Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN

Karangan adalah satu jenis gerak kerja penting dalam aspek penulisan. Karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Secara tidak langsung murid murid diberikan kebebasan melahirkan fikiran, pendapat, komen, cadangan dan ulasan ketika menjawab karangan. Dari aspek yang lain pula, fikiran mereka dikawal oleh tajuk atau topik karangan yang telah disediakan oleh guru. Pengajaran dan pembelajaran karangan bagi semua peringkat sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah adalah penting kerana ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan. Loban (1964) berpendapat, kemahiran bahasa adalah terbahagi kepada empat. Pertama, kemahiran mendengar; kedua, kemahiran bertutur; ketiga, kemahiran membaca; dan keempat, kemahiran menulis. Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih kerana ia penting dimiliki oleh setiap orang murid. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea,peranan, dan pendapat. Ishak Harun (1979) bersependapat dengan pernyataan ini. Menurut beliau, kemahiran menulis karangan adalah penting dalam kegiatan kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain lain yang disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal. Kecekapan mengarang juga penting dalam kehidupan seharian untuk melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat menyurat, laporan, pernyataan perasaan dan penglibatan dalam aktiviti aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif (kesussasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah. Selain daripada itu, pengajaran karangan kepada para pelajar ini bukan sahaja dapat menyediakan pengalaman pengalaman sebenar yang berguna kepada murid murid dalam kehidupan sehari hari, tetapi juga kita berusaha memberikan kemahiran kemahiran bahasa serta pengetahuan am dan khusus mengenai kehidupan dan persekitaran mereka. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa pembelajaran karangan di kalangan pelajar pelajar adalah penting sekali sebagai menyediakan mereka menghadapi masa hadapan yang lebih sempurna dan berkesan.

11

2.0

ANALISIS KARANGAN PELAJAR

Analisis teks dilakukan terhadap karangan pelajar sekolah rendah tahun tiga yang bertajuk Perpustakaan. 2.1 Sistem Pemerengangganan

Pemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan. Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pengenalan, isi dan penutup. 2.1.1 Perenggan pengenalan Perenggan pengenalan adalah permulaan yang amat penting. Perenggan

ini akan memberikan gambaran awal daripada keseluruhan karangan kepada pembaca. Perenggan permulaan harus dapat menarik minta minat pembaca untuk terus menelaah karangan. Contoh perenggan permulaan :

Perpustakaan adalah tempat di mana semua jenis bahan bacaan boleh didapati.

2.1.2

Perenggan pengembangan Perenggan ini sebagai kesinambungan perenggan permulaan yang akan mejelaskan pokok perbincangan. Perenggan ini akan mengemukakan inti persoalan, memberi ilustrasi dan contoh, menjelaskan isu serta juga mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan.

Berdasarkan

analisis

ini,

pelajar

telah

menghasilkan

perenggan

pengembangan secara ringkas iaitu mempunyai fakta, huraian serta contoh.

11

Pembinaan perenggan pengembangan ini sesuai dengan tahap pelajar sekolah rendah.

Selain itu, pelajar membina perenggan dalam karangan ini menggunakan teknik penglibatan pembaca. Ini bermakna pelajar melibatkan pembaca dalam karangan ini untuk tujuan menarik perhatian. Contoh ayat :

Kita juga boleh membuat ulang kaji dengan selesa. Sekiranya kita ingin membawa buku cerita balik ke rumah, kita perlu kad khas untuk membuat pinjaman.

2.1.3

Perenggan Penutup

Perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi kandungan. Pelajar telah membuat kesimpulan yang tidak terlalu panjang tetapi dapat mencerminkan seluruh isi kandungan dan memberi kesan kepada pembaca. Contoh perenggan penutup :

Oleh sebab perpustakaan itu penting, kita haruslah menggunakannya dengan betul. Patuhi semua peraturan agar semua pengguna dapat manfaat yang sepatutnya daripada penggunaan perpustakaan

Dalam penganalisisan perenggan dan jenis-jenisnya, pelajar telah menghubungkaitkan perenggan permulaan, pemgembangan dan penutup.

11

2.2

Pendekatan Retorika

Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta kemahiran menulis yang dimiliki. Berdasarkan analisis yang dikaji, pelajar mengunakan retorik pemerian dalam menghasilkan karangan. Ini kerana pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Selain itu, ia bertepatan dengan karangan pelajar yang menyampaikan fakta dan maklumat mengenai perpustakaan. Contoh ayat :

Semasa berada di perpustakaan, kita dikehendaki mematuhi peraturan yang disediakan. Antaranya ialah, tidak dibenarkan makan dan membuat bising, menggunting dan mengoyakkan gambar di dalam bukuserta membaa keluar apa-apa bahan dari perpustakaan tanpa kebenaran.

Jika dilihat pada ayat di atas, pelajar menggunakan bahasa yang jelas dan tersusun untuk menggambarkan idea mengenai perpustakaan. Karangan yang dihasilkan oleh pelajar dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Di samping itu, karangan ini dapat memberi gambaran secara realistik mengenai perpustakaan berdasarkan fakta-fakta konkrit.

2.3

Pendekatan Elektika

Dalam karangan ini, pelajar menggunakan pendekatan proses iaitu kebebasan menulis untuk menggarap hasil penulisan. Selain itu, pendekatan ini menitikberatkan proses

11

pembaikan sesebuah penulisan secara berterusan. Ini kerana pelajar boleh bereksperimen dengan segala bentuk maklumat dan fakta.

2.4

Stilistika

Stilistika atau stilistik merupakan salah satu ranting dalam ilmu retorika. Stilistik berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa supaya tampak menarik bahkan maknanya akan lebih mudah difahami dan lebih memberi kesan kepada pembaca. Berdasarkan analisis yang saya kaji, karangan ini mempunyai gaya stilistik yang baik kerana terdapat lima unsur iaitu kejujuran, kesantunan, kejelasan, kesingkatan dan menarik. Penggunaan stalistik yang baik oleh pelajar dalam karangan ini dapat menarik perhatian pembaca.

2.5

Wacana Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa.

Berdasarkan analisis, pelajar telah menggunakan wacana tulisan untuk menghasilkan karangan yang memberi makna kepada pembaca. Wacana tulisan ini ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta

11

kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Antara contoh penanda wacana dalam karangan ini ialah dan, oleh sebab dan semasa. Contoh ayat :

Oleh sebab perpustakaan itu penting, kita haruslah menggunakannya dengan betul.

Kita boleh membaca buku cerita dan membuat rujukan di perpustakaan.

Berdasarkan karangan ini, murid sudah mampu menggunakan wacana dengan betul mengikut tahapnya.

2.6

Logika

Logika berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas. Sekiranya terdapat penggunaan kata atau frasa yang tidak membawa makna yang sesuai dengan maksud maka bahasa itu tidak sempurna. Contoh ayat logik dalam berbahasa.

Sekolah-sekolah di Negara ini mempunyai perpustakaannya sendiri untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru.

Berdasarkan ayat di atas, pelajar telah membina ayat yang bernas dengan mengeluarkan idea tersendiri dan mempunyai makna yang sesuai.

11

2.7

Tatabahasa

2.7.1

kata ganda Penggandaan juga disebut reduplication satu proses morfologi yang menerbitkan katadengan cara mengulang sama ada sebahagian atau keseluruhan eleman kata dasar (Zaharani Ahmad, 2007:26). Contoh kata ganda dalam karangan ini ialah murid-murid, guru-guru, apa-apa dan sekolahsekolah.

.mempunyai perpustakaan sendiri untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru.

.membawa keluar apa-apa dari perpustakaan tanpa kebenaran.

Berdasarkan analisis ini murid telah menggunakan kata ganda, kerana kata ganda dapat memberi maksud yang jamak kepada sesuatu benda. Seperti yang digunakan dalam karangan ini, kata ganda guru-guru dapat menunjukkan bahawa ramai guru yang dimaksudkan.

2.7.2

Kata penegas Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas termasuklah patikel kah, -tah, dan lah. Begitu juga dengan penggunaan kata juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang. (Nik Safiah Karim et.al. 2004: 249) contoh :

11

. kita haruslah menggunakannya dengan betul.

kita juga boleh membuat ulang kaji dengan selesa.

3.0

ANALISIS KARYA KLASIK MELAYU

Analisis teks dilakukan terhadap karya klasik Melayu yang diambil daripada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) keluaran pada tahun 1986 yang diselenggarakan oleh A.Samad Ahmad. Analisis ini dipetik dari bab 5 iaitu dari muka surat 89 hingga 107. 3.1 Strategi Pemerengganan Berdasarkan analisis yang saya kaji, tiada ketetapan yang menghadkan panjang sesuatu perenggan dalam karya ini. Oleh itu, perenggan-perenggan adalah panjang dan mengelirukan. Walaubagaimanapun, karya ini masih mempunyai perenggan permulaan, perenggan pengembangan dan perenggan penutup. Dalam karya ini, penulis menggunakan permulaan ayat dan pengenalan bagi perenggan permulaan dengan perkataan maka, adapun, hatta dan alkisah. maka kedengaranlah dan hatta maka. Bagi perenggan penutup pula, penulis menggunakan ayat-ayat seperti maka sembahnya,

ALKISAH, maka tersebutlah perkataan raja benua Siam; daripada zaman dahulukala. Negara siam itu

Hatta maka Seri Nara pun berpindah ke sebelah kanan, maka jadi Paduka Raja dududk di tempat Bendahara.

11

3.2

Pendekatan Retorika Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sebagai sesuatu jenis penulisan. Dalam karya ini, penulis menggunakan retorika penceritaan iaitu menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Tujuan penulis adalah untuk menceritakan semula peristiwa- peristiwa yang telah berlaku menurut suasana kronologi peristiwaperistiwa itu terjadi. Karya ini mempunyai bahagian permulaan, perkembangan, cerita, konflik dan peleraian dalam membentuk satu cerita.

Maka setelah baginda mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat di teluk rantau, mudik ke Melaka. 3.3 Stilistika Berdasarkan analisis yang saya kaji, karya klasik Melayu ini menggunakan pendekatan stilistik untuk memantapkan penulisan. Stilistik merupakan salah satu ranting dalam ilmu retorika. Tanpa stilistik sesuatu teks akan kelihatan kaku, sterotaip dan mendatar. Karya ini mempunyai gaya stilistik yang baik kerana terdapat lima unsur iaitu kejujuran, kesantunan, kejelasan, kesingkatan dan menarik. 3.4 Wacana Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Dalam karya ini, penulis telah menggunakan wacana bertulis yang bertujuan untuk menyampaikan cerita sejarah Melayu kepada pembaca. Ini secara tidak lansung telah menghubungkan penulis dan pembaca secara bertulis. 3.5 Logika

11

Logika berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas. Sekiranya terdapat penggunaan kata atau frasa yang tidak membawa makna yang sesuai dengan maksud maka bahasa itu tidak sempurna. 3.6 Gaya Bahasa Hashim Awang (1987:29) menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata bagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Berdasarkan karya ini, penulis memasukkan unsur unsur gaya bahasa yang dapat menarik minat pembaca seperti metafora, personafikasi, simile dan pengulangan cerita pada fenomena yang sama. 3.6.1 Metafora

Dalam karya ini, penulis menggunakan unsur metafora. Metafora merupakan perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat kesamaannya. Maka laksamana pun memakai destar bunga dikarang gajah gemulong 3.6.2 Smile

Gaya bahasa perbandingan iaitu simile atau asosiasi. Simile atau asosiasi merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain. Simile benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama atau yang telah disebut terdahulu. Maka Seri Betara pun terlalu marah seperti ular berbelit belit

.maka Seri Betara pun terlalu marah seperti api bernyala nyala dan seperti harimau akan menerkam,. 3.6.3 Struktur ayat

11

Ciri utama yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu adalah penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit malah pembentukan ayat lebih kepada pasif daripada aktif. Contoh struktur ayat : Maka oleh Seri Nara Diraja akan Maharaja Dewa Sutra

dipenjarakannya di hujung balai, tempatnya duduk diadap orang banyak; tetapi sungguhpun dipenjarakannya, seperti adat kerajaan Maharaja Dewa Sutra itu tiada diubahnya; diberinya bertilam dan berbantal besar. Struktur ayat yang menggunakan bahasa Melayu klasik mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu moden. 3.6.4 Bahasa istana

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa istana. Ini kerana karya Sejarah Melayu kebanyakan cerita berkisarkan kepada kisah dan peristiwa yang dialami dalam kalangan raja di istana. Contoh penggunaan perkataan ialah beta, sembah, baginda dan berangkat. Maka baginda pun terlalu sukacita; baginda memberi anugerah persalinan akan Bendahara Paduka Raja 3.6.5 Unsur interior-monolog

Dalam perlukisan watak-watak dalam karya ini, penulis memasukkan unsur-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog. Unsur ini berbeza daripada unsur monolog kerana ia fikiran di dalam hati yang tidak diucapkan. Unsurunsur tersebut telah digarap melalui watak oleh penulis dengan licin dan meyakinkan. Maka Sang Aji Jaya Ningrat fikir dalam hatinya, Betapa peri aku memecat Patih Aria Gajah Mada ini ?

4.0

PENUTUP

Kesimpulannya, penulisan yang mantap mesti mempunyai ciri-ciri bahasa yang baik iaitu dari segi aspek strategi pemerengganan, pendekatan retorika, pendekatan elektika, gaya stilistika,

11

wacana, logika dan gaya bahasa sama ada bahasa Melayu moden ataupun bahasa Melayu klasik. Disamping itu, penulis telah memilih kata yang yang baik dan dalam menyampaikan kandungan penulisan kepada pembaca.

RUJUKAN A. Samad Ahmad. (1986). SALALATUS SALATIN (Sejarah Melayu). Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Nathesan. (1995). LARAS BAHASA ILMIAH. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hj. Mohd Hussein Hj. Baharuddin. Bahasa Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.

11

LAMPIRAN
11

Anda mungkin juga menyukai