Anda di halaman 1dari 27

SEJARAH

BAB 12:PENEROKAAN

PENGENALAN
Manusia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pelbagai tujuan. Pada zaman prasejarah, manusia meneroka disebabkan untuk mencari sumber makanan, diancam kumpulan lain atau perubahan cuaca.

Sejarah awal penjelajahan manusia mengakibatkan penjelajahan dan penaklukan mampu meluaskan pengetahuan tentang dunia ini

Kegiatan perdagangan dikaitkan sebagai faktor utama penjelajahan dan, seterusnya penerokaan. Kegiatan ini berkembang pesat di Wilayah Islam.

KONSEP/TUJUAN PENEROKAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Menambah keimanan dan keyakinan tauhid kepada Allah SWT. Termasuk dalam tujuan ini ialah activiti penerokaan dan penjelajahan yang dapat menambahkan rasa kebesaran dan keagungan kepada Allah SWT dengan memerhatikan kejadiankejadian Allah sepanjang perjalanannya. Menambah ilmu pengetahuan melalui pemerhatian terhadap makhluk Allah SWT dan masyarakat dahulu dan semasa. Pemerhatian terhadap kesan-kesan peniggalan kaum-kaum terdahulu sangat ditekankan oleh al-Quran.

Mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang menimpa masyarakat manusia terdahulu dan peradaban yang ditinggalkan.

Memakmurkan muka bumi dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Matlamat ini telah menyebabkan umat Islam keluar dari tempat masingmasing dan menjelajah dunia luar.

Kepentingan Penerokaan (Pengislaman)


Politik
- Penjelajahan ke negara-negara baru menguatkan lagi kedudukan politik dan kekuasaan pemerintahan Islam. Dengan adanya kuasa politik yang kuat, umat Islam disegani pihak lawan. - Pengislaman berlaku apabila pemerintah sesuatu kawan memeluk Islam secara sukarela atau peperangan. - Banyak penerokaan ke kawasan bahru dilakukan oleh pemerintah Islam seperti di zaman Khalifah Umar bin al-Khatab yang berjaya mengislamkan Rom, Parsi, Baitulmuqaddis, dan utara Afrika(Mesir).

Ekonomi
- Antara tujuan penjelajahan penerokaan disebabkan oleh kegiatan perdagangan dan perekonomian. Perdagangan kerapkali menjadi faktor utama penerokaan dan pelayaran. - Umat Islam menjelajah ke merata dunia untuk berdagang dan memperkenalkan perniagaan menurut Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran.

Kebudayaan
- Kebudayaan merupakan aspek yang sangat penting apabila bangsa- bangsa yang berlainan bertemu. - Islam telah menetapkan ahawa sebarang kebudayaan boleh diterima selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. - Hasil daripada penjelajahan, banyak kebudayaan bangsa-bangsa luar dibawa dalam kehidupan umat Islam.

- Kebudayaan Islam masih lagi dapat dilihat dan kekal di kebanyakan negara di dunia hari ini seperti seni bina masjid, bangunan berseni bina Islam, dan cara berpakaian.
- Kesan daripada penjelajahan juga menjadikan umat Islam berbilang bangsa.

Kepentingan Penerokaan (Pengintelektual)


Ilmu perubatan
- Penjelajahan dan penerokaan telah memberikan sumbangan yang besar kepada bidang perubatan. - Al- Harith bin Khaldah dan anaknya Al-Nadr Al-Harith terkenal kerana pengembaraannya yang jauh sehingga ke negara Parsi untuk menuntut ilmu perubatan sehingga beliau berpeluang untuk berdialog dengan maharaja Kisra berkenaan hal perbutan. - Ilmu perubatan umat Islam bermula pada Zaman Bani Umaiyah yang menyaksikan perubatan Islam terpengaruh dengan aliran Yunani.

- Kemajuan yang pesat berlaku bermula pada Zaman Bani Umaiyah yang menyaksikan perubatan Islam berkembang disebabkan kemajuan perhubungan yang memudahkan umat Islam menjelajah dan meneroka negara lain.

Ilmu Astronomi(Falak)
- Ilmu astronomi mencapai kemajuan yang menggalakan setelah pertempuran tamadun berlaku antara Islam dengan Parsi.

- Zaman Abbasiyah dianggap sebagai zaman kemajuan ilmu astronomi. Pada masa itu, umat Islam mencedok ilmu tersebut melalui penjelajahan ke negara lain spt Sind, Khurasan dan India.
- Pada zaman pemerintahan Khalifah al- Mansur, seorang pakar ilmu hisab dan falak yang bernama Sind Hindi telah dijemput ke Baghdad dan diperintahkan agar buku beliau diterjemahkan ddalam bahasa Arab.

Ilmu Geografi
- Ilmu geografi diterokai oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Mereka sangat mementingkan ilmu geografi memandangkan kepentingannya dari segi polayaran untuk tujuan ibadat haji dan menuntut Ilmu serta perniagaan.

- Selepas wilayah Islam berkembang luas sehingga negara China timur dan Lautan Pasifik di Barat, pengetahuan umat Islam tentang bumi dan kedududukan negara semakin bertambah.

- Mereka mendalami ilmu tersebut sehingga mempunyai kemahiran melakar peta.

- Qutaibah bin Muslim al- Bahhili telah menyerang bandar Bukhhara pada tahun 89 Hijrah namun gagal. Beliau bertanyakan Gabenor Iraq, al-Hajjaj bin Yusof al- Thaqafi tentang cara mudah untuk menguasai bandar tersebut. - Beliau membalas utusan tersebut menyuruh agar beliau melakar peta bandar tersebut. Apabila lakaran tesebut sampai ke al-Hajjaj, Beliau menunjukkan serangan kepada Qutaibah.

- Akhirnya bandar Bukhara jatuh ke tangan umat Islam pada tahun 90 Hijrah.

Sumbangan Tokoh
Al-Masudi - Nama penuh beliau ialah Abu Hassan Ali bin Husayn bin Ali al-Masudi. - Dilahirkan di Baghdad pada tahun 283 Hijrah(895 masihi) dan berketurunan Abdullah bin Masadi, seorang sahabat Rasulullah yang dihormati. - Merupakan pakar Geografi dan mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya. - Faktor menggalakkan al-Masudi belayar dan menyelidik: i) Faktor Agama - Islam menggalakkan umatnya mencari ilmu bagi tujuan keharmonian antara iman dengan akal. - Al-Quran menjadi sumber inspirasi untuk meneroka,mengembara dan menjelajah kerana ayat-ayat di dalamnya banyak menyentuh tentang ilmu pelayaran dan geografi. - Membawa ajaran agama Islam ke kawasan perdagangan dengan tujuan untuk meluaskan ajaran Islam.

ii)Faktor persekitaran - Semenanjung Tanah Arab terletak di sekitar tiga perairan, iaitu Teluk Parsi di timur, Lautan Hindi di Selatan, dan Lautan Merah di barat. - Selain itu, kedudukan Semananjung Tanah Arab terletak di antara jalan perdagangan utama antara Timur dan Barat. iii)Faktor Budaya - Pekerjaan: Kebanyakan orang Arab menunjukkan penglibatan dan perniagaan, termasuk perniagaan maritim. Orang Arab mmg aktif berdagang sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka menguasai Laluan Rempah di Teluk Parsi setelah kejatuhan Rom. - Adat dan amalan: Dalam melaksanakan ibadat haji, orang Arab memerlukan pengetahuan tentang ilmu kaji bintang(astronomi) untuk mengetahui arah perjalanan mereka.

- Nilai dan Sikap: Orang Arab yang suka meneroka sesuatu yang baharu mempunyai kepentingan untuk diri, puak, dan kawasan atau wilayah mereka. Mereka gigih melakukan penelitian dan eksperimen dalam memperoleh ilmu pengetahuan.

Sumbangan Al-Masudi
Ilmu pelayaran

- Menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama laut yang dilalui mereka. - Beliau memberikan gambaran tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China. Beliau menyebut mengikut turutan berikut:Bahr alFarsLarwiLautan HarginKalahLaut SruffLautan China. - Bahr al-Fars merujuk kepada Laut parsi, Larwi ialah Laut Semenanjung Tanah Arab, Hargin ialah Lautan Hindi, Kalah ialah Teluk Benggala(Kedah) dan Laut Surff ialah Sungai Champa.

- Laluan bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika pula ialah:Laut MerahHabsyahSufala(Mozambique)Ziela(di habsyah)Hijaz/yaman.

- Mengemukakan bahawa jarak antara benua Eropah dengan China, iaitu setengah lingkungan bumi.

Ilmu Geografi
- Menulis karya agungnya, Muruj alDhabab wa Maaddin al-Jawahir yang dianggap sebagai sebuah ensiklopedia. - Membahagikan dunia kepada dua bahagian iaitu:

i)Bahagian barat:Kawasan garisan lintang tinggi yang dipengaruhi oleh bulan, maka penduduknya dikatakan lebih panjang umur.

ii)Bahagian Timur: Garis lintang pertengahan. Beliau berpendapat bahawa iklim turut memepengaruhi fizikal sesuatu kaum. Beliau cuba untuk mengaitkan antara fenomena alam semulajadi dengan kehidupan manusia.

- Beliau juga membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India.

Ilmu Sejarah

- Menulis buku Muruj al-Dhahab wa Maaddin al-Jawahir.

-menceritakan tentang sejarah tentang pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Mohammad di Sepanyol, pelayar Muslim, dan Khaskhash Ibn Saeed Ibn Aswad dari Kurtubah.

- Digunakan sebagai sumber untuk memahami pandangan umum Muslim mengenai dunia dan juga sebagai bahan penyelidikan pengetahuan tentang Geografi dan Sejarah.

Sumbangan Tokoh(Ibn Majid)


Nama beliau ialah Shibab al-Din bin Majid al-Najdi.Beliau merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-9 H/15 M.

Beliau adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar Singa laut .

Beliau telah menghasilkan 25 karya sama ada berbentuk prosa atau pun puisi yang merangkumi bidang pelayaran,perjalanan bintang,angina,ombak dan lain-lain yang menggambarkan penguasaan dalam bidang pelayaran dan geografi.

Sumbangan/karya
i)Menghasilkan kitab al-Fawaid fi usul llm al-bahar wa al- Qawaid(mengenai kaedah-kaedah dan faedah-faedah ilmu laut)

- Hasil karya dalam bentuk prosa yang dibahagikan kepada 12 buah bab. -Kandungan kitab ini mengenai permulaan -pelayaran,jarum,magnet,bulan,bintang,kompas,laluan Lautan Hindi,10 buah pulau yang paling terkenal,monsoon yang sesuai bagi pelayaran dengan tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Laut Merah.

- Tujuan beliau menghasilkan karya yang pertama disebabkan hasratnya ingin memperbaik dan membetulkan kesilapan catatan-cacatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya.

ii)Menghasilkan kitab hawiyat al-Ikhtisar fi usul llm al-Bihar

-Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh (falak), ilmu bahasa dan ilmu bintang.Juga berkaitan dengan laut dia pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika. -Beliau juga menjelaskan laluan di Teluk Parsi,Luatan Hindi, Laut China, pantai, perlabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi

iii) Menghasilkan kitab al-Urjunah al-Muarrabah

-Membicarakan pelayaran di Teluk Aden secara terperinci. -Karya ini telah Berjaya menarik perhatian bukan sahaja khayalak pembaca malahan juga dapat memberikan tarikan yang tersendirikepada penjelajah-penjelajah lain.

iv) Menghasilkan karya Qadimah Makkiyah


-Penjelasan mengenai laluan di Laut Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak (selatan semenanjung Tanah Arab), Calicut, Daibul, Kokan, Gujerat dan Hormuz.

v) Karya Aribah al- Daraib dan Urjuzah al-Maimiyah.


-Huraian yang lengkap mengenai penggunaan bintang sebagai panduan dalam pelayaran.

-Penjelasan tentang bintang-bintang di kutub utara

vi) Menunjuk arah pelayar barat


-Beliau telah memandu Vasco da Gama dari Malindi,iaitu pantai timur Afrika hingga ke Calicut(kerala). -Sumbangan Ibn Majid ini diiktiraf oleh Portugis sehingga beliau bergelar Malembo Canaqua.

vii) Karya Qailah al-Isla fi Jami al-Dunya


-Karya ini berbentuk puisi,mengandungi huraian berangkap tentang menentukan arah kiblat sama ada dari darat dan laut.beliau mendakwa mempunyai kaedah yang tepat dalam perkara ini. -Membuktikan kehebatan dalam bidang sastera dengan menggunakan syair-syair Arab untuk mengolah karya berkaitan ilmu pelayaran.

Sumbangan Tokoh(Ibn Batuttah)


Latar belakang Ibn Battutah 1. Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati 2. Dilahirkan di Tamjah @ Tenger sebuah daerah di Magribi pada tahun 703H/1304M 3. Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun 4. Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam pada kurun ke-14 M. 5. Beliau ialah seorang ilmuwan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa.

6. Pernah menjadi kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya.
7. Ilmu agamanya tinggi terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan mazhab Maliki. 8. Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir, Arab, Iran, Iraq & India, Asia Timur seperti Anatolia dan China 9. Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353 M.

Pengembaraan peringkat pertama: Melalui kota di Utara Afrika seperti Telemsan, Algeria dan Bongie hingga sampai ke Hafaz. Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan ke Iskandariah (pelabuhan penting di Mesir) Setelah tiba di Kaherah, beliau terus menjelajahi seluruh Mesir. Beliau meneruskan perjalanannya melalui pesisir Laut Mesir menuju ke Palestin melalui Sinai dan mengunjuni Baitul Maqdis Beliau terus ke utara untuk ke Syria. Kemudian beliau ke Damsyik (di selatan) Seterusnya beliau menunaikan fardu haji ke Makkah.

Pengembaraan peringkat kedua: Dari kota Makkah, beliau menuju ke selatan Iraq. Kemudian beliau ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad. Selepas itu beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kembali semula ke Baghdad Dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah. Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Di kawasan selatan Iraq, beliau menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Dajlah untuk pergi ke Parsi. Apabila sampai di Parsi, beliau mengunjungi bandar-bandar seperti Syiraz dan Isfahan dan akhirnya sampai di Baghdad. Setelah itu, beliau kembali semula ke Makkah dan berada di sana selama kira-kira 2-3 tahun untuk mendalami ilmu agama.

Pengembaraan peringkat ketiga:

Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga ke Oman dan Bahrain. Dari Teluk Parsi, beliau kembali semula ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji kali ketiga.

Kemudian beliau belayar menerusi Laut Merah menuju ke Sudan, Nubiah dan Mesir Utara hingga sampai ke Kaherah.

Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Syria.

Kemudian beliau belayar ke pantai Turki pada 733M.

Seterusnya beliau ke pantai Boshoras, yang diperintah oleh Uzbek Khan.

Beliau berada lebih kurang sebulan di Constantinople,

Pengembaraan peringkat keempat:

Setelah menunaikan haji, Ibn Batuttah memulakan pengembaraan peringkat keempatnya ke Turki, Asia Kecil, Bulgaria, selatan Rusia

Kemudian beliau ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afganistan hingga ke kawasan Sungai Indus.

Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa.

Di China, beliau singgah di pelabuhan Zaitun dan melawat beberapa daerah termasuk Peking.

Kemudian beliau pulang ke negeri asalnya, Maghribi.

Kemudian beliau pergi ke Tanjah dan terus ke Sepanyol.

Beliau menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Andalusia dan mengunjungi pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia. Kemudian belaiau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan melalui padang pasir Sahara.

Akhirnya beliau kembali semula ke Maghribi.

Menulis bukunya Rihlah (Pengembaraan Ibn Battutah)

Merupakan rekod pengembaraan Ibn Batuttah selama 28 tahun. Kitab ini telah menarik perhatian sarjana Sejarah di seluruh dunia.

Buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dll. Cerita pengembaraannya telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang sangat tinggi nilainya hingga ke hari ini

Sumbangan Ibn Batuttah

1. Pertambahan Ilmu Geografi Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople. Catatannya tentang negeri2 tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat2 itu.

Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi.

2. Pensejarahan

Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber2 lain. Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya Rihlah (Pengembaraan Ibn Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.

Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam.

Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.

3.Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh


Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M. Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq. Beliau juga pernah singgah di Pasai , Utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan Malik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai.

4.Semangat mengembara kepada orang Islam

Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara2 lain mengikut jejak langkahnya.

Beliau digelar oleh para orientalis sebagai The Prince of Muslim Travellers.

Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara2 terkenal seperti Marco Polo.

Anda mungkin juga menyukai