Anda di halaman 1dari 63

DAN SELAMAT SEJAHTERA

Berburu ke padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU STPM (910/2)
EJAAN

TANDA
BACA

DIKSI
KESALAHAN
BAHASA
MORFOLOGI

SINTAKSIS

PENANDA
WACANA
1. Kesalahan Ejaan
Kesalahan yang sering dilakukan;

1. Pengejaan kata pinjaman

2. Pengejaan kata majmuk

3. Pengejaan kata adverba


KATA PINJAMAN

KATA MAJMUK

KATA ADVERBA

KATA SENDI NAMA


KESALAHAN
EJAAN KATA BERIMBUHAN

IMBUHAN AWALAN
PINJAMAN

PENGARUH SISTEM EJAAN LAMA

KESALAHAN EJAAN BAGI KATA YANG


MEMPUNYAI SENGAUAN ‘NG’
i. Pengejaan Kata Pinjaman
a. Kata pinjaman bahasa Indonesia, dan bahasa
Inggeris yang terkecuali daripada sistem
keselarasan vokal.
Bahasa Indonesia Bahasa Inggeris
Salah Betul Salah Betul
Calun Calon Bonos Bonus
Perabut Perabot Domistik Domestik
Lancung Lancong Mesen Mesin
Pamir Pamer Injin Enjin
Calun Calon Polimik Polemik
Anih Aneh Kopon/kupun Kupon
b. Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang harus
dieja dengan mengutamakan bentuk visual, dan kata
serapan daripada bahasa Arab.

Bahasa Inggeris – dieja dengan Bahasa Arab – dieja mengikut bentuk


mengutamakan bentuk visualnya sebutan dan bentuk visualnya
Salah Betul Salah Betul
Dailog Dialog Biadap Biadab
Definasi Definisi Ramadhan Ramadan
Lebel Label Riak (sifat sombong) Riyak
Deligasi Delegasi Taajub Takjub
Teknoloji Teknologi Wudhuk Wuduk
Telifon Telefon Zuhur Zuhur
Ajenda Agenda Aqiqah Akikah
2. Pengejaan Kata Majmuk
– kesalahan terjadi apabila kata majmuk bukan bentuk
mantap dieja bercantum, dan kata majmuk mantap
dieja terpisah, seperti;
Salah Betul
Aturcara Atur cara
Gambarajah Gambar rajah
Pilihanraya Pilihan raya
Semulajadi Semula jadi

Salah Betul
Jawatan kuasa Jawatankuasa
Tanda tangan Tandatangan
Kerja sama Kerjasama
Tanggung jawab Tanggungjawab
3. Pengejaan Kata Adverba
- Kata adverba yang sering dieja salah adalah
seperti yang berikut;

Salah Betul
Acapkali Acap kali
Barang kali Barangkali
Julung kali Julungkali
Kerap kali Kerapkali
Sekaligus Sekali gus
Seringkali Sering kali
KESALAHAN EJAAN

KSN ‘di’ dan ‘ke’ / Kata berimbuhan yang Imbuhan Awalan Pinjaman
awalan di- dan ke- mempunyai dua huruf yang ditulis terpisah
‘g’ dan dua huruf ‘k’ daripada kata dasar

Salah Betul
dibawah di bawah Salah Betul
Salah Betul
disekitar di sekitar anti peluh antipeluh
Mengerakan Menggerakkan
kesana ke sana juru hebah juruhebah
Menghairahkan Mengghairahkan
di tulis ditulis maha guru mahaguru
Kerosakkan Kerosakan
ke tiga ketiga pra sejarah prasejarah
Penolakkan Penolakan
pro perubahan properubahan
Kebanyakkan Kebanyakan
tata acara tatacara
pasca merdeka pascamerdeka
Sambungan…

Pengaruh Sistem Ejaan Lama Kecenderungan pengguna


@ kecuaian @ kejahilan menyebut dan mengeja kata yang
pengguna bahasa mempunyai bunyi sengauan ‘ng’
menjadi dua huruf ‘g’

Salah Betul
Salah Betul
ugama agama
berengga berenga
agong agung
dunggu dungu
biadap biadab
sesunggut sesungut
bumiputra bumiputera
termanggu-manggu termangu-mangu
ilmuan ilmuwan
terpingga-pingga terpinga-pinga
jemaah jemaah
unggu ungu
selsema selesama
Soalan Latihan
Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.
Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9]

Tidak dapat dinafikan bahawa produk kecantikan menarik perhatian kebanyakan wanita. Antara
produk yang paling mendapat sambutan ialah produk yang dirumus khusus untuk pelangsingan
badan dan produk anti-penuaan. Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang ringgit semata-
mata untuk membeli produk tersebut. Mereka mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang sering
disiarkan melalui media massa. Daripada beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa industri
kosmetik akan terus berkembang pesat dengan adanya sokongan padu daripada golongan tersebut.

Cadangan Jawapan:
Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan
a. …produk anti-penuaan. Kesalahan ejaan. “anti’ merupakan ...produk antipenuaan.
imbuhan pinjaman yang perlu
digabungkan dengan kata
‘penuaan’.

b. …terpengaruh dengan Kesalahan tiada kata sendi oleh selepas …terpengaruh oleh iklan-
iklan-iklan… kata kerja pasif berimbuhan teR-. iklan..
c. Daripada beberapa kajian Kesalahan tiada subjek dalam ayat. Daripada beberapa kajian,
jelas menunjukkan… perkara ini jelas
menunjukkan…
Latihan 2
Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.
Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9]

Keindahan panaroma alam sekitar yang dinikmati di negara kita akan pudar sekiranya
kita tidak menjaga dan memuliharanya dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana
kita dan alam sekitar memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian
disebabkan ia saling berkait antara satu sama lain. Pencemaran dan pemanasan global
adalah antara yang memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan
itu, alam sekitar perlulah kerajaan kita pulihara demi kesejahteraan kita semua.
Cadangan Jawapan:
Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan
a. Keindahan panaroma Kesalahan ejaan. Keindahan panorama
alam sekitar.. alam sekitar..
b. Hal ini demikian kerana.. Kesalahan klausa utama tidak Hal ini dikatakan demikian
mempunyai predikat. Kata ‘demikian’ kerana…
merupakan keterangan bagi predikat.

c. …saling berkait antara satu Kesalahan lewah. Kata ‘saling’ sudah …saling berkait/berkait
sama lain. menunjukkan maksud yang sama antara satu sama lain.
dengan “antara satu sama lain”.

d. …perlulah kerajaan kita Kesalahan struktur ayat pasif kata ganti …perlulah dipulihara oleh
pulihara … nama diri orang ketiga. kerajaan kita…
2. KESALAHAN TANDA BACA
Kesalahan tanda baca melibatkan;
- Tanda sempang
- Tanda koma
- Tanda petik
- Tanda seru
Kesalahan Tanda Baca sempang (-)

‘ke’ dengan angka Huruf kecil Angka yang merujuk


dengan huruf usia/tahun dengan
besar (nama akhiran -an
khas)

Kata ganda Salah Betul


Ke 3 Ke-3
Salah Betul
Ke 21 Ke-21
Lingkungan 40an/han Lingkungan 40-an
Ke 100 Ke-100
Tahun 70an/han Tahun 70-an

Tahun 1990an/han Tahun 1990-an


Salah Betul
Adik beradik adik-beradik

lambat laun lambat-laun Salah Betul


menghuru harakan menghuru-harakan alJabbar al-Jabbar

pindah randah pindah-randah alQuran al-Quran

seMalaysia se-Malaysia
Sambungan…

Kesalahan Tanda Baca sempang (-)

Kata istilah atau Kesalahan tanda baca sempang (-) juga Antara Huruf Kecil dengan
kosa kata khusus berlaku pada kata yang tidak sepatutnya Huruf Besar
menggunakan tanda sempang
(Merujuk Tuhan/nama Khas

Salah Betul
Asal-usul Asal usul
Salah Betul
Salah Betul
Hamba Mu/ Hamba-Mu
al ijarah al-ijarah Anti-sosial Antisosial Hamba Mu

almurabahah al-murabahah Bersatu-padu Bersatu padu Rahmat Nya/ Rahmat-Nya


rahmatNya
almudarabah al-mudarabah Ko-kurikulum Kokurikulum

K ekonomi K-ekonomi
Sebab Kesalahan:
E-mel E-mel Tidak menulis tanda sempang
apabila merujuk Tuhan atau nama
Khas. Tanda sempang hendaklah
digunakan untuk memisahkan huruf
besar daripada huruf kecil.
KESALAHAN TANDA BACA KOMA (,)

Tidak menggunakan tanda baca koma (,) Tidak menggunakan tanda baca koma (,) bagi
selepas penanda wacana pada permulaan ayat klausa keterangan yang mendahului ayat induk

Salah Betul Salah Betul


Namun demikian Namun demikian, Setelah mendapat Setelah mendapat
masalah itu terus masalah itu terus maklumat maklumat daripada
dipandang enteng. dipandang enteng. daripada orang orang ramai, pihak
ramai pihak polis polis terus menyerbu
terus menyerbu premis hiburan itu.
Sebagai contohnya Sebagai contohnya, premis hiburan itu.
pihak sekolah pihak sekolah
mestilah bertindak mestilah bertindak
tegas terhadap tegas terhadap
pelajar yang pelajar yang ponteng Baca petikan ini Baca petikan ini,
ponteng sekolah. sekolah. kemudian jawab kemudian jawab
semua soalan. semua soalan.
KESALAHAN TANDA BACA PETIK (“…”)

Penulisan yang Penulisan yang memuatkan


menggunakan peribahasa judul (novel, sajak, filem, dll)

Salah Betul Salah Betul


Ibu bapa harus Ibu bapa harus Antara filem Antara filem terawal
memberikan memberikan didikan terawal yang yang mengaut
didikan agama dan agama dan moral mengaut kutipan kutipan jutaan ringgit
moral kepada kepada anak-anak jutaan ringgit termasuklah filem
anak-anak sejak sejak mereka masih termasuklah filem “Menanti Hari Esok”
mereka masih kecil, bak kata Menanti Hari Esok arahan Tan Sri Jins
kecil, bak kata pepatah, “melentur arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
pepatah, melentur buluh biarlah dari Shamsuddin.
buluh biarlah dari rebungnya”.
rebungnya.
KESALAHAN TANDA BACA SERU (!)

Berlaku apabila tanda baca tersebut


diletakkan selepas kata seru.

Salah Betul
Oh! Baru saya tahu bahawa lelaki itu Oh, Baru saya tahu bahawa lelaki itu seorang
seorang yang dermawan. yang dermawan!

Alangkah! besar dosa orang yang Alangkah besar dosa orang yang
menderhakai ibu bapanya. menderhakai ibu bapanya!
Wah! Cantiknya baju itu. Wah, Cantiknya baju itu!

SEBAB KESALAHAN:
Tanda seru mesti ditulis pada akhir ayat seruan kerana tanda seru digunakan dalam ayat
seruan adalah untuk melahirkan perasaan seperti takut, gembira, kagum dan sebagainya.
3. KESALAHAN DIKSI
Pemilihan dan penggunaan perkataan yang tepat dan
berkesan untuk mengungkapkan idea, peristiwa dan lain-lain.

Membuat pilihan perkataan yang


tidak tepat atau tidak sesuai.

Menggunakan penanda jamak


dengan cara yang salah.
KESALAHAN
DIKSI Penggunaan kata sendi nama
yang salah.

Penggunaan perkataan yang


hampir sama bunyi tetapi
berlainan makna
1. Pilihan Perkataan Yang Tidak Tepat Atau Tidak Sesuai.

• Dalam BM, terdapat perkataan yang mendukung konsep-


konsep tertentu. Jika perkataan yang salah digunakan, maka
makna yang ingin disampaikan tidak jelas.
• Contoh , perkataan melihat = (memandang, merenung, dan
mengintai). Kesemuanya, walaupun sama, namun membawa
perbezaan-perbezaan tertentu dan kesesuaiannya bergantung
pada cara digunakan dalam ayat, seperti yang berikut;

a. Mereka pergi ke pantai untuk melihat kapal yang terdampar di


sana.
b. Para pengikutnya memandang berat terhadap peristiwa itu.
c. Ibu tua itu merenung muka anaknya.
d. Dia mengintai tetamu ayahnya dari celah-celah dinding
rumahnya.
• Ayat akan menjadi salah atau tidak gramatis
jika ditulis seperti;

a. Mereka pergi ke pantai untuk merenung


kapal yang terdampar di sana.
b. Para pengikutnya melihat berat terhadap
peristiwa itu.
c. Ibu tua itu mengintai muka anaknya.
d. Dia merenung tetamu ayahnya dari celah-
celah dinding rumahnya.
- Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, dan beliau hendaklah digunakan
dengan hati-hati. Walaupun maknanya sama, ia, dia, dan beliau hanya
digunakan untuk makhluk yang bernyawa. Contoh;

Salah Sebab kesalahan Betul


Saya ada sebatang pensel. Ia merupakan kata ganti Saya ada sebatang pensel.
Ia berwarna biru. nama diri orang ketiga dan Warnanya biru.
hanya boleh digunakan
Larutan hidrogen peroksid kepada makhluk bernyawa. Larutan hidrogen peroksid
dimasukkan ke dalam Dalam ayat yang diberikan, dimasukkan ke dalam balang
balang itu. Ia dipanaskan pensel dan larutan hidrogen itu dan dipanaskan hingga 80˚F.
hingga 80˚F. bukan makhluk yang ATAU
bernyawa. Larutan hidrogen peroksid
dimasukkan ke dalam balang.
Larutan itu dipanaskan hingga
80˚F.
Orang ramai berjaya Ia dan nya merupakan kata Orang ramai berjaya
memberkas peragut itu. ganti nama diri ketiga. Kedua- memberkas peragut itu. Ia
Ianya akan diserahkan duanya tidak boleh hadir akan diserahkan kepada
kepada pihak polis. serentak dan digandingkan pihak polis.
sebagai satu perkataan.
2. Penggunaan Penanda Jamak dengan Cara Yang Salah.
Bahasa Melayu mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan jumlah yang banyak.
Antara caranya adalah dengan;
i. Menggandakan perkataan yang berkenaan
ii. Menggunakan perkataan yang sedia mendukung maksud banyak seperti
segala, semua, para, dan beberapa.
- Kesalahan yang berkait dengan penanda jamak ialah;

i. Menggandakan Kata Nama yang Didahului oleh Perkataan yang Menandakan Banyak

Salah Sebab Kesalahan Betul


dua buah buku-buku Menggandakan dua buah buku
perkataan yang
semua pelajar-pelajar mengikuti kata semua pelajar
para guru-guru bilangan yang telah para guru
menandakan banyak.
ii. Menggandakan Kata Nama yang Sudah Mendukung Makna Banyak

Salah Sebab Kesalahan Betul


Mereka-mereka Menggandakan perkataan mereka
yang sudah mendukung
Umat-umat maksud banyak. umat
Perkataan ini tidak perlu
Rakyat-rakyat digandakan. rakyat

iii. Menggandakan Kata Nama dan Kata Adjektif dalam Ayat yang Sama

Salah Sebab Kesalahan Betul


Anak-anaknya bijak- Menggandakan kata nama Anak-anaknya bijak.
bijak. dan kata adjektif dalam Atau
ayat yang sama. Anaknya bijak-bijak.
Sepatutnya, satu unsur
Bangunan-bangunan di sahaja yang perlu diulang,
Bangunan-bangunan di bandar
bandar itu tinggi-tinggi. itu tinggi.
iaitu kata nama atau kata Atau
adjektif. Bangunan di bandar itu tinggi-
tinggi.
iv. Menggandakan Kata Majmuk yang Dieja Terpisah

Salah Sebab Kesalahan Betul


Guru besar-guru besar Menggandakan Guru-guru besar
keseluruhan kata majmuk
Atur cara-atur cara yang sepatutnya Atur-atur cara
perkataan pertama sahaja
Meja tulis-meja tulis digandakan. Meja-meja tulis

Perhatian: Kata majmuk yang Dieja bercantum tetap digandakan keseluruhannya

Salah Sebab Kesalahan Betul


Setia-setiausaha Tidak menggandakan keseluruhan Setiausaha-setiausaha
kata majmuk yang telah mantap dan
Jawatan-jawatankuasa utuh. Perkataan tersebut merupakan Jawatankuasa-jawatankuasa
kata majmuk yang telah mantap dan
Warga-warganegara perlu dieja bercantum sebagai satu Warganegara-warganegara
perkataan.
3. Penggunaan Kata Sendi Nama yang Salah.

- Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama.
- Jumlahnya agak besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai
tugas berlainan, dan kehadirannya dalam ayat sering
disalahgunakan.

i. Kata Sendi Nama “di”


- Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
- Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan
waktu, masa, atau zaman. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


di pagi hari Menggunakan kata sendi nama ‘di’ di pada pagi hari
hadapan kata nama atau frasa nama yang
di kurun ke-15 merujuk kepada waktu, masa, dan zaman. pada kurun ke-15
di zaman itu Kata nama atau frasa nama yang pada zaman itu
menerangkan waktu, masa atau zaman
mesti didahului oleh kata sendi nama ‘pada’.
ii. Kata Sendi Nama “ke”
- Kegunaan KSN ‘ke’ adalah di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat atau arah, dan waktu atau masa.
- Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia
atau binatang. Contohnya;
Salah Sebab kesalahan Betul
ke pihak polis Menggunakan kata sendi nama ‘ke’ di kepada pihak polis
hadapan kata nama yang menerangkan
ke Ali manusia atau haiwan. Kata sendi nama yang kepada Ali
ke kucing sesuai digunakan ialah ‘kepada’. kepada kucing

iii. Kata Sendi Nama “kepada”


- KSN ‘kepada’ hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran
yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad(tidak nampak/tak dapat dirasa/abstrak),
dan perubahan keadaan.
- Salah jika digunakan KSN ‘ke’. Contohnya;
Salah Sebab kesalahan Betul
ke kerani itu Menggunakan kata sendi nama ‘ke’ di hadapan kata kepada kerani itu
nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran yang
ke orang tuanya merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan kepada orang tuanya
perubahan keadaan. Kata sendi nama yang sesuai
ke bahaya dadah digunakan ialah ‘kepada’. kepada bahaya dadah
iv. Kata Sendi Nama “dari”
- Kegunaan KSN ‘dari’ adalah di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan arah, tempat, dan waktu atau masa.
- Ciri ini membezakannya daripada KSN ‘daripada’ yang hanya digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia ,
haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.
Contohnya;
Salah Sebab kesalahan Betul
bertiup daripada Menggunakan kata sendi nama bertiup dari selatan
selatan ‘daripada’ di hadapan kata nama
daripada kiri ke kanan atau frasa nama yang menyatakan dari kiri ke kanan
arah, tempat, dan waktu. Kata
daripada sudut sendi nama yang sesuai dari sudut ekonomi
ekonomi digunakan ialah ‘dari’.
datang daripada mana? datang dari mana?
daripada pukul 10:00 dari pukul 10:00 pagi
pagi
daripada kurun ke-18 dari kurun ke-18
Perhatian:
Perlu ada perseimbangan antara ungkapan dari – ke, dan daripada – kepada.
Contohnya;
Salah Sebab kesalahan Betul
dari semasa kepada semasa Tidak ada perseimbangan dari semasa ke semasa
antara ungkapan ‘dari – ke’
daripada hati ke hati dan ‘daripada – kepada’. dari hati ke hati

4. Penggunaan Perkataan yang Hampir Sama Bunyi tetapi Berlainan Makna


Kesalahan dalam kes ini ialah calon membuat pilihan perkataan yang tidak
sesuai. Contohnya;
Cocok dengan cucuk
Tempoh dengan Tempuh
Seloroh dengan Seluruh
Pedalaman dengan Pendalaman
Colek dengan Culik
Kelok dengan keluk
Latihan 3
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9]

Telefon bimbit kini semakin meluas digunakan, terutamanya oleh kalangan


remaja. Hal ini menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar. Kebanyakan syarikat yang
terlibat adalah syarikat multinasional, seperti Motorola, Nokia, dan Samsung.
Peluasan penggunaannya bukan sahaja membolehkan pengaliran wang ke luar negara
malah membazirkan wang ribuan ringgit dalam kalangan penggunanya. Dalam jangka
masa yang panjang, keadaan ini merugikan negara.

Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan


…yang terlibat adalah syarikat Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ …yang terlibat ialah syarikat
multinasional.. yang salah. Perkataan yang mengikuti multinasional..
pemeri ‘adalah’ sepatutnya bukan kata
nama (syarikat).
…membolehkan pengaliran Salah diksi (perkataan) …menyebabkan pengaliran
wang… ‘membolehkan’ yang sebenarnya wang…
bermaksud
‘membenarkan’ /’mengizinkan’
Dalam jangka masa yang Lewah. Frasa ‘masa yang’ tidak Dalam jangka panjang…
panjang… mendukung sebarang fungsi.
4. KESALAHAN MORFOLOGI
- Bidang morfologi meliputi aspek bentuk kata, proses pembentukan kata,
dan golongan kata.
- Aspek morfologi yang kerap digunakan dengan tidak betul ialah aspek
imbuhan dan proses pengimbuhan.

KESALAHAN MORFOLOGI
1 Tidak Menggunakan 4 Tidak Sedar akan Bentuk Awalan
Imbuhan
2 Menggunakan Imbuhan 5 Perbezaan Antara Apitan peN-
yang Salah dengan Apitan per-…-an
3 Awalan menge- 6 Penggunaan Kata Hubung Gabungan
yang Salah atau Kurang Tepat
i. Tidak Menggunakan Imbuhan
- Sebahagian besar ayat dalam bahasa Melayu terbentuk dengan frasa kerja. Dalam frasa
kerja, kata kerja ialah kata utama.
- Banyak ayat yang salah terbina kerana kata kerjanya tidak diberikan imbuhan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Mereka jalan ke sekolah. Tidak menggunakan imbuhan Mereka berjalan ke sekolah.
yang sesuai pada kata kerja
Dia hendak beli buku. untuk membentuk frasa kerja. Dia hendak membeli buku.
Ali senyum kepada saya. Ali tersenyum kepada saya.

ii. Menggunakan Imbuhan yang Salah


- Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis imbuhan, masing-masing dengan
peraturan tertentu tentang penggunaannya.
- Bentuk kesalahan yang kerap berlaku ialah penggunaan imbuhan yang salah. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Pekerja-pekerja baharu Menggunakan imbuhan meN-…-I Pekerja-pekerja baharu sedang
sedang menjalankan kursus. dan meN-..-kan untuk membentuk menjalani kursus.
Projek itu bertujuan kata kerja transitif, iaitu kata kerja Projek itu bertujuan membasmi
membasmikan kemiskinan. yang diikuti oleh objek selepasnya. kemiskinan.
iii. Awalan menge-

- Awalan menge- ialah variasi awalan meng-, iaitu digunakan


dengan perkataan-perkataan ekasuku atau satu suku kata.
- Kesalahan berlaku kerana tidak menggunakan awalan menge- bagi
perkataan ekasuku. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


mengsahkan Menggunakan awalan meng- pada mengesahkan
mengbom perkataan yang mempunyai satu mengebom
suku kata. Awalan meng- akan
menghadkan mengehadkan
menjadi menge- apabila
digabungkan dengan kata dasar
yang mempunyai satu suku kata.
iv. Tidak Sedar akan Bentuk Awalan

- Terdapat calon atau pengguna bahasa Melayu yang tidak sedar


bahawa bentuk-bentuk seperti juru-, maha-, pro-, pra-, dan
sebagainya adalah awalan, lalu menulisnya secara terpisah
daripada kata dasar.
- Hal ini merupakan satu kesalahan. Contohnya;
Salah Sebab kesalahan Betul
pro komunis Memisahkan awalan bahasa Prokomunis
prasejarah pinjaman dengan kata dasar. Prasejarah
Awalan ini mesti ditulis bergabung
tatasusila Tatasusila
dengan kata dasar kerana perkataan
ekabahasa ini telah utuh dalam bahasa Melayu Ekabahasa
juru hebah dan setiap awalan mesti ditulis juruhebah
rapat dengan kata dasar.
v. Perbezaan Antara Apitan peN-…-an dengan Apitan peR-…-an
- Terdapat perbezaan yang nyata antara perkataan yang menerima apitan-apitan
peN-…-an dan peR-…-an.
- Kesalahan berlaku apabila calon menggunakan apitan tersebut tidak tepat.
Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Perlantikan Kesalahan menggunakan apitan peN-…-an dan peR-…- Pelantikan
an. Apitan peN-…-an mempunyai hubungan dengan
Perlaksanaan Pelaksanaan
kata kerja berawalan meN-.., manakala apitan peR-…-
Penjuangan an berkaitan dengan kata kerja yang berawalan beR-… Perjuangan
pesiaran (Pelantikan) oleh sebab kata kerjanya melantik, iaitu Persiaran
menggunakan awalan meN-…, maka kata dasar lantik
harus menerima apitan peN-..-an, bukan peR-…-an.
(Perjuangan) Kata dasar juang pula harus diimbuhkan
dengan apitan peR-…-an kerana kata kerjanya ialah
berjuang, iaitu menggunakan awalan beR-…
vi. Penggunaan Kata Hubung Gabungan yang Salah / kurang Tepat
- Kata hubung gabungan seperti dan, tetapi, sambil, lalu dan sebagainya
menghubungkan ayat-ayat dalam ayat majmuk gabungan.
- Tiap-tiap kata hubung ini membawa maksud tersendiri dan mesti digunakan dengan betul.
- Kesalahan berlaku apabila kata hubung yang salah atau kurang tepat digunakan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Dia kurang berminat Kata hubung ‘lalu’ tidak Dia kurang berminat
dalam bidang perniagaan sesuai digunakan kerana dalam bidang perniagaan
lalu lebih suka ‘lalu’ membawa dua dan lebih suka
melibatkan diri dengan perbuatan yang melibatkan diri dengan
kegiatan-kegiatan sukan. dilakukan secara kegiatan-kegiatan sukan.
berurutan.

Lelaki tua itu bangkit dari Kata hubung ‘sambil’ Lelaki tua itu bangkit dari
katil sambil berjalan ke tidak sesuai digunakan katil lalu berjalan ke
jendela. kerana ‘sambil’ jendela.
bermaksud melakukan
sesuatu yang lain pada
masa yang sama.
LATIHAN 4
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9]

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Aman Setia
mencadangkan agar ditubuhkan sebuah tabung khas. Penubuhan tabung itu bertujuan
untuk mengumpul dana daripada pihak-pihak yang berkemampuan. Wang yang
terkumpul itu nanti diharapkan dapat memanfaatkan pelajar sekolah itu sendiri.
Beliau berpendapat banyak pihak akan tampil untuk berderma kepada tabung
tersebut. Hasrat beliau itu timbul setelah beliau menyaksikan kepayahan yang dialami
oleh pelajar yang menjadi mangsa ribut taufan yang melanda di kawasan kediaman
mereka pada minggu lalu.
Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan
…dapat memanfaatkan Kesalahan penggunaan imbuhan meN-..-kan yang …dapat memberikan
pelajar … membawa maksud menggunakan sesuatu yang manfaat kepada
dimaksudkan oleh kata dasar. Ayat itu sebenarnya pelajar…
bermaksud bahawa sesuatu itu (tabung) bermanfaat
kepada pelajar.

Beliau berpendapat Kesalahan tidak menggunakan kata hubung komplemen Beliau berpendapat
banyak pihak … dalam ayat komplemen. Kata hubung komplemen frasa bahawa banyak pihak..
kerja tidak boleh digugurkan dalam ayat tersebut.

…melanda di kawasan Kesalahan kata kerja aktif transitif yang tidak diikuti oleh .. melanda di kawasan
kediaman mereka… objek yang terdiri daripada kata nama. kediaman mereka..
5. KESALAHAN SINTAKSIS
- Bidang sintaksis meliputi aspek frasa, klausa dan ayat. Banyak kesalahan berlaku
berhubung dengan penggunaan frasa, klausa, dan ayat dalam bahasa Melayu.

KESALAHAN
SINTAKSIS

KESALAHAN
KESALAHAN FRASA KLAUSA DAN AYAT

Melanggar hukum D-M Frasa sendi nama


gabungan dengan “se” Ayat Tergantung Ayat Nafi dengan kata
nafi yang salah
Frasa kerja Tak Transitif Frasa sendi nama
gabungan dengan “ke” Klausa Kecil Tanpa Klausa Induk Binaan Ayat Pasif yang
Salah
Objek selepas kata kerja Bentuk perbandingan
transitif dalam frasa adjektif Ayat Majmuk Relatif yang Ayat dengan Kata
digugurkan kata hubung relatif Pemeri
Kata sendi nama selepas “yang”
kata adjektif Partikel “kah”
1. KESALAHAN FRASA
- Ada empat jenis frasa, iaitu, frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
- Tiap-tiap frasa mempunyai binaan tersendiri.
- Kesalahan berlaku apabila syarat-syarat binaan frasa tidak dipatuhi. Antaranya;

I. MELANGGAR HUKUM D-M


- Binaan frasa nama, pada amnya tertakluk pada hukum D-M, iaitu bahagian yang
diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerangkan (M).
- Salah… apabila susunan ini tidak dipatuhi, iaitu mendahulukan M sebelum D (M-D).
Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Sabariah Klinik Gigi Binaan frasa tidak mematuhi Klinik Gigi Sabariah
hukum D-M. Unsur yang
Murni Hotel diterangkan mesti hadir pada Hotel Murni
Goreng pisang kedudukan pertama dan unsur Pisang goreng
yang menerangkan hadir
Cili sos selepas itu. Sos cili
Polis inspektor Inspektor polis
II. FRASA KERJA TAK TRANSITIF
- Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang selalunya berbentuk
frasa nama.
- Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Pergi sekolah Kata sendi nama tidak Pergi ke sekolah
digunakan dalam frasa
Balik kampung kerja tak transitif. Kata Balik ke kampung
Berbincang hal itu sendi nama merupakan Berbincang tentang hal
penyambung antara kata itu
kerja tak transitif dengan
Bercakap perkara itu frasa nama Bercakap mengenai
perkara itu
III. OBJEK SELEPAS KATA KERJA TRANSITIF
- Dalam frasa kerja transitif, objek hendaklah hadir selepas kata kerja transitif.
- Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama atau unsur-unsur lain diselitkan di
antaranya. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Memasuki ke rumah Meletakkan kata sendi Memasuki rumah itu
itu nama selepas kata kerja
transitif. Dalam frasa kata
Menghantarkan ke kerja transitif, objek Menghantarkan barang ke
tempatnya hendaklah hadir selepas tempatnya
kata kerja transitif.
Menceritakan tentang Menceritakan hal itu
hal itu
IV. KATA SENDI NAMA SELEPAS KATA ADJEKTIF
- Kata adjektif yang memberikan pengertian konsep perasaan, seperti kasih, benci,
rindu, segan dan lain-lain hendaklah diikuti oleh kata sendi nama.
- Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Rindukan emaknya Rindu akan emaknya
Benci kelakuan Tidak meletakkan kata Benci dengan kelakuan
buruknya sendi nama selepas kata buruknya
Segan bertanya adjektif yang berkonsep Segan untuk bertanya
perasaan.
Ragu-ragu Ragu-ragu terhadap
kejujurannya kejujurannya
Gemarkan durian Gemar akan durian
V. FRASA SENDI NAMA GABUNGAN DENGAN “SE”
- Frasa sendi nama boleh digabungkan dengan kata sendi nama dari dan ke, misalnya
dari masa ke masa.
- Apabila se- digunakan, seperti dari semasa ke semasa, bentuk se- tidak boleh
digugurkan secara berasingan, melainkan kedua-duanya sekali. Contoh;

Salah Sebab kesalahan Betul


dari semasa ke masa Tidak dari semasa ke
atau menggugurkan semasa (tanpa
dari masa ke semasa serentak ‘se-’ pengguguran se-)
apabila atau
menggunakan kata dari masa ke masa
sendi nama ‘dari’
dari tahun ke dan ‘ke’ dari tahun ke tahun
setahun atau
atau dari setahun ke
dari setahun ke setahun
tahun
VI. FRASA SENDI NAMA GABUNGAN DENGAN “KE”
- Dalam ayat majmuk gabungan, frasa sendi nama boleh digabungkan dengan kata
hubung dan dan atau.
- Apabila ini berlaku, kata sendi nama pada unsur kedua boleh digugurkan. Contoh;
a. i. Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota.
ii. Serangan itu datang dari dalam dan luar kota.
b. i. Kamu tinggal dengan Ali atau dengan Ahmad?
ii. Kamu tinggal dengan Ali atau Ahmad?
- Walau bagaimanapun, jika kata sendi nama dalam unsur kedua itu ke, maka kata
sendi nama ke tidak boleh digugurkan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Tini bukan ke Perlis, tetapi Pengguguran kata sendi Tini bukan ke Perlis, tetapi
Kedah. nama ke dan dari dalam ke Kedah.
unsur kedua ayat gabungan,
Dia melihat ke atas dan iaitu yang menunjukkan Dia melihat ke atas dan ke
bawah. tempat-tempat atau arah bawah.
yang dituju.
Mereka berjalan kaki dari Mereka berjalan kaki dari
rumah pekan. rumah ke pekan.
VII. BENTUK PERBANDINGAN DALAM FRASA ADJEKTIF
- Dalam frasa adjektif, bentuk perbandingan dinyatakan dalam tiga darjah, iaitu;
i. Darjah biasa, ii. Darjah bandingan, dan iii. Darjah penghabisan.
- Yang kerap disalahgunakan ialah bentuk-bentuk darjah penghabisan, iaitu tentang
penggunaan bentuk-bentuk ter-, sekali, dan paling. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


terbesar sekali Menggunakan terbesar atau besar sekali
bentuk perbandingan
terpandai sekali ‘ter’, ‘paling’, dan terpandai atau pandai sekali
paling tinggi sekali ‘sekali’ serentak paling tinggi atau tinggi sekali
dalam frasa adjektif.
paling murah sekali paling murah atau murah sekali
2. KESALAHAN KLAUSA DAN AYAT
- Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek dan predikat.
- Ada ayat tunggal dan ayat majmuk; ada ayat aktif dan ayat pasif.
- Kesalahan berlaku apabila binaan pelbagai jenis dan bentuk ayat ini tidak sempurna.
Antaranya;

i. AYAT TERGANTUNG
- Ayat yang tidak mempunyai subjek dan predikat. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Mengikut jurucakap Ayat ini tidak Mengikut jurucakap Kementerian,
Kementerian mengatakan mempunyai subjek prestasi tahun ini amat baik. ATAU
prestasi tahun ini amat baik. dan predikat yang Jurucakap Kementerian mengatakan
lengkap serta bahawa prestasi tahun ini amat baik.
susunannya tidak
Dalam kajian itu, melaporkan teratur. Dalam kajian itu, dilaporkan bahawa
bahawa matlamat kajian telah matlamat kajian telah tercapai. ATAU
tercapai. Kajian itu melaporkan bahawa matlamat
kajian telah tercapai.

Yang menimbulkan kerumitan Yang menimbulkan kerumitan kepada


kepada peserta. peserta ialah aspek menganalisis
masalah itu.
ii. KLAUSA KECIL TANPA KLAUSA INDUK
- Dalam ayat majmuk pancangan, klausa kecil hanya dapat hadir sekiranya wujud
ayat induk.
- Oleh itu, klausa kecil yang hadir bersendirian dianggap tidak gramatis.
Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Walaupun hari telah Ayat ini tidak lengkap Walaupun hari telah gelap,
gelap. dan tidak difahami mereka tetap meneruskan
kerana terdiri daripada pertandingan itu.
klausa kecil sahaja.
Sewaktu peristiwa itu Klausa kecil ini Sewaktu peristiwa itu berlaku,
berlaku. memerlukan klausa dia masih kecil lagi.
lain atau klausa bebas
Bahawa laporan itu untuk menjadi ayat Polis mengesahkan bahawa
benar. yang lengkap. laporan itu benar.
iii. AYAT MAJMUK RELATIF YANG DIGUGURKAN KATA HUBUNG RELATIF “YANG”
- Dalam ayat majmuk pancangan relatif, ayat kecil yang dihubungkan kepada ayat
induk dengan kata hubung relatif yang.
- Kata hubung ini tidak seperti bahawa dalam ayat majmuk pancangan
komplemen, tidak boleh digugurkan, dan jika digugurkan, dianggap satu
kesalahan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Saya membeli buku Kata hubung relatif Saya membeli buku
dijual di kedai Pak Ali. ‘yang’ dalam ayat ini yang dijual di kedai Pak
tidak boleh digugurkan Ali.
kerana kata relatif
Pelajar baru datang itu ‘yang’ ini digunakan Pelajar yang baru
dari Melaka. untuk menggabungkan datang itu dari Melaka.
dan memancangkan
dua ayat untuk
membentuk ayat
majmuk relatif.
iv. PARTIKEL “KAH”
- Partikel –kah digunakan untuk membentuk ayat tanya. Lazimnya, partikel –kah
yang digabungkan dengan predikat ayat, mengalami proses pendepanan, iaitu
dibawa ke bahagian hadapan ayat, sama ada dengan seluruh predikat atau
bahagian-bahagian tertentu.
- Dalam bahasa baku, salah jika partikel –kah dan bahagian-bahagian predikat
tidak dikedepankan. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Dia ke sekolahkah? Tidak mengedepankan Ke sekolahkah dia?
predikat dalam
Mereka berlepas pagi pembentukan ayat Pagi tadikah mereka
tadikah? tanya yang berlepas? Atau
menggunakan partikel Berlepas pagi tadikah
tanya. mereka?

Minggu lalu kamu ke Minggu lalu ke


Melakakah? Melakakah kamu? Atau
Ke Melakakah kamu
minggu lalu?
v. AYAT NAFI DENGAN KATA NAFI YANG SALAH
- Kata nafi dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata tidak dan bukan.
- Kata nafi tidak menafikan predikat yang terdiri daripada frasa kerja dan frasa
adjektif, manakala kata nafi bukan menafikan predikat frasa nama dan frasa
sendi nama. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Betul


Rumah itu bukan besar. Salah penggunaan kata nafi. Kata Rumah itu tidak besar.
nafi ‘bukan’ adalah untuk
menafikan frasa nama dan frasa
sendi nama, sedangkan ‘besar’
ialah kata adjektif.

Mereka bukan memberi Salah penggunaan kata nafi. Kata Mereka tidak
ceramah. nafi untuk frasa kerja ialah ‘tidak’. memberi ceramah.
Mereka tidak orang Salah penggunaan kata nafi. Kata Mereka bukan orang
miskin. nafi untuk frasa nama ialah ‘bukan’. miskin.
Makanan itu tidak untuk Salah penggunaan kata nafi. Kata Makanan itu bukan
pesakit itu. nafi untuk frasa sendi nama ialah untuk pesakit itu.
‘bukan’.
vi. BINAAN AYAT PASIF YANG SALAH
- Dalam bahasa Melayu, ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan
kedua berbeza daripada ayat pasif kata ganti nama orang ketiga. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Pembetulan


Surat itu akan dikirim Dalam ayat pasif orang Surat itu akan saya
oleh saya. pertama, kata ganti nama perlu kirim.
hadir sebelum kata kerja pasif.
Tugas itu patut Dalam ayat pasif orang kedua, Tugas itu patut
diselesaikan oleh kata ganti nama perlu hadir di anda selesaikan
anda sekarang juga. hadapan kata kerja pasif. sekarang juga.
Jawatan yang mereka Bagi ayat pasif orang ketiga, Jawatan yang
pegang itu amat kata ganti nama perlu hadir dipegang oleh
penting. selepas kata kerja pasif. mereka itu amat
penting.
vii. AYAT DENGAN KATA PEMERI
- Kata pemeri (ialah dan adalah) digunakan untuk memberikan penegasan.
- Penggunaannya yang berlebihan tidak digalakkan dan jika perlu digunakan, prinsip
penggunaannya adalah seperti yang berikut;
- Ialah bagi ayat yang berpola FN + FN, dan adalah bagi ayat yang berpola FN + FA
dan FN + FS. Ayat yang berpola FN + FK tidak memerlukan kata pemeri. Contohnya;

Salah Sebab kesalahan Pembetulan


Projek tersebut ialah Menggunakan kata pemeri yang salah. Pola Projek tersebut sangat
sangat berjaya. ayat ini ialah FN + FA. Oleh itu, kata pemeri berjaya. ATAU
yang betul ialah adalah, atau tidak perlu Projek tersebut adalah
menggunakan kata pemeri. sangat berjaya.

Pelajar-pelajar tersebut Menggunakan kata pemeri yang salah. Pola Pelajar-pelajar tersebut
ialah dari pantai timur. ayat ini ialah FN + FS. Oleh itu, kata pemeri dari pantai timur. ATAU
yang betul ialah adalah, atau jangan gunakan Pelajar-pelajar tersebut
kata pemeri. adalah dari pantai timur.

Ayah Ali adalah seorang Menggunakan kata pemeri yang salah. Pola Ayah Ali ialah seorang
guru. ayat ini ialah FN + FN. Oleh itu, kata pemeri guru. ATAU
yang betul ialah ialah, atau jangan gunakan Ayah Ali guru.
kata pemeri.

Perkara itu adalah Menggunakan kata pemeri yang salah. Pola Perkara itu disentuh
disentuh kerana kesannya ayat ini ialah FN + FK. Oleh itu, kata pemeri kerana kesannya yang
yang menyeluruh. tidak perlu digunakan. menyeluruh.
Latihan 5
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9]
walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai aktiviti kokurikulum
sering pihak sekolah tekankan, namun terdapat sebahagian besar pelajar tidak
berminat untuk menyertainya. Pelajar kurang meminati aktiviti kokurikulum kerana
mereka beranggapan aktiviti tersebut membuang masa. Mereka lebih berminat
dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti melepak di pusat beli-belah. Mereka
tidak sedar bahawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh
selain memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Dengan lain perkataan, aktiviti
kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri.

Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan


…pihak sekolah tekankan.. Kesalahan frasa kerja pasif dalam …ditekankan oleh pihak
ayat pasif ganti nama diri ketiga. sekolah..
…beranggapan aktiviti Kesalahan tiada kata hubung …beranggapan bahawa
tersebut… komplemen dalam ayat komplemen aktiviti tersebut…
yang menggunakan kata kerja tak
transitif.

Dengan lain perkataan… Kesalahan hukum D-M keran unsur Dengan perkataan lain…
yang diterangkan, iaitu “perkataan”
sepatutnya berada di hadapan kata
yang menerangkan, iaitu “lain”.
6. KESALAHAN PENANDA WACANA
i. Dalam penulisan, penanda wacana digunakan untuk mewujudkan
kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain.
ii. Penggunaan penanda wacana yang tepat dan berkesan akan memantapkan
sesuatu penulisan. Namun begitu, kita sering menemukan kesalahan
penggunaan penanda wacana dalam penulisan bahasa Melayu.
iii. Secara umumnya kesalahan penggunaan penanda wacana adalah seperti
yang berikut;

KESALAHAN PENANDA WACANA

PENANDA WACANA PENGGUNAAN JUSTERU DAN OLEH SEBAB DAN


YANG BERBENTUK MANAKALA JUSTERU ITU OLEH KERANA
LEWAH

RUJUKAN KATA GANTI


KESALAHAN PENGGUNAAN
NAMA YANG SALAH/TIDAK
PENANDA WACANA LAIN
TEPAT
i. Penanda wacana yang berbentuk lewah
- Bentuk penanda wacana yang digunakan secara lewah oleh pengguna bahasa Melayu.

Salah Betul
Selain daripada itu… Selain itu…
Ekoran daripada itu… Ekoran itu…
Sejak kebelakangan ini… Kebelakangan ini…
Sejak belakangan ini… Belakangan ini…
Sejak akhir-akhir ini… Akhir-akhir ini…
Pada masa kini… Pada masa ini/ Kini…
Akibat daripada itu… Akibat itu…
ii. Penggunaan kata hubung manakala
- Perkataan manakala boleh juga berfungsi sebagai penanda wacana walaupun pada
asasnya manakala tergolong sebagai kata hubung keterangan dan juga kata hubung
gabungan.
- Sebagai kata hubung gabungan, manakala tidak seharusnya hadir di hadapan ayat.

Salah Betul
Fasa pertama projek telah dilaksanakan Fasa pertama projek telah dilaksanakan
dengan jayanya. Manakala fasa kedua dengan jayanya, manakala fasa kedua
terpaksa ditunda. terpaksa ditunda.
Tindakan yang diambil oleh pasukan A Tindakan yang diambil oleh pasukan A
amat teratur. Manakala pasukan B amat teratur, manakala pasukan B
kurang cermat dalam pengurusan kurang cermat dalam pengurusan
strategi mereka. strategi mereka.
iii. Justeru dan justeru itu
- Justeru ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia. Dalam
Kamus Dewan, satu makna justeru ialah malahan atau bahkan, seperti yang
digunakan dalam ayat ini. Sekali-kali tidak pernah saya mencaci ia, justeru
saya selalu memujinya.
- Tidak wujud justeru itu yang bermakna ‘oleh itu’ atau ‘oleh sebab itu’.

Salah Betul
Prestasi Ali dalam ujian itu baik, justeru Prestasi Ali dalam ujian itu baik. Oleh
itu dia ingin belajar di universiti. itu dia ingin belajar di universiti.
Justeru bercita-cita tinggi, Maria selalu Oleh sebab bercita-cita tinggi, Maria
belajar bersungguh-sungguh. selalu belajar bersungguh-sungguh.
iv. Oleh sebab dan oleh kerana
- Oleh sebab ialah penanda wacana yang juga kata hubung keterangan
sebab.
- Tidak wujud frasa oleh kerana disebabkan kerana bukan kata nama dan
tidak membentuk frasa sendi nama.

Salah Betul
Oleh kerana galakan ibu bapanya, Masri Oleh sebab galakan ibu bapanya, Masri
memutuskan untuk mengikuti kursus memutuskan untuk mengikuti kursus
dalam negeri. dalam negeri.
Mereka telah menjalani latihan selama Mereka telah menjalani latihan selama
tiga tahun. Oleh kerana itu, mereka tiga tahun. Oleh sebab itu, mereka
yakin mereka akan berjaya. yakin mereka akan berjaya.
v. Rujukan Kata Ganti Nama yang Salah/ Tidak Tepat
- Satu bentuk penanda wacana ialah penggunaan kata ganti nama sebagai
rujukan pada perkataan atau frasa yang hadir sebelumnya.
- Kesalahan berlaku jika kata ganti nama yang digunakan salah atau tidak
tepat.

Salah Betul
Saya dan Imran ke sekolah pagi Sabtu Saya dan Imran ke sekolah pagi Sabtu
lalu. Kita pergi dengan bas. lalu. Kami pergi dengan bas.
Mereka segera pulang ke kampung Mereka segera pulang ke kampung
Osman yang 100 batu jauhnya. Di sini Osman yang 100 batu jauhnya. Di sana
mereka menyertai aktiviti gotong- mereka menyertai aktiviti gotong-
royong anjuran Persatuan Peladang. royong anjuran Persatuan Peladang.
vi. Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Lain

Salah Betul
Mereka dikehendaki bertugas setiap Mereka dikehendaki bertugas setiap
hari, sebaliknya hari Jumaat. hari, kecuali pada hari Jumaat.
Walaubagaimanapun , saya tetap Walau bagaimanapun , saya tetap
dengan pendirian saya. dengan pendirian saya.
Selain daripada itu, beliau juga aktif Selain itu, beliau juga aktif dalam
dalam aktiviti kemasyarakatan. aktiviti kemasyarakatan.
ALHAMDULILLAH…

PESANAN UNTUK SEMUA

JANGAN MENUNGGU MASA


TERLUANG..
TETAPI
LUANGKANLAH MASA ...

Oleh itu,
Persiapkanlah diri
Ilmu dan iman senjata di hati…
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai