Anda di halaman 1dari 5

KERJASAMA PELBAGAI HALA

Matlamat dasar luar negara Malaysia yang jelas berhubung dengan pertahanan dan
keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama dan diplomasi antarabangsa
menentukan corak hubungan kita dengan negara jiran serta negara lain dalam rangka
kerja ASEAN, ARF, APEC, ASEM, Kerjasama Selatan-Selatan, OIC, Komanwel, NAM,
PBB dan pertubuhan serantau dan antarabangsa yang lain.

Pertubuhan inilah yang cuba melindungi kepentingan negara membangun. Diakui bahawa
kejayaan terbaik mereka dihasilkan secara gabungan, tetapi ternyata negara membangun
menghadapi banyak masalah yang sama dan perlu bekerjasama untuk berdepan dengan
cabaran globalisasi yang baru. Kita juga akan terus membuatkan kehadiran kita dirasai
dalam forum antarabangsa.

Di peringkat pelbagai hala, Malaysia sentiasa mempertahankan kedudukan negara


membangun dalam isu penting seperti keganasan, hak asasi manusia, demokrasi dan alam
sekitar meskipun menghadapi tekanan yang kuat dalam proses itu. Malaysia akan terus
memegang peranan yang proaktif di peringkat antarabangsa.

Foto : Y.B Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri I, bersama dengan
delegasi menteri menteri ketika Persidangan Kerajaan Ekonomi Asia- Pasifik (APEC)
di Singapura, 14-15 November 2009

Malaysia telah dan akan terus aktif dalam OIC, Komanwel, NAM dan PBB. Forum
sedemikian berguna untuk menggalakkan kerjasama antara negara anggota, mencari
penyelesaian untuk masalah global dan mewujudkan peraturan asas bersama yang akan
menjadi panduan dalam hubungan antarabangsa yang harmoni. Malaysia akan terus
menggunakan platform ini untuk membicarakan isu global seperti hak asasi manusia dan
demokrasi, alam sekitar, keganasan antarabangsa dan jenayah transnasional, pelarian,
pelucutan senjata dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB. Kebelakangan ini,
Malaysia berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keprihatinan dan keperluan
menentang ancaman kegiatan melanun di peringkat antarabangsa.

1
Kita percaya bahawa PBB perlu sentiasa berkesan dalam menangani isu pembangunan
global, keamanan dan keselamatan, aktiviti kemanusiaan, krisis antarabangsa dan
pelanggaran Piagam PBB serta prinsip undang-undang antarabangsa secara adil dan
saksama.

Malaysia sentiasa menyokong kuat semangat hubungan pelbagai hala dan menentang
semua bentuk unilateralisme. Kita tidak percaya bahawa unilateralisme ialah cara untuk
menyelesaikan masalah antarabangsa.

Foto
Malaysia yakin bahawa hanya PBB sahaja yang boleh mengesahkan peraturan
antarabangsa. Sebagai sebuah negara membangun yang kecil dalam arena antarabangsa,
Malaysia perlu mendukung kuat prinsip piagam PBB sebagai jalan terakhir dalam
pertahanan.

HUBUNGAN DUA HALA

Mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran terus menjadi
keutamaan. Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah yang masih
belum terlerai termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan
sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan
hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat masalah tersebut.
Persetujuan untuk merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindahan wilayah
menunjukkan sejauh mana kita bersedia untuk mencari penyelesaian bagi masalah dua
hala.

Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina,


Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan
kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua
pihak.

2
Foto : Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan mencemar duli untuk bertemu
TYT Choummaly Sayasone, Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao dan isteri ketika
lawatan bersejarah baginda ke Rebublik itu

Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara
ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya.
Perwakilan Diplomatik negara yang pertama ditubuhkan di London, Washington,
Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963, Malaysia
telah menubuhkan 14 buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus
bertambah menjadi 21 pada tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai serangkaian
105 perwakilan diplomatik di serata dunia bukti membanggakan yang menunjukkan
sejauh mana hubungan dua hala Malaysia tidak berkembang dalam tempoh beberapa
tahun seiring dengan kemajuan negara.

Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan
negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus
memantapkan dan mempertingkat hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau
tersebut. Hubungan dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika
Latin yang lain akan diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di
Eropah dan Amerika. Jepun, Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan
terus menjadi rakan dagang Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan
teknologi.

Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin
tentang ketegangan dan konflik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik
PalestinIsrael yang terus menemui jalan buntu. [Sebagai menunjukkan keprihatinannya,
Malaysia hanya akan menimbangkan untuk memulakan hubungan dengan Israel apabila

3
perjanjian damai yang menyeluruh antara Israel dengan rakyat Palestin berjaya
dimuktamadkan.]

Foto : Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad bertukar dokumen
persetujuan dua hala dengan Puan Margaret Thetcher, bekas Perdana Menteri British di
majlis tandatangan pada Oktober 1989 ketika Persidangan CHOEM berlangsung di Kuala
Lumpur pada 18-24 Oktober 1989

Begitu juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama
terjalin dengan Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh
Malaysia terhadap negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat
sebagai pasaran untuk produk dan sumber pelaburan di negara kita.

Peluasan negara Eropah bukanlah satu-satunya tumpuan Malaysia dalam meningkatkan


hubungan, tetapi juga hubungan ASEAN dengan negara sahabatnya di Eropah melalui
ASEM atau hubungan ASEAN yang serupa dengan benua Amerika melalui APEC.

Selain ASEAN, Malaysia banyak memberikan tumpuan kepada hubungan dengan negara
di Asia Timur Laut. Sebagai penyokong kuat kerjasama serantau, China sentiasa menjadi
rakan kuat ASEAN. Sokongan padu Chinalah yang membantu rantau ini mengatasi krisis
kewangan dan ekonomi pada tahun 1997. China dijangka memegang peranan utama dan
positif dalam mengukuhkan hubungan antara ASEAN dengan Asia Timur Laut.
Hubungan dua hala kita dengan Jepun dan Republik Korea juga sama pentingnya. Kita
berharap suatu hari nanti, kedua-dua negara ini akan bersepadu. Begitu juga halnya,
Dasar Satu China yang kita terima pakai, di samping meneruskan hubungan ekonomi
yang erat dengan Taiwan bukanlah suatu paradox, tetapi menggambarkan sikap
pragmatik kita dalam menghadapi kenyataan.

4
5

Anda mungkin juga menyukai