Anda di halaman 1dari 2

2.

Bincangkan sumbangan Ibn Majid dalam bidang Pelayaran dan Geografi


Nama sebenar Ibn Majid ialah Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Beliau dilahirkan di
Julphar (Oman) dan merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-15.
Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran serta
arif dengan Laut Merah. Beliau digelar "Singa Laut" kerana kemahirannya berlayar di Lautan
Hindi. Beliau telah menghasilkan 40 buah karya sama ada berbentuk prosa atau puisi yang
merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, dan ombak. Oleh itu, terdapat
beberapa sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.
Sumbangan beliau dalam bidang pelayaran dan geografi ialah menghasilkan
ilmu-ilmu tentang pelayaran dan geografi. melalui karya agungnya iaitu al-Fawa'id fi Usui
'Ilm al-Bahr wa al-Qawa'id. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang
ilmu Kelautan melalui karya tersebut bertarikh 1490. Jelas bahawa karya tersebut
menceritakan tentang faedah dan kaedah ilmu kelautan yang mempunyai 12 buah bab
dalam bentuk prosa. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memperbaiki dan
memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar
sebelumnya. Buku ini mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal
laut di Laut Merah dan Lautan China.Jelaslah karya ini berjaya membaiki
kesalahan-kesalahan pelayaran yang dicatat ahli pelayar sebelumnya.
Ibn Majid juga menghasilkan kitab yang bertajuk Hawiyat al-Ikhtisar fi Usui 'Ilm
al-Bihar pada tahun 866 H. Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan
mengenai ilmu tarikh, bahasa, bintang serta ilmu berkaitan laut. Juga tentang laut di pantai
Arab, China, Teluk Parsi, Lautan Hindi, Hijaz, Syam dan Afrika .Kitab Qailah al-Ialam fi Jami
yang menghuraikan arah kiblat dari mana-mana bahagian di lautan dan daratan.Karya
Al-Urjuzah al-Arab menceritakan pengalaman pelayarannya disepanjang pantai laut Arab
dan Teluk Parsi.Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan
diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman
Renaissans dan sebelumnya. Kesan daripada penulisan karya ini telah membantu dan
memudahkan pelayar-pelayar untuk mengharungi lautan dalam ekepedisi pelayaran.
Di samping itu, Ibnu Majid juga telah berjaya mengatasi masalah pelayaran yang
dihadapi para pelayar. Antara yang dilakukannya ialah beliau telah menyelesaikan kekeliruan
yang dialami oleh pelayar berkaitan nama-nama laut. Kekeliruan ini diselesaikan dengan ,
memberikan gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China Selatan dan
laluan melalui Laut Hindi. Malahan beliau juga memberi panduan kepada pelayar untuk
menggunakan peralatan pelayaran seperti kompas. Beliau sendiri telah berjaya
menghasilkan kompas yang mempunyai 32 arah mata angin.Ibnu Majid turut menjelaskan
tanda hampirnya daratan yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran.Tegasnya hal ini telah
berjaya memudahkan lagi urusan para pelayar mengharungi laut untuk sampai ke destinasi
mereka.
Sumbangan Ibn Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar Barat. Hal ini
dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar Barat iaitu Vasco da Gama
dalam pelayaran ke Timur sehingga beliau digelar 'Malembo Canaqua' oleh masyarakat
Portugis. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi dengan
mudah bermula dari Malindi di pantai timur Afrika sehingga berjaya belayar ke Calicut India .
Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn Majid, pelayar
Portugal memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba di Malindi sehingga mengalami
kebuluran. Ahli pelayaran Eropah beranggapan pelayaran Vasco Da Gama ke Timur tidak
menjadi kenyataan sekiranya tidak dibantu oleh Ibnu Majid. Tegasnyanya, ilmu-ilmu
pelayaran beliau telah dipelajari oleh masyarakat Barat sehingga beliau mendapat sanjungan
yang tinggi oleh pelayar-pelayar Barat
Ibnu Majid juga memyumbang peranan yang besar dalam ilmu geografi.Beliau
berjaya menjelaskan pelbagai kawasan laut secara teperinci seperti laut Arab,laut Hindi,Selat
Melaka dan lain-lain.Catatan beliau dalam pelayaran ke pulau2 di Nusantara ditulis dengan
mendalam dari aspek sosio budaya,politik,ekonomi dana alam sekitar.Beliau juga melakukan
kajian georafi astronomi iaitu satu bidang yang mengkaji tentang planet,bintang dan alam
semesta.Kajian juga dibuat dalam bidang geomoforlogi berkenaan aspek dan teori tentang
sifat-sifat khusus sesuatu kajian di kawasan-kawasan tertentu.Ibnu Majid juga
mengemukakan teori-teori georafikal seperti kejadian pasang surut daripada sinaran
matahari dan bulan serta teori pergerakan arus lautan bertalian dengan pergerakan
angin.Jelaslah sumbangan ini bermanafaat kepada masyarakat Islam dalam mengembangkan
ilmu-ilmu berkaitan geografi.
Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah
merangsang tokoh-tokoh pelayar Islam yang lain serta gambaran pelayaran kepada
masyarakat sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat diwarisi oleh kita pada hari ini dan
menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang seni
nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15.

Anda mungkin juga menyukai