Anda di halaman 1dari 11

SUMBANGAN SULTAN MUHAMAD AL-

FATIH DALAM MENGUKUHKAN


EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH PADA
ABAD KE-15.
PENDAHULUAN

• Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianople, sempana Turki-Bulgaria.
Digelar al-Fatih yang bermaksud pembebas kerana kejayaannya membebaskan
kota Constantinople. Menaiki tahta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan
ayahandanya Sultan Murad II. Memerintah selama 30 tahun bermula 1451-1481
Masihi. Baginda meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
Baginda seorang negarawan ulung dan telah memimpin 25 kempen peperangan.
Sepanjang pemerintahannya, baginda meninggalkan sumbangan yang cukup
besar dalam mengukuhkan Empayar Turki Uthmaniyah abad ke-15.
Mengepung dan Membuka Kota Constantinople
• Kejayaan membuka ibu kota Rom Timur ini merupakan sumbangan terbesar Sultan
Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan ini bukanlah
sesuatu yang mudah namun, disebabkan kecekapan dan sifat kepemimpinan yang dimiliki oleh
baginda di samping memiliki tentera yang berdisiplin dan berani berjuang menghadapi musuh.
• Kehebatan baginda terserlah sejak sebelum ekspedisi ini dilancarkan. Baginda telah membuat
kajian tentang sebab musabab kegagalan kempen sebelum ini dengan mengkaji pelan kota
Constantinople dan kerap berbincang dengan para panglima perangnya. Sultan Muhammad al-
Fatih juga melengkapkan angkatan perangnya dengan 265 000 orang tentera, 400 buah kapal
laut, membangunkan meriam gergasi yang boleh menembak daripada jarak yang jauh.
• Baginda turut membawa bersama ulama dan pakar motivasi yang membantu menaikkan
semangat juang tentera selain membawa jurutera untuk membina peralatan lain seperti tangga
atau menara bergerak
• Sultan Muhammad al-Fatih juga menggunakan kepintarannya dengan mengadakan perikatan atau
perjanjian dengan beberapa buah wilayah berhampiran dengan kota Constantinople seperti
Wallachia, Serbia, dan Hungary bagi mengelak kerajaan Rom Timur mendapat bantuan luar.
• Baginda memilih kota Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan membolehkan tentera Islam dapat
mengawasi lalu lintas kapal yang di Selat Bosphorus. Semasa kota Constantinople dikepung,
Sultan Muhammad menawarkan agar pemerintah Rom menyerah kalah. Keengganan pemerintah
Rom menyebabkan kota tersebut diserang bertubi-tubi namun gagal untuk menembusinya.
• Akhirnya baginda telah melaksanakan suatu strategi baharu dengan mengarahkan kapal-kapal
perang diangkut melalui jalan darat ke Bukit Galata sebelum meluncurkan kapal-kapal tersebut ke
Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal musuh berjaya dibedil menyebabkan sistem pertahanan kota
tersebut dapat ditembusi. Tentera Islam akhirnya menggunakan terowong yang dikorek di bawah
tanah bagi memasuki kota tersebut sehingga berjaya menguasai kota tersebut pada 29 Mei 1453.
• Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah kerana kerajaan Rom Timur
yang berpusat di Constantinople merupakan kerajaan yang sangat kukuh dan sentisa mengancam
wilayah-wilayah Islam. Selain itu, kedudukan kota ini juga sangat strategik untuk dijadikan pusat
pentadbiran empayar Uthmaniyah.
Menambahkan Bilangan Penduduk Kota Constantinople
• Sultan Muhammad al-Fatih juga meninggalkan sumbangan dalam menambahkan bilangan
penduduk kota Constinople selepas berakhirnya perang. Jumlah penduduk di kota itu terjejas
teruk disebabkan ramai yang terbunuh dan melarikan diri semasa perang. Bagi memakmurkan
semula kota itu, baginda bertindak menambahkan kembali bilangan penduduk di situ dengan
mengambil beberapa langkah.
• Antaranya, mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali
semula ke kota berkenaan. Baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya
menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya. Selain itu, orang
Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota baharu itu bagi menjalankan
aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya yang strategik.
• Namun faktor utama yang mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik
dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya tanpa diskriminasi.
Dengan kejayaan tersebut maka empayar Turki Uthmaniyah berjaya dikukuhkan.
Menyatukan Pemerintahan di Bahagian Utara Balkan
• Sumbangan seterusnya ialah menyatukan pemerintahan di bahagian Utara
Balkan yang bertujuan untuk menyekat serangan kaum Magyar. Bagi
merealisasikannya, baginda mengambil alih pemerintahan Serbia. Namun
tindakan itu tidak disenangi pihak Kristian menyebabkan Sultan Muhammad
al-Fatih berundur seketika. Walau bagaimanapun baginda kemudiannya
mengambil peluang menawan Belgrade ketika berlakunya perebutan takhta
dalam kalangan kerabat diraja Belgrade. Sultan Muhammad al-Fatih juga
berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat
menjatuhkan baginda. Kesan kejayaan ini kerajaan Uthmaniyah semakin
kukuh di Eropah.
Menghapuskan Kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah

• Bermula 1458 Masihi Sultan Muhammad al-Fatih juga turut berjaya


menghapuskan beberapa kerajaan kecil di Eropah seterusnya mengukuhkan
empayar Uthmaniyah. Antaranya, baginda berjaya menjatuhkan kerajaan
Trebizond iaitu kerajaan Yunani terakhir di Asia Kecil. Baginda juga berjaya
mengalahkan tentera Venice. Selain itu, pada tahun 1462, Raja Venice di
Croatia pula berjaya dikalahkan yang membawa kepada penyerahan wilayah
Venice dan Albania. Sumbangan ini sudah tentu mengukuhkan empayar Turki
Uthmaniyah.
Mendirikan Masjid
• Sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang seterusnya ialah mendirikan masjid-
masjid di kota baharu umat Islam itu. Antaranya baginda telah menukar Gereja
Besar St. Sophies menjadi Masjid Aya Sophia. Bangunan masjid itu telah diubah
suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-
ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara.
Selain itu, baginda juga membina 11 buah masjid lain termasuk sebuah masjid yang
berhampiran dengan makam Abu Ayyub al-Ansari. Di tepi masjid itu dibina sebuah
kubah yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.
Sumbangan ini telah memakmurkan kota tersebut sekaligus mengukuhkan empayar
Turki Uthmaniyah.
Mendirikan Bangunan Lain
• Bagi membangunkan lagi kota itu, Sultan Muhammad al-Fatih turut memberi
sumbangan besar dengan membina lebih banyak bangunan-bangunan lain. Antaranya
kerana baginda sangat mementingkan pendidikan maka institusi-institusi pendidikan
khasnya madrasah dan perustakaan telah dibuka. Bagi menjaga kebajikan rakyat,
baginda mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah fakir miskin, dan menyediakan
kemudahan telaga.
• Bagi meningkatkan tahap keselamatan pula, baginda telah membina limbungan kapal,
gedung senjata, dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan. Sumbangan
baginda telah berjaya membangunkan kota tersebut selain melindungi kota dari
serangan musuh sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.
Kebebasan Beragama

• Semasa Sultan Muhammad al-Fatih mentadbir kota itu, baginda telah berjaya
mengambil hati ramai orang-orang Yahudi dan Arab yang di tindas di Andalusia.
Oleh itu, golongan Yahudi dan Arab ini telah berpindah ke Istanbul.
• Disebabkan kehadiran mereka, Sultan Muhammad al-Fatih telah meminta pihak
gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan mereka.
Baginda juga telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan
gereja dan golongan Ortodoks. Tindakan baginda menyebabkan pemerintahannya
disenangi segenap lapisan masyarakat seterusnya mengukuhkan empayar Turki
Uthmaniyah.
KESIMPULAN
• Kesimpulannnya, sepanjang 30 tahun pemerintahan Sultan Muhammad al-
Fatih baginda telah memberi sumbangan yang cukup besar dalam
mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan menawan dan membuka
kota Constantinople merupakan sumbangan yang paling bermakna kerana ia
adalah titik tolak kejatuhan Rom Timur yang menjadi ancaman kepada
kerajaan Islam

Anda mungkin juga menyukai