Anda di halaman 1dari 2

Sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN, kestabilan politik di kawasan serantau adalah amat

penting untuk Malaysia agar kepentingan dari sudut nasional terjamin. Oleh hal yang demikian, pelbagai
usaha dilaksanakan oleh Malaysia bagi memastikan kestabilan wujud di rantau ini.

Antara kepentingan kestabilan politik di Rantau Asia Tenggara kepada Malaysia adalah dapat
memajukan ekonomi negara Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana rantau ASEAN yang aman
adalah amat penting dalam meyakinkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia. Tambahan pula, aktiviti
perdagangan eksport dan import dapat berjalan dengan aman dan produktif seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan negara. Jelaslah kepentingan kestabilan politik di rantau ASEAN adalah untuk
memastikan ekonomi negara Malaysia maju.

Seterusnya, industri pelancongan Malaysia dapat digalakkan sekiranya wujud kestabilan politik di
rantau ASEAN. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila apabila keadaan politik di rantau ASEAN
adalah aman, maka pelancong asing akan datang melancong ke rantau ini termasuk Malaysia. Oleh hal
yang demikian, industri pelancongan dapat dimajukan kerana berlaku pergerakan pelancong antara negara
ASEAN seterusnya meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia. Benarlah kestabilan politik di
rantau ASEAN adalah penting bagi menggalakkan industri pelancongan di Malaysia.

Selain itu, kestabilan politik rantau ASEAN penting untuk mengelak campur tangan kuasa asing
di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana kuasa besar luar seperti negara Amerika Syarikat dan
Rusia lazimnya menunggu masa untuk campur tangan dalam sesebuah negara yang bergolak demi
kepentingan mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, kestabilan politik di rantau ASEAN dapat
memastikan negara-negara rantau termasuk Malaysia untuk tidak diganggu oleh kuasa luar yang boleh
mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Tegasnya, kestabilan politik di rantau ASEAN adalah
penting bagi mengelakkan campur tangan kuasa asing di Malaysia.

Peranan Malaysia untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan di Rantau Asia Tenggara
adalah dengan menjadi perantara proses rundingan damai. Sebagai contohnya, Malaysia telah berjaya
mendamaikan krisis di Selatan Mindanau antara kerajaan Filipina dan puak pemberontak yang telah
menggugat keselamatan di Filipina. Hal ini dikatakan demikian kerana puak pemberontak telah menuntut
wilayah autonomi bangsa Moro untuk mewujudkan pentadbiran sendiri. Oleh hal yang demikian, Filipina
telah meminta Malaysia untuk menjadi perunding dan penasihat untuk menyelesaikan krisis tersebut. Atas
inisiatif dan perbincangan dengan Malaysia sebagai negara perantara kerajaan Filipina bersetuju memberi
kuasa autonomi di Selatan Mindanao.

Seterusnya, peranan Malaysia untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan di Rantau Asia
Tenggara adalah dengan mengamalkan konsep ZOPFAN. Hal ini dikatakan demikian kerana konsep Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali adalah penting bagi memastikan rantau ASEAN tidak terjebak dengan
mana-mana krisis sama ada antara negara rantau atau negara-negara luar. Oleh hal yang demikian rantau
ASEAN tidak akan diganggu oleh masalah negara lain seterusnya memastikan politik di rantau ini kekal
terjaga. ‘

Kesimpulannya, kestabilan di Rantau Asia Tenggara adalah amat penting bagi negara Malaysia.
Oleh hal yang demikian, negara kita mestilah mengambil langkah yang proaktif dalam memastikan
kestabilan rantau ASEAN kekal terjamin agar tidak mengganggu kemaslahatan dan keselamatan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai