Anda di halaman 1dari 8

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa
Melayu.

Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa


Variasi bahasa
iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami
Dialek oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun
ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti


kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi
keluarga.
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang
Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa
dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan
sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama


dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan
Dialek kawasan
Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,


Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan
Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi
bahasa Melayu.

 
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza
mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya,
Dialek sosial dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang
formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan
sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis
variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

 
Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang
berikut:

 
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada
bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa
pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan
ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan
bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal


Ayat yang gramatis
Ayat yang tidak gramatis.

Mementingkan aspek-aspek sebutanm


Tidak mementingkan aspek sebutan,
intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat
intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat,
dan tatabahasa.
dan tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah


Contoh: You ni betullah degil sangat. I
berkali-kali memberi amaran supaya
dah warning you banyak kali, tapi you
jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak
masih hendak ke tempat tu.
masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal


Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu
tidak memeningkan sebutan, intonasi,
pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:
 
a. Penggunaan gelaran yang tidak
lengkap

 
 

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan


mengapa kenapa
bagaimana macam mana
sedang tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan


hendak nak
tidak tak
sudah dah

                                                                   

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan


ambil ambik
kecil kecik
pula pulak

Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu'
(ganti diri nama kedua).

Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya
budak.

Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur.
Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur
mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata
yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan
anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu
secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus


kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam
 

Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh
bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada
manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya


bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa
cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di
Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan


masyarakat bahasa tersebut.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri
Sembilan.

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)


(kembali ke laman utama)

Bahasa baku
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk
dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat
yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.

Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari
segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah
semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa
sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu
kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi,
dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi
gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes
tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik
menjadi mengkritik.

Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi
prestij kerana:

 Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat;


 Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain
dalam bahasa itu; dan
 Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu,
biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang,
radio, televisyen, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi
perlambangan.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi
objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya
penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang
digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal
ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat.

Bahasa rasmi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan
perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah
bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu
dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah
satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang
mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat
menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini
dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam
bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa
rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang,
kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa
Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Anda mungkin juga menyukai