Anda di halaman 1dari 9

TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS OLEH CIKGU HERNANI


BINTI ABDULLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI TAHUN 1990
SEHINGGA 2023

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD HAYQAL AIMAN BIN ZAINUDDIN

NO.KAD PENGENALAN : 040618-08-0791

ANGKA GILIRAN :

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN


ABDUL AZIZ , TELUK INTAN, PERAK

NO. PUSAT :

1.0 PENGENALAN

Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa
Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula
ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web new collegiate dictionary definisi
dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan
pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari
hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui
kaedah saintifik.Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem
untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan
eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang
terjadi di alam. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti yang
merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat diperoleh
daripada kaedah saintifik. Secara umumnya sains ialah sebagai sebuah sistem untuk
mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk
menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi dengan
sistematik tentang struktur dan perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini.

Teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek
(technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía),
yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi
merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia.

Teknologi dalam Islam ialah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai
tujuan praktikal sebenar bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara
satu sama lain yang terlaksana mengikut sistem etika islam yang mengutamakan
keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT
untuk menggunakan alam tabii dengan baik.

Pada tahun 1970 sehingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem
Pendidikan di Malaysia dan ini menyebabkan usaha dan tumpuan lebih bagi pihak
bagi kerajaan reformasi untuk pendidikan ini. Oleh itu, format pembelajaran pada
tahun tersebut adalah bercorak tidak formal. Kemudian, pengukuhan sistem
pendidikan telah diubah untuk menjadikan kualiti dalam pendidikan lebih berkualiti
dan tersusun.

Secara amnya, sistem pendidikan bermula seawal tahun 1600 sehingga 1990. Sistem
yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan , pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara.Dengan adanya penggunaan sains dan teknologi,
perkembangan dalam pembelajaran dan pengajaran dapat dilihat perubahannya dari
semasa ke semasa.

Cikgu Hernani Binti Abdullah merupakan guru mata pelajaran Kimia dari tahun
1990 sehingga 2023. Beliau masih mengajar di sekolah tetapnya iaitiu SMK Sultan
Abdul Aziz Teluk Intan Perak selama 28 tahun lamanya Sebelum tahun 1997, Cikgu
Hernani Binti Abdullah masih mengajar menggunakan kaedah penulisan di papan
putih menggunakan kapur . Seterusnya, selepas tahun 2012 penggunaan yang lebih
mudah untuk beliau menggunakan marker pen untuk menulis di papan putih. Selepas
tahun 2019,malangnya negara kita dilanda COVID-19 ini telah menyebabkan
pelajar-pelajar akan terjejas untuk bersemuuka.Oleh itu,oihak kementerian
pendidikan telah mengadakan pembelajaran secara talian maka cikgu Hernani
menggunakanaplikasi google meet dan aplikasi yang bersemuka secara dalam
talianuntuk teruskan pembelajaran.Akhir sekali selepas kerajaan menghapuskan
lockdown beliau bersemuka dengan pelajar-pelajar untuk mengajar subjek kimia
dengan menggunakan kaedah tayangan slide show dengan menggunkan peranti
laptop dan lcd,.

Tambahan pula, sektor pendidikan turut menuntut guru guru untuk melakukan
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan
teknologi dalam pendidikan. Oleh itu, terdapat perkembangan dalam pembelajaran
dan pengajaran yang dilakukan oleh Cikgu Hernani dalam mengajar subjek Kimia di
Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz.

Rajah 1 menunjukkan sistem pendidikan pada zaman dahulu


OBJEKTIF KAJIAN

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS OLEH CIKGU HERNANI
BINTI ABDULLAH DARI TAHUN 1990 SEHINGGA TAHUN 2023

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejarah dan perkembangan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh cikgu Hernani Binti
Abdullah di sekolah menengah . Hasil kajian ini dimana pengkaji dapat mengetahui
sejarah dan perkembangan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Sains di sekolah dari tahun 1980 sehingga tahun 2020.

Selain itu juga, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi
oleh Cikgu Hernani Binti Abdullah sepanjang menjalankan tugas sebagai guru
dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dan dalam
sektor pendidikan. Hasil ini dapat menunjukkan dengan lebih jelas tentang cabaran
yang dihadapi oleh Cikgu Hernani Binti Abdullah . .

Akhir sekali, untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh Cikgu
Hernani Binti Abdullah dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Pengkaji
akan menemu bual Cikgu Hernani Binti Abdullah untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih lanjut mengenai kaedah yang digunakan oleh beliau. Oleh itu, objektif
dapat dicapai melalui objektif tersebut.

PERMASALAHAN KAJIAN

Melalui kajian ini, pengkaji akan memaparkan tentang bagaimana pendidikan boleh
dimulakan dan berkembang. Hal ini dikatakan demikian kerana sejak tahun 1880 -
an, pendidikan telah wujud dan kaedah pendidikan tersebut tidak formal. Oleh itu,
perngkaji akan menerangkan tentang perubahan yang berlaku mengikut pengedaran
tahun sehingga tahun 2023. Perkembangan dari tahun dahulu juga amat berbeza
kerana sistem pendidikan tersebut tidak lengkap kerana sistem pendidikan tersebut
tidak formal lagi.

Bukan itu sahaja, kajian ini juga berfokus tentang bagaimanakah sektor pendidikan
boleh berkembang dan diterima di semua sekolah sekolah di Malaysia. Di samping
itu, kajian ini juga menekankan apakah penggunaan sains dan teknologi di sekolah
dalam pendidikan sejak tahun 1980 sehingga tahun 2020.
SKOP KAJIAN

Skop kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kajian tentang subjek kajian,
tempoh kajian dan kawasan kajian.
Skop tentang subjek kajian persoalan yang akan dikaji dalam tajuk ini ialah sejarah
perkembangan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sains oleh
Cikgu Hernani Binti Abdullah dari tahun 1990 sehingga tahun 2023.

Dari aspek tempoh kajian pula, melalui tempoh selama 33 tahun sejak tahun 1990
sehingga tahun 2020. Tempoh ini dipilih berdasarkan tempoh Cikgu Hernani Binti
Abdullah mula mengajar dalam subjek Kimia selepas selesai belajar di universiti.

Akhir sekali, kawasan kajian pula saya akan melakukan kajian tentang
perkembangan sains dan teknologi dalam pendidikan melalui beberapa kaedah yang
ditemui. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat perubahan teknologi yang
berbeza digunakan dalam sektor pengajaran dan pembelajaran.
KAEDAH KAJIAN

Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah dalam melakukan kajian ini. Antaranya


ialah kaedah temu bual. Kaedah ini dimana maklumat didapatkan daripada pihak –
pihak tertentu untuk ditemu bual. Dalam kajian ini, pengkaji akan menemu bual
Cikgu Hernani Binti Abdullah yang merupakan guru mata pelajaran Kimia di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Teluk Intan Perak. Temu bual ini
merupakan kaedah terbaik kerana maklumat yang diperolehi lebih sahih dan tepat
kerana menemu bual pihak yang diperlukan. Responden juga mudah diperoleh untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat
memperolehi data dan maklumat tentang persoalan kajian dengan lebih terperinci
dan maklumat asli diperoleh.

Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah melayari ICT. Kaedah ini dibuat melalui
carian di Internet. Kaedah ini membolehkan maklumat mudah didapatkan. Melalui
kajian ini, pengkaji akan mencari maklumat di Internet berkaitan sejarah awal
pendidikan di Malaysia dan sejarah penubuhan sektor pendidikan .

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Pengkaji telah meneliti beberapa kajian terdahulu bagi mengetahui cara yang
digunakan oleh pengkaji terdahulu dalam membuat kajian berkaitan tajuk kajian
yang dibuat.

Terdapat juga bahan bahan yang penting yang dapat membantu pengkaji untuk
mengkaji dengan lebih dalam tentang sejarah latar belakang,dan perkembangan sains
dan teknologi.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhan kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan
menjelaskan sejarah awal pendidikan muncul di Malaysia atau dikenali Tanah
Melayu .

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang
pendidikan dan menerangkan tentang perkembangan yang berlaku dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dalam bahagian ini juga, pengkaji menerangkan tentang
perkembangan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Cikgu
Hernani Binti Abdullah. Pengkaji akan menerangkan apa yang Cikgu Hernani Binti
Abdullah melakukan perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran beliau
dalam pendidikan di sekolah. Bermulanya daripada pembelajaran di papan hitam
sehingga menggunakan teknologi yang cangih.

Aspek terakhir ialah pada bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumus hasil kajian
berkenaan disamping menceritakan tentang kesan daripada perkembangan sains dan
teknologi dalam pengajaran dan pendidikan yang dilakukan oleh Cikgu Hernani
Binti Abdullah di SMK Sultan Abdul Aziz.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, dengan adanya kajian ini diharapkan dapat menambahkan


pengetahuan tentang pengkajian tentang sejarah berkaitan teknologi. Dengan adanya
kajian ini, dapat menerangkan dengan lanjut tentang teknologi yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan di sekolah.

Oleh itu, pengkaji berharap bahawa ramai dapat mengetahui dengan lebih lanjut
tentang sejarah pendidikan dan perkembangan sains dan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan di sekolah.

9.0 BIBLIOGRAFI
 http://istech2017.blogspot.com/p/definisi-sains-teknologi_19.html
 https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-
pendidikan/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia
 https://docplayer.net/52749926-Selepas-mempelajari-bab-ini-pelajar-akan-
dapat.html

Anda mungkin juga menyukai