Anda di halaman 1dari 3

Cabaran menangani pekerja asing:

 rakyat menyedari kehadiran pekerja asing ini berniaga di pasar malam dan membuka
kedai serta terlibat dalam beberapa kegiatan ekonomi lain lagi.
 ini mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat negara ini kerana beranggapan
peluang di tanah air sendiri diambil oleh orang luar.
 Kebanyakan negara maju menggunakan pendekatan depot tahanan sebagai
instrumen utama dalam mengawal dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI).
 Instrumen ini turut dipraktikkan di negara-negara membangun, termasuklah
Malaysia.
 Namun, peruntukan undang-undang tersebut kadang-kala sukar untuk dipenuhi
disebabkan oleh beberapa kekangan dan masalah yang terpaksa dihadapi. 
 Kertas kerja ini dilakukan bertujuan bagi meneliti cabaran yang terpaksa dihadapi
dalam menguruskan PATI yang ditahan di depot tahanan imigresen.
 Penelitian kajian hanya tertumpu di depot tahanan Belantik di Sik, Kedah.
 Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif berbentuk temu bual secara
mendalam digunakan melibatkan beberapa pegawai di depot tahanan Belantik.
 Selain itu, kajian turut menggunakan kaedah perbincangan secara berkumpulan
melibatkan 150 orang tahanan.
 Hasil temu bual mendapati bahawa terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh pihak
imigresen dalam menguruskan tahanan, iaitu menyediakan kemudahan penginapan,
proses mengenal pasti identiti tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan
tahanan, sistem teknologi yang terhad dan sering mengalami masalah ketiadaan
bekalan air.
 Kesimpulannya, kerajaan perlu membuat pemantauan di setiap depot tahanan dari
semasa ke semasa bagi memastikan pihak depot tahanan tidak menghadapi
sebarang masalah kritikal. Hal ini sekaligus dapat memenuhi standard seperti yang
telah diperuntukkan dalam undang-undang hak asasi antarabangsa.

Langkah menangani pendatang asing:

 Strategi Operasi Penguatkuasaan PATI yang menggariskan pelan pelaksanaan


berkaitan operasi penguatkuasaan membanteras PATI di seluruh negara;

 Strategi Perundangan dan Dasar Penguatkuasaan PATI yang menggariskan pelan


pelaksanaan penggubalan undang-undang dan penyelarasan dasar berkaitan
penguatkuasaan PATI;

 -Strategi Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk yang menggariskan pelan


pelaksanaan pemantauan kawalan keselamatan di sempadan dan pintu masuk
negara;

 Strategi Pengurusan Warga Asing yang menggariskan pelan penyelarasan dasar


berkaitan warga asing; dan

 Strategi Strategi Media dan Publisiti yang menggariskan pelan pelaporan media,
publisiti dan program kesedaran berkaitan PATI.

 KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama agensi penguat kuasa
lain terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan
secara berterusan di lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan warganegara asing.

Cabaran menangani dadah:


 Kelemahan individu sendiri ·        
 Tidak mengambil peduli tentang mudarat dadah
 Jalan pintas mengatasi tekanan / masalah
 Tiada usaha / inisiatif memperbaiki diri
 Kurang pengetahuan / mudah tertipu
 Tiada / kurang pegangan agama
 Pergaulan bebas / pengaruh rakan  

Sikap tidak ambil peduli masyarakat Individualistik dan materialistik ·        


 Tidak melaporkan kegiatan penagihan dadah ·        
 Kurangnya nilai kemasyarakatan / semangat kejiranan Kelemahan penguatkuasaan undang-
undang ·              
 Malaysia tempat transit dadah sebelum ke tempat lain ·        
 Pihak berkuasa kurang logistik dan tenaga dalam melakukan serbuan berterusan ·        
 Amalan rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa  

Kedudukan geografi  

 Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah ‘Segi Tiga Emas’
·        
 Kawasan perairan Malaysia yang panjang dan sukar dikawal ·        
 Banyak laluan tikus di kawasan sempadan – Malaysia-Thailand

Langkah menangani dadah:


 1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
 Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa
pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada
penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah
jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah
seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara
dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi
daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah
Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman
maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
 2.      Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
 Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi
informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang
bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-
kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
 3.      Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
 Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan
dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat
dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan
yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak
mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
 4.      Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
 Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi
rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai
contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-
Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang
benar serta di redhai Allah.

http://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/32219

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/572503/pelan-holistik-penguatkuasaan-
banteras-pendatang-asing-tanpa-izin

http://stpmpengajianam1.blogspot.com/2012/10/polis-dan-penguatkuasa-sering-melakukan.html

https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-
dadah/

Anda mungkin juga menyukai