Anda di halaman 1dari 30

1

KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM DI SALAH SEBUAH TAMAN PERUMAHAN


DI DAERAH HULU LANGAT TENTANG KONSEP TALAK DALAM SISTEM
MUNAKAHAT ISLAM

ABSTRAK
Tindakan menceraikan isteri dengan cara melafazkan talak seperti “aku ceraikan kau dengan
talak satu”. Bilangan kes penceraian yang didaftarkan setiap tahum semakin meningkat saban
tahun. Hal ini berlaku mungkin disebabkan tiada persafahaman antara pasangan. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman masyarakat islam di salah sebuah taman
perumahan di Daerah Hulu Langat. Pengkaji akan mengenal pasti dua objektif kajian yang
terdapat pada kajian iaitu nenjelaskan konsep talak dalam islam. Pengkaji akan menjelaskan
konsep talak, dalil pengharusan talak, hukum talak dan hikmah talak supaya dapat
memberikan gambaran yang jelas tentang tajuk kajian. Seterusnya, objektif kajian yang
kedua ialah mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat islam di salah satu taman perumahan
di Daerah Hulu Langat mengenai talak. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik yang
akan diberikan dalam bentuk google form kepada responden untuk melihat tahap kefahaman
mereka. Responden dari kalangan masyarakat Islam di salah sebuah taman perumahan di
Daerah Hulu Langat dan dihadkan kepada 40 orang responden sahaja. Pengkaji telah
menggunakan dua kaedah untuk melaksanakan kajian iaitu kaedah pendokumentasian dan
kaedah lapangan. Kaedah pendokumentasian dilakukan untuk mengetahui objektif kajian
pertama dengan merujuk buku-buku ilmiah dan melayari internet. Setersnya, kaedah
lapangan untuk mengenal pasti objektif kajian kedua dengan menggunakan borang soal
selidik. Berdasarkan dapatan kajian yang pengkaji telah peroleh., dapat dirumuskan bahawa
kebanyakan masyarakat Islam di salah sebuah taman perumahan di Daerah Hulu Langat
faham akan konsep talak. Kesimpulannya, dapat diharapkan agar masyarakat Islam di salah
sebuah taman perumahan di Daerah Hulu Langat yang ingin bercerai dapat mematuhi segala
undang-undang Islam yang berkaitan dengan talak.

1
2

BIL. KANDUNGAN HALAMAN


Abstrak 1
Kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif kajian 5
3.0 Kaedah kajian 5
4.0 Perbincangan dan Dapatan kajian 6
4.1Konsep talak 6-11
4.2tahap kefahaman masyarakat islam di salah satu taman
perumahan di Daerah Hulu Langat mengenai talak 12-26

5.0 Rumusan dan cadangan 26-27


6.0 Rujukan 28
Lampiran 20-30

2
3

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, bersyukur kehadrat Ilahi,
dengan berkat dan kurnianya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Syariah 930/4 yang
bertajuk kefahaman masyarakat islam di salah sebuah taman perumahan di Daerah Hulu
Langat pada tahun 2021.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif, selaku
Pengetua Cemerlang Kolej Islam Sultan Alam Shah kerana telah memberi keizinan untuk
menyiapkan Kerja Kursus Syariah. Tidak dilupakan juga kepada Puan Misyati binti Amat
Sehab iaitu guru mata pelajaran Syariah kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Syariah 930/4.

Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa dan adik beradik yang
sentiasa memberikan sokongan dan dorongan ketika saya susah dan senang menyiapkan
Kerja Kursus. Tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat seperjuangan yang bertungkus lumus
menyiapkan Kerja Kursus Syariah bersama.

Harapan saya ialah hasil kajian akan menjadi hasil kajian yang bermanfaat kepada
masyarakat dan membantu masyarakat dalam menyelesaikan kekeluruan untuk tajuk yang
berkaitan dengan talak.

3
4

1.0 PENGENALAN
Setiap insan didunia yang sudah berkahwin pasti inginkan kebahagiaan dalam melayari
kehidupan sebagai pasangan. Sudah pasti mereka akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan
keharmonian dalam rumah tangga mereka dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun
begitu, tiada sesiapa yang boleh melawan takdir, kadang kala ikatan yang kita sangkakan
bahagia, boleh terputus di tengah jalan dan diakhiri dengan penceraian.

Talak ialah melepaskan perkahwinan dengan lafaz talak. Talak juga merupakan satu
penyelesaian terakhir bagi suami isteri yang tidak dapat hidup bersama dan mencari kata
sepakat. Pada masa kini, ramai remaja yang mengikat ikatan perkahwinan pada usia yang
sangat muda dan ramai juga yang mengakhiri perkahwinan mereka pada usia yang sangat
muda. Mereka menyangka perkahwinan hanya berdasarkan cinta sahaja tanpa rasa
tanggungjawab sedangkan perkahwinan yang sebenar memerlukan tanggungjawab dan
pemgorbanan yang sangat besar.

Berdasarkan statistik yang dicatatkan antara 2014 hingga 2016, sebanyak 171,252 kes
penceraian melibatkan pasangan Islam yang direkodkan dalam tempoh tidak sampai tiga
tahun. Selain itu, berdasarkan statistik semasa sebanyak 2,932 kes penceraian di bawah usia
perkahwinan lima tahun bagi umat Islam di Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan telah direkodkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) pada 2013 hingga 2017. Manakala kes penceraian melibatkan bukan Islam pula
sebanyak 14,440 kes direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh yang
sama.

Oleh itu, pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian terhadap penduduk di Taman
Tenaga mengenai isu talak diusia muda yang sudah menjadi kebiasaan kini bagi melihat
pandangan dan pengetahuan mereka tentang isu berkenaan. Pengkaji akan menilai dan
meneliti respondan penduduk taman tenaga tentang isu talak diusia muda. Hasil kajian yang
diperoleh diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada
golongan remaja yang sedang di alam perkahwinan.

4
5

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat dua objektif utama yang menjadi focus perbincangan dalam kajian iaitu:
2.1. Menjelaskan konsep talak dalam islam

2.2 Mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat Islam di salah satu taman perumahan di
Daerah Hulu Langat mengenai talak

3.0 KAEDAH KAJIAN

Bagi mencapai kedua dua objektif kajian, pengkaji memilih untuk menggunakan dua
kaedah kajian seperti berikut:

3.1. Kaedah pendokumentasian

Pengkaji menggunakan kaedah pendokumentasian untuk mencapai objektif kajian yang


pertama iaitu menerangkan konsep talak menurut islam. Pengkaji menerangkan tentang
konsep, dalul, hukum dan hikmah talak. Dengan melalui kaedah ini, pengkaji merujuk
bahan yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan seperti buku ilmiah, jurnal, artikal dan
penulisan lain. Selain itu, pengkaji juga menambah ilmu pengetahuan dengan melayari
laman web yang berkaitan dengan tajuk talak untuk mencari maklumat tambahan selain
daripada menggunakan buku-buku ilmiah.

3.2. kaedah lapangan

Kaedah kajian lapangan ini digunakan untuk mencapai objektif kajian yang kedua iaitu
mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat Islam di salah sebuah taman perumahan di
Daerah Hulu Langat mengenai talak. Bagi mendapatkan maklumat, borang soal selidik yang
menggunakan kaedah skala Likert akan diedarkan kepada 40 orang respondan yang dihadkan
kepada penduduk di sebuah taman perumahan di Daerah Hulu Langat berdasarkan.
Berdasarkan respon yang pengkaji peroleh melalui borang soal selidik, pengkaji dapat
memperolehi maklumat yang berkaitan dengan tajuk dan mencapai objektif kedua iaitu
mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat Islam di salah sebuah taman perumahan di
Daerah Hulu Langat.

5
6

4.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

Setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga didunia ini pasti inginkan
kebahagian yang berkekalan hingga ke Jannah. Tiada pasangan yang ingin mengakhiri
mahligai mereka dengan penceraian. Dalam islam kebiasaannya pasangan akan
diberikan kaunseling terlebih dahulu dan dinasihatkan untuk berbincangan dan jika
tidak mempunyai jalan penyelesaian maka, ianya akan diakhiri dengan talak.

Apabila berlaku persengketaan antara suami isteri, mereka akan cenderung untyk
mengakhiri perkahwinan mereka dengan talak lazimnya, talak akan dilafazkan oleh
suami. Hal ini kerana emosi yang tak stabil. Kes penceraian banyak di kalangan
pasangan muda kerana kebiasaan orang muda adalah berdarah panas. Masing masing
dengan kepala sendiri. Berbeza dengan pasangan berumur lebih lebih lagi yang sudah
mempunyai cahaya mata. Mereka akan berfikir tentang anak mereka terlebih dahulu
sebelum mengambil langkah ke arah penceraian.

Kebanyakan umat islam di Malaysia sudah didedahkan dengan ilmu perkahwinan dan
penceraian sejak dari sekolah menengah melalui subjek pendidikan islam atau
pendidikan syariah Islamiyah. Bahkan, sebelum membina mahligai, jabatan agama
islam Malaysia telah meletakan syarat iaitu pasangan perlu menghadiri kursus
perkahwinan terlibih dahulu.

4.1. KONSEP TALAK DALAM ISLAM

Bagi mencapai objektif kajian yang pertama, pengkaji perlu menerangkan berkaita
konsep talak dari segi bahasa dan istilah, dalil, hukum, rukun dan syarat talak, pengkaji
akan menerangkan fakta dan pandangan dengan rujukan buku-buku ilmiah berserta
bahan dari internet untuk memastikan fakta dan pandangan yang diberikan adalah
benar.

6
7

Penjelasan tentang konsep talak sangat penting untuk difahaman dan dijelaskan bagi
mencapai objektif kajian yang pertama. Hal ini juga untuk menambah kefahaman
pengkaji tentang ilmu talak.

a) Pengertian talak

Talak menurut bahasa ialah cerai atau melepaskan ikatan. Manakala talak menurut
istilah merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai atau yang mengandungi
makna seumpamanya (Ab Rahim bin Md Arshad,2020 et. All). Contoh lafaz talak ialah
“aku ceraikan kau”.

Talak berasal daripada perkataan arab yang bermaksud melepaskan atau membuka
ikatan. Talak dari segi syarak ialah melepaskan atau membuka ikatan. Talak dari segi
syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah
(sindiran). (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, 2021
http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-joomla/
components/205-talak?Itemid=951)

Talak pada bahasa ialah melepaskan ikatan dan membebaskan. Manakala dari sudut
istilah pula, talak ialah melepaskan ikatan kadar perkahwinan dengan menggunakan
lafaz talak dan seumpamanya (Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani et. All)

b) Dalil talak

Talak ialah perkara yang disyariatkan dalam islam untuk membubarkan perkahwinan.
Terdapat ayat ayat dalam alquran tentang pensyariatan talak iaitu:

Berdasarkan dalil dalam Surah at-Talaq 1:

7
8

ْ
‫وأحصوا الع ّدة‬ ّ ‫قوهن لع ّد‬
‫تهن‬ ّ ّ‫ي ٰىأيها النبي إذا طلّقتم النسٓاء فطل‬
“Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) hendaklah menceraikan isteri-
isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
‘iddahnya, dan hitunglah masa ‘iddah itu (dengan betul)”.

Berdasarkan dalil dalam Surah Al Baqarah 227:

‫وان عزموا الطالق فان هللا سميع عليم‬


"Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan ister), maka
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”

Berdasarkan Surah Al Baqarah 229:

‫الطالق مرتان فامساك بمعروف او تسريح باحسان‬


“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk
dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik”.

Menurut Ibn Kathir, masyarakat arab jahiliyah pada waktu dahulu tiada satu system
yang teratur untuk penceraian. Mereka boleh menceraikan isteri mereka sesuka hati dan
rujuk semula walaupun beberapa kali sehingga ratusan kali. Oleh itu, Allah telah
menurunkan ayat alquran yang mengajar umat islam tentang talak dalam islam. (Ajwad
Shafie,2020 https://akumuslim.asia/penceraian-dan-talak-dalam-islam-huraian-
lengkap/)

c) Hukum talak

Bagi menjelaskan tentang konsep talak dalam islam, pengkaji akan menerangkan
tentang hukum talak yang telah ditetapkan dalam islam. Hukum talak terbahagi kepada
lima iaitu wajib, haram, sunayt, makruh dan harus.

8
9

i. Wajib
a) Apabila perbalahan antara suami isteri tidak dapat didamaikan lagi. Hal ini
telah diikhtiarkan oleh pasangan dengan merujuk kaunseling dan berbincang
secara langsung.
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal sepakat untuk
mendamaikan pasangan tersebut.
c) Jika suami tidak menceraikan isteri dalam keadaan yang sedemikian, maka
berdosalah suami kerana telah menzalimi isteri.
ii. Haram
a) Haram bagi suami menceraikan isteri yang dalam keadaan haid atau nifas.
b) Isteri yang dalam keadaan suci yang telah disetubuhi. Hal ini kerana dikhuatiri
isteri itu mengandung.
c) Haram bagi menceraikan isteri ketika suami sedang sakit bertujuan
menghalang isteri daripada menuntut harta pusakanya.
d) Haram bagi suami mentalakkan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau talak
satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih.

iii. Sunat
a) Sunat bagi suami menceraikan isterinya jika suami tidak mampu menanggung
nafkah isterinya.
b) Sunat bagi suami mencaraikan isterinya jika isterinya tidak menjaga maruah
dirinya.

iv. Makruh
a) Makruh bagi suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak
mulia dan mempunyai pengetahuan agama.
v. Harus
a) Harus bagi suami menceraikan isteri jika suami itu lemah keinginan nafsunya
atau isterinya yang belum dating haid atau terputus haidnya.

d) Rukun dan syarat

9
10

Bagi lebih menjelaskan lagi tentang konsep talak menurut islam. Pengkaji
akan menerangkan tentang rukun dan syarat yang merupakan garis panduan
untuk talak dari sudut islam. Hal ini juga dapat mengelakkan sebarang
kekeliruan berkenaan dengan talak. Rukun dan syarat talak ialah:

i. Suami
Hendaklah orang yang menjatuhkan talak adalah suami. Maka tak sah orang
yang menjatuhkan talak selain daripada suami. Sabda Rasulullah S.A.W
daripada Jabir yang bermaksud ‘Tidak ada talak kecuali setelah nikah…’
(HR Aby Ya’la, sahih menurut al-Hakim)

Selain itu, suami adalah orang yang sempurna akalnya. Maka tidak sah talak
orang yang gila, kanak-kanak, dalam keadaan dukacita atau marah.

Di samping itu, suami hendaklah orang yang cukup umur. Maka tidak sah
talak dari kanak kanak mumayiz. Sabda Rasulullah S.A.W “Diangkat qalam
dari tiga jenis manusia.: kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang
nyenyak tidur higgalah dia terjaga, dan orang gila sehinggalah siuman” (HR
Ahmad)

Akhir sekali, hendaklah pilihan sendiri. Maka tidak sah jika dipaksa.

ii. Isteri
Mestilah isteri yang sah. Akad nikah yang cukup syarat. Tidak sah talak jika
bukan dari kalangan isteri yang sah.

Selain itu, isteri yang belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya.

iii. Lafaz/sighah
Ucapan yang dilafazkan oleh suami hendaklah jelas menyatakan
penceraiannya. Tidak menggunakan Bahasa yang tidak difahami.

Selain itu, lafaz talak yang diucap oleh suami mestilah dengan kerelaan
sendiri dan bukannya paksaan.

10
11

iv. Qasad
Suami mempunyai niat talak pada masa melafazkan perkataan talak terhadap
isteri
Tetapi, dalam mazhab syafie, jika suami berkata terus terang dikira jatuh
talak walaupun tanpa niat.

e) Hikmah talak

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnnya. Sesungguhnya Allah tidak akan
membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya. Berdasarkan firman
Allah dalam Surah Al Baqarah 226:

‫ال يكلف هللا نفسا اال وسعها‬

Antara hikmah talak yang pengkaji peroleh ialah:

i. Pasangan dapat memulakan hidup baru bersama pasangan lain yang


lebih sesuai

ii. Dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pasangan tersebut


supaya memperbaiki kesilapan diri masing-masing. Hal ini supaya
pasangan tidak akan mengulang kesilapan yang sama dan lebih berhati
hati ketika bersama pasangan baru.
iii. Dapat mengurangkan tekanan emosi suami isteri dan mendapat
ketenangan apabila masalah dapat diselesaikan dengan baik.

11
12

4.2 TAHAP PENGETAHUAN MASYARAKAT ISLAM DI SALAH SEBUAH


TAMAN PERUMAHAN DI DAERAH HULU LANGAT MENGENAI TALAK.

Bagi mencapai objektif kedua kajian iaitu menilai dan membuat pemerhatian
tentang tahap kefahaman masyarakat islam di salah sebuah taman perumahan di
Daerah Hulu Langat mengenai talak, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik
kepada 40 orang respondan dan dibataskan hanya kepada penduduk di sebuah taman
perumahan di Daerah Hulu Langat. Borang akan di agih dalam bentuk google form
yang mengandungi dua bahagian iaitu data demografi dan item soalan yang
mengandungi 10 soalan.

a) Data demografi

Data demografi ini mengandungi 4 soalan yang dikemukan oleh pengkaji untuk
memperoleh maklumat asas tentang responden. Sebarang maklumat yang ditanda oleh
responden adalah sulit dan hanya digunakan untuk kajian sahaja. Responden yang
terlibat seramai 40 orang dan dihadkan kepada masyarakat Islam di salah sebuah
taman perumahan di Daerah Hulu Langat.

Soalan yang diberikan meliputi jantina untuk mengetahui sama ada responden ialah
lelaki atau perempuan. Seterusnya, umur pengkaji dan dihadkan bagi responden yang
berumur 15 tahun keatas. Hal ini demikian kerana bersesuaian dengan sistem
pembelajaran di Malaysia yang mendedahkan tentang sistem perkahwinan seawal
umur 15 tahun. Di samping itu, pengkaji mengemukakan taraf pendidikan sebagai
soalan untuk mengetahui maklumat asas responden. Hal ini untuk mengetahui setakat
mana pendidikan yang diterima oleh responden. Soalan yang terakhir ialah mengenai
status responden. Pengkaji ingin mengenal pasti sama ada responden sudah berkahwin
atau masih bujang.

12
13

4.2.1 Jantina responden

Jantina

12
(30%)

28
(70%)

perempuan lelaki

Jadual 1 : Jantina responden


Sumber : Borang soal selidik

Carta 1 menunjukkan jantina responden sama ada lelaki atau perempuan. Responden ini
dihadkan pada salah sebuah taman perumahan di Daerah Hulu Langat seramai 40 rang.
Terdapat 28 orang responden perempuan iaitu mewakili 70% daripada jumlah
keseluruhan. Selebihnya terdapat 12 orang responden lelaki iaitu mewakili 30%.

13
14

4.2.2. Umur responden

Umur

4
(10%) 3
(8%)

23
(58%) 10
(25%)

15-25 Tahun 26-35 Tahun 36-45 Tahun 46 Tahun keatas

Jadual 2 : Umur responden


Sumber : Borang soal selidik

Carta 2 menunjukkan umur responden. Pengkaji meletakkan had umur bermula dari 15
tahun. Hal ini demikian kerana bersesuaian dengan sistem pembelajaran di Malaysia
yang mendedahkan tentang sistem perkahwinan seawal umur 15 tahun. Pengkaji tidak

14
15

meletakkan had umur maksimum kerana kawasan kajian yang melibatkan masyarakat
umum. Seramai 4 orang responden berumur 15-25 tahun iaitu mewakili 10%.
Seterusnya, bilangan yang paling sedikit iaitu seramai 3 orang responden yang berumur
26-35 tahun mewakili 7%. Golongan yang berumur 36-45 tahun pula seramai 10 orang
iaitu mewakili 25%. Akhir sekali, bagi golongan 46 tahun keatas menunjukkan bilangan
yang paling ramai iaitu seramai 23 orang mewakili 58% daripada jumlah keseluruhan.

4.2.3 Taraf pendidikan responden

Taraf pendidikan
30

25 28
(70%)

20

15

10

5 8 2 2
(20%) (5%) (5%)

0
SPM Diploma/STPM dan setaraf Ijazah Pasca ijazah

Taraf pendidikan

Jadual 3 : Taraf pedidikan responden


Sumber : Borang soal selidik

Graf 3 menunjukkan taraf pendidikan responden yang terdiri daripada lepasan SPM,
Diploma/ STPM dan setaraf, Ijazah dan Pasca ijazah. Seramai 28 orang responden yang
merupakan lepasan SPM iaitu mewakili 70% daripada jumlah keseluruhan. Seterusnya,

15
16

seramai 8 orang responden lepasan Diploma/ STPM dan setaraf iaitu mewakili 20%.
Bagi lepasan ijazah pula seramai 2 orang iaitu mewakili 5% sama seperti Pasca ijazah.

4.2.4 Status responden

Status

3
(7.5%)

37
(92.5%)

berkahwin bujang

Jadual 4 : Status responden


Sumber : Borang soal selidik

Carta 4 menunjukkan responden sama ada bujang atau sudah berkahwin. Seramai 37
orang responden telah berkahwin iaitu mewakili 9.2% daripada jumlah keseluruhan.
Manakala baki seramai 3 orang iaitu mewakili 7.5% ialah bilangan responden yang
bujang.

16
17

b) Tahap kefahaman masyarakat islam di salah satu taman perumahan di


Daerah Hulu Langat mengenai talak

Pengkaji ingin mengkaji tentang objektif kajian yang kedua iaitu tahap kefahaman
masyarakat islam di salah satu taman perumahan di Daerah Hulu Langat mengenai
talak. Pengakaji telah mengedarkan borang soal selidik berbentuk google form kepada
40 orang responden yang dihadkan kepada penduduk di salah satu taman perumahan di
Daerah Hulu Langat. Pengkaji telah menyediakan 10 item soalan kepada responden
dengan menggunakan skala linkert.

1 2 3
Tidak setuju Kurang setuju Setuju

Bil. Soalan 1 2 3
1 Talak adalah menrungkaikan ikatan 1 2 37
perkahwinan dengan lafaz cerai.
(2.5%) (5%) (92.5%)
2 Talak tidak boleh dipaksa 1 7 32
(2.5%) (17.5%) (80%)
3 Sunat mentalakkan isteri yang tidak 8 11 21
menjaga maruah dirinya.
(20%) (27.5%) (52.5%)
4 Penceraian dengan talak hanya boleh 0 0 40
dilafazkan oleh suami.
(0%) (0%) (100%)
5 Talak mestilah dilafazkan dengan ucapan 1 4 35
yang jelas menyatakan penceraiannya.
(2.5%) (10%) (87.5%)
6 Talak dapat memberi peluang untuk 9 10 21
memulakan hidup baru dengan pasangan
(22.5%) (25%) (52.5%)
lain yang lebih sesuai.
7 Talak dapat memberi pengajaran dan 5 9 26
keinsafan kepada pasangan.

17
18

(12.5%) (22.5%) (65%)


8 Kes talak dalam usia muda semakin 1 7 32
meningkat saban hari.
(2.5%) (17.5%) (80%)
9 Lelaki haram menceraikan isteri dengan 6 8 26
talak tiga sekaligus tetapi talaknya sah
(15%) (20%) (65%)
10 Lafaz talak hanya sah kepada suami yang 0 2 38
sempurna akalnnya sahaja
(0%) (5%) (95%)

Jadual 5 : tahap kefahaman masyarakat islam di salah satu taman perumahan di Daerah Hulu
Langat mengenai talak

Sumber : Borang soal selidik

Jadual diatas menunjukkan tahap kefahaman masyarakat islam di salah satu taman
perumahan di Daerah Hulu Langat mengenai talak. Terdapat 40 orang responden iaitu
mewakili 100% yang telah dihadkan kepada salah sebuah taman perumahan di Daerah Hulu
Langat.

ANALISIS ITEM PERTAMA


3%

5%

93%

Tidak setuju Kurang setuju Setuju

Jadual 6 : Talak adalah menrungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai

18
19

Sumber : Borang soal selidik

Soalan pertama ialah talak adalah menrungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai.
Seorang responden tidak setuju iaitu mewakili 2.5% manakala untuk kurang setuju, 2 orang
responden mewakili 5% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya memilih setuju.

Menurut Ab Rahim bin Md Arshad (2020), fuqaha bersepakat bahawa talak ialah
merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai atau yang mengandungi makna
seumpamanya. Oleh itu, pengkaji dapat melihat takat kefahaman masyarakat yang memahami
maksud talak iairu seramai 37 orang mewakili 92.5%.

ANALISIS ITEM KEDUA


3%

18%

80%

Tidak setuju Kurang setuju Setuju

Jadual 7 : Sunat mentalakkan isteri yang tidak menjaga maruah dirinya.

Sumber : Borang soal selidik

Soalan kedua, talak tidak boleh dipaksa. Dapat difahami bahawa talak haruslah dengan
kerelaan hati sahaja. Berdasarkan jadual 5, hanya seorang responden tidak setuju iaitu
mewakili 2.5%. Bagi yang kurang setuju pula, seramai 7 orang iaitu mewakili 17.5%.

19
20

Menurut Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani (2020), fuqaha bersepakat bahawa rukun
bagi talak adalah lelaki dan syaratnya haruslah tidak boleh dipaksa. Oleh itu, dapat dilihat
kefahaman masyarakat iaitu seramai 32 orang responden yang memilih setuju iaitu mewakili
80% daripada jumlah keseluruhan.

ANALISIS ITEM KETIGA


25

20

15

10

0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju

ANALISIS ITEM KETIGA

Jadual 8 : Talak adalah menrungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai

Sumber : Borang soal selidik

Soalan ketiga, sunat mentalakkan isteri yang tidak menjaga maruah dirinya. Seramai 8 orang
responden tidak bersetuju dengan pernyataan iaitu mewakili 20%. Bagi yang kurang
bersetuju pula seramai 11 orang responden iaitu mewakili 27.5%. Bilangan yang cenderung
kepada tidak setuju ialah 19 orang daripada 40 orang responden.

Munurut sumber internet, (Dalam islam, 2021) sunat talak untuk mencegah kemudaratan
apabila isterinya tetap tinggal bersamanya. Biasanya hal ini terjadi apabila isteri tidak lagi
mencintai suaminya sehingga mengakibatkan isterinya tidak lagi menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang isteri dengan baik. Talak yang dijatuhkan demi kemaslahatan isteri
hukumnya Sunnah. Antara keadaan yang Sunnah ditalak ialah apabila isterinya tidak lagi
menjaga kehormatan dan martabat dirinya sebagai seorang isteri. Oleh itu, pengkaji dapat

20
21

melihat tahap kefahaman masyarakat yang bersetuju iaitu seramai 21 orang iaitu mewakili
52.5%.

ANALISIS ITEM KEEMPAT DAN KELIMA

35
Setuju
40

4
Kurang setuju
0

1
Tidak setuju
0

0 5 10 15 20 25 30 35 40 45

ANALISI ITEM KELIMA ANALISIS ITEM KEEMPAT

Jadual 9 : Penceraian dengan talak hanya boleh dilafazkan oleh suami & Talak mestilah
dilafazkan dengan ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya

Sumber : Borang soal selidik

Soalan keempat, penceraian dengan talak hanya boleh dilafazkan oleh suami. Menurut Ab
Rahim bin Md Arshad (2020), fuqaha bersepakat bahawa hendaklah orang yang menjatuhkan
talak adalah suami. Tidak sah orang yang menjatuhkan talak selain daripada suami. Oleh itu,
pengkaji dapat melihat kefahaman masyarakat di salah sebuah taman perumahan di Daerah
Hulu Langat dimana 40 orang responden bersetuju dengan soalan keempat mewakili 100%.

Soalan kelima, Talak mestilah dilafazkan dengan ucapan yang jelas menyatakan
penceraiannya. Berdasarkan jadual 5, seorang responden telah memilih tidak bersetuju iaitu
mewakili 2.5% daripada jumlah keseluruhan. Bagi yang kurang bersetuju pula seramai 4
orang iaitu mewakili 10%. Menurut Ab Rahim bin Abdul Rahman (2020) fuqaha bersepakat
bahawa talak dilafazkan dengan ucapan yang jelas merupakan salah satu daripada rukun
talak. Antaranya ucapan yang jelas untuk melafazkan talak ialah “aku ceraikan kau dengan” ,

21
22

“aku lepaskan kau..”, “saya talak awak”. Oleh itu, pengkaji dapat melihat bahawa seramai 35
orang responden telah bersetuju iaitu mewakili 87.5%.

ANALISIS ITEM KEENAM

7%

44%

49%

Tidak setuju Kurang setuju Setuju

Carta 10 : Talak dapat memberi peluang untuk memulakan hidup baru dengan pasangan lain
yang lebih sesuai.
Sumber : Borang soal selidik

Soalan keenam, talak dapat memberi peluang untuk memulakan hidup baru dengan pasangan
lain yang lebih sesuai. Seramai 9 orang responden iaitu mewakili 22.5% tidak bersetuju
dengan pernyataan. Bagi yang kurang bersetuju pula, seramai 10 orang iaitu mewakili 25%
daripada jumlah keseluruhan.

Menurut Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani (2020), fuqaha bersepakat bahawa salah
satu hikmah talak ialah dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk memulakan
kehidupan rumah tangga yang lebih baik dan bahagia bersama pasangan yang lebih sesuai.
Oleh itu, pengkaji dapat melihat tahap kefahaman masyarakat yang bersetuju iaitu seramai 21
orang mewakili 52.5%.

22
23

ANALISIS ITEM KETUJUH

13%

23%

65%

Tidak setuju Kurang setuju Setuju

Carta 11 : Talak dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pasangan

Sumber : Borang soal selidik

Soalan ketujuh, talak dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pasangan berdasarkan
jadual diatas, daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 40 orang, terdapat 5 orang
memilih tidak setuju iaitu mewakili 12.5%. Bagi yang kurang bersetuju pula, 12 orang
responden iaitu mewakili 22.5%.

Menurut Ab Rahim bin Md Arshad (2020), para fuqaha bersepakat bahawa salah satu hikmah
talah adalah dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pasangan tersebut supaya
memperbaiki kesilapan masing-masing. Hal ini supaya pasangan tersebut tidak akan
mengulang kesilapan yang sama untuk perkahwinan yang seterusnya bersama pasangan yang
baru. Oleh itu, pengkaji dapat melihat tahap kefahaman masyarakat tentang pernyataan iaitu
seramai 26 orang yang bersetuju iaitu mewakili 65% daripada jumlah keseluruhan.

23
24

ANALISIS ITEM KELAPAN

Setuju 32

Kurang setuju 7

Tidak setuju 1

0 5 10 15 20 25 30 35

ANALISIS ITEM KELAPAN

Carta 12 : Kes talak dalam usia muda semakin meningkat saban hari

Sumber : Borang soal selidik

Soalan kelapan, kes talak dalam usia muda semakin meningkat saban hari. Seorang daripada
responden tidak bersetuju dengan pernyataan iaitu mewakili 2.5%. bagi yang kurang
bersetuju pula seramai 7 orang iaitu mewakili 17.5% daripada jumlah keseluruhan.

Munurut sumber internet, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (Harian
Metro, 30 Nov 2020) laporan yang menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat
negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun
sebelumnya. Oleh itu, pengkaji dapat melihat tahap kefahaman masyarakat di salah sebuah
taman perumahan di Daerah Hulu Langat yang bersetuju iaitu seramai 32 orang mewakili
80% daripada jumlah keseluruhan.

24
25

ANALISIS ITEM KESEMBILAN DAN


KESEPULUH
ANALISIS ITEM KESEMBILAN ANALISIS ITEM KESEPULUH

38
26
8
6

2
0

Ti d ak set u j u K u r an g set u j u Set u j u

Soalan kesembilan, Lelaki haram menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus tetapi
talaknya sah. Seramai 6 orang memilih tidak setuju iaitu mewakili 15%. Bagi yang kurang
bersetuju pula seramai 8 orang responden iaitu mewakili 20%. Menurut Ab Rahim bin Md
Arshad (2020), fuqaha bersepakat bahawa haram hukum suami menceraikan isteri dengan
talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau
lebih. Oleh itu, pengkaji dapat melihat sejauh mana kefahaman masyarakat di salah sebuah
taman perumahan di Daerah Hulu Langat mengenai talak. Seramai 26 orang responden
bersetuju iaitu mewakili 65% daripada jumlah keseluruhan.

Soalan kesepuluh, lafaz talak hanya sah kepada suami yang sempurna akalnnya sahaja.
Berdasarkan jadual diatas, hanya 2 orang responden yang kurang bersetuju iaitu mewakili
5%. Tiada responden yang memilih tidak bersetuju. Menurut Ab Rahim bin Md Arshad
(2020), syarat bagi suami yang menjatuhkan talak adalah orang yang sempurna akalnya.
Maka tidak sah talak orang yang gila, kanak-kanak, dalam keadaan dukacita atau marah. Oleh

25
26

itu, pengkaji dapat melihat kefahaman responden tentang talak iaitu seramai 38 orang
responden yang bersetuju mewakili 95% daripada jumlah keseluruhan.

Secara keseluruhannya, berdasarkan 10 item soalan yang dikemukakan kepada responden,


pengkaji dapat melihat bahawa penduduk di salah sebuah taman perumahan di Daerah Hulu
Langat mempunyai pengetahuan tentang ilmu talak walaupun secara majoriti. Hal ini kerana
talak lazimnya lebih dekat dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga kerana
telah diterangkan ketikamana menghadiri kursus kahwin.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan

Berdasarkan kajian yang telah dikaji dan diteliti, dapat disimpulkan bahawa talak ialah salah
satu dari cara untuk memutuskan ikatan perkahwinan. Talak boleh menggunakan lafaz yang
sarih atau kinayah untuk menyatakan perpisahan. Talak berlaku sekiranya cukup rukun dan
syarat seperti suami, isteri, lafaz dan qasaf. Talak hanya sah dilafazkan oleh suami.
Penceraian amat tidak digalakkan dalam islam, tetapi, islam telah menggariskan panduan dan
cara-cara yang betul untuk berpisah dengan cara yang baik iaitu talak. Dalam kepahitan
penceraian, terdapat hikmah disebaliknya kerana setiap ujian yang didatangkan oleh Allah,
akan disertakan dengan hikmah. Antaranya, dapat memberi peluang kepada pasangan untuk
muhasabah diri memulakan hidup baru dengan pasangan yang baru.

Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji dapat melihat kefahaman masyarakat Islam di
salah sebuah taman perumahan di Daerah Hulu Langat. Kebanyakan masyarakat Islam faham
akan konsep talak. Hal ini kerana kebanyakan dari responden telah mendirikan rumah tangga.
Seperti yang kita sedia maklum, sebelum proses perkahwinan, pasangan haruslah mengambil
kursus kahwin sebagai persediaan awal untuk kea lam perkahwinan. Di dalam kursus kahwin,
terdapat tajuk atau bab yang ditekankan antaranya adalah talak.

5.2 Cadangan

26
27

Berdasarkan dapatan kajian dan maklum balas responden terhadap soalan-soalan yang
berkaitan konsep talak, beberapa cadangan akan diberikan oleh pengkaji untuk mengatasi
masalah talak dikalangan masyarakat Islam.

a) Pasangan haruslah menerima kelemahan dan kekurangan sesama pasangan. Tidak


mengharapkan pasangan untuk memperbaiki kelemahan secara drastik dan pasangan
haruslah sentiasa menyokong antara satu sama lain.
b) Keluarga mentua perlulah menerima menantu dengan hati yang terbuka. Jangan
terlampau memaksa menantu sehinggakan memberi tekanan kepada pasangan.
c) Pihak Mahkamah Syariah perlulah menyediakan satu program khas untuk pasangan
yang mempunyai masalah seperti sesi bersama kaunseling. Hal ini supaya dapat
membuka minda dan pasangan akan berfikir dengan lebih mendalam tentang
keputusan yang telah dilakukan.
d) Jabatan Agama Islam haruslah menyediakan Kursus Post Perkahwinan bagi pasangan
yang sudah 5 tahun berkahwin untuk memberi nasihat dan mengingatkan pasangan
tentang alam perkahwinan.
e) Masyarakat perlulah tidak memandang buruk terhadap pasangan yang bercerai kerana
kita tidak tahu apa yang dilalui pasangan sehingga menyebabkan penceraian.

27
28

6.0 RUJUKAN

Ab Rahim bin Md Arshad, Nasrul Hisyam Bin Nor Muhammad, W Zainuzzaman Bin Wan
Abdullah,Anuar Bin Abdul Rahman,2020,Tech Production,Kuala Lumpur

Ajwad Shafie, 2020 dicapai pada 8 Ogos 2021


https://akumuslim.asia/penceraian-dan-talak-dalam-islam-huraian-lengkap/

Dalam Islam , 2021 dicapai pada 8 Ogos 2021


https://dalamislam.com/hukum-islam/pernikahan/hukum-talak-dalam-pernikahan

Harian Metro , 30 Nov 2020 dicapai pada 5 Ogos 2021


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/647836/jumlah-kahwin-menurun-cerai-
meningkat

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, 2021 dicapai pada 8 Ogos 2021
http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-joomla/
components/205-talak?Itemid=951,

Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani, Mohd Nazir bin Ilyas, Mahimun binti Surdi, Nur
Fasihah binti Ahmad,2020,Telaga Biru Sdn.Bhd,Kuala Lumpur

28
29

LAMPIRAN
TEMA: TALAK
TAJUK: KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM DI SALAH SEBUAH TAMAN
PERUMAHAN DI DAERAH HULU LANGAT TENTANG KONSEP TALAK DALAM
SISTEM MUNAKAHAT ISLAM

A. PROFILE DEMOGRAFI
1.JANTINA:
LELAKI
PEREMPUAN
2.UMUR:
15-25 tahun
26-35 tahun
36-45 tahun
46 tahun keatas
3.TARAF PENDIDIKAN:
SPM
Diploma/STPM dan setaraf
Ijazah
Pasca ijazah
4.STATUS:
Bujang
Berkahwin

B. ITEM
Tandakan (/) pada kotak yang disediakan.
No Item Soalan Tidak Kurang Setuju
. Setuju Setuju
1. Talak adalah menrungkaikan ikatan perkahwinan
dengan lafaz cerai.
2. Talak tidak boleh dipaksa

29
30

3. Sunat mentalakkan isteri yang tidak menjaga maruah


dirinya.
4. Penceraian dengan talak hanya boleh dilafazkan oleh
suami.
5. Talak mestilah dilafazkan dengan ucapan yang jelas
menyatakan penceraiannya.
6. Talak dapat memberi peluang untuk memulakan hidup
baru dengan pasangan lain yang lebih sesuai.
7. Talak dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada
pasangan.
8. Kes talak dalam usia muda semakin meningkat saban
hari.
9. Lelaki haram menceraikan isteri dengan talak tiga
sekaligus tetapi talaknya sah.
10. Lafaz talak hanya sah kepada suami yang sempurna
akalnnya sahaja.

30

Anda mungkin juga menyukai