Anda di halaman 1dari 2

Soalan Esei

Kini, rangkaian hubungan sosial melalui internet seperti You Tube,


Twitter, Blog, Facebook dan sebagainya semakin menarik pehatian orang
ramai terutamanya golongan muda. Bincangkan kebaikan dan keburukan
rangkaian hubungan sosial tersebut.

Rangkaian hubungan atau lebih dikenali sebagai media sosial adalah satu platform yang
popular yang digunakan hampir semua golongan. Ianya sudah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat pada masa kini lebih-lebih lagi dalam golongan muda. Antara
rangkaian hubungan yang popular digunakan termasuklah Facebook, Whatssap, Twitter dan
yang seangkatan dengannya. Namun begitu, perkara ini semestinya mempunyai kebaikan
dan keburukannya yang tersendiri.

Sebagaimana yang kita ketahui, rangkaian hubungan sosial dapat memberikan kita
peluang untuk berinteraksi atau bersosial bersama rakan atau kenalan baharu. Laman sosial
seperti Facebook, telah memberikan satu dimensi baru dalam bersosial antara manusia di
mana kita boleh berkawan dengan rakan dan berkongsi keseronokkan bersama selain dapat
mengenali orang baru di seluruh dunia. Sebagai contoh, panggilan video melalui aplikasi
Whatssap juga telah membolehkan kita berinteraksi secara bersemuka dengan kenalan kita
tidak kira di mana kita berada selagi kita mempunyai sambungan jalur lebar. Oleh itu,
rangkaian hubungan sosial dapat memudahkan kita berinteraksi antara satu sama lain
dalam jarak yang jauh serta berpeluang untuk bersosial bersama orang baru di seluruh
dunia.

Seterusnya, rangkaian hubungan sosial mampu menambah pengetahuan kita dari segi
pelbagai perkara. Pengguna boleh mendapatkan maklumat atau pandangan yang tersedia
di semua platform atau media sosial berkaitan dengan perkara yang ingin diketahui.
Tambahan pula, perkongsian maklumat atau sesuatu ilmu itu menjadi lebih menarik lagi
apabila pendekatan seperti video mula memenuhi pelbagai platform media seperti You
Tube. Sebagai contoh, agensi wartawan atau berita juga telah menggunakan laman sosial di
mana berita atau isu terkini dapat disampaikan secara terus tanpa menunggu siaran berita
di televisyen. Oleh itu, pengguna tidak akan ketinggalan untuk mengetahui maklumat atau
isu semasa bahkan dapat mempelajari ilmu baharu yang bermanfaat daripada perkongsian
tersebut.

Di samping itu, kebaikan rangkaian hubungan sosial lain yang dapat kita lihat adalah
ianya telah memberikan dimensi baharu dalam bidang perniagaan di mana promosi dan
produk dapat diketengahkan. Pengguna yang merupakan peniaga kecil dapat mengiklankan
produk atau perniagaan mereka ke dalam rangkaian media sosial. Justeru, kos pengiklanan
dapat dijimatkan berbanding dengan membuat pengiklanan di kaca tv yang memerlukan
modal yang besar hanya untuk satu produk. Sebagai contoh, peniaga berkongsi produk
yang diusdahakannya dengan meletakkan gambar yang menarik serta penerangan yang
jelas untuk menarik perhatian pelanggan di media sosial. Oleh yang demikian, kedua-dua
belah pihak iaitu peniaga dan pembeli di media sosial dapat merasai kelebihan dalam
penggunaan rangkaian sosial seperti berniaga dan membeli.
Namun begitu, rangkaian hubungan sosial seperti Facebook, You Tube dan sebagainya
turut mempunyai nilai negatif atau keburukannya yang tersendiri seperti penyebaraan fitnah
atau penipuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan terutamanya dalam
kalangan golongan yang sudah berumur yang turut menggunakan media sosial. Mereka
yang kurang memahami dan peka dengan segala paparan atau perkongsian di media sosial
mudah terpengaruh dengan berita tersebut lalu turut menyampaikan perkara yang sama
kepada orang sekelilinya tanpa memeriksa kesahihan perkara tersebut terlebih dahulu.
Sebagai contoh, penipuan dalam isu-isu yang sensitif seperti isu politik, rumah tangga dan
sebagainya. Oleh itu, apabila sesuatu penipuan tersebut sudah mula berleluasa di media
sosial seperti Facebook, Twitter, mahupun Instagram, menyebabkan kebenaran atau
kesahihan sesuatu isu tersebut sukar ditentukan oleh suatu pihak

Selain itu, merupakan satu punca kelalaian masyarakat pada hari ini. Rangkaian
hubungan sosial tidak dinafikan sangat menarik perhatian pengguna oleh kerana
kecanggihannya yang diluar jangkaan yang membolehkan pengguna lebih-lebih lagi
golongan muda untuk menerokai fungsi-fungsi yang ada pada sesuatu aplikasi tersebut.
Sebagai contoh, mampu membuat panggilan video dari jarak jauh menggunakan aplikasi
Whatssap, mencari pelbagai maklumat tanpa batasan menggunakan carian Google dan
banyak lagi. Oleh yang demikian, media sosial sebegini telah menjadi penghalang untuk
masyarakat melakukan suatu tugasan dengan lebih serius dan tepat pada waktunya dek
kerana ketagihan dengan teknologi ICT yang ada di depan mata.

Sehubungan dengan itu, media sosial juga menjadikan kedaulatan bahasa Melayu
terjejas. Ini kerana masyarakat pada hari ini lebih suka menggunakan atau menaip sesuatu
perkataan dengan mencampur adukkan bahasa rojak atau slang yang diguna pakai oleh kita
pada hari ini. Ianya dikatakan berkemungkinan menjimatkan masa untuk menaip sesuatu
perkataan justeru golongan harini lebih memahami apa yang ingin disampaikan berbanding
menulis perkataan yang selengkapnya. Sebagai contoh, di Twitter, golongan muda gemar
berkongsikan bermacam-macam kisah atau situasi semasa namun perkataan yang
digunakan bukanlah tepat dengan apa yang dipelajari oleh mereka di sekolah dahulu. Oleh
itu, ini akan mencemarkan keindahan bahasa Melayu yang sepatutnya ditayangkan dengan
cara yang betul kepada orang luar malah akan timbulnya salah faham bagi mereka yang
baru sahaja ingin mempelajari bahasa Melayu.

Kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menerus


sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu
yang menggunakan media sosial atau rangkaian hubungan sosial untuk menilai kebaikan
dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, semua hendaklah
bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin dikongsi agar ia tidak membawa
padah kepada diri dan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai