Teori Keempat : Kaum Kadazan dusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazan dusun berasal dari tempat ini "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing- masing dengan telatah dan perangainya. Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai POMOGUNAN NUNUK RAGANG, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini. Masyarakat Kadazan dusun sehingga kini masih mempercayai bahawa pokok dan tempat Nunuk Ragang itu adalah "keramat" dan disegani. Untuk memelihara sejarah lisan kaum Kadazan dusun" Per sat uan Kebudayaan Kadazan dusun Sabah (KDCA), pada tahun 1969 telah meminta bantuan daripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan sebuah Tugu Peringatan Nunuk Ragang yang telah pun siap dibina pada 23 September, 1995. b. Ekonomi Kaum etnik ini merupakan antara orang-orang asli yang mengamalkan penanaman padi bukit(huma) serta padi biasa. Mereka menghuni bahagian Utara dan Barat Sabah serta beberapa daerah sekitar gunung Kinabalu terutamanya di bahagian Ranau, Keningau dan juga Beaufort. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

c. Cara Hidup Setiap etnik di sabah mempunyai cara hidup yang berlainan, begitu juga dengan etnik kadazan dusun. Mereka mempunyai adat resam, perkahwinan, pantang larang yang tersendiri. Masyarakat terawal Kadazan dusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini. Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menambah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang-bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll). Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll). 2.3 KEPERCAYAAN a. Agama dan kepercayaan Orang Kadazan mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam setiap hidupan alam ini. Kebanyakkan orang Kadazan telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya terutamanya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka 4

sudah kian berkurangan. Orang Kadazan kini menjadikan amalan lalu hanya sebagai kenangan atau sebagai sebahagian daripada adat mereka sahaja dan tidak mengamalkannya secara serius. Di kebanyakkan daerah di Sabah, bomoh atau bobohizan masih lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Bobohizan adalah seorang bomoh perempuan yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan mereka memainkan peranan dalam hal-hal kesihatan serta kerohanian sesetengah penduduk pedalaman. Kemahiran bomoh perempuan ini adalah dalam bidang perubatan di mana wanita yang sakit bersalin akan dibidankan mereka. Selain itu, boboh juga berfungsi sebagai pembimbing masyarakat Kadazan dari segi kerohanian serta mengingatkan mereka kepada adat-adat lama yang sudah menjadi warisan turuntemurun. Dalam perkahwinan, bobohizan juga menjadi pengantara dan juga menjadi ketua dalam memastikan majlis berjalan lancar. Walaupun begitu, peranan bomoh perempuan ini juga sudah kian berkurangan dalam kehidupan orang Kadazan sepertimana yang berlaku kepada adat-adat lama yang dahulunya dipegang mereka. Bilangan bobohizan dalam negeri Sabah juga tidak banyak dan apa yang membimbangkan adalah usia kebanyakkan daripada bomoh ini sudah lanjut. b. Pantang Larang Setiap etnik mempunyai pantang larang yang tersendiri. Bagi masyarakat Kadazan, mereka mengamalkan pelbagai pantang larang. Contohnya, melibatkan kematian. Mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh.. Sewaktu bersalin pula antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah. Sebenarnya banyak lagi pantang larang yang terdapat dalam kaum kadazan ini. Tetapi arus kemodenan telah menlenyapkan sebahagian daripada pantang larang tersebut. Penyebaran agama 5

yang berlainan juga menjadi faktor kenapa pantang larang tersebut semakin berkurang diikuti oleh masyarakat kaum kadazan pada masa ini. 2.4 BAHASA & KESUSASTERAAN Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan, dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum dari satu daerah dengan daerah lain di negeri Sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Kewujudan melalui bahasa Kadazandusun ini amat penting kerana melalui bahasa, maka sesuatu prestasi atau pencapaian budaya sesuatu suku kaum itu dapat ditunjukkan. Selain itu, melalui bahasa juga, terkumpul dan terbentuklah berbagai- bagai ilmu pengetahuan. Pada zaman dahulu, bahasa Kadazandusun memainkan peranan penting kepada kaum yang menuturkannya iaitu suku kaum Kadazandusun. Bahasa Kadazandusun ini digunakan dalam pergaulan dan perbualan harian suku kaum Kadazandusun. Selain itu, bahasa Kadazandusun ini juga menjadi bahasa utama yang digunakan oleh para pemimpin agama kristian di dalam setiap gereja. Terdapat beberapa kitab suci keagamaan kristian seperti buuk sambayang dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud buku misa kudus yang ditulis dan dibaca serta diterangkan dalam bahasa Kadazandusun di setiap gereja di Sabah. Bahasa Kadazandusun ini terdapat dalam dua bentuk iaitu secara lisan dan bukan lisan. Namun begitu, pada zaman dahulu, kebanyakkan penduduk suku kaum Kadazandusun ini mengunakkan bahasa Kadazandusun secara lisan disebabkan oleh tahap pendidikan yang kurang dititikberatkan pada ketika itu. Kebanyakan suku kaum Kadazandusun masih lemah dalam mengeja huruf, menulis serta membaca tulisan. Oleh itu tulisan serta catatan dalam bahasa Kadazandusun masih agak kurang. Keadaan yang demikian menyebabkan suku kaum Kadazandusun akan berhubung atau menyampaikan sesuatu mesej atau pesanan secara lisan sahaja pada zaman itu. Contoh penyampaian bahasa Kadazandusun secara lisan yang sering dilakukan ialah ketika menyampaikan cerita dongeng, mitos, lagenda dan sebagainya yang tersirat banyak pengajaran dan teladan dalam cerita tersebut.

Selain itu, penggunaan bahasa Kadazandusun secara lisan juga sering digunakan oleh penghulu atau ketua kampung dalam acara adat istiadat perbicaraan atau sebagainya. 2.5 ADAT RESAM Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. 2.5.1 Kelahiran Sewaktu mengandung bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan. Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau. Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa 7

segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

2.5.2 Perkahwinan Perkara yang pertama ialah merisik. Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Selepas itu ialah meminang dimana apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Seterusnya ialah bertunang, setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Pada majlis perkahwinan hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

2.5.3 Kematian Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh 8

diketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian. Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus. 2.6 JANTINA Seperti yang di ketahui umum, kaum lelaki masyarakat kadazan akan memimpin satu puak atau keluarga. Kaum lelaki akan memastikan kaum kadazan sentiasa dilindungi. Kaum lelaki juga akan sering melakukan kerja-kerja berat seperti menebang hutan, bercucuk tanam dan berburu. Kaum perempuan pula, mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah, mereka bertanggungjawab menjaga rumah dan menguruskan rumah dan anak-anak sepanjang ketiadaan kaum lelaki ketika mereka pergi bekerja ataupun berburu. 2.7 KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

TARIAN

PAKAIAN

MAKANAN

a.Tarian Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerakgerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan. Rujuk lampiran b. Pakaian Tradisi Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tradisinya. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah. Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung 10

kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain. Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan . Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya. Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

SUKU KAUM Penampang

CIRI-CIRI PAKAIAN TRADISI Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga). Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga). Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan). Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki. Sarong hitam 11 (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna

PERHIASAN renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak. Barangan kemas Himpogot - wang syling berwarna perak. Tinggot - Tali pinggang berwarna perak diperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han. Tangkong-Diperbuat daripada leburan logam gong tembaga dan bercorakkan

berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. gelang (gohong)

Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan.

rantai leher (hamai) anting-anting (simbong) cincin (sinsing) kerongsang keemasan. berwarna

Rungus Kudat

di

Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'.

Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak. Cincin tembaga serta manikmanik pinggang antik disarungkan berwarna-warni dipanggil digantung " di dalam 'togung ' menjadi tali

Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.

yang dipanggil 'orot'. Manik-manik lobokon " pinggang. Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat manik purbakala. Barangan Kemas Rantai diperbuat leher (sandang) kulit daripada manikcorak berunsurkan

Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.

Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.

daripada

Siga

kerang (Kimia) berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan. 12

Sanggul (titimbok) 'Burambun' daripada dan logam 'Giring' emas

barangan antik yang diperbuat berbentuk loceng. 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat di bahagian dahi. Cebisan kain dijahit diikat di membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, tengkuk. Rujuk lampiran pakaian tradisi etnik kadazandusun. c. Makanan Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum itu. Terdapat pelbagai jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain yang diadakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan 13

pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu. Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kadazandusun. HINAVA Kaum

Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. NOONSOM

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang paling popular ialah : Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau. i. Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan 14

dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan. ii Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. iii. Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan. PINAASAKAN

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering. SUP MANUK LIHING

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan. Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin.

15

Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan. Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. Rujuk lampiran makanan tradisi etnik kadazandusun.

3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA ETNIK KADAZAN DALAM SEBUAH BILIK DARJAH Kepelbagaian sosio budaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosio budaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah. 3.1 Guru Guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan contohnya kaum kadazan. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar 16

belakang serta budaya hidup mereka yang berbezakan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman muridmurid. Lahir daripada latar belakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza, pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid dari etnik kadazan dengan murid yang lain pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap budaya mereka.Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru perlu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum kadazan tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid khususnya murid yang berlainan agama seperti daripada kaum kadazan. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama, nilai dan kepercayaan mereka. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat di optimumkan dan lebih berkesan. 3.2 Murid Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran dan murid-murid dari kaum kadazan juga tidak terkecuali. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di 17

dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkaradengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama . Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. 3.3 Sekolah Wujudnya pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara : Sekolah Kebangsaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sekolah Bantuan Penuh Sekolah Menengah Teknik Sekolah Wawasan Sekolah Kluster Sekolah Integrasi Sekolah Sukan Sekolah Pendidikan Khas.

18

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid etnik kadazan perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik. Mereka juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan mereka, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Wujudnya RIMUP iaitu satu usaha kementerian untuk memupuk perpaduan antara kaum . Adanya Sekolah Wawasan yang memberi peluang murid-murid pelbagai sosio-budaya untuk memahami budaya antara satu sama lain. Pembinaan sekolah di bandar dan di luar bandar menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan ketidaksamaan peluang pendidikan . Pembinaan sekolah agama juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menerap nilai murni dan kepercayaan dalam beragama.

4.0 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Sebagai seorang guru, perlulah mempunyai kemahiran dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah bergantung kepada faktorfaktor yang mempengaruhi keadaan bilik darjah tersebut. Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlulah menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bertepatan supaya objektif utama dapat dicapai dengan jayanya. 4.1 Guru Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang juga boleh dilaksanakan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya ialah guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai dan bersesuaian dengan pelbagai kaum 19

di dalam sesebuah bilik darjah. Kaum kadazan akan mudah untuk belajar sekiranya guru menggunakan bahan bantu mengajar yang mudah difahami oleh mereka. Bahan bantu mengajar ini biasanya digunakan oleh guru untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik, murid-murid akan berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar juga merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungan antara guru dengan murid secara tidak langsung. Interaksi di antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan. 4.2 Murid Cadangan yang melibatkan murid ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kumpulan dan koperatif. Pembelajaran secara berkumpulan ini sangat penting sebagai alat pengukur untuk kejayaan akademik, sosial dan juga emosi. Dengan adanya kaedah pembelajaran secara berkumpulan ini, etnik kadazan dengan etnik yang lain saling bergantung antara satu sama lain kerana kejayaan sesuatu aktiviti adalah sumbangan dari kumpulan bukannya individu. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini dapat menggalakkan dan member peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan nilai-nilai murni seperti saling bantu-membantu dan semangat koperatif dapat dipupuk dalam aktiviti pembelajaran. Justeru itu, kaedah pembelajarn secara berkumpulan ini merupakan satu kaedah yang paling tepat dan bersesuian dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. 4.3 Bilik Darjah Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti keberkesananya untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah guru perlulah memastikan iklim persekitaran fizikal di dalam bilik darjah bersesuaian 20

dan menjadi lebih kondusif. Oleh yang demikian, dengan adanya kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuai, dapatlah mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa dan seterusnya dapat menjurus kearah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Semua etnik seperti etnik kadazan dapat belajar dalam suasana yang baik tanpa sebarang masalah. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulan keseluruhannya ialah untuk mengajar murid yang berlainan kaum mestilah mempunyai langkah yang strategik agar tingkah laku dan sikap yang positif dalam diri mereka dapat dipupuk dengan baik. Kebanyakkan dari mereka sudah berfikiran baik, waras dan matang dalam menyelesaikan masalah dan menerima pendapat dari guru dan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita ketahui, setiap kaum mempunyai adat dan pantang larang yang perlu mereka ikuti. Jadi sebagai guru hendaklah tahu bagaimana untuk mengajar mereka dengan tidak menyentuh agama dan adat resam meraka. Selain itu adat perpatih yang mereka amalkan juga menitik beratkan tentang pergaulan, nilai dan tingkah laku mereka seharian. Bagi saya, kebanyakkan murid etnik kadazan kurang membuat masalah kerana adat resam yang diamalkan mengajar mereka untuk menjadi seorang yang baik sejak dari kecil. Jadi tugas guru menjadi mudah untuk mengawal mereka semasa di dalam kelas mahupun di kawasan sekolah. Dalam hal ini, gurulah yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk interaksi murid yang berlainan kaum seperti kaum kadazan dengan kaum-kaum yang lain supaya dapat menwujudkan perpaduan antara mereka. Guru juga tidak boleh prejudis terhadap muridnya dalam membantu mereka mencapai kejayaan bidang akademik dan pergaulan sosial mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru, haruslah berusaha mewujudkan persekitaran yang boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya serta dapat memupuk semangat perpaduan antara murid-murid sejak dari bangku sekolah lagi.

21

BIBLIOGRAFI

Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan,1987.Muzik Instrumental Dan Alat-Alat Muzik Dusun Tambunan. Syed Ismail B Syed Mustapa,2010. Budaya Dan Pembelajaran : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.Majid, 2011.Budaya dan Pembelajaran:Oxford Fajar Sdn.Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Internet: http://www.sabah.org.my/kenali_sabah/lagenda_stories/lagenda_nunuk.htm.di akses pada 1 Julai 2012 Internet: http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/makanan.html di akses pada 2 Julai 2012 Internet :http://www.fascinatingmalaysia.com/unik/sabahbas.html di akses pada 6 Julai 2012 Internet :http://www.scribd.com/doc/50125686/Budaya di akses pada 6 Julai 2012 Internet: http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pakaian.htm di akses pada 7 Julai 2012

22

LAMPIRAN Tarian Etnik Kadazandusun

Tarian Sumazau

Makanan Tradisi Etnik Kadazandusun

Hinava Tingli

23

Hinava udang

Tuhau

Bambangan

24

Noonsomsada

Pakaian Etnik Kadazandusun

Unduk Ngadau Penampang

25

REFLEKSI Alhamdulilah, syukur saya ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurniaannya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugasan seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek EDU 3106 Budaya Pembelajaran, saya agak risau dengan kesukaran untuk mendapatkan sumber atau bahan sebagai rujukan terutamanya berkaitan implikasi kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk menwujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Tetapi, alhamdulilah dengan bimbingan dari pensyarah yang sentiasa membantu bermula tutorial pertama lagi dan seterusnya telah dapat meringankan sedikit bebanan untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan lancar. Perubahan tarikh penghantaran juga memberi sedikit kelegaan kepada saya. Ini kerana saya mempunyai masa yang selesa untuk mencari sumber dengan lebih teliti. Terima kasih

26

sekali lagi kerana pihak pensyarah pembimbing sentiasa memahami situasi berkaitan kekangan masa yang saya juga rakan-rakan sekelas yang lain hadapi. Berkat dari berkolaborasi dengan rakan dan pihak pensyarah tugasan subjek EDU 3106 Budaya Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah. Beralih kepada pemilihan kaum etnik sebagai bahan kajian, pada mulanya agak sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan perbagai kaum telah memberi saya banyak pilihan. Setelah difikirkan dengan sehabisnya hasil dari rujukan melalui internet dan buku, saya telah memilih etnik dari Sabah yang merupakan salah satu kaum yang terbesar di negeri Sabah iaitu etnik Kadazandusun. Kaum dusun meliputi satu pertiga penduduk Sabah. Menariknya dari tugasan ini saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang etnik kadazandusun ini dari segi struktur masyarakatnya, sejarah asal usul, adat resam, kepercayaan juga kebudayaannya. Sebelum ini saya hanya mengetahui sedikit sahaja maklumat tentang etnik Kadazandusun ini tetapi setelah melaksanakan tugasan ini ianya memang sangat menarik untuk dikaji. Semuga ianya dapat membantu saya dalam meningkatkan profesion perguruan ini. Dari aspek kepelbagaian sosio-budaya etnik Kadazandusun ini yang nyata berbeza dengan etnik melayu ialah dari aspek adat resam yang diamalkan ketika kelahiran. Di mana tempoh berpantang ditetapkan mengikut darjat seseorang (unsur kasta). Bilangan hari semakin meningkat mengikut darjat seseorang. Semakin tinggi darjat seseorang semakin bertambah bilangan hari berpantang. Tempoh berpantang selama 44 hari menunjukkan darjat yang paling tinggi. Berbeza dengan amalan bagi kaum melayu di mana semuanya sama tanpa mengira darjat. Seperkara lagi yang menariknya ialah nama anak diberi sebanyak 2 kali iaitu nama sementara dan nama sebenar dengan alasan untuk menggelakkan roh jahat mendahului memberi nama bagi memenuhi hak tuntutan. Dari tugasan kerja kursus ini juga saya lebih mengenali aspek kebudayaan dan kesenian etnik kadazandusun. Dari aspek pakaian yang pelbagai dengan hiasannya yang kaya dengan unsur-unsur tradisi, seharusnya kita berbangga sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budayanya yang tersendiri dan unik. Pelbagai jenis 27

makanan tradisi berunsurkan hasil dari laut contoh noonsoon sada sebenarnya makanan yang dijadikan jeruk. Apabila saya lebih mengenali sesuatu etnik maka mudahlah sebagai guru untuk mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya suatu hari nanti berpeluang bertugas di kawasan penduduk yang mempunyai pelbagai etnik. Semasa saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini banyak ilmu yang saya perolehi.Ianya sangat membantu saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, dari aspek perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan di mana semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Sebagai seorang guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan pergaulan yang sihat. kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta

Dari aspek mewujudkan kelas yang mesra budaya beberapa perkara penting perlu diberi keutamaan seperti menggunakan kaedah pembelajaran secara kumpulan dan koperatif. Ia dapat mewujudkan satu interaksi yang sihat dan menyeronokan kerana murid dapat berkongsi maklumat dari latarbelakang murid yang berbeza etnik. Perkara kedua penting bagi saya ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan pelbagai kaum di dalam sesebuah bilik darjah. Pemilihan bahan perlulah mengambil kita tanpa menyentuh sentimen perkauman, kepercayaan dan adat resam setiap kaum, bagi mewujudkan semangat perpaduan dan kerjasama sejak dari bangku sekolah lagi. Akhirnya, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti. Tugasan kerja kursus ini memberikan banyak maklumat dan faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara

28

langsung mahupun tidak dalam menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan semua diberkati oleh NYA. Sekian terima kasih.

29

Anda mungkin juga menyukai