Anda di halaman 1dari 25

KESILAPAN DAN KESALAHAN BAHASA

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
GGGE 6313 PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA

Nama pelajar : Irma binti Mahad


DEFINISI KESILAPAN DAN KESALAHAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kesilapan bermaksud


sesuatu yang silap, kesalahan dan kekeliruan manakala
kesalahan bermaksud perbuatan yang salah.
DEFINISI BAHASA
Sarjana linguistik Amerika, John B. Carol, mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem
berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya
atau yang digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia.
Bloch dan Trager (1942), mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang
vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (p&p) bahasa Melayu, bahasa merujuk
kepada bahasa Melayu standard yang diwartakan sebagai bahasa pengantar ilmu dan
pendidikan melalui Akta Pendidikan 1961 dan Pindaan 1996.
(sumber : Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 -2025 Kementerian Pendidikan Malaysia. Halaman
7)
KESILAPAN DAN KESALAHAN BAHASA
Berdasarkan Richards et. al. (1992), kesilapan dilakukan oleh pelajar bahasa semasa
menulis atau bertutur disebabkan kurang penumpuan, keletihan, kecuaian atau kerana
aspek-aspek kelakuan lain. Kesalahan pula ialah apa-apa jua penggunaan bentuk
bahasa yang dianggap salah oleh penutur jati atau penutur yang fasih dalam sesuatu
bahasa disebabkan pembelajaran yang salah atau belum sempurna.
Ellis (1997) mencadangkan dua cara untuk membezakan antara kesilapan dengan
kesalahan.
Cara pertama adalah dengan memeriksa prestasi pelajar secara berterusan. Jika kadang-kadang pelajar menggunakan
bentuk bahasa yang salah dan kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang betul, dia sebenarnya melakukan
kesilapan. Walau bagaimanapun, jika pelajar sering menggunakan bentuk bahasa yang salah, dia sebenarnya
melakukan kesalahana.
Cara kedua adalah dengan meminta pelajar membetulkan kesalahan bahasanya sendiri. Jika dia berjaya membetulkan
kesalahan tersebut, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Sebaliknya jika gagal, dia sebenarnya melakukan kesalahan.
Menurut Corder (1973), kesalahan kerap dilakukan oleh pelajar yang sedang
menguasai bahasa natifnya manakala kesilapan dilakukan oleh pelajar yang hendak
mempelajari bahasa kedua.
Penyimpangan yang dikatakan kesilapan tersebut terjadi kerana individu berkenaan
belum mampu menguasai seluruh sistem bahasa kedua yang dipelajarinya.
Kesilapan biasanya dilakukan oleh individu yang tidak dapat menguasai sepenuhnya
struktur tatabahasa dan dilakukan oleh individu yang cuba mempelajari sesuatu
bahasa. (Corder, S.P, 1973: 260).
Kesalahan yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu oleh penutur jati sendiri
bukanlah perkara baru dalam kajian pemerolehan bahasa. (Awang Sariyan, 1982)
Kesalahan (Error) Kesilapan (Mistake)
Berlaku secara sistematik. Berlaku secara tidak sistematik.
Berlaku disebabkan oleh ilmu yang belum Berlaku disebabkan oleh keletihan,
lengkap atau kejahilan tentang rumus- kecuaian, lupa dan bukannya kerana ilmu
rumus gramatis bahasa. yang belum lengkap.
Berlaku dalam semua keadaan; Tidak berlaku dalam semua keadaan;
contohnya, sebiji rumah, sebiji bas, sebiji contohnya, sebiji rumah,sebuah rumah,
kereta. sebuah bas.
Pelaku kesalahan tidak dapat Pelaku kesilapan dapat mengenalpasti
mengenalpasti dan tidak mampu dan membetulkan kesilapannya sendiri.
membetulkan kesalahannya sendiri.

Jadual 1.0 : Perbezaan antara Kesalahan dan Kesilapan

Sumber : Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa. Khazriyati Salehuddin. Halaman : 86.
DEFINISI KESALAHAN BAHASA
Corder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan
yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati dan
menganggap kesalahan bahasa yang dibuat ialah kegagalan memadankan bahasa
dengan situasi yang sesuai.

Zamri (2007),menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah sesuatu bentuk


penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem yang diterima penutur jati
yang terpelajar dan kesalahan ini meliputi aspek tatabahasa, ejaan, sebutan,
penggunaan kata dan istilah.
KONSEP KESALAHAN BAHASA
Raminah (1983), kesalahan bahasa bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang jauh
daripada bentuk bahasa yang baku iaitu bentuk bahasa yang digunakan dalam
hubungan formal. Bentuk ini benar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada
pengaruh dialek daerah dan bahasa pertuturan yang tidak formal.
S. Nathesan (1999) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat
sebutan, pilihan kata, ataupun susunan frasa dan ayat.
Mengikut Awang (2001), Zamri dan Mohamed Amin (2007), kesalahan bahasa berlaku
kerana terdapat penggunaan aspek tatabahasa yang tidak sempurna daripada
tatabahasa yang baku.
Menurut Sharma (1981), kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu:

1) Error atau lapse disebabkan oleh lupa dan gangguan emosi, kelalaian dalam proses
penerimaan (pembelajaran) dan kurang latihan.
2) Kekacauan atau kekeliruan kerana wujudnya faktor-faktor kelainan bentuk dalam
penggunaan sesuatu bahasa formal seperti bahasa persuratan, bahasa akademik,
bahasa kesusteraan dan juga bentuk bahasa tidak formal iaitu dialek dan bahasa
pasar).
3) Kesalahan bahasa khas bagi penggunaan bahasa kedua iaitu bahasa yang dikuasai
terkemudian daripada perolehan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda.
JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA
Azman (1989), kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar boleh dikelompokkan
kepada lapan jenis iaitu;
1) Ejaan
Jenis Kesalahan Aspek Salah Betul

Mengeja imbuhan k pada akhiran –i menaikki menaiki


k pada akhiran -an lambakkan lambakan

imbuhan asli dikawal di kawal


imbuhan pinjaman anti dadah antidadah

di hadapan kata dasar ku buat kubuat


di belakang kata dasar adik ku adikku

tidak mengenakan huruf besar pada huruf kehendaknya kehendak-Nya


awal yang merujuk kepada Allah swt rahmatmu rahmat-Mu
Jenis Kesalahan Aspek Salah Betul

Mengeja imbuhan menggunakan gabungan dh bagi kata Ramadhan Ramadan


pinjaman dari bahasa Arab wudhuk wuduk

menggunakan huruf kecil bagi kata nama norhayati Norhayati


khas peradaban arab peradaban Arab

kata pinjaman bahasa Indonesia anih anih


Kata pinjaman bahasa Eropah bonos bonos

ejaan yang sepatutnya bercantum suruhan jaya suruhanjaya


ejaan yang sepatutnya terpisah tengahari tengah hari

2) Tanda baca
Jenis Kesalahan Aspek Salah Betul

Tidak menggunakan tanda bagi kata ganda yang memerlukan tanda menari nari menari-nari
sempang (-) sempang (-) lauk pauk lauk-pauk

merangkaikan kata klitik yang merujuk ayat-ayatKu ayat-ayat-Ku


kepada Allah dengan kata dasar yang anugerahMu anugerah-Mu
mendahuluinya

untuk merangkaikan kata dengan huruf 1960an 1960-an


ke100 ke-100
Jenis Kesalahan Aspek Salah Betul

Tanda baca Menggunakan tanda noktah bagi kata U.K.M UKM


singkatan gelaran, jawatan dan organisasi D.B.P DBP
yang bersifat nama khas (Gaya Dewan Edisi Y.A.B YAB
Ketiga, 2005:96)

3) Struktur ayat
Jenis Kesalahan Aspek Salah Betul

Struktur ayat menggunakan pasangan yang salah untuk Dia bukan sahaja peramah tetapi Dia bukan sahaja peramah
membentuk kata hubung berpasangan suka membantu orang susah. tetapi juga suka membantu
dalam ayat majmuk gabungan orang susah.

tidak menggunakan kata hubung Sungguh sukar pasukan itu sampai. Sungguh sukar untuk
pancangan komplemen dalam binaan ayat Dia berkata dia orang kampung itu. pasukan itu sampai.
majmuk komplemen. Dia berkata bahawa dia
orang kampung itu.

Menggunakan struktur ayat pasif kata ganti Teh yang dia sediakan terlalu Teh yang disediakan oleh
nama diri ketiga secara tidak tepat manis. dia terlalu manis.

Menggugurkan pelengkap dalam ayat aktif Harapan tersebut tidak menjadi. Harapan tersebut tidak
tak transitif berpelengkap. menjadi kenyataan.
4) Kesalahan tatabahasa

Jenis Kesalahan Aspek Salah Betul

Kesalahan tatabahasa Kata bilangan Beribu peniaga tidak membayar Beribu-ribu peniaga tidak
cukai pendapatan. membayar cukai pendapatan.

Kata sendi Umar telah berpindah daripada Umar telah berpindah dari
sekolah ini pada bulan lalu. sekola ini pada bulan lalu.

Kata penguat Pemandangan di tepi sawah itu Pemandangan di tepi sawah


(nian hanya boleh digunakan di hadapan nian indah. itu indah nian.
kata adjektif)

Kata pemeri Gunung Kinabalu adalah gunung Gunung Kinabalu ialah


tertinggi di Malaysia. gunung tertinggi di Malaysia.

Imbuhan Ayah menghadiahkan adik Ayah menghadiahi adik


(Imbuhan ‘-i’ diikuti orang manakala sebuah basikal. sebuah basikal.
imbuhan ‘-kan’ diikuti benda)

Ayat pasif Cerpen itu dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang.

Kata majmuk Antara bangsa Antarabangsa


Keretapi Kereta api
5) Kekeliruan atau salah guna perkataan dan simpulan bahasa.

Jenis Kesalahan

Simpulan bahasa Harapkan pagar, pagar makan padi (salah) Harapkan pegar, pegar makan padi. (betul)

Melepaskan batuk di tangga. (salah) Melepaskan batok di tangga. (betul)

Merah padam (salah) Merah padma (betul)

Saling tak tumpah (salah) Salin tak tumpah (betul)

Kekeliruan atau salah guna Mencolok mata – membangkitkan marah orang yang Menjolok mata – menusuk (merodok) sesuatu
perkataan melihat, menyakitkan hati. dengan galah dan lain-lain.

Berbahaya (betul) Marabahaya – bermacam-macam bencana


Merbahaya (salah – dalam bahasa Melayu tidak ada atau bahaya.
awalan mer-)

Laman – kependekan untuk halaman tetapi kini istilah ini Halaman – perkarangan rumah.
telah digunakan dalam istilah teknologi maklumat.

Di kalangan – salah (kata sendi nama ‘di’ merujuk Dalam kalangan – betul (merujuk termasuk
kepada tempat bersama-sama, terlibat sama).
6) Bahasa ringkas, pemendekan, ayat tergantung dan bahasa yang tidak tepat.

Jenis Kesalahan

Bahasa ringkas Spt Seperti


Dr Doktor
Awk Awak
Akum Assalammualaikum

Ayat tergantung Daripada aktiviti pembakaran terbuka ini mengakibatkan Aktiviti pembakaran terbuka ini mengakibatkan
pencemaran udara. (salah) pencemaran udara. (betul)

Jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada remaja Jika dibiarkan perkara itu, akan memberi kesan
kita. (salah) buruk kepada remaja kita. (betul)

Bahasa yang tidak tepat Belot Belut


- Berpihak kepada musuh - Sejenis ikan yang panjang dan licin kulitnya.

Belok Blok
- Apabila diberi imbuhan bermaksud berputar atau - Deretan rumah yang tidak berpisah-pisah.
berganti arah
7) Pengulangan

Jenis Kesalahan

Pengulangan Sentiasa berpakaian dengan baik dan fesyen boleh Jahit sendiri, dan anda akan sentiasa
menjadi anda, jika anda menjahit diri sendiri. berpakaian bergaya dan cantik.
-Pengulangan adalah satu
contoh menggunakan Lukisan kegemaran saya ialah lukisan yang saya
perkataan, frasa, atau klausa lakukan terhadap kucing saya dalam lukisan itu di dalam
lebih daripada sekali dalam satu bilik saya.
laluan pendek - tinggal di satu
titik.

8) Ujaran-ujaran yang kaku dan tidak bermakna langsung dan kecuaian.


FAKTOR KESALAHAN BAHASA
Menurut Azman (1989), telah merumuskan punca-punca kesalahan bahasa dengan
berdasarkan kajian Plitzer dan Remirez (1993), Alias (1968), Chen (1977), Wyat
(1973), dan Bebout (1974). Antaranya ialah :

1) Gangguan bahasa pertama/ bahasa ibunda pelajar.


 Menurut Azman (1989), kesalahan bahasa berlaku berpunca daripada gangguan bahasa ibunda atau
dialek bahasa pertuturan harian, bahasa daerah, bahasa lisan dan bahasa pasar.
 Hal ini berlaku kerana ketiadaan bentuk atau struktur yang serupa dalam bahasa dialek atau bahasa
pertuturan dalam bahasa yang dipelajari. Apabila pengguna bahasa membuat analogi atau generalisasi
berdasarkan bahasa ibunda mereka, maka mereka akan melakukan kesalahan bahasa.
3) Tidak menguasai sistem bahasa Melayu
 Nik Safiah (1988) mengatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku kerana pengguna bahasa tidak
menguasai sistem sesuatu bahasa yang digunakan.
 Kegagalan mereka berpunca daripada sikap tidak mahu belajar atau tidak mengambil berat
tentang peraturan yang terdapat dalam bahasa Melayu.
 Marzalina (2004) dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu
kerana mereka mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran bahasa.

4) Kaedah Pengajaran Guru


 Terdapat guru-guru yang bukan opsyen bahasa Melayu mengajar bahasa Melayu.
 Ramai yang beranggapan bahawa bahasa Melayu mudah diajar dan sesiapa sahaja boleh
mengajar walaupun tidak mahir dalam aspek bahasa terutamanya tatabahasa.
5) Pengaruh media massa
 Media massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesalahan bahasa dalam
kalangan pelajar bahasa pertama.
 Masa kini media tidak memberi penekanan kepada aspek bahasa yang betul.
 Kadangkala media menggunakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris kerana beranggapan bahasa Inggeris lebih sesuai digunakan pada masa kini.
 Majalah hiburan dan komik turut mempengaruhi penggunaan bahasa pelajar yang mana pelajar
terpengaruh dengan bahasa harian, singkatan dan sebagainya dalam komik sehingga terbawa-
bawa dalam penulisan dan pertuturan.
 Menurut Fahmy (2017) dalam Berita Harian, penggunaan bahasa rojak secara berleluasa oleh
stesen televisyen dan penerbitan akan membebankan tugas pendidik untuk memperbetulkan
tatabahasa serta pemahaman Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
5) Pengaruh Teknologi Maklumat
 Penggunaan sistem pesanan ringkas (sms) melalui talian telefon menggalakkan lagi
penggunaan bahasa singkatan sehingga terbawa-bawa dalam penulisan.
 Aplikasi lain yang mewujudkan masalah dalam kesalahan bahasa terutamanya kepada
mereka yang lemah penguasaan bahasa Melayu ialah seperti aplikasi whatsapp,
facebook, twitter, instagram.
 Menurut Raishah Abd Hamid (dirujuk dalam Singkatan cemar bahasa? (2010),
pensyarah bahasa Inggeris dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ejaan yang
digunakan dalam bahasa teknologi digital telah mempengaruhi kosa kata ketika belajar
dan mengarang esei.
IMPLIKASI KESALAHAN BAHASA DALAM PDP
BAHASA MELAYU
Penyalahgunaan frasa atau maksud ayat dalam penulisan akibat daripada penggunaan istilah-
istilah bahasa rojak yang begitu popular digunakan dalam aplikasi media sosial dan media
massa.
 Menurut Aminudin (2013), bahasa rojak berpunca daripada segelintir masyarakat yang tidak petah bertutur dalam bahasa
kebangsaan kemudian berlakunya bahasa rojak.
 Menurut Lee (2014), nasib dan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kian terhakis oleh sikap rakyat Malaysia.
 Azean Idruwani dan Zaitul Azma Zainon (2011) menyatakan bahawa, bukan semua penulisan dalam akhbar menepati rumus
tatabahasa Melayu, malah berlaku banyak kesalahan bahasa dalam penulisan kewartawanan yang dihasilkan.

Kemerosotan tahap penulisan bahasa Melayu.


 Kajian yang dibuat oleh Abdul Hamid Mahmood (1993:v) terhadap pelajar sekolah menengah menunjukkan bahasa mereka
melakukan kesalahan penggunaan bahasa Melayu melalui kesalahan imbuhan, frasa, klausa dan ayat.
 Menurut Bhela (1999),apabila terdapat jurang perbezaan yang jauh antara dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa
kedua) maka banyaklah kesukaran yang perlu dihadapi oleh seseorang pelajar yang membuatkan pelajar sukar
untuk memahirkan diri dalam kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa kedua.
PERANAN GURU
bersikap positif
Menurut Jeyagobi Dhamodarem (2008), kajiannya adalah tentang sikap guru dalam kemahiran menulis
bahasa Melayu di 4 buah sekolah di kawasan Pensiangan-Salinatan daerah Nabawan Sabah menyatakan
bahawa guru-guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia merupakan salah satu aspek
wajib dalam mengajar bahasa selain aspek lisan dan kefahaman.

menggunakan kaedah dan teknik yang tepat agar penyampaiannya lebih berkesan dan
menarik.
Dapatan ini disokong dengan kajian Shahabudin Hashim dan Rohizani Yaakub (2003) yang berkaitan
dengan kesan teknik sumbang saran ke atas pencapaian murid bukan Melayu dalam kemahiran karangan
peringkat menengah atas.
Menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk ICT
Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan kajian beliau menyatakan bahawa BBM responden masih lagi
tidak mencukupi terutama BBM yang melibatkan ICT yang terkini. Namun begitu, pengkaji juga
berpendapat penggunaan BBM adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi
pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik
akan menurun.

Menguasai isi kandungan pengajaran


Nik Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar
bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah.
Menurut Salehudi & Mahadi (2005), dua elemen yang menghasilkan pengajaran yang berkesan
adalah cara penyampaian isi kandungan serta penguasaan isi kandungan.
RUMUSAN

Secara kesimpulannya, konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan


bahasa yang terkeluar daripada penggunaan baku.
Kesalahan ini banyak berlaku dalam kalangan penutur B1 terutamanya
dalam penulisan.
Kerjasama dan tanggungjawab pelbagai pihak terutamanya pihak
perancang bahasa iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka perlu mengambil
inisiatif berdasarkan dapatan hasil kajian berkaitan kesalahan bahasa
agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.
_______________________________________________________

SEKIAN, TERIMA KASIH


_______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai