Anda di halaman 1dari 7

Skema

1. C 6. B 11. D 16. B

2. D 7. A 12. C 17. B

3. A 8. B 13. C 18. A

4. B 9. A 14. C 19.B

5. D 10. C 15. C 20. D

21a) (i) inflasi merujuk kepada kenaikan harga umum secara berterusan dan tidak terbatas
pada suatu tahun. Kenaikan harga umum dari tahun ke tahun ditunjukkan dalam bentuk
peratusan yang dinamakan kadar inflasi. Apabila harga umun naik, kadar inflasi akan naik
dan sebaliknya apabila harga umum turun, kadar inflasi akan turun.(2m)
(ii) Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang
dihitung dengan menggunakan KDNK benar. Pertambahan KDNK benar meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang mencerminkan peningkatan kemakmuran negara.(2m)
(1m konsep 1m perkaitan)

b)Sesebuah negara sentiasa meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara mereka untuk


- mencapai tingkat kegiatan ekonomi yang lebih baik .
Apabila semakin tinggi pertumbuhan ekonomi semakin tinggi tingkat kegiatan ekonomi
negara tersebut.
-meningkatkan pelaburan.
Pertumbuahan ekonomi yang tinggi akan menggalakkan pelaburan asing dan pelaburan
tempatan.
-meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran
Kegiatan ekonomi yang meningkat akann meningkatkan peluang pekerjaan dan
mengurangkan penganggurapen,ndapatan masyarakat meningkat dan kuasa beli meningkat.
-mengurangkan masalah kemiskinan dan meningkatkan pendapatan per kapita. Apabila
pendapatan meningkat, pendapatan per kapita meningkat(dengan andaian jumlah
penduduk tidak berubah) dan masalah kemiskinan dapat dikurangkan. Ini bermakna taraf
hidup dan kebajikan masyarakat meningkat
(mana-mana 3 sebab 3x 2 m =6m )

22a) Pendapatan faktor bersih luar negeri ialah perbezaan antara pendapatan faktor yang
diterima dari luar negara dengan pendapatan faktor yang dibayar ke luar negara.(1)
PFbLN = PFLN – BFLN(1)

b) Hubungan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK )dengan Keluaran Negara Kasar
(KNK ) ialah pendapatan faktor bersih luar negeri.(1m)
Jika PFb L N benilai positif, nilai KDNK kurang daripada KNk. Sebaliknya jika PF bLN bernilai
negatif, nilai KDNK melebihi KNK.(1 m)

c) Faktor-faktor yang menyebabkan nilali KNK sesebuah negara lebih besar daripada KDNK
- Keuntungan pelaburan langsung asing
Keuntungan pelabur tempatan di luar negara yang dibawa pulang adalah lebih besar
berbanding dengan keuntungan pelabur asing di dalam negara yang dihantar pulang ke
negara asal menyebabkan nilai KNK lebih besar daripada KDNK (2m)
-Penghantaran wang oleh buruh asing
Jumlah upah yang dihantar pulang oleh buruh tempatan yang berkhidmat di luar negara
melebihi jumlah upah buruh asing yang berkhidmat di dalam negara dihantar ke negara asal
mereka menyebabkan nilai KNK lebih besar daripada KDNK. (2m)

-Pemilikan hartanah oleh warga asing


Jumlah pendapatan sewa yang diperoleh oleh warga tempatan di luar negara adalah
melebih jumlah pendapatan sewa yang dibawa pulang oleh warga asing dari dalam negara
menyebabkan nilai KNK lebih besar daripada KDNK sesebuah negara.(2 m)

23. a) Bocoran ialah aliran keluar wang yang mengurangkan keseimbangan pendapatan
negara. (1 m)
(b) Komponen bocoran ekonomi terbuka ialah tabungan, cukai dan import (2 m)
( c)
Suntikan , bocoran

S + T0

S + T1

E0 E 1 I+G

Y0 Y1 Pendapatan negara

Rajah 1m

Keseimbangan asal dicapai apabila keluk suntikan I + G bersilang dengan


keluk bocoran S + T0pada titik E0 pada pendapatan negara Y0.(1m)

Apabila cukai keuntungan syarikat dikurangkan , bocoran akan berkurangan (1m)

Apabila bocoran berkurangan, keluk bocoran akan beralih ke kanan dari S + T 0 ke S + T1 (1m)

Pada tingkat pendapatan Y0, wujud lebihan suntikan , firma akan meningkatkan keluaran.
(1m)

Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan suntikan di pasaran.

Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk suntikan I + G bersilang dengan keluk bocoran
S + T1pada titik E1 pada pendapatan negara Y1.(1m)

Pendapatan negara bertambah dari Y0 ke Y1 (1m)

24a) Apabila bank pusat menurunkan kadar bunga semalaman, bank perdagangan akan
menurunkan kadar bunga.(1m) Tindakan ini menjadikan kos pinjaman berkurang(1m) dan
dapat menggalakkan orang ramai membuat pinjaman(1m). Oleh itu deposit semasa akan
bertambah dan proses penciptaan kredit turut meningkat, penawaran wang juga
meningkat. (1m)

b) Kadar bunga

Ms

r1 E1

r0 B Eo A Md1

r2 Md0 Rajah(1m)

E2 Md2

Kuantiti wang

M0

Keseimbangan kadar bunga asal berlaku apabila keluk pemintaan wang (Md0) bersilang
dengan keluk penawaran wang(Ms)di titik E0 pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0.(1m)

Apabila permintaan wang meningkat, keluk permintaan wang akan beralih ke atas dari Md0
ke Md1.(1m) Pada tingkat kadar bunga r 0, wujud lebihan permintaan wang sebanyak E0A.
Orang ramai akan jual bon harga bon akan turun dan kadar bunga akan naik. Proses ini
berteruasan sehingga tiada lebihan permintaan wang.Keseimbangan baharu tercapai di titik
E1 apabila keluk pemintaan wang Md1 bersilang dengan keluk penawaran wang M 0. Kadar
bunga naik daripada r0 kepada r1.(2m)

Apabila permintaan wang menurun, keluk permintaan wang akan beralih ke atas dari Md0
ke Md2. Pada tingkat kadar bunga r 0, wujud lebihan penawaran wang sebanyak BE 0. Orang
ramai akan beli bon harga bon akan naik dan kadar bunga akan turun. Proses ini berterusan
sehingga tiada lebihan penawaran wang.Keseimbangan baharu tercapai di titik E 2 apabila
keluk pemintaan wang Md2 bersilang dengan keluk penawaran wang M 0. Kadar bunga jatuh
daripada r0 kepada r2.(2 m)

25 a)Kadar pertukaran asing ialah harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam
nilai mata wang negara lain atau harga mata wang negara lain(asing) yang dinyatakan dlam
dalam nilai mata wang negara tersebut.

b) RM/USD

D0 S

D1

4.40 E0

4.38 D1 D0 Rajah(1m)

Q1 Q0 Kuantiti Dolar Amerika


Pada asalnya keseimbangan tercapai apabila keluk permintaan kadar pertukaran asing D0D0
bersilang dengan keluk penawaran kadar pertukaran asing SS. Kadar pertukaran asing ialah
USD1.00 = RM 4.40 dan kuantiti dolar Amerika ialah Q0.(1 m)

Apabila import negara bertambah, permintaan terhadap US dolar akan meningkat. Keluk
permintaan pertukaran asing akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1.Pada kadar
pertukaran USD1.00 = RM 4.40 , wujud lebihan penawaran pertukaran asing.Lebihan
penawaran pertukaran asing akan menyebabkan kadar pertukaran asing jatuh.
Keseimbangan baharu akan tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS di titik
E1.(1m)

Pertukaran asing merosot daripada USD1.00 = RM 4.40 kepada USD 1.00 = RM 4.38 . RM
naik nilai dan USD susut nilai.(1m)

b) RM/USD S1 S0

4.42 E1

E0

4.40 D

Rajah(1m)

Kuantiti USD

Q1 Q0

Pada asalnya keseimbangan tercapai apabila keluk permintaan kadar pertukaran asing DD
bersilang dengan keluk penawaran kadar pertukaran asing S0S0. Kadar pertukaran asing
ialah USD1.00 = RM 4.40 dan kuantiti dolar Amerika ialah Q0.(1m)

Apabila kemasukan pelaburan asing ke dalam negara berkurang, penawaran terhadap US


dolar akan berkurang. Keluk penawaran pertukaran asing akan beralih ke kiri dari S0S0 ke
S1S1.Pada kadar pertukaran USD1.00 = RM 4.40 , wujud lebihan pemintaaan pertukaran
asing.Lebihan penawaran pertukaran asing akan menyebabkan kadar pertukaran asing naik.
Keseimbangan baharu akan tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk S1S 1di titik
E1.(1m)

Kadar pertukaran asing merosot daripada USD1.00 = RM 4.40 kepada USD 1.00 = RM 4.42 .
RM susut nilai dan USD naik nilai.(1m)

26. a) Tarif merupakan cukai ke atas barang import manakala kuota mengehadkan kuantiti
import yang boleh diimport.(2m)

Tarif mendatangkan hasil kepada kerajaan manakala kuota tidak mendatangkan hasil.(2m)

b) Tiga langkah untuk membaiki defisit dalam imbangan pembayaran ialah


-meningkatkan eksport(1m )

Kerajaan memberi taraf perintis, subsidi eksport, pengecualian cukai kepada


pengeksport(1m)

-mengurangkan import(1m)

Mengenakan tarif, devaluasi, mengenakan kuota import, embargo dan peraturan dan
undang-undang.(1m)

-mengurangkan import perkhidmatan (1m)

Huraian (1m)

27. a) S =-200 +0.2 Yd

= -200 + 0.2(Y – 50)

= -200 + 0.2Y-10

= -210+0.2 Y(1m)

C= 200 + 0.8 Yd

= 200 + 0.8 (Y – 50)

= 200 + 0.8Y – 40

=160 +0.8Y(1m)

b)i) S + T = I + G

-210 + 0.2 Y + 50 = 100 + 150

-160 + 0.2 Y = 250

0.2 Y = 410

Y= 2050

Keseimbangan pendapatan negara ialah RM 2050 juta(2m)

(ii) C = 160 + 0.8(2050)

= 1800

Jumlah perbelanjaan penggunaan = RM1800 juta(1m)

(iii)Peratus sumbangan penggunaan terhadap pendapatan negara

= Perbelanjaan penggunaan x 100

Pendapatan negara

= RM 1800 juta x 100

RM 2050 juta

= 87.80%(2m)
C i) C = - MPC ( T)

= -0.8(+30)

= -24

Perubahan perbelanjaan penggunaan ialah Perbelanjanaan penggunaan berkurangan


sebanyak RM 24 juta.(1 m)

(ii) Y = -MPC ( T)

MPS

0.8
=- (+ 30)
0.2
= -120

Pendapatan negara berkurangan sebanyak RM 120 juta(1m)

(iii) Keseimbangan pendapatan negara baharu

= RM 2050 juta –RM 120 juta

= RM 1930 juta(1 m)

28.a)i) nisbah rizab tunai merupakan peratusan daripada jumlah deposit bank yang perlu
disimpan oleh bank perdagangan atau di bank pusat atau di bank-bank lain dalam bentuk
tunai (1 m)

(ii) pengganda wang ialah 1/0.2= 5 (1m)

b) Kunci kira-kira Bank A

Aset RM Liabiliti RM

Rizab tunai 12000 Deposit semasa 60000

Pinjaman 48000

60000 60000
(2m)

c) Tambahan bekalan wang = RM60000/0.2 –RM 60000(atau RM 48000/0.2 )

= RM 240000(2)

d) Jumlah pinjaman pada peringkat kedua yang sepatutnya = 80/100x RM 48000

=RM 38400

Jumlah pinjaman apabila berlaku bocoran tunai= 80/100 x RM 40000

= RM 32000

Perbezaan jumlah pinjaman sebelum dan selepas berlaku bocoran tunai

= RM 38400-RM 32000
=RM 6400(2m)Jumlah pinjaman berkurangan sebanyak RM 6400)

e) Faktor yang menghalang proses pencipta kredit

- berlaku bocoran tunai

- keperluan cagaran bank

- pemegangan lebihan rizab tunai

- suasana pelaburan yang tidak baik

- penggunaan kad kredit

-kurang minat untuk meminjam (mana-mana 2 2m)

29a) Tarif ialah cukai ke atas barang import. (1m)

b) Perbelanjaan barang yang diimport sebelum tarif

=(120-50)ribu X RM 25

= RM 1750 juta (1m)

Perbelanjaan barang yang diimport selepas tarif

= (100-60) ribu x RM 30

= RM 1200 ribu(2m)

c)Keluaran domestik sebelum tarif = 50 ribu unit(1 m)

Keluaran domestik selepas tarif = 60 ribu unit (1 m)

Kadar Kenaikan keluaran domestik sebelum dan selepas tarif dikenakan

= keluaran domestik selepas tarif –keluaran domestik sebelum tarif x 100

Keluaran domestic sebelum tariff

= (60-50) ribu/50 ribu X 100

= 20%(2m)

d) Jumlah hasil cukai

= Cukai per unit X jumlah import selepas tarif

= RM 5 x (100 – 60) ribu

= RM 200 ribu (2 m)

Anda mungkin juga menyukai