Anda di halaman 1dari 34

Bahan 1

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Dialek Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek kawasan

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa. Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu. Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkalikali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ragam Bahasa Formal

Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang (b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak nak Bahasa Basahan kenapa macam mana tengah Bahasa Basahan

tidak sudah

tak dah

(c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil pula ambik kecik pulak Bahasa Basahan

Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kubur Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua makam

Bahasa Kasar Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi: a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. c. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu) (kembali ke laman utama)

http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

Bahan 2

Variasi Bahasa Variasi Bahasa Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. . Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna orang yang menggunakan sesuatubahasa Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Merupakan variasibahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams

esuatau masyarakat bahasawalaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Dialek kawasan Laut. Umumnyabahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dialek Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasabahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial. Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut. Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus,bahasa kasar, ba hasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal. Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. BahasaTerkawal Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutanm Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. dan tatabahasa. Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu. Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana. Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap Ragam Bahasa Formal Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring. Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antarabahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang (b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah (c) perubahan bunyiBahasa Baku ambil kecil pula Ambik Kecik Pulak Bahasa Basahan Nak Tak Dah Bahasa Basahan Kenapa macam mana Tengah Bahasa Basahan Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak. Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kuburBahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua makam Bahasa Kasar Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan ataubahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi: a. Sebutan Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. c. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu)

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm Perbezaan bahasa baku dan dialek Bahasabaku Bahasa dialek Untuk tujuan rasmi Tidak mempunyai penutur asli Mematuhi peraturan tatabahasa Digunakan dalam konteks formal Menggunakan system panggilan formal. Bersifat fonemik Mengalami perancangan yang sistematik Menggunakan perkataan yang lengkap dan tepat. Tiada unsur kependekan. Tersusun Menekankan kejelasan dan ketepatan makna. Untuk tujuan tidak rasmi. Tidak mementingkan tatabahasa Banyak menggunakan istilah berdasarkan daerah Menggunakan bahasa biasa ynag bersifat tidak formal. Menggunakan imbuhan tertentu atau tidak sama sekali. Menggunakan sebutan yang tidak tepat atau tidak mengikut ejaan. Banyak menggunakan unsur kependekan kata System sapaan yang berbeza. Ciri-ciri bahasa formal dan tidak formal. Bahasa formal Bahasa tidak formal. Mematuhi peraturan bahasa Tidak terikat kepada peraturan yang ditetapkan. tatabahasa. Ayat-ayat diucapkan dengan Binaan ayat tidak perlu tersusun intonasi yang betul. dan tanpa intonasi yang sempurna. Menggunakan bahasa baku. Menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri. Menggunakan kata ganti nama Penggunaan gelaran diri dan bentuk sapaan atau kekeluargaan dan panggilan yang gelaran yang formal. lebih intim. Tiada unsur kependekan kata Terdapat unsur percampuran kod dan pencampuran kod. dan kependekan kata. Menggunakan kosa kata yang Pemilihan kosa kata lebih lebih halus dan sopan. dipengaruhi dialek daerah dan tidak begitu mementingkan kehalusan bahasa. Binaan dan susunan ayat yang betul. Mematuhi format tertentu seperti ucapan, ceramah dan persuratan. Ciri-ciri bahasa halus dan bahasakasar Bahasa halus Diucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri. Pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan. Menggunakan tatabahasa yang lengkap dan teratur. Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan. Menggunakan peribahasa dan kiasan. Ciriciri bahasa istana dan bahasa biasa. Bahasaistana Penggunaan kata dan ungkapan yang khusus. Penggunaan kata ganti nama diri orang. Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat. Penggunaan unsure pemulukan (menyanjung raja) dan pendinaan (merendah-rendahkan dirinya.) Bahasa kasar Penggunaan kata yang kesat dan kurang menyenangkan. Menggunakan kata sindiran. Penggunaan ganti nama diri yang kurang sopan. Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap. Penggunaan dalam emosi yang negatif. Bahasa biasa Menggunakan struktur ayat yang mudah. Tidak mengikut peraturan tatabahasa Kosa kata atau perkataan mudah difahami. Terdapat juga pemilihan kata yang kurang sopan. Unsuresingkatan atau kependekan kerap digunakan. Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian. Terdapat percampuran kod. Contoh dialek. Bahasa Dialek baku kedah Air Apa Pergi Ular Ayaq Apa Pi Ulaq Dialek perak Ayo Ape Pegi Ulo Dialek kelantan. Aye Apo Gi Ula

Dialek terengganu Aye Ape Gi Ulo Dialek negeri sembilan Aye Apo Poyi Ula Cth unsur percampuran kod. I cari you last night tapi you tak ada dirumah. Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport.

http://webcache.googleusercontent.com/search?hl=en&biw=1280&bih=920&g s_sm=s&gs_upl=1974l12637l0l15381l22l21l0l3l1l0l532l3608l2.6.8.51l17l0&spell=1&q=cache:6bNlHRTnN48J:http://www.scribd.com/doc/19111003/Vari asi-Bahasa+definisi+bahasa+kasar&ct=clnk

bahan 3

1.0 PENGENALAN Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun". (Al-Baqarah: 263) "Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' : 28) "Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu". (Al-'Imran : 159) "Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.." (An-Nahl : 125) Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang. 2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK ISU 1 Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. Ekoran dari faktor ini, sebilangan besar siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Didapati bahawa kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan, bekerjasama, cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik. (Rosli Abd. Rahman, 1997). Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim.

Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah. ISU 2 Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, aspek tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Menurut beliau, secara umumnya, 95 % proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan interaksi pelajar. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR. Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari beberapa aspek seperti : kepentingan komunikasi bilik darjah ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan halangan-halangan komunikasi bilik darjah cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru. 3.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk

melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat. 4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH 4.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). 4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid Enggan menerima langsung cadangan dari murid Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah Suka menengking dan memarahi murid Selalu memberi amaran Gagal menyediakan kemudahan kepada murid Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid Menerima perbezaan pendapat dari murid

Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah Bersimpati dengan masalah murid Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani)

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : Faktor fizikal Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan Faktor bukan fizikal

Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor masa. 6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi, terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah : Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan Pendekatan individu Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru, seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994).

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997). Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya. 8.0 KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. BIBLIOGRAFI Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu. Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.

Bahan ~Kesantunan bahasa di kalangan remaja~ Posted by: nuriman on: Disember 20, 2007

Dalam: Uncategorized

Komen!

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS (fikrahremaja@yahoo.com) WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama giler..Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah. Ingat mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke? Pak Abu menggeleng kepala mendengar perbualan sekumpulan remaja yang menunggu bersamasamanya di perhentian bas. Bahasa yang mereka gunakan begitu kasar dan tidak mencerminkan budaya orang Timur, apatah lagi orang Islam. Pak Abu sendiri berasa tidak selesa mendengar perkataan yang kurang baik, apatah lagi untuk menuturkannya. Pak Abu kadang kala menjadi bingung mendengar istilah-istilah baru, terutama dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel yang digunakan remaja yang tidak pernah didengarinya selama ini. Barangkali remaja sendiri kadangkala tidak meneliti bahasa yang mereka gunakan dalam percakapan seharian. Barangkali remaja bertutur sedemikian rupa dengan sengaja bagi menggambarkan identiti atau penampilan diri remaja. Namun remaja harus sedar bahawa keperibadian diri mereka tergambar melalui cara bagaimana mereka berkomunikasi dengan orang lain. Yang Indah Itu Bahasa Bersopan santun dalam berbicara di kalangan remaja merupakan aspek yang menarik untuk dikaji dari pelbagai perspektif. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi. Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan penuturnya. Melalui bahasa, kita dapat menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita. Dengan bahasa juga konflik boleh tercipta dan berakhir. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu yang baik mahupun sebaliknya. Islam sentiasa menganjurkan umatnya berlemah lembut dalam berbicara, baik dalam tutur bahasa dan juga nada. Pertuturan yang baik adalah cerminan hati yang bersih, tulus dan tenang. Pertuturan yang baik juga menggambarkan ketinggian akhlak yang dimiliki. Pengisyaratan Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 11 supaya tidak memperolok-olokkan orang atau kaum yang lain adalah tanda jelas bahawa Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa berlemah lembut dan berhati-hati akan perasaan orang lain.

Mengapa Berkasar Bahasa? Banyak faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Semasa pembesaran remaja, didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Ibu bapa yang tidak berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendidik anak-anak mereka menjadi begitu. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anakanak. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa sebegitu hanya menaikkan ego mereka dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang dimarahi. Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang kepada masalah ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat dalam pergaulan seharian. Hal ini amat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh, perkataan seperti sial sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Persoalannya adakah mereka mengerti akan maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya terhadap perilaku diri dan sensitiviti orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri, adalah tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara dengan orang lain. Penggunaan bahasa kasar di dalam SMS dan blog juga tidak terlepas daripada menjadi punca kepada permasalahan ini. Kadang kala, akibat menjadi mengambil mudah akan hal ini, sensitiviti orang lain tidak dijaga. Selain itu, media juga berperanan besar dalam hal ini. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

Pertuturan seharian kita juga mampu mempengaruhi minda separa sedar kita (subconscious mind) lalu mewujudkan tabiat berfikir yang boleh menjurus ke arah pemikiran positif atau negatif. Hal ini selanjutnya mampu mencorakkan sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. Maka apabila kita senantiasa bertutur dengan perkataan yang kasar atau negatif, kita sebenarnya secara tidak langsung memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya, kita bakal membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula. Mendidik Remaja Bertutur dengan Sopan Dalam hal ini, para ibu bapa berperanan untuk membimbing anak-anak mereka dalam membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur. Ketegasan ibu bapa diperlukan agar anakanak terbiasa dengan disiplin pertuturan yang terdidik walau di mana mereka berada. Anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Mereka kemudiannya akan berusaha menggunakan ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian, walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan. Maka ibu bapa perlu menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan perkataan yang kasar atau kesat sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi. Kesimpulan Sekecil-kecil amal perbuatan kita bakal dihisab di Padang Mahsyar kelak. Justeru kita seharusnya berhati-hati terhadap apa jua yang kita tuturkan. Sebagai remaja Muslim, kita perlu sentiasa menjaga percakapan kita agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan ketegangan. Lemah lembut dan bersopan dalam bertutur kata tidak akan merendahkan harga diri remaja, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan mengeratkan ukhuwah antara sesama insan. Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa http://nuriman.wordpress.com/2007/12/20/kesantunan-bahasa-di-kalangan-remaja/

Punca penggunaan bahas rojak bahan 5

1. Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman. 2. Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai penyambung lidah antara bangsa-bangsa yang berlainan. 3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya. 4. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini. 5. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. 6. Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran

Bahan 6 Salam Sejahtera buat Semua Situasi 1: Di dapur.

Dilla: Macam mana nak kopekkan durian ni?

Mek Yah: Astaghfirullahalazim bakpo mu ni suka sangat carut! Dilla: Mencarut apa benda pulak? Mek Yah: Dah mu duk sebut kopek-kopek tu bakpo? Dilla: Aku tanya kau macam mana nak kopekkan buah durian ni? bila masa pulak aku mencarut? Mek Yah: Ishh.. kat negeri aku kopek tu sensitif wel..mu sebut benda lain la. Dilla: Kenapa pulak sensitif? Mek Yah: Di negeri aku, kopek tu bermaksud buah dada perempuan!

Dilla: Oooaku tak bermaksud macam tu, aku tanya kau macam mana nak mengopak buah durian ni.

Situasi 2: Selepas majlis rewang (di bahagian belakang rumah)

Mek Soh: Patat tu mu berus biar bersih. Asyraf: (Pengantin lelaki berasal dari Johor, terkejut)..tak nak la saya. Mek Soh: Tadi mu nak sangat basuh Asyraf: Yela..tapi?? Mek Soh: Tapi gapo pulak? Linda: (Pengantin perempuan, ketawa terbahak-bahak). Abang, Mek Soh minta abang berus bahagian bawah kuali tu.. Asyraf : (Muka malu). Kenapa tak cakap bawah kuali? Linda: Orang kat sini menggunakan perkataan pantat tu untuk bahagian bawah kuali. Komen: Begitulah serba sedikit perbualan yang menggunakan perkataan-perkataan tertentu yang telah menimbulkan salah faham dan keraguan apabila kita berbeza kefahaman mengenai maksud perkataan itu. Makna sesuatu perkataan misalnya perkataan kopek dan pantat mempunyai perbezaan makna berdasarkan konteks luar bahasa, iaitu konteks sosial yang melatari sesuatu peristiwa bahasa. Oleh hal yang demikian, perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosialinguistik yang berbeza.

Sehubungan itu, perkataan kopek dan pantat ini membawa makna emotif kepada pendengar, iaitu melibatkan perasaan sensitif dan dianggap sebagai bentuk bahasa yang tidak sopan terutama apabila berhadapan dengan masyarakat dari negari Kelantan dan Johor

Bahan 7

KUALA LUMPUR: Sistem Pesanan Ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah. Malah, antara sebab kemerosotan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan SMS dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau SMS. Setiap hari kita dapat melihat iklan SMS yang memaparkan penggunaan kata singkatan, kod atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak. Mengulas mengenai perkembangan bahasa SMS, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata langkah meminimumkan bahasa ketika berhubung dengan SMS sememangnya tidak dapat ditolak kerana ruang yang disediakan terhad.

Menurutnya, singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu banyak digunakan untuk menggantikan maksud sebenar. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu. Beliau berkata, penggunaan bahasa yang minimum itu tidak salah jika hanya digunakan ketika berhubung melalui SMS, seperti juga menulis dengan trengkas. Bagaimanapun, masalah yang timbul sekarang ialah bahasa SMS terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi hingga merosakkan bahasa. Pencemaran "Jika pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dengan ragam bahasa basahan, pencemaran bahasa akan berlaku. Oleh itu, seseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bahasa basahan hingga menggunakannya ketika melakukan urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo," katanya. Antara contoh penyampaian dalam SMS ialah `x' bagi maksud tak atau tidak, `4' (untuk atau for), `cnma' (macam mana), `yg' (yang), `u' (awak), `tq' (terima kasih), `ok' (okey), `lg' (lagi), `g' (pergi) dan `p'kdmtn' (perkhidmatan). Menurut Dr Awang, walaupun perhubungan bersifat peribadi melalui SMS tidak dapat dielakkan, tidak sepatutnya bentuk gaya bahasa itu diketengahkan. "Saya yakin semua pemilik telefon bimbit menggunakan bahasa ringkas ketika berhubung melalui SMS kerana ruangnya terhad. "Penggunaan bahasa ringkas itu tidak salah, tetapi bahasa akan jadi rosak jika terbawa-bawa dalam penggunaan bahasa rasmi. Ini berlaku jika pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dan tidak rasmi," katanya.

Menurutnya, pengaruh bahasa SMS tidak meluas jika pengguna tidak menggunakan bahasa ringkas itu ketika berurusan rasmi, tulisan, memo, nota dan surat. Bagaimanapun, katanya, DBP tidak dipertanggungjawabkan dalam mengawal penggunaan bahasa ketika berhubung dalam bentuk peribadi seperti melalui SMS, seperti juga dengan penggunaan bahasa dalam perbualan harian di kalangan masyarakat. "Tanggungjawab DBP ialah memajukan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi seperti dalam bidang pendidikan, pentadbiran, media massa, bahasa di tempat awam dan undang-undang. "DBP tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP akan memberi perhatian bagi mengelakkannya merosakkan bahasa," katanya. Beliau berkata, bagi mengelakkan bahasa rasmi tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. "Dalam semua bahasa, ada bahasa tinggi dan bahasa basahan atau percakapan seharian. Masalahnya, dalam masyarakat kita, orang selalu tidak peka terhadap wujudnya sistem bahasa rasmi hingga berlaku kejadian mencampuradukkan bahasa," katanya. Menurutnya, usaha mengelakkan bahasa rasmi tercemar oleh bahasa SMS patut dipikul oleh semua pihak, misalnya DBP turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran. "Pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda dan

memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul. "Selain itu, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Katanya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undangundang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya. (END Perihal Bahasa BAHASA ialah penyatuan sistem lambang-lambang bunyi yang digunakan sebagai wahana perhubungan untuk menyatakan fikiran, perasaan dan tujuan dalam lingkungan kelompok manusia. Daripada perkataan bahasa dapat diterbitkan beberapa banyak ungkapan tertentu. Ungkapan-ungkapan ini mengandungi pengertian khusus bagi menyatakan sesuatu pula. Dalam masyarakat Melayu, jika kita berbudi bahasa, sopan dan tahu akan adat resam dikatakan kita berbahasa, yakni tahu menggunakan bahasa yang sesuai pada tempat, suasana, dan konteks. Kita seharusnya tahu memilih bentuk bahasa yang padan apabila berbicara dengan seseorang. Jika berkomunikasi dengan anggota golongan raja, sultan atau kerabat utama raja, walhal kita sebagai pembicara orang biasa, sudah tentu bentuk bahasa dalam yang kita gunakan. Bahasa dalam ialah bahasa halus yang digunakan di istana. Kata-kata seperti patik (saya), tuanku (awak), junjung kasih (terima kasih), santap (makan), gering (sakit), mencemar duli (berangkat), dan sebagainya digunakan sebagai wahana bicara. Sebaliknya, apabila kita bercakap dengan orang biasa tetapi dewasa, matang usianya, atau terhormat kerana pangkat kedudukan serta tinggi tahap sosialnya, sudah tentu kita akan memilih penggunaan bahasa halus. Kata-kata dalam bahasa halus lembut tidak dirasakan kasar atau yang boleh menyentuh perasaan. Dengan bahasa ini, misalnya, kita mengelakkan penggunaan kata ganti nama aku dan engkau bagi menurujuk diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap. Kita sudah tentu menggunakan saya, tuan, Tan Sri, dan seumpamanya. Kita juga berasa janggal menggunakan perkataan mati untuk manusia, tetapi menggantikannya dengan perkataan mangkat

(raja), meninggal dunia, atau dengan kiasan sudah pergi atau sudah tiada lagi (orang biasa). Demikianlah betapa perlunya kebijaksanaan kita memilih perkataan yang amat serasi. Bercakap dengan orang yang dihormati ini tidak molek, kiranya, kita menggunakan bahasa harian sepenuhnya, kerana bentuk bahasa basahan ini mengandungi perkataan dan ayat yang tidak mematuhi rumus tatabahasa baku. Lenggok bahasanya ringkas serta mudah. Ada perkataan tanpa imbuhan, tanpa gandaan, ayat tergantung tanpa subjek, predikat yang tidak sempurna, serta direncahi dengan bahasa daerah/bahasa dialek, yang hanya sesuai digunakan apabila bercakap dengan anggota keluarga atau rakan dalam suasana tidak rasmi. Penggunaan bentuk bahasa basahan ini dapat mewujudkan komunikasi natural, dan hubungan yang intim. Tetapi, apabila bercakap dengan rakan sejawatan atau sejabatan, kita merojakkan bahasa kita (bahasa rojak). Pada suatu ketika kita menggunakan perkataan bahasa Melayu dan seketika yang lain kita menggunakan perkataan bahasa Inggeris/bahasa Arab tanpa menghitung keluhuran tatabahasa. Akan ada perbezaan pula bahasa yang kita gunakan apabila lawan bicara kita daripada kalangan bangsa asing (orang Cina, India atau Benggali). Atas dasar untuk tujuan pemahaman maksud yang mudah lagi pantas, kesenangan dan kelancaran komunikasi, maka bahasa pasar menjadi wahana. Apabila bahasa kacukan (bahasa pasar) menjadi bahasa perantaraan, sudah pasti bahasanya menyimpang jauh daripada bentuk bahasa baku kerana yang diutamakan ialah pemahaman inti pati bicara dan kelancaran berbahasa. Bagi kalangan penutur yang rendah martabat sosialnya, bentuk bahasa slanga, yakni salah satu bentuk bahasa terhad menjadi bahasa bicara. Bahasa slanga yang mendapat perhatian sedikit pada masa lampau ialah slanga kutu, yakni bentuk slanga bagi kalangan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan narkotik. Bahasa ini mengandungi perkataan-perkataan baharu atau perkataan biasa dengan pengertian tertentu. Langgam bahasanya banyak dipengaruhi oleh perkataan atau struktur bahasa asing, khususnya bahasa pasar. Antara bentuk bahasa slanga ini: Itu lu punya pasal. Lu tangkap kawin ke, cintan-cintun ke itu lu punya hal. Gua tak peduli. Lu nak bikin apa sama gua? Lu mahu sekeh kepala gua? Pigila. Lain pula halnya ketika kita berada dalam suasana atau keadaan yang tidak terkawal oleh emosi. Ketika itu, perasaan masa bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang kita pilih. Ghalibnya, dalam keadaan marah, kita hilang pertimbangan dalam berbahasa. Kita menjadi orang yang kurang bahasa atau tak tahu bahasa lalu kita menggunakan bahasa kasar, bahasa yang dianggap tidak sopan atau tidak manis dituturkan. Kekadang, apabila rasa amarah memuncak, kita menggunakan bahasa kesat, bahasa yang lebih rendah tarafnya daripada bahasa kasar. Bentuk bahasa ini mengandungi kata maki hamun yang boleh menyakitkan hati orang lain. Natijahnya, kita akan dianggap orang yang tidak berbahasa lantaran berbicara tanpa budi bahasa. Anggapan ini cocok untuk orang yang seperti itu, kerana bahasa menunjukkan bangsa, dan bahasa jiwa

bangsa pembicara. Bagi orang ilmuan, mereka terdidik untuk menggunakan bahasa baku, iaitu bahasa yang teratur dan mantap dalam pelbagai aspek seperti sebutan, ejaan, dan tatabahasa. Oleh sebab bahasa ini dikatakan bahasa ilmu, maka bentuk bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan (pengajaran), perbincangan, forum dan sebagainya. Jalan bahasa golongan cendekiawan ini cukup mantap dan berkesan. Dalam penulisan atau persuratan pelbagai bidang, selain menggunakan laras bahasa menurut lapangannya, pastilah bahasa ilmu yang teratur lagi baik itu digunakan, hingga ada yang menganggap bahasa itu sebagai bahasa kitab. Bahasa persuratan mereka ini bertenaga kerana langgam bahasa yang digunakan indah, tepat dan berkesan. Dalam karya kreatif, bahasa karyawan ini dirampaikan pula dengan bahasa kiasan, peribahasa, bahasa puisi sebagai rencah bahasa persuratan tinggi yang dapat menimbulkkan kesan segar perisa bahasa. Demikianlah betapa banyak dan luas ungkapan yang bersabit dengan perkataan bahasa dalam bahasa Melayu. Jelaslah bahawa, bahasa dapat menunjukkan hati budi penuturnya, kerana bahasa ceminan hati budi manusia.

an 6

bahan 8

Anda mungkin juga menyukai