Anda di halaman 1dari 8

MALAYSIA DAN KERJASAMA SELATAN-

SELATAN

Disediakan oleh:
YONG JET YI
CHONG YEE WEN
YAP TAT CONG
MALAYSIA DAN KERJASAMA SELATAN-
SELATAN

APAKAH KERJASAMA SELATAN-SELATAN?


• Kerjasama Selatan-Selatan adalah satu rangka kerja yang luas untuk kerjasama dalam
kalangan negara-negara Selatan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, alam
sekitar dan teknikal.
• Kerjasama berlaku secara dua hala, serantau, subregional atau antara wilayah.
• Negara-negara membangun berkongsi pengetahun, kemahiran, kepakaran dan
sumber.
• Kerjasama Selatan-Selatan adalah manifestasi perpaduan dalam kalangan bangsa-
bangsa dan negara-negara Selatan yang menyumbang kepada kesejahteraan negara.
BAGAIMANA TERTUBUHNYA KERJASAMA SELATAN-SELATAN?
 Hasrat penubuhan Kerjasama Selatan-Selatan dikuatkan berikutan daripada kelemahan
dialog Utara-Selatan.
APAKAH DIALOG UTARA-SELATAN?
 Pertemuan dan forum perbincangan antara negara Maju (Utara) dengan negara
Membangun (Selatan) dalam mana-mana persidangan anjuran PBB.
APAKAH HASIL DIALOG UTARA-SELATAN?
 Wujudnya Sistem keistimewaan Am atau General System of Preferences (GSP) di mana
negara Membangun berdagang dengan negara Maju tanpa dikenakan sekatan tarif atau
duti.
 Penubuhan Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).
 Pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO).
 Pembentukan stok penimbal bagi komoditi utama negara Membangun.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ORDER BARU EKONOMI (NIEO)?
 Inisiatif negara Selatan untuk membetulkan ketidaksamaan dalam susunan
ekonomi antarabangsa.
 Menghapuskan jurang antara negara Maju dengan negara Selatan.
 Enam perkara yang dituntut:
• Rundingan semula beban hutang luar.
• Penentuan semula syarat perdagangan.
• Perluasan pasaran negara Utara bagi eksport negara Selatan.
• Pemindahan teknologi Utara ke Selatan.
• Penglibatan negara Selatan yang lebih dalam proses membuat keputusan
International Monetary Fund (IMF).
• Bantuan pembangunan kepada negara Selatan.
TUJUAN MALAYSIA MENYERTAI KERJASAMA SELATAN-SELATAN.
 Membentuk satu kerjasama yg lebih berkesan dlm kalangan negara-negara
Selatan dlm menghadapi perkembangan ekonomi dunia.
 Untuk menghadapi masalah ekonomi negara-negara anggota dari segi:
a. Beban hutang negara
b. Kadar faedah yg tinggi
c. Imbangan pembayaran yg defisit
d. Kadar pertukaran wang asing yg tidak menentu
 Mempromosikan dan mengukuhkan integrasi ekonomi dlm kalangan negara-
negara Selatan.
 Meningkatkan kesan pengganda kerjasama teknikal.
KUMPULAN LIMA BELAS (K-15)
 Kumpulan Lima belas (K-15) ditubuhkan sebagai kumpulan mesyuarat peringkat
negara Selatan.
 K-15 diwujudkan untuk mewujudkan lebih kesefahaman dan faedah kerjasama di
antara negara membangun terutama sekali di dalam rantau pelaburan,
perdagangan dan teknologi.
 Berperanan sebagai pemikir untuk Kerjasama Selatan-Selatan, yg bertujuan untuk
memudahkan usaha-usaha untuk membangun dan meningkatkan ekonomi.
 Meningkatkan perpaduan dan kredibiliti kepada negara membangun dlm usaha
untuk meneruskan dialog Utara-Selatan yg lebih positf dan produktif.
 Antara projek yg dirancangkan ialah penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan
Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC).
ORGANISASI PERTUBUHAN PERDAGANGAN
SEDUNIA (WTO)
 Merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yg ditubuhkan untuk:
i. Meliberalkan perdagangan antarabangsa
ii. Menetapkan peraturan perdagangan antarabangsa
iii. Bertanggungjawab untuk berunding dan melaksanakan perjanjian-perjanjian baru
perdagangan dan memastikan negara ahlinya memegang kepada perjanjian WTO yang
dimeterai.
 Prinsip-prinsip asas WTO:
i. Layanan Negara Terbaik
ii. Layanan Kebangsaan
iii. Ketelusan
iv. Layanan Istimewa dan Berbeza
 Strategi WTO:
i. Mengusahakan perjanjian
ii. Mengusahakan forum perundingan perdagangan
iii. Menggerakkan usaha menyelesaikan pertikaian perdagangan
iv. Menyediakan bantuan teknikal kepada negara membangun
v. Menyediakan program latihan kepada negara membangun
vi. Membuat pemantauan dan perancangan terhadap dasar perdagangan
vii.Memberikan layanan yang baik terhadap barangan dari negara anggota
yang memasuki pasaran negara anggota yang lain

Anda mungkin juga menyukai