Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN GADJET

Peranti elektronik atau lebih dikenali sebagai ‘gadjet’ menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat kini. Yang mana ia memberi kemudahan dan cepat dalam memberi tindakan melalui atas
talian. Gadjet sering kali digunakan sebagai alat komunikasi dengan pelbagai jenis peranti, antaranya
telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Teknologi yang canggih telah merubah sebahagian
aktiviti manusia dengan fungsi bagi memudahkan kehidupan seharian manusia. Malah dalam era
globalisasi ini, penggunaan gadjet mengjadi suatu yang wajib dan patut dimiliki tanpa mengira usia.
Walaupun isnya memberi kesan yang baik, ia juga mempunyai kesan sampingan. Tetapi yang
membezakan penggunaannya adalah dari segi baik atau buruk. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penyalahgunaan gadjet akan menjejaskan perilaku dan pemikiran seseorang individu tersebut.
Penggunaan gadjet ini dapat menjadi sebuah platfom untuk menjana pendapatan, yang mana kita
dapat lihat ramai masyarakat mulakan perniagaan mereka di atas talian seperti Facebook, TikTok,
Instagram, Lazada dan Shopee. Dengan adanya gadjet, seseorang individu itu dapat menggunakan
media social secara meluas dan secara tidak langsung masyarakat akan mengetahui sesuatu barangan
itu melalui media social yang cepat dan canggih. Ini menjadi kemudahan kepada peniaga untuk
memulakan perniagaan mereka tanpa menggunakan wang untuk kos-kos sampingan seperti tapak
sewa, penggunaan mesin dan elektrik serta air. Peniaga secara langsung dapat menjimatkan kos
pengeluaran mereka untuk barangan yang lebih penting seperti produk yang berkualiti dan
perkhidmatan yang terbaik.
Selain itu, gadjet ini juga dapat menjadi platfom untuk meningkatkan mutu penulisan dengan
menyuarakan idea-idea yang bernas dan perkara yang baik di media sosial. Contoh media penulisan
yang dapat digunakan adalah Wattpad, Innovel dan Webnovel. Melalui platform-paltform ini mereka
dapat mengasah bakat mereka dan dapat menambahkan keyakinan seseorang itu. Secara tidak
langsung juga, ia dapat memberi manfaat kepada orang lain jika apa yang disampai itu adalah baik.
Pelbagai jenis penulisan yang dapat disampaikan antaranya berkenaan kesihatan, hal-hal ekonomi,
hiburan, cara hidup dan perniagaan. Penulis perlu meletakkan ruang komen kepada pembaca jika
mempunyai sebarang pertanyaan atau pendapat untuk diperbaiki cara penulisan mereka dan menarik
lebih ramai pembaca serta dalam masa yang sama mereka juga dapat meningkatkan teknik penulisan
mereka sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun pelajaran.
Disebabkan gadjet ini telah antara elektronik yang canggih, ia juga berfungsi untuk memperolehi
maklumat dengan mudah. Dengan adanya kemudahan internet, pelbagai maklumat yang dapat
diterokai di alam maya tanpa sempadan. Sebelum adanya kecanggihan teknologi ini wujud, manusia
terpaksa bergerak untuk mencari maklumat dan segalanya mengeluarkan kos. Namun kini, segalanya
dapat diakses dengan mudah, cepat dan percuma dengan menggunakan bantuan dari internet melalui
telefon pintar ataupun computer riba. Setiap masyarakat dapat mengetahui maklumat terkini dengan
mudah yang disebar secara meluas kepada seluruh masyarakat. Ini membuktikan bahawa, teknologi di
negara kita semakin membangun setanding dengan negara yang maju. Dalam masa yang sama juga,
kita dapat meningkatkan kecanggihan teknologi ini melalui pelajar lepasan tertinggi untuk
menginovasikan teknologi ke peringkat yang lebih tinggi.
Penggunaan gadjet ini juga mampu menjadi alat hiburan kepada pengguna. Ini dikatakan kerana ia
telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, menonton video seperti movie dan drama
serta ia juga berfungsi untuk mengambil gambar dan video. Manakala, bagi golongan remaja
khususnya boleh bermain permainan seperti Mobile Legend, PUBG Mobile dan FIFA. Banyak
aplikasi dan laman web boleh didapati untuk mengakses. Dengan adanya hiburan ini, secara tidak
langsung akan membantu kita meredakan tekanan akibat penat bekerja atau belajar.
Namun, terdapat juga keburukan dalam penggunaan gadjet ini seperti berlakunya penyebaran fitnah.
Penggunaan dalam mengakses internet ini amatlah luas, jadi kegiatan dalam melakukan fitnah makin
berleluasa. Maklumat yang tidak pasti ini mampu menarik perhatian orang ramai selagi ianya
memberi keuntungan kepada mereka. Penyebaran fitnah ini bukan sahaja berlaku kepada golongan
bawahan, malah di kalangan pemimpin juga telah berlaku dari segi ekonomi dan politik. Penyebaran
ini juga pernah terjadi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu semasa wabak Covid-19
sedang giat tersebar. Yang mana, info-info berkenaan kesihatan dan isu semasa disebar secara tidak
benar melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp. Maka, setiap individu
patut memainkan peranan masing-masing dalam mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak
tergolong dalam mangsa-mangsa penyebaran fitnah ini.
Tambahan pula, ia juga akan menjejaskan perilaku seseorang, yang mana kurangnya interaksi sosial
secara dua hala. Ini berlaku kerana, pengguna yang taksub terhadap gadjet akan menghabiskan masa
mereka bersendirian. Dalam masa yang sama, ia juga mempengaruhi sesebuah hubungan anatara ahli
keluarga dan jiran tertangga. Hal ini dikatakan demikian kerana, gadjet ini bersifat lalai dan ia mampu
mempengaruhi pemikiran dan perilaku seseorang secara langsung jika ia salah digunakan. Ianya
mampu menyebabkan seseorang anak itu hilang kebergantungannya terhadap ibubapa kerana
berlakunya kerenggangan hubungan yang disebabkan oleh gadjet. Mereka akan lebih bersendirian dan
berkurung dalam bilik kerana tidak suka bersosial atau berinteraksi dengan orang ramai. Ini jelas
memberi kesan yang buruk kepada perkembangan seseorang itu dalam jangka masa yang panjang jika
tidak dibendung dari awal.
Keburukan ini dapat dilihat secara jelas melalui aspek kesihatan. Hal ini dikatakan kerana, sikap
terlalu obses dengan gadjet mampu menjejaskan kesihatan sehingga tidak menjaga permakanan dan
malas untuk melakukan aktivit di luar seperti beriadah, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Antara
masalasah kesihatan lain ialah kerosakan mata akibat terlalu lama menumpu kepada gadjet. Ada juga
sehingga merosakkan saraf mata kerana terlalu terdedah dengan cahaya akhirnya merosakkan sel-sel
di retina yang mampu menyebabkan kehilangan penglihatan kekal. Bukan itu sahaja, kesan
penggunaan gajet juga akan menyebabkan mata kering kemerah-merahan serta peningkatan rabun
jauh yang disebabkan regangan bebola mata. Peranan yang penting kepada diri sendiri dan ibubapa
yang mempunyai anak kecil dengan menggalakkan aktiviti luaran seperti berjoging, berkhemah
bersam keluarga dan bersukan. Secara tidak langsung ianya mampu mengurangkan penggunaan gajet
yang keterlaluan.
Secara keseluruhannya, masalah ketagihan gajet ini merupakan masalah sejagat yang peru diberi
perhatian oleh semua penyedia system permainan, pencipta permainan dan ejen penyebaran maklumat
dalam talian agar sedar bahawa penyalahgunaan gadjet ini mampu memberi kesan yang sangat buruk
dan impak yang besar pada masa depan seseorang itu. Malah kemajuan teknologi ini perlu
dimanfaatkan dengan baik supaya ianya tidak memudaratkan pengguna. Oleh tiu, setiap pihak patut
memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat yang sihat dan bijak dalam
menguruskan kegiatan seharian walaupun tiada gajet serta mencipta masyarakat dan negara yang
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai