Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Bahasa slanga merupakan bahasa yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat dan dijadikan

sebagai bahasa komunikasi. Pada zaman dahulu, penggunaan bahasa slanga hanya terhad kepada

golongan-golongan tertentu sahaja, misalnya golongan masyarakat kelas sosial rendah dan golongan

penjenayah. Selain itu, penggunaan bahasa slanga turut digunakan di beberapa lokasi-lokasi tertentu

sahaja. Pengkaji mendapati penggunaan bahasa slanga telah tersebar dengan sangat meluas.

Penggunaan bahasa slanga pada hari ini telah melibatkan pelbagai pihak baik golongan kelas sosial

tinggi mahupun golongan kelas sosial rendah serta sama ada dalam golongan remaja atau golongan

tua. Hal ini dapat dirumuskan bahawa penggunaan bahasa slanga ini sudah tidak khusus kepada

golongan-golongan tertentu sahaja.

Bahasa slanga lazimnya ditafsirkan sebagai bahasa perbualan atau kolokial dalam kalangan

remaja bertujuan untuk berkomunikasi dalam kalangan mereka sahaja. Namun begitu, para pengkaji

menyatakan bahawa tafsiran tersebut tidaklah begitu tepat. Hal ini disebabkan oleh bahasa slanga

sememangnya membawa makna yang lebih luas dan bukan sahaja digunakan sebagai bahasa

komunikasi dalam kalangan remaja. Menurut Abdul Ghani (2008), bahasa slanga membawa makna

yang luas, bahasa slanga bukan sahaja dituturkan dalam kalangan remaja, malah banduan turut

menuturkan bahasa slanga yang maksudnya hanya difahami oleh mereka sendiri. Selain itu,

penggunaan bahasa slanga turut tidak terhad digunakan dalam perbualan sahaja. Menurut

Hoogervorst (2009), golongan yang menuturkan bahasa slanga ini tidak ingin perbualan mereka

difahami oleh orang luar kerana mungkin ada maklumat sulit yang ingin mereka rahsiakan.

Terdapat satu definisi yang menjadi panduan kepada pengkaji iaitu satu definisi yang didapati

daripada sebuah buku yang berjudul New Dictionary of American Slang yang ditulis oleh Chapman

pada tahun 1986. Menurutnya, slanga merupakan perkataan yang digolongkan sebagai variasi tidak

rasmi dan digunakan oleh kalangan tertentu.

1
Menurut konteks kajian pula, pengkaji mendapati adanya penggunaan bahasa slanga yang

meluas dalam filem KL Gangster. Filem KL Gangster merupakan sebuah filem yang mengisahkan

tentang beberapa kumpulan gangster yang berebut untuk menjadi kumpulan gangster yang paling

berkuasa di Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, filem ini banyak menggunakan bahasa slanga

dalam pengucapan skrip pelakon - pelakonnya. Filem ini telah membuktikan bahawa penggunaan

bahasa slanga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor - faktor penggunaan bahasa slanga di dalam

filem ini antaranya ialah emosi penutur dan penutur ingin menunjukkan identiti kumpulan.

Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji melalui kajian ini iaitu,

mengenalpasti penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster, menjelaskan maksud bahasa

slanga yang terdapat dalam filem KL Gangster dan menganalisis kekerapan penggunaan bahasa

slanga dalam filem KL Gangster. Matlamat pengkaji untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini

adalah untuk mendedahkan kepada setiap lapisan golongan masyarakat bahawa bahasa slanga bukan

sahaja dituturkan oleh golongan remaja sahaja tetapi wujud disebabkan oleh beberapa faktor seperti

ingin menggambarkan identiti sesuatu kumpulan, menyatakan emosi, dan pergaulan.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Tujuan pengkaji menjalankan kajian terhadap penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster

ini ialah pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu baku semakin dipinggirkan

rentetan daripada penggunaan bahasa slanga yang semakin berleluasa.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

3.1 Mengenal pasti penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster.

3.2 Menjelaskan maksud bahasa slanga yang terdapat dalam filem Kl Gangster.

3.3 Menganalisis kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam filem Kl Gangster.

2
4.0 BAHAN DAN BATASAN KAJIAN

4.1 Bahan Kajian

Pengkaji telah menggunakan filem KL Gangster sebagai bahan utama kajian ini.

Filem KL Gangster ini merupakan filem aksi jenayah Malaysia 2011 arahan Syamsul Yusof

dan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun 2011.

4.2 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian iaitu pengkaji hanya

mendapatkan data kajian melalui pemerhatian keseluruhan filem KL Gangster yang

berdurasi 1 jam 17 minit. Pengkaji hanya mengambil kira penggunaan unsur bahasa slanga

yang digunakan oleh semua watak dalam filem tersebut.

5.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Menurut kajian yang dilakukan oleh Harishon Radzi dan Tengku Fariqul Haq (2016), slanga

bukanlah satu bentuk fenomena baru dalam dunia bahasa, tetapi fenomena ini mula popular dan

perkembangannya sangat pesat dalam kalangan remaja. Fenomena ini turut berlaku di Riau,

Indonesia, khususnya di kawasan Bengkalis. Dengan menggunakan teori domain penggunaan

bahasa oleh Fishman (1972a), pengkaji membincangkan slanga remaja ini berdasarkan konteks.

Sebanyak 85 leksikal slanga diperolehi menerusi kajian lapangan daripada 60 responden remaja

lelaki dan perempuan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa slanga dalam kalangan remaja di

Bengkalis terbahagi kepada dua, iaitu slanga lelaki dan perempuan. Di samping itu, terdapat leksikal

slanga yang merupakan bentuk peminjaman slanga bahasa Gaul (Indonesia) dan slanga daripada

bahasa Inggeris.

Menurut Lumbantobing (2015), bahasa gaul merupakan salah satu gaya bahasa yang sering

digunakan oleh golongan remaja pada zaman sekarang. Filem Remaja Indonesia yang berjudul

3
“Radio Galau FM” merupakan sebuah karya yang ditulis oleh Haqi Achmad yang telah digunakan

oleh pengkaji untuk mendeskripsikan proses pembentukan bahasa gaul yang meliputi proses

afiksasi, gejala bahasa serta penggunaan jenis-jenis makna dalam bahasa gaul. Hasil yang diperoleh

dalam kajian ini menunjukkan bahawa bahasa gaul berasal daripada remaja sewaktu mereka

berkomunikasi. Golongan remaja menggunakan bahasa ini pada setiap situasi tanpa memperhatikan

keadaan dan situasi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dadang Priyasmoro Sapoetra (2014), faktor

kemunculan bahasa gaul diungkapkan sebagai ekspresi diri, membangunkan satu identiti yang

berbeza serta membuat suasana pergaulan terasa lebih akrab. Ciri yang paling menonjol daripada

bahasa gaul ini adalah permainan kata (word play). Fungsi daripada bahasa gaul ini terdapat dalam

teori komunikasi verbal.

Menurut Lubis Grafura (2009), filem merupakan perkembangan kehidupan masyarakat.

Filem mengalami perubahan dari zaman ke zaman, baik dari teknologi yang digunakan mahupun

tema yang ingin dipersembahkan. Dalam perkembangan tersebut, filem di Indonesia dimonopoli

oleh filem yang mengangkat tema berunsurkan remaja yang banyak menggunakan bahasa gaul. Hal

ini disebabkan oleh penduduk di Indonesia sebahagian besarnya adalah remaja. Oleh itu, industri

perfileman di Indonesia memiliki kecenderungan untuk menghasilkan filem-filem popular yang

bersifat komersial, sehingga banyak filem yang menekankan estetika dan moral yang hendak

disampaikan.

Menurut Agnes Lidya (2015), bahasa memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan

manusia. Bahasa bersifat dinamik kerana bahasa berkemungkinan boleh mengalami perubahan pada

bila-bila masa. Bahasa merupakan salah satu unsur utama dalam kegiatan manusia, sama ada secara

peribadi mahupun kelompok. Pemakaian bahasa di facebook secara formal tidak akan mendapat

komen daripada rakan-rakan. Sampai saat ini, bahasa Indonesia merupakan bahasa yang hidup, yang

4
menghasilkan kata-kata terbaharu. Bahasa gaul akan terus wujud dan mengalami perkembangan

dari generasi ke generasi. Sosiolinguistik mencatat dan meneliti bahasa yang dipergunakan oleh

seseorang ketika berborak dengan rakannya. Hasil penelitian menunjukkan bahawa pengguna media

facebook sering menggunakan bahasa gaul. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa gaul mudah

difahami oleh sebahagian besar pengguna. Bahasa gaul ini digunakan oleh remaja yang sering

dikenali dengan sebutan remaja gaul.

Kajian Alia Binti Moreta (2008) yang bertajuk Bahasa Slanga Dalam Internet : Penulisan

Blog Dan Forum bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan bahasa slanga dalam ruangan internet.

Aspek yang menjadi tumpuan utama ialah jenis-jenis dan sebab-sebab penggunaan slanga dalam

kalangan pengguna internet seperti blog dan forum. Hasil dapatan kajian menunjukkan, terdapat

sekurang-kurangnya tujuh jenis bahasa slanga dalam Internet. Faktor-faktor seperti bahasa

ekonomis dan pengaruh gaya lisan merupakan sebab kemunculan bahasa slanga tersebut.

Kajian lepas turut diperoleh menerusi Nik Safiah karim (1981) yang bertajuk Beberapa

Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan terhadap mahasiswa-mahasiswa di

Universiti Malaya. Slanga dalam kalangan mahasiswa UM dapat dibahagikan kepada dua. Pertama,

slanga yang timbul berkaitan soal-soal pembelajaran dan perkara yang sehubungan dengannya dan

kedua, slanga yang digunakan untuk memperkatakan keadaan kehidupan sosial di kampus. Kajian

tersebut juga dapat memperlihatkan bahawa penggunaan slanga dalam kalangan mahasiswa telah

menjadi satu identiti dan dapat membezakan mereka dengan masyarakat luar.

Selain itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006) melalui kajian beliau iaitu Slanga Milik

Siapa? ada menyentuh perihal slanga yang digunakan oleh golongan mat rempit. Istilah mat

rempit yang berasal daripada kata slanga yang digunakan oleh golongan remaja dan belia untuk

memerihalkan lelaki remaja atau dewasa yang suka berlumba motosikal di jalan raya tanpa

mempedulikan undang-undang jalan raya dan keselamatan diri-sendiri serta pengguna jalan raya

5
yang lain. Menurut beliau, golongan remaja seperti mat rempit merupakan golongan yang paling

banyak menggunakan slanga ketika berkomunikasi dalam kelompok mereka. Antara contoh slanga

yang digunakan oleh mereka adalah seperti slumber (buat tak

tahu), blah (beredar), rembat (curi), cau (pergi) dan terdapat banyak lagi istilah slanga yang

digunakan oleh kelompok ini. Malah istilah mat rempit juga boleh dikategorikan sebagai simpulan

bahasa yang baharu wujud dalam bahasa Melayu dan boleh disamakan dengan simpulan bahasa

Melayu yang lain yang sudah mantap seperti Mat jenin, kutu embun, buaya darat dan sebagainya.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Wong Khek Seng (1994) iaitu Bahasa Slanga di

Kalangan Mahasiswa Universiti Malaya, beliau telah menggariskan beberapa jenis tujuan

penggunaan slanga dalam kalangan antaranya ialah keinginan mahasiswa untuk meringkaskan

perkataan atau frasa dalam proses komunikasi sehari-hari di kampus. Kependekan ini dirasakan

perlu agar mesej komunikasi itu dapat disampaikan secara cepat dan mudah di samping

menimbulkan identiti kumpulan sesuatu kumpulan. Sebagai contoh, DTC (Dewan Tunku Canselor),

DK (Dewan Kuliah), BS (Bilik Seminar), AI (Akademi Islam) dan PAS (Pusat Asasi Sains).

Penggunaan slanga-slanga ini merupakan kependekan kepada frasa dan mudah disebut serta mudah

dikenali apabila sering digunakan. Secara kesimpulannya, Wong Khek Seng membuat kenyataan

bahawa bahasa slanga tidak sahaja wujud dalam kalangan penagih dadah sahaja, ianya juga

wujud dalam kalangan mahasiswa yang berpendidikan. Keduanya, bahasa slanga dalam kalangan

mahasiswa kebanyakannya terdiri dari butiran leksikal (kata dan frasa) dan dapat dianggap laras

informal iaitu berkaitan dengan pertuturan informal (kolokial) dan belum lagi merebak ke dalam

bentuk tulisan dan bentuk baku.

Akhirnya, kajian lepas diperoleh melalui kajian yang dilakukan oleh Teo Kok Seong (2006)

bertajuk Slanga “Kosa Kata Buangan”. Kajian ini mengenai slanga yang dianggap sebagai kosa kata

buangan, yakni perkataan yang tidak boleh diguna pakai dalam ragam baku sesebuah bahasa. Slanga

sebenarnya merupakan satu sumber penting dalam usaha perluasan kosa kata bagi sesebuah bahasa.

6
Dalam konteks tersebut, slanga ialah perkataan yang sedang menunggu penerimaan, yakni

diserapkan ke dalam penggunaan formal atau penolakan iaitu disingkirkan dan hanya layak

digunakan dalam ragam tidak baku.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian bagi kajian bahasa slanga dalam filem KL Gangster adalah seperti berikut :

6.1 Dapat mengenal pasti perbezaan antara bahasa Melayu baku dan bahasa slanga.

6.2 Dapat mengetahui lebih banyak contoh bahasa slanga yang digunakan dalam

kalangan masyarakat.

6.3 Dapat mengenal pasti faktor - faktor penggunaan bahasa slanga wujud dalam

kalangan masyarakat.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan suatu kaedah mengumpul dan menganalisis data supaya dapat

menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Terdapat beberapa tujuan sesuatu

kaedah kajian perlu dijalankan antaranya adalah untuk menghubungkan objektif kajian dengan hasil

kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data

kualitatif diperoleh melalui hasil pemerhatian penganalisisan skrip untuk mendapatkan data yang

lengkap. Seterusnya, kaedah kuantitatif pula diperoleh melalui pengiraan kekerapan jenis bahasa

slanga yang digunakan dalam filem KL Gangster. Dalam kajian ini kaedah kepustakaan dan kaedah

pemerhatian dilakukan.

7.1 Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan merupakan sumber maklumat yang penting untuk memperoleh

maksud tajuk kajian yang dipilih oleh pengkaji iaitu bahasa slanga. Pengkaji telah

menggunakan kaedah sekunder yang terdiri daripada kamus dewan, tesis, dan laman

sesawang. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan di Perpustakaan Akademi Pengajian


7
Melayu Universiti Malaya. Antara buku yang digunakan sebagai rujukan pengkaji ialah

Ensiklopedia bahasa Melayu yang ditulis oleh Asmah Binti Haji Omar (2015). Seterusnya,

bagi memantapkan ilmu dan mendapatkan lebih informasi yang sesuai dan tepat, pengkaji

telah melayari laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=1111 . Pengkaji telah memperoleh maklumat tersebut

dengan kukuh melalui kaedah ini.

7.2 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.

Pemerhatian telah dilakukan dengan menonton filem KL Gangster untuk mendapatkan data

kajian. Data kajian yang diperoleh adalah senarai penggunaan bahasa slanga yang terdapat

dalam filem KL Gangster. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji juga telah memperoleh

data kajian mengenai kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster

mengikut golongan kata yang terdapat dalam Bahasa melayu.

7.3 Kerangka Teori

VARIASI BAHASA
Pengguna Penggunaan

Dialek daerah Dialek sosial


Idiolek
 Dialek Kedah  Dialek
 Dialek Pulau  Pijin
Pinang  Kreol
 Dialek Perlis  Bahasa formal
 Dialek Selangor  Bahasa tak formal
 Dialek Melaka Slanga  Bahasa halus
 Dialek Negeri  Bahasa kasar
Sembilan  Bahasa istana
 Dialek Kelantan  Bahasa basahan
 Dialek Terengganu Pengguna  Bahasa baku
 Dialek Pahang  Bahasa mesra
 Dialek Sabah  Bahasa pasar
 Dialek Sarawak Remaja  Slanga

8
Kamus Linguistik (1997: 205) mendefinisikan ‘slanga’ sebagai ‘kelainan pertuturan

yang dicirikan oleh kosa kata tertentu, yang digunakan oleh kumpulan anak atau kumpulan

anak muda sosial dan profesioanl untuk perhubungan kumpulan tersebut, dan tidak boleh

difahami oleh masyarakat luar’. Kamus Dewan (2005: 1511) telah mentakrifkan slanga

sebagai kata-kata yang bukan daripada golongan bahasa baku. Kata-kata tersebut biasanya

digunakan dalam percakapan tidak rasmi dan tidak boleh digunakan dalam penulisan atau

keadaan yang rasmi.

Perkataan slanga berasal daripada perkataan slang dalam bahasa Inggeris yang

merupakan penghasilan bentuk linguistik baharu atau adaptasi kreatif daripada kosa kata

lama. Kewujudan kosa kata ini juga melibatkan penciptaan bahasa rahsia yang

berkemungkinan berasal daripada kata secret language dalam bahasa Inggeris yang

disingkatkan menjadi slang yang hanya difahami oleh mereka dalam kumpulan tertentu.

Menurut Spears (1996), banyak perkataan slanga lahir daripada perkara-perkara tabu.

Selama lebih 200 tahun, jargon golongan penjenayah merupakan sumber penciptaan slanga.

Slanga-slanga ini adalah yang berkaitan dengan dadah, minuman keras dan jenayah. Sebagai

contoh, BYOB merupakan singkatan bagi Bring Your Own Beer atau dalam bahasa Melayu

bermaksud “bawa bekalan minuman bir anda” apabila menghadiri sesuatu majlis. Menurut

Spears lagi, slanga jarang digunakan untuk tujuan-tujuan formal. Walau bagaimanapun,

slanga tetap penting dalam kehidupan masyarakat Amerika. Terdapat slanga yang telah

wujud dalam jangka masa yang panjang, diterima ke dalam bahasa baku.

Anderson dan Trudgill (1990: 70), telah mengemukakan beberapa contoh slanga

yang telah diterima dalam bahasa baku. Contoh-contoh ini termasuklah perkataan-perkataan

dalam bahasa Perancis dan Inggeris. Perkataan bahasa Perancis yang berasal daripada

bahasa slanga ialah tete yang membawa maksud ‘kepala’. Contoh slanga yang diubah

9
kepada bahasa baku dalam bahasa Inggeris ialah phone, bike, bus dan pub menjadi bentuk

yang dianggap lebih baik iaitu telephone, bicycle, omnibus dan public house.

Sanders (2004: 3) pula berpendapat bahasa slanga digunakan sebagai satu alat

komunikasi dalam sesebuah kelompok kerana dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

Namun, beliau menegaskan bahawa penggunaan slanga harus dibataskan pada komunikasi

lisan.

Eric Patridge (1933: 6) dalam kajiannya telah menegaskan bahawa penggunaan

slanga tidak lagi terhad kepada golongan kelas bawahan, malah, digunakan oleh semua

golongan masyarakat.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006:

12), slanga sering digunakan oleh golongan remaja dan kaum belia untuk berkomunikasi

secara dalaman. Penggunaan bahasa slanga ini dapat menghindarkan rahsia mereka daripada

diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Nik Safiah (1988:121) telah

menggolongkan slanga ke dalam bahasa terhad (restricted language), hanya digunakan dan

difahami oleh golongan tertentu.

7.4 Kerangka Konsep

Bahasa Slanga

Identiti Persekitaran

Emosi
 Menggambarkan  Tempat
personaliti diri tinggal
 Mengekspresikan  Percampuran
atau kumpulan
perasaan diri budaya atau
 Menunjukkan
 Menyatakan sesuatu kaum
identiti sesuatu
kelompok
yang abstrak  Pergaulan

10
Rajah 1: Kerangka teori bahasa slanga

Bahasa slanga tidak wujud dengan sendirinya tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor.

Berdasarkan kerangka konsep di atas, bahasa slanga wujud disebabkan oleh pengguna-

pengguna yang ingin menggambarkan identiti diri atau kumpulan. Terdapat pelbagai

kumpulan dalam sesuatu masyarakat. Mereka ingin mencipta kelainan yang dapat

membezakan kumpulan mereka dengan kumpulan orang lain. Bahasa slanga juga digunakan

untuk berkomunikasi sesama sendiri terutamanya dalam kalangan remaja kerana ia mudah

difahami oleh mereka. Selain itu, bahasa slanga digunakan untuk menyatakan emosi dan

perasaan seseorang. Kebanyakan remaja menggunakan bahasa slanga untuk mengekpresikan

sesuatu perasaan, sama ada perasaan gembira, sedih atau marah. Lebih tepat lagi, jika

sesuatu yang bersifat abstrak, mereka akan menzahirkannya dalam bentuk penggunaan

bahasa slanga. Seterusnya, bahasa slanga wujud disebabkan oleh faktor persekitaran. Mereka

yang menggunakan bahasa slanga ini berasal daripada tempat tinggal yang berbeza.

Terdapat di antara mereka yang tinggal di kawasan kediaman yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan budaya. Percampuran kaum dan budaya ini telah mendorong masyarakat untuk

bergaul sesama sendiri sehingga pada akhirnya wujud bahasa slanga yang digunakan sebagai

alat komunikasi antara mereka.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan hasil dapatan kajian yang telah diperoleh oleh penyelidik

berdasarkan kajian bahasa slanga dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof. Dapatan kajian

ini telah memperlihatkan senarai unsur bahasa slanga yang digunakan dalam filem KL Gangster,

maksud bagi bahasa slanga yang digunakan dan pengkelasan bahasa slanga mengikut kategori

pembentukan kata dalam filem KL Gangster.

8.1 Senarai unsur bahasa slanga dalam filem KL Gangster

11
Berdasarkan filem KL Gangster yang berdurasi 1 jam 17 minit, penyelidik telah menemukan 71

unsur bahasa slanga yang telah dituturkan oleh watak-watak dalam filem tersebut. Dalam dapatan

kajian yang pertama ini, penyelidik akan mengulas dengan lebih lanjut 5 contoh daripada 71 bahasa

slanga yang telah berjaya ditemukan dalam filem yang dikaji.

Dialog 1:

Robert: Haiya, lu orang jangan kacau gua punya business ma. Huh. Lu cari tempat lain la

kawan.

Samseng 1: Hoi, lu jangan main-main ah? Kalau lu tak mau kita orang kacau lu punya tempat.

Lu bayar sama kita orang. Gua mau ini tempat. Lu faham?

Adegan yang memaparkan dialog 1 telah ditayangkan pada minit yang ke 00:05:32. Dialog ini

terjadi antara Robert dan seorang samseng. Dalam adegan ini, samseng tersebut telah mengugut

untuk menghancurkn perniagaan Robert sekiranya Robert enggan membayar wang kepada samseng

itu. Unsur bahasa slanga yang digunakan dalam diolog ini adalah perkataan lu dan gua. Perkataan

lu dan gua merupakan bahasa slanga yang paling banyak digunakan dalam filem KL Gangster ini.

Dialog 2:

King: Kau orang tau apa nak buat? Kau nak makan duit aku? Shark?

Shark: Shark buat untuk kita. Untuk King. Kasih semua orang sembah sama lu. Bukan suka-suka

punya. Tapi lu sayur. Banyak kasi chance sama orang. Apa macam orang mau goyang?

Watak Shark (Syamsul Yusof) telah menggunakan tiga perkataan yang mempunyai unsur bahasa

slanga iaitu sembah, sayur dan goyang ketika menjawab pertanyaan ayah tirinya, King. Adegan ini

telah ditayangkan pada minit ke 00:12:23. Adegan ini dilakonkan di kediaman King.

12
Dialog 3:

Malik: Lu tak puas apa? Mari sini!

Shark: Lu memang tak ada adab punya orang lu taukah? Lu punya mak tak ajarkah?

Malik: Tak mau cakap banyak sama gualah, lu kencing sama gua kan? Sekarang gua kat sini.

Hah! Apa mau tunggu?

Dalam dialog 3, contoh unsur bahasa slanga yang ditekankan adalah perkataan kencing. Adegan ini

terjadi antara Malik (Aaaron Aziz) dan Shark (Syamsul Yusof) yang kedua-duanya merupakan

watak utama dalam filem ini dipaparkan pada minit ke 00:32:25. Perkataan kencing diucapkan oleh

Malik kepada Shark setelah Malik menganggap bahawa Shark tidak berpuas hati dengan Malik

tentang sesuatu sehingga Shark sanggup membakar kereta kawan Malik iaitu Fadil.

Dialog 4:

Geng Shark: Shark, buat apa lu simpan lagi tu budak? Gua ingat itu hari lu sudah mau potong

sama dia. Kalau Malik tau dia punya adik ikut sama kita, dia lagi panas sama lu tau?

Shark: Lagi cun ma. Gua lagi suka. Biar dia berbulu sama gua. Sekarang dia punya adik

sudah jadi gua punya anjing. Macam-macam kita boleh bikin tau.

Dialog 4 merupakan dialog antara watak Shark yang dilakonkan oleh Syamsul Yusof dan geng

Shark iaitu pelakon tambahan dalam filem. Shark telah menggunakan istilah cun dan berbulu.

Dialog ini telah diucapkan oleh Shark ketika salah seorang ahli kumpulannya bertanya tentang

kepentingan Shark untuk menjadikan adik kepada Malik iaitu Jai sebagai anggota baru kumpulan

gelapnya. Dialog ini telah dipaparkan dalam adegan pada minit ke 00:44:50.

Dialog 5:

13
Fadil: Kalau kau nak tarik Jai keluar daripada group tu pun, kau fikir Shark nak tengok je kah?

Shark nak usha macam tu je kah? Ha? Dah tentu-tentu dia masuk campur. Kau nak

terperangkap macam dulu? Kau tak boleh fikir kah? Tak ada otak kah?

Malik: Masalahnya sekarang ni, dia tak dapat aku dia cari adik aku. Kau ingat aku boleh diam je

tengok adik aku terbiar macam tu? Aku kena cari jalan.

Dialog 5 telah ditayangkan dalam adegan filem KL Gangster pada minit ke 00:54:51. Dalam dialog

ini, unsur bahasa slanga usha telah digunakan oleh Fadil (Zizan Razak) kepada Malik (Aaron Aziz).

Adegan ini mengambil tempat di dalam kereta Fadil sebelum mereka diserang oleh kumpulan

Shark.

14
8.2 Penjelasan Maksud Bahasa Slanga Dalam Filem KL Gangster

Dapatan kedua kajian bahasa slanga ini akan menjelaskan maksud-maksud bahasa slanga

yang telah dianalisis berdasarkan dialog dalam filem KL Gangster. Asalnya, sesuatu kata slanga

adalah dalam keadaan yang bersahaja dan untuk tujuan tertentu, seperti bergurau,

mempersendakan, atau meremehkan seseorang atau sesuatu. Ada juga slanga yang timbul untuk

mengaburkan sesuatu perbuatan atau tindakan yang kurang sedap didengar jika diungkapkan

dalam kata biasa. (Asmah Haji Omar, 2015)

Berdasarkan dialog-dialog dalam filem KL Gangster yang telah diketengahkan dalam

dapatan pertama kajian ini, penyelidik akan menjelaskan maksud bagi istilah-istilah bahasa

slanga yang telah dikenal pasti.

Bil Bahasa slanga Maksud

1 Lu Awak, kamu

2 Gua Saya, aku

3 Sembah Hormat

4 Sayur Lemah

5 Goyang Takut

6 Kencing Perbuatan menipu seseorang

7 Cun Cantik atau bagus

8 Berbulu Menyimpan dendam terhadap seseorang

Jadual 1: Maksud bahasa slanga yang digunakan dalam filem KL Gangster

Kesimpulannya, penganalisisan dialog filem KL Gangster telah membawa kepada

penjelasan maksud sebenar bahasa slanga yang digunakan. Berdasarkan Jadual 2, penyelidik

mendapati bahasa slanga merupakan bahasa yang menarik dan mempunyai maksud yang

pelbagai mengikut fungsi penggunaannya.

15
8.3 Menganalisis Kekerapan Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Filem KL Gangster

Berdasarkan Golongan Kata.

Golongan kata merupakan perkataan yang seerti dengan jenis kata. Pergolongan kata

merupakan suatu proses menjeniskan atau menggelompokkan kata berdasarkan kepada kriteria

tertentu. Menurut Nik Safiah Karim di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, beliau berkata

perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang

sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan satu bentuk bebas yang menjadi

unsur binaan sintaksis iaitu frasa, klausa dan ayat.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjeniskan bahasa slanga yang didapati dalam filem yang

dikaji kepada empat jenis golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata

16
tugas. Hal ini demikian kerana proses ini dapat memudahkan pengkaji untuk menganalisis

kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam filem yang dikaji iaitu filem KL Gangster.

8.3.1 Kata Nama

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama merangkumi sejumlah

perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini

menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Berikut merupakan bahasa slanga

yang tergolong dalam kategori kata nama:

Bil Bahasa Slanga

1 Gua

2 Lu

3 Bro

4 Lu orang

5 Korang

6 Bangkai

7 Sial

8 Barua

9 Kepala hotak

10 Awek

11 Dusun

12 Tok Anjang

13 Tiga paku

14 Ayahanda

15 Skandal

16 Taiko

17
17 Abang besar

Jadual 3: Senarai bahasa slanga dalam kata nama

8.3.2 Kata Kerja

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, golongan kata kerja merangkumi

sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata

kerja ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja

transitif. Berikut merupakan bahasa slanga yang digolongkan dalam kategori golongan kata

kerja:

Bil Bahasa Slanga

1 Pau

2 Merempat

3 Banyak bunyi

4 Menyalak

5 Usha

6 Lipat sampai lunyai

7 Tapau

8 Rembat

9 Sembah

10 Payung

11 Angkat

12 Sengat

13 Langgar

14 Sebat

15 Cium

18
16 Kacau

17 Pancung

18 Parking

19 Blah

20 Sapu

21 Buat tahi

22 Main

23 Hantam

24 Kencing

25 Ambil port

26 Dajal

27 Songlap

28 Tiao

29 Kautim

30 Kecoh

31 Berbulu

32 Cuci tangan

33 Cari pasal

34 Belasah

35 Potong

36 Sembang

37 Boleh jalan

Jadual 4: Senarai bahasa slanga dalam golongan kata kerja

8.3.3 Kata Adjektif

19
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adjektif ialah sejumlah perkataan

yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak

mempunyai subgolongan yang ketara. Namun begitu, kata adjektif dapat dibahagikan

kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan-

perkataannya. Antaranya ialah kata adjektif sifatan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran,

kata adjektif bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara, kata

adjektif perasaan dan kata adjektif jarak. Berikut merupakan bahasa slanga yang

digolongkan dalam kategori golongan kata adjektif:

Bil Bahasa Slanga

1 Sewel

2 Pailang

3 Ranggi

4 Sayur

5 Lembap

6 Langsi

7 Cun

8 Gangster

9 Semut

10 Langsi

11 Syok

12 Goyang

13 Jahanam

14 Mampus

15 Bangsat

20
16 Langau

17 Panas

Jadual 5: Senarai bahasa slanga dalam golongan kata adjektif

8.3.4 Kata Tugas

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata tugas ialah perkataan yang

tergolong dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh

menjadi unsur inti bagi frasa endosentrik yang terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan

frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu

tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,

pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.

Bil Bahasa Slanga Kekerapan (f) Peratus (%)

1 Kata Nama 17 23.94

2 Kata Kerja 37 52.11

3 Kata Adjektif 17 23.94

4 Kata Tugas 0 0

Jadual 6: Analisis bahasa slanga dalam filem KL Gangster berdasarkan golongan

kata.

RAJAH 1 : ANALISIS KEKERAPAN PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM FILEM

KL GANGSTER BERDASARKAN GOLONGAN KATA.

21
Kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam filem Kl
Gangster berdasarkan golongan kata.
Perkataan

40
35
30
25
20
15
10
5
0 Jenis Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Berdasarkan hasil analisis kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam filem KL

Gangster berdasarkan jadual 1 di atas, kata kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu

sebanyak 37 patah perkataan bersamaan dengan 52.11 peratus. Hal ini demikian dikatakan

kerana filem KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia arahan Syamsul

Yusof yang merupakan pengarah filem yang tersohor di Malaysia. Filem bergenre aksi

jenayah ini banyak menayangkan aksi-aksi beberapa kumpulan gangster yang bersaing bagi

merebut kuasa di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, pengkaji mendapati banyak Bahasa Slanga

yang tergolong dalam golongan kata kerja digunakan oleh watak-watak di dalam filem yang

dikaji ini.

Seterusnya, golongan kata yang mencatatkan jumlah kedua tertinggi ialah kata nama

iaitu sebanyak 17 patah perkataan bersamaan dengan 23.94 peratus. Hal ini demikian

dikatakan kerana pengkaji mendapati watak-watak dalam filem KL Gangtser ini secara

keseluruhannya telah menggunakan Bahasa Slanga bagi menggantikan Kata Ganti Nama

Diri Pertama, Kata Ganti Nama Diri Kedua dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga yang

22
sepatutnya diaplikasikan oleh masyarakat Melayu sewaktu berkomunikasi. Hal ini

disebabkan oleh watak-watak dalam filem yang dikaji ini ingin menunjukkan identiti

kumpulan mereka sebagai seorang gangster. Bagi golongan kata adjektif pula mencatatkan

jumlah yang sama banyak dengan jumlah Bahasa Slanga yang tergolong dalam golongan

kata nama iaitu sebanyak 17 patah perkataan bersamaan dengan 23.94 peratus. Hal ini

demikian dikatakan kerana pengkaji mendapati bahawa watak-watak dalam filem Kl

Gangster ini banyak menggunakan Bahasa Slanga untuk menunjukkan sifat seseorang

manusia dan perasaan yang sedang dialami. Sebagai contoh, cun membawa maksud cantik

manakala panas membawa maksud marah. Berdasarkan analisis ini, pengkaji mendapati

tiada bahasa slanga yang terdapat dalam filem KL Gangster yang tergolong dalam kategori

golongan kata tugas. Hal ini demikian dikatakan kerana kata tugas acapkali digunakan

dalam teks urusan rasmi atau situasi yang formal.

Justeru itu, pengkaji mendapati tiada Bahasa Slanga yang dituturkan oleh watak-watak

dalam filem Kl Gangster yang tergolong dalam golongan kata tugas. Hal ini disebabkan oleh

filem Kl Gangster merupakan sebuah filem genre aksi jenayah yang tidak banyak

memaparkan situasi-situasi rasmi.

9.0 KESIMPULAN

Hasil kajian telah membuktikan bahawa bahasa slanga banyak digunakan dalam filem Melayu,

terutama sekali dalam filem KL Gangster. Pelbagai kajian telah dilakukan oleh pengkaji

berdasarkan objektif kajian. Sebagai contoh, pengkaji telah menjalankan kajian lebih mendalam

dengan mengenalpasti penggunaan bahasa Slanga dalam Filem KL Gangster. Selain itu, pengkaji

turut menjelaskan maksud bahasa slanga yang digunakan dalam filem KL Gangster ke Bahasa

Melayu Baku. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji juga telah membolehkan pengkaji menganalisis

23
kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster. Pengkaji berharap kajian ini dapat

didokumentasikan agar sesiapa yang berminat untuk mengkaji tentang bahasa slanga, sekurang-

kurangnya mereka mempunyai maklumat awal yang berkaitan dengan bahasa itu. Pengkaji juga

berharap kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada para pelajar dalam pengajian melayu.

Akhir sekali, pengkaji berharap agar kajian seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

10.0 Bibiliografi

Asmah Haji Omar (2015). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

24

Anda mungkin juga menyukai