Anda di halaman 1dari 4

PUISI TRADISIONAL PANTUN BUDI A.

MAKSUD Rangk Huraian ap 1 Budi yang baik sentiasa dikenang dan disebut-sebut serta disanjung. 2 Manusia dipandang hina sekiranya tidak berbudi bahasa. 3 Sikap manusia yang lebih mengutamakan harta benda daripada budi bahasa telah menjadi kebiasaan. 4 Biar kita hidup dalam keadaan miskin asalkan kita berbudi bahasa. B. TEMA Kepentingan budi bahasa dalam kehidupan manusia. C. PERSOALAN 1. Budi yang baik akan sentiasa dikenang. 2. Manusia yang tidak berbudi bahasa dipandang hina. 3. Kekayaan menyebabkan manusia mengabaikan budi bahasa. D. BENTUK 1. Terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Terdapat empat hingga lima patah perkataan bagi setiap baris. 4. Rima akhir bagi setiap rangkap ialah abab. 5. Terikat / tidak bebas. E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI 1. Sinkof: Budi yang baik rasa nak junjung. 2. Repitasi: Pandai melompat pandai berlari. 3. Anafora: Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali, 4. Inversi: Jatuh daunnya ke dalam ruang (Sepatutnya: Daunnya jatuh ke dalam ruang) 5. Asonansi: tenang-tenang air di laut (Pengulangan vokal a) 6. Aliterasi: hati terkenang mulut menyebut (Pengulangan konsonan t) F. NILAI 1. Mengenang budi orang lain. 2. Hemah tinggi, iaitu sentiasa berbudi bahasa. 3. Kesederhanaan G. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengenang budi orang lain kepada kita. 2. Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa dalam kehidupan sehariharian. 3. Janganlah kita mengutamakan harta benda daripada budi bahasa. 2 3 4 5

yang disayangi kerana diambil oleh orang lain. Perantau termenung kerana memikirkan nasib dirinya yang keseorangan di tempat orang. Seseorang yang tiada tempat untuk pergi akan menganggap dirinya tidak beruntung. Banyak kawan ada di sisi apabila diri senang tetapi sukar mencari kawan sekiranya susah. Seseorang menganggap dirinya tidak penting dan tidak diperlukan oleh masyarakat.

B. TEMA Nasib malang yang sering dialami oleh seseorang. C. PERSOALAN 1.Kesusahan hidup yang dialami apabila bernasib malang. 2. Kawan sejati sukar dicari. 3. Orang yang tidak memberikan sumbangan dianggap tidak berguna. D. BENTUK 1. Terdiri daripada lima rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Terdapat empat hingga lima patah perkataan bagi setiap baris. 4. Rima akhir bagi setiap rangkap ialah abab. 5. Terikat / tidak bebas. E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI 1. Perlambangan: burung melambangkan seseorang atau sesuatu yang disayangi. 2. Anafora: Kawan ketawa ramai selalu, Kawan menangis seorang diri. 3. Peribahasa: Ibarat melukut di tepi gantang 4. Sinkof: Masuk tak penuh keluar tak kurang 5. Asonansi: anak ayam disambar helang (Pengulangan vokal a) 6. Aliterasi: mengenang nasib dagang piatu (Pengulangan konsonan n) 7. Imej alam: teluk, batu karang F. NILAI 1. Kesabaran 2. Keberanian 3. Bersyukur 4. Semangat setia kawan. G. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sabar menghadapi takdir. 2. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan. 3. Kita hendaklah bersyukur dan tidak menyalahkan takdir sekiranya kita bernasib malang. 4. Kita haruslah mengamalkan semangat setia kawan iaitu sentiasa bersama waktu susah dan senang.

PANTUN NASIB PANTUN PERIBAHASA A. MAKSUD Rangk Huraian ap 1 Nasib malang yang dialami oleh seseorang apabila kehilangan seseorang atau sesuatu A. MAKSUD Rangk Huraian ap 1 Seseorang yang berasal daripada

2 3

keturunan yang baik akan bersikap baik di mana-mana jua. Kita tidak harus terburu-buru mencari sesuatu yang pasti kita miliki. Masyarakat yang bermuafakat hidup dalam keadaan aman dan bersatu padu.

5 6 7 8 9 10

B. TEMA Peribahasa sebagai pedoman kepada manusia dan kehidupan. C. PERSOALAN 1. Faktor keturunan mempengaruhi sikap seseorang. 2. Kesabaran melakukan sesuatu perkara. 3. Kepentingan permuafakatan dan kerjasama dalam masyarakat. D. BENTUK 1. Terdiri daripada tiga rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Terdapat empat patah perkataan bagi setiap baris. 4. Rima akhir bagi setiap rangkap ialah abab. 5. Terikat / tidak bebas. E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI 1. Peribahasa: Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau 2. Anafora: Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat 3. Asonansi: Kalau asal benih yang baik (Pengulangan vokal a) 4. Aliterasi: Hendak layari perahu layar (Pengulangan konsonan r) 5. Imej alam: Pulau, gunung, kabut F. NILAI 1. Hemah tinggi iaitu melakukan perbuatan yang baik. 2. Kesabaran. 3. Muafakat G. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berbuat baik pada setiap masa dan di mana-mana sahaja. 2. Kita hendaklah sabar dan tidak tergopoh-gopoh dalam melakukan pekerjaan. 3. Kita hendaklah bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjan.

itu sudah berada di depan mata. Menurut Asmara Dewa, jikalau sudah ditakdirkan mereka akan mati di situ, dia reda, tambahan pula mereka yatim piatu. Puteri terdiam. Dia beranggapan lebih baik mereka mati daripada hidup dalam penderitaan. Asmara Dewa mendekati naga. Naga mengangkat kepala dan mengangakan mulutnya. Naga marah apabila melihat Asmara Dewa dan Puteri lalu menghembuskan api serta membesarkan matanya. Naga mengeluarkan suara yang amat kuat sehingga air laut menjadi keruh manakala daun-daun berguguran. Naga melihat Asmara Dewa dan Puteri lalu bertanyakan arah kedatangan mereka. Naga menganggap mereka berani. Mereka akan lenyap sekiranya ditelan oleh naga sekali gus.

B. TEMA Keberanian dan ketabahan dalam menghadapi rintangan. C. PERSOALAN 1. Kasih sayang 2. Mempertahankan maruah diri 3. Reda menerima takdir D. BENTUK 1. Terdiri daripada sepuluh rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Terdapat empat hingga enam patah perkataan bagi setiap baris. 4. Rima akhir bagi setiap rangkap ialah aaaa. 5. Terikat / tidak bebas. E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI 1. Simile: Matanya seperti damar sebatang 2. Inversi: Bertempik ia seperti guruh (Sepatutnya: Ia bertempik seperti guruh) 3. Hiperbola: Bertempik ia seperti guruh 4. Asonansi: Daun kayu sampaikan luruh (Pengulangan vokal u) 5. Aliterasi: Berani sungguh engkau ini datang (Pengulangan konsonan g) F. NILAI 1. Keberanian 2. Ketabahan 3. Gigih berusaha 4. Pengorbanan G. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani apabila menghadapi ketentuan takdir. 2. Kita hendaklah tabah apabila menghadapi ketentuan takdir. 3. Kita hendaklah gigih berusaha sebelum menyerahkan nasib kepada takdir. 4. Kita hendaklah berkorban demi masa depan yang bahagia. SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR A. MAKSUD Rangk Huraian

SYAIR YATIM NESTAPA A. MAKSUD Rangk Huraian ap 1 Asmara dewa melihat seekor binatang yang matanya bercahaya sehingga menyakitkan matanya. 2 Puteri yang ketakutan memberitahu Asmara dewa bahawa binatang itu mungkin naga. 3 Puteri mengajak Asmara dewa melarikan diri kerana takut akan ditangkap oleh naga itu. 4 Asmara Dewa tersenyum sambil menyatakan bahawa dia malu jika mereka tidak menentang naga itu kerana binatang

ap 1

Kakak menasihati adiknya supaya mencintai keindahan alam sekitar dan menjaga kebersihan kerana persekitaran yang bersih dapat menghindarkan pencemaran. Kempen kebersihan hendaklah dijayakan bersama-sama agar udara bersih, kesihatan terjamin, negara makmur, dan kehidupan rakyat tenteram. Kita disarankan supaya mengamalkan sikap belas kasihan terhadap alam sekitar dan menjaga tanah dan tumbuh-tumbuhan agar alam sekitar tidak mengalami pencemaran. Air sungai yang tidak tercemar mengalir dengan tenang manakala unggas hidup dengan selamat serta selesa dan kita dapat berkelah di tempat tersebut. Negara mengalami jerebu yang berpunca daripada pembakaran terbuka dan pengeluaran asap oleh kilang. Jerebu menyebabkan lapisan ozon menipis. Kita haruslah menginsafi keadaan tersebut dan mengatasinya. Perbuatan buruk seperti berludah, membuang sampah di merta-rata tempat, mengotorkan alam sekitar, menghisap rokok, dan menagih dadah perlulah dihindari. Penerokaan hutan secara berleluasa menyebaban tanah runtuh. Oleh itu, pembangunan negara hendaklah dirancang dengan teliti supaya kualiti alam terpelihara. Kecantikan bunga-bungaan di sepanjang jalan dan di taman dapat mengindahkan pemandangan. Negara akan menjadi destinasi pelancongan yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan pendapatan negara.

A. MAKSUD B. TEMA C. PERSOALAN D. BENTUK E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI G. PENGAJARAN

A. MAKSUD B. TEMA C. PERSOALAN D. BENTUK E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI G. PENGAJARAN

9 10 11 12 13 14 B. TEMA C. PERSOALAN D. BENTUK E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI

A. MAKSUD G. PENGAJARAN B. TEMA C. PERSOALAN

D. BENTUK B. TEMA E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI C. PERSOALAN F. NILAI D. BENTUK G. PENGAJARAN E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI G. PENGAJARAN

A. MAKSUD B. TEMA C. PERSOALAN D. BENTUK E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI G. PENGAJARAN A. MAKSUD B. TEMA C. PERSOALAN D. BENTUK E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI G. PENGAJARAN

A. MAKSUD B. TEMA C. PERSOALAN D. BENTUK E. GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI F. NILAI G. PENGAJARAN

A. MAKSUD

Anda mungkin juga menyukai