Anda di halaman 1dari 29

NOTA RINGKAS PENGAJIAN AM (PENGGAL 3)

TOPIK
Hubungan Diplomatik
*Dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk
I. Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dgn negara-negara tertentu)
II. Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan)
*Kriteria dan ciri dasar luar Malaysia
1. Dasar itu mestilah dasar yg boleh dipercayai
2. Dasar itu mestilah dasar yang menyedarkan
3. Dasar itu mestilah dasar yang konsisten dan koheren
*Faktor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar luar Malaysia
1. Kepentingan nasional
2. Piagam bangsa-bangsa bersatu
3. Kedudukan geografi
4. Agama islam
5. Bekas jajahan British
6. Dasar berkecuali
7. Wawasan pemimpin
*Prinsip dasar luar Malaysia
1. Berbaik-baik dengan negara-negara lain
2. Hidup bersama secara aman dan harmoni
3. Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
4. Keadilan sejagat
Era Dasar Luar
1. Tahap pertama: Era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970)

*Mengambil kira pertarungan kuasa dwipolar antara dua ideologi bertentangan iaitu
demokrasi dan komunis
*Dasar pro-Barat dan anti komunis serta menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara
Komanwel
2. Tahap Kedua: Era pemerintahan Tun Abdul Razak (1972-1976)

*Dasar luar Malaysia mula beralih kepada prinsip berkecuali dan ..internasionalisme dengan
Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM)
3. Tahap Ketiga: Era pemerintahan Tun Hussien Onn (1976-1981)

*ASEAN menjadi teras dasar luar Malaysia


4. Tahap Keempat: Era pemerintahan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad (1981-2003)

*Berorientasikan kepada pelbagai aspek seperti kedamaian dan keharmonian negara, aspek-
aspek ekonomi dan aspirasi negara-negara membangun
*Menyuarakan pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga spt penindasan terhadap
 penduduk kulit hitam di Afrika Selatan
 penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestine
 dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju
 reformasi sistem pentadbiran PBB yang selama ini berada di bawa dominasi kuasa-
kuasa besar dunia
 isi-isu berkaitan penyalahgunaan dadah
 isu tentang kawalan ke atas perdagangan mata wang
*Mengetengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat
*Sokongan kuat terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, penubuhan G-15 dan permulaan
‘Dasar Pandang ke Timur’
*Malaysia menjadi suara dunia membangun dan merupakan model ikutan bagi banyak
negara membangun apabila negara ini menjadi terkenal kerana mengambil pendirian aktif di
PBB dan persidangan antarabangsa yang lain
*Menyertai misi pasukan pengaman di bawah panji PBB
5. Tahap Kelima: Era pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

*Memainkan peranan utama dalam perumusan dan penerimaan Piagam ASEAN yang
diratifikasikan oleh semua negara anggota ASEAN dn seterusnya mula berkuat kuasa pada
15 Disember 2008
*Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang menggalakkan pendekatan pembangunan
berdasarkan perspektif tamdin Islam
6. Tahap Keenam: Era pemerintahan Dati’ Seri Najib Tun Razak (2009-kini)

*Konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


*Menggariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah:
 Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia di peringkat bilateral, serantau dan
antarabangsa menerusi diplomasi proaktif
 Merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015 menerusi Rangka Tindakan
Komuniti Keselamatan Politik ASEAN, Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi
ASEAN dan Rangka Tindakan Kebudayaan Sosial ASEAN
*Menjalin hubungan sangat baik dengan negara lain, di peringkat bilateral dan multilateral,
melalui mekanisme serantau dan antarabangsa yang sedia ada dalam ASEAN, PBB dan
pertubuhan lain yang Malaysia menjadi anggota

Kepentingan Dasar
1. Menjamin keselamatan rakyat dan negara
2. Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
3. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
4. Menangani perkembangan dan cabaran politik ,ekonomi, keselamatan dan sosial di
pentas dunia
5. Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
6. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman
negara lain
7. Melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa. Menjaga dan
mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
8. Membantu perkembangan ekonomi dalam negeri dengan membawa masuk seberapa
ramai pelabur asing
9. Menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan
lain-lain kepentingan negara dan persekitaran

Cara Malaysia Melaksanakan Dasar


1. Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira
ideologi dan sistem politik
2. Mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik
serantau dan antarabangsa
3. Menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara
terutamanya dengan ASEAN dan negara serantau yang lain
4. Menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan membina keupayaan
dan mengambil pendekatan menyelesaikan konflik
5. Berperanan sebagai pemimpin yang berpengaruh di peringkat ASEAN , Pergerakkan
Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kerjasama
Selatan-Selatan
6. Melibatkan diri secara gigih dan penuh bermakna dalam Pertubuhan Bangsa- Bangsa
Bersatu terutamanya dalam usaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta
menjunjung undang-undang antarabangsa
Kepentingan Hubungan Bilateral dan
1. Perkongsian sumber bahan mentah dan makanan

2. Pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi

3.Perluasan pasaran dan perdagangan


4. Perpindahan dan perkongsian modal

5.Kemasukan tenaga kerja


TOPIK
PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN
PERINGKAT

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)


 MENGAPA MALAYSIA MELIBATKAN DIRI DENGAN ASEAN
1. Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial
2. Memupuk kerjasama yang aktif dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal dan
pentadbiran
3. Membekalkan bantuan dan latihan
4. Memperluaskan perdagangan komoditi antarabangsa
5. Meningkat bidang pengajian dan pendidikan

 BAGAIMANA MALAYSIA MEMAINKAN PERANAN DENGAN ASEAN

1. Berkerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan


a) ZOPFAN ( Kawasan Aman Bebas dan Berkecuali )– perisytiharan Kuala Lumpur
1971
b) Forum serantau ASEAN (ARF)
2. Berkerjasama Dalam Bidang Ekonomi
a) Menyertai kerjasama ASEAN + 3 ( JEPUN, KOREA dan CHINA)
b) Menganggotai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
c) Menyertai Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan
d) Kawasan segi tiga pertumbuhan
3 . Bekerjasama Dalam Bidang Sosial dan Budaya
a) Majlis bahasa Brunei- Indonesia- Malaysia (MABBIM)

 ISU ISU SEMASA DALAM PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA


TENGGARA (ASEAN)

1. Piagam ASEAN
2. Komuniti ekonomi ASEAN (AEC)/ Pasaran Tunggal ASEAN
3. Faedah AEC kepada Malaysia
4. Komuniti ASEAN
5. Fokus bagi Komuniti ASEAN untuk 10 tahun akan datang

 DOKUMEN ASEAN 2025 : BERSAMA MELANGKAH KE HADAPAN


1. Ditandatangani oleh pemimpin ASEAN pada sidang Kemuncak ASEAN ke-27
2. Menggariskan laluan bagi pembinaan Komuniti ASEAN bagi 10 tahun akan
datang
3. Merupakan pelan tindakan berwawasan yang mengariskan matlamat dan aspirasi
ASEAN
4. Fokus bagi komuniti ASEAN ;
a. Lebih penekanan terhadap kesejahteraan rakyat ASEAN
b. Memastikan hak kebebasan asas, hak asasi manusia dan kehidupan lebih
baik warga ASEAN
c. Memperkukuhkan Sekretariat ASEAN
5. Tiga teras ASEAN ;
a. Komuniti politik-keselamatan
b. Komuniti ekonomi
c. Komuniti sosio budaya

 FAEDAH ASEAN 2025 KEPADA WARGA ASEAN


1. Kehidupan yang lebih bersatu, terjamin dan aman
2. Melindungi hak asasi manusia
3. Menikmati lebih kemakmuran
4. Menikmati akses kepada produk dan perkhidmatan

 FAEDAH ASEAN 2025 KEPADA RAKAN-RAKAN KONGSI ASEAN


1. Mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau
2. Menangani isu-isu luaran
3. Menangani cabaran keselamatan bukan tradisional
4. Meningkatkan aktiviti ekonomi, perdagangan dan pelaburan

 ISU-ISU ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA ASEAN


1. SINGAPURA
a. Tambak laut
b. Bekalan air mentah
c. Simpanan wang pekerja
2. INDONESIA
a. Pendatang tanpa izin
b. Pencerobohan nelayan
c. lanun
3. THAILAND
a. Pencerobohan nelayan
b. Keganasan di Selatan Thailand
4. FILIPINA
a. Tuntutan keatas Sabah
b. Lanun
 FAEDAH-FAEDAH DIPEROLEH MALAYSIA HASIL PENGLIBATANNYA
DALAM ASEAN

1. Ekonomi
2. Sains dan teknologi dan inovasi
3. Sumber-sumber pengeluaran
4. Tenaga buruh dan kepakaran
5. Kelestarian alam sekitar
6. Kestabilan politik dan keselamatan

 CABARAN DALAM ASEAN

1. Kurangnya permintaan daripada pasaran dunia terhadap sumber bahan utama


2. Persamaan pengeluaran dan pamasaran menyebabkan persaingan sesama sendiri
3. Pergantungan kpd negara2 maju masih berlanjutan
4. Pelaksanaan projek ekonomi mengikut kepentingan negara sendiri dan bukan
kepentingan serantau

PERINGKAT

3.2 Peringkat Global


3.2.1 Malaysia dan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Mengekalkan perdamaian dunia , terutamanya drpd bahaya peperangan dunia.
- Menyelesaikan sebarang masalah dunia dlm bidang politik, ekonomi, makanan, kesihatan
dan sebagainya.
- Memberi bantuan kpd negara-negara yg perlu terutamanya dlm bidang ekonomi, politik
dan sosial.
B) Bagaimana Malaysia melibatkan diri untuk merealisasikan hasrat ini ? melalui…
1. Majlis perhimpunan agung
- Bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-
wakilnya.
- Sbg alat PBB tunggal yg diwakili oleh kesemua ahli – membincangkan persoalan
undang-undang antarabangsa serta membuat pengendalian pertubuhan ini
- Isu-isu dan perjuangan Malaysia dlm PBB bg membangkitkan kesedaran
antarabangsa :-
- a. memerangi penyalahgunaan dadah
- b. masalah org pelarian
- c. menghentikan dasar apartheid
- d. menentang pencerobohan Russia di Afghanistan
- e. kekejaman Israel
- f. masalah ekonomi negara-negara miskin
- g. isu antartika

2. Majlis keselamatan
- Dianggotai oleh 15 buah negara termasuk ( America , Russia , Britain , Perancis
dan China.
- Objektif – mendengar , membincang , dan menyelesaikan isu pertelingkahan
dengan negara anggota.
- Merupakan alat yg paling berkuasa dlm PBB.
- Keputusan-keputusan MK dinamakan “ketetapan majlis keselamatan PBB”

3. Majlis ekonomi dan sosial


- Objektif – meningkatkan dan memberikan khidmat taraf hidup penduduk dan
negara-negara dunia melalui cawangan-cawangannya seperti UNESCO ,
UNCHR , dan WHO
4. Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO)
- Beribu pejabat di Ganeva , Switzerland dan berobjektif untuk meningkatkan taraf
manusia sejagat.

5. Pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan ( UNESCO )


- Ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Paris.
- Objektif :
1. Membantu negara-negara anggotanya keupayaan manusia dan institusinya dlm
pelbagai bidang.
2. Menggalakkan kerjasama antarabangsa di kalangan negara anggotanya dlm
bidang pendidikan , sains , sosial, kebudayaan, dan komunikasi.
3. Berfungsi sebagai pusat yg menyebarkan dan berkongsi maklumat

6. Pertubuhan makanan dan pertanian ( FAO )


- Beribu pejabat di Itali dan bermatlamat utk meningkatkan pengeluaran makanan ,
membaiki sistem agihan makanan dan mengatasi kebuluran

7. Pertubuhan buruh antarabangsa ( ILO )


- Utk menegakkan keadilan sosial khas utk golongan pekerja
- Standard hak asasi minimum buruh
- Kebebasan utk berpersatuan , hak utk mngendalikan persatuan , perjanjian
kolektif, pemansuhan buruh paksa, kesamaan peluan dan layanan.

8. Tabung kewangan antarabangsa ( IMF )


- Terdiri daripada 184 buah negara anggota.
- Objektif :
1. Menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa melalui institusi tetap yg
mnyediakan jentera bg perundingan ttg masalah kewangan antarabangsa.
2. meggalakkan kestabilan tukaran wang asing dan memelihara aturan tukaran
wang asing yg tersusun di klgn negara anggotanya.
3. mmberikan bantuan kewangan sementara kpd negara2 yg mengalami krisis
kewangan.
9. Pesuruhjaya tinggi tentang orang pelarian PBB ( UNHCR )
- Bertanggungjawab untuk memimpin dan menyelaraskan tindakan antarabangsa
bagi perlindungan orang pelarian dan menyelesaikan masalah mereka.

10. Persidangan perdagangan dan pembangunan PBB ( UNCTAD


Bertujuan untuk :
1. Mengintegrasikan negara2 sdg membangun ked lm ekonomi dunia.
2. Mengurus isu perdagangan dan pembangunan secara bersepadu serta isu2 lain
yg berkaitan dlm bidang kewangan teknologi dan pelaburan
3. Forum bg perbincangan antara kerajaan yg disokong oleh perbincangan pakar ekonomi
serta pertukaran pertukaran pengalaman utk mencapai persetujuan sebulat suara.

11. Tabung kanak-kanak PBB ( UNICEF


) katkan kehidupan kanak2.

Merupakan badan dunia yang yg nasan penyakit dan diskriminasi yg


memperting kah utk mmberi kanak2 penjagaan
k2 perempuan.
Objektif : utk mengatasi kemiskinan , kega
dihadapi oleh kanak2 , menganjurkan lang
- terbaik
Objektif, menggalakkan
: pendidikan bagi kana
12. Makhamah pengadilan
- 1. Menyelesaikan antarabangsa
pertikaian undang2( ICJ )
yg diserahkan oleh ahli2 negara
- 2. Memberi nasihat ttg soalan2 undang2 yg diserahkan oleh alat2 dan agensi2
antarabangsa yg diberi kuasa.
***Sebab2 Malaysia kurang senang terhadap PBB.
1. PBB telah byk dipengaruhi oleh kuasa2 besar dunia.
2. PBB menyelesaikan isu agak lambat dan mengamalkan dasar pilih kasih
3. PBB tidak berupaya menentang keganasan Israel terhadap rakyat palestin dan
keganasan amerika syarikat di Iraq.
4. Majlis keselamatan PBB tidak demokratik kerana 5 anggota tetapnya mempunyai
kuasa veto.
***Mengapa PBB dianggap tidak efektif:
1. Setiap negara anggota mementingkan kepentingan masing2 dan meletakkan dunia
sebagai priority kedua.
2. Melaksanakan sistem pengundian dalam proses membuat keputusan yang
mendahulukan kuasa veto berbanding suara majoriti.
3. PBB dan perbadanan antarabangsa hanyalah merupakan satu alat bagi negara
berkuasa besar untuk menggunakan pengaruh mereka.

Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)


 Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara yang majoritinya penduduk beragama
Islam.
Kenapa Malaysia Menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
 Bekerjasama dengan negara anggota lain (bidang ekonomi,sosial,budaya,saintifik dan
pelbagai bidang lain).
 Menyokong usaha OIC (melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan).
 Menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis.
 Menyelesaikan pertelingkahan antara negara anggota secara rundingan
 Membentuk hubungan harmoni antara negara
Bagaimana Malaysia Melibatkan Diri Dalam OIC
1. Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
 Badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC
 Forum para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di
negara-negara Islam
2. Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
 Para menteri luar negara anggota membincangkan keadaan sosio ekonomi di
dunia Islam
 Membuat penilaian terhadap institusi Islam
3. Lapan Negara Membangun (D8)
 Kumpulan negara membangun(membentuk satu pakatan pembangunan
ekonomi)
 Objektif D8- i) Membasmi kemiskinan
ii) Menambah peluang pekerjaan
 Sumbangan- i) Perbankan Islam
ii) Takaful Islam
Inisiatif&Sumbangan Malaysia kepada Ekonomi Negara-negara Islam
1. Sebagai sebuah negara Islam contoh
 Menjadi model pembangunan negara Islam dari segi kemajiuan dan
pentadbiran
2. Sebagai pengerusi
 Membangun&memajukan umat Islam di dunia termasuk umat Islam di
negara bukan Islam
3. Sebagai negara anggota
 Memupuk perpaduan dan meningkatkan kerjasama( bdg.
ekonomi,perdagangan,pendidikan&kebudayaan)
4. Menyertai dan menganjurkan program-program
 Program Bina Upaya Bagi Negara Anggota
 Forum Ekonomi Islam Sedunia(WIEF)
 Standard Halal Antarabangsa
 Organisasi Zakat Antarabangsa
 Program Jaminan Kualiti di Institut Pengajian Tinggi(IPT)
 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer(OIC-CERT)
Malaysia dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
A. Kenapa Malaysia menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
 Menghormati hak asasi manusia selaras dengan piagam PBB
 Mengakui persamaan semua ras negara-negara dunia
 Memupuk kerjasa yang erat di kalangan negara anggota
B. Peranan Malaysia Dalam Hubungan Negara-Negara Berkecuali Melalui
1. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
2. Negara-negara Islam
Malaysia dan Kerjasama Selatan-Selatan
A. Bagaimana Tertubuhnya Kerjasama Selatan-Selatan?
 Hasrat penubuhan dikuatkan berikutan daripada kelemahan dialog Utara-
Selatan
B. Apakah dia Dialog-Utara Selatan?
 Forum perbincangan antara Negara Maju (Utara) dengan Negara Membangun
(Selatan)
C. Apakah hasil Dialog Utara-Selatan?
 Wujudnya Sistem Keistimewaan Am di mana Negara Membangun berdagang
dengan Negara Maju tanpa sekatan tarif
 Pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
D. Apakah yang dimaksudkan dengan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
 Menghapuskan jurang antara Negara Maju dengan Negara Selatan
E. Tujuan Malaysia Menyertai Kerjasama Selata-Selatan
 Membentuk satu kerjasama yang lebih berkesan di kalangan negara-negara
Selatan dalam menghadapi perkembangan ekonomi dunia
F. Kumpulan Lima Belas (K-15)
 Mesyuarat peringkat kumpulan Negara Selatan
Malaysia dan Komanwel
Sebab Malaysia Menganggotai Komanwel
 Mengeratkan perhubungan dan perpaduan
 Menjaga dan memajukan negara
 Membentuk persepaduan
 Mendapat kemudahan dan layanan yang baik
 Meningkatkan lagi kepakaran dalam pelbagai bidang

MALAYSIA DAN BADAN/MESYUARAT/KERJASAMA LAIN


1. Kerjasama ekonomi Asia Pasifik (APEC)

 Teras kerjasama APEC

 Liberalisasi perdagangan dan pelaburan

 Kemudahan perdangangan dan pelaburan

 Kerjasama ekonomi dan teknikal


 Objektif

 Kawal peningkatan ekonomi

 Meningkatkan matlamat positif

 Mengurangkan sekatan

2. Deklarasi kazan

Menteri – menteri pertanian APEC memuktamadkan Mesyuarat Peringkat


Menterio APEC kedua mengenai Jaminan Makanan di Kazan,Rusia pada
Khamis dengan mengeluarkan Deklarasi Kazan mengenai Jaminan Bekalan
Makanan APEC.

3. Sidang kemuncak Asia Timur ( EAS )

 Syarat menganggotai AES

o Menandatangani perjanjian persahabatan dan kerjasama ( TAC )

o Menjadi rakan dialog ASEAN

o Menjalinkan hubungan yang kukuh dengan negara anggota

 Tujuan

o Berusaha menghapuskan kemiskinan dan merapatkan jurang


pembangunan di Asia Timur

o Mengalakkan persefahaman budaya, hubungan rakyat dengan rakyat


dan meningkatkan kerjasama

 Cabaran

o Perbezaan besar dalam kebudayaan, ekonomi dan politik

o Pemerintahan tentera di Myanmar

4. Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)

 Matlamat ASEM

i. Mempromosikan pelaburan dan perdagangan

ii. Meningkatkan pembangunan sumber manusia

 Kepentingan ASEM

i. Menyumbangkan kepada isu global dan keamanan negara


ii. Mengukuhkan multilateralisme dan menangani ancaman keselamatan

5. Kumpulan 20 ( G-20)

 Matlamat

i. Mewujudkan suasana perniagaan yang menarik pelaburan asing secara


langsung

ii. Meliberalkan perdangangan antarabangsa

6. Organisasi perdagangan dunia (WTO)

Tujuan

i. Meliberalkan perdangangan antarabangsa

ii. Menetapkan peraturan perdangangan antarabangsa

7. Dialog Antarabangsa Langkawi ( LID )

 Tujuan

i. Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan


negara membangun

ii. Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara – negara


Afrika yang nampaknya senada dalam isu – isu global dan menghadapi
kuasa – kuasa besar.

8. Perjanjian jaminan pelaburan

 Malaysia telah mengadakan 56 IGA dengan negara membangun

 Pencapaian melalui teknologi bio-hapus kemiskinan dalam tempoh singkat

 Menubuhkan Biotech Corp

Konvensyen Geneva

 Mengandungi 4 perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland yg menetapkan


piawai bagi undang – undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan.

 Menjadi dasar kepada undang – undang kemanusiaan di seluruh dunia.


 Layanan kepada orang yang cedera, orang awam, mangsa nahas kapal dan tahanan
perang

 Tidak melibatkan penggunaan senjata yang berada dalam ruang lingkup


Konvensyen Hague 1899 dan 1907 dan Protokol Geneva berkenaan penggunaan
senjata gas dan biologi tahun 1925.

 Diikuti penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tahun 1863.

Program Kerjasama Teknikal Malaysia ( PKTM

 Merupakan satu manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama di antara negara


selatan – selatan dengan negara lain yang sedang membangun

 Diwujudkan supaya negara sedang membangun (NSB) boleh pelajari pengalaman


dan kepakaran dalam pembangunan negara daripada NSB sendiri

 Negara – negara ASEAN, negara – negara Anggota persidangan Islam dan negara
kepulauan Pasifik, Asia serta negara yang mundur di Asia dan Afrika diberi
keutamaan dalam menerima bantuan

 Malaysia melalui PKTM terus menawarkan kerjasama teknikal kepada negara


selatan

 PKTM akan memainkan peranan yang lebih strategik

 PKTM juga berusaha untuk berkerjasama rapat dengan sektor swasta dan NGO
serta melaksanakan program cara perkongsian kos dengan negara anggota

 Teras strategik PTKM adalah mempromosikan kerjasama, terlibat lebih giat


dalam sektor swasta dan NGO serta pelancongan, industri, kesihatan, dan
pendidikan.

 Tujuan :

o Mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan negara2 sedang


membangun.

 Mempertingkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan


negara2 sedang membangun seperti perdagangan langsung dan
pasaran.

 Memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk ceburi


dalam pelaburan di negara tersebut.

 Bantu negara yang mundur dan yg sedang membangun atas dasar


perikemanusiaan tanpa sebarang balasan
 Contoh bantuan dan kemudahan yang disediakan:

o Biasiswa dan hadiah latihan kepada pelajar di Universiti serta institusi


latihan di Malaysia

o Dapat berlatih di pelbagai institusi di Malaysia

o Kepakaran serta khidmat nasihat

o Lawatan sambil belajar serta petempatan di agensi – agensi kerajaan.

 Strategi pelaksanaan:

o Malaysia menangung semua kos bantuan

o Malaysia dan negara penerima bersama – sama tangung kos bantuan

o Malaysia sediakan segala kemudahan dan negara penerima tanggung kos


bantuan

o Malaysia sediakan segala kemudahan dan pihak – pihak tertentu biaya kos
penyertaannya.

Penglibatan Malaysia di arena Antarabangsa


 Bidang ekonomi:

o Komited melaksanakan dasar luar

o Usaha kea rah mempelbagaikan pasaran melalui inisiatif perdagangan dua


hala, serantau, dan pelbagai hala.

o Juga menjadi ahli bank dunia

o Menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan


penyelidikan guna bantuan daripada bank negara

 Bidang politik :

o Penglibatannnya amat jelas terutamanya dala PBB

o Berhak menuntut hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip2


keamanan sejagat
o Juga berpendirian tegas dalam usaha menyelasaikan masalah Palestin
dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa di KL

o Telah berkerjasama dan menyertai agensi di bawah kelohan PBB


(FAO,WHO,UNESCO dll)

o Telah mendapat pengiktirafan khususnya daripada PBB

 Isu alam sekitar

o Persidangan kepelbagaian Biologi ( Protokol Cartagena )

o Pencemar organik yang berkekalan ( konvensyen Stockholm )

o Mengenai bahan2 yang memusnahkan lapisan ozon ( Protokol Monteral )

o Masalah bioteknologi ( Protokol Cartagena)

o Persidangan bumi ( Pengisytiharaan Rio )

o Perubahan iklim ( Protokol Copanhagen )

o Pemanasan global atau pembebasan gas rumah hijau

( Protokol Kyoto)

 Rencana umum

o Malaysia: kerjasama Antarabangsa dalam konteks pembangunan lestari

o Contoh kerjasama:

 Persidangan Stokholm (1972)

 Persidangan Rio ( 1992 )

 Persidangan Johannesburg ( 2002 )

 Protokol Montreal

 Protokol Kyoto ( 1997 )

 Deklarasi Langkawi (1989 )

o Malaysia : pendirian terhadap kependudukan China di kepulauan Spratly


dalam isu perebutan Laut China Selatan dan isunya ialah:

 Keperluan memastikan keamanan, keselamatan, dan kestabilan


serta kebebasan pelayaran dan penerbangan
 Tuntutan bertindih melibatkan beberapa buah negara iaitu Brunei,
Filipina, Malaysia, Vietnam dan China.

o Penyelesaian :

 Negara ASEAN telah menandatangani Deklarasi Tatalaku pihak2


berkepentingan di Laut China Selatan

 Elakkan sebarang tindakan yang boleh mengugat keamanan,


kestabilan, ketegangan, kebimbangan, kecurigaan dan provokatif

 Rondaan, pengawasan, pemantauan dan pengautkuasaan sentiasa


dilaksanaan bagi memastikan kepentingan dan keselamatan negara
di Laut China Selatan.

TOPIK
ISU DAN CABARAN

POLITIK
A. Hubungan Diplomatik
i) Persefahaman antara sosiobudaya
-Malaysia memperkenalkan budaya melalui corak pakaian , makanan dan budaya
ii.Perkembangan dalam bidang pendidikan
-Peluang melanjutkan pelajaran ke Negara maju
iii.Perkembangan dalam bidang sukan
-pemain tempatan berpeluang beraksi & berbanding dalam sukan antarabangsa
iv.Kemajuan dalam perdagangan
-kerjasama ekonomi melalui perjanjian perdagangan bebas dengan Negara maju dan
Asean
v. Kemajuan dalam bidang pembuatan/perindustrian

-‘Dasar Pandang ke Timur’ dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai
Negara contoh.
vi. Peningkatan pasaran buruh
-penawaran buruh dari Negara sedang membangun(Indonesia,Bangladesh,Myanmar)
B. Penentuan Dasar Luar
 Malaysia menentang kuasa besar yang menggugat atau mengancam kestabilan &
keselamatan serantau.

 Malaysia menyertai pelbagai forum di peringkat antarabangsa untuk menghindarkan


ancaman keganasan,komunis mahupun ancaman dadah.

 Malaysia menghormati hak asasi manusia & menentang dasar Apartheid di Afrika
Selatan .

 Malaysia menyokong pertubuhan antarabangsa seperti


ASEAN,PBB,KOMANWEL,OIC dan NAM

 Malaysia memperjuangkan prinsip kebebasan manusia dan perjuangan kea rah


menghapuskan penindasan politik dan ekonomi serta segala bentuk penjajahan di
dunia.

C. Kepentingan bersama ASEAN


1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bersama ASEAN melalui projek :
 Projek Urea di Malaysia dan Indonesia, Projek Fabrikasi di Filipina, Projek Vaksin
Hepatitis B di Singapura, Projek Garam Batuan di Thailand.

 Perjajnjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

 Pembentukan Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN BANKING COUNCIL)

 Pertumbuhan Segi TIga Kawasan untuk membangunkan wilayah baru. Contohnya,


Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia- Singapura (IMS-GT)

2. Pertubuhan yang diwujudkan untuk kepentingan bersama:


 Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM) ditubuhkan 4
November 1985 dan bersidang 2 kali setahun. Berfungsi mengembangkan Bahasa
Melayu dan menjaikanny sebagai alat perhubungan dan semangat persaudaraan
antara negara anggota.

 Membentuk Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara( SEAMEO)

 Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen untuk kerjasama dalam bidang


komunikasi.

D. Keselamatan Negara dan Serantau


 Pendekatan Malaysia dalam hubungan luar adalah melalui rundingan, berkecuali,
bertolak ansur, menjadi perantaraan dan hubungan diplomasi.

 Malaysia menjalankan dasar berkecuali

 Awal Kemerdekaan, Malaysia pro-barat kerana ketika itu Malaysia tidak mempunyai
pasukan tentera yang lengkap, canggih dan diancam komunis.

 Malaysia setuju perjanjian SEANWFZ, Zon Bebas Senjata Nulear.

 1972-1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara berideologi


komunis (Vietnam Utar, Jerman, Monggolia)

 Malaysia megamalkan sika bertolak ansur dan menerima cadangan masing-masing.

 Malaysia menjadi perantara dalam isu Kemboja.

 Mac 2013 berlaku pencerobohan penganas Sulu di Lahad Datu, Sabah,

E. Keamanan dan Kestabilan Serantau dan Global


 Malaysia menghantar pasukan penngaman PBB dalam peperangan di Iraq
(1990,1991) Somalai, Bosnia Herzegovina, Kosovo) dan Timur Leste ( 2000).

 Di Lebanon,tentera menjadi pasukan pengaman terbaik kerana menjalankantugas-


tugas kemasyarakatan.

 Malaysia berpendapat bahawa kedaulatan sesebuahnegara harus dihormai.

 Malaysia tentang pencerobohan ke atas Kemboja, Afghanistan dan Kuwait, Vietnam


berundur dari Kemboja (1989) dan serati ASEAN (1999).

 Malaysia perjuangkan penyelesaaian politik secara aman di Afghanistan.

 Menentang keras sikap Israel yang tidak berperikemanusian di Palestin.

 Malaysia mengecam tindakan Korea Utara yang mengadakan ujian bom nuclear.

F. Cabaran Dalam Pembangunan Negara Islam


1. Kemiskinan
 Kerana keadaan bumi yang berbukit bukau, kurang subur dan gersang (di benua
Afrika )

2. Masalah buta huruf


 Terdapat negara Islam yag tidak membenarkan anak perempuan belajar di sekolah.

3. Kesukaran dalam perhubungan dan komunikasi


 Sukar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan negara barat
 Negara Islam kurang teknologi dan ramai yang tidak celik ICT

4. Bencana
 Kemarau, Letusan gunung berapi, banjir dan ributtaufan

5. Masalah Kesihatan
 Kurang penjagaan kesihatan dan kemudahan perubatan.

6. Masalah Keselamatan
 Terdedah dengan ancaman terutama di negara Timur Tengah.

7. Mangsa Perebutan
 Di palestin, bantuan makanan dan perubatan tidak dapat dihantar kerana berlaku
peperangan.

SAINS DAN TEKNOLOGI


A. Ancaman senjata pemusnah besar-besaran(WMD)-senjata kimia,Biologi ,Radioaktif
dan Nuklear (CBRN)
*Isu dan cabaran yg amat berbahaya dalam dimensi ini
*akan menyebakan kemusnahan paling maksimum
*mencederakan orang dan menyebakan kerugian dari segi ekonomi serta mewujudkan
ketidaktenteraman
*virus antrax,’Food safety threats’,virus nipah –contoh agen CBRN
*prasarana dan perhubungan terputus
*Aktiviti ekonomi terjejas kerana ramai tenaga kerja cedera dan maut
Tindakan
1. Peringkat Global (PBB)

-pertubuhan kesihatan dunia (WHO)-meningkatkan taraf kesihatan


-pertubuhan makanan dan pertanian (FAO)-meningkatkan pengeluaran makanan dan
mengatasi kebuluran
2. Peringkat serantau(ASEAN)

-penubuhan ZOPFAN –keamanan serantau melalui dasar perkecualian serantau


-foroum serantau ASEAN –penyelesaian akibat dari konflik disebabkan penggeseran kuasa
3.Peranan setiap negara
-memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung ancaman gejala ini
Kesan senjata pemusnah besar-
 Keselamatan terancam

 Pencemaran dan masalah kesihatan

 Prasaranan dan perhubungan terputus

 Kegiatan ekonomi terjejas

 Kos yang tinggi

B. Pembangunan Teknologi Nuklear


-TN mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan utk kesejahteraan
-Amerika Syarikat,Perancis ,Jerman dan Jepun (terdapat TN)
-penjanaan tenaga dari logi2 nuklear sbg sumber tenaga alternative
Kegunaan Nuklear:
 Bidang kesihatan dan perubatan-mengesan penyakit berbahaya spt Kanser

 Bidang industry-mengawal mutu produk

 Bidang makanan- pengeksportan buah-buahan

 Bidang pembuatan – mengesan kerosakan yg berlaku

C. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


-laluan pantas utk setiap negara bergerak dlm bidang ekonomi,politik dan sosial
-Tahun 1965 sisteam rangkaian jauh yg pertama di Malaysia
-Tahun 1970 stesen satelit di Kuantan ,Pahang
- Malaysia melancarkan MEASAT 1&2 (1996)
-MEASAT 3 (2006) , MEASAT 3a (2009)
-Mewujudkan MSC utk pasaran global
Ancaman siber:
 Penggodaman dan pemalsuan data

 Peras ugut siber

 Pengintipan siber dan melanggar hak intelektual

D. Kemajuan Nanoteknologi
-melibatkan komponen kecil yg terlalu seni utk dilihat dengan mata biasa
-dalam skala nano(1-100nm)
Tindakan Malaysia untuk memajukan nanoteknologi:
-Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM144.4 Juta (Peruntukan Nanoteknologi Kebangsaan
(INN) ).
Kerjasama antarabangsa dalam bidang Nanoperubatan :
-UPM telah mengembangkan penyelidikan dalam bidang nanoteknologi ke peringkat
antarabangsa.
-Syarikat Teknologi Nanoperubatan Phamasol GmBH di Berlin,Jerman memindahkan
pengetahuan teknologi tersebut kepada UPM.
-Malaysia menyertai forum tahunan antarabangsa berkaitan dengan nanoteknologi.(Forum
Nano Asia)
-Menghantar delegasi untuk menghadiri pameran berhubunga nanoteknologi.(Pameran
Nanootech 2013)
E. Perkembangan Sains Forensik
1. Analisis khas dadah
-Bidang forensic akan menganalisis dadah yang dirampas
2. Siasatan kes keracunan
-Disiasat oleh Seksyen Toksikologi
-Jenis racun akan dikesan & dianalisis mengikut kategori.

3. Siasatan DNA

-Unit forensic dapat mengenal pasti DNA ke atas barang2 bukti biologi seperti cap jari,darah
dan rambut.

4. Seksyen Kriminalistik

-Siasatan & pemeriksaan bukti2 fizikal yang berkaitan dengan jenayah berat.

-Contoh:Senjata api ,kenderaan,bukti surihan,cakera optic cetak rompak dan lain-lain.

5. Pemeriksaan Dokumen

-Dokumen yg dipertikaikan ialah yg berkaitan dengan tulisan


tangan,tandatangan,pengubahsuaian dokumen,dokumen terbakar,kesan tekapan,proses
cetakan,penggunaan dakwat dan kertasnya.

F. Pembangunan Inovasi
Halangan untuk membangunkan inovasi ;
-Kekurangan pendedahan ilmu inovasi bertaraf dunia daripada pelbagai peringkat.
-Kurang sokongan pihak swasta untuk menaja projek inovasi.
-Kekurangan teknologi yang canggih untuk menghasilkan dan memasarkan produk inovasi ke
luar negara.
-Produk inovasi negara mendapat kurang sambutan pihak luar terutama pasaran global.
-Sikap anggota masyarakat yang pasif dan kurang bersaing terhadap inovasi antarabangsa.
-Kekurangan bahan mentah untuk dijadikan bahan sumber inovasi.
-Penyelidikan yg kurang tentang inovasi bertaraf dunia.

Usaha negara:
-Kerajaan Malaysia menghadiri ‘Festival Ideas’ di Australia.
-Malaysia menganjurkan aktiviti ‘Jejak Inovasi’ di seluruh negara.
Malaysia menganjurkan forum ‘World Innovation Forum Kuala Lumpur’ yg disertai 1500
delegasi antarabangsa daripada 50 buah negara.
-Malaysia menyertai ‘Asia Grassroot Innovation Design Competition.

G. Perubahan Iklim

Faktor perubahan iklim


-Kepadatan penduduk dunia
-Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)
-Perkembangan dalam industry
-Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor
-Pembakaran terbuka dan kejadian jerebu

Faktor semula
Usaha menangani perubahan iklim :
-Malaysia menghadiri Persidangan Kyoto pada tahun 1997 & Persidangan
Copanhagen,Denmark pada Disember 2009 berhubung isu perubahan iklim dunia.
-Melaksanakan pengurusan bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia.
-Mengadakan Kempen Program ‘Earth Hour’
-Menyertai persidangan antarabangsa tentang kawalan ke atas Antartika.
-Menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel berhubung Perubuhan Iklim.
-Menjalankan penyelidikan dengan kerjasama negara luar.
-Menganjurkan Pameran dan Persidangan Peringkat Antarabangsa Kerajaan Malaysia.

EKONOMI
A. Persaingan Ekonomi Global

 Kedudukan Malaysia ke-21 dunia sbg Negara paling berdaya saing membuktikan
Malaysia berupaya menghadapi ekonomi dunia yg tidak stabil.

 Faktor yg menjadiakan Malaysia berpontensi meningkatkan kadar pertumbuhan


ekonominya:-

 Sumber bahan mentah yang banyak untuk dimajukan.- kelapa sawit, getah,
kayu balak,gas cecair dan petroleum.

 Sumber tenaga manusia yang mudah diperoleh.

 System perbankan dan kewangan yang kukuh

 Malaysia mempunyai hubungan dagangan yang baik di peringkat


antarabangsa. – cth hubungan dgn China

 Dasar Negara yang bijak. – cth Dasar Pandang Ke Timur

 Pasaran yang baik.- Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

B. Perkembangan Sektor Pertanian

 Malaysia gigih berusaha untuk memajukan sektor pertanian standing dng


peringkat antarabangsa.

 Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam sektor pertania:-

 Wujudnya persaingan pasaran antarabangsa.- sbg cth; Indonesia


merupakan pengeluar minyak sawit utama dunia selain Malaysia

 Kurangnya teknologi moden yang dapat menyumbang hasil berskala besar.

 Kurangnya penyelidikan tentang pertanian moden. – cth penyelidikan


tentang tanaman moden, biji benih, teknik biak baka dan sbgnya masih
kurang.

 Perkongsian antarabangsa dan serantau yang terhad ke atas tanaman


tertentu.
 Tenaga kerja yang kurang mahir danberkurangan.

 Masalah cuaca, penyakit tanaman dan serangan musuh tanaman.

 Usaha Malaysia dalam sektor pertanian peringkat antarabangsa:-

 Menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa.- cth Pameran Pertanian,


Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA).

 Mengadakan program latihan usahasama dng Negara luar. - Sbg cth


kerjasama antara Jabatan Pertanian Malaysia dng The Japan Agricultur
Exchange Caucil, Jepun

 Menghasilkan makanan ternakan dan baka ternakan dng kerjasama pihak


luar.

 Menghasilkan padi kacukan luar Negara.

 Menjalankan penyelidikan tentang pengubahsuai genetic tanaman.

 Mengeksport keluaran tempatan ke luar Negara.

C. Kemajuan Industri Perkapalan

 Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam Industri Perkapalan.

 Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam industry perkapalan

 Ancaman cuaca buruk yang perlu dihadapi

 Kos penggunaan teknologi moden yang tinggi

 Ancaman lanun menjadi halangan kpd kapal-kapal besar yang


menggunakan laluan perairan tertentu

 Pihak pengurusan pelaburan akan menhadapi kerugian jika kapal yang


dijanjikan tidak sampai ke pelabuhan.

 Usaha Malaysia untuk memajukan industry perkapalan:-

 Malaysia telah menyertai Pertubuhan Maritim Antarbangsa atau IMO


 Menghadiri Forum Pemilik Kapal Asia (ASF)

 Mematuhi Konvensyen dan Peraturan Antarabangsa.

 Menganjurkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langawi


2013 (LIMA’ 13)

 Mengadakan latihan Maritim untuk meningkatkan kemahiran kakitangan

 Penggunaan kapal canggih dan teknologi moden dalam bidang maritime

D. Pelaburan asing

 Merupakan sumber yang penting kpd pembangunan . Melalui kemasuakn modal


asing, pertumbuhan kilang semakin banyak dan dapat menyediakan peluang
pekerjaan kpd penduduk setempat.

 Aspek penting yg diambil kira oleh pelabur adalah:-

 Mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran.- melalui pendidikan teknik


dan vokasional

 Kestabilan politik di Negara tersebut . – Malaysia mengamalkan


demokrasi berparlimen

 Kemudahan infrastruktur yang lengkap. – seperti rangkaian jalan raya


yang baik dan pelabuhan yang canggih

 Bahan mentah yang senang diperolehi. - getah, kelapa sawit dan koko

 Skim galakan kerajaan.- sbg cth ; pengurangan cukai dlm tempoh tertentu

 Kebaikan yg diperolehi oleh masyarakat dan Negara daripada kemasukkan


pelabur asing.

 Pembangunan kawasan baru. – sbg cth ; pembukaan kawasan Iskandar


Malaysia untuk pelabur dari Singapura

 Peluang pekerjaan yang tersedia kpd penduduk setempat.

 Meningkatkan pendapatan Negara melalui duti eksport.


 Pengaliran wang masuk kepada Negara.

 Perkongsian teknologi.

 Kewangan Negara semakin kukuh.

E. Hubungan sosioekonomi

 Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan Negara luar bukan sahaja
memajukan bidang ekonomi tetapi juga bidang sosial negara.

 Pelaburan asing :

 Kemasukan modal asing melalui pertumbuhan kilang dan penyediaan


peluang pekerjaan.

 Perdagangan

 Kerjasama dengan negara China membolehkan Malaysia mengeksport


minyak sawit mentah dengan menguntungkannya.

 Pasaran buruh

 Kerjasama yang baik dengan negara-negara seperti Indonesia, Nepal


dan Filipina membolehkan Malaysia mendapat bekalan buruh dengan
kos upah yang berpatutan.

 Industri

 Dasar Pandang Ke Timur telah mengeratkan lagi hubungan Malaysia


dengan Jepun dan membawa keuntungan yang besar kepada Malaysia
seperti mana kejayaan pembuatan kereta Proton dan Perodua
Malaysia .

 Pendidikan

 Malaysia turut menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada


warga luar untuk belajar di Malaysia dan juga mewujudkan program
berkembar dengan negara luar. – meningkatkan mutu pendidikan
negara dan menjimatkan kos.
 Sebagai contoh program berkembar Praperkhidmatan B. Ed (TSL)
antara Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti luar
negara yang telah dilancarkan mendapat sambutan yang baik daripada
univesiti luar negara.

 Sukan

 Ramai jurulatih dari luar negara dipelawa untuk membimbing


pemain dan atlet tempatan.

 Negara juga mengadakan perlawanan persahabatan dengan


pasukan luar negara untuk memantapkan permainan pasukan
tempatan.

 Seni

 Hubungan yang baik dengan pihak luar membolehkan para artis tempatan
membaiki mutu nyanyiam dan lakonan supaya setanding dengan artis luar
negara.

 Contoh : Yuna bekerjasama dengan stesyen televisyen Amerika Syarikat


dan Shila Amzah dengan pihak penganjur “Asian Wave” di China.

SOSIAL DAN BUDAYA

A. Isu Pendatang Asing

 Malaysia sebuah negara yang membangun dan kaya dengan sumber alam.

 Sektor pembinaan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

 Pendatang asing banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi


di negara ini.

 Kekurangan tenaga kerja tempatan serta taraf hidup rakyat Malaysia yang
tinggi, membuka ruang kepada pekerja asing bekerja dalam sektor pembinaan,
peladangan, perkhidmatan, pembantu rumah dan hotel.
 Pendatang asing juga membawa pelbagai penyakit dan gejala sosial yang tidak
sihat. Penyakit seperti malaria dan taun sering berlaku disebabkan kedatangan
mereka.

 Penyakit sosial seperti pelacuran, pecah rumah, rompakan, dan jenayah lain
boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

B. Penyalahgunaan dan Pengedaran dadah

 Definisi : ubat-ubatan atau yang menyebabkan kesan pada fizikal atau mental.

 Diperingkat awal dadah iaitu kokain digunakan untuk mengurangkan rasa


lapar, memberi tenaga untuk menjalankan kerja dalam pelbagai sektor.

 Penyalahgunaan dadah semakin meningkat apabila dadah boleh dihasilkan


dalam pelbagai bentuk.

 Dadah menjadi ancaman kepada negara. –ekonomi, sosial dan kesihatan

 Keselamatan negara tergugat dan rakyat hidup menderita kerana


penyalahgunaan dadah.

 Usaha-usaha memerangi dadah dilakukan melalui pendekatan, pencegahan,


pemulihan, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama di peringkat
antarabangsa.

 Lima akta telah digubal sejak tahun 1952 :

1. Akta Dadah Berbahaya 1952

2. Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

3. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)1985

4. Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta)1988

5. Akta Racun 1952

“SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN DAN HIDUP”

Anda mungkin juga menyukai