Anda di halaman 1dari 6

KAMPUNG PASIR PANJANG

Penghijrahan orang Melayu di kepulauan Melayu ini (disebut sekarang


Indonesia) telah berlaku berkurun-kurun lamanya ke seluruh dunia. Orang
Melayu boleh dijumpai di pulau Ceylon, pulau Madagascar, Afrika selatan,
Amerika Selatan, Vietnam, Siam, dan Kampuchea sehingga sekarang.
Berlakunya penghijrahan ini adalah kerana mereka melarikan diri
daripada kesusahan akibat tekanan pemerintah yang zalim. Pada kurun yang
ke 17 sebahagian kepulauan Melayu telah dijajah oleh orang Belanda. Oleh
kerana penjajahan ini, pihak Belanda telah memaksa penduduk asal tanah
jajahan untuk bekerja keras bagi faedah kerajaan Belanda.
Disebabkan tidak tahan dengan kesusahan dan penindasan dari pihak
Belanda, ramai penduduk telah melarikan diri membawa keluarga masingmasing ke tempat baharu bagi memulakan penghidupan jauh dari tekanan
pihak Belanda. Antara kawasan yang dituju ketika itu antaranya ialah Batu
Pahat.
Pada tahun 1884, Datuk Bentara Luar, Muhammad Salleh Bin Perang
telah membuka Muar dan mengisytiharkannya sebagai daerah di dalam
negeri Johor, maka ramailah orang yang datang membuka hutan untuk
dijadikan kampung, terutamanya tanah yang terletak ditepi laut Selat Melaka
membawa ke selatan.
Pada tahun 1893 pula Datuk Bentara Luar telah membuka lagi bandar
baharu di Batu Pahat dan dinamakannya Bandar Penggaram dan beliau
sendiri menjadi pesuruhjayanya. Maka ramailah pengikutnya datang
membuka kampung dari kuala sungai Batu Pahat hingga ke hulunya. Datuk
Bentara Luar juga ada memberi kawasan tanah kepada orang Jepun untuk
dijadikan ladang getah sehinggalah pada tahun 1914 beberapa ladang getah
telah berjaya dibuka dan antaranya ialah ladang getah Sri Gading, ladang
Tanjong Semberong, ladang Sungai Rakyat dan lain-lain lagi. Mana-mana
tanah yang tidak termasuk untuk dijadikan ladang getah tanah tersebut
dijadikan kawasan kampung.
Peneroka bagi kampung-kampung itu pula adalah dari puak-puak yang
berlainan seperti Banjar, Jawa, Jambi dan lain-lainnya. Pada tahun 1908
kampung Pasir Panjang ini dengan rasminya dibuka oleh puak orang Banjar
diketuai oleh seorang yang bernama Ajau, dibuka dari tepi sungai naik ke
darat. Pada asalnya kebanyakan rumah dibina berhampiran dengan tepi
sungai.
1

Pada tahun 1913, sebuah masjid telah didirikan disuatu kawasan yang
luasnya lebih kurang 5 ekar termasuk kawasan perkuburan. Imam pertama
bagi masjid ini bernama Muhammad Saman Bin Sapi. Peneroka pertama
kampung ini, datuk Ajau juga pernah mencuba untuk membuka penempatan
dikawasan Sri Lalang tetapi tidak berjaya. Setelah beliau meninggal dunia
ketua kampung Pasir Panjang telah diganti dengan orang lain yang bernama
Manaf. Beliau tidak banyak membawa perubahan kepada kampung ini
melainkan menjalankan tugas kepada kampung sahaja..
Kedudukan kampung Pasir Panjang terletak dari kuala parit ke sungai
simpang kanan bermula dari utara dan hujungnya keselatan. Disebelah
timurnya bersempadan dengan Parit Abdul Kadir dan dibaratnya Parit Budin.
Parit Abdul Kadir kini sudah tiada lagi disebabkan kampung itu termasuk di
dalam kawasan ladang Tanjong Semberong. Parit Budin pula masih wujud
hingga ke hari ini. Parit ini telah dibuka oleh seorang yang bernama Budin
beliau berasal dari Endau. Apabila Budin meninggal dunia ketua kampung
bagi Parit Budin diganti oleh anaknya yang bernama Umar. Apabila ketua
kampung Pasir Panjang yang bernama Manaf meninggal dunia kampung
Pasir Panjang telah diletakkan dibawah jagaan naib Umar, ketua kampung
Parit Budin.
Asal nama kampung Pasir panjang ialah Parit Ajau, bersempena
dengan orang yang membuka kampung itu. Pada masa dahulu nama
kampung adalah mengikut ketua orang yang membukanya. Bagaimanapun
nama tersebut telah berubah bagi mengelakkan kecelaruan, maka namanya
telah ditukar kepada Pasir Panjang, ini kerana kampung Parit Ajau ini
tebingan pantai sungainya berpasir putih (pasir bulan) memanjang dari timur
ke barat. Oleh yang demikian nama tersebut kekal sehingga sekarang.
Dalam tahun 1954 telah berlaku kekosongan jawatan bagi ketua
kampung Pasir Panjang, ini kerana disebabkan kematian naib Umar Bin
Budin. Maka satu pilihanraya telah diadakan diantara dua calon bagi mengisi
kekosongan tersebut. Dua calon yang bertanding ketika itu ialah Encik Imat
Bin Abdul Kadir dan Encik Ahmad Bin Luan. Encik Imat telah menggunakan
lambing topi sementara Encik Ahmad menggunakan lambang cawan.
Keputusan bagi pilihanraya itu telah memihak kepada Encik Imat Bin Abdul
Kadir. Beliau telah menjadi ketua kampung sehingga akhir tahun 1990 dan
kemudian digantikan oleh Encik Roslan Bin Buanas sehingga tahun 1992.
Pada tahun 1992, Encik Rahmat Bin Haji Yusof telah memegang jawatan
tersebut sehinggalah pada tahun 2008 dia digantikan oleh Encik Ali Bin Haji
Yusof.
2

Masjid kampung Pasir Panjang


Sejarah masjid kampung Pasir Panjang bermula sejak tahun 1913.
Masjid ini dibina sebagai menunaikan tanggungjawab agama. Walau
bagaimanapun memandangkan penduduk semakin bertambah maka pada
tahun 1916 dibina masjid yang baharu ditapak yang baharu tetapi dikawasan
tanah yang sama, iaitu tanah yang telah diwakafkan semenjak kampung ini
dibuka. Kerja-kerja pembinaan masjid telah dimulakan pada awal tahun
1916. Perbelanjaan bagi pembinaan masjid ini telah datang dari sumbangan
penduduk kampung. Tapak asas bagi masjid ini telah ditambak dengan
tanah-tanah kebun seluruh penduduk kampung
yang dibawa oleh
penduduknya pada tiap-tiap petang berbungkus dengan upih pinang
disebabkan tiada bekas yang mudah dibawa. Keadaan ini adalah disebabkan
ada penduduk yang tiada wang untuk didermakan bagi pembinaan masjid
maka hanya tanah kebun yang mampu diberikan.
Tukang-tukang bagi pembinaan masjid ini terdiri daripada orang-orang
Jepun dan bahan binaannya adalah dari kayu yang terpilih dari jenis kayu
cengal, manakala atapnya daripada sirap iaitu sejenis atap yang dibuat dari
kayu. Masjid ini telah mengalami beberapa kali proses baik pulih. Pada tahun
1963 atap sirapnya telah ditukar dengan zink, dindingnya pula digantikan
dengan papan plywood. Pada tahun 1982 masjid ini telah dibesarkan lagi
bagi meluaskan ruang sembahyang bagi menampung pertambahan jemaah.
Tahun 2007, sekali lagi masjid ini mengalami perubahan apabila dinding
plywood telah ditukar kepada dinding cermin.
Tanah perkuburan
Tanah perkuburan kampung Pasir Panjang ini walaupun terletak
dikawasan yang sama tetapi sebenarnya sudah ada dan diketahui
kewujudannya lebih lama lagi. Ini kerana disitu telah ada satu perkuburan
lama yang dinamakan kubur keramat hijau. Kubur ini bernisankan batu
lama bersusun tiga. Keadaan batu itu halus dan bercahaya terutama jika
3

terkena cahaya bulan pada waktu malam. Pada masa dahulu orang Melayu
masih mengamalkan pesta bulan Safar yang diadakan pada hari rabu
terakhir pada bulan Safar setiap tahun. Mereka datang dari jauh menaiki
perahu sampai ditebingan sungai berhadapan kampung Pasir Panjang.
Mereka bermandi-manda yang kononnya untuk membuang sial. Sesudah
selesai berpesta mereka naik ke darat menuju kubur itu untuk
menyempurnakan niat masing-masing serta menabur duit siling disitu. Pesta
ini bukan dibuat oleh penduduk kampung Pasir Panjang tetapi oleh orang
dari luar. Pesta ini telah pupus begitu sahaja, orang yang kemudian sehingga
ke hari ini pun tidak tahu tentang cerita ini.
Dikawasan perkuburan ini juga ada sebuah perkuburan keluarga
pembesar negara yang telah disemadikan disitu. Kubur tersebut ialah kubur
anakanda kepada Tan Sri Haji Mohamed Noah Bin Omar iaitu yang dipertua
Dewan Negara Malaysia yang pertama. Beliau bernama Sabiha Binti
Mohamed Noah, meninggal dunia pada tahun 1942 semasa penjajahan Jepun
di Tanah Melayu pada Perang Dunia Ke-2. Mengikut ceritanya beliau dan
rombongannya telah datang ke kampung ini untuk berlindung diri dari
bahana perang, dalam perjalanannya dari Johor Bahru ke Batu Pahat, Sabiha
telah jatuh sakit dan meninggal dunia lalu disemadikan dikampung ini.
Pada tahun 1978, adinda Allahyarhamah, Datin Suhaila Binti Mohamed
Noah telah datang melawat dan menziarahi ke kuburan ini. Datin Suhaila
ialah isteri kepada Tun Hussein Onn, perdana menteri Malaysia yang ke-3
yang kebetulan beliau pada masa itu menjadi ahli parlimen Sri Gading.
Kedatangan Datin Suhaila ke pusara ini turut diiringi oleh Datuk Haji Abdul
Kadir Bin Haji Sameon, pegawai daerah Batu Pahat. Majlis tahlil beramairamai telah diadakan dipusara tersebut.
Perubahan kampung Pasir Panjang
Jika dikira umurnya kampung Pasir panjang kini telah berusia 104
tahun. Sepanjang seabad sejarah kampung ini banyak perubahan yang telah
berlaku yang mana ia telah mengubah rupa bentuk kampung ini dari sebuah
kampung tradisional kepada kampung moden. Kini banyak infrasruktur yang
dapat dilihat dikampung ini. Jalan-jalan batu telah terbina berlawanan
dengan gambaran 100 tahun lalu yang mana hanya jalan tidak berturap dan
denai-denai kecil yang wujud. Kenderaan utama pada masa itu adalah
sampan selain daripada basikal. Kini penduduk kampung telah mampu
memiliki kenderaan bermotor, selain itu kemudahan air paip, elektrik dan
telefon juga telah sampai ke segenap pelusuk kampung. Penduduk kampung
4

ini telah menerima faedah dan nikmat hasil dari kemerdekaan negara
sepanjang 55 tahun yang lalu. Pendapatan ekonomi penduduk juga telah
meningkat hasil dari bantuan kerajaan dan pendidikan yang telah diterima
oleh penduduknya.
Bagi kampung ini masjid adalah pusat aktiviti yang mana semua
aktiviti yang diadakan berpaksikan kepada masjid. Antara aktiviti rutin yang
telah berjalan dimasjid semenjak tahun 1980 lagi ialah, bacaan Yasin,
bertahlil dan ceramah agama pada setiap malam Jumaat serta sambutan
maulid nabi setiap tahun. Selain itu ada juga aktiviti keagamaan yang
diadakan dirumah seperti kelas agama kaum ibu, tahlil dan bacaan Yasin
wanita secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah serta majlis aqiqah dan
qurban beramai-ramai. Banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan untuk
manafaat seisi kampung contohnya seperti perkumpulan kompang bagi
menarik minat anak muda kampung dan sukan keluarga bagi mengeratkan
perhubungan diantara semua penduduk.
Semoga pada tahun-tahun yang mendatang kampung ini akan lebih
maju serta makmur dimana segenap penduduknya dapat bekerjasama dan
menyokong segala aktiviti yang dijalankan demi kebaikkan kampung
khasnya dan penduduk amnya.

Senarai orang yang berjasa dikampung Pasir Panjang


1. Haji Imat Bin Abdul Kadir, ketua kampung dan akhirnya merangkap ketua
kampung wilayah Sri Gading iaitu kampung Pasir Panjang, Parit Budin, Sri
Gading , Sengkuang, Sri Tanjung dan Ladang Sri Gading. Beliau juga salah
seorang pengasas sekolah Melayu Sri Gading sebelum terbinanya sekolah
kerajaan.
2. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Ghani, seorang guru agama kelas
dewasa kampung dan akhirnya menjadi guru agama kerajaan. Pernah
berkhidmat sebagai guru agama di daerah Kluang.
3. Haji Mansur Bin Haji Ahmad, pernah menjadi guru kelas agama dewasa
kampung.
4. Haji Ruslan Bin Haji Buanas, anak kampung Pasir Panjang yang pertama
berjaya menjadi guru, pernah menjadi setiausaha kampung dan akhirnya
menjadi ketua kampung wilayah Sri Gading.
5

5. Hajah Rahmah Binti Haji Abdul Rahman, pernah menjadi johan


pertandingan bacaan al Quran bagi kampung, mukim dan daerah serta
negeri. Beliau juga pernah menjadi johan bagi peringkat kebangsaan dan
antarabangsa di era 1962-1970.

Senarai nama imam-imam yang telah bertugas dikampung pasir Panjang


1. Haji Muhammad Saman Bin Sapi.
2. Haji Abdul Ghani Bin Mantak.
3. Haji Ahmad Bin Haji Saman.
4. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Hakim.
5. Haji Umar Bin Abdul Kadir.
6. Haji Ahmad Bin Haji Saman (sesudah balik dari Perak)
7. Haji Jahari Bin Haji Saman.
8. Haji Ismail bin Haji Awang.
9. Haji Kaspin Bin Haji Kadar.
10. Haji Muhammad Arif Bin Haji Omar.

Anda mungkin juga menyukai