Anda di halaman 1dari 6

2.

KEPENTINGAN

MENGINTEGRASI

ICT

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah selari dengan kehendak Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang berhasrat menjadikan pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia. Dalam
merealisasikan hasrat ini pihak kerajaan telah melaksanakan sekolah Bestari yang
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan dasar Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Penggunaan komputer yang semakin meluas
pada zaman Koridor Raya Multimedia (MSC) ini, telah merubah senario pengajaran dan
pembelajaran yang mementingkan ICT.
Jika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkonsepkan chalk and
talk, namun kini ICT telah memainkan peranan penting yang menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Kemunculan ICT menjadi pemangkin kepada
perubahan pendekatan dan pembelajaran bagi guru dan pelajar. Pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat membangunkan modal insan yang berkualiti selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Menurut Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), perkembangkan teknologi
multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara
memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Menurut
Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat
dan komunikasi merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif pantas dan
banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Jadi, pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan
pembelajaran kendiri dan penerokaan. Hal ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal
maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain. Pencarian maklumat melalui ICT dapat
memberi ruang kepada murid untuk lebih meneroka lebih mendalam mengenai isi
pengajaran yang disampaikan oleh guru.. Murid juga dapat mengakses maklumat-maklumat
yang berkenaan dengan subjek yang dipelajari dengan cepat dan mudah.
Selain itu, pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat

membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Chen (2004), faktor utama yang mempengaruhi pendidikan
sejak beberapa dekat yang lalu. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
telah menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar ke
arah lebih baik . Dengan kemudahan ICT, guru dapat mengakses maklumat berkenaan
dengan pengajaran seterusnya dapat menyampaikan kepada murid secara berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dan berkesan melalui
penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar. Hal ini kerana guru hanya perlu
mengaplikasikan persembahan ICT seperti powerpoint, video dan flash dalam pengajaran
dan pembelajaran. Melalui ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik
dengan persembahan multimedia yang disediakan. Pengajaran dan pembelajaran yang
menarik akan menyebabkan murid tidak akan berasa bosan malah mereka akan berminat
untuk belajar perkara yang diajar oleh guru.
Tidak dinafikan bahawa ICT mampu menghasilkan impak yang besar dalam
pengajaran dan pembelajaran hasil daripada elemen teks, grafik, animasi, audio dan video
yang digunakan sebagai alat bantu mengajar. Melalui kemudahan ICT, guru dapat
memperkasakan diri dengan kefahaman akan penggunaan teknologi tersebut dengan lebih
efektif agar dapat membantu menghasilkan idea- idea bernas terutamanya untuk diguna
pakai dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.
Pengintegrasian ICT membolehkan guru mengamalkan gaya pembelajaran yang
pelbagai kepada murid menerusi elemen yang terdapat di dalamnya. Bagi murid yang
mempunyai kelebihan belajar dengan cepat, peluang akan diberikan untuk meneroka dan
menggunakan sendiri aplikasi multimedia dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini
dapat menggalakkan pelajar tersebut untuk menjalankan proses pencarian dan tidak hanya
bergantung kepada guru untuk memberikan maklumat yang dikehendakinya. Sebaliknya
bagi pelajar yang lambat dalam sesi pembelajaran, peluang akan diberikan untuk pelajar
tersebut mengulangi semula perkara yang sudah dilalui sehingga mampu untuk memahami
perkara yang dipelajari. Dengan ini dapat dilihat elemen interaktif dalam ICT menjadikan
murid lebih berdaya saing dan proaktif dalam membina pengetahuan berdasarkan pilihan,
kadar dan kehendak sendiri.
Disamping itu, pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
memangkin kepada penjanaan pembelajaran secara koperatif, seperti mewujudkan interaksi
antara murid melalui perbincangan dan projek kumpulan. Pembelajaran koperatif boleh

didefinisikan sebagai satu bentuk strategi pembelajaran yang bersistematik iaitu kumpulan
kecil dibentuk belajar atau bekerjasama bagi mencapai matlamat dan kejayaan dan guru
bertindak sebagai fasilitator (Slavin, 1990).
Hasil daripada pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
terutamanya

penggunaan

elemen

multimedia

yang

dilihat

sebagai

kaedah

bagi

menggalakan minat pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut, selain daripada


membantu penguasaan maksimum terhadap tajuk yang dipelajari. ICT ini dilihat sebagai
pemudahcara kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan
oleh guru dalam menyampaikan maklumat kepada murid (Neo dan Neo, 2004).

3.0

CABARAN

MENGINTEGRASI

ICT

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
Peranan guru pada abad ke-21 ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai
tanggungjawab besar bagi mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang
selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Tidak
dinafikan terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kekurangan guru yang berkemahiran
dalam ICT. Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan
kemahiran seseorang guru untuk mengendalikannya. Guru perlulah berkemahiran dalam
membina persembahan yang melibatkan video, grafik, audio, dan bunyi untuk digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abd. Rahman (2002), guru kurang
menggunakan teknologi dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran
menggunakan ICT.
Guru yang mengintegrasikan ICT bukanlah semuanya mempunyai kemahiran
mengendalikan komputer terutamanya mereka yang telah lama mengajar yang tiada
pendedahan tentang ICT. Jadi, guru yang tidak mempunyai kemahiran mengendalikan ict
akan mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralataan sebelum memulakan
pengajaran. Hal ini akan membantut perkembangan mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran


memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan
berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang lancar. Prasarana yang tidak mencukupi di sekolah menjadi salah satu
cabaran yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari
sesuatu yang memang memerlukan penggunaaan komputer dan hanya boleh digunakan
oleh sebilangan kecil murid dalam satu-satu masa. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang
dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu mengintegrasikan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa. Apatah lagi, komputer yang
digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi.
Kajian Preston et al. (2000) mendapati bahawa mutu peralatan ICT yang rendah
boleh menggangu proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
diakui kerana kebanyakkan komputer dibekalkan adalah tidak berkualiti dan adanya sudah
ketinggalan zaman. Keadaan yang tidak kondusif ini menyebabkan guru sukar untuk
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadi, mereka lebih selesa
menggunakan kaedah konvensional yang mengajar secara chalk and talk.
Selain itu, cabaran mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
bebanan kurikulum. Sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru perlu
menyelesaikan silibus sebelum tamat persekolahan. Mereka juga berpendapat bahawa
tanggungjawab menyelesaikan silibus adalah lebih penting. Ini kerana guru ingin
memastikan murid-murid mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan Oleh itu guru terpaksa
menggunakan kaedah konvensional bagi memastikan silibus dapat dihabiskan dalam
tempoh tersebut. Lagipun, mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
mengambil masa yang lama dan jika digunakan kemungkinan tidak sempat menyelesaikan
silibus.
Masa dan beban tugas adalah cabaran bagi guru untuk mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian ICT mengambil masa yang lama bagi guruguru menyediakannya. Persediaan diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan
mengajar serta untuk menyediakan bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan.
Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan
waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat
persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk menyediakan bahan mengajar dimakmal

komputer.
Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan
mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha
peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti
persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek.
Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika
mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan
bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa
berjam-jam.
Penghasilan

bahan

pengajaran

pembelajaran

berasaskan

kaedah

bestari

memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya
bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif,
berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri
sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan pengajaran atau dalam bestari
disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan kepelbagaian kecerdasan pelajar,
keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang teliti dan masa yang lama
dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut.

4.0

KESIMPULAN

Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah selaras dengan hasrat
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) iaitu memanfaatkan ICT untuk pembelajaran.
Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan
pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung
pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk
disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan
projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada
golongan guru sekolah dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
teknologi

maklumat

dan

komunikasi

(ICT)

merujuk

kepada

kebolehan

guru

mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta


kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai