Anda di halaman 1dari 16

CA10502 SEJARAH TARI

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN UNTUK: DR SRI NINGSIH

SUKIRMAN

TAJUK:

“TARIAN SAYAU KOLOMBUJANG ETNIK DUSUN TATANA”

NAMA: MAXBOHIEMEA JUSTINE

NO MATRIK: BA20110410

NO KAD PENGENALAN: 000813121695

NO TEL: 01151160928

FAKULTI: KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN


PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana


memberikan saya kesempatan ruang dan waktu untuk menyiapkan tugasan
individu sejarah tari ini. Tanpa kesempatan yang diberikan, sudah tentu saya
tidak akan dapat menyiapkan tugasan tersebut.

Seterusnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sri


Ningsih Sukirman kerana telah memberikan saya kepercayaan untuk membuat
kajian tarian tentang “Tarian sayau kolombujang etnik dusun tatana”.
Sepanjang saya melakukan kajian tentang tarian ini, banyak halangan dan
cabaran yang saya hadapi untuk mendapatkan maklumat tarian. Masalah
internet merupakan hal yang paling sering saya hadapi Ketika melaksanakan
tugasan ini, namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk melakukan
kajian tersebut sehinggalah pada saat ini saya dapat melengkapkan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ibubapa saya yang telah bertungkus lumus membantu saya dalam kajian ini
dari segi kewangan, motivasi dan sokongan moral. Tanpa mereka, saya
mungkin tidak mempunyai sebarang bentuk sokongan untuk menyelesaikan
tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada mereka yang telah membantu saya samada
secara langsung ataupun tidak langsung.
PENGENALAN

Tarian adalah suatu pergerakan tubuh secara berirama yang dilakukan


dan tempat juga waktu tertentu yang mana ia diaplikasikan dalam kehidupan
seharian seperti pergaulan, mengukapkan perasaan, maksud, ataupun fikiran.
Sesebuah tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan ataupun
berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian.

Fungsi tarian dikelompokan menjadi tiga iaitu, seni tari untuk alat
upacara. Tari sebagai alat upacara umumnya bersifat sakral dan magis.
Upacara ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu upacara keagamaan dan
upacara adat/tradisiCiri-ciri bagi tarian upcara adalah, gerak tari yang
dihasilkan adalah imitasi gerak alam dan merupakan ekspresi kehendak
jiwanya. Seterusnya suasana magis, religi dan sakral diiringi dengan iringan tari
monoton. Penghayatan tari juga terbatas pada lingkungan setempat. Namun,
tarian upacara juga sebagai alat hiburan untuk pergaulan dan disebut sebagai
tarian gembira. Secara umumnya ia tidak bertujuan untuk ditonton kerana lebih
mementingkan kepuasan individu dan tidak mementingkan keindahan. Tarian
ini lebih bersifat spontan dan improvisasi.

Terdapat tiga jenis tari di dalam tarian iaitu Tari Primitif, Tari Rakyat, dan Tari
Klasik;

1) Tari Primitif merupakan sebuah tarian yang dilakukan secara turun-


temurun dalam lingkungan suku-suku terasing yang memiliki
kepercayaan animism dan dinamisme. Gerakan tari ini adalah cukup
sederhana seperti menirukan gerakan haiwan, menirukan gerakan
alam dengan gerakan-gerakan tangan, gerakan kaki, gerakan kepala,
dan bergerak melingkar mengelilingi api unggun sambil bersuara yang
membangun ritmis dari penari. Contoh tarian yang sering ditarikan
oleh suku-suku terasing ini adalah tari ular untuk menjaga penduduk
kampung, tari Tellu O’tul yang berfungsi sebagai hiburan dan tari
sasemba yang berfungsi untuk memberi kedamaian suku.

2) Tari rakyat, adalah suatu penggarapan tari yang dilakukan secara


turun-temurun dilakukan oleh masyarakat luas. Di luar atau dalam
istana. Ciri-ciri tari rakyat ini adalah sederhana, dan unsur magis
berfungsi sebagai upacara dan kegembiraan. Ia berkembang secara
spontan dan tiada badan penyelaras yang mempunyai kata pemutus
mengenai apa langkah rasmi dan siapa yang diluluskan bagi
mengajarnya. Ia turut bererti tiada orang yang mempunyai kata
mutlak mengenai apa takrifan mengenai sesuatu tarian rakyat atau
usia minima bagi seseorang penarinya.

3) Tarian klasik, adalah tarian secara turun-temurun yang dolakukan oleh


emou atau para pakar di lingkungan istana. Ciri-ciri daripada tarian ini adalah
bersifat ritual, serius ditampilkan secara seremonial), dan hikmat. Ia
mepunyai peraturan yang sudah ditetapkan
SEJARAH ASAL USUL DUSUN TATANA

Dusun Tatana atau lazimnya disebut sebagai “Tatana” merupakan


salah satu daripada 79 sub etnik Kadazandusun di Sabah. Majoriti Dusun
Tatana tinggal di daerah Kuala Penyu yang terletak di bahagian di bahagian
pedalaman negeri Sabah. Mereka menuturkan bahasa Dusun iaitu Tatana.

Daerah Kuala Penyu terletak di kawasan barat daya negeri Sabah dan
menghadap ke arah laut cina selatan di sebelah barat. Salah satu keistimewaan
daerah ini ialah ia menjadi pintu masuk utama menuju ke tanah besar negeri
Sabah dari Wilayah Persekutuan Labuan. Daerah Kuala Penyu mempunyai
sebuah daerah kecil iaitu Menumbok. Keluasan daerah kuala penyu adalah
45,326 hektar atau 112,000 ekar ataupun 453 kilometer persegi termasuk
daerah kecil Menumbok yang keluasannya 19166 hektar atau 42.3 peratus
daripada jumlah keseluruhan keluasan daerah Kuala Penyu. Pentadbiran
daerah Kuala Penyu terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sitompok,
Mukim Kerukan, Mukim Bundu dan Mukim Mantabawan dengan jumlah
kampung sebanyak 35 buah. Daerah Kecil Menumbok pula terbahagi kepada
tiga mukim iaitu Mukim Kilugus, Mukim Tanjung Aru dan Mukim Mempakul
dengan jumlah kampung sebanyak 21 buah.

Pada tahun 2000, penduduk daerah Kuala Penyu termasuk Daerah


Kecil Menumbok dianggarkan berjumlah 16,558 orang. Pada tahun 2008,
Pejabat Daerah Kuala Penyu telah melaporkan bahawa jumlah penduduk
daerah tersebut ialah seramai 23.59% orang dengan komposisi mengikut etnik
dan konsentrasi penempatan seperti berikut:
Taburan etnik dan lokasi penempatan Dusun Tatana di Kuala Penyu

Majoriti Dusun Tatana tinggal di daerah Kuala Penyu dan menetap di


beberapa buah kampung seperti kampung Bundu, Kampung Kayul, Kampung
Menunggang, Kampung Gorowot, Kampung Melampai, Kampung Kiambor,
Kampung Menumpang, Kampung Kiaru, Kampung Purun, Kampung Batu
Linting, dan Kampung Kelampun. Selain itu, terdapat juga penempatan kecil
Dusun Tatana di Kampung Klias Kecil dan Kampung Tekuli di daerah Beaufort.
Pada masa kini, Dusun Tatana telah tersebar di seluruh negeri Sabah seperti di
daerah Membakut, Papar, Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan Tawau
disebabkan oleh faktor penghijrahan ekonomi.

Dusun Tatana kaya dengan cerita-cerita lisan dan mempunyai


legendanya yang tersendiri. Antara cerita lisan yang terkenal ialah Sorita
Boruruk, Sorita Batu Luang, Sorita Tabug Labi-labi dan Sorita Batu Nousung.
KAJIAN KOSTUM PENARI

A) Kostum penari lelaki

Para penari menggunakan baju tradisional ketika melakukan tarian


sayau kolombujang. Gambar di atas adalah contoh pakaian lelaki yang dikenali
sebagai Sira Dambia.
B) Kostum penari perempuan

Para penari menggunakan baju tradisional ketika melakukan tarian


sayau kolombujang. Gambar di atas adalah contoh pakaian perempuan yang
dikenali sebagai Sira Lambung.
KAJIAN AKSESORI DAN PROPS

BIL GAMBAR NAMA KETERANGAN


1

Sira Dambia Dipakai oleh


golongan lelaki.

Dipakai oleh
Sira Lambung golongan
perempuan.

3 Penutup kepala
yang diperbuat
dari kain dastar,
Siga dilipat atau dililit
dalam beberapa
cara yang
istimewa.
4 Seluar panjang
hitam dengan ikat
pinggang
Souva berwarna biru
indigo.

5 Sarung panjang
berbentuk
silinder,
dahulunya kain
kapas hitam.
Pada zaman
sekarang, ia
diceraikan
dengan siring,
perhiasan
Tapi keemasan di
sepanjang paha,
hadapan sarung,
bersilang dengan
satu jaluran
perhiasan dari
pinggang hingga
ke bawah.
6 Tali pinggang
yang diperbuat
dari duit perak.
Biasanya siga
dipakai
bergantung
kepada kekayaan
si pemakai, satu
di keliling
Himpogot pinggang, dan
dua lagi di atas
dan di bawah
tangkong.
KAJIAN ALAT MUZIK

Dalam tarian sayau kolombujang, mereka cuma menggunakan alat muzik


gong yang berentakan tarian sayau kolombujang. Gambar di bawah menunjukkan alat
muzik gong.

Bil Gambar Nama Keterangan


Sejenis alat muzik
yang diperbuat
daripada tembaga
dan menghasilkan
bunyi yang
Gong berbeza mengikut
jenis gong.
KAJIAN POLA LANTAI TARIAN

Corak tarian sayau kolombujang hampir sama dengan Sayau Kadayan tetapi
bezanya ialah para penarinya membawa makanan dan minuman. Pada peringkat
permulaan, ketua penari akan membuat suatu isyarat serta menari dalam posisi duduk.
Kaki penari digerakkan seperti memijak-mijak lantai. Peringkat seterusnya, penari-
penari lain akan menyuapkan makanan dan minuman kepada ketua penari. Setelah itu,
makanan dan minuman tersebut akan disuapkan pula kepada penari-penari lain. Ketua
penari akan memberikan isyarat berdiri dan menyambung tarian seingga isyarat berdiri
dan menyambung tarian sehingga isyarat berhenti dibuat dengan mengangkat tangan.

Peringkat Permulaan

Peringkat seterusnya

Peringkat Akhir
Ketua Penari Pembawa minuman/makanan Penari

Penari sedang melakukan tarian sayau kolombujang


PENUTUP

Saya bersyukur kerana mendapat peluang untuk menghasilkan


tugasan ini. Daripada kajian ini, saya mempelajari bahawa Etnik Tatana
mempunyai banyak jenis tarian mereka mengikut sukuk aum mereka tersendiri.
Sepanjang melakukan kajian ini, banyak cabaran yang saya hadapi antaranya
adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang lengkap untuk diletakan dalam
kajian saya namun semua itu tidak membuat semangat saya jatuh untuk
menyiapkan tugasan ini.

Secara keseluruhannya, saya berterima kasih kepada semua yang


telah membantu saya dalam melengkapkan kajian ini terutamanya kepada
pensyarah saya iaitu Dr Sri Ningsih Sukirman yang telah memberikan banyak
tunjuk ajar sehingga saya boleh melengkapkan kajian saya.
RUJUKAN

INTERNET

1. Tatanas's Blog: MENYINGKAP DISEBALIK NAMA DUSUN TATANA


(tatanasblog.blogspot.com)

Anda mungkin juga menyukai