Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN - Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan

seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang - Penyeludupan migrant pula bermaksud mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan tertentu. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 -Aktiviti perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. -Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. -Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010. ISI 1-Tujuan Pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigrant (i)Eksploitasi seks. - Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan (ii) Buruh Terikat Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji.

(iii)Pengabdian Domestik Secara Paksa Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanakkanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia. (iv)Permindahan Organ -Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang. -Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap. (v)Pemerdagangan Bayi -Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. 2-Faktor berlaku (i)Faktor Individu yang Tiada Pegangan Agama -Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak . (ii)Faktor Ekonomi -Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara.Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan

kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang.Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat. (iii) Mencari pekerjaan yang menguntungkan di sebabkan kemiskinan -Proses globalisasi telah meningkatkan 'push-pull' faktor-faktor yang mendorong keinginan para migran untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan di luar negeri (iv)Faktor Kegagalan Kerajaan -Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undangundang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia. 3-Kesan negatif (ii)Mencemarkan imej Negara di Mata Dunia -Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia sememangnya mencemarkan imej negara. Hal ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Sekaligus menunjukkan negara umpama sarang (ii)Mengancam Keselamatan dan Keamanan Negara -Jenayah yang berlelusa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan untuk tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut seta sebagainya. Sindiket atau mereka yang terlibat turut melakukan jenayah lain untuk mengaut keuntungan. (iii)Menjejaskan Hubungan Diplomatik Antara Negara -Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Isuisu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

(iv) Peningkatan Masalah Sosial -Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Penularan penyakit berjangkit. Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat 4-Langkah-langkah mengatasi (i) Penguatkuasaan undang-undang -Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 -Akta Antipermerdagangan Orang 2007 (ii) Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti -Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku. Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram. (iii) Koordinasi antara kementerian -Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara. KESIMPULAN -Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh

Punca Kenaikan harga umum berpunca daripada barang diimport. Inflasi di luar negara mempengaruhi harga barang import khasnya makanan akan dijual lebih mahal di negara pengimport. Kadar pertukaran wang asing yang lemah bagi ringgit juga akan menaikan harga barangan import. Secara relatif, barang buatan luar negara adalah lebih mahal. Jika barang-barang diimport adalah barang-barang modal seperti jentera-jentera yang penting untuk pembangunan, negara kita masih perlu mengimportnya walaupun harga telah melambung tinggi. Kos pengeluaran boleh mengakibatkan kenaikan harga umum. Kos pengangkutan berikutan kenaikan harga diesel memaksa peniaga meningkatkan harga barang jualan supaya keuntungan dapat dikekalkan. Kekurangan tenaga pekerja juga mendorong pengusaha membayar gaji lebih supaya proses pengeluaran boleh diteruskan. Kenaikan kos akan dipindahkan terhadap pengguna. Harga bahan mentah semakin meningkat juga mempengaruhi harga jualan barang. Contohnya, tayar kereta semestinya menjadi lebih mahal jika harga getah meningkat. Pembelian berlebihan mendorong masalah ini berterusan. Sikap boros pada sesetengah rakyat menyebabkan permintaan lebih daripada penawaran barangan. Akibatnya, harga barangan terpaksa dinaikkan. Ada yang berlumba-lumba dengan jiran yang mempunyai kemewahan seperti kereta baru dan sebagainya tanpa mengira harga dan keupayaan mereka untuk membayar balik pinjaman. Penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa menggalakkan lagi kemudahan kredit secara keterlaluan memburukkan lagi kenaikan harga umum. Perbuatan sesetengah para peniaga menghebatkan lagi masalah ini. Ada peniaga menyimpan stok yang banyak sehingga penawaran barang tersebut di pasaran tidak mencukupi menampung pemintaan pengguna. Akibatnya, harga barang tersebut akan menaik. Terdapat juga peniaga sengaja meningkatkan harga jualan untuk mengaut keuntungan berlebihan khasnya semasa musim perayaan. Para monopoli pula memberikan alasan bahawa bayaran perkhidmatan mesti dinaikkan supaya tidak megalami kerugian. Misalnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia dan sebagainya.

Kesan

Menjejaskan ekonomi negara

melemahkan daya saing negara di peringkat serantau/antarabangsa produk Msia mahal kerajaan terpaksa memperuntukkan subsidi khasnya dalam konteks pembekalan makanan melemahkan kedudukan ekonomi negara tambahan kos yang banyak beban kerajaan semakin berat membiayai mega projek pembangunan pelancongan? sila huraikan sendiri pengangguran meningkat majikan ingin menjimatkan kos pengeluran pengurangkan bilangan pekerjaan menjadi pilihan

Taraf hidup rakyat menurun


Kuasa beli/kemampuan membeli? Sila huraikan sendiri chain reaction di mana harga barangan (perkhidmatan seperti?) lain turut meningkat misalnya makanan dan minuman di restoran, sayur-sayuran, ayam, ikan, udang di pasar dan barangan runcit semuanya mengalami kenaikan harga

mesti berkerja dengan lebih gigih/ lebih masa/mendapatkan pekerjaan sambilan untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat

Masalah sosial meningkat


Kes jenayah sila huraikan sendiri Ceti haram sila huraikan sendiri Kegiatan masiat sila huraikan sendiri

Kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, konsep Bandar Selamat adalah wajar dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan awam. Bincangkan. Skema jawapan : Kejadian jenayah di bandar-bandar besar mempunyai perkaitan dengankepesatan pertumbuhan bandar dan member kesan negative kepada kualiti hidup penduduk bandar.Jenayah yang berlaku di bandar-bandar menimbulkan kebimbangan atau rasa takut masyarakat. Oleh itu, Konsep Bandar Selamat diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan keselamatan awam dan bagi membentuk persekitaran bandar dan taman-taman perumahan yang selamat dan aman sejahtera serta mengurangkan kebimbangan/ rasa takut masyarakat terhadap kejadian jenayah (to reduce fear of crime). Bil A idea faktor 1 Kepincangan keluarga/ Kurang kasih sayang/hubungan kekeluargaan renggang Huraian Masa yang berkualiti bersama anak-anak, kegagalan anak mengadu masalah/tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, anak-anak mencari kawan-kawan untuk membantu masalah mereka/bebas melakukan apa sahaja tanpa dilarang/dinasihati oleh ibu bapa Kelemahan penguatkuasaan undang- Pemantauan lemah/hukuman atau denda yang undang tidak setimpal/penyalahgunaan kuasa/kurang kawalan kemasukan buruh asing Tekanan ekonomi peningkatan kos Pertumbuhan perbandaran yg pesat sara hidup/kemiskinan dan meningkatkan kos sara hidup membebankan pendapatan rendah/jurang perbezaan masyarakat bandar wujud ketidak pendapatan seimbangan antara pendapatan yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi/kadar pengangguran meningkat/ harga barang meningkat Pengangguran Kesan kejatuhan nilai mata wang/keperluan hidup mendesak melakukan jenayah harta benda merompak, membunuh, peras ugut dll Peningkatan warga asing spt pekerja Bilangan penagih dadah dan PATI yang asing/PATI dll) dan penagih dadah semakin meningkat di bandar-bandar besar juga menyumbang kepada peningkatan jenayah. Keinginan mereka hidup mudah tanpa bekerja bagi menampung hidup menyebabkan mereka melakukan jenayah Sikap masyarakat/ Tiada kesedaran/ Masyarakat bandar lebih individualistik dan cuai/lalai/tidak berhati-hati/mudah materialistik/kurang memberi perhatian kepada terpengaruh/lemah pendidikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. agama/moral Penduduk tidak memasang alat penggera/jeriji besi/mempercayai org baru dikenali/

8 9

Faktor persekitaran Lunturnya nilai agama dan moral dalam kalangan masyarakat Kebaikan Bandar Selamat Reka bentuk persekitaran/ Infrastruktur bandar selamat

B 9

Pencahayaan yang kurang/lorong yang sempit/sesak memudahkan berlakunya jenayah Melibatkan diri dalam jenayah di bandar kerana tidak tahu sama ada perbuatan salah atau betul /menghalalkan cara untuk capai matlamat. Huraian PoPondok Polis Komuniti dapat memudahkan masyarakat Bandar melaporkan jenayah yang berlaku dengan kadar segera/ Papan tanda peringatan yang dipasang dapat mengingatkan masyarakat agar sentiasa berhati-hati/ maklumat jenayah/ Cermin Keselamatan Tempat Letak Motosikal Berkunci mengawasi harta benda awam / CCTV penting untuk membolehkan pihak berkuasa menahan penjenayah dgn segera

10 Pembangunan komuniti/Penduduk MnKemajuan infrastruktur yang dibangunkan yang berpendidikan secara terancang di Bandar selamat membolehkan perkongsian dan penyaluran maklumat jenayah kepada pihak polis dilakukan dengan segera/ Aktiviti pendidikan dan kesedaran dilakukan secara berterusan/ Aktiviti pencegahan jenayah melalui kempen, risalah, ceramah, dialog dan sebagainya 11 Pemantauan berkesan dan berterusan Polis, dengan bantuan sukarelawan, akan membuat rondaan di kawasan-kawasan hot spotuntuk mencegah penjenayah dan meyakinkan masyarakat awam. Sebuah program khas akan dilaksanakan menerusi Sukarelawan Polis (PVR), yang akan menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM untuk menyertai rondaan lazim, dengan itu meningkatkan kehadiran polis di mana-mana. Usaha ini juga akan diperluaskan untuk turut melibatkan polis bantuan dan SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi)..

BAHAGIAN B 3. Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan diMalaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein.Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkansektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut. Pendahuluan : Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amatpenting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Isi :A) Kepentingan Akuakultur : 1. Membekalkan sumber protein.

Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telahmenyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.

Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi.

Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara.

Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikansepanjang tahun.

Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negaramenerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-carapembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.

Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di PulauPinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.

Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengahhidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesiesmarin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimaudan siakap.

Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk mengelakkan fenomena kepupusan.

EXCEL 2 : 2008 SULIT *900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT* 94. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.

Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu danmemusnahkan habitat.

Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu karang.

Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagaicontoh, penggunaan sangkar dan tong. B) Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur : 5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur.

Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti keraputikus, siakap dan udang harimau.

Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam.

Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan denganmenggunakan tong.

Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakananberasaskan akuakultur.6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.

Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan SekolahBiologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.

Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang SainsPemakanan.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekananterhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.

Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.7. Penggunaan teknologi terkini.

Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.

Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk memajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.

Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkanbahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.

Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yangtahan lama dan boleh dieksport.

Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu.

EXCEL 2 : 2008 SULIT *900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT* 10

Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropok udang dan sos tiram. Penutup :

Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai