Anda di halaman 1dari 2

Huraikan sumbangan Sultan Muhammad Al Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki

Uthmaniah

Nama sebenar  baginda  ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad  bin Bayazid. Baginda
telah dilahirkan  pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah  bandar bersempadankan Turki-
Bulgaria. Baginda juga dikenali dengan  gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya 
membebaskan kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih  menaiki  takhta seawal usia 19
tahun apabila menggantikan  ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar 
yang begitu luas selama kira-kira  30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan  seorang
negarawan  yang ulung dan seorang panglima  tentera yang agung  kerana telah memimpin 
sebanyak  25 kempen peperangan.

Selain itu, sumbangan sultan Muhammad Al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki
uthmaniah ialah penaklukan kota konstantinople. Sejak  kecil, Muhammad  al-Fatih telah
meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya  untuk menawan  kota
Constantinople.  Sepanjang  dua tahun pertama  selepas menaiki takhta, baginda  mengkaji  pelan
kota Costantinople  secara terperinci pada  setiap malam  bagi mengenal pasti  sebarang  faktor-
faktor  kelemahan  kota tersebut. Baginda telah membuat  persiapan untuk menawan  kota
Constantinople  dengan menyediakan  angkatan tentera yang besar dan  canggih. Angkatan 
tenteranya disertai  kira-kira  265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan  400 buah
kapal  laut. Baginda juga mengarahkan  pembinaan  peralatan  perang  termoden seperti meriam
gergasi yang boleh menembak  bom seberat  300 kilogram dengan  jarak sejauh  1.5 kilometer.

Seterusnya, sumbangan sultan Muhammad Al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki


uthmaniah ialah membuka laluan penaklukan ke Eropah. Contonhya, Kota Rumeli Hisari telah
dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang  lapan kilometer dari kota Constantinople. 
Benteng ini dapat mengawal  rapi kapal-kapal  yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga
telah mengikat  perjanjian  damai dengan  pihak Wallachia,  Serbia dan Hungary  untuk
memencilkan  Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota
Constantinople,  baginda membawa  bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi
ke medan perarig bagi membakar,  semangat  jihad tenteranya terutama  semasa  mereka
,menghampiri dinding kubu kota tersebut

Di samping itu, sumbangan sultan AlFatih yang kedua ialah menambahakan bilangan
penduduk istanbul. Tindakan ini dilakukan kerana  bilangan  penduduk  kota berkenaankian
berkurangan  akibat  terkorban  dalam peperangan.Baginda mengarahkan  supaya orang Yunani
yang meninggalkan kediaman  mereka kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga
mengarahkan  negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing  ke kota
tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah  secara beramai-ramai ke
ibu kota yang baharu untuk menjalankan  aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya  yarrrg
strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran  golongan imigran  ke kota ini ialah
sifat baik dan pemurah Sultan  Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya  tanpa
diskriminasi
Seterusnya, sumbangan sultan Muhammad Al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki
uthmaniah ialah mendirikan masjid dan bangunan – bangunan lain. Contohnya, Gereja Besar St.
Sophia dijadikan pusat ibadat orang  Islam.Pada hari ini, gereja  tersebut  dikenali sebagai Masjid
Aya Sofia.Bangunan masjid  diubah suai mengikut  seni bina Islam. Pada dinding dan tiang
masjid dihiasi dengan  ayat-ayat  al-Quran bertulisan  khat yang indah. Di luar masjid pula
dibina  sebuah menara.  Padazaman sultan berikutnya,  bilangan menara meningkat kepada tiga
buah.Baginda juga membina  1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan
makam Abu Ayyrb  al-Ansarri.  Di tepi masjid  ini dibina sebuah  kubah yang berwarna  putih.
Tempat  ini akhirnya menjadi tumpuan  ahli tasawuf.
Sumbangan sultan Muhammad Al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki
uthmaniah ialah kebebasan beragama. Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus
telah berpindah  ke Istanbul.  Sultan Muhammad al-Fatih  juga telah membenarkan 
agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks
mereka.Baginda juga telah meminta  pihak gereja berhimpun dan memilih seorang  ketua  paderi
dalam  kalangan  mereka. Akhirnya,  Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius  kemudian berkata
bahawa  beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada  melihat  topi Latin (Katholik)  kerana 
pihak Katholik  Barat telah menindas  pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan  supaya gereja 
tidak dimusnahkan  atau diapa-apakan.
Kesimpulannya, Sultan Muhammad al-Fatih memperoleh kejayaan besar sepanjang
pemerintahannya. Baginda berjaya menyusun dan mengemaskinikan sistem pentadbiran,
menjalinkan hubungan baik dengan kawasan naungannya dan membina empayar yang luas.
Pembukaan Istanbul merintis jalan kepada kehancuran kerajaan Byzantine. Seterusnya, Baginda
telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.

Anda mungkin juga menyukai